Saturday, April 4, 2020

#RoadToHatiAwak - Bab 4



Bab 4

BEBERAPA buah fail dan buku log dibawa keluar oleh Is lalu diletakkan di atas meja kerjanya. Is jungkit kening pada Danish yang dah jatuh rahang tatkala melihat susunan fail dan buku log yang agak tinggi di hadapannya.

            “Kejap, ada lagi.” Ujar Is kemudiannya dia membongkok di bawah meja. Segunung lagi fail dan buku di angkat dan diletakkan di sebelah susunan yang pertama tadi. Pnggang dilentur sedikit bila terasa sedikit kejang.

            “Err.. Done?” ragu-ragu Danish tanya. Risau juga kalau Is bawa keluar sebemban lagi.

            “Eh? Ada. Kejap.” Is bongkok lagi badan tapi seketika saja dia bangkit kembali dengan sengih mengusik. Nak tergelak pun ada bila tengok Danish dah tayang muka cuak macam tu.

            “Tak adalah. Tu aje.” Is sengih.

Danish hambur nafas lega. Tangan dah gerak nak capai fail yang paling atas sekali. Tapi terkaku bila Is menegur.

            “Awak nak start dah ke? Kalau nak start, minta tolong awak off phone dulu boleh? Sebab saya tak suka bila buat paper work ni semua, ada gangguan.”

            “Off phone?” Dahi dah berlipat. Jarang sangat dia matikan telefon kecuali bateri habis aje.

            Is angguk.

“Saya tak risau awak lari focus, saya risau saya yang tak boleh focus. Bunyi ting ting tu pun dah buat saya hilang focus. Kepala saya automatk akan berfikir, siapa yang text awak tak henti-henti tu, risau awak hilang ke, rindu awak ke. Tak pasal-pasal saya yang stress.” Terang Is dan bunyi ting ting tu meruujuk pada bunyi telefon Danish yang tak henti sejak tadi. Walaupun Danish dah perlahankan nadanya, tap Is tetap dengar. Yalah, ofis dia pun kecil saja, dalam library pula tu. Tentulah sunyi sepi.



            Seketika, Danish tergelak macho. Dia kembali menyandar seraya membawa keluar iphonenya. Memang sejak tadi lagi telefonnya tak berhenti mengeluarkan bunyi. Bukan takat ting ting saja. Sekali dengan bunyi messenger FB, twitter, wechat dan segala macam social medialah.

            “Give me five minutes, let me settle my things first.” Ujar Danish.

Tanpa menanti jawapan Is, tangannya terus lincah bermain di atas skrin telefon. Nak kena reply semua mesej dulu dan nak kena inform yang dia akan masuk ke zon busy.

            Sambil menanti Danish selesai dengan kerjanya, Is leka menyusun atur computer ribanya dan satu lagi untuk kegunaan Danish. Telefonnya yang berdering, menganggu konsentrasinya. Pantas talian disambung bila tertera nama Milo.

            “Okey?” terus Is soal tanpa bertegur sapa.

            “Huii.. Pantas. Siapa? Aku? Aku okey.” Saja Milo nak mengusik emosi Is. Nampak sangat Is nak tahu tentang keadaan Vijay dan Ajib.

            “Kau, nak buat apa? Kau okey ke tak, aku bukan kisah pun. Ajib dengan Vijay macam mana? Settle tak?” Tak senang hati Is menanti khabar dari dua anggota polis tu.

            “Pergh.. Macam ni perangai kau, eh.”

Is tergelak saja dengar ayat sentap Milo tu. Kenapa orang gelar dia Milo? Sebab warna kulit dia sama dengan warna air milo yang dibancuh kaw-kaw. Vijay lagi cerah kot dari dia.

            Danish kerling raut Is yang sedan tertawa. Biarpun tawanya tak terlalu menonjol, tapi raunya nampak ceria dan manis. Rambut ekor kudanya beralun mengikut rentak. Dia memang cantik.

            “Cepatlah, Milo. Aku nak buat kerja ni. Selagi aku tak tahu kes tu dah settle ke belum, selagi itulah hidup aku tak aman.”

            “Dah settlelah. Kau ni. Rileks aje. Si Vijay dengan Ajib tu bukan buat masalah pun malam tadi. Kira dia buat kerja juga tu. Menjaga keamanan dan keselamatan rakyat kot.”

Is lepas nafas lega. Mujurlah. Is risau teman-temannya itu dikenakan tindakan disiplin saja.

            “God. Leganya aku. Qurt?” Yang tu pun Is kena ambil tahu juga walaupun sebenarnya Is cuba untuk abaikan.

            “Qurt dan rombonganya check in lokap malam tadi. Ajib cakap tadi, tak ada orang atang nak ikat jamin dorang lagi. Itulah, buat lagi provokasi macam tu, dorang dah dikira membahayakan nyawa orang awam tau. Is, bapak kau tak ada call ke?”

            “Hmm.. Cari pasal lagi. Okeylah, aku nak siapkan kerja ni. Blah dulu.” Talian terus dimatikan. Dia tak nak dengar Milo tanya tentang ayahnya lagi.

            ‘Bapak kau tak ada call ke?’

            Tak tahulah Is nak gelak atau ketawa dengar soalan Milo tu. Sebab ayah tak prnah pun telefon dia. Kalau ada pun, ayah hanya telefon Shahrul, abang kandungnya atau Shahmi kakak sulungnya untuk bertanya tentang dirinya. Bagi pihak Is sendiri, dia dah lama tak mengharapkan perhatian dari ayah. Malah nombor telefon ayah pun dia dah sekat.

            Dah alang-alang mereka renggang, lebih baik terus tak berhubung. Ibu? Dia jarang pulang ke rumah ibu padahal selalu saja dia pergi ke Batu Pahat sana untuk melepak. Sebab apa? Sebab dia dah lama menyepikan diri dari keluarganya. Keluarga dia tak seperti keluarga orang lain. Semua gara-gara ayah berkahwin lain. Bukan satu, tapi dua. Ya, dia ada dua orang ibu tiri. Ibu Qurt, isteri kedua ayahnya. Qurt anak tunggal. Sementara isteri ketiga ayahnya pula janda tak punya anak.

Kerana sikap ayah itulah buat keluarga mereka yang renggang sejak dulu jadi semakin jauh. Is marah, marah pada ibu kerana terlalu lemah. Biarkan saja ayah buat sesuka hati. Is juga marah pada ayah kerana tak pernah cukup dengan apa yang dia ada. Mereka mungkin keluarga berduit, tapi mereka tak bahagia. Is sendiri dah lama bawa diri, ikut maksu iaitu adik kepada ibu. Kalau ada pun, dia hanya bersua dengan Shahrul saja untuk bertanya khabar tentang ibu. Selebihnya, dia bahagia dengan dunianya.

“Ehem..!”

Teguran dari deheman itu buat Is kembali tersedar. Macam dah lama sangat dia termenung. Wajah Danish dicari.

“Kenapa?” soal Danish, nadanya kedengaran risau.

Is tayang senyum, meski dia rasakan senyumannya agak hambar. Baru bertemu tak sampai sehari pun lagi, tapi Is dah mula rasa senang dengan sikap Danish biarpun Is nampak ciri-ciri lelaki kaki flirt dalam diri Danish.

“Sorry, termengelamun. Dah boleh start?” Is pantas menarik susunan fail dan terkaku saat jemarinya dicapai oleh Danish. Mata Danish, Is cari. Minta penjelasan.

“Saya nak minta lagi lima minit.” Ujar Danish, pun tak dilepaskan jemari Is.

            “Oh? Tak settle lagi ke?” Perlahan Is tarik jemarinya dari terus disentuh. Dia biasa bersentuhan seperti itu tapi entah kenapa sentuhan Danish buat dia rasa lain. Macam terkena renjatan elektrik.

            “Bukan untuk saya, tapi untuk awak. I think you need space to release your tense.”

Dan ayat Danish tu serta-merta buat Is terdiam dengan satu rasa terdetik di hati. Dia sangat memahami dan prihatin. Memang sikap Danish macam tu ke?

            “Saya..”

            “Just go. Saya tunggu.”

Danish tak tahu apa masalah Is. Apa yang dia tahu, dia nak Is kembali focus dan tenang seperti awal pertemuan mereka tadi. Bukan seperti sekarang. Is nampak sedikit bercelaru dengan wajah yang sedikit merusuh. Dan Danish tak suka dengan keadaan itu. Buat dia jatuh simpati dan risau. Ya, risau. Jarang Danish nak risau tentang perempuan yang tiada kena-mengena dengannya. Tapi dengan Is, rasanya lain.

            “Thanks, doc. I really need it.” Ucap Is seraya bangkit dari duduk dan terus melangkah keluar dari ruang ofis kecilnya. Dia sesak. Bukan saja sesak dengan masalah Qurt, tapi dengan cara Danish melayaninya. Doanya, dia takkan terpedaya.


OPENING stock tambah in stock, tolak out stock, tolak closing stock, dapat total untuk sold item. Total opening mesti sama dengan total closing dari laporan bulan lepas. Total in stock pula mesti seimbang dengan barang yang masuk bulan semasa. Hmm..

            “Jadi kalau nak tahu in stock balance ke tak, nak tengok kat mana?” Mata Danish dah naik juling tengok excel depan mata.

            Is yang duduk di depan Danish, dipandang dengan dahi sedikit berkerut. Macam mana Is boleh settlekan report dan akaun untuk tujuh outlet sendirian? Dia yang datang nak tolong double check pun dah pening-pening lalat. Tapi Is macam rileks aje padahal baru aje tadi dia tengok Is agak serabut sedikit.

            “Lah, tadikan saya dah cakap. Awak totalkan semua invoice ni dulu lepas tu total tu awak bandingkan dengan in stock. Sebab semua barang yang masuk, ada list dalam invoice.” Jawab Is tanpa sedikit berkalih dari posisinya. Jemarinya laju menekan papan kekunci sejak tadi.

            “Okey. Faham.” Danish kembali menekuni skrin laptop.

            Berpinar juga mata Danish tengok Excel ni dari tadi. Tiba-tiba dia terfikir, macam mana abah boleh suruh dia yang gantikan tempat abah sedangkan abah tahu yang Danish tu merupakan bakal bergelar ahli oftalmologi. Dalam bahasa lainnya, doktor pakar bedah mata. Kerja dia merawat  dan membedah mata orang. Abah pula suruh dia periksa akaun?

            “Okey, semua balance. Cuma satu ni aje. Closing ni nak tengok kat mana pula nak tentukan dia seimbang ke tak?”

            “Oh, closing stock tu barang yang tinggal untuk bulan semasa. Biasanya kita nak tahu ngam ke tak, setiap hujung bulan kita akan kira semua stock. So yang tinggal, itulah yang direkodkan. Jadi closing tu kita akan bawa untuk opening bulan seterusnya pula. Simple, kan?” Is tersenyum senang, mata masih meleat di monitor.

Hai, tenang pula Danish tengok senyuman Is tu.

            “Awak tahu apa tu glukoma?” soal Danish tiba-tiba. Seperti yang dijangka, Is terus berpaling padanya.

            “Hmm.. Something about eyes..?”

Danish tahu, Is tak yakin dengan jawapannya.  Tapi bila dia boleh mengagak, kira pandai jugalah Is tu.

            “Retinopati diabetes? Lakrimal? Retinopati bayi pra-matang?” Bertubi-tubi lagi Danish bagi.

            “Err.. Nak terangkan secara detail tu saya memang tak mampu. Tapi saya tahu benda-benda yang awak sebut tu semua berkait dengan penyakit mata. Betul ke?” Jawapan agak-agaknya itu, Danish balas dengan anggukan kecil.

            “Glukoma tu salah satu penyakit yang menyerang saraf optic. Biasanya berlaku disebabkan oleh an abnormal high pressure in your eye...”

            “Bukan saraf mata?” celah Is.

            “Nope. It is optic nerves. Apa yang kita tengok dan pandang, saraf ni yang akan jadi laluan untuk imej tu dihantar ke otak. Macam yang berlaku sekarang, saraf optic saya bagi laluan yang sangat istimewa supaya imej awak dihantar dalam keadaan baik kepada otak saya. Otak saya pula akan bekerjasama dengan hati, dia akan hantar imej awak ke hati saya untuk saya simpan elok-elok kat situ.” Sempat aje mengayat.

            Is tergelak tanpa bunyi. Memerah jugalah muka dia menahan tawa dari terhambur keluar. Yalah, ofis dia ni terletak di dalam Library. Perpustakaankan, mana boleh bising.

            “Jadi, apa yang boleh buatkan mata kita tertekan sampaikan saraf tu boleh rosak? Yalah, tadi awak cakap, glukoma tu berlaku disebabkan tekanan luar biasa pada mata, kan. Haa, jangan cakap awak tertekan sebab tengok Microsoft excel, eh. Tu namanya minta saya report pada Tuan Haji.” Bicara dihujungnya membuahkan tawa lucu.

            Sumpah, Danish selesa angat dengan Is. Walaupun baru jumpa tak sampai setengah hari, tapi gaya mereka berbual tu macam dah bertahun kenal. Is sempoi, borak apa pun boleh masuk. Tengok, borak pasal penyakit mata pun dia on.

            “Kalau tengok excel aje tanpa henti, memang dari tadi dah saya dapat glukoma. Mujurlah saya bijak bahagikan masa. Lima minit saya pandang excel, sepuluh minit saya pandang awak. Tengok, dah nak tiga jam saya hadap report bulanan ni, sikit pun saya tak rasa mata saya tertekan.”

            Is tergelak lagi. Ceria sangat wajah dia. Kalau perempuan lain, mesti dah tersipu-sipu malu. Tapi yang di depan Danish tu, rare.

Gosh..! Apa dah jadi pada kau, Dany? Abah, Dany suka kat Is. Dany tak nak balik Bangilah macam ni. Batinnya berteriak nakal.

            “Tekanan mata maksudnya tekanan dalam bola mata bagi mengekalkan bentuk bola mata. Okey, mata kita ni ada tahap tekanan normal tau. Which is in 10-20 mmHg..”

            “Apa mmHg tu?” Dia bukan tahu sangat pasal medik tu semua. Nak kata dia minat sangat nak dengar health speech Danish tu, tak juga. Cuma dia suka tengok Danish bercerita. Melihatkan kesungguhan Danish dan sesekali diselang-selikan dengan gurauan itu, buat hari Is jadi ceria.

            “Milimeter merkuri in hydrargyrum. Awak biasa tengok kot kalau pergi check tekanan darah ke apa.”

Is terangguk-angguk.

            “Jadi macam mana awak ukur tekanan bola mata? Guna apa?” Is bertanya lanjut. Dah alang-alang dengar, baiklah belajar terus. Setidak-tidaknya, dia menambah sesuatu dalam kamus ilmu pengetahuannya.

            “Yang pasti bukan pembaris.” Ujar Danish bersahaja dan Is terherot bibir.

            “Tak lawak, okey.” Tuturnya dan Danish tergelak kecil.

            “Ada dua alat untuk ukur tekana bola mata ni. Tonometer dengan air puff tonometer. Tapi biasanya kami gunakan yang kedua tu sebab alat tu tak menyentuh bola mata dan bacaannya lebih tepat.”

            “Macam tu. Tapi kalau glukoma tak dirawat, apa jadi?” Is sangkut dagu pada jemari kiri kanan yang dikaitnya bersama. Kesempatan untuk menatap wajah dan mata Danish saat doktor muda itu memberi penjelasan, Is gunakan sebaiknya. Terdetik di hati Is, untung Tuan Haji Darsuki, anak berkerjaya hebat. Kacak pun kacak. Peramah pun iya. Pakej sempurna.

            “4.5 juta pesakit disahkan buta disebabkan glukoma yang tak dirawat.”

            Is nampak sedikit terkejut. Takkan sampai buta?

            “Buta? Oh my.. Dany, biasanya siapa aje yang berisiko untuk dapat glukoma ni?”

            Alalala.. kenapa bila dia sebut nama panggilan Danish tu bunyinya kedengaran lebih indah, ya? Rasa macam dah lama kenal dan mesra saja.

            “Sesiapa aje boleh kena tapi paling berisiko ialah warga emas, ataupun keluarga ada sejarah glukoma, orang yang rabun jauh, orang yang ada darah tinggi. Penghidap diabetes pun berisiko juga. Ha, orang yang ada migraine atau pengguna ubat yang mengandungi steroid secara berterusan pun berisiko tau. Oh ya, satu lagi. Faktor keturunan. Orang Africa dan cina pun tersenarai dalam golongan berisiko.” Danish nampak Is ternganga.

            “Yeke? Ayah saya mualaf tau, kira saya ada darah cina. Jadi saya berisiko jugalah ya?”

Comel pula bila dia cemas macam tu. Dan baru Danish tahu ayah Is mualaf. Patutlah mata sepet.

            “Jangan risau. Saya boleh kurangkan tahap tekanan pada bola mata awak tu, tapi dengan syarat awak kenalah pandang muka saya ni sepanjang hidup awak.” Wink.


Is terus tergelak. Tak tahulah, dia rasa Danish tu sweet. Apa yang keluar dari mulut dia, semuanya manis-manis sampai hatinya tercuit. Elak-elak boleh jatuh hati terus. Tapi yang buat Is gelak sejak tadi sebab Danish mengayat memang tak bagi hint. Terus bagi aje. Yang Is gelak tu bukan sebab suka tapi lebih pada nak cover malu. Seganlah asyik kena pick up line aje.

Danish yang melihat reaksi Is, tersenyum senang. Dalam hati duk tertanya, kenapa Is macam tak terkesan dengan pick up line dia, eh? Asyik ketawa aje. Tapi Danish mengaku, hatinya rasa senang mendengar dan melihat gadis tu tertawa. Dan Danish dah terfikir nak letak Is dalam dewan bedah setiap kali dia berdepan dengan pembedahan. Tentu kerja Danish jadi lebih smooth dan santai. Tahu-tahu aje dah siap operate patient.

            “Okey, jadi apa motif awak sampaikan health speech ni pada saya, ya?”

            “Sebab saya nak bagitau awak, yang saya ni bukan akauntan. Saya ni doktor mata. Jadi akaun yang awak kata simple tu, sangat susah pada saya. Mohon pengertian, please.” Danish tayang senyum comel. Dan Is tergelak lagi.

Mama, Dany dah jatuh cinta. Apa nak buat ni..?

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Friendship Goals - Bab 5

Popular Post