BAB 10
KEBETULAN yang disengajakan. Ya,
memang Danish sengaja parkir di sebelah kereta Is waktu dia sampai tadi.
Kononnya sebelum balik nanti bolehlah mereka saling berpamitan,
berpesan-pesanan. Dengan harapan mereka akan rindu-rinduan. Rupanya, sebaliknya
pula yang berlaku.
“Time
to say goodbye, Is. Here, your key.” ujar Danish sebaik saja mereka berdiri di
kereta masing-masing. Saling berdepan. Itupun sesudah selesai menyumbat masuk
dokumen-dokumen untuk tujuh cawangan D’s Lay Park ke dalam BMWnya. Kunci rumah
bertukar tangan.
“Nampak
sangat awak dah tak sabar nak pergi dari sini.” Beku muka Is waktu dia tuturkan
ayat itu. Sebolehnya, dia tak nak Danish cop dia sebagai perempuan emo. Jadi,
seboleh mungkin dia cuba sorokkan rasa terkilannya meskipun sesekali tutur
bicaranya kedengaran sinis dan ‘padu’.
Danish
yang terasa disindir, tayang senyum tepi. Senyuman yang lahir hasil herotan
pada bibirnya. Sepanjang lima jam menyudahkan kerja tadi, dia sedar perubahan
pada emosi Is. Dan dah tentu ianya berlaku disebabkan oleh dirinya. Silap
paling besar bila dia yang mulakan semuanya. Mengayat Is tak ingat dunia, layan
Is berlebihan hingga keluar ayat seakan melamar gadis itu. Bila dah nampak sisi
sebenar Is, dia terus menjarakkan diri. Sedangkan bukan is yang yang selama ni
terhegeh-hegeh padanya.
Tapi,
apakan daya? Dia hanya ikut apa kata hatinya. Seandainya Is memang tiada
apa-apa dengan Felix dan hanya Felix yang menaruh harapan pada gadis itu, dia
masih mampu memujuk hatinya untuk terus berusaha dapatkan hati si gadis sepet
tu. Tapi bila dia tahu gaya hidup dan cara pergaulan Is tadi, dia memang tak
dapat nak menolak andaian di mana Is bukan gadis yang baik.
“Tunggu
apa lagi, doc? Tengok gaya macam nak pergi sangat dah.” Is pandang tak puas
hati. Dah kalau nak pergi sangat, pergi sajalah. Duk bersandar lagi kat situ
buat apa?
“Off
you go first. I tak selesa per..”
“Awak
dan tipikal lelaki budiman awak tu.. Okeylah, saya gerak dulu. Drive carefully.
Kirim salam saya pada tuan haji dan auntie.” Is buka pintu Toyota Viosnya.
Pintu yang ingin dirapatkan, ternganga semula bila ditarik dari luar. Is
pandang Danish. Apahal?
“Jaga
diri.” Pesan Danish dan pesanan tu memang ikhlas lahir dari hati kecilnya. Dia
tahu Is bebas, tapi kalau belum terlambat, dia berharap pesanan tu akan buat Is
lebih berjaga-jaga.
“Simpan
ajelah pesanan awak yang sweet muweet tu untuk perempuan lain. Tak pun untuk
perempuan yang elok-elok perangainya, sebab pesanan tu tak sesuai untuk saya.”
Is sinis lagi. Sumpah, dia tak sengaja. Biasa dia pandai kawal emosinya, tapi
dengan Danish? Kalau boleh dia nak maki seround kat depan muka doktor kacak tu.
Apa,
Danish ingat perangai dia tu elok sangat ke? Memanjang kerja nak mengayat perempuan.
Tahulah full package tapi tak payahlah sampai semua orang nak diayatkan. Kan
dah tak pasal-pasal hati Is tercuit dan bila Danish dapat tahu siapa dirinya
yang sebenar, terus nak angkat kaki macam tu saja. Pandang orang macamlah orang
hina sangat. Entah-entah dia lelaki pencair hati, bermulut manis taraf kaki
perempuan.
“Well..
Dah memang I dilahirkan dengan kelebihan ni, nak buat macam mana? Kenapa? You
melting dah ke?” Sengaja Danish serang balik, nak tengok reaksi Is.
Is
gelak sepatah-sepatah.
“Setakat
sweet talk macam tu, saya dah lali dah dengar, doc. Biasanya lelaki yang jenis
jaja cinta dengan bermodalkan air liur ni, playboy. Womanizer. Tak ke?” Is
jungkit kening, mencabar emosi lelaki itu. Meski Danish dilihat masih tayang
senyum, tapi Is sedar senyuman tu tak seindah biasa.
“I
love flirting but I’m not a womanizer. Beza, kan?” Dengan senyuman yang
ditampal, Danish tekan ayatnya satu-persatu.
“Pada
saya sama aje. Semua tu antara kategori lelaki pemusnah hati wanita.” Is dah
terbayang raut wajah ayahnya. Antara orang yang masih mengungguli carta dalam
kategori lelaki pemusnah hati wanita.
Kenapa
Is yang emo kalau betul pun Danish musnahkan hati perempuan-perempuan kat luar
sana? Terfikir Danish untuk menyerang balas, tapi melihatkan Is yang sudah
terlalu larut dengan emosinya, buat Danish mematikan hajat. Diam tu tak
bermaksud kalah, kan? Mungkin Is ada sejarah hitam tentang isu yang mereka
bahaskan. Ah, kata dah tutup pintu hati untuk Is. Lagi nak jaga hati dia. Wajah
yang sedikit tegang tadi, Danish lorek dengan sedikit senyuman. I’m okay.
“Alright,
then. Tak kisahlah apa pun yang you kata, I’m still giving you the trophy. I
won’t let a lady being a loser.” Dengan senyuman manis, Danish lontar ayat tu
tapi buat Is bertambah tak puas hati. Terasa seakan Danish sedang
mempermainkannya.
Is,
get yourself together. Jangan layan dah mamat tu. Blah je.
“Awak
se..”
“Okey.
Bye, Is. Drive carefully.”
Bum! Danish
rapatkan terus pintu Is. Dia dah tak nak dengar Is mengarut lagi. Lebih dari
itu, dia tak nak faham lagi apa yang ada dalam hati Is. Dia tak nak tahu apa-apa
lagi tentang Is. Biarlah Is ada sejarah hitam ke, merah ke, ungu ke, dia tak
nak ambil tahu. Di sini noktah untuk perkenalan mereka. Keputusan Danish,
muktamad.
Di
dalam kereta pula, Is hanya pandang Danish dari cermin tingkap. Boleh saja dia
nak buka tingkap dan lemparkan ayat yang tergantung tadi, tapi melihatkan gaya
Danish yang sudah menutup segala ruang untuk berbicara dan berdebat, buat Is
malu sendiri. Nampak sangat Danish dah tak sabar nak tamatkan pertemuan tu.
Enjin
dihidupkan. Beberapa saat kemudian, dia terus memandu pergi. Meninggalkan
Danish yang setia berdiri di situ hingga pemergiannya. Elok saja imej Danish
hilang dari cermin pandang belakangnya, Is terus hambur keluhan. Dada terasa
berbuku. Rasa nak luahkan dengan tangisan. Tapi untuk apa? Untuk apa dia
menangis sedangkan antara dia dan Danish bukan ada apa-apa hubungan perasaan
pun sampaikan dia perlu kecewa dengan perpisahan tu.
Tak.
Sepuluh peratus mungkin kesedihannya kerana perpisahan itu. Tapi selebihnya?
Kenapa mereka perlu berpisah dalam keadaan saling berbalas sindiran dan
ketegangan sedangkan seawal pertemuan, mereka sangat mesra?
Semua
gara-gara Danish tak mampu menerima siapa diri sebenarnya. Ya, walaupun mungkin
Danish seorang kaki flirt, dia juga seorang lelaki yang berkerjaya hebat. Siapa
yang berani untuk underestimate lelaki tu? Lainlah Is. Dia perempuan, kerja pun
biasa-biasa, berkawan pun dengan entah budak mana-mana, perangai pun bebas tak
ingat hukum agama. Jangankan Danish, stafnya sendiri pun kadangkala mengumpat
tentang dirinya.
Ya,
memang dia bebas. Mungkin sedikit liar. Tapi, dia bukan murahan dan dia mahu
Danish tahu tu.
Argh..
Lantaklah. Harapan Is, semoga tadi adalah pertemuan mereka yang terakhir.
Berhenti
di lampu isyarat, Is capai telefon. Notifikasi dibuka. Ada mesej dari grup
Tenang Is Good, grup dia dan teman-teman lepaknya.
Fird :
Malam ni on?
Is :
Aku on the way.
Tam :
Good. Aku pun.
Ijam :
Ok. Heineken 10 bucket cukup?
Yoyo :
Lebihlah. Kata parti sampai subuh. Vodka jangan lupa.
Amin :
bila berparti tahu pula waktu2 solat. Solatnya tidak.
Yoyo :
*Jari tengah kat amin*
Max : I
need girls.
Akim :
Awek tiang pastikan cun2.
Ijam :
Tak ada hal. Semua dah setting. Bagi korang ‘makan’ puas2.
Ciara : I
dah sampai. But stay rumah Zack kejap.
Will : Ciara
dah parti dulu.
Erin :
After party at club, why don’t we continue with sex party at my place?
Fird :
Woohhooo...! I’m in..!
Bila
masuk bab tu, Is terus kunci telefonnya. Perkara biasa yang dia akan hadap bila
lepas buat parti. Semua sibuk dengan ‘nikmat’ dunia. Seks bebas tanpa had.
Bertukar-tukar pasangan tanpa sebarang perlindungan. Estacy, ganja dan bermacam
jenis dadah menjadi bahan asas untuk menambahkan lagi sensasi.
Setakat
hari ini, Is masih kuat melawan pelawaan teman-temannya untuk mencuba ‘barang’
terlarang tu. Dia belum cukup bodoh lagi nak ambil ‘barang’ tu semua. Sudahlah
abang dia polis bahagian narkotik, nak mati kalau Shahrul dapat tahu dia ambil
‘barang’? Meski Shahrul melarang dia dari berkawan dengan mereka, tapi Is hanya
pandang enteng pesanan tu. Kalau Is nak, dari awal perkenalan lagi dia dah cuba
semua benda-benda terlarang tu. Tapi, tak. Is tak sentuh pun.
Lagipun,
Is berkawan dengan mereka pun sekadar untuk bersuka-ria. Dia rasa seronok
berkawan, dia seronok melihat ragam dan perangai orang-orang yang dikenalinya.
Is dan teman peleserannya itu taklah rapat mana. Jumpa pun bila nak berparti
atau bercuti saja. Dia kenal dengan mereka pun, atas sebab mereka semua bekerja
dalam mall yang sama tetapi berlainan kedai.
Fird, Ciara, Akim, Yoyo, Amin, Max,
William, Ijam, Tam, Joki, Awin dan ramai lagi. Walaupun kerja satu mall, jarang
sangat mereka bertemu. Kadang bila Is bosan, adalah juga dia ajak salah seorang
dari mereka tu teman dia makan ke tengok wayang ke. Kawan macam tu saja. Taklah
serapat dia dengan grup keretanya.
Is
meneruskan perjalanan bila lampu isyarat bertukar hijau. Nak balik rumah dulu,
tukar pakaian baru gerak ke JB. Dari Kluang nak ke JB, ambil masa lebih kurang
satu jam lebih. Itupun kalau jalan tak sesaklah. Lepas habis berparti, dia akan
terus pulang semula ke Kluang. Begitulah kebiasaannya.
011-1111777 : Assalamualaikum, Atul. Ibu tak tahu kenapa
ibu tak sedap hati dari tadi. Asyik fikirkan Atul aje. Ibu tahu Atul pandai
jaga diri, tapi ibu harap Atul hati-hati ya. Macam mana pun, Atul perempuan.
Ibu risaukan Atul. Ada masa, telefonlah ibu.
Melihatkan
pesanan yang baru masuk itu, Is lepaskan rengusan. Sekarang baru nak risau?
Dulu masa dia kecil, kenapa tak risau? Sanggup je hantar dia kat rumah maksu.
Bila dia dah besar, dah boleh berdirikari, baru ibu nak risau? Tak perlu kot.
Is terus kunci semula telefonnya.
“BOLEH pula kau cuti panjang?” Aju Zakry
sebaik mereka bersua dan saling bertanya khabar.
“Aku
ambil A/L. Konon nak rehat. Sekali abah aku suruh settlekan kerja kat Kluang.”
Danish membalas sambil mata memerhati
keadaan sekelliling.
The
Fun Zone. Hebat. Kelab-kelabnya pun nampak bukan calang-calang. Exclusive.
Havoc. Pengunjungnya kebanyakkan datang dari seberang tambak sana. Suasana pun
main peranan. Angin laut bertiup nyaman. Ya, depan tu aje lautnya. Siap boleh
nampak kerlipan lampu-lampu dari Kota Singa lagi. Seberang tu aje singapura.
“Okey?”
Saja Zakry bertanya padahal dia dah boleh dapat jawapan Danish tu dari wajah tu
saja. Nampak sangat takjub. Selama ni dia saja yang takjub setiap kali Danish
bawa dia masuk ke kelab-kelab baru di KL sana.
“Superb.”
Sepatah komennya dengan harapan Zakry tak tanya lagi. Sebab jawapan dia tu, dah
lebih dari cukup. Ringkas tapi padat.
“Tak
rasa sia-sia, kan drive dari Kluang ke JB. Heaven, oii. Malam ni tidur kat
rumah aku tau. Rumah aku dekat-dekat sini aje.” Tambah Zakry.
Mula-mula
dipelawa datang ke The Fun Zone semalam, Danish menolak. Katanya nak terus
balik ke Bangi lepas selesai semua kerja. Mujurlah Zakry tak putus asa. Kalau
tak, tak sampailah Danish ke ‘syurga’ dunia tu.
“Heaven.
Heaven teruk. Eh, awek kau mana?”
Mengenali
Zakry sejak di bangku Matriks, lelaki berkulit sawo matang tu memang sejenis
lelaki pemusnah hati wanita, ikut kategori yang Is beri tadi. Dia memang ramai
teman wanita tapi sejak tiga tahun kebelakangan, Zakry sangat kerap keluar
dengan perempuan yang sama. Katanya teman wanita tapi tak pastilah seriusnya
ditahap mana.
“Ada tapi
dia ada event kat kelab lain. Tadi pun dia datang dengan kawan dia. Ala, sesekali
kita singlelah sama-sama.” Zakry sengih gatal pada Danish.
Danish
picing mata sebelum dia petik jari depan Zakry. Muka bersinar-sinar macam kena
pancaran spotlight.
“Great..!
Yang ni aku suka. Kalau tak, dia asyik berkepit aje dengan kau. Nak cerita
pasal hal lelaki pun, susah.” Bebel Danish. Tak tahulah Zakry tapi Danish rasa
rimas. Meskipun gadis cina tu sporting tapi Danish tak selesa bila ada orang
lain yang menyelit tiap kali dia berborak dengan Zakry.
Tanpa
membalas, Zakry hanya tergelak kecil seraya meraih bahu temannya itu. Mereka
beriringan menuju ke arah salah satu kelab. Berselisih bahu dengan sekumpulan
gadis, sempat Danish lempar senyum manisnya pada mereka. Salah seorang dari
mereka siap kenyit mata sebagai balasan.
“Alamak..!”
Danish berteriak kecil sambil pandang bawah. Seakan-akan ada benda yang
terjatuh. Akibat terkejut, kumpulan gadis tu semua ikut pandang bawah.
“Kenapa?
Ada benda jatuh ke?” Soal Zakry, konon ikut penasaran. Padahal dia dah tahu dah
trick biasa Danish tu.
“Ada,
hati aku.” Balas Danish seraya meniupkan ciuman terbang pada si gadis yang
mengenyitnya tadi. Terus gadis itu tersipu sementara teman-temannya tergelak
malu. Dan jadilah perkenalan mereka di situ. Masing-masing saling bertukar
Facebook. Facebook saja sudah memadai untuk meneruskan perkenalan. Pada Danish,
nombor telefon hanya untuk orang yang rapat dengannya saja.
“Sempat
aje kau, kan.” Zakry tergeleng bersama senyum lucu selepas pemergian
gadis-gadis comel molek tadi.
“Buat
stok ‘geli-geli’ bolehlah. Comel pun comel.” Kaki dah semakin menghampiri salah
satu kelab di situ. Dah terdengar hiruk-pikuk dari dalam.
“Stok
‘geli-geli’ pun kena ada rupa, eh. Ka..”
Bukk..!
Laju
Danish menoleh ke arah kiri Zakry bila terdengar Zakry mengaduh perlahan akibat
dirempuh dari belakang. Entah siapalah yang nak cepat sangat sampai tak nampak
orang kat depan.
Perempuan
berambut panjang yang dilepaskan bebas tu menoleh tapi tumpuannya lebih pada
orang yang dilanggarnya tadi. Telefon bimbit di tangannya tak dilepaskan. Sah,
main telefon waktu berjalan sampai tak nampak orang. Danish cuba untuk
mendapatkan imej sebenar gadis tersebut, tapi tak berjaya disebabkan wajahnya
terlindung sedikit oleh rambut panjangnya.
“Sor.. Eh?” Gadis tu seakan terkejut bila
terpandang Zakry.
Danish toleh
pada Zakry. Lebar temannya itu tersenyum. Hmm.. Ex-Zakrylah tu. Player macam
Zakry tu, ex mestilah bersepah.
“Apa eh-eh? Tahulah dah lambat, main langgar
aje.” Nada Zakry macam marah tapi tengok pada senyuman dia tu.. Hmm..
Menggeletis.
Diam-diam
Danish perhatikan penampilan si gadis. Atas bawah dia belek. Seksi. Ripped mini
denim skirt paras pangkal peha dipadankan dengan strapless tube putih.
Dikenakan pula dengan wedge sneakers jeans dengan potongan tinggi hingga ke
pangkal betis. Wow..! Ex Zakry memang wooww!
“Sorry,
Zack. Aku nak cepat. Ciara dah sampai ke?”
“Ciara
dah sampai tapi bukan dia datang dengan kau ke? Last minute tadi, Ciara tukar
plan. Dia tak bagi aku datang Kluang ambil dia.” Pelik pula Zakry, takkan Ciara
menipu pula?
“Taklah.
Aku pun baru sampai. Dah lambat ni, brother kat dalam dah bising.”
Danish
kaku bila terdengar suara gadis tu. Macam familiar. Dari menilik pakaian,
Danish terus kalih pada muka si gadis. Dan tika itu, dia terlalu berharap angin
bertiup kuat sedikit supaya juntaian rambut di sebelah kiri wajah gadis itu
beralih. Tapi nampaknya angin seakan tidak mahu bekerjasama dengannya. Jalan
singkat, Danish berdeham dan ianya berjaya menarik perhatian Zakry dan gadis
itu.
Zapp! Danish
terkelu sendiri. Rambut highlight grey! Jelas si gadis juga agak terkejut tapi
dia bijak mengawal riak di wajahnya. Kebetulan apakah ini?
“Eh,
sorry. Lupa nak kenalkan. Is, ni kawan aku. Dany. Dany, ni kawan Ciara. Is.”
Perkenal Zakry. Danish dan Is dipandang sedikit hairan. Kenapa gaya mereka
nampak awkward?
Is
mengangguk sedikit dan sempat dia melukis secebis senyuman sinis. Baguslah
mereka dipertemukan di tempat seperti ini dalam keadaan pakaiannya yang
terdedah sana sini. Jadi lepas ni tentu dia akan terus dicop sebagai perempuan
liar oleh lelaki tu. Ah, biarlah. Biarlah Danish nak fikir apa pun tentang
dirinya. Dia dah tak nak fikir.
Danish
yang melihat senyuman sinis tu, menelan liur seakan menelan biji durian. Mendengar
dan melihat, impaknya nyata berbeza. Andai petang tadi dia hilang minat pada Is
sebaik mendengar cerita tentang cara pergualannya, kini dia rasa kecewa. Tak
sangka, gadis yang dah berjaya mengetuk pintu hatinya, seorang yang sangat..
Argh..! Danish tak mampu nak ungkap dengan kata-kata.
“Babe..!”
Teriakkan
satu suara, membuatkan Is berpusing ke depan. Seorang lelaki berbadan tegap
berlari mendapatkan Is. Sebaik berhenti di depan Is, terus lelaki tu merangkul
pinggang Is. Danish menahan pedih.
“Lambat.”
Cetus lelaki tu.
“Sorry.
Aku nak masuk dah ni. Terjumpa Zack pula.” Balas Is, nadanya tenang-tenang
saja. Sempat dia kerling Danish dengan riak mengejek.
Harap kau
tak terkejut, Dany. Memandangkan inilah tanggapan kau tentang aku sejak petang
tadi, jadi lihatlah diri aku yang sebenar. Hati Is berbisik tajam.
“Eh,
Zack. Join us? Ciara ada kat dalam.” Pelawa lelaki tu.
“Eh,
tak apa kot. Aku dengan kawan aku ni. Kau orang enjoylah.” Zakry menolak
lembut. Bukan dia tak tahu Tam tu sekadar ajak-ajak ayam. Yalah, parti mereka
tu hanya untuk orang tertentu saja. Tak mungkin dia dibenarkan untuk turut
serta.
“Okey,
kita orang gerak dulu.” Selepas berpamitan, pasangan tu terus berlalu dengan
lelaki tu masih setia merangkul pinggang Is menuju ke kelab 3AM.
Entah
kenapa, Danish masih terus pegun di situ. Masih mahu memerhatikan tingkah Is
yang dah terang-terangan sangat keterlaluan. Itukah Is yang selalu abah
banggakan? Itukah Is yang dah berjaya mencuit perasaannya? Mengecewakan. Dan
tika itu, buat pertama kalinya dia sedar, sakitnya bila jatuh hati di tempat
yang tak sepatutnya. Sumpah, inilah buat pertama kalinya dia rasa kesakitan
itu. Rasa macam nak terduduk di situ juga.
“Kau
okey ke? Lain macam cara kau pandang dia.” Soalan Zakry, dibiarkan tak berjawab.
Dany,
kali ni kau memang kena move on. Lupakan perempuan tu. She’s not for you. She’s
not the one. Perasaan yang kau rasa sejak pertemuan semalam tu hanyalah false
alarm. Let her go. Hatinya berbisik memberi semangat.
“Dany,
kau kenapa?” Zakry menepuk lembut bahuku.
“Tak
ada apa. Jomlah.”
No comments:
Post a Comment