9
“...JANGANLAH macam tu sayang.
Su kan baru bagi duit minggu lepas? Takkan dah habis?.. Tak, Su bukan
mengungkit. Su tanya aje... bla..bla..bla..”
Aku meneruskan langkah menuju ke dapur bersama senyuman.
Tak baik curi dengar orang bercakap. Auntie Su mesti tengah bergayut dengan
papa. Romantiknya, papa baru pergi kerja beberapa jam yang lepas, tapi dah
bergayut ditelefon. Bertuahlah papa dapat isteri macam auntie Su.
Aku
mencari Harun yang sudah diletakkan didalam sangkar besar dibelakang rumah.
Ketika membasuh pinggan tadi baru aku tahu penyamun yang menyamun ikan goreng
auntie Su tadi adalah Harun. Bila aku tanya dimana Harun, auntie Su terus
menunjuk ke belakang rumah. Auntie Su pesan supaya tidak sesekali melepaskan
kucing itu dari sangkar.
Aku sudah bersiap dengan sepasang baju kurung kain kapas
berwarna hitam berbunga kecil warna pink serta bertudung warna sedondon dengan
corak baju. Kata Isya, dalam jam 11.30 dia akan mengambil aku dirumah. Pesannya
lagi, siap-siap aje.
Sementara menunggu Isya, aku ingin bermain dengan Harun
dulu. Aku duduk bertinggung dihadapan sangkar Harun. Dia mengiau sambil
menggesel-gesel badannya ditepi sangkar berdekatan dengan aku. Aku mengusap
bulunya melalui celah-celah lubang sangkar.
Kesiannya kau, Run. Tak pasal-pasal kena kurung macam ni.
Itulah, siapa suruh kau curi makanan orang. Hmm.. aku nak tolong pun tak boleh.
Auntie Su awal-awal dah cakap dia memang tak suka dengan haiwan belaan. Terpaksalah
kau duduk dalam ni diam-diam ya, Run.
“Kang kalau tak dikurung, merayau masuk rumah jiran-jiran
pulak. Bukan tak tahu orang kat sini, pantang binatang salah masuk, mulalah nak
meracun segala. Kang tak pasal-pasal mati katak kucing Mai tu.” teringat bebelan
auntie Su sebentar tadi.
Aku mengiyakan. Betul juga. Suasana dikampung manalah
sama dengan bandar. Apatah lagi ditengah-tengah kota metropolitan ni. Kalau
membunuh manusia pun mereka sanggup, apatah lagi hanya seekor kucing?
“Lis!! Isya dah sampai!” sayup-sayup aku terdengar suara
auntie Su berteriak memanggilku.
“Run, aku pergi dulu. Jaga diri, jangan nakal-nakal tau.”
Aku usap seketika lehernya sebelum aku
berlari-lari anak menuju ke pintu depan banglo. Di garaj kelihatan sebuah Mini
Cooper S hitam putih yang masih hidup enjinnya. Isya menjengah kepala keluar
dari tingkap.
“Lis,
jom.. jom..” panggilnya.
Aku
memberi isyarat tangan sekejap. Aku masuk semula ke dalam, mencari auntie Su.
Dia masih mengapit telefon bimbitnya, duduk bersantai diruang tamu.
“Auntie, Mai pergi dulu.” aku salam dan cium tangan
wanita lewat 40-an itu walaupun dia nampak terpinga-pinga. Aku menghadiahkan
dia sebuah senyuman sebelum berlalu. Aku berjalan menuju ke kereta Isya selepas
menyarung kasut.
Teruja sungguh aku melihat kereta yang dibawa Isya. Belum
pun berkerja, hanya seorang pelajar tapi mampu membawa sebuah Mini Cooper S.
Keretanya bertemakan Nightmare Before Christmas. Semuanya hitam
putih dan bercorak tengkorak. Rock habis.
Sekilas aku terpandang nombor pendaftaran kereta
tersebut. Aku terkaku melangkah. Tajam mata aku merenung huruf dan nombor yang
tertera dengan tulisan berwarna putih itu. KA 666. KA? Sama macam nombor CRV
baru papa. Sama macam loket pada rantai emas putih tu.
Tin!! Tin!!
“Menung apa lagi? Cepat masuk.” Arah Isya selepas membingitkan
telinga aku dengan bunyi honnya. Aku masuk ke dalam kereta, tapi aku masih
sempat meliarkan mata ke garaj kereta yang luas itu. Masih ada beberapa biji
lagi kereta mewah terparking disitu. Bukan kereta Estima hitam ataupun Nissan
Teanna itu yang menjadi tarikan aku mahupun Swift biru itu, tetapi nombor
pendaftrannya. Huruf K dan A itu menjadi simbol untuk keluarga ini. Meski
kereta berlainan jenis dan nama, tapi huruf pangkal pada nombor plat semuanya
sama.
Aku menarik nafas dalam. Aku tahu orang yang merogol aku
berada didalam rumah ini. Tapi siapa? Raff? Syazlan? Tak mungkin papa. Tapi
mungkinkah Raff? Sebab aku tak rasa Syazlan memandangkan dia seorang yang
sangat baik pada penglihatanku.
Aku
pasti Raff. Tapi tak kan boleh suka-suka hati tuduh macam tu? Mesti ada bukti
baru orang percaya kat aku. Rantai tu. Tapi, cukup ke sekadar seutas rantai?
Kalau dia berdalih dan kata rantai tu bukan dia punya macam mana? Manalah tahu
huruf KA pada loket tu hanya kebetulan. Ahh, sudah. Tak apa Mai, sabar. Macam
mana pun kena siasat dulu. Menarik rambut dalam tepung biarlah berhati-hati.
Rambut tak putus, tepung tak bersepah. Aku tanam azam dalam hati. Satu hari,
aku akan bongkar benda ni.
SEKALI lagi aku menggeleng
dengan pilihan Isya. Gila nak suruh aku pakai macam ni? Seksi habis. Kang tak
pasal-pasal terbang tudung aku ni.
Bila dah masuk berpuluh kali gelengan, tercabar jugaklah
iman dan tahap kesabaran Isya dan semestinya Raff. Ya, Raff pun menyertai kami.
Dia menunggu kami di ruang legar Berjaya Time Square. Mulanya aku sendiri
terkejut dengan kehadirannya tapi menurut Isya, papa yang suruh Raff ikut.
Katanya untuk menjaga kami berdua. Peliknya, kenapa papa tak suruh Syazlan aje?
Bila aku aju soalan itu pada Isya, Raff mencelah dengan nada angkuhnya.
“Abang
Syaz.. Abang Syaz.. geli aku dengar. Baik sangatlah kau panggil dia macam tu
sampai nak bershopping pun kena dia yang teman? Kalau dah kampung, kampung
jugaklah.” Tersayat juga hati aku bila teringat kata-kata cemuhan Raff tadi.
Mujur Isya pantas mencelah dengan nada cerianya.
“Syaz
ada hearing kat courtlah Lis. Aku kalau boleh memang tak nak pun dia teman, bukan
kau aje. Tapi nak buat macam mana, kita yang sentiasa bersabar dan tabah ni
kenalah reda dengan ketentuan Ilahi. Tak payahlah nak bezakan Syaz ke, Raf ke,
kan? Kampung ke bandar ke, sama aje. Ya tak, Raff?” ambik kau sebiji kena
tempelak dengan Isya. Aku apalagi, lebarlah sengih. Padan muka Raff.
“Lis..
huhuhu.. Tolonglah pilih. Dah banyak kedai ni kita masuk. Tak kan satu pun tak
berkenan? Kaki aku nak tertanggal dah ni.” aku kembali ke alam nyata. Wajah
cemberut Isya aku pandang dengan rasa hati nak tergelak. Comel pulak dia ni
buat muka macam ni.
Raff
merengus. “Makan dululah. Kebulur aku tunggu budak kampung ni pilih baju. Raff
tunggu kat Pizza.” Kasar Raff mencemuh sebelum berlalu dari kedai tersebut.
Isya
mengeluh. Mendengar keluhannya, aku jadi serba salah. Kasihan pulak kat Isya,
terpaksa melayan kerenah aku yang agak cerewet ni.
“Kita
makan dululah, Isya. Kesian kat Isya.” Aku mengusap lembut bahunya.
“Tahu
pun aku penat, kan? Lepas makan ni, jangan buli aku lagi. Kalau tak aku
tinggalkan kau dengan lanun tu. Meh aku hantar kau kat Pizza, lepas tu aku nak
cari ladies kejap. Dah hujung-hujung aje ni. Tak tahan tau. Nak layan kau punya
pasal, aku sangguplah tahan hajat aku ni.” Isya membebel sambil membawa langkah
untuk turun ke aras bawah.
Makin suspen je criter ni...tapi saya suka sbb baru ada thrill...So Mai kena usaha lebih utk cari siapa yg dah rogol dia. So sambung cepat2 ye Cik Writer....tgh curious sgt2 ni.
ReplyDeleteutk awk miss Ida, hrus lah sy cuba update stiap mlm..
ReplyDeleteahakss..:p