BAB 5
SETELAH hampir enam jam bertarung
dengan excel, akhirnya Is angkat bendera putih. Jam di skrin, dijeling sekilas.
Dah nak pukul lapan malam. Anak majikannya itu tak diberi rehat sejak petang
tadi. Tiba-tiba Is rasa bersalah. Dia dah terdera anak orang tanpa sengaja ke?
“Awak okey?”
Soal Is, sempat dia buat senaman simple untuk pinggangnya yang dah terasa
kejang.
Danish
tersandar, otaknya terasa sangat lelah. Memang dari tadi dia tunggu Is beri dia
rehat, tapi nampaknya Is memang bersemangat waja. Ada juga terdetik di fikiran
Danish yang Is nak terus tidur di dalam ofisnya tu. Yalah, buat kerja macam dah
tak ingat dunia.
“Satu hari
yang menyeksakan.” Keluh Danish.
Dan ianya
satu kebenaran. Penat on call pun tak penat macam ni. Dahlah penat drive dari
Bangi tak hilang lagi. Kena hadap excel pula tu. Kejap lagi, Danish nak makan
lepas tu terus balik dan tidur. Esok kena sambung lagi berperang dengan excel.
Tadi pun dia hanya dapat periksa report bulanan dan akaun untuk empat outlet
saja. Tinggal tiga lagi. Dan dia akan pastikan semuanya siap sebelum menjelang
malam sebab dia dah janji dengan kawan baik dari zaman matriksnya untuk bertemu
di kelab. Biasa Zakry saja yang rajin datang KL dan ajak dia keluar. Kali ni
Zakry nak tunjukkan dia kelab yang ada di JB.
“Dan
memenatkan.” Tambah Is. Serius penat, tapi sebab fikirkan nak semua kerja siap
sebelum dateline, terpaksalah berkorban sedikit.
Danish lihat
Is mengeliat sedikit sebelum bertindak merungkai ikatan rambutnya dan zass..
Danish ternganga sedikit. Terserlah keseksian Is dengan rambut terurai.
Highlight merahnya tu buat dia kelihatan vogue. Tambah lagi hujung rambutnya
yang sedikit bergulung. Gosh.. Betul-betul seperti apa yang Danish bayangkan
petang tadi waktu di dapur. Cantik, dia memang cantik.
“Sorry, saya
betul-betul lupa nak bagi awak break. Awak jangan cakap kat tuan haji yang saya
dera awak pula.” Dalam senda, Is sebenarnya maksudkan apa yang dikatakannya.
Risau juga karang tak pasal dia kena marah dengan majikannya. Dahlah tak bagi
rehat, makan pun dia lupa nak order untuk Danish.
Danish
tergelak lucu sambil membantu Is mengemas meja.
“Takkanlah
saya nak mengadu kat abah saya. Tak macholah macam tu. Awak tu, saya tengok
macam selalu skip your meals bila sibuk. Kan? Tak eloklah. Kena gastric nanti,
baru tahu.” Part pesanan tu bukan Danish nak mengayat. Tapi dia memang nak bagi
pesanan tu pasa Is. Tengok dar gaya Is, kalau sibuk tentu dah tak ingat apa.
Lapar pun tak rasa.
Is senyum
saja membalas pesanan Danish. Tersentuh? Sudah tentu. Rata-rata teman yang
mengenalinya termasuk stafnya sendiri, takkan beri pesanan penaja macam tu
kerana mereka menganggap Is sangat pandai bawa diri. Yalah dah biasa duduk
sendirian, dah biasa berdikari. Jadi orang disekelilingnya tak rasa Is perlu
diberi nasihat tentang penjagaan diri. Hmm.. Disebabkan itu juga, Is dah tak
harap orang beri pesanan padanya.
Siap
berkemas, Is bawa keluar telefonnya. Telefon yang dimatikan sejak tadi
dihidupkan semula. Danish pun tak lepas peluang. Hidupkan juga telefon yang
dimatikan atas arahan Is tadi. Sementara menanti telefon bernyawa, mereka seperti
sepakat meletakkan gadget tersbut di atas meja. Lepas tu menyandar sambil
mengurut tengkuk yang lenguh.
“Lapar
tak?” tanya Is, prihatin bunyinya.
“Lapar
dan mengantuk.” Danish balas pantas.
“Dah
pukul 8. Jomlah, kita makan dulu. Lepas tu saya tunjukkan jalan nak balik
rumah.”
“Jalan
balik rumah awak ke?” Laju Danish menyoal dan sekaligus buat Is tergelak.
“Mestilah
bukan. Saya tunjukkan awak jalan pergi rumah Tuan Haji. Abah awak, kan ada beli
rumah kat sini. Awak tahu, kan?”Melihatkan Danish menggeleng, dahi Is berlipat.
Takkan tak tahu?
“Awak
cakap ni, baru saya tahu. Dah lama ke abah saya beli rumah tu?” Sumpah, memang
dia tak tahu abah ada beli rumah di bandar tersebut.
“Sejak
saya jaga outlet kat sini lagi rumah tu dah ada. Hmm.. Rumah kat Segamat dan Jb
pun rumah abah awak juga tau. Biasanya saya memang stay kat rumah tu kalau
outstation.”
Ooh..
Tak sangkanya. Diam-diam saja abah kumpul asset.
“Jadi
awaklah yang jaga rumah-rumah tu?” Danish jadi kagum dengan Is. Nampak
biasa-biasa saja orangnya, tapi bertanggungjawab.
“Ha’ah, sebab saya tinggal kat situ, kan. Kira
sayalah yang kena jaga.” Is senyum saja.
“Dahsyat.
Awak seorang, boleh jaga tiga outlet D’s Lay Park dan tiga buah rumah.
Seriously, I’m impress. Jadi saya rasa kalau setakat nak jaga saya seorang
sampai ke tua, mesti awak lebih dari mampu, kan?” Ha, Danish bagi lagi. Dan
reaksi Is sama seperti tadi. Tertawa bila sedar ke mana arah tuju ayat Danish
tu. Danish pun, asal boleh saja.
“Dany.”
Panggil Is sambil menongkat dagu, membalas tatapan Danish.
Danish pun
tak ketinggalan, turut melakukan aksi yang sama. Bertongkatdagu dan menjadikan
kedudukan wajah kami sedikit dekat. Danish tayang senyum kacak. Berharap Is
cair seperti cairnya dia pada Is.
“Yes?”
“Mesti
dari kecil awak tak pernah minum susu, kan?” Sajalah Is nak try.
“Kenapa?
Awak nampak saya ni macam kekurangan kalsium ke?” Yalah, kutlah dia nampak gigi
Danish rongak ke apa sampaikan dia aju soalan macam tu.
“Tak,
sebab saya rasa awak macam terlebih minum air gula. Apa yang keluar dari mulut
awak, semua manis-manis. Awak tak takut kena hurung dengan semut betina ke?” Is
tayang muka innocent. Menanti jawapan dari Danish.
Danish
tersenyum lucu. Pandai eh, dia serang balas. Deep tau.
“Kalau
yang menghurung tu semut jantan, takutlah juga. Tapi setakat semut betina, saya
okey je. Kenapa, awak dah terfikir nak hurung saya juga ke?” Kening Danish
angkat berulang kali. Saja mengusik Is dengan muka nakalnya itu. Is herot
bibir. Buat muka meluat dan Danish tergelak.
Ting!
Ting! Ting! Ting! Ting!
Elok
saja telefon mereka bernyawa, terus berpusu-pusu mesej masuk. Danish pandang Is
dengan kening terangkat. Boleh tahan juga Is tu, baru off telefon enam jam, dah
macam tu banyak mesej yang masuk.
“Jom,
makan?” Pelawa Is tapi mata ralit pada skrin.
Belum sempat
jawab, perhatian Danish berkalih pada telefonnya yang berdering. Nama Vivian
tertera di skrin.
“Kejap, I
jawab call.” Ujar Danish. Bersama senyuman meleret, dia sambung talian. Namun
matanya tak lepas dari melihat Is yang terus ralit dengan mesej-mesejnya.
“Hello,
sweetheart. Miss me?” Saja Danish nak menggiat orang di hujung talian.
Sekaligus nak tengok reaksi Is. Manalah Is tayang muka cemburu. Kiranya dia
taklah bertepuk sebelah tangan. Tapi sayangnya, Is hanya angkat kepala. Balas
pandangannya dengan senyuman dan kembali pada telefon di tangan. Hmm..
“Jangan nak
sweet sangat, eh. I tengah stress ni.”
“Babe, you
stress sebab I tak ada ke? Tu bukan stress, tu maknanya you rindu kat I.” Tak
lelah Danish menggiat. APa sajalah yang distresskan sangat oleh doctor Vivian
tu.
“Yes, I
stress sebab you tak ada tapi bukan sebab I rindu. I stress sebab you annual
leave lama sangat.” Melayan Danish yang kaki sweet talk tu, memang perlukan
kesabaran.
Danish
tergelak kelucuan.
“Rindu, tak
mengaku. I A/L seminggu ajelah. Lama apanya? Kalau rindu sangat, esok I cari
you kat hospital. Okay, doktor?” Mengenali doctor berbangsa cina tu, Danish tak
rasa Vivian rindukan dirinya. Tentu ada masalah di hospital.
Danish ketuk
perlahan jarinya pada permukaan meja. Menarik perhatian Is. Is pantas angkat
kepala tapi jemari masih laju menaip. Dahsyat.
“Saya
tunggu kat kafe.” Ujar Danish berbisik, telefon pula sempat dijauhkan sedikit.
Tak nak bebelan Vivian terganggu. Is angguk lalu menunduk kembali. Tiada tanda
Is nak ikut keluar sekali. Danish terus bangkit, kaki melangkah ke pintu yang
berada di belakangnya. Tak jauh pun dengan tempat dia duduk tadi. Dalam empat
lima langkah saja.
“I
stress sebab ramai doctor dan nurse yang cantik-cantik dalam hospital ni tanya
pasal you. Yang buat I pelik, doctor Tiha tu. Hari-hari tanya bila you masuk
padahal I dah cakap you masuk next week. You tolonglah, call dia sendiri then
bagitau dia bila you nak naik kerja semula. I bla.. bla.. bla..”
Danish
diam sambil tersengih mendengar bebelan Vivian. Saat kedua belah kaki dah
berada di luar pejabat Is, baru Danish teringat walletnya tadi diletakkan di
sudut meja Is. Pantas Danish berpaling lalu menolak pintu berkaca gelap tu. Dan
pap..!!
“Auwwww..!!”
Jeritan Is buat Danish terkejut. Sumpah dia tak perasan Is berdiri di balik
pintu, mungkin dia baru nak keluar. Pantas dia mendapatkan Is yang dah
bertinggung sambil menggosok dahinya.
“Is..
Alamak.. Sorry. Sorry. Saya tak perasan awak kat belakang pintu. Kenapa awak
tak elak? Tak pun tolak balik pintunya.” Menggelabah punya pasal, Danish campak
saja telefonnya di atas lantai. Tangan Is yang menggosok dahinya sendiri, dia
tolak cemas. Terus saja tangannya menyentuh dahi Is, risau berdarah. Tekun dia
meneliti dahi putih tu.
“Sini
ke?” Soal Danish, risau.
“Ha’ah.
Lebam tak? Ke benjol dah?” Dalam hati, Is duk maki diri sendiri. Main lagi
telefon, jalan tak pandang depan. Kan dah kena. Sakitnya, nauzubillah. Nasib
tak pecah kepalanya, dan nasib juga tak jatuh terlentang. Kalau tak, harus Is
buat-buat pengsan nak cover malu.
“Merah
sikit. Kejap lagi awak tuam dengan ais. Takut lebam. Karang tak pasal-pasal
bertanda dahi awak ni.”
“Fuh,
nasib baik.” Sambut Is, lega sangat. Manalah tahu terkoyak ke, karang kena
jahit. Dah bercorak pula dahinya.
“Eh,
kejap. Ni apa?”
Is yang baru
nak bangun, Danish tahan. Belakang kepala Is disauk lalu ditarik perlahan ke
arahnya. Nak lihat dengan lebih dekat.
Hilang sakit, datang pula debaran di dada Is. Reaksi sponatan Danish tu
buat jantung dia bergedup macam orang baru lepas marathon. Silap-silap, Danish
pun boleh dengar sama. Tapi dek kerana curious, Is bertahan juga.
“Ap..
Apa? Darah ke?” Is pandang Danish yang ralit memerhatikan dahinya. Selang
seketika, mata hitam pekat tu terus beralih pada matanya. Dan Is terkelu di
situ.
“Cantik.”
Ujar Danish sepatah dan dia memang maksudkan apa yang dikatakannya. Is sangat
cantik bila dilihat dari jarak dekat.
“Erk?”
Apa yang cantik? Luka di dahinya? Is kelam sekejap.
“Saya
cakap awak cantik.” Tangan Danish melurut rambut Is. Lembut seperti yang
dibayangkan. Tak sangka dapat peluang.
“Eh?
Awak ni kenapa? Lapar sangat ke sampai melalut macam ni? Jomlah, saya belanja
awak makan.” Dengan muka sedikit berbahang, Is terus berdiri. Danish ikut sama
tapi sempat dia capai telefonnya di atas lantai.
“Awak
sejak lahir memang macam ni ke, Is?” Umum sangat soalan Danish tu, buat dahi Is
berlipat-lipat.
“‘Macam
ni' tu macam mana?”
“Awak
sejak lahir memang cantik dan sempurna macam ni ke? Saya suka semua yang ada
pada awak but I like your hair, the most.” Ujar Danish. Dia capai dompet di
atas meja dan terus berlalu keluar dari ofis kecil tu bersama senyum senang.
Mama, Dany dah jatuh hati. I’ve found the right one.
Sementara
Is yang kaku di situ, meraba dada kirinya. Teruk sangat ke kepala dia kena
hentam dengan pintu tadi sampai dada dia yang berdegup macam nak meletup?
No comments:
Post a Comment