“PA, Syaz bukan tak nak. Tapi
papa kenalah faham, Syaz ada Gina. Papa tak takut malu ke kalau masuk paper
Syaz tinggalkan Gina?” aku melekapkan telinga pada pintu bilik. Aku tahu mereka
anak-beranak masih belum pulang sejak kenduri tahlil atok selesai sebentar
tadi. Pastilah hendak membincangkan tentang amanat yang atok tinggalkan sebelum
meninggal.
“Sekarang
kita ketepikan hal Gina tu, fikir pasal mama pulak. Tak kan Syaz nak papa
kahwin dengan Mai, habis tu mama macam mana?” terdengar suara pakcik Akram
pula.
“Maaf
pa, Syaz sayangkan Gina.” Itu sahaja jawapan Syazlan.
“Pa,
mama tak kisah. Mama izinkan papa kahwin dengan Mai. Mama ikhlas.” Aku terkedu
mendengar suara auntie Su. Mulianya hati seorang isteri hingga sanggup
membenarkan suaminya menikah lain.
“Su,
awak tak faham. Mai tu saya dah anggap macam anak saya sendiri. Saya pun dah
lima puluh empat Su, tak layak jadi suami dia. Saya tak nak rosakkan masa depan
dia.” aku lepaskan nafas berat. Kerana aku, mereka berbalah. Kerana aku mereka
runsing.
“Kalau
macam tu, suruh aje Raff yang kahwin dengan perempuan tu. Alang-alang masa
depan budak tu dah rosak, biar rosak terus.” Suara nyaring itu pastilah milik
anak gadis pakcik Akram. Kalau tak silap aku, aku dengar pakcik Akram panggil
gadis tu Maya. Dan Raff pula anak kedua pakcik Akram, lelaki yang nampak
sombong itu.
“Elok
bahasa. Teruk-teruk I ni tak adalah sampai nak simpan perempuan dah rosak tu.”
melengking suara Raff. Aku tahan airmata yang mengalir. Sejak kelmarin, Maya
dan Raff tak pernah cuba menjaga air muka aku. Asal ada peluang, pasti aku
dihina. Kenapa mereka tak seperti Syazlan, pakcik Akram atau mungkin auntie Su.
“Memanglah,
dah kerja kau rosakkan perempuan.” Sambut Syazlan. Pantas sahaja aku dapat
mentafsir ayat itu. Pastilah Raff terdiri dari golongan buaya darat yang hanya
tahu membaham mangsa. Tengok gaya pun aku boleh agak. Tidak seperti Syazlan,
peguam muda itu nampak lebih matang dan pendiam.
“Languange
Syaz.” Sampuk pakcik Akram. Kemudian suasana senyap.
“Sudahlah tu pa, ikut aje amanat arwah tu.
Kesian arwah tak tenang kat sana.” Pujuk auntie Su.
“Su,
cubalah faham. Saya tak sanggup nak duakan Su. Kita pun baru aje nikah tahun
lepas, takkan saya nak bagi awak madu pulak.”
“Mama
ni kenapa baik sangat? Siap nak bagi suami sendiri kat perempuan kampung tu.
Tolonglah ma, be realistic okay.” Celah Maya. Antara mereka, Maya yang
terang-terangan menunjukkan rasa tidak senangnya menerima kehadiran aku.
Maklumlah, aku hanya anak kampung, tak punya harga diri pula. Allah..
“Maya,
jangan nak menyibuk boleh tak? Ni hal mama dengan papa.” marah auntie Su dengan
nada yang sudah naik satu level. Aku terdengar Maya merengus, pasti bengang
diherdik mamanya.
“Syaz,
Raff.. you all betul tak nak kahwin dengan Mai?” soal auntie Su.
“Tunggu
Raff gila baru Raff terima.”
“Syaz
sayangkan Gina.”
“Baik,
kalau macam tu esok sebelum kita balik KL papa akan kahwin dengan Mai. Jangan
sesiapa pun pertikaikan, sebab kamu yang tak nak tolong papa kamu. Pa, maafkan
mama.”
“Saya
yang patut minta maaf kat awak Su sebab bagi masalah pada awak.”
Aku
tahan sebak yang mendatang. Kerana aku, keluarga mereka kucar-kacir. Mai, hidup
kau hanya menyusahkan orang aje. Ya Allah, jodoh aku dengan lelaki yang sama
usia dengan arwah abah aku? Ya Allah, tabahkanlah hati aku.
MENDENGAR pakcik Akram
melafazkan akad nikah dan disahkan oleh para saksi, aku kaku. Hilang semangat
untuk meneruskan hidup. Begini ke takdir aku sebenarnya? Menjadi isteri kedua
kepada seorang lelaki yang aku anggap seperti ayah sendiri? Ya Allah, ikhlaskan
aku menerima lelaki itu sebagai suamiku.
Auntie
Su menarik aku dalam pelukannya. Tetamu yang hadir disurau tatkala itu hanyalah
beberapa orang sahaja. Semuanya orang yang terdekat dengan aku dan arwah atok.
“Sabarlah Mai.” ucap auntie Su memberikan semangat yang semakin menghilang.
Dalam
tangisku, aku terpandang Syazlan yang ketika itu sedang memandang aku. Wajahnya
nampak muram dan sayu. Mungkin sedih melihat nasib aku yang ibarat sudah jatuh
dihempap tangga pula. Mata aku kalih pada Raff pula, dia menghantar satu
jelingan tajam padaku. Seakan memberi amaran dalam diam. Nampak benar dia tak
menyukai kehadiran aku.
Dalam
usia lapan belas tahun, aku telah dinodai oleh orang yang aku tak tahu siapa
hingga sekarang. Dalam usia ini juga, aku kehilangan atok yang begitu
menyayangi aku. Dan dalam usia ini juga, aku menjadi isteri kepada seorang
lelaki yang sudah hampir berusia. Semuanya berubah dalam sekelip mata saja. Dan
semuanya menguji ketabahan dan iman aku sebagai hamba Allah yang sering diduga.
“SO, WHAT should I call her
papa?” soal Maya sinis. Ketika itu kami sudah berkumpul diluar surau. Tetamu
sudah pun pulang. Aku yang berdiri disisi pakcik Akram hanya mampu menunduk.
Pakcik Akram berdehem sedikit. “Mai nak mereka panggil
Mai apa?” soal pakcik Akram pada aku.
aku angkat kepala, dalam keterpaksaan aku senyum meski tahu senyuman aku tak
berbalas. Aku kalih pada auntie Su di sebelah kanan pakcik Akram. Dia
mengangguk, memberi aku isyarat untuk berkata.
“Mai tak tahu, pakcik.” Semua itu tiada dalam kepala aku
ketika ini. lantaklah apa pun yang mereka mahu gelar, aku terima sahaja.
“Pakcik? Mai, janganlah panggil suami Mai pakcik. Panggil
abang ke papa ke.” Sela auntie Su pula. Aku senyum, pahit. Bagaimana seorang
lelaki yang aku anggap seperti ayah sendiri hendak aku panggil abang? Sungguh,
aku tak rela.
“Dahlah tu, jom kemas barang. Kita balik KL terus.”
Pakcik Akram memberi arahannya. Namun auntie Su menegah.
“Biar kami berempat balik KL dulu. Papa rehatlah dulu kat
sini dengan Mai. Mai pun mesti tak habis kemas barang lagi kan?” cadang auntie
Su, cuba memberi peluang aku berdua-duaan dengan suamiku. Suami? Ya Allah.
Pakcik Akram pandang auntie Su dengan wajah terkejutnya.
Malah anak-anak mereka turut pamer muka yang sama. Bagaimana seorang isteri
dengan senang hati memberikan peluang kepada suaminya menghabiskan masa dengan
isteri mudanya.
“Baiknya dapat madu macam mama ni.” Puji Raff, tetapi
pujiannya lebih kepada perlian.
“Mai isteri papa Raff, memang patut papa habiskan masa
dengan Mai kan?” sambut auntie Su, menegakkan kebenarannya.
No comments:
Post a Comment