5
AKU mengeraskan muka. Entah
apa-apa ajelah budak ni agaknya. Nak aku kahwin, aku dah tunang dah pun.
Sekarang, nak jadi wedding planner
aku pulak? Apahal? Eh, aku mampulah upah wedding
planner aku sendiri. Kalau betul-betul pun aku takde duit, aku jual aje
kereta aku tu. Eh, sanggup ke?
“Tak payah nak ber‘planner-planner’
lah. Buat simple-simple aje.”
Bantahku. Mengada-ngada bagi cadangan nak guna wedding planner. Konon nak buat Wedding
of The Year lah tu. Aku nak kahwin dengan lelaki sinis tu pun dah cukup
baik. Huh!
“Trish, biarlah Riya nak bagi cadangan tu. Dah awak
dengan tunang kesayangan awak si Tengku Afif Akmani tak nak amik kisah, biar
kami aje buat.” Sela ma pula. Aku picit-picit nasi dalam pinggan, meluahkan
perasaan sebal. Tak dapat picit kau, aku picit nasi pun okay lah.
“Okay, Riya
rasakan black and white suit for your
wedding theme.” Cadang Riya beria-ia. Aku tersedak. Nak tercekik leher aku
ni ha.
“Dah-dah, cadangan ditutup. Orang nak kahwin, bukan nak
berkabung.” Marahku. Namun dalam hati, aku terasa bahagia. Rasanya dah lama
kami tak berkumpul makan malam bersama sambil bertingkah tentang sesuatu.
Selalunya, Riya jarang makan bersama kami. Kalau ada pun, hanya bunyi gigi
berlaga aje yang dengar. Senyap sunyi. Lain benar dengan malam ni. Biarlah aku
merana terpaksa berkahwin, asal aje kami dapat lihat Riya yang lama kembali.
Ma dan pa tergelak. Riya tarik muka. “Kau tak tengok
lagi, mana nak tahu. Cantik tau color
tu. Kan ma?” ma mengangguk.
“Ma dah pergi tengok tadi. Sekali tempah baju kahwin
Trish.” Tambah ma. Hmm..aku angguk aje lah.
“Banyak ke ma tempah baju tu?”
“Tak banyak, dalam 6 ke 7 pasang. Untuk Afi pun ma tempah
sekali. Tapi tak tahu dia muat ke tak. Nanti dah siap, kita bagi dia try.”
Huk huk!! Terbatuk-batuk aku dek kerana tersedak. Pa
mengelus belakangku. Tangannya menghulur segelas air. Laju aku meneguk. Sekilas
aku mengerling Riya, dia merenungku tajam sebelum membuang pandang pada nasi
dipinggannya. Sorry Riya, aku tak
mintak dilayan sebegini.
6
ke 7 pasang... Tak banyak? 6 ke 7 pasang tu tak banyak? Biar betul ma ni?
“Apa yang banyak sangat ma? Tak payahlah tempah bagai,
dalam almari Trish pun banyak baju.”
Tuk!!
Adoi, ma ni, pakai ketuk-ketuk kepala pulak.
“Dalam
almari Trish tu ada baju gown ke?
Yang kembang-kembang macam cinderella pakai tu? Tak pun ada ke baju kebaya
moden yang meleret sampai 3 meter ke belakang? Kalau ada, kita cancel aje baju yang kita book tadi Riya.” Sindir ma, Riya pula
tergelak. Pa join sekaki. Hisshh..
payahlah macam ni.
“Okay..okay.. I leave it to you ma and you
Riya. Jangan sampai Trish tak berbaju masa sanding dahlah.” Pesanku dengan
sedikit jelingan. Saja mengugut. Ha ha ha
Riya
mencebik. Aku menjungkit bahu. Lepas tu, diorang sambung balik cerita pasal
tema, gift, hantaran, kasut, baju..
bla..bla..bla.. memang aku tak berminatlah kan. Nak masuk campur pun, selit
sikit-sikit aje. Nak selit banyak-banyak, kang semua benda aku bantah.
Aku
melihat Riya dari ekor mataku. Dia petah berbicara, mencanangkan cadangannnya
untuk perkahwinanku. Sesekali dia tergelak, bersatu dengan tawa ma dan pa. Ma
dan pa juga nampak bahagia. Hati aku terdetik sesuatu.
Mungkin
aku yang tak sepatutnya berada diantara mereka. Aku yang menjarakkan hubungan Riya
dengan pa dan ma. Kerana aku, Riya menjauhkan diri dari pa dan ma. Sebenarnya,
akulah penghalang mereka bersama.
Mungkin
benar keputusan yang aku buat untuk berkahwin. Sekurang-kurangnya, aku akan
jauh dari ma dan pa. Dan mesti mereka akan bahagia. Pa dan ma akan dapat Riya
semula. Biarlah, asal sahaja Riya happy,
aku turut rasa tempiasnya.
“Trish
ada cadangan!” laungku. Tiga pasang mata menala kearahku.
“Trish
cadangkan nikah dekat pejabat kadi aje. Tak payah pelamin segala.” Dengan rasa
teruja aku melaungkan cadangan yang aku rasakan cukup meringankan semua bahu.
Tapi lepas tu semua mata merenungku dengan pandangan tajam dan..
Tukk!!
Auww,sakitlah ma ni.
“Cadangan...
rejected.” Ujar mereka serentak. Aku
menjulingkan mata. Bagi idea yang boleh senangkan semua orang pun tak mahu.
Hisshh..
Seketika
kemudian mereka menyambung kembali mesyuarat. Bla..bla..bla.. hmmm.. bilalah
nak habis. Aku mengambil keputusan untuk menonton televisyen diruang tamu
sahaja. Sebaik tanganku cuci, aku melangkah itupun setelah memberi isyarat mata
pada pa yang aku nak tengok TV.
Program
syarahan berunsurkan Islam aku pandang sekilas. Bosan.. “..bumi pun boleh
bercakap Tuan-tu..” tapp!! Aku tekan channel
lain. Tapi.. hold on.. hold on.. Bumi
can speak..? aku tekan semula channel tadi.
“..an-puan.
Bunyinya macam kelakar, tapi itulah kuasa Tuhan. Kita tak nampak sekarang,
nanti masa hari kiamat, bumilah yang menjadi saksi atas segala amalan yang kita
lakukan di atas bumi ini. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah
r.a katanya, Rasulullah s.a.w membaca satu ayat yang bermaksud, pada hari itu
bumi akan menceritakan beritanya. Kemudian baginda bertanya, adakah kamu tahu
apakah yang akan diberitahu oleh bumi itu nanti? Dan para sahabat menjawab,
hanya Allah s.w.t dan Rasul Nya yang lebih mengetahui.” Bumi sampaikan berita
masa hari kiamat?
“Baginda
s.a.w juga bersabda, sesungguhnya berita yang disampaikan oleh bumi ialah bumi
menjadi saksi terhadap semua perbuatan manusia, sama ada lelaki ataupun
perempuan terhadap apa yang mereka lakukan diatasnya. Pada masa itu ya
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian, bumi akan berkata, manusia ini telah
melakukan ini, melakukan itu pada hari ini dan hari itu. Itulah berita yang
akan diberitahu oleh bumi. Hadis itu diriwayatkan oleh Imam Tirmizi.”
Subhanallah, besarnya kuasa Tuhan. Aku terdiam sendiri.
“Hadirin
sekalian, apa yang ada dalam fikiran anda semua selepas mendengar hadis ini?”
rasa menyesal buang sampah merata-rata, mencemarkan bumi Allah ini. Rasa takut
nak buat benda yang haram dan dilaknat Allah.
“Adanya
hadis ini adalah untuk menjadi dorongan kepada hamba Allah yang ada dimuka bumi
ini supaya melakukan amalan soleh dan menjauhi diri dari melakukan maksiat.
Pendek kata, Amar Makruf, Nahi Munkar. Nak dapat keredhaanNya kenalah ikut
perintah Tuhan. Sembahyang, puasa..semua yang wajib kena buat, yang sunat pun
jangan lupa. Yang dah diharamkan janganlah dibuat.”
Aku
mengetuk jari pada dagu. Berfikir. Sembahyang lima waktu pun selalu jugak
lubang-lubang. Puasa okay aje selagi
bendera Jepun tak naik, tapi bab bayar hutang puasa tu yang payah sikit. Perkara
sunat? Hmm.. dulu selalu jugak buat sembahyang hajat lagi-lagi time nak exam. Sekarang ni, macam susah sikit. Yang haram pulak..setakat ni
mungkin dari segi pakaian ajelah. Tak pakai tudung, baju nampak bentuk badan,
terdedah pun ya jugak. Membunuh aku tak pernah buat lagi. Teguk air kencing syaitan
pun tak pernah lagi, kalau boleh mintak dijauhkanlah.
Astaghfirullahalazim..
sebegitu mudah aku pandang hukum Allah selama ni. Part yang menutup aurat tu, tak tahu kenapa, rasa macam tak terbuka
lagi pintu keinsafan ni. Memang banyaklah dosa aku kat situ. Tuhan..
“Sebab
keduanya pulak, Allah s.w.t nak tunjukkan pada hamba-hambaNya yang Dia Maha
Kuasa. KuasaNya tiada tandingan. Lihat kemampuanNya menjadikan benda-benda
keras dapat bercakap di mana bumi akan menjadi saksi terhadap setiap perkara
yang berlaku.” Subhanallah.. Allah Maha Besar. Aku menginsafi diri, betapa
kerdil aku disisiNya.
“Sebab
ketiga pula, supaya kita takut untuk melakukan maksiat dimuka bumi ini. Boleh
dikatakan sebagai larangan keras terhadap hamba-hambaNya. Kita kena ingat, walaupun
kita buat jahat, orang tak nampak, tapi bumi tetap akan menjadi saksi di
hadapan Allah s.w.t, yang menjadi hakim di hari kiamat kelak. Jadi, bertaqwalah
kita pada Pencipta kita hadirin sekalian.” Aku tertunduk. Ya Allah..sungguh
besar kuasaMu. Meliputi seluas alam semesta. Tiada satu pun yang terlepas dari
pandanganMu Ya Allah.
Sedang
aku bertafakur, aku nampak Riya tergesa-gesa keluar dari bilik makan lalu
berlari-lari mendaki anak tangga. Tak sampai 5 minit, aku nampak dia berlari
turun bersama tas tangannya. Pakaian basan tadi dah diganti dengan jeans skirt
pendek dengan T-shirt sendat. Sebelah lagi tangannya mengepit jacket denim dan
jemarinya memegang sepasang kasut wages. Melihat pada pakaiannya, aku beristighfar.
Jauh sungguh adik aku melencong. Setakat ni, aku tak pernah lagi terniat nak
menyarung pakaian sebegitu untuk keluar.
Sampai
dipertengahan ruang tamu, telefon bimbitnya berbunyi. Kelam-kabut tangannya
menyelongkar tas tangan.
“Babe, babe. Wait ya. Sekejap aje.” Dalam
dia berserabut dengan segala barang dikiri kanan tangan, tak semena-mena butang
loudspeaker di telefon bimbitnya tertekan.
Apa lagi, leher aku panjangkan, telinga aku kembangkan luas-luas.
“Macam
mana you boleh lupa, Bie? I tunggu you almost
half an hour, kay.” Suara seorang lelaki bersama keluhan terdengar. Pakwe
Riya ke? Heee, susah nak jangka. Kalau dah kawan lelaki berderet-deret. Nak
kata pakwe, hmmm..memang tak boleh nak agak.
Aku
lihat Riya sedaya-upaya cuba mencapai jemarinya pada butang telefon untuk
mematikan loudspeaker yang dia
terrrr..aktifkan.
“Bie?”
seru suara lelaki tu lagi.
“I’m on my way, Bie. Kejap aje.”
Tiba-tiba Riya mengalih pandangannya padaku. Dia menjeling tajam lalu melangkah
laju keluar dari pintu utama. Marahlah tu aku curi-curi dengar. Ha ha ha..
siapa suruh loudspeaker?
Hai...
laa.. baru tadi rasa macam dah ada dalam satu keluarga yang aman bahagia.
Tup-tup, dia blah pulak. Entah apalah yang kau cari dik oii kat luar tu. Setiap
malam. Ya, aku tekankan disini, setiap malam. Kalau sekali-sekala mungkin aku
juga ma dan pa tak kisah, tapi tak. Setiap malam keluar, 3-4 pagi baru nampak
jalan balik ke rumah. Kadang-kadang pagi esoknya baru balik. Kadang-kadang esok
lusanya baru balik, tidur di penthouse yang disewanya..
Tipulah
jika aku katakan yang aku tak tau langsung apa yang dia lakukan diluar sana.
Pasti ke kelab-kelab malam. Ya, bukan aku tak ambil kisah malah pernah aku
menyerang Riya ketika dia sedang meneguk air di situ, tetapi esok-esok dia buat
lagi. Dan sampai ke hari ini, aku dah letih hendak memarahinya. Ma dan pa juga
begitu. Masing-masing dah penat, akhirnya kami biarkan sahaja. Tengoklah sampai
mana Riya mampu pergi dengan kehidupan yang penuh dengan palitan hitam di hati
tu.
Aku
teringat kembali ceramah tadi. Kan ke bagus kalau Riya dengar ceramah tadi.
Kalau tak terbuka luas pun pintu hati tu, at
least dia tahulah yang Tuhan tu melihat apa yang dia lakukan diluar sana.
Apa yang dia buat pada ma da pa. Apa yang dia buat pada aku, kakaknya. Biar dia
tahu yang bumi akan menjadi penyampai utusan ketika hari kiamat nanti.
No comments:
Post a Comment