Thursday, November 14, 2013

Dia Punching Bagku (p-5)





5

“GERAK dulu, weh. Esok jumpa.” Teriak Aniq dengan kepala terkeluar dari tingkap Neo putihnya. Ya, antara kami berlima, Qaiser, Aniq dan Ken sama-sama guna Neo R3 yang dah di make up tak tahu jadi rupa apa, tapi memang gempak habis. Sementara aku dan Dura maintain pakai Myvi walaupun Myvi aku dah up jadi Passo hasil seni Qaiser, Ken dan Aniq. Turut membantu dari segi kewangan, Damien dan Danish. He he he
            “Kay!!!” Balas aku dan Qaiser serentak sebelum berlalu.
            “Tak sangkakan, lepas ni tinggallah kita berempat. Tu pun selalu Dura tak ada. Kerja memanjang. Sibuk dengan tunang lagi.” Aku lepaskan keluhan. Agaknya, kalau masing-masing dah kahwin, masih kekal lagi ke persahabatan kami? Dura? Kalau betul dia jadi kahwin dengan tunang dia, sahlah tak keluar rumah langsung. Cemburu tak ingat. Mengongkong macam Dura tu bukan manusia yang tak perlukan kebebasan. Kadang-kadang nak lepak pun, tunang dia kena follow. Hampeh betul.
            Janganlah aku pun dapat suami macam tu punya gaya. Alamat malam kedua lepas nikah aku dah ceraikan dia. Dahlah aku ni kaki lepak mamak, dengan jejaka-jejaka idaman Malaya pula tu. Rugilah kalau hari-hari kena duduk rumah, tatap muka suami aje. Eh, amboi Del, fatwa mana kau ambil isteri boleh ceraikan suami tu?  Hahaha...
            “Eh, Qai.” Teruja aku panggil nama dia. aku duduk mengiring, menghadap dia yang sedang santai memandu. Dia toleh sekejap dengan kening terangkat.
            Kadang-kadang aku pelik dengan Qaiser ni. Muka dah market dah, tapi tak pernah ada awek. Kenapa ya? Aku ni asyiklah bertukar teman lelaki, dia macam tu juga. 


            “Kau ni gay, ke?”
            “Oii!!” Qaiser ketuk kepala aku dengan muka marahnya.
            “Kau gila ke apa tiba-tiba tanya soalan epik macam tu? Ada yang duduk bawah tayar aku ni kang.” Omel Qaiser. Benganglah tu. Sebenarnya, aku nak tanya soalan lain, tapi keluar soalan lain. Tulah masalah aku, kadang-kadang mulut tak selari dengan link mulut. Ada masalah connection kat mana-mana kot.
            “Hehehe.. Aku sebenarnya nak tanya, jadi ke Dura kahwin dengan tunang dia tahun depan?”
            Papp!! Sekali lagi dahi aku kena ketuk. Qaiser dah bagi jelingan maut. Aku salah tanya lagi ke?
            “Nama pun tunang, sembilan puluh sembilan peratus comfirmlah. Kau ni dah kenapa? Nak tumpang pelamin Dura?”
            Hmm.. betullah tu. Kalau dah nama pun tunang, seharusnya memang akan naik pelamin. Pertunangan itukan satu ikatan perjanjian. Tapi..
            “Aku tak berkenanlah dengan gaya Hadi tu. Mengongkong terlampau. Ingat Dura tu kucing ke apa? Setakat duduk minum dengan kita, itupun tak boleh.”
            Qaiser lepas nafas perlahan. dia gosok kepala aku perlahan.
            “Del, that one is not about mengongkong. Dura tu tunang dia, dah jadi tanggungjawab dia jaga Dura. Dura tu perempuan, tak elok melepak macam tu. Takut timbul fitnah. Faham tak?”
            “Habis, aku bukan perempuan?” laju aku menyoal.
            “Kau pun selalu lepak ada abang-abang kau, ada adik kau. Perempuan ni, kalau nak keluar dari rumah, elok keluar dengan muhrim dia.”
            “Habis, sekarang ni aku keluar dengan kau, macam mana pula?” haa, memang aku suka persoalkan apa yang aku rasa tak puas hati.
            “Just drop the subject, Del. Aku malas nak bersoal jawab dengan kau. Penat. Habis-habis pun, kau juga yang nak menang. So, macam mana keputusan kau? Abah kau dah tak sabar nak dengar jawapan kau tu.” Bila Qaiser buka topik baru, aku mulalah nak mengeluh. Sumpah, aku tak minat nak kerja dengan abah. Kalau abah letak aku kat pejabat abah yang bertingkat tu, tak apa juga. Ini letak aku kat kedai abah yang ada kat mereta tempat tu. Tak minatlah.
            “Entahlah Qai. Apa pilihan yang aku ada? Kahwin? Pernah pula aku serius dengan boyfriend-boyfriend aku tu? Bagi Passo kat abah? Oh, never. Nyawa aku tu. Kerja pula.. Haihh... Aku tak minatlah Qai nak kerja. Kalau aku pilih kerja, sah abah aku sumbat aku kat tempat jauh-jauh. Nak bagi aku jauh dengan budak-budak Passo. Takut aku race. Aduhai...”
            Abah sebenarnya kontraktor kelas A, yang selalu berurusan dengan kerajaan. Ada juga tender dengan syarikat swasta. Putra Holdings, walaupun tak segah syarikat besar yang lain, tapi masih dikenali ramai. Abah jenis suka berniaga dan abah minat dengan perniagaan makanan. Oleh kerana itu, abah buka kafe + perpustakaan + kedai buku + playground dalam satu kedai. D’s Lay Park, nama kedai yang semakin dikenali kerana rangkaian perkhidmatannya bukan hanya D’s Cafe semata-mata, tapi juga terdapat ruang yang dijadikan tempat membaca dan serve internet, D’s Library. Sebuah ruang lagi dipisahkan dan dijadikan kedai menjual buku-buku dan peralatan persekolahan dinamakan D’s Books. Dan terdapat juga ruang yang agak besar dan dijadikan taman permainan D’s Amusement, dikhaskan untuk kanak-kanak.
            Tentu saja tempat sebegini menjadi tumpuan pengunjung di pusat membeli-belah. Yalah, siapa yang nak shopping dan tak mahu bawa anak-anak, boleh tinggalkan kat D’s Amusement. Bagi budak-budak tu main sampai tak ingat dunia. Sejam abah caj enam ringgit. Haa, pergilah shopping lama mana pun, adalah perkerja yang akan pantau anak-anak mereka nanti.
            “Kerjalah Del. Sampai bila kau nak bergantung dengan duit abah kau aje tanpa keluar usaha? Kau bukan muda lagi. Dah dua puluh lima. Takkan sampai bila-bila kau nak melepak macam ni aje? Tak kesian kat abah kau, asyik kena turun sana sini pantau sendiri perniagaan dia. Nasib baik abah kau ada Manager kat every branch, taklah selalu sangat kena turun.”
            Aku diam sambil main dengan jemari sendiri. Betul, apa yang Qaiser cakap tu betul. Sampai bila aku nak susahkan abah? Tak cukup lagi ke abah dah bersusah-payah membanting tulang, mencari duit membesarkan aku dan adik-beradik yang lain? Menampung perbelanjaan persekolahan. Dari tadika hingga berjaya menggenggam segulung Ijazah? Kenapalah aku tak macam Qaiser yang sentiasa menyenangkan kedua ibubapa dia? berusaha memajukan syarikat hartanah milik bapanya. Ahh, hakikatnya.. antara aku dan Qaiser, kami sangat berbeza. Dari dulu hingga kini.
            Aku lepaskan nafas dalam. Wajah Qaiser aku cari. Dalam kelam, aku masih nampak betapa kacaknya wajah milik teman sepermainanku ini. Lesung pipit dikedua belah pipinya membuatkan dia nampak sangat manis bila tersenyum. Dan sebab itu dia murah dengan senyuman, nak menunjuk lesung pipit!! 


            “Qai...” sekali lagi aku panggil, kali ni sedikit lembut.
            “Hmm..” dia toleh sekilas bersama kening sebelah yang diangkat. Bertahun kawan dengan Qaiser, aku dah maklum sangat setiap body languange dia. Cukup dia juih mulut sikit, aku dah tahu apa yang dia nak. Itu ke yang dipanggil chemistry? Hmm.. celah mana kimia yang sama kat dalam badan kami pun, aku tak tahu.
            Sorry pasal petang tadi. Sakit ke?” tanya lagi Del? Dah naik berbirat badan dia kena tinju dengan kau, kau boleh tanya sakit ke tak? Nampak sangat soalan orang tak layak pegang Degree. Ciss... At least, aku tanya okay? Sibuk!
            Dia tergelak nipis. Kepala aku disauknya, dibawa rapat ke dada. Buat kesekian kalinya, aku rasakan degupan itu. Bunyinya sangat indah, hingga mampu membuai perasaanku. Tapi perasaan apa? Tak mungkin aku boleh tangkap lentok dengan kawan sendiri. Ishh.. syuhh.. syuhh.. pergi jauh-jauhlah. Tak nak fikir benda yang epik macam tu. Ngeri.


            “Cool ar.. Macam tak biasa. Janji kau tak attack muka aku sudah, aset ni.” dia tergelak bila dengar aku berdecit. Meluat.
            “Lain kali jangan buat lagi. Kesian mama dengan abah risaukan kau. Tak kisahlah siapa ajak siapa pun, tapi kenalah ingat kau tu perempuan. Jaga diri.” Dia sambung lagi.
            “Aku tahu. Tapi ni first time tau aku race. Selama ni aku lepak-lepak aje dengan budak-budak Passo tu. Mana nak tahu malam semalam dia orang plan nak race.” Memang betul pun. Sejak join dengan budak-budak Passo tu, tak pernah lagilah dia orang ajak race ke apa. Paling extreme pun konvoi. Kalau paling basic, duk melepak kat mamak. Macam tu aje. Semua pun salah Apai. BF sebulan aku tu.
            “Kalau boleh, kau putuslah dengan Apai tu. Kau couple dengan dia pun sebab Passo dia hot aje kan? Aku tengok dia macam bagi pengaruh tak eloklah kat kau.” Qaiser ni memang tak pernah ambil kisah dengan siapa aku bercinta, sebab dia tahu aku takkan pernah serius. Dari dulu. Tapi satu aje, kalau dia rasa lelaki tu bawa pengaruh tak sihat a.k.a tak baik kat aku, dia akan minta secara baik aku tinggalkan lelaki tu. dan aku tak pernah rasa nak marah sebab aku tahu Qaiser really do care about me.
            “Ya, aku memang ingat nak break dengan dia. Meluatlah dengan dia. Tahulah kepala geng, tak payahlah poyo sangat. Ni aku tak angkat call dia dari pagi, dia dah menggelabah. Ingat dia seorang aje ke pakwe aku? Cehh..” jari aku kuis-kuis kat paha dia.
            “Buat masa sekarang ni, memang Apai seorang aje pakwe kau kan?” aku dongak sikit, tengok Qaiser. Dia sengih-sengih sambil angkat kening. Saja nak kenakan aku. Yalah, Keyrol dengan Ayad aku dah cut lepas couple dengan Apai sebab dia orang bising aku join geng Passo.
            “Tulah, kau tak ada nak teman aku semalam. Aku bosan sangat.” Alasan!
            “Aku kerja kot.”
            “Biasa tu kau mana pernah outstation sampai tidur sana. Kau mesti balik hari tu juga.” Sangkalku laju-laju.
            “Dah tu, staff aku buat kenduri malamnya. Tak sedap pula tak pergi. Pagi pula ada meeting lagi dengan supplier. Kau tu, baru satu malam aku tak ada, dah macam-macam hal jadi. Duduk aje rumah, tak boleh?” Okay, dia dah masuk mood nak membebel macam abah. So, baik aku stop before get hurt on my ears. Hehehe..
            Buat seketika aku diam saja. Bila aku rasa dia dah nampak cool balik, baru aku berani buka mulut semula. See? Aku dah tahu sangat luar dalam Qaiser ni.
            “Qai..”
            “Yes?” tenang saja suaranya.
            “Aku betul-betul tak berkenan dengan Hadi. Aku tak suka dia buat Dura macam banduan. Boleh tak aku suruh Dura minta putus dengan Hadi?” soalku bersama sebuah keluhan. Balik kat topik asal. Qaiser lepas kepala aku, dia pijak break, gear dicapai lalu disetkan kepada free. Berhenti kat lampu isyarat merah. Aku pula terus bersandar dipintu, menghadap Qaiser. Dia turut mengiringkan badan, menatap anak mataku.
            “Tak baik macam tu, Del. Macam mana pun Hadi tu, kau kena terima dia. Restu hubungan dia dengan Dura. Kalau Dura bahagia dengan Hadi, kenapa kita nak pertikaikan semua tu? Lagipun, tak pernah lagi Dura bising-bising dengan perangai Hadi yang suka mengongkong tu. Dahlah, tak payah fikir lagi. Satu hari nanti, bila kau dah jumpa the right one in your life, kau akan tahu beza antara mengongkong dengan menjaga.” Tutur Qaiser. Dia sangat cool dengan bicaranya. Siapalah insan bertuah yang bakal menjadi isteri Qaiser nanti?
            “Qai, betul ke kau tak gay?”
            Tukk!! Auww.. berbiji dahi aku macam ni.
            Dia jeling aku tajam sebelum masuk gear satu.
            “Kau nak aku buktikan ke yang aku ni straight? Kalau nak, aku bawa kau terus pergi mana-mana hotel. Nak?”
            Erkk? “Hehehe.. Tanya pun nak sentap. Hehehe...” aku garu-garu kepala yang tak gatal. 
            “Dah kau meragui kejantanan aku, haruslah aku sentap. Sengal.”
            Aku peluk tubuh. “Okay, kalau kau tak gay, kenapa kau tak pernah ada awek? Dari sekolah dulu, kau kalis goda. Peliklah aku. Berapa ramai yang kejar kau, satu pun kau tak nak  declared. Jangan kata nak declared, pandang pun tak nak. Apa kes?”

            “One fine day, Del.. InsyaAllah. Dan bila masa tu sampai, aku akan declared saat tangan aku bersalam dengan wali dia. Declared yang menghalalkan kami untuk bersama tanpa ada halangan.” Ucap Qaiser satu-persatu. Dan aku terdiam sambil mata terus merenung Qaiser dari sisi tepinya. Hati kau sangat suci, Qai. Aku doakan kau jumpa dengan gadis yang mampu menyempurnakan hidup kau. 

**agak2 klau del dgn qai, r they suit to be tgther tak ek?**

6 comments:

  1. Nak angau dengan qai boleh tak...hahaha siapala hero kedua nanti tu yek

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, bolehhhh.... kire qai pn ada aura dia jgk la kn smpai sis ida nk angau dah kt dia..heheheh

      Delete
  2. (Y) nextttttttttttttttttttttttttt...hikhikhik

    ReplyDelete
  3. sya sukee jga klu del gn qai,rsa2 qai ada smpn perasaan kt del dlm diam tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. anony: awk rse mcm mne? tgk mcm ada feeling2 x btween 2 BFF ni? :)

      Delete

Featured Post

Friendship Goals - Bab 5

Popular Post