4
“DEL!!” laung Qaiser bila kaki
sedang melangkah kearah Neo Dazrin. Lantaklah kalau dia tak bagi naik pun. Aku
nak naik juga. Berani dia bising-bising, aku calarkan Neo hitam dia nanti.
Aku toleh pada Qaiser yang sedang melambai kat tepi Neo
R3 merah hitam dia. Kat situ aku nampak
Ken dan Aniq pun ada. Tengah bincang apa, aku pun tak tahu. Adalah plan dia orang tu.
“Del balik dengan Qai.” Aku sempat bagitau pada Dazrin
sebelum menukar haluan kaki. Sempatlah aku tangkap jawapan adik aku, “Hmm..” Ciss..
Macam tu aje?
“Apahal?” terus aku tanya, sebab tengok cara dia orang
berbual, memang nampak serius. Jarang nak tengok muka budak-budak ni macam ni.
Selalunya senyum, gelak memanjang.
“Tak tahu, tanya Ken. Dia ada benda nak cakap.” Qaiser
ambil jalan mudah. Aku kalih pada Ken yang sedang bersandar pada kereta
berbadan kuning dia, aku dan Qaiser bersandar pada Neo Qaiser. Aniq pula
selamba duduk mencangkuk kat atas aspal menghadap kami bertiga.
“Ingat tak tiga hari lepas masa kat Bukit Ampang, aku
cakap ada benda aku nak announce?
Sebenarnya, aku kena futher study. Papa
aku suruh. Dia cakap rugi Degree tu kalau tak ada Master.” jelas muka dia
nampak tak rela. Memang nampak sangat kena paksa. Buat seketika kami bertiga
terdiam. Hilang kata-kata. Lagipun, nak kata apa? Kalau ayah dia dah bagi kata
putus.
Ken pun kenalah faham, dia satu-satunya anak lelaki dalam
famili. Ayah dia kalau boleh nak sangat Ken ikut jejak ayah dia, jadi pensyarah
bertaraf phd. Gelaran DR tu yang mahal. Macam kami duduk melepak ni, mana ayah
dia gemar sangat. Kalau boleh kami ni kena duduk kat perpustakaan aje, walaupun
dah habis studi dan dah tak ada benda yang kami nak ulangkaji lagi. Psst..
Psst.. Ayah Ken ni skema sikit. DR lah katakan.
“Bagilah semangat sikit, guys. Aku lemahlah hidup tak ada kau orang nanti. Macam mana aku
nak studi? Hmm...”
“Selama ni kau studi guna otak siapa? Aku ke? Tak pun
Qai? Ke Aniq? Tak, kan? Be possitivelah, kawan. Nanti-nanti kau
dapatlah kawan baru.” Lepak aje aku bagi speech
kat budak ni. Entah boleh pakai ke tak, aku pun tak tahu. Janji ada bunyi-bunyi
semangat, kira jadilah tu.
“Entahlah Ken ni. Takkan tak ada kita orang kau tak boleh
hidup kot.” Tambah Aniq.
Tin!! Tin!!
Serentak kami menoleh kearah jalan yang menuju ke jalan
besar. Deretan kereta-kereta mewah tersadai gah ditepi jalan. Dari depan, Audi
Q5 (DN dan Edry), BMW Z4 (Damien), Mazda RX8 (Danish), Ferrari 458 (Raff dan
Qimi) dan last sekali.. Neo R3 hitam
milik Dazrin.
Memang ada yang duduk serumah macam DN dan Edry, macam Damien,
Danish dan Dazrin, tapi tadi gerak dari tempat asing-asing. Aku sendiri tumpang
Danish sebab dia seorang aje yang ada kat rumah. Damien datang dari tempat
kerja dan Dazrin dari rumah teman dia.
“Kita orang gerak dulu!!” Laung Damien dari dalam kereta
dia. Aku angguk.
“Del balik dengan Qai!!” aku membalas, sedangkan mata dah
melekap kat si pemilik Ferrari 458. Dia senyum. Cute sangat!!
“Okay, jangan lewat sangat!!” sambut Danish. Aku angkat ‘thumbs up’. Dia lambai, kereta bergerak
meredah jalan. Sempat lagi si Ferrari hon kami. Aku lambai dengan senyuman
penuh, sepenuh bulan mengambang. He he he
“Hawaulah minah ni. Sengih tak ingat.” Qaiser senggul
lengan aku. Aku buat muka comel. Dia jeling.
“Dia sangat comel kan?” usulku.
“Gila. Kau ingat kita orang gay ke nak puji orang sama jantina?” sela Aniq.
“Memuji keindahan ciptaan Tuhan, tak salah kan?” aku
provok dia orang, siap angkat-angkat kening lagi.
“Salah sebab dia laki orang.” Ken pula menyampuk dengan
jelingan. Aku menjuih bibir. Cemburulah tu sebab aku tak pernah puji dia orang.
Hehehe..
“Dengki. Dah, sambung balik. Kau studi kat mana? Dalam ke
luar?” soal aku terus pada Ken. Ken sepak-sepak batu-batu kecil kat kaki dia.
“States. Ayah aku nak aku stay dengan kakak aku.”
“Ohh, kakak kau yang suami dia kerja kat Kedutaan tu kan?
Okaylah tu, at least stay dalam
keluarga sendiri. Taklah tercangak-cangak nak cari tempat tinggal.”
Payahlah budak seorang ni, suruh sambung belajar aje pun.
Dia boleh buat muka nak menangis depan kita orang. Dia tarik nafas dalam
sebelum dihembus keluar. Dia tatap kami silih berganti.
“Kalau aku balik nanti, kau orang nak kawan dengan aku
lagi tak?” Duhh.. dia buat ayat gaya apa ni? Macam zaman tadika aje.
“Kau nilah, kan. Once
we friend, we’ll stay till the end, lah. Okay? Kau tak payah nak tanya soalan
epik macam tu. Macam minta penumbuk aje gayanya.” Tekan Qaiser dengan nada
sendanya.
Antara kami berlima termasuk Dura, Qaiser nampak lebih
matang sebenarnya. Gaya dia, cara percakapan dia, nasihat dia, semua memang
boleh pakai. Dia cool, dia kacak, dia
macho, dia penyayang, dia kelakar,
dia penyabar, tapi kenapa aku tak pernah jatuh hati kat dia, ya? Errr.. Aku
dengan Qaiser?? Memang takkan jadi punya. Dah nama pun kawan, kawanlah
selamanya. Siapa kata lelaki dengan perempuan tak boleh berkawan baik? Aku
dengan dia boleh aje.
“Jangan kau balik tak pandai nak mengucap lagi, dahlah.
Harus aku Azan tujuh kali kat telinga kanan kau.” Celah Aniq.
“Ha’ah.. Aku boleh tolong Iqamat kat telinga kiri kau.
Empat belas kali.” Tekan aku dan disambut tawa kami. Sayangnya Dura tak ada,
dah tiga hari kursus kat Taiping. Rasanya malam ni dia balik dah kut.
“Apa kata esok Del masak, kita makan kat rumah dia. Nanti
aku roger Dura. Deal tak?” Selamba Aniq bagi cadangan. Aku ternganga sekejap. Bila
masa pula aku plan nak masak-masak
ni? Pandai aje si Aniq ni cari peluang nak makan free, kan.
“Weh, apasal pula aku? Suka-suka kau aje petik nama aku.” Aku angkat penumbuk kat
Aniq, Aniq gelak aje.
Memang dah tak ada istilah ‘makan dalam’ ke, ‘ambil hati’
ke apa antara kami berlima. Walaupun kalau nak diikutkan aku lebih lama
berkawan dengan Qaiser, sedangkan dengan mereka yang lain rasanya dari
tingkatan satu, tapi keakraban kami tak pernah tergugat. Masih terus setia
sampai ke hari ni.
Bayangkan, bertahun tinggalkan zaman persekolahan, tapi
bila reunion, kami tetap melangkah
berlima. Itu yang ramai cikgu-cikgu kagum dengan persahabatan kami. Gaduh tu
pernah, tapi kejap ajelah. Bila dah cool,
memang tak ingat lagi dah isu tu. Dapat pula kami memang sekepala, sekapal. Itu
yang boleh ngam tu.
“Ala, aku bosan esok tak ada buat apa kat rumah. Jomlah
buat farewell party kat budak tu. Ey?
Lagipun budak tu nak fly dah Jumaat
depan.”
“Budak tu tak minta pun buat farewell party, kau yang beriya-iya. Apahal? Kau saja nak suruh aku
duduk dapur, kan? Kau dengkikan aku duduk rumah goyang kaki?” aku dah nak
melangkah pergi kat Aniq, nak bagi barang seluku kat dia tapi Qaiser yang
tergelak-gelak, tarik aku lalu bahu aku dilingkarnya. Dia gosok rambut aku.
“Kau nilah, kerja nak terkam aje. Okaylah tu, kita buat farewell party kat budak tu esok.
Lagipun esok kita tak ada plan ke
mana, kan? Nak lepak, kau kena quarantin. Tak apa, nanti aku tolong kau. Panggil
Dura datang awal sikit. Dera dia cukup-cukup. Deal?”
Aku juih bibir. Hmm... Nak tak nak, memang kena nak juga.
“Nak kena bagi gift ke kat bud..”
“Guys, please. Stop
calling me budak, will you?
Dahlah gaya borak macam aku tak ada kat sini. Haih..” Ken dah tarik muncung.
Kami tergelak.
“Ken, kau ni cutelah
bila merajuk. Meh sini aku peluk.” Qaiser lepaskan aku dan terus tarik Ken
dalam pelukan dia. Qaiser tepuk-tepuk bahu dia. Aku tahu Qaiser faham perasaan
Ken, sama macam kami faham perasaan Ken sekarang ni. Sedih nak tinggalkan kami.
“You gonna be fine
there, don’t worry. Kita orang tunggu kau balik, bawa Master.” Pujuk
Qaiser. Aku dah terasa tubir mata aku memberat. Sebaklah pula. Aniq turut
bangun, memeluk Ken yang masih berada dalam pelukan Qaiser.
“We proud of you,
der. Don’t let us down, okay?” ujar Aniq pula. Bertahun kami bersama, tak
pernah berpisah. Dari tingkatan satu sampailah naik stage ambil segulung Ijazah. Perpisahan seperti ini, tak mungkin
tak memberi impak kepada kami.
Qaiser tarik aku, merapati mereka. Sekelip mata, aku
sudah merangkul pinggang Ken dan Qaiser. Muka aku sembamkan kat dada Ken.
“Jangan lupa carikan aku mamat comel kat sana.” Benda
lain yang aku nak pesan, benda lain yang keluar. Seketika, kami terdiam sebelum
serentak kami tertawa dan melepaskan pelukan. Ken usap kepala aku. Aku senyum
dalam sendu.
“Kau jaga diri baik-baik. Jangan race lagi. Bahaya. Whatsapp, Wechat, Instagram, Facebook, Twitter,
Blog, Line dan semua yang berkaitan dengan laman sosial, jangan lupa update. Gonna miss you guys.”
“So, esok pukul
dua belas jangan lupa. Aku masak apa yang Ken nak makan aje. Request from others are not allowed.
Okay, Ken. Nak makan apa?”
“Aku nak...”
“Pak Choy, weh. Pak choy..” Aniq senggol lengan Ken. Ken
sengih dengan aku. Aku jeling Aniq. Aniq buat tak nampak. Aku tahu, Aniq suka
aku masakkan sayur pak choy. Kegemaran dia. Biasa memang dia melantak seorang.
“Err.. aku..”
“Kerabu mangga, Ken.” Giliran Qaiser pula menghasut Ken.
Ken nampak serba-salah bila aku tenung dia. Mestilah dia ada benda yang nak aku
masakkan, tapi si budak dua ni fikir selera sendiri aje.
“Okay, kerabu mangga, sayur pak choy. Ken?” mengalah
ajelah, bukan selalu aku rajin nak masakkan untuk dia orang. Tengok aje aku
macam ni, tapi bab masak.. serah kat aku. Hasil didikkan mama tersayang.
“Aku nak chocolate
mousse cake, boleh?” kek? Aduh, malasnya aku nak berulit dengan tepung
bagai. Tak apalah, demi Ken. Buatnya dia mengidam kat States sana nak makan kek
aku, jenuh aku nak pos.
“Righto!” benda
kecil aje ni.
“Three layer.”
Tambah Ken lagi.
Tiga lapis? Aku tepuk dahi. Dahi Ken, bukan dahi aku.
Mengada betul.
**I miss smeone rite now.. :( Ida, if only u read this, please leave ur jejak.. I really miss replying cmment wif u & ur magic words..
**For Raff's fan, do add me at Nur Maisarah Alisa's FB coz sy ada up teaser2 HMG di sana.. :)
**For u readers, terimalah seadanya Del's story life.. Peace!!
**I miss smeone rite now.. :( Ida, if only u read this, please leave ur jejak.. I really miss replying cmment wif u & ur magic words..
**For Raff's fan, do add me at Nur Maisarah Alisa's FB coz sy ada up teaser2 HMG di sana.. :)
**For u readers, terimalah seadanya Del's story life.. Peace!!
Yeahhh....dapat entry baru...ida tu sy ke...hahaha...takpela kalau bukan sy pun...wah bestla diorang punya friendship...tapi del tu macam ada rasa je kat qai tp tk perasan kut...dear cik writer miss u too...org kata kalau teringatkan seseorang tu mungkin sebab dia pun ingat kat kita...hehehe tu orangbyang kata..kalau saya yang kata kalau saya rindu sangat kat orang tu saya sedekah alfatihah...it works on m3...peace no war...bye...;)
ReplyDeletehehe.. sy pn igt ida tu awk sbb nme nk sme.. rupenya sme, tp xsrupa.. ngehehe...
Deleteagk2 match x klau del dgn qai?
& tnx sis idarohaina.. :)
Dear Cik Writer, lama jugak rasanya Ida x drop any message here. Sorry ye! To be honest, I really miss yr n3 on HMG. Bila the n3 on HMG stopped, Ida rasa mcm lost sikit. Nak follow yr new story pun rasa mcm x de mood. So sorry ye, not because this new story x best, but I think I'm so addicted to HMG, so bila nak tukar mood to a new story tu, rasa mcm x de feeling. Apa2 pun I believe you can give yr magic touch to AC as what u did with HMG. Just a request, could u also put the teaser on HMG in this blog as well? Ida ni mcm org zaman batu, ada FB tapi x pernah bukak (actually my FB is solely for keje). Actually I feel more comfortable writing in yr blog. Sorry ye sbb lately Ida busy & serabut dgn keje, so my mind is a bit messed up. Apa2 pun I wish you all the best for AC. Do continue with yr magic OK. I promise that I will try to follow this new story. Just give me sometime OK. Really miss Mai, Raff & Isya...
ReplyDeletewarghh! ida, in the whole cmment u up there, xd 1 pn yg word tht mention u miss me.. u jst miss raff, mai n isya.. n my n3 of hmg.. sob..sob.. hehehe
Deletewill try to put some teaser here ida, but does it ok for u if the teaser jst seciput2 aje?
Really2 sorry Cik Writer.. of course I do miss u..hehe..tadi tu byk sgt nak tulis so terlupa pulak that magic word. Jgn marah ye.... As 4 the teaser on HMG, sikit pun tak pe as long as ada ok. Thank u so much. Just remember one thing, every time you think of HMG, it means that I'm thinking of you as well (mcm dialog org bercinta la pulak!) hehe..Apa2 pun good luck on publishing HMG. X sabar nak baca the rest of the story. See ya!!
ReplyDelete