Sunday, May 10, 2020

#RoadToHatiAwak (Bab 7)


BAB 7

“LAPAR sangat ke?” Soal Is bila terasa sedikit sepi. Danish hanya diam sambil menikmati makanannya. Bila Is ajak borak, Danish layan tapi tak semesra seperti sebelumnya. Air muka Danish yang ceria pun dah hilang tak tahu pergi mana.

“Hmm..?” Danish angkat kepala dari makanannya. Senyuman Is dia balas nipis. 

Felix dah pun pulang lepas saja Is ‘halau’ tadi. Sempatlah Danish bertegur sapa dengan lelaki berbangsa cina tu. Rupanya dia seorang pengurus bahagian pemasaran untuk manangement mall di situ. Tentu pasangan tu sering bertemu kalau dah ofis Felix tu pun kat dalam mall yang sama. 

“Senyap je dari tadi. Awak okey tak?” 

Jauh di sudut hati, Is bagaikan dapat mengagak apa yang membuatkan doctor muda itu berubah rentak. Dari seorang yang ceria, ramah, sweet talker, kuat mengusik, tiba-tiba sepi macam tu. Senyum pun macam hendak tak hendak. Kalau Is tak salah meneka, Danish jadi seperti itu kerana kehadiran Felix. Danish cemburu?

“Definitely, I’m not okay. Tired, sleepy and hungry. I wish I could eat in my sleep.” Balas Danish , meleweh saja bunyinya. Nak tunjuk pada Is yang dia sungguh-sungguh penat dan mengantuk walhal bukan itu sebab utama dia jadi gloomy macam tu.

Is tayang senyum serba tak kena. Serba salah pun ya juga. Betul ke Danish penat dan mengantuk? Waktu buat excel tadi, stress macam mana pun, Danish tetap ringan mulut bergurau senda dengannya. Mungkin betul kot Danish penat. Takkanlah Danish cemburu pada Felix. Macam tak masuk akal pula kalau dia boleh buat perasaan Danish tercuit, sedangkan mereka baru saja kenal. 

“Okeylah kalau macam tu. Siap makan saya terus tunjuk awak jalan balik rumah, ya. Rest cukup-cukup. Esok kita nak sambung ‘perang’ lagi.” Tutur Is seperti tiada apa yang berlaku. 

Danish balas senyum segaris, matanya langsung tak bercahaya. Reaksi tu buat hati Is mendung dan sayu. Kenapa ya? 

Buat seketika, masing-masing menikmati hidangan tanpa sebarang bicara. Is pula menyuap sambil membaca pesanan ringkas di telefonnya. Peti whatsappnya diserang dengan mesej dari teman-temannya. Terutamanya dari mesej grup TAK MAKAN SAMAN. Grup mana lagi kalau bukan grup keretanya. Grup HCEKF jangan tanyalah, beribu mesej masuk sejak malam tadi.

Ajib : Qurt tu lahir2 memang terus bawak sumpahan ek?

Is : Kenapa?

Pa’e : Qurt dengan curse. Eh, bunyi tak jauh bezalah.

Awe : Betullah tu. Sama ada dia lahir dengan sumpahan atau dia yang kena sumpah.

Milo : Apa ni main sumpah2? Apa si Qurt buat lagi?

Dol : Kalau Aqi power, mesti dia dah tahu dulu.

Poji : Aqi mana?

Fendi : Aqi oii..! Aku nampak kau typing lepas tu hilang. Apahal?

Que : Tengah buat karangan aku rasa.

Aqi : Masalahnya, aku memang tak tahu. Duk typing dari tadi sebab taip padam. Taip padam.

Vijay : Ajib & Que mesti lagi tahu.

Ajib : Hmm.. Aku rasa Is dah tak berapa selamat. Lepas mak Qurt ikat jamin dia tadi, kitorang bertembung. Dia ada cakap, Is dah malukan dia depan budak2 FB. Dia sumpah nak balas balik.

Que : Aku jadi saksi. Kat dalam balai kot dia berani ugut macam tu.

Is : Dia cakap aje tu. Takkan buat kot.

Milo : Dia tu psikolah, Is. 

Vijay : Tak kisahlah dia buat ke tak, janji kau kena jaga diri. 

Poji : Betul. Apa2 bagitau kitorang.

Danish yang menjadi pemerhati sejak tadi, mula terasa jauh. Jauh dari Is sedangkan gadis tu ada saja di depannya. Entah apa yang disibukkan, tak sudah-sudha matanya menatap skrin telefon. Demi menarik balik perhatian Is, Danish sengaja berdeham. 

Pantas Is kalih perhatiannya pada Danish. Sempat dia melirik pada pinggan milik lelaki tu. Dah kosong. Sementara makanan dia masih berbaki sedikit. Itulah, makan tapi sibuk bermesej. Bila nak sudah. Cepat-cepat Is sambung makan.

“Dah lama ke awak kerja dengan abah saya?” Sejujurnya, mood nak mengayat tu dah tak ada. Jadi Danish sajalah meringankan mulut bertanya apa yang patut. Dari sepi aje, kekok pula rasanya.
Is mengunyah perlahan sambil berfikir dan mengira. Telefon dah disenyapkan dan diletakkan jauh sedikit. 

“Hmm.. Saya habis degree terus kerja kat sini. Masa tu tak silap umur saya 22. Sekarang dah nak masuk 25. Kira dalam 3 tahun lebih jugalah.”

 Susah sikit Is nak ingat benda yang dah lepas ni, sebab orang selalu pesan benda dah lepas jangan dikenang. Cuma yang dia yakin, dia habis STPM kemudian sambung degree. Lepas tu terus kerja walaupun ibu dan abangnya mahu dia sambung ke  peringkat yang lebih tinggi. Maaflah, dia tak minat. 

“Abah saya buka bisnes D’s ni dah 5 tahun kalau tak silap saya. Jadi sebelum awak, siapa yang jaga?” 

“Setahu saya outlet kat sini baru nak masuk 4 tahun dibuka. Masa baru-baru buka, saya antara orang pertama yang minta kerja. Tapi masa tu dah ada juga pekerja cuma semua staf tu tuan haji pinjam dari outlet lain. Bila dah habis training, terus tuan haji bagi jawatan pengurus cawangan pada saya. Mungkin yang dah lima tahun tu, outlet pertama Tuan Haji kot. Yang kat Bangi tu.” Seingat Is, begitulah jalan ceritanya. 

Danish mengangguk perlahan.

“Lepas tu, macam mana awak boleh dapat branch Segamat dengan JB?”

“SM dengan JBCM buka lepas setahun saya jadi manager kat sini. JBCM buka dulu. Hujung tahun tu baru SM. Tuan haji rasa saya boleh handle, jadi dia bagi saya manage tiga-tiga outlet. Tapi kerja saya sama aje, kalau tak cukup staf, saya turun padang. Tapi kalau semua okey, staf pun well trained, kerja saya datang periksa apa yang patut, ensure all the stock cukup, then hujung bulan buat paper work, kira gaji and a few things lagi.” Rasa macam kena interview pula. 

“Abah saya percayakan awak.” Itu saja kesimpulan yang Danish nampak sejak dia lihat sendiri cara Is mengendalikan kerjanya. Cekap, pantas, tekun, komited dan bertanggungjawab.

“Saya tahu. Sebab tu saya cuba buat yang terbaik untuk tuan haji, kepercayaan yang dia bagi tu saya takkan sia-siakan.”

“Parents awak buat apa? Kerja juga? And how many siblings do you have?” 

“I got an elder sister and a brother.”

 Cukup itu saja. Tentang ibubapanya, Is tak suka nak reveal. Dan dah tentu tiada seorang pun staf bawahannya yang tahu tentang kepincangan keluarganya. Rata-rata mereka hanya tahu Is ada seorang kakak sulung yang menjadi suri rumahtangga dan seorang abang berpangkat inspektor PDRM bahagian siasatan Jenayah Narkotik tapi tak ada seorang pun yang pernah melihat wajah abang dan kakaknya.

“And your parents?” Kenapa Is tak terus jawab saja soalannya tadi tentang ibubapa dia? Gaya Is nampak macam nak mengelak aje. 

“So.. Are you done, doc? Kata dah mengantuk, jom saya tunjuk jalan balik rumah.” 

Serta-merta dahi Danish berlipat. Sah, Is memang tak nak bercertita tentang kedua ibubapanya. Mungkinkah Is dah tak punya orang tua lagi? Mungkin juga. Mungkin Is tak nak sedih, jadi dia ambil keputusan untuk tidak mahu bercerita lanjut. Tapi. Tapi. Kalau betul Is tak nak cerita sebab takut sedih, kenapa air muka Is tika itu nampak agak tegang? Atau.. Dia ada masalah dengan ibubapanya?

“You asal mana, Is?” 

Danish tak rasa dia perlu tahu  asal usul Is, tapi dia tetap nak tanya. Dia mula rasakan yang Is tu agak misteri dan dia benci bila satu perkenalan tu wujud sebuah tembok. Setakat nak tahu simple background, takkan itu pun jadi masalah? Danish merapatkan badan pada meja. Nak pandang dan tatap mata Is tu dalam-dalam.

“Batu Pahat.” Balas Is sepatah. Terteguk liur sedikit bila Danish dah berubah serius. Menatap wajahnya pun dengan satu renungan tak puas hati. 

“Membesar? Kat sana juga? Macam mana you boleh datang Kluang dan kerja kat sini? Parents you pindah sini?” 

Dari saya-awak, dah jadi I-you? Bukankah itu satu petanda tak baik? Pada orang lain mungkin ertinya sama, tapi pada Is, tak. Sejak tadi Danish hanya gunakan I-you pada stafnya saja, tidak pada dia. Malah waktu Danish bertelefon tadi pun, Danish guna I-you dan ianya kedengaran biasa saja. Kesimpulan yang Is buat, saya-awak pada Danish tu istimewa. Dan bila lelaki tu guna I-you padanya, buat Is terasa hati. Kenapa ya?

“Naik sekolah menengah, saya duduk dengan makcik sebelah ibu saya. Kat Kahang, tak jauh dari bandar Kluang ni. Then masa form 3 saya masuk asrama kat Melaka sampai STPM. Lepas tu saya sambung degree kat Shah Alam. 2 years later, saya balik ke Kahang dan kebetulan saya dapat kerja kat sini. So I’m back for good.” Ini bukan macam lagi, memang betul-betul dia kena interview. Sebiji macam waktu pertama kali dia ditemuduga oleh majikannya. 

“Back for good? Kenapa balik Kluang bukan balik BP? And where’s your family? Your sister, brother and parents?” Danish tekan lagi soalannya. Yalah, tadi dia tanya elok-elok, Is sibuk nak corner sana sini. 

“Kakak saya dah kahwin, dia ikut suami duduk kat Penang. Abang saya masih kat BP.” Is sedut minumannya, meredakan rasa resah dan sebal di dada. Dia tak suka ditekan sebegitu. Ikut suka dialah nak cerita tentang ibubapanya atau tak. Rasanya kalau Danish tak tahu pun, tak jadi masalah pada lelaki tu. 

“I masih tak dapat jawapan yang I nak, Is. Kenapa you macam nak sorok pasal mak ayah you? I tak suka..”

“That’s your problem, doc. Saya dah jawab semua soalan tu masa tuan haji interview saya dulu. Jadi saya tak rasa saya perlu jawab soalan awak tu. I’m done.”

 Is terus bangun dan bergerak dari tempat duduknya tadi. Sebelum jadi kes dia hilang sabar dengan anak majikannya, eloklah dia pergi. Waktu melepasi Danish, lengannya dicapai oleh lelaki tersebut. Is terkaku. Matanya pantas mencari sepasang mata hitam milik doctor kacak itu.

“Sorry.” Tutur Danish seraya melepaskan lengan Is. 

Is diam seketika, cuba meredakan amarahnya. Selang beberapa saat, Is lorek kembali senyum di wajahnya. Walaupun senyumanan nipis tapi cukuplah buat hilangkan rasa bersalah Danish.

“Jom, saya tunjuk jalan balik rumah.” Ujar Is, kembali santai. Bahu Danish ditepuk lembut, isyarat yang dia okey. 

Danish senyum segaris sebelum ikut sama bangun. We both are tired enough for arguing.




PANGG!!

Qurt terteleng ke kiri. Lambat-lambat dia sentuh pipi kanan yang menjadi mangsa tamparan sebelum kembali membalas renungan tajam mamanya.

“Menjawab! Menjawab!” Naik lagi seoktaf suara Kamilia.

“Mama tampar Qurt sebab mama tak tahu nak jawab apa, kan? Puas? Puas hati mama buat Qurt macam ni?” 

Suara Qurt ikut melengking sama. Matanya terasa panas, kalau tak fikir dia anak jantan, tentu saja dia dah menangis. Meski tamparan mamanya tak sekuat mana, tapi pedihnya terasa hingga ke dasar hati.

Kamilia terduduk dengan air mata berlinang. Salah dia, Qurt jadi seperti itu. Qurt yang dibesarkan tak sebengis dan pendendam sebegitu. Semua salah dirinya. Terlalu pentingkan diri sendiri. Tapi semua tu ketentuan. Apa lagi yang boleh dia katakan?

“Qurt nak mama cakap macam mana lagi bagi Qurt faham, nak? Benda dah lepas tu biarlah lepas. Sampai bila Qurt nak jadi macam ni? Qurt tak kesiankan mama ke? Kalau ayah tahu Qurt tidur lokap malam tadi, apa mama nak jawab?” 

Sejak dia berkahwin dengan Ismail selepas hampir 18 tahun menjanda, Qurt yang sangat rapat dengannya terus berubah laku. Hubungan mereka jadi renggang. 

“Mama pun sama macam Is. Pentingkan diri sendiri. Habis Qurt ni, macam mana? Mama nak bahagia, mama nak ada suami. Okey, Qurt faham. Jodoh. Habis Qurt? Qurt tak bahagia, mama.!” Luah Qurt sedikit meraung.

“Kalau Is boleh terima semua ni, kenapa Qurt tak boleh?”

“Sebab dia pentingkan diri sendiri macam mama.” Tekan Qurt dan berlalu naik ke tingkat atas. 

Qurt tak nak lagi bercakap dengan mama. Biarpun dia tahu, dia dah buat mama kecewa dengan tindakannya malam semalam. DIa nampak air muka sedih mama sewaktu menjaminnya di balai polis petang tadi. Tapi mama perlu ingat, sebelum mama kecewa, dia dah terlebih dahulu rasa apa tu kecewa. Dan semua kerana mama.

“Gak, kau kenal budak cina yang kawan dengan Is tu?” Soal Qurt sebaik saja taliannya bersambung dengan Gagak. Salah seorang teman baiknya. Dan salah seorang yang turut sama termasuk dalam perangkap Is dan teman-temannya semalam.

“Yang mana satu? Si Felix tu ke?”

“Felix tu buat apa. Aku nak yang kerja kat salon tu. Siapa nama dia?” Dia tahu Felix tergila-gilakan sangat Is, tapi Felix bukan sasarannya. Sasarannya hanya Is. 

“Ooh, Ciara tu? Aku ada nombor telefon dia kalau kau nak.”

“Tak. Aku tak nak. Aku cuma nak tahu salon dia kat mana.” 

“Okey. Aku send kat kau.” Balas Gagak. 

Setelah berpamitan, talian dimatikan. Qurt campak telefonnya di atas katil. Pinggang dicekak. Satu matlamat keji dirangka dalam diam. Tanpa pengetahuan sesiapa termasuk teman-temannya. 
Ini perhitungan antara kita, Is. And you ask for it.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Friendship Goals - Bab 5

Popular Post