12
“GILA..” cemuh Isya perlahan.
Aku yang baru sampai dimuka pintu berkerut dahi mendengar rungutan Isya, pun dia masih nampak tenang mengikat tali
kasut sneakersnya.
“Dah tua-tua pun nak bergaduh. Amende entah.” Tambah dia lagi, kedengaran sangat menjengkelkan.
Apa yang buat Isya meluat sangat tu? Aku duduk disebelah Isya, dikerusi panjang
jati di pintu masuk rumah.
“Kenapa?” sneakers putih aku sarung. Tak kan tak habis
lagi sesi perbalahan di meja makan tadi?
“Tengoklah sendiri.” Aju Isya, aku angkat kepala. Tumpuan
jatuh pada tengah halaman banglo papa. Deretan kereta mewah memenuhi ruang
laman. Ada tiga line kereta. Line terakhir dan yang tengah-tengah tak menjadi
hal, sebaliknya line pertama. Jelas kelihatan Ferrari merah dibarisan paling
belakang, menghalang Toyota Camry, Jazz dan Mini Cooper untuk keluar.
Aku nampak Syazlan bercekak pinggang, membebel entah apa-apa pada Raff
yang.. eh? Rasa nak tergelak pun ada. Raff siram pokok bunga? Dengan baju kemeja
dan slack dia tu? Haila, kalau ya pun nak melambat-lambatkan kerja orang,
takkanlah sampai sanggup berlakon siram pokok bunga?
“Tak sah kalau tak cari pasal dengan orang lain. Karang gaduh, kantoi kat
papa, bukan dia yang kena. Orang lain juga yang kena. Dia mulalah buat muka
kosong dia tu.” bebel Isya lagi, dia sudah duduk bersandar. Membelek buku
rujukan yang tersangatlah tebalnya. Mungkin pada Isya, dari dia turut serta
dalam permainan keanak-anakkan Raff, baik dia membaca. Yalah, dah kereta dia pun
kena block. Aku sendiri kena tunggu Syazlan.
“Astaghfirullahalazim.. Apa dah jadi? Kenapa tak pergi lagi?” papa menegur
sebaik terpacul dimuka pintu. Ditangannya ada briefcase. Eh, bukan ke papa dah
pergi tadi? Kenapa masih ada kat rumah? Oh, agaknya tadi papa lari ke office mini dia kot.
Isya juih bibir kearah Raff. Papa yang melihat, menggeleng kepala. “Apalah
nak jadi dengan budak-budak ni. dah tua bangka, perangai macam budak-budak terencat
akal. Langsung tak matang.” Rungut papa, terus menyarung kasut kulit
berjenamanya.
“Damn... Apahal?” sekali lagi
kami tersentak, kali ni lebih terkejutnya sebab Maya menyergah dengan suara
petir dia tu. ternaik jugalah bahu Isya dek kerana terkejut. Isya lempar jeling
maut pada Maya. Gangguan.
“I dah lambat ni. Ish, Raff ni kan... bergurau tak kira masa.” High heels Paris
Hilton berwarna kuning terang disarung pantas, tinggi gila. Tiga? Tak.. Macam
enam inci. Cantik padanannya dengan kemeja kosong berkain lace berwarna kuning
dan skirt paras lutut berwarna hijau. Nampak kontra tapi sungguh bergaya dan
menarik.
“Talk to your
brother, not us.” Selamba Isya, terus melekat pada bukunya.
Maya merengus. “Okaylah mama, Maya nak pergi kat Raff.
Cakap dengan langau ni memang menyakitkan hati.” balas Maya, lalu mencium pipi
kiri dan kanan mama Su. Mama Su masih seperti tadi, bercakap dengan aku pun tak
mahu. Pandang pun sekadar jelingan saja. Apa yang tak kena?
“Eloklah kau pergi sebelum langau ni hinggap kat badan
kau yang bau macam tenuk tu.” Isya menghantar pukulan balas dengan nada yang
cukup bersahaja. Maya pula, berjalan menghentak kaki. Tunjuk protes.
“...kejaplah pa, Raff nak siap dah ni. Pokok yang last.” Terdengar suara Raff ditaman
bunga mama Su.
“Dah nak banjir pokok tu kamu siram, Raff. Nak siram
berapa lama lagi? Lagi satu, pokok kaktus tu dah ditakdirkan menyimpan air
sendiri, sebab dia tak nak susahkan kita untuk siram dia. Yang kamu rajin
sangat siram tu kenapa?”
“Sengal, memang macam tu.” Jawab Syazlan, mengejek Raff.
Aku tahan diri, nak ketawa sebenarnya. Raff siram pokok
kaktus? Cehhh.. dasar dengki. Aku nampak Isya gigit bibir, dia pun nak gelaklah
tu.
“Dah.. Dah.. Papa nak pergi office ni. Tak ada masa nak
layan perangai tak matang kamu semua ni.” bebel papa, seraya melangkah kearah
Nissan Teanna putih yang terparking dibarisan kedua.
“Okay, pa. Selamat bekerja. Have a nice day.” Teriak Raff, ceria sekali. Macam sengaja nak
membakar perasaan mereka yang lain. Orang tengah kejar masa, dia boleh buat
bersahaja. Sungguhlah menguji kesabaran.
“Nicelah sangat
kamu tu.” balas papa sambil tergelak kecil.
“Bias..” rungut
Isya. Bias? Apakah maksud Isya, papa
seorang yang memilih kasih? Yakah? Tak nampak macam tu pun. Nampak macam
semuanya papa layan sama rata.
Aku pandang Raff semula. Dia sudah bergerak mendekati
Ferrarinya, tanpa sedikit pun rasa bersalah, dia masuk ke dalam perut kereta.
Aku memerhati. Tanpa dapat mengelak, Raff membalas renunganku. Tajam, terus
memanah hingga membuatkan aku tak selesa.
“Lis, come. It’s
getting too late now.” Panggil Syazlan yang sudah membuka Camry hitamnya.
Aku mengangguk. Beg aku sangkut dibahu.
“Sya, aku pergi dulu. Nanti kita jumpa kat sana tau.”
“Okay, anything let
me know. Call me once you done with your registration.” Pesan Isya, dia
turut bangun. Kami melangkah bersama. Isya masuk ke dalam Mini Coopernya, dan
aku terus mendapatkan Camry Syazlan. Dengan lagak machonya, Syazlan membukakan
pintu untukku. Cair sekejap dengan layanan dia. sebelum aku masuk, sempat aku
menoleh ke Ferrari yang masih belum berganjak.
Zapp!! Renungan itu.. Boleh tak kalau aku katakan
renungan itu seakan membunuh sel-sel normal dalam badan aku? Bahaya.
AKU melihat pemandangan di luar
kereta yang dipandu Syazlan. Sesekali aku terperasan Syazlan membuang
pandangannya padaku. Beberapa kali juga peguam muda itu tertangkap olehku.
“Bang,
tak penat ke jeling-jeling Lis macam tu? Nanti juling Lis tak tanggung tau.”
ujarku tanpa sedikit pun memaling wajah padanya. Malu sungguh bila terasa diri
ditelanjangi oleh mata tajam Syazlan. Sejak dari banglo papa lagi, lelaki itu
bagaikan tidak jemu menjamu matanya dengan benda yang sama.
“Eloklah
juling yang penting dapat amik seri kat muka Lis tu.”
Aku
menoleh sekilas, bila Syazlan mengenyitkan mata, aku tersenyum nipis. Ada-ada
aje Syazlan ni. Amik seri konon, ya sangatlah tu.
“Ab..”
Mati kata-kataku bila telefon tangan Syazlan berdering.
“Kejap
ya.” Aku mengangguk lalu Syazlan menyambung talian.
“Waalaikumusalam,
ya papa. I’m on my way hantar Lis lah
ni. Hmm? Ya.. ya, Syaz ingat. Papa kat court
ke tu? Ooh, okay. What?? Are you sure
papa? But why? Hmm.. okay.. okay. I’m sorry. Yup, I will. Hmm..
Waalaikumusalam.”
Mendengar
keluhan Syazlan, aku pantas menoleh. Apa pula yang tak kena? Kenapa mengeluh?
Apa yang papa katakan hingga membuatkan Syazlan terkejut tadi?
“Abang,
kenapa?” soalku perlahan, takut-takut.
Syazlan
memaling wajahnya sekilas, dilemparkan senyuman lebar sebelum kembali merenung
ke jalan raya dihadapan.
“Nothing. Okay, tadi Lis nak cakap apa?
Sambunglah balik.”
Aku
memusingkan badan, menghadap Syazlan. Wajah kacaknya menjadi santapan mataku.
Syazlan yang menyedari, sekadar melemparkan senyuman.
“Nak
cakap, cakap ajelah. Tak payahlah tenung Syaz macam tu.” aku tersengih dengan
bicaranya itu.
“Dari
hari tu Lis tertanya-tanya, masa abang, Raff dengan Maya datang rumah atok Lis
tanya jalan nak ke rumah tok Kassim, abang semua basah-basah? Abang dengan
diorang dari mana masa tu?”
Syazlan tertawa kecil, mungkin ada sesuatu yang lucu yang
berada dalam memori lelaki itu. “Sengaja cari pasal, dapatlah habuan macam tu.”
dia gelak lagi. Aku pula berkerut dahi. Cari pasal? Tak kan kena simbah air
dengan orang kampung kot.
“Apa sebenarnya?”
“Semua
pasal si Raff dengan Maya lah, pagi-pagi ajak round kampung. Sampai kat ceruk mana entah, kitorang lepak kat
situ. Tepi sungai, amik angin. Lepas tu Maya tanya dengan kitorang sesuatu.
Kitorang malas nak layan, so buat tak
tahu ajelah. Lepas tu kitorang perasan dia cari kayu, we all buat tak kisah. Dia tanya, nak jolok benda ni boleh tak? We all tak tahu apa-apa, angguk ajelah.
Tiba-tiba dia lari lintang-pukang then
terus terjun sungai...”
“Haa?
Apasal?” tak sabar pulak aku nak dengar cerita selanjutnya.
“Mulanya
we all pun terpinga-pinga jugak.
Yalah, tiba-tiba lari terus gedebus masuk sungai. I dengan Raff look each other for a second lepas tu
dengar macam bunyi pelik dari belakang. We
all toleh aje, tengok-tengok berjuta-juta lebah terbang kat kita orang.
Kita orang pun tak tunggu apa, lompat terus dalam sungai tu. Hahaha.. Maya
punya kerjalah tu. Rupanya benda yang dia jolok tu, sarang lebah.”
Tawa
aku dan Syazlan bergabung kuat. Macam mana Maya boleh tak mengenali sarang
lebah? Lepas tu dengan niat nak tahunya itu, dijolok pulak sarang tu. Memang
tempah bala.
“Patutlah
masa tanya jalan kat Lis, muka semua ketat semacam aje. Lagi-lagi Raff tu.
Menyampah sangat tengok muka dia masa tu.” ujarku mengingati saat-saat pertama
kali kami bersua muka, bertentang mata.
“Raff
memang macam tu, nampak sombong sikit. Heartless,
muka pun less expression. Kontra
betul dengan adik dia. Tapi satu aje yang bagus pasal Raff ni, dia jujur. Apa
yang dia cakap, memang itu yang lahir dari hati dia. Satu tu ajelah perangai
dia yang sama dengan adik dia.” terang Abang Syazlan. Tak semana-mena aku
berkerut seribu.
“Adik
dia? Maksudnya Isyalah kan? Adik Raff, adik abang jugaklah kan?” soalku,
keliru.
Abang
Syazlan paling muka pantas. Kami berbalas pandangan. Kalau aku dengan muka
keliru, Abang Syazlan pula dengan muka kelam. Macam ada sesuatu yang membuatkan
dia pelik. Seminit berlalu, Abang Syazlan mengorak senyuman pula.
“Hmm..
betullah tu.” jelas dapat aku menangkap kegugupannya meski dilitupi dengan tawa
kecilnya.
“So, dah ready nak jadi student
GAC? Banyak dugaan masuk kolej tu. Maklumlah, tempat anak-anak orang kaya
berkumpul.”
“Anak
orang kaya? Maksudnya?”
“You’ll see it soon, princess. And, papa
dah bagitau Syaz plan dia untuk you,
Isya and Maya. As punishment kita bertekak tadi.”
Aku
terkejut, mata terbuntang luas.
“Apa
plannya?”
Syazlan
senyum tepi, rela dan tak rela. “The
three of you will stay at asrama, TOGETHER.
That one is one of your dugaan yang I cakap tadi.” Aku terlopong. Gila?
Kalau Isya tahu, sure dia pun
ternganga. Niayalah weh..
Semakin menarik...cepat2 continue ye! Still curious dgn watak Syaz & Raff...sometimes quite unpredictable..but saya suka. BTW, kenapa pilih tajuk Mr Gardenia?
ReplyDeleteIda.. knp Gardenia ek? sbb sy admire dgn bunga tu..bkn brand roti tau..hihihi..nama bunga tu sndiri ada mksud nye.. klau nk thu, trus fllow stori ni k..:)
ReplyDelete