13
PAPA jungkit bahu, seakan malas
mahu mengulas pertanyaan dari Isya tadi. Terus ralit menonton siaran di TV LCD
sebesar 52 inci. Maya yang melihat, mengetap bibir kuat dengan jelingan
tajamnya. Eh, kenapa nak jeling aku pula? Bukan aku yang minta papa buat
keputusan tu.
“Papa.. please..
please... please.. Apa salah kami sampai kena duduk kat asrama tu? Isya tak
nak.” Lengan papa digoyang-goyang. Meraih perhatian papa yang jelas tak mahu
melayan kami bertiga sejak tadi.
Punyalah berkobar-kobar Isya menanti kepulangan papa dari
tempat kerja, elok papa masuk aje rumah, terus diaju soalan ‘Kenapa kami kena stay kat asrama berhantu tu?’Tapi
sayang, papa buat tak endah. Terus menonong naik ke bilik. Masa makan malam
tadi pun, Isya tanya lagi dengan bantuan Maya yang tak habis-habis mengasak
papa dengan soalan yang serupa. Pun papa buat tak dengar, terus berselera
dengan rezeki didepannya.
“Pa, kenapa biarkan budak-budak tu duduk asrama? Kalau
mereka tak ada, sunyilah rumah ni.” terdengar suara mama Su yang sedang
melangkah ke ruang tamu utama bersama dulang berisi teko dan cawan. Sebaik mama
Su meletakkan dulang dimeja kopi, aku terus duduk bersimpuh diatas karpet
setebal entah berapa inci. Air kopi aku tuang ke dalam cawan lalu aku hulurkan
kepada papa. Papa sambut, bersama senyuman.
“Lis, ambilkan biskut dengan kek batik atas meja dapur.”
Ujar mama yang sudah mengambil tempat disisi Maya. Hanya ada kami berlima saja
malam ni memandangkan Syazlan masih belum pulang dari kerja sementara Raff,
dari apa yang aku dengar, dia on call
sejak pagi tadi.
Aku bangkit dari duduk, terus menuju ke dapur tanpa
banyak bicara. Tak menjadi masalah bagiku, sementelah kerja dapur sudah sebati
dengan aku. Tadi pun aku yang membantu mama Su menyediakan makan malam. Tak aku
hiraukan kedinginan mama Su pada aku, malah aku terus melayan dia dengan baik.
Kalau tidak kerana dia, belum tentu aku dapat masuk ke dalam banglo ni untuk
mencari si perogol tu.
Bersama sepiring biskut dan sepiring kek batik, aku
menghala langkah ke ruang tamu semula.
“Swift? Biar betul pa?” suara nyaring Maya menarik
perhatianku. Apa yang buat Maya terkejut sangat tu? Menyedari kehadiranku,
mereka senyap seketika hinggalah aku mengambil tempat disebelah Isya, papa
berdeham.
“Dengar sini tuan puteri sekalian, papa memang sengaja
letakkan kamu dekat asrama yang kononnya
berhantu tu sebab papa nak kamu bertiga jadi kawan. Papa tak suka tengok kamu
bermusuh. Hal kecil pun boleh jadi dendam. Papa tak nak anak-anak papa macam
tu.” wajah kami bertiga ditatap satu-persatu.
“Tapi Lis tu isteri papa, papa kena ingat tu.” celah mama
Su. Hmm... tipikal isteri tua yang sangat mengambil berat tentang ‘madu’ nya.
Kalau betul kami bermadu, indah juga telinga ni mendengar. Tapi kalau tak, buat
aku nak marah pula bila dia asyik ungkit tentang tanggungjawab papa padaku.
Haih..
“Su, please. This
is not the time to talk about tanggungjawab and whatsoever. Kita tengah bincangkan kenapa saya letakkan mereka
kat asrama. Girls, listen here.
Selagi papa tak nampak apa-apa perubahan yang positif dalam hubungan kamu, papa
akan biarkan kamu terus stay kat
asrama tu. faham?” tegas suara papa. Aku angguk perlahan. Isya pula berdecit,
tak puas hati. Maya merengus sebal.
“Papa tak nak dengar apa-apa rungutan pun sebab kalau
papa tak buat macam ni, bila lagi kamu semua nak rapat? Nak kenal hati
masing-masing. Ni tak, asal jumpa ada aje yang nak dibalahkan. Papa pun tak
faham dengan kamu semua. Dari yang tua sampai yang muda. Nak kata papa pilih
kasih, rasanya tak. Semua papa layan sama rata. Dah tu, sekarang jangan nak
bising-bising kat papa.”
“And you Lis,
papa akan serahkan Swift kat luar tu lepas kamu dapat lesen P.” Aik? Aku tak
faham tiba-tiba. Bila aku daftar nak ambil lesen ni?
“Maksud papa?”
“Papa dah daftar nama kamu kat sekolah memandu. Jadualnya
papa dah aturkan ikut waktu terluang kamu berdasarkan jadual kelas yang papa
ambil dari pensyarah kamu petang tadi. So,
temporarily Isya
will be your driver. Got it?” tekan papa. aku angguk walaupun dalam kepala banyak
tanda soal. Semua papa dah rancang? Betul punya ketua keluarga yang
bertanggungjawablah papa ni.
“But papa.. that
Swift kan..” kata-kata Maya mati disitu bila papa merenungnya tajam. Kenapa
dengan Swift tu? pernah kemalangan ke? Takkan berhantu kot.
“I’ll talk about that
with him later. Okay?”
Maya angguk. Sebiji macam gaya burung belatuk. Angguk
ajelah kerjanya.
“So, princess.
Please prepare and packing your stuff, tomorrow night I’ll send you to your new paradise.” Papa kenyit mata. Tapi
sayang, aku aje yang tergelak. Maya dan Isya dah buat muka macam nak bertumbuk
dengan papa. Mujur papa orang tua aje, kalau tak rasanya dah lama dagu papa
lebam. Aku gelak dalam hati.
“...DENGAR macam kelakar, tapi
cerita betul ni weh. Dia orang memang satu apartment. Yang korang gelak sakan
ni kenapa? Tak percayalah tu kan?”
“Bukan tak percayalah Mak Temah ooi, masalahnya ada ke
adik-beradik tiri duduk aman bahagia dalam satu apartment kat asrama kita tu?”
Aku berhenti menelaah. Tiba-tiba jadi minat pulak nak
pasang telinga. Betullah orang sekarang ni dah tak praktikkan peribahasa ‘cakap siang
pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar’. Sekarang ni nak mengumpat, hembus
aje. Tak toleh kiri kanan langsung. Tak tahu ke orang yang diorang kata tu ada
kat meja sebelah diorang tu? Pulak tu, bergosip dalam library, konon privacy
sangatlah tu. Tak tahu orang nak studi agaknya.
“Aman
bahagia? Weh, syahdunya hati aku kalau betul dia orang hidup aman bahagia.
Masalahnya naik bingit telinga aku kalau setiap hari asyik bergaduh aje. Pintu
apartment tu dah naik bengang asyik kena hempas aje.”
“Sejak
bila ni dia orang stay kat asrama?
Tak pernah dengar pun.” Salah seorang dari mereka bertanya penuh minat.
“Dah
dekat sebulan pun. Dia orang masuk pun lepas dua minggu sem baru start. Kau ni, takkan tu pun tak tahu.” Cehh..perlu ke amik tahu semua tu?
Aku
masih menatap buku Art And Fashion setebal 600 muka surat. Mata aje kat buku,
tapi telinga dah mengarah ke sebelah sana. Kang kalau aku angkat muka, diorang
perasan pulak aku kat sini. Dah tak dapat dengar apa yang diorang nak gosipkan.
“Gilalah.
Biar betul? Budak-budak ID jugak ke?”
ID
kalau tak silap aku nama singkatan bagi Interior Designer. Salah satu kursus
yang terdapat dalam kolej ternama ini.
“Eei,
bukanlah. Kau takkan tak kenal dengan Maya, senior Degree MESCOM yang tengah extend sebab sangkut satu sem tu. Yang hot gila tu.”
MESCOM
pula nama singkatan untuk kursus Mediaa And Communication yang diambil oleh
Maya. Yalah, nak jadi pengacara kononnya.
“What? Woo, yang bawak Honda Jazz green apple tu? Yang boy dia bawak Ferrari tu?” wah, memang
glamor betul si Maya ni, sampai orang boleh tahu kereta dia tu.
“Honda
Jazz tu betullah dia yang bawak, tapi yang bawak Ferrari tu bukan boy dia, tu abang tiri dia. Yang jadi
doktor kat Medical Sunway Center tu. Haa, Maya tulah yang paling tua antara
tiga beradik tiri yang aku cakap duduk kat apartment tadi.”
Maya
“Lagi
dua pulak?”
“Sorang
tu budak AT sem 6, Dekan tau every sem. Ala, si Isya tulah. Yang macam tomboy sikit tu, gaya dia ganas-ganas
sikit. Dia bawak Mini Cooper Nightmare tu.” eh, tahu jugak. Hebatnya. Padahal
kolej ni banyak fakulti, tapi senang betul diorang nak cam.
Isya
AT
pula singkatan untuk kursus
Architectural
Technology.
“Oooo..
tahu, tahu. Eh, bukankah Maya dengan Isya tu anak-anak Dato’ Akram? Yang ada
firma guaman terkenal tu?” Dato’ Akram? Papa ada pangkat Dato’? Nice.. Kenapa
aku boleh tak tahu sedang si kepoh-kepoh ni boleh tahu? Ni mesti kes papa tak
nak membangga diri.
“Yalah,
anak-anak Dato’ Akram. Maya ni anak isteri baru.”
“Ohh..
Lagi sorang siapa pula?”
Aku
buka lagi luas telingaku, maklumlah dah sampai part aku ni. Kenalah concern
lebih.
“Yang
ni bongsu, junior kita. Budak fesyen, sem satu, dia masuk lambat sikit. Aku tak
tahu korang kenal ke tak. Tapi kalau tak silap aku dia drive Swift light pink.”
Aku a.k.a Lis
“Budak
junior yang dia orang kata hot tu adik tiri Maya? Weh, kau tahu tak
sebab budak Swift pink tulah Nik tinggalkan Jenny. Aku dengar budak ni memang hot habis, peminat dia boleh buat satu
barisan dari sini ke pintu pagar depan tu.”
Aku
kerut kening? Nik anak Tan Sri tu dia orang gosipkan dengan aku? Alahai,
manalah dia orang dapat berita macam ni? Memanglah aku kawan dengan Nik, tu pun
kenal secara tak sengaja. Aku terrr..blok kereta dia sebab parking penuh. Lepas
tu kawanlah. Mana aku nak tahu dia dah putus dengan girl dia.
Lagi
satu, nampak sangat fitnah yang peminat aku seramai tu. Gila ke? Aku ni kawan
pun dengan budak-budak sekelas aku aje, budak-budak course aku aje. Takkanlah tiba-tiba peminat aku boleh sampai
seramai tu.
“Ish,
kau biar betul. Takkanlah kot. Dia orangkan memang ada problem. Bukan sebab budak tu kot.” Haa, bagus. Ada jugak orang
yang backing aku. Aku angkat sikit
kepala, cuba mengenal pasti siapa yang baik hati tolong bersihkan nama aku tu.
Ehh..
aku terlopong bila Isya mengenyit mata padaku. Ruang meja mereka yang riuh
dengan gosip tadi terus hening. Rupanya Isya yang datang menyampuk. Entah sejak
bila Isya menelinga perbualan mereka agaknya. Mungkin dari awal seperti aku
jugak. Rupanya Isya pun ada dalam library
ni. Aku sengih. Memang tempat Isya kat sini pun.
“Awak,
lain kali cakap tu toleh-tolehlah sikit. Kenal tak saya? Saya yang kedua tu,
yang bawak Mini Cooper tu, hisssh memang nightmarelah
korang malam ni.” Aku tergelak kecil dengan tingkah selamba Isya.
“Jom,
Lis. Lunch.” Panggil Isya. Aku
mengangguk. Barang-barang aku kemas, kemudian aku melangkah ke meja mereka.
Mereka terpinga-pinga seketika. Mesti terkejut rupanya orang yang sibuk dijaja
mereka tadi ada disebelah meja mereka.
“Macam
nilah, esok kita orang buat flyers
pasal biodata kita orang. Tak payah korang susah-susah nak tanya itu ini. Oh,
ya. Saya Lis, yang bawak Swift tu. Jom Sya, penat dah telinga dengar orang
mengumpat.”
Aku
beriringan dengan Isya. Seketika, kami berpandangan. Serantak kami jungkit
kening.
“Kau
rasa apa?” soal Isya.
Aku
sengih. “Tadi aku rasa nak buat cat fight..”
“That serious? Actually, me too.” Sambut
Isya. Siap angkat jari tanda ‘peace’.
“But now rasa nak gelak guling-guling.
Lawak tengok muka kantoi dia orang.”
“And me too..” Isya celah lagi, seketika kemudian tawa kami terburai.
Pucat muka budak-budak tu kami kerjakan. Padan muka. Pandai aje menyebar
cerita.
“Kau
kenal ke dengan budak tu?” aku tolak pintu kaca perpustakaan. Isya ikut dari
belakang. Locker beg kami tuju.
“Entah,
tak kenal pun. Rasa macam tak pernah nampak. Yang pasti bukan budak course aku.” Buku-buku rujukan dia
masukkan dalam beg.
“Peliknya,
macam mana dia boleh tahu pasal kita?” beg aku sangkut dibahu, buku setebal 800
muka surat aku apit didada.
“Apa
nak dihairankan, kolej ni kan banyak wifi free.
Bila dah banyak wifi free, makin
banyaklah internet bergerak. Kau tak rasa bangga ke bila orang bercerita pasal
kita?” kami mula melangkah menuju ke tempat parking kereta.
“Bangga
kau kata? Dari sudut pandangan mana yang kau rasa ianya sesuatu yang
membanggakan?”
Isya
sengih tepi. “Dari sudut kepopularitian. Bila orang yang kita tak kenal
bercerita pasal kita, tu maknanya kita dah semakin famous. Bangga what?”
hahaha.. Isya gelak besar. Aku ketap bibir. Sengalnyalah minah ni kan.
Best2! 2 thumps up for u Cik Writer! Cepat2 continue ye. BTW saya suka dgn photo2 utk watak2 dlm criter ni especially utk watak raff, syaz & isya. Mcm suka pulak tgk si Raff tu..hihi
ReplyDeleteAhakss.. tnx Ida coz setia fllow HMG ni..
Deleten glad u like it..:)