Thursday, October 24, 2013

Dia Punching Bagku (Prolog)



**smentara mnanti HMG siap dibukukan, eloklah jika sy mnampal e-novel yg baru.. iye x? hehe.. idak ler blog ni usang jd nyer.. hehehe.. Soooo, Raff's fan.. kte lari kat Qai dgn Del plak kjap ek.. msih dlm proses m'touch up n bru half done.. smoga thibur.. :)****



Prolog
Jun 1995

AKU senyum puas, tanda kemenangan. Padan muka, siapa suruh kacau aku lagi? Kan dah dapat habuannya. Kawan tak kawan, ada aku kisah? Aku tengok lagi dia yang masih menangis. Aku mencebik. Itu pun nak menangis, sajalah tu nak minta cikgu pujuk.

            “Siapa yang buat awak ni? Cakap dengan cikgu, biar cikgu rotan dia.” Sekali lagi aku mencebik muka, ingat aku takut ke?
            “Delisha cikgu, dia sengaja cikgu.” Eleh, cengengnya. Tulah, nak sangat tunjuk hero dengan aku, kan dah kena. Siapa suruh pancitkan tayar basikal aku semalam? Tak pasal-pasal aku balik dari taman permainan sorong basikal. Ingat aku tak tahu tu kerja kau?

            Bila cikgu tenung aku dengan muka macam nak telan orang, aku sengih. Muka paling comel aku bagi. Siap angkat ‘peace’ lagi. Cikgu Najah menggeleng, penatlah tu nak layan aku.
            “Delisha, kenapa buat baju Qaiser macam ni? Kalau mama dia marah macam mana? Cikgu juga kena marah nanti tau. Pakai marker pula tu. Delisha.. Delisha..” keluh Cikgu Najah sambil terus memujuk si budak cengeng. 


“WHAT do you mean by, ‘Saya budak nakal’ Delisha?” jegilan mata abah aku buat tak pandang. Terus merenung wajah Danish berselang-seli dengan Damien. Abang-abang aku buat tak faham dengan muka 999 aku ni, muka minta bantuan kecemasan. Tadi kat sekolah bukan main gah lagi, tak takut langsung. Bila cikgu mengadu pada abah waktu abah datang menjemput tadi, terus kecut perut. Takut tengok mata abah. Tapi cuba maintain cool lagi.
            “Look at me. I’m talking to you, not your brothers. Jawab abah tanya, kenapa Del tulis macam tu kat belakang baju sekolah Qai?” aku tergaru-garu lengan sendiri, kalau aku jawab abah tak marah lagi ke?
            “Qai yang mulakan dulu, abah. Dia pancitkan tayar basikal Del semalam.” Dengan berani aku menjawab dengan menentang anak mata abah. Abah makin besar biji mata. Kan dah agak, kalau aku jawab pun abah tetap marah aku juga.
            “Takkan sampai conteng baju Qai?”
            “Habis tu, nak conteng baju siapa?” lurus pula aku bertanya, tak sangka boleh buat kedua-dua abang aku ketawa. Aku sengih tapi tak lama bila terasa dahi kena ketuk. Adoii...
            “Menjawab.. Menjawab..” Pulak. Tadi suruh aku jawab. Sekarang marah pula. Aku diam saja, tengok abah dah tersandar didinding sofa bersama keluhan.
            “Delisha.. Delisha.. apa nak jadi? Baru tujuh tahun, tapi perangai macam mafia. Macam manalah abah tak cepat dapat heart attack.” Sekali lagi abah melepaskan keluhan.



Tahun 2000

“WEH, kepala!!” tak sempat aku nak cerna informasi kat dalam otak, kepala aku dah bergegar kuat. Kuat dihentam sebiji bola. Berpinar sekejap kepala aku.
            “Tulah, jalan tak pandang kiri kanan. Kan dah dapat.” Budak lelaki lengkap berbaju sukan tu gelak sakan dengan rakan sepasukannya. Aku mara sedikit, menghampiri Qaiser dengan muka garang. Habis rosak rambut aku.
            “Kau ni kalau tak cari pasal dengan aku tak boleh ke?”
            “Eh, aku pula. Kan aku dah jerit tadi, suruh kau elak. Lagi satu, yang kau buat gaya macam tengah berjalan kat red carpet ni, apahal? Tak payahlah nak bajet hot sangat.” dia julingkan mata ke atas, muka meluat yang selalu dia buat kat aku. 
            “Red carpet? Kau tak nampak aku tengah elak lopak air tu? Ni yang aku menyampah kalau kena turun padang ni. Erghh!!”
            “Dahlah, kau lepak sanalah. Orang sibuk training kau sibuk nak ikut, haaa.. padan muka.” Dia tolak badan aku ke tepi, dia lari ambil bola dan terus ke tengah padang. Haaa, tulah. Qaiser sibuk nak training bola sepak, aku sibuk nak mencuci mata. Mata tak tercuci, kepala pula berpinar.



Julai 2003


ARGHH!!! PMR pula. Tensionnya. Sekolah, kelas tambahan, tuisyen. Bila nak merdeka ni? aku menggeliat sedikit, terpandang Qaiser yang sedang bermain kad UNO dengan beberapa rakan kelas. Amboi, cikgu buat kelas tambahan, dia buka meja main UNO pula. Terbaik.
            “Qai, bak buku Math kau. Penatlah aku cari jawapan, tak jumpa-jumpa.” Aku hulur tangan sebaik menghampiri meja Qaiser. Qaiser menjeling, nak marahlah tu. Lantaklah. Aku kisah apa?
            “Kalau bab meniru, bagilah kat kau.”
        Aku sengih, buat muka paling cute. Qaiser merengus, buku tulis setebal 120 muka surat dicampak kemas atas tanganku. Aku kenyit mata sebelum berlalu ke mejaku semula.
            Aku selak satu persatu. Woww!! Perfect. Macam manalah si Qaiser ni boleh skor semua mata pelajaran sedangkan dia selalu aje sibuk dengan aktiviti luar kelas. Yang selalu tercongok kat kelas ni, makin lama makin menurun pola peratusnya. Abah dengan mama pula asyik puji Qaiser aje. Huh...
         “Weh, Qai.” Panggilku. Teman-teman yang lain buat tak peduli. Dah biasa dengan perangai aku yang tak tahu cakap dengan tatasusila. Main woi-woi aje.
            “Amende lagi?” dia pandang aku nak tak nak.
          “Patutlah aku cari jawapan tak jumpa, semua ada dalam buku kau rupanya.” Aku gelak, diikuti teman yang memasang telinga. Qaiser jeling lagi. tiba-tiba suasana yang sok sek-sok sek sejak tadi, jadi senyap. Semua mata tertumpu kat laluan koridor luar kelas.  Aku pantas menoleh, nak tahu apa yang menarik sangat sampai aku tengok si Nabila ternganga mulut. Dan.. Oh My God..
        “Cutenya..” terdengar suara berbisik-bisik memuji. Aku tak terkelip mata. Indahnya ciptaan Tuhan.
            Tiba-tiba.. Zeettt!! Bunyi kaset rosak. Hilang angan-angan aku bila nampak seorang pelajar perempuan berlari mendapatkan pelajar lelaki tadi dan terus berpaut lengan. Eh.. perempuan tu..? aku toleh pada Qaiser, dia angkat kening bila aku berkerut muka.
            “Tak payah sibuk, apa yang ada dalam kepala kau sekarang ni semuanya betul. Tak payah berangan nak tackle budak tu.”
            Macam tak percaya, Qaiser tahu apa yang ada dalam kepala aku. Tak sia-sia kami berkawan dari kecil. Tapi, macam mana Dura boleh dapat pakwe handsome macam tu? Ish, menyesal aku tak pernah minta nak tengok gambar pakwe Dura.
            “Jadi betullah Dura cakap pakwe dia pindah sini?” soalku lagi.
            Pap!! Adoi.. aku raba dahi, kena ketuk dengan pembaris. Ken yang entah bila berdiri ditepi mejaku, aku pandang bersama jelingan.
            “Kau ni, asal yang cute, yang kacak, yang macho, semua kau nak. Habis budak-budak lain dapat bekas kau ajelah, ek?”
            “Alaa, biarlah. Bukan luak pun dia orang couple dengan aku, sebulan dua aje, paling cepat pun seminggu. Lepas tu, siapa nak ambil, ambillah. Aku tak cuit sikit pun.” Aku selak rambut ke tepi.
            “Hei, minah malaun ni. Payah benar nak diajar. Entah apalah yang kau dapat main-mainkan perasaan orang agaknya.” Celah Aniq yag berdiri disebelah Ken.
            Aku kelip-kelip kelopak mata dengan senyuman penuh muslihat. Ken dan Aniq berpandangan seketika sebelum pandang aku dengan renungan tak percaya.
            “Jangan cakap kau nak test mamat tu, Del. He’s taken. Pakwe kawan kita tu.” muka Ken dan Aniq dah nampak cuak. Aku angkat-angkat kening. Kawan tak kawan. Kalau aku kata aku nak, aku nak juga.
            “Cakap apa pun tak guna punya, mangkuk tu kisah apa? Laki orang pun dia boleh main mata, apatah lagi setakat pakwe orang.” Sela Qai. Aku berpaling dengan senyuman mekar setaman. Rakan kelas perempuan dah mula buat muka bengang, asyik aku aje yang dapat lelaki kacak. Delisha kan..
            “Qai.. Kau seorang aje yang faham aku. Aku akan pastikan mamat tu tersenarai dalam senarai teman-teman lelaki aku. Ohh, Qai.. Thank you for being my friends. Muahh!!” aku bagi flying kiss, Qai jeling meluat.
Ken, Aniq, Del & Qai


            Waktu rehat, aku tak tunggu apa. Terus cari Dura. Antara kami berlima, Dura seorang yang terpisah kelas sebab dia bijak sikit dari kami berempat. Bukan jauh mana pun, Dura kelas tiga Elit, aku dengan yang lain tiga Bestari.
            “Weh, Dura mana?” aku tegur salah seorang classmate Dura. Dan rasanya aku patut hantuk kepala aku kat notice board bila aku sedar aku dah tanya salah orang.
            “Oh, baby.. baby.. Are you looking for your mummy? You look lost. So pity.” Euuww.. si sotong tak cukup ink ni, apasal aku boleh tegur dia? aduhaii..
            “You’re alone? Seriously? Where’s your hottest guard? Ish.. ish.. ish..” Hai, aku nak kena gulai dengan minah-minah lembik ni ke? Macam tak kena aje.
            “Kalau niat kau datang nak jual saham kat budak baru tu, lupakan ajelah. Langkah mayat kami dulu.” Tambah seorang lagi. Boleh pun cakap melayu. Ingat dah berbalut dengan keju dah lidah tu.
            “Kau orang nilah, muka aku ni nampak macam salesgirls jual saham ke? dah tu nak ajak main langkah-langkah mayat pula. Menakutkan. Aku nak jumpa Dura aje pun, tak payahlah sampai nak buat tol bagai.” Maaflah, aku dengan budak-budak Bella ni memang tak boleh masuk. Tak ngam. Satu, sebab dia orang ni berlagak. Tahulah budak pandai, tengok gaya cakap pun tahu kan? dua, sebab aku pernah cross line si Bella dengan teman lelaki dia awal tahun hari tu. Maaflah, aku terrr.. tackle pakwe Bella yang dah sah-sah tak setia. Saja isi masa terluang.
            “Kau..” jari telunjuk Bella dah naik kat batang hidung aku. Aku tepis, jangan cabar aku boleh tak?
            “Jangan biadap. Aku tak cari pasal dengan kau, kau jangan nak start. Dura mana?”
            Bella merengus kasar. “Dalam kelas.” Dan dia terus berlalu bersama pengikut tegarnya. Berlagak. Macam bagus.
            “Dura!!” Aku masuk terus dalam kelas, duduk kat kerusi sebelah dia. Dia sengih-sengih.
            “Kau dah nampak Harraz?” terus dia soal aku. Harraz? Kelam sekejap aku.
            “Pakwe aku tulah, Izz Harraz Hakimi. Cute tak? Masuk list taste kau tak?” dia nampak sangat teruja. Aku dah mula pelik.
            “Kau tolong usya dia, aku nak tengok dia setia tak dengan aku. Please. Aku percaya kat kau je.” Arrr??

Ken, Qai, Del, Aniq & Dura





Ogos 2005

FAIZ, Haziq, Qayyum, Najmi.. bla.. bla.. bla.. Aku ketuk jari pada dagu. Banyaknya nama kena pangkah. Tahun lepas rekod dua puluh satu nama yang tersenarai, tahun ni.. Alamak, kena catulah. Nak SPM.
            “Del!!” terdengar jeritan sayup-sayup suara mama dari tingkat bawah. Lawak Kampus aku tutup pantas, sepantas itu juga aku sorokkan dibawah buku-buku ilmiah yang lain. Kalau mama nampak, sah buku ni terbang ikut tingkap. Buku teks Matematik Tambahan aku buka, lepas tu... Berlakonlah.
            “Nurul Delisha Armani!!” serentak, pintu bilik aku terkuak.
            “Hahh??” Aku buat-buat berpaling dengan muka terkejut. Padahal, memang terkejut pun, tak payah buat-buat.
             “Amboi, study sampai mama panggil tak dengar.” Muka serius mama aku pandang dengan sengihan.
            “Call. Banyak kali bunyi. Suka letak sepah-sepah.” Huluran telefon bimbit dari tangan mama aku ambil, sengih tak habis lagi. biasalah, gugup. Buat salah, kan. studi konon. Untung sangatlah kalau aku studi. Ha ha ha
            Elok mama keluar, aku cari nama si pemanggil. 12 missed call dari Dura. Apasal ni? Tak pernah-pernah buat panggilan rindu sebanyak ni. aku dial semula. Sekejap saja panggilan bersambung.
            “Yes, Dura. Apahal?” sapaku. Sepi. Aku tajamkan deria, macam dengar orang menangis.
            “Dura, kenapa ni? apasal kau menangis?” cemas. Tak pernah-pernah orang call aku sambil menangis. Kira pengalaman pertama ni. Cuak aku.
            “Del..” sob..sob..sob.. aku pula nak tangkap emosi.
            “Kau jangan buat aku takutlah, Dura. Ap..”
            “Weh, Del!!” serentak pintu bilik aku dirempuh dari luar. Aku tercengang tengok Qaiser yang tercungap-cungap. Berlari dari rumah dialah tu.
            “Kau pehal, sehh? Main terjah bilik orang?” laju mulut aku menyembur. Biadap dah ni. Lupa sekejap Dura kat talian.
            “Weh, Raz!!” hilang muka bengang aku. Kelam sekejap. Apahal dia ni? Kejap, ‘Weh, Del!’. Kejap lagi, ‘Weh, Raz!’. Betul ke tak dia ni?
            “Lepas ni kau nak sebut nama siapa pula? Kejap Del, kejap Raz. Pehal?”
            Aku tengok Qaiser tengah betulkan sistem pernafasan dia. “Weh, Dura ad..”
            “Dura pula. Eh, kejap!” telefon aku rapatkan kembali.  “Helo.. Dura, kau ada lagi tak?” lupa pula aku tengah bercakap dengan Dura.
            “Del.. Raz, Del. Raz meninggal.” Tangis Dura. Kelu. Mata Qaiser aku cari. Dia langkah, mendapatkan aku.
            “Qai... Raz..?” anggukan Qaiser menghamburkan airmataku. Ya Allah.. Kenapa?
            “Del, Raz meninggal sebab..”
            “Aku tak nak tahu. Tolong, Qai. Aku tak nak tahu.” Ya Allah, aku yang menyebabkan dia pergi. Ugutan dia bukan mainan. Izz Harraz Hakimi, maafkan Del.
            


Februari 2007

“LEMBAP!” aku jeling Aniq yang sesedap rasa kutuk aku lembap. Bukan aku yang lembap, okay. Lecturer aku tulah. Tak agak-agak kalau nak membebel pun. Lunch hour kita orang pun dia sebat sepuluh minit.
            Langkah aku bawa ke kafe tanpa mendapatkan Qaiser, Aniq dan Ken yang setia menunggu dibawah pokok. Laju saja mereka mengikut langkahku.
            Bukk!!
            “Sakitlah, gila.” Rambut ala-ala langsir milik Ken aku tarik geram. Main tepuk-tepuk badan kita pakai buku pula. Sakit kot.
            “Dah ar lambat, sorry tak ada. Jalan menonong. Pehal kau? Period?” mulut tu kan, macam Mak Joyah.
            “Miss Imah tulah, bengang betul aku. Psiko tak sudah. Patut tak kahwin-kahwin lagi.”
            “Alaa, kau dah tahu dia macam tu, tak payahlah layan. Lagi kau layan, lagi teruk kau kena. silap-silap, dia failed kan kau nanti.” Sampuk Aniq di sisi kananku.
            “Yakah? Dia pernah buat macam tu ke?” aku dah mulalah nak cuak.
            “Pernah. kan kita orang pernah ambil subjek dengan dia sem lepas. ACC 115. Ramai gila student failed. Kau jaga-jaga sikit. dia kejam kot.” Qaiser kat belakang aku toleh. Dia angguk, mengiyakan kata-kata Ken.
            Alamak.. parahlah sem dua aku ni. Jangan kena P sudah. P1 okay lagi, kalau dah ke P3, bungkus kain bajulah nampaknya.
            “Del!!” aku kalih pandangan. Cari punca suara. Ooh.. Afiq. Aku balas lambaian dia. Kalau dulu, aku yang bersungguh-sungguh melambai kat dia, sekarang? Dah hilang minat. Del, kan.
            “Come, join me.” Panggil dia. dulu aku yang nak sangat makan dengan dia, sekarang? Boooooriingggg!!!
            “Sorry, got my date already. Next time kot.” Aku terus lajukan langkah. Sesak.
            “Del.. Del.. Dulu kini dan selamanya. Aku yang jantan ni pun stick pada yang satu.” Ken mula mengutuk.
            “Tu tak apa lagi, masalahnya bila dia dah bosan tu yang aku sakit hati. kitalah jadi mangsa dia. cuba kalau tengah hangat, kita pun dia lupa.” Aniq tambah perisa.
            “Tak kisahlah kau orang nak kata apa, but you guys know what? Aku jumpa seorang mamat ni, budak Statistik rasanya. Hot gila. Aku nak stalk dia punya FB. Aku aim, minggu depan aku jadi girl dia.” aku dah buat sengih gedik. Teruja.
            Aniq dan Ken pandang Qaiser. Qaiser jungkit bahu.
            “She’s Del. She love hunter and she hate huntered. That’s a fact.” Ujar Qaiser, sinis bersahaja. Aku buat muka bangga. Lantaklah.
            Serentak Aniq dan Ken tepuk dahi.

            Ya, saya Del. Nurul Delisha Armani. Saya tak seksi, saya tak hot, saya juga tak cantik. Tapi mengikut fakta hasil temu bual, sembilan puluh sembilan peratus mengatakan saya comel, menarik dan ada tarikan tersendiri. Dan, saya suka memburu lelaki, tapi saya sangat benci diburu. Fakta lagi, mangsa buruan saya hanyalah mainan sementara hingga saya bosan kemudian saya akan cari yang baru.
            Wink!!




           

5 comments:

  1. Cerita baru n permulaan yg awesome!!
    selalu baca pasal playboy n now its playgirl tu yg makin bsemangat nak baca...
    next chptr please cik writer...
    fighting!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nurul Wanie.. TQ.. :)
      Amboi.. trus nk nxt chapt.. gelojoh nihh.. hihihi. kidding.. :P
      later, lady.. :)

      Delete
  2. HMG dh siap eh manuskrip ? hntar dkt penerbit mne ? =D *excited*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amani Ahlam.. siap lme da sis.. hihi..
      hntr kt Lovenovel..tgu pnerbit lain agk lmbt sbb nk tgu turn kan.. since LNP da offr, hntr kt dorg la.. LNP pn mkin naik skg.. & hw bout ur 5 hari bsama cinta pblish? dah siap? hahh!! hntr kt pblisher mne? nk thu jgk.. hehe :)

      Delete
    2. eh...thu psl my novel yg xfamous tu ? haha...belum siap lgi...planning nk hntr dkt IKP..anyway...can't wait for your novel to be published..hihi =D

      Delete

Featured Post

Friendship Goals - Bab 5

Popular Post