14
AIR aku kacau dengan straw
sambil terus fokus mendengar Isya berceloteh. Rasanya bukan berceloteh, tapi
lebih kepada melepaskan perasaan. Heh, akukan kaunter aduan Isya. Tapi tak apa,
aku suka dengar dia berceloteh, walaupun kadang-kadang dia tengah bercerita
tentang sesuatu yang menyakitkan hati, dengan gaya dia bercerita tu buat orang
yang mendengar rasa nak tergelak.
“Lepas tu dia boleh bagi aku tak sampai half pun markah untuk report teknikal aku tu. Hangin
sungguhlah aku. Bersusah-payah aku bersengkang mata, menapak masuk library setiap hari sebab nak cari
bahan, dia bagi markah seciput macam tu aje. Haila, aku rasa nak bakar aje
bilik prof tu.” Isya menyuap dengan bengang friesnya. Muka memang dari tadi dah
masam-masam kelat.
“Bab bersengkang mata tu aku setuju tapi bab menapak ke library tu macam tak berapa nak proper sangat. Dah sah-sah kau penunggu
tetap kat situ, lagi mahu mengeluh. Tapak muka baru tahu.” Aku membidas
bersahaja.
Gadis berkaca mata tu menjuih bibir.
“Kau ni memanglah, suka khianat aku. Cuba sebelahkan aku
sikit. Balik jalan kaki. Huh..”
Aku mencebik. Merajuk konon. Tak macho langsung. Jalan
kaki..cehh.. macam tak tahu masing-masing drive
kereta sendiri. Tiba-tiba mata aku menangkap seseorang yang teramat aku kenali
sedang berjalan menuju ke kafe. Kolej ni nama aje ada banyak fakulti tapi kafe
ada satu aje. Nasib baik besar gila, kalau tak sah-sah sempit punya.
“Weh, aku rasa dia macam datang ke sinilah.”
Isya mengerut dahi. Tak faham. “Siapa?” soalnya lalu
berpaling ke belakang. “Ulala.. Cak lempong betul, memang sah-sah dia ke sini.
Ni nak bagi bala ke apa siap bawak geng-geng dia segala.”
Aku sekadar jungkit bahu. Selama ni kalau Maya datang tak
bawak geng dia pun memang dia selalu bagi malapetaka kat kita orang. Jadi tak
ada bezanya pun.
Langkah empat orang gadis yang ala-ala American Next Top
Model semakin menghampiri kami. Rasa macam nak gelak pun ada. Dia orang ni dah
tak macam student, dah gaya macam
pramugari yang baru turun dari flight.
Dengan baju yang sangat seksi, berkaca mata hitam walaupun dalam kafe, tambah
pulak dengan kasut tumit tinggi, lepas tu bawak handbag macam mak datin. Jenama jangan cakaplah, semua barang
mahal.
“Aku rasa macam tengah tengok American Next Top Model
aje. Tengok budak-budak pun ternganga tengok dia orang. Eii, kau tengok Maya.
Kembang kuncup lubang hidung dia aku tengok. Bangga habislah tu.” meluat benar
Isya aku tengok.
“Hi, girls.
Takkan makan kat tempat macam ni kot. Tak panas ke? Kotornya. Euuww..” geli benar nampak muka Maya dengan
teman-temannya, macamlah kami makan kat tepi loji najis. Huh...
“Eh,
Lis.. bau apa ni? Busuklah. Macam bau kaki tak basuh je...” Isya menjengah
konon-konon mencari dari mana datangnya bau yang dia katakan tu. Dia rapat
dengan Maya. Terus hidungnya ditutup.
“....la,
bau mulut kau rupanya. Macam bau longkang. Busuk. Eh, dekat sini pun ada bau jugaklah. Laaa,
mesti hati kau pun busukkan, suka dengki orang. Ish.. ish..pergi main
jauh-jauhlah.”
Aku
ketap bibir, ada yang mandi air manis kalau ketawa kuat-kuat depan Maya ni.
Maya mendengus, Oakley Frogskin Sunglassesnya dibuka kasar. Buat seketika, laju
jugalah mata aku menilik setiap inci barang yang ada pada tubuh dia. Gila.
Kalau kena ragut ni, sah peragut tu terus berhenti kerja. Sangat berbaloi dapat
ragut orang macam Maya ni. Buccelati bergayut pada kedua cuping telinga,
terlilit dipergelangan tangan kanan dan leher serta tersarung pada jari. COACH
untuk beg tangan dan kasut tumit tingginya. Jaket denim dengan jeans? Haruslah
Chloe kan.
Fuhhh...typical
anak orang kaya. Sama macam abang-abang dia. Sentiasa nak pakai barang yang ada
nama, yang glamor. Gatal kot kulit kalau pakai barang downtown. Hahaha.. Nasib
baik Isya tak macam tu. Cukup simple
sampai cap ayam pun dia bantai pakai.
“You
kalau tak cari pasal boleh tak? Ingat I nak sangat ke jumpa you, ha?”
Isya
sengih. “Oppss, sorry ya Miss Maya.
Ada apa-apa yang boleh saya bantu sampai sanggup mencemar duli jejak kaki dekat
kafe kotor macam ni?”
“Huh..!!
Papa dengan mama nak jumpa, they’re on
their way. Will arrive so soon..” Oakley disangkut pada batang hidung
dengan gaya lagaknya, dia tersenyum sinis. “...at our paradise.”
Aku dan Isya berpandangan seketika sebelum menala
pandangan pada Maya dengan kerutan didahi. Paradise?
Apartment kami ke?
“What? That soon?
Oh My God!! Why so sudden?”
Maya menebar rambut perangnya ke belakang, panas
sangatlah tu agaknya. Dia menjungkit bahu bersahaja. “How should I know?”
Arghhh!! Cakap dengan Maya ni memang menyakitkan hati.
Kalau tak ada sikap sabar ni, dah lama aku patah-patahkan cermin mata mahal dia
tu.
“Aku ada kelas Analitical Studies petang ni.” Keluhku.
Isya tersandar dikerusi. Tengah benganglah tu. “Hangus date aku.” Bentaknya.
“Ooh, pleaselah.
Jangan nak banyak bunyi boleh tak? Ergghh..” Maya buat muka meluat.
“Girls, jom.”
Panggil Maya pada teman-temannya sebelum berlalu dengan lenggok masing-masing.
Ish, dah macam artis aje aku tengok diorang ni. Tengok, kawan-kawan si Maya tu
semuanya bukan calang-calang orang. Ada anak Dato’, anak Tan Sri, anak menteri.
Memang patutlah dia orang jadi tumpuan penuntut disini.
Elok awek-awek hot tu pergi, aku terus capai BB. Mesej
mengatakan aku tak dapat masuk kelas aku hantar pada Kiki. Satu-satunya temanku
didalam kelas. Harap dia tak menanti aku seperti selalu.
Aku kembali merenung Isya yang nampak ralat. “Kau ada date? Dengan siapa?”
Isya menyedut minumannya. Tanpa menjawab soalan aku, dia
mencapai telefon bimbitnya. Memanggil entah siapa. “Hello, assalamualaikum sir.
It’s me, Isya. I’m so sorry. I can’t
attend your class this evening... yup.. yup.. thanks sir... alright sir. Have a
nice day too.”
Aku tersengih. Ada kelas rupanya. Cakaplah awal-awal.
“Bengangnya. Apasal papa nak datang petang ni pulak?
Malam-malam tak boleh ke? Ish..Ish...”
Bebel Isya.
“Rilekslah,
lecturer kau tak marah, kan. Papa
sajalah tu nak jumpa kita. Dah berapa lama kita tak balik rumah. Sport check ke, kan. Kau ni pun.” Aku
menghabiskan baki fries yang masih tinggal.
Isya
mencebik. Dia meletakkan kepalanya diatas meja, nampak lemah gila. Macam tak
sanggup sangat nak skip kelas petang ni.
“Kau
ni dah kenapa? Satu kelas aje pun. Tak kan sampai nak menangis kut?” Isya ni
pun, aku tahulah budak Dekan. Tak kan papa dengan mama nak datang jumpa pun tak
boleh nak lari sekejap.
“Kalau
kelas aje aku skip kira okay lagi,
masalahnya kalau aku skip kelas
petang ni maknanya aku skip tengok
muka Sir Faiz.” Gumamnya.
Arr?
“Sir Faiz mana pulak ni? Kenapa dengan muka dia?”
“Sir
Faiz tu lecturer aku.”
Aku
kerut dahi. “Dah tu, kenapa dengan muka
dia?”
“Kau
tak tahu ke, muka dia cute gila nak
maut punya. Huk.. huk.. huk..”
Ha?
Aku hilang kata tambah lagi mulut ternganga tak tahu nak kata apa.
PINTU Swift aku tutup perlahan.
Kunci kawalan jauh aku picit. Klik. Swift KA 888 berkunci dengan sempurna. Aku
melangkah keluar dari parking kereta asrama. Petang-petang sebegini memang susah
sikit nak cari parking, maklumlah ramai pelajar dah habis kelas. Sebab tu aku
tak suka balik lambat dari kelas petang, kalau tak jenuh nak parking jauh-jauh.
“Eh, Lis.” Tegur satu suara yang baru turun dari tangga
sewaktu aku hendak melangkah anak tangga pertama. Dia yang simple dengan cap, tee
longgar dan jeans Levi’snya, tercungap-cungap. Siap bag pack lagi. Nak ke mana pulak Isya ni petang-petang ni, macam
kelam-kabut je.
“Sorry Lis, aku
keluar ada hal. Mungkin balik lambat sikit. Kau tak payahlah tunggu aku, kay.”
“Hal? Hal apa? Kau macam cemas je. Ada apa-apa jadi kat
rumah ke?” risau pulak aku dengan Isya ni. Tak pernah-pernah dia cemas macam
ni. Takkan ada benda buruk berlaku pada papa atau penghuni di banglo besar tu
kot. Kalau papa atau mama Su tak mungkin, sebab baru semalam mereka buat rush
kat asrama ni, sihat saja.
“Nope.. rumah just fine. Kau don’t worry, kay. Kay.. kay.. aku blah dulu. Bye.” Terus Isya pergi begitu saja. Suruh aku jangan risau, kalau
dah gaya dia tu macam dapat berita Tom Cruise melamar Fauziah Gous, mahu aku
tak risau? Ish... suka macam tu.
Dari mula kenal Isya, sampai sekarang aku masih tak kenal
hati budi dia yang sebenar. Kalau tahu pun, aku agak-agak sendiri. Sekadar judge dari perlakuan dan gaya serta
aktiviti dia. Lain-lain, non. Nil. Zero.
Haih..Isya..Isya.. apalah yang kau rahsiakan sangat pasal diri kau tu?
Aku pulak bukan jenis suka bertanya hal peribadi orang.
Kalau orang nak cerita, aku sangat-sangatlah sudi mendengar. Tapi kalau tak,
dia diam, aku pun diam. Macam mana aku nak orang hormat privacy aku, macam tulah aku hormat privacy orang.
Aku mula mendaki anak tangga menuju ke tingkat 4. Ya,
satu penyeksaan yang sangat kejam dari papa kerana dengan sengaja request apartment dalam asrama ni
ditingkat paling tinggi. Somehow, thanks jugaklah
papa. Kalau tak macam ni, tak tahu bila boleh keluar jogging turunkan berat badan. Ngehehe..
Makin interesting....keep up the good work ok Cik Writer! But then, kalau boleh lepas ni nak criter pasal syaz & raff ok....chia yo!!
ReplyDelete