Thursday, May 14, 2020

#RoadToHatiAwak (Bab 9)


Bab 9


KETIKA sedang mengemaskan rambutnya, telefon Danish yang sedang dicas, berdering lantang. Sempat dia jengah jam di pergelangan tangan sebelum telefon dicapai. Talian disambung.

“Bangun dah?” Abah menyoal pantas.

“Astaghfirullalazim.. Tuan Haji Darsuki, salam mana? Salam?” tersengih Danish menggiat abahnya. 

Haji Darsuki tergelak besar. Punyalah risau anak tak bangun pagi, sampai lupa nak bagi salam.

“Bertuah punya anak. Assalamualaikum.. Ha, dah bangun belum?”

“Waalaikumsalam. Belum, bah. Tengah tidur lagi ni.” Balas Danish, tangan kiri menyembur minyak wangi pada badan.

“Tidur angkat telefon?” 

“Tak ada, kan? Abah tak pernah dengarkan orang tidur angkat telefon? Dah tu, lagi nak tanya Dany dah bangun ke belum.” Danish tergeleng-geleng sendiri. Abah.. Abah..

“Ish, kau ni. Main-main aje. Abah call Is tadi, dia cakap kau tak sampai lagi. Ingatkan belum bangun.” Danish yang Haji Darsuki kenal, kalau dah penat sangat, dia hanya nak tidur dan tidur. Selalu kalau dia balik on call, memang dia cari bantal dulu. Makan ke minum, tolak tepi janji dapat qada’ tidur.

“Dah. Dany dah siap pun. Dany dah pesan kat Is semalam, Dany sampai sebelum tengahari. Sekarang baru pukul 11.” Beritahu Danish. 

Tangan terus ligat mengemas barang-barangnya untuk dimasukkan ke dalam beg galas. Lepas siap semua kerja kat kedai nanti, dia nak terus gerak ke JB. Jadi dia tak perlu singgah ke rumah tu untuk ambil barang lagi. 

“Ha, yalah. Jangan lupa makan dulu. Mama kau bising kat rumah tu, takut sangat anak dia tak makan kat sana. Mesej mama tu jangan lupa reply, nanti abah lagi yang kena dengar dia membebel.”

“Ya, bah. Dany tahu.” Bukan dia tak nak reply mesej mamanya tapi malam tadi balik pun dah penat. Bangun tadi terus bersiap. Satu notifikasi pun dia belum sempat jengah lagi.

“Tinggal tiga outlet lagi, kan? Petang dah boleh siap tu.” 

“Ya, bah. Tiga outlet je lagi tinggal. Dan, jangan lupa perjanjian kita.” Sempat lagi Danish berpesan dengan serius. 

Ya, dia memang serius nak buka klinik persendirian. Dari dia apply loan dengan bank Damien kerja tu, baik dia minta abah jadi funder. Peratus untuk nama disenaraihitamkan dah tentulah sifar. 

“Yaaa.. Balik-balik tu juga yang dia ingatkan. Dah, abah letak dulu. Abah ada meeting kejap lagi. Assalamualaikum.” 

“Waalaikumsalam.” 

Mati saja talian, Danish terus simpan telefon ke dalam poket. Pakaian yang dipakai semalam, disumbat masuk ke dalam beg galas. Mata meliar di segenap bilik tamu yang dihuninya malam tadi, takut ada barang miliknya yang belum disimpan. Hmm.. Nampak macam dah tak ada. 

Kaki melangkah keluar, pintu di belakangnya dirapatkan. Sebelum terus melangkah, Danish pandang pintu bilik di sebelah biliknya. Dia yakin dan pasti itu bilik Is memandangkan ruang atas tu hanya terdapat tiga buah bilik saja. Bilik utama di hadapan sana dan dia ada buka pintu itu semalam. Yalah, dia pun lupa nak tanya Is, bilik dia yang mana satu. Jadi dia bukalah satu-persatu pintu. Bilik utama tu tentu dihuni oleh abah dan mamanya sebab dia ada nampak gambar ibubapanya yang tergantung di dinding.

Dia ubah sasaran, pada dua pintu yang saling bersebelahan tu. Tombol pintu kanan dipulas, tapi berkunci dan dia yakin itu bilik Is. Jadi tinggal bilik yang kiri tu saja tak berkunci. Bila dia buka, bilik kemas teratur. Katil bujang bercadarkan biru lembut dengan sebuah almari baju kosong serta almari solek. Bilik tu nampak kosong dan dah pasti itu bilik untuk dia. 

Melihatkan pintu bilik Is, buat dia rasa.. Hai.. Kan bagus kalau Is ada di dalam bilik tu. Bangun pagi dia boleh terus tengok mata sepet milik gadis itu. Atau mungkin dia dapat dengar suara seksi Is di awal pagi. Tak pun, dia boleh tengok Is mengurai rambut panjangnya sambil merenggangkan otot. 
Danish tergelak sinis. Mentertawakan imaginasinya sendiri. 

Teruslah berharap pada benda yang takkan terjadi, Dany.




SAMBIL mendengar bicara pemanggil di hujung talian, Is melangkah tanpa hala. Dari ofis kecilnya, dia masuk ke D’s Amusement. Sesekali tangannya menyentuh bola-bola kecil yang berselerakkan di atas lantai. Mata pula memerhati stafnya yang sibuk dengan kerja masing-masing.

“Sudah-sudahlah tu, Atul. Grow up, please. Sampai bila nak bergaduh macam ni? Angah ni cakap sebab angah risaukan kau. Dahlah apa-apa jadi, kau tak cerita kat angah. Patut ke angah dengar benda ni dari Cik Lia?”

Ikutkan hati, dia tak nak dengar semua tu. Tapi Mohd Shahrul Islam tu abang kandungnya. Satu-satunya keluarga yang rapat dengannya. Orang yang selalu ambil kisah tentang dirinya. Jadi, macam mana dia tak nak dengar pun, dia cuba juga untuk tadah telinganya. 

“Ayah balik-balik rumah, terus bising kat ibu. Padahal ibu tak tahu apa-apa pun. Atul, ibu kat rumah tu risau. Call kau, kau tak nak angkat. Ibu call maksu, tapi maksu tak tahu apa-apa pun pasal kes tu. Kau tak kesiankan ibu ke, Atul?” entah macam mana lagilah Shahrul nak bagi Is faham perasaan ibu mereka yang risaukan anak bongsunya itu.

“Ayah cakap apa kat ibu?” Teringin juga dia nak tahu, sama ada ayah menyebelahinya atau Qurt.

“Dua-dua dia salahkan. Qurt dengan kau. Qurt cari pasal, kau melayan. Tapi ayah salahkan kau lebih sebab kau dengan geng kereta kau buat Qurt tu masuk ‘dalam’. Is, boleh tak apa-apa hal jangan libatkan polis? Bila dah libatkan polis, benda kecil boleh jadi besar. Faham tak?” 

“Dahlah, Shah. Aku malas nak bela diri. Kalau kes aku tu buat nama kau buruk kat balai, aku minta maaf. Kalau kau nak suruh aku jangan buat hal macam tu lagi, aku tak boleh nak janji. Sebab malam tu pun Qurt yang provoke aku. Jadi kalau kau nak nasihat, kau nasihatlah Qurt sana. Tak pun kau suruh bapak tiri Qurt tu ajar sikit anak tiri dia tu.” 

“Atul..!” 

“Aku minta maaf, Shah. Aku memang tak ada niat nak kurang ajar dengan kau. Tapi kalau kau pun rasa aku salah, buat apa aku cakap elok-elok lagi? Kau buat aku rasa, kawan-kawan aku lebih sayangkan aku dari keluarga sendiri.” 

“Macam manalah angah nak cakap lagi pada kau, Atul? Tolonglah jangan asyik fikirkan diri kau sendiri aje, fikirlah sikit perasaan ibu tu. Kesiankan dia. Siang malam fikirkan kau.”

“Ibu pun tak pernah kesiankan diri sendiri.” Balas Is, terpendam rasa marah dan geram pada ibunya.

“Atul! Hal orang tua, kita tak payahlah masuk campur. Berapa kali angah nak pesan? Kita ni anak-anak, mampu tegur aje itupun berbatas. Jangan sebab ayah, kau makin jauh dengan ibu.” 

“Tapi memang aku dah lama jauh dari ibu, kan?” bentak Is, namun nadanya masih ditahan. Dia tak nak ada stafnya yang pasang telinga.

Terdengar keluhan Shahrul. 

“Ibu sayangkan kau, Atul. Ibu..”

“Kalau sayang, ibu tak hantar aku duduk dengan maksu. Ibu jaga aku sendiri. Macam ibu jaga kau dengan kak Mi.”

“Kau tahu keadaan kita masa tu, kan? Ibu tak nak emosi kau terganggu. Bukan sebab ibu tak sayang.” 

Is diam. Menahan diri dari terus terlarut dalam emosi. Ini adalah sebab mengapa dia tak mahu bercerita tentang ibubapanya. Dia tak nak kelihatan lemah dengan masalah keluarga yang dihadapinya sejak dia meningkat remaja.

“Angah tahu, banyak benda kau pendam. Kau kecik hati sebab ibu hantar kau duduk dengan maksu. Kau marah sebab ibu biarkan ayah kahwin lagi sampai tiga kali. Kau marah juga pada ayah sebab buat ibu macam tu. Sebab tu kau jauhkan diri dari ibu, dari ayah, dari kak Mi. Tapi yang angah tak faham, kenapa kau nak bergaduh dengan Qurt? Kau anak, dia pun anak. Mak dia yang kahiwn dengan ayah kita, kenapa anak-anak yang nak berperang sampai masuk balai?

“Dulu, kes dadah tu. Nasib baik tak jadi kes polis. Nasib baik angah park kereta angah  depan kereta kau. Dapatlah kamera kereta angah rakam si Qurt tu sorok dadah dlaam kereta kau. Kalau tak? Sudah-sudahlah tu, Atul. Kau tahu hubungan kau dengan ayah tak berapa baik, kenapa masih nak buat ayah marah?”

Ya, memang. Memang tu yang Is rasa selama ni. Tapi soal Qurt, bukan dia yang cari pasal. Bila dia kata dia tak nak ambil tahu tentang keluarganya lagi, bermakna Qurt juga termasuk sama sebab Qurt dah jadi abang tirinya. Kalau ambil tahu pun dia tak nak, apatah lagi nak cari pasal? Eh, Is tak hadaplah perhatian macam tu. 

“Pergilah call ibu.” 

Berjalan dan berjalan, tahu-tahu Is dah ada di luar D’s Lay Park. Dia pandang ruang legar mall tingkat dua tu. Masih lengang dengan pengunjung. 

Kebiasaannya hari jumaat, petang sikit baru ramai orang. Tapi bukan itu yang merunsingkannya. Dia risau kenapa Danish tak sampai lagi. Tak jumpa jalan ke? Jam dah nak pukul 11. Tadi majikannya ada telefon, bertanyakan tentang anak keduanya itu. Tapi Is pun tak dapat nak jawab. Dia nak call Danish, tapi sejak bila pula dia ada simpan nombor lelaki tu? Penghujungnya, Haji Darsuki kata dia nak call anak dia sendiri. 

“Nantilah.”

“Atul.” Shahrul tekan suaranya. Jangan sampai angah bertukar jadi Ins.Shahrul. Menangis pula adik bongsunya tu nanti.

“Amoi..!” 

Jeritan dari kedai depan, buat Is kalih focus. Tangannya membalas lambaian Kelvin dan Jason yang berada di kedai telekomunikasi di seberang sana.

“Okeylah, aku letak dulu. Nak masuk kerja. Bye.” Laju saja Is matikan talian, tak sempat pun nak dengar Shahrul membalas pamitannya. 

Bukan apa, Is takut Shahrul sambung membebel. Kemudian kakinya laju melangkah ke kedai depan sana, mendapatkan kenalannya. Rasanya semua pekerja dan bos-bos kedai dalam mall tu Is kenal sebab hari-hari jumpa.

“Wah.. Nice, leyh. Siapa buat you punya rambut?” Kelvin terus menjangkau tangan, menyentuh rambut Is yang dihighlight putih tu. 

“Siapa lagi, Ciara lorh.. Dia suggest I this colour. Nice, kan?” 

Waktu berdandan tadi, tak sudah dia tersenyum gembira. Tak banyak pun yang Ciara warnakan, mungkin dalam segenggam tangan gadis cina itu. Dari hujung ke pangkal. Dirasakan hasil tangan Ciara memang superb. Warna tu nampak sepadan dengan kulitnya yang cerah. Masuk kerja tadi pun, tak habis-habis stafnya memuji. Ira pula dah sibuk nak tiru gayanya. 

“Very nice. Macam penyanyi.. Siapa nama itu penyanyi, ha? I lupa sudah.” Jason cuba memerah ingatan. 

Kelvin menggeleng, mengejek rakannya. Dengan lagak bersahaja, tangannya dirangkul pada bahu Is lalu wajahnya dirapatkan pada Is. Nak berbisik.

“Actually, dia bukan tak ingat. Dia tak kenal pun penyanyi tu.” Bisik Kelvin dan Is tergelak lucu.

“Apa? Is, dia cakap apa? Kenapa you ketawa?” soal Jason, tak puas hati. Dirasakan dirinya menjadi bahan umpatan temannya.

“Kelvin cakap, you nak sebut nama Christina Peri tapi you lupa sebab tadi pagi you makan sup semut dua mangkuk.” Is siap angkat dua jarinya pada Jason. 

“What?” Serentak Kelvin dan Jason terteriak. Statement Is boleh buat mereka berdua bergaduh. Tapi bila melihatkan Is tergelak, Jason dan Kelvin turut tergelak sama.

Perlahan Is pandang sekitar. When life gives you a thounsand reasons to cry, show to the world that you have a million reasons to smiles. Just enjoy yourlife no matter how hard it is. Terima kasih pada si pemberi kata-kata motivasi, kerana kata-kata itulah Is mampu menjalani kehidupannya sendirian hingga ke hari ini.

Dalam dia memerhati sekeliling, dia terpandang seorang lelaki yang sedang tercegat di hujung laluan sana. Lelaki itu tetap segak seperti semalam dengan kemasan rambut pompodournya dan dengan pakaian kasualnya. Baju tee Armani Exchange berwarna dark brown, dipadankan dengan Docker Clean Khaki with extra slim. Berkasut loafer dengan logo AX, dia nampak sangat tampan dan segar.

Secalit senyuman dilempar buat tatapan Danish yang sedang menatapnya. Dunia Is kembali berbunga ceria.



HATI yang cuba dirawat sejak malam tadi, terasa ditoreh kembali. Is.. Danish melepaskan keluhan dalam diam. Kenapa mesti dia semesra itu dengan semua orang? Dengan semua lelaki? Kenapa dia biarkan saja lelaki berbangsa cina itu memeluk bahunya? Berbisik padanya. Bergurau senda dengannya. Kenapa?  

Melihatkan dari tingkah Is yang mudah mesra, sesiapa saja boleh jatuh suka padanya. Ya, itulah yang dia alami sejak pertemuan mereka semalam. Sesiapa yang berdampingan dengannya, tentu rasa senang dengan tingkahnya yang selamba dan berkawan tanpa memilih bulu.

Sebagai seorang yang mudah mesra dan mudah didekati, Danish rasa bukan hak dia untuk menghukum cara pergaulan Is. Mungkin Is memang dah terbiasa bebas. Begitu juga dengan Danish. Siapa yang nak melarang pun kalau dia bertemu dengan bermacam perempuan. Belum lagi tatkala akal waras mengarahkan kaki untuk jejak lantai kelab. Cuma baiknya Danish, dia tak bawa perempuan sampai ke katil. Minuman keras pun dia tak sentuh. Tapi Is ni, dia tak tahu. Harapnya, Is taklah seliar mana.

Tengoklah pantulan diri kau dalam diri Is tu, Dany. Macam mana kau layan teman-teman wanita kau, macam itulah Is melayan teman-teman lelakinya. Mesra, kan? Dan sekarang, apa yang kau fikirkan tentang Is, itulah yang orang fikirkan tentang kau.

Ya, memang. Tapi aku ni lelaki. Dia tu perempuan. Behavelah sikit. Tak manis orang pandang. 

Bukan manis ke tawar yang kita bahaskan, tapi tentang betul atau salah. Tentang pahala dan dosa. Lelaki ke perempuan, sama aje. Dosa tetap dosa. Salah tetap salah. 

“Dany..!” 

Tersentak, Danish kembalikan fokus pada Is yang sedang berjalan laju menghampirinya. Dia senyum macho, pun hanya seketika bila dia terpandang rambut Is yang sedikit berlainan dari semalam. 

“Your hair..” Ayat Danish termati bila Is dah tersenyum galak di hadapannya.

“How do I look?”

Rambut yang belum diikat, dialun lembut. Sebiji macam iklan syampu. Punyalah excited dia nak tunjuk rambut tu pada Danish. 

Danish yang melihat aksi spontan dan comel Is tu, dah terteguk liur. Dia buat gaya selamba macam tu pun Danish dah rasa tergoda. Kuat betul tarikan Is padanya.

“Nice. Very nice. Tapi semalam saya rasa awak highlight rambut awak warna merah, kan? Hari ni dah jadi grey? Eh, tapi semalam warna merah tu macam sebelah kiri. Ke saya silap pandang?” Tak pun dia yang rabun warna? Atau pun Is highlight guna sembur aje? Tak kekal.

Is pantas melarikan jemarinya pada helaian rambut yang berwarna kelabu keemasan tu. Dia tersenyum suka. Bagaikan mengerti, mereka beriringan melangkah masuk ke dalam D’s.

“Betullah, semalam sebelum saya balik kerja masih warna merah, sebelah kiri. Lepas tu saya tidur kat rumah kawan saya malam tadi, dia tu hairdresser. Salon dia kat bawah ni je. Dia yang buat jadi macam ni. Tapi cantik, kan? I like this color so much.” 

Okey, kalau dah berseri-seri muka dia bila cakap macam tu, maknanya dia memang suka dengan warna tu. Satu benda baru yang Danish dapat baca tentang Is. Bila dia suka, memang dia tak boleh cover air mukanya.

Danish akui, Is memang nampak cantik. Dengan Chinese look dia tu, orang tak perasan pun kalau dia tu sebenarnya melayu. Dia warnakan rambut bahagian tepinya saja, tu pun highlight. Sebiji macam gaya The Rouge dalam cerita X-Men. Tak pun macam Christina Peri. Sempoi.

“I like them too.” Danish menambah ikhlas dan mata Is terus menyinar galak. Dia nampak teruja bila perubahan yang dia buat tu dapat sambutan. 

Ya, sebab Is tu dah memang cantik, Danish hanya mengakui benda yang betul. Rasa-rasa Danish, kalau Is ubah rambut dia jadi warna putih tompok-tompok merah pun, nampak lawa kot. Dah orangnya lawa.

“Really? Haa, I should thank million times to my friend.” Ujar Is. Terlampau teruja.

“But I like you more.” Sempat Danish menambah nakal. Is yang baru nak tolak pintu ofisnya, terkedu seketika sebelum sesaat kemudian, dia tayang sengih. Lucu barangkali.

“Sikit lagi nak terpedaya tadi.” Balas Is dan terus masuk ke dalam ofis. 

Sebenarnya, dia memang dah terpedaya pun dengan ungkapan Danish tadi. Mujur dia cepat sedar, kalau tak.. Tentu malu. Entahkan Danish serius, entahkan tidak. Lelaki bermulut manis macam Danish, silap perhitungan, tergadai hati.

“Kalau terpedaya pun apa salahnya. Awak pun bukan isteri orang.” Itu ayat trick saja, nak tahu apa respond Is.

“Memanglah bukan isteri orang. Tapi saya risaukan awak, doc. Kot girlfriend awak dengar awak cakap macam tu ke. Saya tak nak pula kena tuduh caras boyfriend orang. Banyak dah pengalaman saya kena serang dengan kekasih termasuk isteri orang ni. Jadi, kalau boleh saya memang tak naklah terlibat dengan masalah rumahtangga orang lagi. Serik.” Tutur Is tenang, tangannya laju mengeluarkan buku-buku dan fail D’s Lay Park untuk outlet di Penang. Di Penang, mereka hanya  ada satu outlet saja.

“Seriously?” Okey, ayat penyata tu buat Danish terkejut. Muka Is nampak innocent kut, tak nampak macam pencaras hak orang pun.

Is angguk beberapa kali sambil menyusun atur komputer riba untuk mereka berdua. Bila terasa rimas dengan rambut yang berjuntaian, dengan pantas dia mengikat kemas.

“But how? Why?” Danish yang sudah duduk di tempatnya semalam, mula nak mengepoh. Teringin juga nak tahu, betapa kuatnya penangan Is tu sampai kena serang dengan orang.

“Entah, saya pun tak tahu macam mana boleh jadi macam tu. Yang pasti, saya memang tak pernah terfikir nak rampas suami orang ke, tunang orang ke, waima boyfriend orang sekalipun. Cuma mungkin cara saya selalu buat orang salah faham. Mungkinlah.” 

Danish terdiam buat seketika. Tapi dalam hati mengiyakan apa yang Is katakan tadi. Dan dia rasa apa yang Is rasa. Cuma bezanya, Danish belum pernah lagi diserang oleh suami orang atau kekasih orang kerana melayan pasangan mereka. 

“Tapi nak buat macam mana, cara saya memang macam ni. Siapa pun boleh jadi kawan saya. Budak jalanan pun saya boleh lepak semeja. Abang-abang angkat saya semalam tu, semua ambil ‘barang’. Ada yang layan kokain, estacy, batu. Macam-macamlah. Siap ada yang jadi drug dealer lagi. Tapi saya okey aje, semua pun saya kawan. Yang penting, saya pandai jaga diri. Betul tak?”

Dan saat mendengar pengakuan Is itu, persepsi Danish tentang Is dah kembali bercabang seribu. Siapa Is yang sebenarnya? Macam mana dia boleh kawan dengan orang macam tu sedangkan dia seorang perempuan? Ataupun.. Dia pun ambil ‘barang-barang’ tu juga. Gosh..

Danish, kau patut fikir balik untuk beri hati kau pada dia. Selama kau kenal dengan perempuan, tak pernah lagi kau jumpa dengan perempuan social teruk macam ni. Jadi sebelum kau sakit, baik kau undurkan diri. Satu sisi hitamnya berbisik tajam.

Is melirik sekilas pada raut Danish tika itu. Is perasan riak Danish mula berubah. Nampak sedikit terkedu dan seakan terkejut. Dan saat itu juga, dari renungan Danish, Is bagaikan terlihat sebuah tembok yang baru didirikan. Menjarakkan dua hati untuk terus saling mengenali. Is senyum, tawar. Rasa terhina.

“Okay, we’re ready. Can we start now? Oh, kejap. Saya order makanan dulu.” Antonasinya cuba dikawal, tak mahu Danish perasan yang dia dah terasa hati dengan cara pandangan lelaki itu padanya. Is capai walkie talkie dan dirapatkan ke mulut. 
“Ira, masuk. Ira..” Is lepaskan butang walkie talkie, menanti jawapan dari pihak sana.
“Ya, kak.” 
“Tolong hantarkan nasi goreng pattaya dengan ice lemon tea kat ofis.” Arah Is.

“Okey, kak. Tu saja? Bos tak nak makan?” 
Bila Ira soal tentang Danish, barulah Is angkat kepala. Mencari mata lelaki tu. Dan Danish masih setia menatapnya sejak tadi.

“What do you want to have, doc?” Kalau Danish boleh wujudkan tembok tu, kenapa tidak dia? 

“Sirap laici. Makan, tak kisah.” Balas Danish, dingin. Pintu hati dah ditutup rapat. Tak nak bagi peluang untuk Is menyusup masuk lagi. Harapannya, semoga dia mampu lupakan semua tentang Is.

“Sirap laici. Nasi goreng pattaya tu tambah satu lagi.” Susah sangat, Is suruh saja Ira buat menu yang sama untuk Danish. Selesai. 

“Okey, kak.”

“Oh, ya. Sirap laici tu buat extra manis ya. Kalau boleh letak setengah kilo gula pun tak apa.” Tekan Is, sebal bunyinya.

Selamba saja dia pandang Danish waktu dia pesan macam tu pada Ira.

Danish pula pandang Is dengan dahi berlapis-lapis. Bila masa dia minta extra manis? Sampai setengah kilo gula pula tu.

“Weh, siapa yang minum sampai letak setengah kilo gula tu? Tak sayang kaki ke?” Satu suara menyampuk dari walkie talkie.

“Aku busy sampai petang. Walkie talkie dengan telefon aku off. So, anything urgent, cari aku kat ofis.” Is langsung tak sambut usikkan Fiq tu. Serius, dia dah hilang mood. Tak pernah seumur hidupnya, dia rasa begitu terhina walaupun hanya dengan pandangan mata. 

“Saya tak minta extra manis pun?” Danish perasan kedinginan Is, tapi biarlah. Dia dah tak nak tahu apa-apa lagi tentang Is. Dia Cuma nak siapkan kerjanya dan dia nak bersuka-ria dengan Zakry.

“Awak tak minta, but I know you need it. Saya tak nak awak balik Bangi dengan muka tawar macam tu.” Ujar Is tanpa lenggok. Ya, Danish tahu Is baru saja menyindirnya.

Dany, bertabahlah. Semoga kau cepat move on lepas balik Bangi nanti.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Friendship Goals - Bab 5

Popular Post