Friday, August 23, 2013

Sinopsis Hi, Mr. Gardenia!!



SINOPSIS (Hi, Mr.Gardenia!)
 
Dia hanyalah seorang gadis desa yang membesar dan dididik  sebagai gadis ketimuran oleh atuknya. Tapi perjalanannya tak semudah yang diharapkan apatah lagi bila sesuatu yang amat berharga miliknya diragut oleh orang yang tak berprikemanusiaan. Siapa?
Bersama bukti yang dia ada, NurMaisarah Alisa membawa kakinya melangkah memasuki banglo milik keluarga Pakcik Akram kerana dia tahu ‘lelaki’ itu ada didalam keluarga itu. Tapi tak semudah itu apatah lagi dia terpaksa berhadapan dengan pelbagai ragam penghuni dibanglo tersebut, ditambah pula dengan gelaran isteri muda yang terpaksa disandang sebelum melangkah masuk ke dalam banglo itu.

 “Rilekslah, apa nak cuak? Syaz tak marah pun. Memang macam ni gaya kita orang satu keluarga lagi-lagi sejak mama dengan Maya join family ni. Meriah macam hari-hari nak sambut hari raya.”- Khairul Syazlan


 “Naaaa.. you must be kidding kan, pa? Papa nak Raff bawak dia keluar kat KL ni? Perempuan kampung ni? Mengarut.”-Raffael Akma


No way.. budak kampung ni nak masuk kolej Maya? Pa, are you mad? No.. just put her at other place. Banyak lagi U and kolej kat dalam Malaysia ni. Oohh my God..”-Nur Maryana


“Bangunlah Lis. Jangan biarkan orang keliling kau, jatuhkan kau. Ingat Lis, kita tahu siapa diri kita yang sebenar. Bukan mereka. Mereka cuma tahu berkata bila ada yang tak kena. Hakikatnya, mereka tak rasa apa yang kita tanggung. Apa yang dah jadi, tak boleh diubah.”-Nur Arisya Akma 

Bersama dendam, dalam diam dia terus mencari si pemusnah masa depannya namun setelah apa yang dicari ditemui, dia mula menyesali tindakannya.

“Maaf ya, NurMaisarah Alisa. Walaupun kita kahwin sebab aku nak jaga maruah kau, tapi aku tak ada niat nak kahwin lain apatah lagi bercerai-berai. Kalau kau nak kita kahwin lepas tu buat macam tak ada apa-apa, mimpi ajelah. So, sila jalankan tanggungjawab kau sebagai seorang isteri. Aku tak kahwin dengan kau untuk dapatkan tittle suami je.”

Hi, Mr.Gardenia! merungkai perjalanan seorang gadis yang penuh dugaan.



**hehehe..dah nak msuk bab berapa, baru nk updte sinopsis ek.. :P**

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Friendship Goals - Bab 5

Popular Post