***Teaser. Preview. Trailer. (Anything cld be)***
Papa tarik nafas dalam sebelum dihembuskan. Matanya
dihala padaku, lama dan mendalam. Aku mula tak senang duduk. Apa yang tak kena
dengan aku? Kenapa papa tenung aku macam tu?
“Papa minta maaf bagi pihak Raff atas apa yang dah dia
lakukan pada Lis. Dan dengan itu, papa akan nikahkan Raff dengan Lis......
Jumaat ni.”
Aku terkedu. Buat seketika, aku
terasa duniaku berhenti berpusing. Degupan jantung bagaikan terhenti. Haa??
Kahwin? Dengan Raff? Serentak mataku jatuh pada Raff yang nampak selamba. Gi-la.
****************************************************************
“Papa tak faham. Syaz cintakan Lis.”
Satu lagi batu jatuh atas bahuku. Beban!!
“Cinta? Cinta macam mana yang Syaz
maksudkan sekarang ni? Gina tu siapa? Bukan cinta Syaz? Mana satu yang Syaz nak
sebenarnya? Masa papa suruh Syaz kahwin dengan Lis, Syaz mati-matian menolak.
Alasan Syaz, Syaz sayangkan Gina. Okay,
fine. Papa terima. Tapi bila Lis masuk dalam keluarga ni, Syaz pulak yang
lebih-lebih. Lebih-lebih sayangkan dia. Sampaikan Gina serang Lis. Apa tu?
Jangan tamak Syaz, cinta bukan atas nafsu semata-mata. Cinta tu tanggungjawab.
Ingat tu.”
**********************************************************************
“No wait!! Kau kelas apa pagi ni? Bukan Analytical
Drawing ke?” Isya buat kening double-jerk.
Aku angguk.
“Oooiii, bukan kelas AD kau start
pukul sepuluh, ke? Sekarang... eh, baru pukul 7.25. kau biar betul? Awal lagi
kot.”
Arr? Aku terngadah kejap. Kantoi. Nak
cakap apa?
“Ohh,
nak lari, eh?” Isya dah mula soal siasat.
“Papa,
pengantin nak lari dari rumah!!” Tak sempat menahan, Isya dan berteriak kecil.
***************************************************************
“Aku cuma tanya, puas tak hati kau dapat tangkap orang
yang dah rogol kau? Kenapa kau nak melenting pulak?”
Aku senyum, sinis. “Siapa pun akan melenting kalau
berdepan dengan orang yang dah rampas kebahagian kita, apatah lagi orang yang
dah rampas kesucian kita. Memang saya puas hati sangat sebab saya dah berjaya
bukak topeng awak. Huh.. tak sangka seorang yang berkerjaya dan terdidik macam
awak ni, sanggup buat benda terkutuk macam tu.” wah, sekali hembus je. Walaupun
suara maintain lembut, tapi maksud
kata-kataku memang mendalam. Tajam habis.
***********************************************************
“Ya,
bertanggungjawab lepas aku kantoikan kat papa, kalau tak kau ingat dia nak jadi
suami aku ke, Sya? Selama ni, kau tahukan macam mana dia layan aku? Macam mana
dia hina aku? Dia campak maruah aku kat kaki dia aje, Sya. Lelaki macam tu
boleh ke jadi imam aku dunia akhirat, Sya?” aku tentang anak mata Isya.
Isya mengeluh
lemah. Nyata dia pun tak dapat nak jawab soalan aku.
“Lis, dengar ni.
Setakat yang Maya kenal Raff, dia sangat bertanggungjawab orangnya. Setiap
amanah dia jaga dengan baik. Isya pun tahu hati Raff macam mana walaupun mereka
tak rapat. Tapi percayalah, Raff lelaki terbaik untuk you. Sampai sekarang pun
Maya masih tak boleh percaya dia yang rogol you. Tapi dah jodoh, lari mana pun
tetap bersatu juga.”
“Betul tu, Lis. Aku
percaya Raff boleh bahagiakan kau. Memang mulut dia puaka sikit macam aku, tapi
kau tengok aku. Hati baik kan?” Isya kenyit mata padaku.
***********************************************************
“Everything’s gonna be okay. Just close your eyes, tightly hold my hand, follow my step and we’ll happy ever after. InsyaAllah.” Bisiknya perlahan ditelingaku.
Aku pandang mata dia. Mencari keikhlasan disitu dan nyata
kata-kata itu lahir dari hatinya. Tanpa cinta, tanpa perasaan, kami disatukan.
Cinta itu tanggungjawab. Benarkah begitu, papa?
*******************************************************
“Ehem..”
“Arghhh!!” baru aku perasan ada orang lain dalam bilik
ni.
“Macam mana awak boleh ada kat sini?” laju aje aku
menyoal.
“Jatuh dari langit kot.” Bersahaja dia membalas. Ya
Allah, malunya muka.
“You’re not suppose
to be here. This is my room. And I need my privacy now.” Wah, dalam gugup,
laju aje mulut menghalau dia keluar. Lupa terus azam nak jadi isteri yang
diredhai. Cehhh...
“Yeah right...
privacy to talk and bubling to youself. Somehow, I love the way you motivate
yourself. Kalau tak berkesan, let me
know. And I’ll consult you better.” Dia yang sudah siap dengan tee Polo
hitam dan Dockers nampak sangat santai dan segar.
Apasal aku boleh tak nampak dia masa aku duduk kat situ
tadi? MasyaAllah Mai, habis yang sensored
pun dia nampak. Dah tu, kau membebel dari tadi dia dengar. Aduhlah..
“So what? Suka hati sayalah,
mulut saya. Awak keluarlah, saya nak bersiap. Maghrib dah nak masuk.” Eh.. eh...
sekali lagi kau halau dia Mai?
****************************************************
“Arghh!!” spontan aku terjerit. Gila, terkejut aku. Raff ni pun.. kalau ya pun nak tegur, berhemahlah sikit. Ni macam nak bagi jantung aku gugur je.
“Sikit-sikit
menjerit. Tegur sikit menjerit. Dah macam orang tak betul je. Kau okay ke tak?”
ish.. laki aku ni. Mulut tu macam M16. Laju aje membebel.
“Okay je.” Jawabku tak lama kemudian.
“Baguslah,
kalau tak okay aku boleh call
Hospital Tampoi awal-awal. Nak book
wad. Takut kau gila pulak lepas jadi isteri aku.” Selamba aje dia menutur,
langsung tak pandang muka aku. Entah-entah, dia pun tak sedar dia dah kutuk
aku.
“Buat masa ni, tak lagi. Tak tahulah dua tiga bulan lagi,
kalau dah hari-hari kena psiko macam ni, mahu tak gila.” Balasku, perlahan.
Seakan menggumam sahaja, tapi bila nampak Raff buat senyum sinis dia tu, aku tahulah
dia dengar.
************************************************
“Aku
nak keluar. Nak ikut?” soal Raff ketika dia sedang menukar bajunya.
“Haa?”
leka sangat melayan perasaan, fikir yang bukan-bukan, bila ditegur Raff, tahu
pun terkejut. Aku tengok Raff.
“Aku
nak keluar, kau nak ikut tak?” straight
aje suara tu. Tahulah dia sekadar ajak-ajak ayam. Disebabkan aku bukan ay...
“Siap
cepat, aku tunggu kat kereta.”
“Haa?”
aku terkejut. Tak faham.
Raff
renung aku tajam. “Haaa.. Haaa.. kau ni kenapa? Aku cakap melayu pun tak faham?
Aku bagi masa lima minit, siap.” Arahnya, terus keluar setelah siap menukar
pakaian.
“Tapi..
Mai taknak ikut. Mai nak studi.”
Aku
tunduk serba salah, Raff tenung macam nak telan aku. Takut.
“Ada aku bagi kau pilihan?” Bumm!!! Pintu ditutup kasar.
********************************************
“Lis.. Please, tinggalkan Raff. Abang tak sanggup tengok Lis dengan
dia. Please Lis, I know you love me. Not
him.” Rayu Syazlan bersungguh-sungguh
“Tolonglah,
jangan mendesak macam ni. Abang Syaz hanya akan buat kami semua tak selesa. Lis
dah jadi isteri Raff, dan Lis minta sangat tolong hormat status Lis. Tolong
hormat perasaan Raff dan papa.”
“Kau sanggup ikut lelaki yang dah rogol kau, Lis? Aku
yang ikhlas sayangkan kau, kau tinggalkan?” kali ni nadanya agak menakutkanku.
**************************************************
“Yes, Mai?” dia buat suara bosan pula.
“Abang!
Is that how you say goodbye to a wife yang dah seminggu abang
tak jumpa? Just hang up like that?
Seminggu abang hilang, senyap sunyi tak cari Mai, and now Mai call and.. and.. without saying anything, you terus hang up? Appreciatelah sikit.” eh, aku
marah ni tau. Marah. Tak kisahlah dia nak kata aku membebel ke apa.
“I said good night. Tak cukup ke?” wah, selamba
aje dia membalas. Macam tak rasa bersalah langsung.
“Good night? You know I’ll seat my next paper tomorrow
morning, at least say good luck Mai, or.. or.. all the best Mai. Susah ke? Susah ke
nak layan Mai ni dengan baik?” dah, aku dah mula emosi. Mata dah mula berkaca.
Tinggal nak keluar hingus aje ni.
“Apa lagi yang tak cukup ni? Eh, aku banyak masalah nak
fikir tau. Bukan nak fikir hal kau seorang aje tahu tak? Will you stop nagging, wifey?”
\
\
******************************************
Aku
tergeleng tak percaya. Seorang peguam muda yang berkerjaya dan berpendidikan
menyuruh seorang isteri meninggalkan suaminya? What on earth he’s talking about? Dia sedar ke tak apa yang dia
katakan?
“Abang datang sini semata-mata nak suruh Lis buat benda
bodoh ni? Abang, be realistic. Be
reasonable. Be matured. Kalau abang ada isteri dan ada orang luar yang
suruh isteri abang tinggalkan abang, apa abang rasa? Kalau sebab Raff tu
perogol sampai abang suruh Lis tinggalkan dia, maaf. Lis tak boleh. Sebab Lis
tahu Allah dah tetapkan dia sebagai jodoh Lis.”
**********************************************
Gambar
ni.. macam mana boleh ada dengan Syazlan? Wajah Syazlan aku pandang dengan
seribu pertanyaan. Dia membalas renunganku sebelum sebuah senyuman sinis terlukis
diwajahnya.
“Dia baikkan? Kau terima dia sebagai jodoh kau kan? Tapi
kau ada fikir kenapa dia terima kau tanpa sedikit pun bantahan? Ada fikir?
Lis.. Lis.. dah banyak kali aku pesan, kau tak nak dengar. Kalau betul dia
boleh terima kau, boleh jaga kau, macam mana gambar ni boleh jatuh kat tangan
aku?”
********************************************
Aku
menatap gambar Raff bersaiz besar didinding kamar. Apa salah Mai pada abang
sampai abang sanggup jaja maruah Mai pada Syazlan? Abang tak malu ke
menjatuhkan aib Mai? Mai pun manusia, abang. Mai malu. Tak cukup ke abang cuba
merogol Mai dulu. Mai cuba lupakan kisah hitam tu macam yang abang suruh, tapi
abang? Apa yang abang cuba lakukan pada Mai?
Aku mengelap tubir mata yang mula berair. Mai cuba
menyayangi abang, terima abang dalam hidup Mai walaupun kita kahwin tanpa
sebarang perasaan. Tapi abang? Baru dua minggu kita berjauhan, abang seakan
lupa yang abang dah beristeri. Mana tempat Mai dalam hidup abang?
.***********************************************
“Aku
tahu kau kuat, Lis. Kau kuat, ingat tu. Jangan menangis macam ni Lis. Benda
takkan selesai dengan tangisan. Kalau kau sayangkan rumahtangga kau, kau kena
kuat. Tuhan takkan menguji hamba-Nya melebihi kemampuan hamba-Nya itu sendiri.
Lis, sabarlah. Aku ada, sentiasa ada untuk kau.” Tangannya tak henti mengusap
belakangku.
“Aku rasa kosong, Sya. Aku rasa.. aku rasa tak
diperlukan. Aku rasa sendiri, Sya. Aku sakit, Sya. Aku rasa... aku rasa
dikhianati. Dia malukan aku, Sya. Aku.. aku..”
**********************************************
“Lupakan? Abang cakap lupakan?
Mai separuh mati cuba lupakan kejadian tu sejak malam kita kat Sunway, tapi apa
yang abang buat? Apa yang abang dah lakukan pada Mai? Pada maruah Mai? Abang
jaja gambar Mai tanpa seurat benang masa malam kejadian tu. Abang ingat Mai ni
apa? Mai ni isteri abang, tahu tak? Isteri abang!! Bukan pelacur!!” airmata
mula mengiringi setiap tengkinganku. Aku nak dia tahu betapa hancurnya hati aku
bila suami yang diharap itulah yang mengaibkan isterinya.
“Kau percaya aku yang buat semua
tu?” nadanya tenang.
************************************************
“Kau ni apahal? Cool ar..” aku memasang telinga. Tu
suara Qimi.
“Shut up!!”
melengking suara Raff. Aku tekan dada, takut.
“No!! You should
shut your mouth and listen. Ini majlis kau, seumur hidup kau, takkan ada
majlis macam ni lagi. Kau nak spoiled
kan just because of him? Eh, hello
brother. Kau suami, kau patut protect
isteri kau. Bukan jadi pemerhati dari jauh, lepas tu buat kesimpulan sendiri and you hurt alone. Fool!! Kalau sayang,
cakap sayang. Kalau cemburu, cakap cemburu. Jangan jadi pengecut.”
“Kau tak tahu, Qimi. And please, talk no more.” Kali ni nada
Raff mengendur.
************************************************
“Terpulang apa abang nak jawab, bukan hak Mai nak menilai
betul atau tak. Cuma Mai nak abang jawab soalan Mai. Siapa perempuan dan budak
kecil tu? Siapa Mai pada abang? Siapa yang cuba rogol Mai? Siapa yang tangkap
gambar Mai? Siapa yang cuba nak malukan Mai? Dan kenapa abang kahwin dengan
Mai?”
Dia nampak terkulat-kulat mendengar
soalan aku.
************************************************
*** to readers & fllowers HMG kat blog Miss Amaryllis ni, tnx a lot 4 ur supports & tnx cz keep encourage me wif ur magic cmment. U guys r awesome!!
*** That's a teaser from fews chpter. how?
***honestly, rasa sdih sbb xdpt nk up lg the next chpter. sdih sbab x dpt lg baca komen2 readers smbil tersengih-sengih. sdih jgk sbb tpaksa buat u guys tunggu smpai versi cetak siap.. BTW, really hope u guys boleh tggu HMG dlm vrsi buku & really hope u guys xkn lupakan Mai & Raff.. And yup, true. The story is not end here. There's alot of secret n surprise r waiting 4 u..
***InsyaAllah, dlm mse terdekat ni, will come wif new e-novel. wait ya!!
***Love u guys!!
Rasa x sabar nak tunggu sambungan this story. I'm really curious ok. Looks like Mai, Raff & Syaz still have a lot to settle between them. Not forgetting Mama Su as well. So, I think I'm gonna miss our Mr Gardenia after this. Boleh tak keluarkan teaser during these 'waiting period'? Thank u in advance ye Cik Writer! Waiting 4 yr next story!
ReplyDelete