“MAMA, papa dah sampai..!!” laung Syazlan ketika menyambut kami dimuka pintu. Dia seperti biasa, nampak kacak dan tampan walaupun hanya berseluar Bermuda dan tee biasa. Rambutnya walaupun nampak serabai tanpa disikat dan sedikit basah, tetap nampak cool.
“Malam papa sampai? Dari Melaka pukul berapa?” soal
Syazlan ketika mempelawa kami masuk.
“Gerak pukul 5 tadi.” Nyata apa yang dikatakan pakcik
Akram bukan kenyataan. Kami bergerak dari Melaka tadi seawal pagi lagi tetapi
sampai saja Kuala Lumpur, pakcik Akram terus ke mahkamah Syariah untuk
menguruskan penceraian kami seperti yang telah pakcik Akram janjikan semalam.
Aku
mengikut langkah pakcik Akram masuk ke dalam rumah agam mereka setelah
dipelawa. Meski langkah yang aku atur terang-terangan nampak was-was dan
teragak-agak, tetapi aku gagahkan juga hinggalah aku mengambil tempat duduk
disebuah sofa lembut berwarna hijau lumut. Aku tersenyum sedikit kalut bila
berpandangan dengan pakcik Akram dan Syazlan yang berkongsi sofa berangkai tiga
dihadapanku.
“Mana Raff dengan
Maya?” soal pakcik Akram.
Syazlan herot bibir, jungkit bahu. “Entahlah pa. Ada ke
tak ada, sama aje. But kalau tak silap, Raff on call tonight. Entah, malas nak
ambil tau.” Nampak benar mereka adik-beradik tidak rapat seperti keluarga lain.
“Isya?” meski aku tertanya-tanya siapa gerangan empunya
nama yang disebut pakcik Akram itu, tapi tak pula aku sibuk-sibuk hendak
bertanya.
“Biasa, study...” Syazlan menoleh kearah tangga. “Isya!!
Sini, papa panggil.”
Tak lama menanti, aku terdengar bunyi tapak kaki menuruni
anak tangga. Rasanya bukan seorang dua. Apatah lagi telinga aku dapat menangkap
bunyi perbualan dari arah yang sama.
“Tak ada masalah, pergi kerja lagi baik dari hadap muka
budak kampung tu.” rasanya itu suara Raff, anak lelaki kedua pakcik Akram yang
ketara sungguh sifat angkuhnya. Harap aje muka kacak dengan mata kuyu tu, tapi
perangai tak seiring dengan wajah. Sombong.
Beberapa ketika, kelihatan beberapa orang turun dari
tangga yang terakhir. Ada auntie Su, Raff, Maya dan seorang lagi gadis yang
mungkin seusia dengan aku. Mungkin inilah dia Isya. Auntie Su dan gadis berkaca
mata dan berambut panjang berikat satu itu menuju kearah kami. Sementara Maya
dan Raff terus menghala langkah kaki ke muka pintu. Melihatkan penampilan
mereka, aku tahu pasti saja mereka nak keluar. Nampak benar kedatangan aku tak
dialu-alukan.
Tak mahu perasaan hiba menggigit tangkai hati, aku
menarik nafas dalam-dalam. Cuba menerima keadaan dimana aku hanyalah gadis
kampung kotor yang datang menumpang dicelah-celah keluarga mereka.
Aku menyalami tangan auntie Su, juga perempuan seusiaku
itu. Manis senyumannya. Lain benar dengan perangai Maya yang nampak keterlaluan
sikapnya, sama seperti abangnya Raff.
“Isya..” perkenal dia. Aku angguk dengan senyuman kecil.
Tak mungkin pula aku hendak meraung merintih tiba-tiba.
“Nak pergi mana tu, Raff? Maya? Papa baru sampai ni kan.”
kedengaran tegas nada suara pakcik Akram. Raff dan Maya berhenti seketika
dimuka pintu dengan muka tak bersalah mereka.
“Raff nak pergi kerja.” Raff jawab soalan pakcik Akram,
tapi mata tajam merenung aku. Sungguh menakutkan.
“Maya nak keluarlah pa, nak ke mana lagi? Why? Sejak bila
Maya tak boleh keluar ni? Takkan sejak papa dapat bini baru kot.” Maya menjawab.
Aku menunduk, telan dalam diam walaupun pahit. Aku tak mahu meremukkan hati sendiri
melihat cara penerimaan mereka terhadapku.
“Lambat lagikan
masuk kerja, duduk dulu. Maya, please. No night life tonight. Come.” Arah papa,
walaupun lembut tapi kedengaran tegas. Raff dan Maya menurut, walhal aku tengok
kepala Maya macam nak keluar api. Bengang.
“Keluar.. keluar.. Keluar.. Entah apa yang dicari kat
luar malam-malam agaknya. Hormatlah sikit papa ni, mangai betul.” Bebel Syazlan,
bengang.
Dalam pada membentak dan merungut, mengutuk dan menghina
aku, mereka terpaksa juga mengambil tempat diantara kami. Sofa berangkai dua
yang aku duduki sudah lama dipenuhi oleh Isya. Sementara auntie Su duduk
disebelah pakcik Akram. Maya dan Raff pula berkongsi sofa berangkai satu. Jika
penghuni yang lain melemparkan senyuman seakan mengalu-alukan kedatangan aku,
lain pula Maya dan Raff. Hanya renungan tajam yang diberikan.
Aku mengalih pandangan pada pakcik Akram bila dia
berdeham, meraih perhatian. Ketika itulah mata aku terpandang Syazlan yang
turut memandang kearahku. Dia tersenyum, senyumannya membuatkan aku terasa
bagaikan dia begitu memberi perhatian kepadaku. Senyumannya manis, nampak
begitu ikhlas.
“Mai, inilah keluarga papa.” aku kalih perhatian pada
pakcik Akram. Dia sudah mengarahkan aku supaya memanggilnya papa, sama seperti
anak-anaknya yang lain. Kalau terus dengan panggilan pakcik, rasanya pasti ahli
keluarga ini hairan kenapa seorang isteri memanggil suaminya pakcik.
Suami? Sekadar mengaburi pandangan orang sahaja,
hakikatnya aku bukan lagi isteri pakcik Akram. Kes penceraian kami sudah pun
difailkan. Mujur papa ada kenalan yang boleh membantu mempercepatkan proses
penceraian kami dengan mudah. Mungkin dalam masa seminggu lagi aku bakal
menyandang gelaran Miss J. Janda.
“Mai mesti dah kenalkan dengan mereka, tapi tak apa. Papa
kenalkan lagi. Ini auntie Su, Suraya.
Ini pulak Khairul Syazlan, panggil Syaz, anak sulung papa. Itu anak kedua
papa.. Raff, Muhamad Raffael Akma. That
one Nur Maryana.. Maya, anak ketiga papa. And the last one, Isya.. Nur Arisya
Akma. Dia tak ikut kami balik kampung kelmarin.” Aku menghadiahkan senyuman
manis tanda perkenalan pada mereka.
“Guys, this is Nur Maisarah Alisa. She is.. hmm.. my
wife. And she will stay with us, here starting from now. So, papa harap kamu
semua boleh terima Mai and treat her like your own family. Papa tak nak dengar
ada yang sindir-menyindir ke apa, gaduh pun papa tak nak dengar. Especially you
two Raff, Maya. Behave.” Tajam pandangan mata pakcik Akram pada anaknya yang
dua itu.
Mungkin
pakcik Akram sendiri nampak yang mereka tak mampu menerima aku dalam keluarga
ini. atau mungkin pakcik Akram sendiri sedia maklum dua beradik itu nakal dari
yang lain. Lain, lain dari Syazlan dan Isya yang jelas nampak tatatertibnya.
“Why
Raff and me? Macamlah kami ni jahat sangat.” Sela Maya dengan nada angkuhnya.
Seperti biasa, matanya tak lepas dari jelingan tajam padaku. Aku telan dalam
diam. Sabarlah Mai, kau tak kan lama disini. Lepas kau bina hidup kau, lepas
jumpa siapa orang yang rogol kau, kau pasti akan cari hidup kau sendiri. Tak
kan selamanya kau menumpang di sini.
Auntie
Su meramas jemari pakcik Akram, atau mungkin aku patut menggelarnya papa mulai
saat ini. Ya, auntie Su meramas lembut jemari papa.
“Sebab
papa tahu you all tu macam mana perangainya. Okay, lusa after semua benda
settle, papa akan daftar Mai kat kolej Maya dengan Isya. So, be nice with her.
Copy that? Maya? Isya?” pasti papa seorang yang tegas. Setiap kata-katanya
meski dibantah oleh yang lain, tapi semua bantahan ditepis dengan nada yang
cukup tegas. Papa bukan jenis yang garang, hanya tegas dengan pendiriannya.
Maklum saja, papakan peguam.
“Isya
no problem papa.” sambut Isya perlahan, nampak bersahaja. Sekali pandang, gaya
Isya sebiji macam Syazlan. Nampak mendengar kata, tambah pula dengan wajah
tenang mereka tu. Kadang-kadang nampak selamba. Tak macam Raff dan Maya,
sentiasa beriak kurang senang. Sombong.
Lain
pula reaksi Maya, matanya terjegil, terkejut dan pastinya tidak dapat menerima
keputusan papa. “No way.. budak kampung ni nak masuk kolej Maya? Pa, are you
crazy? Kalau kawan-kawan Maya tahu dia ni mama tiri Maya, mana nak letak muka?
No.. just put her at other place. Banyak lagi U and kolej kat dalam Malaysia
ni. Oohh my God..” dia merungut.
“Betul
tu papa. Papa ni agak-agaklah kalau sayang bini pun. Tak kan sampai further
study pun kena anak-anak tiri yang guard?” Raff mencelah dengan nada yang sama
seperti Maya.
Syazlan
berdeham sedikit, satu jelingan tajam diberikan pada Maya dan Raff. Isya
disebelah berdecit, pasti meluat dengan Maya dan Raff.
“What’s
the problem here Maya? Kau amik course MESCOM kan, and I believe Mai won’t take
that course too, kan Mai?” aku mengangguk kecil bila Isya mengaju soalan itu
padaku, cuak juga. “See? Kalau kau takut malu, now you can throw that feeling
away okay? Fakulti kau tak kan sama dengan dengan fakulti dia. Kau pun tak kan
jumpa dia unless kalau kau yang menggedik nak ke fakulti Mai.” selamba Isya
menempelak Maya. Aku tak pasti antara Isya dan Maya, siapa lebih tua. Nampak
seakan sama sahaja dengan usia aku. Tapi rasanya macam Maya lebih tua dari
kami.
“Eh,
you diamlah Isya. You tahu apa? You tu lainlah, terperap dalam library, tak ada
dunia luar, mana nak ambil kisah. Everything is ‘no problem’ for you. You tu
tak seglamor Maya okay, you tak ada reputasi yang nak dijaga. Huh..” naik satu
level suara Maya, jarinya menuding-nuding kearah Isya. Isya masih kekal dengan
posisinya. Tenang dan bersahaja. Seakan sedikit pun tak terasa dengan kata-kata
tajam Maya.
“At
least Isya stay dalam Dean List every sem, tu pun dah buat dia glamor. You aje
yang tak tahu Maya. Glamor pada you just untuk mereka yang hot, yang bawak
kereta besar, yang pakai baju branded. Glamor pada Isya lebih pada fungsi otak
dan akal. And yang paling penting, kebijaksanaan.” Isya mengangkat kening
dengan senyuman pada Syazlan yang membantu mengenakan Maya.
Maya
merengek pada Raff, pastilah minta dibela. “So, kalau dah macam tu, kalau dah
dua-dua ada reputasi nak dijaga, nama nak dijaga, why not kita hantar Mai ni
kat kolej lain aje papa? Tak pun biar dia duduk rumah, teman mama.” Raff
mengambil langkah selamat dengan tidak mahu menyebelahi sesiapa. Payahnya
keluarga ni, nampak benar ketidakserasian mereka. Macam ada dua geng pulak.
Semua
mata menghala pada papa, menanti kata putus dari hakim. “Keputusan papa, Mai
akan masuk Great Asian College. Kalau ada yang tak suka, terpulang.” Putus
papa, tetap dengan pendiriannya. Kalau ikutkan, aku pun tak mahu sekolej dengan
Maya, dengan Isya okay saja. Tapi dah papa yang tetapkan di mana tempat aku
belajar, hendak aku apakan lagi.
“Dah..
dah.. Apa gaduh-gaduh ni? Maya.. Raff..
papa dah decided macam tu kan? Plus, papa know the best thing for her.” Gesa
auntie Su meleraikan ketegangan. Aku perasan renungan tajam auntie Su pada Raff
dan Maya.
Maya
mencebir bibir dan berpeluk tubuh. Tanda sebal yang amat. Aku kalih pada Isya,
dia tersenyum puas dapat mengenakan Maya dan Raff. Kemudian matanya jatuh
pada Syazlan. Syazlan mengangkat ibu
jari pada Isya, Isya kenyit mata. Nampaknya, memang betullah ada dua puak dalam
rumah ni.
Thanks for the n3 Cik Writer! Makin suspen la criter ni...especially bab siapa yg rape Mai? Anyway, saya suka dgn watak Mai yg dah mula ada keyakinan diri....jgn mudah mengalah pada nasib ye Mai..... Teruskan ye Cik Writer!
ReplyDeletetnx ida utk komen awk..
ReplyDeletesgt xcted cz 1st time ad yg kmen Mr.Gardenia at my blog..
trus kn mbaca ya..
mf klau ad yg kurg...:)