Oooppss... for those yg fllow stori ni, ampun sgt2 sbb lama x update.. agak busy dlm mcari ending stori n now bdebar2 mnanti jwpn dr pnerbit. hrp2 mnuskrip sy d'terima.. so guys, enjoy the stori yek..:)
8
AKU membawa kaki menuruni
anak-anak tangga. Dadaku berdebar-debar mendengar keriuhan ditingkat bawah.
Suara orang bertengkar membingitkan hingga kedengaran ditingkat tiga rumah.
Siapa yang bergaduh awal-awal pagi begini? Aku membetulkan duduk tudungku yang
aku ikat ala kadar saja. Sekadar berkain batik dan berbaju kurung Kedah,
pakaian harian aku dikampung yang aku bawa ke sini.
Ketika tiba ditingkat dua, aku berhenti melangkah bila
mendengar suara keras Syazlan dan berselang-seli dengan ketukan dipintu bilik
entah siapa. Tapi dari gaya Syazlan membebel, aku dapat meneka pasti itu bilik
Raff.
“Kau boleh tak bangun sekarang sebelum aku pecahkan pintu
ni?” berdentam-dentum pintu bilik diketuk Syazlan. Apa yang pasti, bukan disini
saja riuh, ditingkat bawah pun sama. Kalau di sini Syazlan riuh mengejutkan
Raff, ditingkat bawah kedengaran suara auntie Su kecoh berkata itu dan ini.
“Raff!! Kau ni memang melampau tahu tak? Kau bangun
sekaranglah, lahabau.” Kuat Syazlan menjerit. Aku gigit bibir. Memang macam ni
ke keadaan rumah ni setiap pagi? Tadi seawal jam tujuh, aku dikejutkan dengan
suara Isya yang menjerit nyaring mengejutkan Maya. Berdesing sikit telinga aku
dek lontaran suara dari Isya itu.
Sekarang ni pulak, turn
Syazlan mengejutkan Raff. Peliknya, tak boleh ke gunakan cara yang berhemah
sikit? Mesti ke menjerit sampai jiran satu taman dengar? Dan perlu ke ketuk
pintu sampai kalau boleh naik bengkak tangan yang mengetuk tu? Ishh, pelik
keluarga ni.
“Wooi.. aku dah bangunlah, bangang.” Terdengar Raff
menjerit dari dalam biliknya. Aku tekap tangan didada. Mak ooi, kasarnya
bahasa. Bukan ciri-ciri lelaki budiman yang aku nak. Heh.. Mai, gaya macam Raff
tu pandang kau aje kan? Perasan. Heh..
Aku menjungkit bahu, mahu berpaling untuk meneruskan
perjalanan turun ke tingkat bawah. Namun langkah aku jadi perlahan bila
menyedari Syazlan berada dibelakangku, malah sempat menegur aku dengan ucapan
selamat paginya. Tak pasti apa yang selamat, aku anggukkan juga.
“Macam mana tidur malam tadi? Selesa tak?” soalnya ramah,
kami sudah pun menuruni tangga beriringan.
“Selesa sangat. Tapi biasalah, tempat baru. Tak boleh nak
biasakan diri lagi. Hmm.. kenapa riuh sangat rumah ni pagi-pagi?” aku menoleh
sekilas kearahnya. Dia nampak sangat kacak dan tampan dengan kemeja biru putih
yang berjalur-jalur lengan panjang dan
slack hitam. Dipadankan dengan tali tie berwarna biru lembut. Rambut bersikat
kemas. Alahai, segar biji mata dipagi hari ni.
Dia mengeyit mata padaku. Aku sengih. Cover malu sebab
kantoi aku tenung dia tadi.
“Kalau si Raff tu tidur sini, memang pagi-pagi riuh sebab
nak kejutkan dia merupakan satu tugas yang sangat mencabar yang memerlukan
tenaga dari segi vokal dan kekuatan tangan mengetuk pintu. Si lahabau tu memang
payah nak bangun pagi. Tapi kalau kat floor
you, memang setiap pagi kalau ada kelas bingit sebab si Maya memang ratu tidur
terhebat yang mampu memecahkan suara orang yang mengejutkan dia.” panjang lebar
Syazlan menerangkan. Nampaknya aku perlu biasa diri dengan keadaan yang luar
biasa ni.
“Peliknya?” dalam tak sedar, aku sudah menyuarakan apa
yang bermain dalam fikiran aku. Aku pantas menutup mulut dengan tangan, mata
dah terbeliak luas sebab tak percaya dengan apa yang baru saja aku katakan.
Selambanya kau mengata keluarga ni depan Syazlan.
Namun reaksi spontan aku itu membuatkan Syazlan tertawa
besar. Dia menggosok kepalaku yang dilitupi dengan tudung itu. Aku mengelak
kebelakang.
“Rilekslah, apa nak cuak? Syaz tak marah pun. Memang
macam ni gaya kitorang satu keluarga lagi-lagi sejak mama Su dengan Maya join family ni. Meriah macam hari-hari
nak sambut hari raya.”
Aku mengangguk perlahan. Pasti auntie Su adalah isteri
baru papa yang arwah atok pernah cerita ketika arwah atok baru pulang dari
surau. Rupanya Maya anak tiri papa, Maya anak kepada auntie Su. Tapi macam mana
Maya boleh rapat dengan Raff yek? Mungkin sebab mereka sekepala. Satu kapal, tu
yang boleh berlayar bersama. Aku angguk perlahan. Ada kemungkinan.
“Eeii, geramnya aku. Ada aku balun jugak kucing ni kang.
Habis makanan aku dikebasnya.” Aku menjengah-jengah mencari auntie Su bila
terdengar dia merungut. Perkataan kucing itu membuatkan aku jadi tak sedap
hati. Harunkah yang auntie Su marahkan tu?
“Diorang kat sana tu. Jom breakfast sekali.” Syazlan
membawa aku ke ruang makan yang dilengkapi dengan sebuah meja makan besar yang
mempunyai dua belas kerusi. Diatas meja sudah tersedia pelbagai makanan untuk
sarapan pagi. Malah Isya dan papa sudah pun bersedia dimeja makan, menanti ahli
keluarga yang lain.
“Penat-penat aku goreng ikan tu, jadi rezeki kau pulak
ya? Eei, berangin betullah aku dengan binatang tu. Entah dari mana
datangnya.” Bebel auntie Su lagi. Dalam
dia membebel, sempat lagi dia menuangkan air susu dari kotak HL ke dalam gelas-gelas didalam dulang.
Aku lihat Syazlan sudah mengambil tempat disebelah papa
yang sedang leka membaca akhbar harian. Aku toleh pada Isya, dia menepuk-nepuk
kerusi disebelahnya, mempelawa aku duduk disitu. Aku senyum sebelum mengambil
tempat. Sebaik aku duduk, aku merapatkan sedikit badan aku pada Isya yang
sedang mengunyah gula-gula getahnya. Dia sudah siap dengan tee longgar warna
merah darah dan jeans hitam. Kad identitinya sebagai pelajar tergantung dileher
dengan tali hitam bercorak kartun Nightmare Before Christmas. Rambut sekadar diikat satu.
“Kenapa dengan auntie Su?” soalku perlahan.
Dia menoleh pantas kearahku dengan muka berkerut seribu.
“Kenapa dengan tisu??” dia mengulangi soalanku tapi ternyata dia dia kurang
dengar apa yang aku soalkan. Aku sebut auntie Su, sayangnya dia dengar tisu.
Aku tersenyum pada papa dan Syazlan yang membuang pandang
kearah kami dengan muka pelik.
“Mai.. Isya.. kenapa ni?” soal papa, akhbarnya diturunkan
sedikit. Kaca mata dibetulkan letaknya diatas pangkal hidung.
“Tak ada apa-apa, pa.” aku sengih segan. Aku terpandang Syazlan yang sedang menatapku. Renungannya
begitu mendalam hingga meremangkan bulu roma aku. Yalah, walaupun mata Syazlan
tu nampak menggoda bila tenung macam tu, tapi kalau dah tenung sikit punya
tajam, tak ke aku rasa menggeletar satu badan?
Aku pantas mengalihkan pandanganku pada Isya semula yang
masih menanti jawapan dariku. Aku mengarahkan mata pada auntie Su yang sedang
mencedokkan bihun goreng ke dalam pinggan.
Isya mengangguk, baru faham kot. “Mengamuk ikan goreng dia
kena kebas dengan penyamun. Ikan goreng aje pun.” Tutur Isya selamba, langsung
tak tahan-tahan tahap lantang suara. Aku perasan auntie Su menjeling Isya
tajam, malah dia sempat menghadiahkan aku dengan wajah tak puas hatinya padaku.
Kenapa auntie Su pandang aku macam tu? Apa yang tak kena?
“Isya..” panggil papa tanpa sedikit pun memandang Isya.
Tapi nada suaranya bagaikan memberi amaran dalam diam. Aku nampak Isya menjuih
bibir. Tak puas hati.
“Asal Isya aje, semua tak betul. Mantol betullah. Heeeii,
ni mana si ahli sihir dengan lanun seekor tu agaknya. Tak tahu perut orang dah
lapar ke, nak pergi kolej lagi. Apa, ingat kolej aku tu ada share dengan diorang ke, ha? Gaya macam
diorang yang nak tolong jawab kalau aku lambat. Ni yang aku nak mantol satu
hari ni.” Isya mengetuk-ngetuk sudunya pada meja beralaskan kaca itu.
Menunjukkan tanda protes.
“Isya..” sekali lagi papa menyeru nama Isya. Isya
merengus sebal.
“Wooi, turun cepat sikit ar. Aku nak pergi kelas woii..!!
Ampa ingat kolej aku tu, Tok Wan ampa punya kah weh? Haa, dah keluaq dah loghat
aku nih. Memang mampuihlah ampa sat gi aku tibai.”
Aku tak tahu apa yang patut aku lakukan saat ini. Rasa
nak gelak pun ada sebab Isya ni memang banyak kerenahnya, banyak ragamnya. Kelakar
gila Isya ni sebab papa dah warning
dua kali pun dia buat tak tahu aje. Siap boleh menjerit panggil Maya dengan
Raff lagi. Memang sempoi habis.
Syazlan tergelak sambil menaip sesuatu ditelefon
bimbitnya. “Tu dia, aura kampung Tok Wan sebelah mak dia dah keluaq dah. Sabaq
cik, sabaq. Depa memang suka buat lagu tu. Sabaq la noo..” celah Syazlan
mengusik Isya juga dengan loghat utaranya. Oohh, arwah isteri papa orang utara
rupanya. Patut pekat aje loghat mereka ni.
“Hang pun sama. Awat hang tak pecah ja pintu lanun tu?
Bagi pecah dia punya muka pun takpa, aman dunia aku.”
“Eh, tak mau aku cik weh, sat gi dia panggil Jack Sparrow
mampuih la aku.”
Kemudian tawa Isya dan Syazlan berpadu, kuat hingga
menarik perhatian papa. Papa menurunkan surat khabarnya sekali lagi, kali ni
dia merenung Isya dan Syazlan silih ganti sebelum kembali membaca. Garang jugak
papa ni, tapi pelik Isya tak gentar langsung.
Aku senyum lucu. Diorang ni ada-ada aje.
Beberapa ketika kemudian, Raff datang mengambil tempat
disebelah abang Syazlan. Dia nampak kemas dengan kemeja pink lembut, bertali
tie pink gelap dan berseluar slack putih. Sungguh, nampak sweet sangat. Lembut
aje mata ni memandang. Tapi bila tengok muka sombong tu, heh.. Menyampahnya.
Rasa berangin aje hati ni.
Dia
menghadiahkan senyuman paling sinis yang pernah aku tengok padaku. Malah
matanya sempat menilik penampilanku yang aku tahu pastilah nampak gaya
kekampungan. Tapi apa aku kisah? Memang inilah pakaian rasmi aku dirumah. Nak kutuk
aku perempuan kampung pun, kutuklah. Aku tak heran langsung.
“Sejak bila papa hire
orang gaji ni?” soal Raff pastilah hendak mengenakan aku.
“Raff..” papa seru nama Raff pulak dengan nada amarannya
itu. Isya pantas menyambung dengan muka tak puas hati.
“Hang toksah nak banyak bunyi noo, aku tabuh sat gi baru
tau. Dahlah lambat. Hang kan Raff, elok amik syif malam ja lah. Tak pun pi
tidoq kat rumah hang. Menyusahkan orang ja nak bangkitkan hang. Sama ja macam
ahli sihiq tu.”
Raff tergelak. Isya menjuih, menyampahlah tu agaknya.
“Mami jarum mana pulak salah masuk rumah ni, pa? You apahal? Pagi-pagi dah
berloghat? Tengah hanginlah konon?”
ejek Raff dengan senyuman sinis tak lekang dibibir. Abang Syazlan mencebik,
menyampah.
“Hang tau apa? Haa, kau... turun pun. Baru aku ingat nak
jemput dengan penumbuk aku ni.” Isya kalih perhatian pada Maya yang sedang
melangkah ke meja makan. Nak terkeluar biji mata aku tengok Maya yang
menjinjing beg berjenama Guess hanya berseluar pendek paras paha dan berbaju
tee sendat. Biar betul nak pergi kelas macam ni?
Sebaik
Maya mengambil tempat, dan auntie Su sendiri sudah duduk selepas siap mencedok
makanan, papa melipat akhbarnya. Dia melempar pandangan pada kami satu-persatu.
Nak kira kehadiran kot.
“Maya, tukar seluar.” Arah papa, nadanya tegak saja.
Tanda tiada kompromi. Maya berdecit sebelum naik semula ke bilik.
“Isya, buang gula-gula getah tu.” Isya tanpa banyak bunyi
mengeluarkan gula-gula getahnya lalu dibungkus dalam kertas pembalutnya.
“Syaz, before
pergi kerja pakai jam.” Pesan papa selepas menilik Syazlan. Kemudian papa kalih
pada Raff pula. Raff buat bersahaja.
“Raff, tak ke mana perginya kalau perangai sombong macam
tu. Hari ni kerja half day aje.” arah
papa.
“Why?” Raff
berdongkol bila papa mengarahkan supaya dia diam, jangan banyak soal. Saat mata
papa singgah padaku, aku mula rasa berdebar-debar. Apalah yang papa nak komen
kat aku ni.
“Tengahari nanti Mai siap, Raff bawak Mai pergi beli
barang keperluan Mai, okay?”
Aku pandang Raff yang jelas terlopong mulutnya. Sekarang
ni bukan dia sorang aje yang terkejut ya, aku ni pun. Dah rasa nak jatuh rahang
ni duk ternganga bila papa bagi arahan macam tu.
“Naaaa.. you must
be kidding kan, pa? Papa nak Raff bawak dia keluar kat KL ni? Perempuan
kampung ni? Mengarut.” Cemuh Raff dengan pandangan jengkelnya padaku. Dia
mengalih mata pada papa pula.
“Papa kan suami dia, why
not papa aje yang bawak dia keluar. Tak pun, si Mai ni kan ada madu, kenapa
tak suruh madu Mai ni yang teman. Kan mama Su? Bolehlah tumpang menghabiskan
duit papa Raff ni.” Selamba dia menempelak auntie Su yang jelas sudah berubah
tegang wajahnya. Kejap.. kejap.. Tak kan Raff pun anti dengan auntie Su kot?
Bukan Isya sorang aje ke yang blacklist
auntie Su? Ahh, payahnya nak faham keluarga ni. Rasa macam kena buat research saja. Hmm.. memang kena buat research.
Papa berdeham. Cuba menghentikan apa sahaja kata cemuhan
yang bakal keluar lagi dari Raff.
“Madu Mai tu siapa, Raff? Umur Raff dah cukup banyak ke
sampai boleh suka-suka hati kata orang yang lebih tua macam tu? Dan lagi satu,
papa nak lepas ni walaupun kamu semua panggil Mai ni Mai saja, but..” kata-kata papa dicelah Isya
tiba-tiba.
“Pa,
Isya panggil dia Lis. Kan Lis, kan? Baru sweet.”
Nyaring suara Isya mencanangkan nama aku yang baru diberinya semalam. Kembang
kuncup hidung Isya pasti kerana rasa bangga.
Aku
mengangguk perlahan menjawab pertanyaan Isya. Aku perasan Raff mencebik. Aku
nampak Syazlan menjungkit kening. Comel aje.
Papa
mengangguk. “Mai or Lis, as long as nama dia, papa tak kisah. Apa
pun, ingat Mai tetap ada statusnya disini. Kalau tak nak hormat dia sebagai
isteri papa, layan dia sebagai anak bongsu papa. Anggap dia macam adik kamu
semua. Faham?” tekan papa tegas.
Seketika
mereka mengangguk. “Syaz, Raff.. kamu berdua jangan nak jadi kepala tak elok
pada adik-adik. Harap aje umur dah 31 tahun, lawyer pulak tu. Seorang lagi
doktor ortopedik umur 29, tapi gaya macam budak-budak. Adik-adik bergaduh, dia
yang lebih. Ubah sikit perangai tu.” tegur papa pada anak-anak lelakinya.
Aku
toleh pada Isya bila terdengar dia mengekek ketawa. Lucu barangkali bila
abang-abangnya yang dah dewasa macam tu kena marah macam budak-budak kecil. Aku
senyum, Isya ni memang tak boleh cover
feeling dia langsung. Apa yang dia rasa, ditunjuk terang-terangan walaupun
ketika ini aku lihat papa sudah merenung semacam pada Isya.
“Dan
awak Nur Arisyah Akma, apa yang lucu sangat tu? Papa dah pesan banyak kali,
kan? Jangan suka-suka bagi nama ketiga kat orang lain. Ahli sihirlah, lanun
dari Carribeanlah. Ikut suka aje. Lepaih ni, papa dengaq ja hang dok panggil orhang
nama peliaq-peliaq, kepala hang tu papa katok. Tau dak?”
Isya
sengih. Wah, papa pun speaking utara
dah ni.
“Dahlah,
makan.. makan. Karang lambat masuk kerja.” Auntie Su mencelah.
Ketika
kami menjamu selera, dan Maya sendiri sudah lama mengambil tempat semula
selepas menyalin pakaiannya, Raff menyuarakan keengganannya untuk membawa aku
keluar.
“Eeei,
menyampahnya aku. Banyak sangatlah saham yang kau nak jaga tu sampai nak jalan
dengan orang kampung pun tak boleh? Propa lebih, padahal habuk pun tarak.” Isya
menggumam dengan mulut yang penuh dengan bihun goreng. Malah kepala pun dia tak
diangkat dari pinggan.
“Sebab
saham Raff banyaklah kena jaga. Syaz kan ada, suruhlah dia.” Balas Raff angkuh.
Papa
menggeleng dengan keluhan. “Kalau papa nak Syaz yang pergi, papa tak kan sebut
nama Raff.”
“Pa,
tak apalah. Lain kali aje.” aku mencelah dengan nada paling sopan dan lembut.
Kalau dah orang tak sudi, janganlah dipaksa. Nanti tak ikhlas pula jadinya.
“Pa, leave it to me. Kelas Isya habis
pukul sebelas. Petang Isya free, biar
Isya yang bawak Lis beli barang keperluan. Okay pa? Jangan lupa tinggalkan cash ya.” Isya kenyit mata pada papa.
Papa
tanpa bertangguh meraba poketnya, dompet kulit dibawa keluar. Sekeping kad
dihulurkan pada Isya. Dalam kerutan, Isya ambil juga. Maya dah membulat biji
mata.
“Cash ajelah papa. Isya malas nak guna debit card. Nanti sreet.. sreet..
sreet.. tahu-tahu dah tak ada duit dah dalam akaun tu.”
“Don’t worry, tak kan habis twenty thousand kalau Isya yang guna.
Belikan barang Mai untuk ke kolej sekali. Malam tadi papa dah call your director, Mai boleh start esok. Nasib baik sem baru start dua minggu. Itupun second intake, kira okaylah classmate Mai masih sebaya dengan Mai lagi. So, esok Isya tolong
Mai daftar okay?”
“It’s okay pa, Syaz boleh handle
untuk esok.” Syazlan berkata dengan senang hati.
Papa
angguk. “Good.”
“Pa,
Maya nak join Isya pergi beli barang Mai nanti.” Laung Maya dengan semangatnya.
Belum
sempat papa menjawab, Isya sudah pun menyampuk.
“Alamak
Maya, you ada projek luarkan hari ni? Hmm.. kesiannya. Isya kalau boleh memang
nak bawak, tapi tak dapatlah macam tu. Next
time okay? Maya nak apa-apa ke? Handbag
Guess? Sembonia? Burberry? Belle? Giodarno? Chloe? What color?”
Maya
nampak sedih tapi mendengar tawaran Isya, serta-merta dia jadi teruja.
Bersinar-sinar biji matanya. Dia bertepuk suka.
“Serious? I nak handbag Burberry. Dark brown
should be fine. Tak kisah design
apa pun, but make sure the latest one.”
Isya
mengangguk-angguk. Dia menyuap bihun, tapi muka seakan sedang berfikir dengan
serius. Garfu dimain sebelum membalas pandangan Maya.
“Nanti
I carikan kat Chow Kit. Rasanya yang ciplak murah sikit.” Tutur Isya dengan
wajah bersahajanya.
Aku
tahan rasa hati nak tergelak. Syazlan sendiri sudah melambakkan tawanya. Papa
senyum kecil. Raff menghirup minumannya, cubaan untuk mengelakkan tawanya
terhambur. Yalah, takkan nak gelakkan geng sendiri. Auntie Su aku nampak
menjuihkan bibir, sama seperti Maya. Masam-masam kelat muka Maya.
Finally new n3! Rindu betul nak tau perkembangan criter ni...but apa2 pun, sila teruskan ye Cik Writer! Saya suka watak Mai, Raff & Syaz..nampak mcm biasa tapi rasanya mungkin ada konflik nanti...Good Luck ye!
ReplyDeleteida..
ReplyDeleteglad u like it...
n tnx sbb sudi mnanti entry yg bru..
komen n kritikan anda sgt sy hrgai...:)
trus kn mbaca ye..
Mmg best cita ni tp ada 1 dialog yg pasai loghat utara " papa dengaq ja hg panggil nm org peliaq-peliaq, papa katok kepala hg".. pttnya just tulis " pelik-pelik" ja. Coz bl dah guna perkataan peliaq2 2 dah jd maksud lain (x elok utk di sebut).. apa pun mmg lain drpd yg lain.. =D
ReplyDelete