Thursday, September 26, 2013

Awas! Kalau Dah Suka (p-7)

7

‘A’ Squre Root       :        ape citer org m’sia?

Aku tersenyum menatap skrin laptop. Jemariku pula menari diatas papan kekunci. Mata yang menatap skrin komputer riba masih mampu membayangkan bagaimana rupa dia ketika ini. Pasti masih seperti dulu. Rambut yang tidak terlalu pendek dan tidak terlalu panjang, yang sentiasa di sikat rapi dan digelkan bagi menampakkan gaya cool. Mata yang seakan kuyu, ditambah pula dengan hidung yang tak terlalu mancung, seulas bibir yang kemerahan, berkulit sawo matang. Dengan tubuh yang tinggi kurus tetapi tidaklah seperti Popeye. Hmm.. boleh aku lihat dia dari rupa dan bentuk seakan-akan Farid Kamil.

Trish Do Wish         :        evrythng fine. & ‘ow bout u? 

Aku menanti jawapan dari si dia dengan sabar. Lambatnya taip. Cari huruf tak jumpa ke? Ngek, takkanlah engineer tak familiar dengan computer. Tipu..tipu..

‘A’ Squre Root       :        I’d fever.

Ekk?? Punya lama aku tunggu, itu aje jawapan dia? Kotak kasut punya pakwe. Er? Masih ke pakwe kalau dalam masa seminggu ni aku dah nak kahwin dengan lelaki lain? Lupakan pasal tu kejap Trish, kau sekarang tengah berhubungan dengan si kekasih hati walaupun hanya di alam maya. 

Trish Do Wish         :        no joke,k. 

‘A’ Squre Root       :        yes syg, no joke. I’d fever. Trish fever.

Aku membeliakkan biji mata. Kalau dia kat depan mata, dah lama aku cubit-cubit perut dia tu.

Trish Do Wish         :        u ni.. isshh.. so, ‘ow’s life there? Better?

‘A’ Squre Root       :        bitter. Huhuhu..:( miss m’sia. Miss mom, dad n my little evil.
Trish Do Wish         :        err??

Aku mengharapkan dia menambah lagi ayat. Mengatakan yang dia rindu kan aku. 

‘A’ Square Root     :        hell..of course including u syg. U tak miss I ke?

Aku tersenyum. Sejak-sejak si dia pergi dari Tanah Melayu ni, memang aku dah pandai main rindu-rinduan segala. Pakej dengan ayat-ayat jiwang lagi. Dulu, keras kaku semedang. Semuanya kerana dia. 

Trish Do Wish         :        huruf ‘i’ mana yg I kena miss?

‘A’ Square Root     :        huhuhu.. playing with me huh? Still noty like dolu-dolu. 

Aku tergelak. Tiga tahun dia pergi, tiga tahunlah kami tak pernah bersua muka. tak pernah langsung dia balik, kalau ada pun dia jumpa famili dia, cukup famili dia aje yang mencemar duli terbang ke sana. Bukan dia taknak balik, tapi janjinya pada aku selagi dia tak capai apa yang dia mahu, dia akan terus berusaha tanpa pulang. Pastinya apa yang dia mahu itu adalah kejayaannya sebagai pewaris Wealth Consultant Sdn. Bhd.

Trish Do Wish         :        da lama kita tak challenge bowl kan? Miss that time sesangat.

‘A’ Square Root     :        still... u & ur hide & seek game. Never change. God, miss u so damn much Trish. Feel like wanna fly now, seeing u my lovely hunny bunny intan payung pengarang jantung.(habis jiwang la tu)huhuhu..

Aku tergelak bahagia, sangat-sangat bahagia. Rindu. Rindu. Nak dia sekarang. Hmm, masih dengan perasaan yang sama. Mahunya tak sama, dah dekat tiga tahun berkasih walaupun hanya dieratkan melalui alam maya. You, baliklah. Trish miss you sangat-sangat.
Hati meronta-ronta tak nak kahwin dengan Tengku entah pape tu, tapi dek kerana desakan, keadaan, dan masa hadapan, semua perasaan pada dia terpaksa aku telan. You, kalaulah you tahu.. Tuhan, sukarnya untuk membahagiakan semua orang dalam satu masa. Aku mengeluh.

Trish Do Wish         :        goin’ to sleep, u. Getting late. Need to work tomorrow morning. Chow...

Tanpa menunggu balasan, aku terus sahaja mematikan sambungan dengan Yahoo Messenger. Rasa bersalah tepu dalam dada. Sorry, you. Bukan Trish mintak jadi macam ni.
Selimut aku tarik hingga ke dada. Lampu utama aku matikan digantikan dengan lampu sisi katil. Suram, ya sesuram hati aku ni. Getaran pada handphone membuatkan aku menjengah melihat nama diskrin. Aku mengeluh. Dalam kepayahan, aku tekan juga butang ‘Answer’.
Trish, what’s up? Hilang macam tu aje?” suaran lembut dia menjengah halwa telingaku. Jelas bersama nada risaunya.
“You, I’m sleepy.” Ujarku bersama keluhan. Seolah-olah panggilan dia membuatkan aku benar-benar rasa terganggu. Dia tergelak, tanpa perisa.
“Ha ha ha.. memanglah kita baru kenal semalam kan.” Sindirnya. Dia masih sensitif dengan persekitaran macam dulu.
Aku kembali duduk, kedua-dua lutut aku rapatkan ke dada.
You, nak tanya.”
Go on, sayang.” Balasnya turut lembut. Sungguh, suara dia memang lembut, bila masuk bab jiwang plus ayat-ayat lentok, suara tu mampu menggetarkan jiwa. Romantik giler tahap membunuh.
How much your love for me?” dia terdiam. Aku tahu dia terkejut. Rasanya, mana pernah aku bertanya soalan sebegini. Memang sah luar dari kebiasaan. Kalau ada pun yang bertanya, pastilah datang dari dia, bukan aku.
Trish, I don’t know why you ask me that question but still, I can answer it..” dia berjeda seketika. “There’s nothing can count my love for you, but I’m willing to sacrifice anything, everything, just for you. Is it enough, sayang?” suaranya kini seakan berbisik betul-betul dicuping telingaku.
Aku memejamkan mata. Oh Tuhan, dialah lelaki yang paling baik pernah aku kenal. Okay, admit that aku memang tak pernah ada kawan lelaki lain pun selain dia, tapi kalau ada pun, mesti takde yang sebaik dia.
Dia seorang pelindung. Sesiapa sahaja yang berada disisinya, pasti akan dilindunginya. Lihat aje macam mana dia menjaga satu-satu adiknya. Dia juga penuh dengan kasih sayang. Suka memanjakan adiknya. Aku dilayan dengan baik, tak pernah berkasar. Kalau berkasar pun tak pernah, apatah lagi meninggi diri, bongkak dengan kedudukan dan kekayaaan. A humble person? Yes, totally true. Tak pernah aku lihat dia meninggikan suara dengan parents dia. Sangat penuh dengan tatatertib. Anak sapa lah tu. Ha ha ha..
Siapa tak jatuh sayang oii.. kenapalah dia tak bagitau yang dia fall kat aku sebelum dia pergi ke US tiga tahun lepas? Ini tak, lagi 10 minit nak naik flight, baru menggatal nak buat confession. Kalau tak, dah lama aku masuk minang dia, lepas tu suruh dia angkut aku sekali pergi US. Then, we live happy ever after. Fuhh, memang Mengarut Tale.
“Kenapa ni Trish? Anything happend? Someone tried to ngurat you ke?” dia tergelak kecil dengan kata-katanya sendiri.
Pastinya dia tak mampu membayangkan ada lelaki yang berani mengacau anak sulung Dato’ Mansor ni. Berjalan nak pandang kiri kanan pun payah, aku tengok depan dengan bawah pun dah kira untung. Huh, buat lawaklah tu kalau jalan taknak tengok depan dengan bawah. Nak sedekah senyuman pun lokek habis. Memang kalau tak kenal rapat, orang akan cakap aku ni sombong, tak friendly. Tapi kalau dah kenal, jadilah macam si dia ni, angau kemain. Tulah penangan aku.
“You, nak tanya lagi.”  Aku terdengar dia tergelak, lembut. I love you Kid!!
Go on Trish.”
What if.. hmm.. what if.. if Trish suddenly marry with other guy? Err.. I mean no harm, no offence, just a question.” Sempat aku celah sedikit sebelum dia bertanya dengan nada terkejut dan berfikir dengan lebih jauh.
“Nak gugur jantung I, Trish tau tak. Ishh.. nasib baik Trish sempat tambah ayat belakang tu. Kalau tak, esok pagi jugak I timbul depan pintu rumah Trish.” Dia tergelak lagi. You, kalaulah you tahu yang Trish bukan saja-saja tanya soalan ni, mesti you tak gelak macam tu.
If Trish kahwin dengan lelaki lain, ey? Hmm.. entahlah Trish, tapi Trish sanggup ke tinggalkan I?” aik, dia pulang balik soalan tu kat aku? Double tray betul.
If I have to do that with a strong reasons, I will.” Ujarku perlahan. cukup perlahan. Antara dengar dan tidak.
Dia terdiam beberapa ketika. “I thought our love are strong enough to fight with anything, but.. seriously Trish, I upset with your answer.” Dan aku tahu ketika ini, aku sudah pun mencalarkan sekeping hati milik dia.
It just a questio, you. Meaningless.
It just a question but secara tak sengaja it show me your strength, your belief, your sacrifice in our relationship Trish. Nampak tak tu?” aku tahu dia terasa, dia marah, tapi sedikit pun dia tak meninggikan suara, hanya kata-katanya aje yang ditekan.
Aku mengeluh. “I’m sorry, I don’t mean to hurt you.”

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Friendship Goals - Bab 5

Popular Post