Bab 1
2008, Sekolah Tinggi Cahaya Harapan.
KELAS 4 Sinar 1 sepi sejak
seminggu lalu, iaitu sejak bermulanya sesi persekolahan untuk tahun tersebut.
Kelas yang dihuni oleh 25 orang pelajar, terdiri dari 10 orang perempuan dan 15
orang lelaki tak terasa seperti berpenghuni walaupun tanpa kehadiran guru pengajar.
Masing-masing
masih belum saling mengenali. Sekadar bertegur melalui bahasa tubuh tatkala
mata berbalas pandang. Maklum sajalah, semua pelajar tingkatan 4 merupakan
pelajar baru yang sebelum ni bersekolah di sekolah lain. Pelajarnya pula bukan
calang-calang taraf IQ. Pelajar akan dipilih dan ditapis dari segi tahap
akademik sebelum diluluskan permohonan mereka. Biasa budak bijak, pendiam.
Sebab tu kot kelas tu sepi. Langsung tak ada interaksi antara mereka.
Tika
masing-masing sedang ralit dengan kerja sendiri dan ada yang sibuk
mengulangkaji, kedengaran satu suara meminta izin sekaligus membuatkan seisi
kelas menoleh ke arah pelajar lelaki berkaca mata itu.
“Saya
nak pergi toilet, boleh ke?” Gayanya tak nampak berkeyakinan dan agak
takut-takut. Sah, bakal jadi mangsa buli. Atau mungkin dah jadi mangsa buli
pun.
Sepi.
Tak seorang pun menjawab. Maklumlah, baru masuk sekolah. Ketua kelas pun belum
dilantik lagi, jadi tak tahu siapa yang boleh tolong jawabkan.
Melihatkan
keadaan pelajar lelaki itu, seorang pelajar perempuan yang duduk di hadapan
kelas jatuh kasihan.
“Pergi
sajalah, bah. Kalau guru masuk, aku bilang seja sama guru.” Ujar pelajar
tersebut dengan loghat yang agak asing. Macam ada keluar slang orang Sabah.
“Terima
kasih. Nama saya Yusri.” Ujar pelajar tersebut yang sempat berhenti di tepi
meja pelajar perempuan tadi. Nak keluar pun memang kena lalu meja budak
perempuan tu.
Pelajar
perempuan tu lorek senyum. Manis. Ada lesung pipit. Alisnya terbentuk cantik.
Rambut panjang hitamnya ditocang dua, kiri dan kanan. Comel.
“Nama
aku Dara.” Balas gdis itu.
“Okey.
Saya keluar dulu.”
Tapi
sayangnya, baru saja Yusri keluar dari pintu kelas, secara tak sengaja Yusri
terlanggar sekumpulan pelajar lelaki yang berjalan di kaki lima.
“Buta
ke apa kau ni?!” Jerkah salah seorang pelajar.
“So..
sorry. Sorry..”
“Sorry
otak kau!” Seorang lagi pelajar bertindak mencekak kolar baju Yusri sebelum
ditolak tubuh Yusri kuat hingga Yusri jatuh terduduk. Cepat-cepat Yusri
membetulkan cermin matanya yang hampir terjatuh.
Dara
nak terjerit, tapi ditahan. Dia menoleh pada rakan-rakan sekelasnya. Semua
tengah jadi penonton, malah tak ada seorang pun pelajar lelaki seramai 15 orang
dalam kelas tu rasa bertanggungjawab untuk menghulurkan bantuan.
“Weh,
Tam. Makanan budak nilah yang kitorang tibai kat asrama semalam. Ooh, kau duduk
kelas ni rupanya.” Seorang lagi pelajar
lelaki dengan gaya samseng menyepak kaki Yusri.
Dara
kalih pada salah seorang pelajar lelaki berambut keperangan yang duduk di
bahagian belakang kelas. Seketika, mereka berpandangan. Tak sempat Dara nak
hantar bahasa isyarat minta lelaki tu tolong Yusri, lelaki tu dah kalihkan
pandangan, kembali pada komik di atas mejanya. Dara melepaskan keluhan. Tak
boleh diharap.
Dan
buat seketika, mereka meneruskan menonton drama bergenre aksi itu hinggalah
guru kelas mereka datang meleraikan pergaduhan. Yusri pula kembali ke tempat
duduknya, tak jadi ke tandas. Dara tergeleng perlahan. Sekolah budak-budak
pandai pun ada kes buli.
“Okey
murid-murid, hari ni saya belum nak mula mengajar lagi. Saya nak kita
berkenalan. Saya nak awak semua kenal dengan kawan-kawan awak dalam kelas ni
dan saya nak awak anggap kawan-kawan awak ni macam adik-beradik awak. Tahu
kenapa?” Soal Madam Salmah, suaranya sedikit lantang tapi antonasinya begitu
keibuan.
Masing-masing
senyap, tak ada yang sukarela nak bagi jawapan. Pasif sangat pelajar kelas ni.
Tengok dari muka pun Madam Salmah dah boleh agak, muka budak high score. Tapi
budak pandai pun kena ada social life juga, kena ada interaksi dan komunikasi,
takkan buat hal maisng-masing je.
“Sebab
awak akan belajar bersama sehingga tahun depan. Inilah muka-muka kawan awak
yang akan duduk ulangkaji dengan awak, yang akan stay all the night dengan
awak, makan meggi sama-sama waktu prep, dan mungkin juga kawan waktu awak fly
dari asrama. Saya tak minta yang last tu, tapi itu yang selalu berlaku. Jadi,
berkawanlah. Jangan sampai kawan kena buli pun, awak tengok aje. Boleh ke macam
tu?”
Sepi.
Madam
Salmah pandang satu persatu wajah anak-anak muridnya. Semua tunduk, tak nampak
macam berminat pun nak dengar dia berceloteh. Ya, memang ada pattern pelajar
bijak macam ni. Yang hanya akan aktif bila waktu pembelajaran, tapi slow dalam
berkomunikasi. Dan mereka tergolong dalam golongan tersebut. Madam Salmah
selalu jumpa pattern macam ni tapi biasanya hanya segelintir pelajar saja. Kali
ni, satu kelas. Ni kalau dah mula sesi mengajar, bukan pelajar yang
mengantuk.
Silap-silap cikgu yang tersengguk-sengguk. Bosan.
“Macam
nilah. Saya rasa ada baiknya saya bahagikan awak kepada dua kumpulan. Saya nak
setiap kali nak ke mana-mana kecuali ke toilet dan balik asrama, awak stay
dalam kumpulan awak. Termasuk waktu prep, buat homework, aktiviti luar,
aktiviti makmal, pergi makan dan semuanya.”
Dilihat
pelajarnya sedikit mengeluh. Ada yang tayang muka protes. Haih, dah bijak tapi
tak nak berkawan. Macam mana nak maintain social life ni?
Dara
yang mendengar, sedikit resah. Duduk dalam kumpulan? Bolehkah dia? Dan adakah
mereka sudi berkawan dnegan orang yang tak punya apa-apa seperti dia? Lagi
pula, di sekolah baru ni dia rasa kekok dengan slang Sabahnya. Dia kenal
seorang saja di sekolah ni tapi yang seorang tu pula tak menunjukkan ciri-ciri
nak berkawan dengannya. Ya, lelaki yang berambut perang tu.
“Kumpulan
pertama. Syed Al-Fateh, Ahmad Yusri, Rayhan Anuar, Mohd Zayn Harrith, Nur
Marissa, Rayhana Amira, Alifah Humaira dan Nazneen Andara. Pergi ke kumpulan
awak sekarang. Dan kumpulan seterusnya.. bla.. bla.. bla..” Madam Salmah
kemudiannya mengagihkan pelajar-pelajar lain menjadi 2 lagi kumpulan. Semuanya
ada 3 kumpulan. 2 kumpulan mempunyai 8 orang pelajar dan satu lagi kumpulan
mempunyai 9 orang pelajar.
Selepas
beberapa minit mencari teman-teman sekumpulan, akhirnya terbentulah 3 kumpulan.
Pelajar bernama Dara duduk di dalam kumpulannya dalam bentuk bulatan tanpa
meja. Satu persatu wajah teman kumpulan ditatap, nak ingat muka. Tanda nama
mereka juga dilihat. Rayhana, Marissa dan Humaira tu seingat Dara adalah teman
dormnya. Tapi mereka belum pernah bertegur sapa.
“Main
pandang-pandang kenapa? Berkenalanlah. Bagi nickname supaya senang kawan awak
nak panggil.” Arah Madam Salmah.
Kumpulan
pertama saling bertingkah mata. Tak tahu siapa nak mula dulu.
“Ehem..
Nama saya Ahmad Yusri. Panggil Yus je.” Yusri yang kena buli tadi, dah mulakan
dulu.
Yusri
“Alifah
Humaira, panggil Aira je.” Aira bertudung, mempunyai alis mata yang agak tebal
dengan hidung yang mancung. Mungkin dia ada kacukan
pakistan.
Aira
“I’m
Syed Al-Fateh, panggil Fatt tapi jangan panggil sambil doa minta aku gemuk
sebab aku nak jadi artis dan aku kena maintain slim. Ak..”
Fatt
“Aku
Rayhan Anuar, panggil Ray.” Cantas Rayhan, wajahnya nampak serius. Tak peduli
dengan muka Fateh yang sedikit terpinga-pinga tu.
Ray
Dara
yang melihat reaksi Fateh, terkulum tawa. At least ada juga seorang hamba Allah
yang boleh bercakap lebih dari empat perkataan.
“Aku
Rayhana Amira, panggil Hana. Aku dengan Ray kembar.” Seorang pelajar perempuan
berambut pendek mencelah, gayanya nampak brutal sikit.
Hana
“Oh..
Siapa yang tua?” Soal Yusri.
“Mestilah
dia, tak nampak muka dia berkedut?” Rayhana tunjuk pada Rayhan, tapi Rayhan
menjeling saja. Nampak tak sebulu.
“Okey,
aku Nur Marissa. Panggil Mar.” Marissa bertudung dan memiliki wajah lembut
walaupun kulitnya tak begitu cerah.
Mar
“Aku
Nazneen Andara. Panggil Dara.” Dara lempar senyumannya, mujur dibalas kecuali
lelaki rambut perang tu. Haih, macam manalah boleh sekumpulan dengan dia.
Dara
Sepi.
Masing-masing pandang lelaki berambut perang tu untuk memperkenalkan diri serta
nama panggilan.Tapi dia buat muka tak ada jiwa je.
Zayn
“Zayn.”
Ujar lelaki tu sepatah, itupun lepas dua minit mereka menanti.
“Are
you foreigner? Where do you come from? Can you speak in Malay?” soal Yusri,
tentu saja curious sebab dia tak pernah dengar Zayn bercakap selama seminggu
mereka duduk di dalam kelas yang sama. Dalam dorm pun Zayn tak bercakap.
Zayn
diam. Jangan kata nak jawab, nak balas pandangan teman-teman barunya itu pun
dia tak mahu. Sikapnya nampak sangat dingin.
Dan
entah kenapa, Dara rasa pendekatan yang Madam Salmah ambil ni takkan membuahkan
apa-apa hasil. Mereka berlapan nampak langsung tak serasi terutamanya Zayn.
No comments:
Post a Comment