4
AKU menjengah telefon bimbit yang
bernyanyi riang dari tadi. Nombor ni lagi. Siapalah yang call aku dari tadi ni. Dahlah takde nama, malas sungguh aku nak
jawab panggilan anonymous nilah. Nak
kena tanya siapa, ada apa. Lagi parah kalau orang yang call tu yang tanya kita ni siapa. Padahal dia yang call kita. Orang ni macam-macam ragam.
“Weh, bingitlah phone
kau tu. Kalau taknak angkat, silent okay?” tegur satu suara dari pintu bilik
pejabatku. Aku mengadah. Liya. Sepupuku, anak pak ngah, abang kepada pa.
“Argh!! Tolong, tolong!! Penceroboh!! Security, security!!” teriakku, gaya macam memang real ada penceroboh masuk dalam office
aku kan. Liya menunjukkan penumbuknya. Eleh, takat tangan keding macam tu,
heran pulak aku. ha ha ha
“Malas nak cakap dengan kau, tak habis-habis dengan drama
kau tu.” Terus Liya berlalu. Sekali lagi telefonku menyanyikan lagu Umbrella by
Rihanna. Ish..!!
“Yes? Hello..” sapaku,
malas.
“Busy?” soal
suara dihujung talian. Erk? Lelaki
bersuara macho mana pulak call aku
ni?
“Yup. Who’s there?”Lelaki
tu tergelak. Tapi, bunyi macam sinikal. Kenapa ek? Takkan prank call pulak. Siapa jek
yang berani buat macam tu kat aku? Rasanya takde.
“It’s
me, your lovely honey.” Badanku menegak serta-merta. Mata dah nak tersembul
keluar. My.. “My what?”
“Me, Afif Akmani.
Tengku Afif Akmani. Your beloved fiance..
Can be your sweetest hubby as well.” What? No way.. macam mana? Or, this is ridiculous.
“Seems like my call surprising you, huh?”
dia tergelak lagi. Tapi sumpah, memang sinis tahap gigabite punya. Sekali
dengar, memang sakit telinga. Dua kali dengar sakit urat saraf sampai ke hati. Okay, take it easy Trish. Cool, cool.
Dia yang start dulu, so...
“What’s up?” tu
dia, suara tanpa jiwa dari Baby NurBatrisyia sudah keluar. Konon-konon
panggilan dari tunang 3 minggu aku tu memang tak bagi kesan apa pun.
“Ahaa.. Hard to believe that I’m enganged. But.. well, seems like I HAVE to
believe and HAVE to accept it. So, welcome to my life, Babe.” Ohh..God.. perlu ke sesinis itu? Tak payah nak tekan sangat lah HAVE kau tu, aku faham.
“What? A ring? Oh my God, I’m enganged? This is unbelieveable. But,
huhuhu.. I HAVE to believe and HAVE to accept it somehow. So.. ehem.. ehem..
welcome to my terrible life anyway, even though you are not welcome at all,
Babe.” Nah, amik kau.
Bahagia sangatlah kau dapat perli-perli aku macam aku nak sangat kahwin dengan
kau kan. Rasakan. Ingat kau sorang jek pandai sindir-menyindir? Piii...giiii...lah..cettt..
Aik, senyap? Ha, terkejutkan? Ini Trish okay.
“Speechless? Good, mind you Tengku Afif Akmani, my beloved
fiance. I, me, myself, aku, saya, gua ke apa, taknak kahwin dengan kau, but I have to. Aku tekankan disini, aku
terpaksa. Kalau kau rasa tak boleh terima ke apa, cakap sendiri kat uncle Wan, easy kan? So, kalau takde apa-apa, got
to go. I’m a busy lady anyway. See
ya..” Lepas tu, aku dah tak kira apa dah, gelak sakan. Siap tekan-tekan
perut. Tadi macam berani sangat, sekali aku smash,
kaku terus.
Itulah, nak serang orang tak ready dengan perisai. Kan dah dapat habuan kau. Tengku Afif Akmani,
Tengku ye.. awak cuba nak jadi musuh saya ye? Ni, ambo nak khobar siap-siap ni.
Awak dah salah pilih oranglah.
Okay, sekarang dah
dengar suara dia yang cakap tak reti guna tatatertib tu, lepas ni apa pulak?
Jumpa? Alah, tak gentar langsung. And yes,
aku dah pun bertunang. Dah hampir 3 minggu. Tempoh pertunangan hanya sebulan.
Ma dan pa tak kisah pun, tambah mereka lagi cepat lagi bagus. Majlis sederhana
aje. Yang datang pun keluarga terdekat dan beberapa wartawan. Eh, mestilah kena
ada wartawan. Nak kahwin dengan anak kerabat raja lah katakan. Aku mencebik.
“Ooh,kambing kau!” aku mengurut dada. Melatah sendiri
dengan bunyi telefon yang sekali lagi berdering. Mangkuk cuci tangan betul,
terkejut aku. Amboi, Trish. Pandai dah melatah? Mana ke belajarnya? Issh, it just split out laa.. kambing
siapa yang aku sebut pun aku tak tahu. Ha,mesti sebab aku terpandang wallpaper kambing
kat skrin aku lepas cakap dengan tunang ‘tercinta’ tadi.
Aku menyambung panggilan bila nama Liya tertera si skrin.
Apa lagi lah sepupu tersayang aku ni nak agaknya. “Kedai keranda, boleh saya
bantu? Nak tempah keranda untuk diri sendiri ke?” terpa aku tanpa bersapa ke
bagi salam dulu. Dah dalam satu bangunan pun nak bertelefon segala ke? Tadi
siap menjengah bilik aku lagi.
“Saya nak tempah keranda untuk sepupu saya. Disebabkan
sepupu saya tu sangat ‘baik hati’ dan ‘mulut manis’, saya nak keranda tu dibuat
dari kayu jati Indonesia punya.” Balas Liya, siap tekan-tekan lagi ayat dia tu.
Nak sound aku sebab mulut takde
penapis lah tu. Wekk, tak heran. Tergelak berdekah-dekah lagi adalah. Ha ha ha
“Dah kenapa yang menggatal sangat call segala bagai ni? Bilik selang berapa langkah pun nak call. Eh, hari ni birthday kau ke? Dapat call
free ey?” gila kau tanya macam tu kat perempuan berjiwa perempuan ni?
Silap-silap dia buat ayat sedih konon orang tak ingat tarikh dia dilahirkan.
Bukan tak tahu Liya tu, kalau pasal birthday dia, sanggup tolong tuliskan dekat daily planner semua orang
yang terdekat. Tak payah lah rasa misteri ke apa kalau tiba-tiba tepat pukul 12
malam bertarikh 13 September, aku punya phone
berbunyi tanda ada reminder tu,
memang kerja Liya lah tu. Aku ni takdelah sweet
sangat sampai hari lahir sepupu pun nak ber‘reminder’
segala. Tarikh aku tengok dunia buat pertama kali pun sikit punya payah aku nak
ingat. Tahu-tahu ada orang wish
dengan bersorong hadiah, baru teringat tu birthday
aku.
“Weh, kan aku dah tulis kat planner kau bila birthday aku. kau ni..” tengok, kan aku dah cakap.
Betapa pentingnya tarikh tu pada insan bernama NurLiyana Hanani tu. Kalau dia
lupa hari jadi orang lain takpe, jangan orang lupa hari jadi dia. Mahu putus
silaturahim kang.
“Nak touching
lah tu. Dah..dah..apahal call? Dah
tak boleh nak heret kaki ke sini? Tadi bukan main elok lagi kau berteriak kat
pintu bilik aku kan.” Fail berkulit biru aku buka, pen yang aku selit ditepi
telinga aku capai.
“Weh, kau pun mesti lupa kan? Kita ada meeting lah weh sekarang ni? Kan pa kau
dah pesan semalam dia nak buat meeting
for every manager from all department.
Aku dah dalam lif ni.”
Err?? Terus tegak badan aku. Meeting..meeting..mee..hell.. Macam mana boleh lupa? Pukul 3 pa
cakap. Sekarang? Damn, dah nak lebih
setengah jam dari masa yang pa tetapkan. Mautlah aku macam ni.
Tanpa pamitan,aku mematikan talian. Sepantas kilat blazer
berwarna putih aku sarung. Beberapa fail yang aku rasa penting, aku apit
diantara dada dan tangan kanan. Mana perginya secretary aku ni? Hmmm..patut pun dia tak interkom aku segala,
rupanya dia tengah busy bergosip
dengan Lan. Ish, Mira ni. Aku pecat baru tahu.
Lift aku tuju, kalau meeting
tergempar untuk semua department
macam ni memang biasanya guna meeting
room dekat admin floor. Tingkat atas sekali. Kalau setakat meeting among pekerja dalam department tu aje,
mesti guna meeting room yang dah di‘provide’kan kat setiap department.
Pa, I’m coming..
Ngaaaa..
No comments:
Post a Comment