2
AKU tunduk. Kaki duk giat menguis bulu-bulu permaidani
mahal yang mama beli raya tahun lepas. Tak tahu apa yang buatkan ia mahal. Kot
dikait guna bulu kambing gurun agaknya. Mama, kan.. Semua nak top.
“Asyiklah
duduk melepak, buang masa. Kejap vrooom.. ke sana. Kejap lagi vrooom.. ke sini.
Apa, tak cukup lagi JKR ukur jalan, kau pun ikut sama nak menolong?” aku lepas
nafas berat, mata menjuling keatas. Apa ni? Abah, katakanlah padaku, apa semua
ini? Argh.. ayat dramalah kau ni Del.
“Suruh
futher study tak nak, kerja pun tak nak. Apa yang kau nak ni, Del?” Haaa...
soalan nilah yang aku dok tunggu dari mulut abah sejak malam tadi. Sebenarnya
sejak habis buat Degree lagi. dengan mata bersinar-sinar, aku tatap mata abah.
“Del nak
Skyline GTR, abah! Boleh tak?”
Papp!!
Melayang kusyen kecil tepat menampar kepala aku. Serabai terus rambut aku. Aku
toleh kat Danish. Apahal? Tengok ajelah TV tu, main baling-baling pula. Danish
buat muka. Aku jeling.
Aku kalih
pada abah semula. “Bolehlah abah. Kalau abah bagi Skyline tu, Del kerja dengan
abah. Okey? Deal, ey? Ey?”
Papp!!
Kali ni kusyen melayang pula dari sudut kanan. Damien ni.. Dah baling buat muka
tak bersalah pula. Selamba dengan Candy Crash kat Note 10.1 dia. Apahal
abang-abang aku dok pakat baling kusyen ni?
Abah yang
terus diam, aku pandang lagi. Tak hirau kat abang-abang aku nak baling apa pun,
suka hati dialah. Yang penting aku dapat Skyline GTR tu. Tengok muka abah macam
tengah buat pertimbangan. Ahhh.. ada harapan. Tak sabar nak drive kereta tu
depan Qaiser. Yalah, diakan baru beli Honda Mugen RR, walaupun dia beli kereta
tu sebab ayah dia yang paksa sebab ayah dia cakap tak sesuai GM pakai Neo
gempak macam tu, tapi aku tetap cemburu. Huhuhu
“Abah..
tak payahlah fikir masak-masak sangat. separuh masak cukuplah. Boleh ey? Yeah,
Del dapat Skyline!! Yeah.. Yeah!! Abah be..”
Papp!!
Terdiam terus bila kusyen melekap betul-betul kat muka aku. Siapa yang baling?
Ohh noo.. abah!!! Ni bukan petanda yang baik.
“Skyline
wak lu!! Ingat abah kau ni Gabenor bank negara? Ha?? Kau ingat abah kau ni
tauke kayu balak yang berjaya?? Skyline konon. Huh.. Isi minyak Myvi yang dah
tak macam Myvi kat luar tu pun, abah kau punya ehsan. Ada hati minta Skyline.”
Abah buat muka ‘Aku Tak Kuasa Nak Melayan’ tu kat aku. Hilang lesap, hancur
musnah harapan nak ‘ek’ dengan Qaiser.
Aku juling
mata keatas bersama keluhan. Berapa kali nak cakaplah abah ni. Bukan Myvi. Its
Passo, abah. Toyota Passo. Ish.. Bunyi tawa mengejek dari abang-abang aku, aku
buat tak layan. Dah biasa jadi ‘lauk’ dia orang. Kalau sehari tak ‘membahan’
aku, rasanya boleh putus urat kentut dia orang kot.
“Skyline
dowhh.. gila tak gila. Hahaha..” sindiran Danish disambut tawa Damien.
“Hadoii..
Dia ingat abah dia sepupu sepapat Zetti Aziz agaknya. Hahaha..” lepas tu sakan
dia orang gelakkan aku. Aku renung mereka satu persatu. Dua biji kusyen aku
capai, elok Danish nak buka mulut, laju kusyen menepek pada mukanya. Terus
terdiam. Damien yang nak gelakkan Danish pun terima nasib yang sama. Padan
muka.
“Apa
salahnya Del minta Skyline pun? Abah, kenapa Dany dengan Damy boleh, bila
sampai turn Del tak boleh? Ohh, time dia orang abah tengah jadi Gabenor lah,
ek? Time Del terus pencen. Tak adil. Tengok si Daz tu, baru dip dah dapat Neo.
Del ni, dapat Myvi aje, itu pun lepas grad degree.” Aku dah buat muncung itik
nak menyudu bubur ayam Mcd. Hati dah sebak, mata nak keluar air. Wa memang tak
boleh rasa dianak tirikan, mulalah wa nak bersenandung. Luar aje nampak kental,
dalam bukan main girly lagi.
“Wahai
anakku Nurul Delisha Armani, tak payah nak buat sinetron Ratapan Anak Tiri ya
kat sini. Cuba tanya dengan kekanda-kekanda awak tu, siapa yang bayar kereta
dia orang. Tak adil konon.” Entah dari mana datangnya mama, tiba-tiba dah duduk
kat sebelah aku. Berkongsi sofa yang
sama. Aku selak rambut yang berjuntai didahi dengan kasar. Muka abang-abangku,
aku tenung. Minta jawapan.
Memang pun
selama ni aku tak pernah tahu macam mana dia orang boleh bergaya sakan dengan
kereta dia orang tu. Yalah, tahu-tahu balik rumah setahun yang lepas, Camry
Damien dah jadi BMW Z4. Bila tanya, mana dapat duit beli, dia senyum-senyum
aje.
Danish dah
melipat sila membelakangkan TV. Damien letak tepi Note 10.1. Dalam aku tak
sabar menanti, si abang-abang boleh buat aksi kanak-kanak tak akil baligh dia
orang tu. “Kaulah dulu. Kau sulung.” “Eh, kaulah dulu. Kaukan macho.” “Kaulah,
kau segak what.” “Ish, kaulah.”
Aku rasa
macam nak tarik-tarik rambut sendiri aje tengok perangai dia orang ni. Sadis.
Muka aje hot, perangai out.
“OMG!!
Guys, please!!” heii, silap tarikh dan masa, ada yang kena serangan Burung
Meliwis kang. Tak tahu ke ilmu silat aku penuh didada? Opss, jangan riak Del.
Ilmu mempertahankan diri bukan untuk dibanggakan, apatah lagi ilmu silat. Silap
gaya, lain jadinya.
Serentak
dia orang ketawa. Paling tak tahan, abah dan mama pun boleh join sama. Cool
Del, kaukan jiwa ringan. Huh.. Ringanlah sangat.
“Okay..
Okay.. For your info Nurul Delisha Armani, your abang yang sulung ni Ahmad
Damien Arman dapat BMW Z4 tu atas usaha sendiri. Bukan abah yang belikan.” Dia
jungkit kening bila aku buat muka tak percaya. Tipulah. Kerja bank aje pun.
“Laa..
Betullah.. Tanya abah dengan mama. Damy beli pakai duit sendiri.” Aik, macam
tahu-tahu aje apa dalam kepala aku.
“Takkan
kerja kerani bank boleh kumpul duit beli BM? Z4 pula tu.”
“What?
Kerani? Deyy, minachi. Kau baru balik dari dunia mana ni? Pasal abang kerja apa
pun kau taram letak kerani. Punyalah bersusah-payah abang kau ni belajar sampai
nak pecah kepala, dapat jadi bank auditor kau cakap kerani? Tak patut sehh..”
Ek? Aku
garu kepala? Auditor bank? Apasal aku tak tahu?
“Bila naik
pangkat?” dan aku rasakan soalan aku tu memang salah parking sebab aku dah
nampak bayangan aku dikerat lima dari air muka abang kandungku sendiri.
“Ya
Tuhan.. Tulah dia, asyik dengan dunia luar dia tu sampai hal keluarga pun tak
pernah ambil tahu. Abang kau tu memang bank auditor, dah berapa tahun kerja kat
situ. Ishh.. Teruknyalah budak ni.” dalam membebel, laju aje tangan mama
menepuk pahaku. Perit. Aku berseringai. Penangan Hajah Mawarni, dulu kini dan
selamanya. Mantopps!!
Aku toleh
pada Danish, dia dah jegil mata kat aku. Apahal pula ni? “Kalau kau cakap Dany
driver ambulans, sports rim kau Dany bakar kejap lagi.” Wah, terus warning. Tak
boleh tahan betul. Tahulah dia doktor, Made in Ireland lagi. Berlagak.
“Tahulah,
Inche Doctor. Doktor korek mata.”kutukku. Rasanya dah hampir empat tahun abang
kedua aku tu bergelar doktor pakar mata. Baru awal tahun lepas dia berjaya buka
klinik dia sendiri bersama teman sebidang dia.
“Maaf ya,
bukan doktor korek mata tapi doktor cinta. Doktor yang mampu membuatkan
pesakitnya berdebar-debar. Seronoknya alam perubatan, dikelilingi oleh
jururawat yang super duper cute lagi gebu.” Dia dah buat muka gatal tak tahu
berapa voltan. Aku dengan Damien menggeleng, Romeo tak sudah.
“Dah tu,
cepat-cepatlah sikit bawa menantu kat mama dengan abah. Berangan tak ingat.
Muka gatal bukan main lagi.” selit abah, dah tak tahu nak buat muka meluat
macam mana. Mahu tak, Danish kerja tukar-tukar awek macam tukar stateskop aje. Amboi,
pandai mengata orang nampak. Hahaha
“Alaaa..
abah ni, sabarlah. Tengah buat ujian saringan ni. Rambang mata, kalau boleh
semua nak.” Eeiii, jawapan dia buat aku rasa nak keluarkan laser yang ada kat
Ultraman tu aje. Bagi dia sedas dua, lebur terus. Menyampah.
“Dahlah,
nak muntah hijau dengar. Perasan nauzubillah, minta ampun. Cepat bagitau, mana
dapat duit beli RX 8 kat luar tu. RX8 baru pula tu.” tengok gaya, kalau tak
hentikan, sah larut sampai esok petang.
“Eleh,
tenang ar. RX 8 tu, habis kuat pun Dany loan. Down payment pun kena buat
agreement hitam putih dengan Tuan Haji Darsuki, kalau tak haruslah masih
terkial-kial mengumpul wang simpanan.” Danish sengih.
Aku toleh
abah. Mata dah bersinar galak. Harapan. “Del nak loan jugalah macam tu, bah.”
Abah
angkat penumbuk. “Ni nak? Loan konon. Nak bayar pakai apa? Air liur? Mimpi
ajelah bawa Skyline GTR kau tu.” ejek abah. Hurmm.. Abah ni..
“Tak payah
nak mengadalah, Del. Pakai Passo pun kau boleh race, ni lagi kalau bawa
Skyline.” Celah Damien dengan nada yang agak kebapaan. Antara Damien dan
Danish, dah tentulah Damien yang lebih nampak matang. Nama pun abang sulung.
Tapi... Antara Damien dan Dazrin, rasa aku Dazrin si bongsu tu lagi matang dari
si sulung. Umur dua puluh satu tapi cara pemikiran, macam sama usia dengan
Damien. Tapi sayangnya, aku lebih suka dengan cara Danish. Kepala sempoi,
memang cool habis kalau lepak dengan Danish.
Aku
berseringai bila terasa telinga dipiat. Siapa lagi kalau bukan mama. “Ma, apa
ni?”
Mama
tenung tajam. “Apa ni? Tulah dia upah sebab malukan nama baik keluarga kita
malam tadi. Sedap?” sinis mama bertanya. Aku mencemik. Ingatkan aku dah berjaya
alihkan topik, rupanya tak jalan juga. Sah kena sambung balik dengar ‘motivasi’
dari Tuan Haji Darsuki.
“Nasib
baik tak masuk lokap, kalau tak? Mana nak letak muka abah ni?” kan.... Abah dah
masuk forum semula. Aduiiii...
“Tapi bah,
bukan salah Del. Qai tu..” dah, aku kait nama si mangkuk tu pula. Alamak Del,
kau ingat abah percaya ke kalau kau guna nama Qaiser pun? Macam abah tak tahu
yang kepala bertanduk selama ni siapa. Qaiser buat jahat pun kau yang jadi
cikgu kot. Sadis.
“Qai pula?
Jangan cakap Qai yang suruh ke apa, sebab yang abah tahu semalam Qai tak ada
kat KL pun. Semalam petang dia jumpa abah sebelum drive ke Penang.”
Aku garu
kepala. Kantoi. Tak sempat nak menipu, baru seru nama aje pun, dah kantoi.
Tulah dia, kadang-kadang aku terfikir, aku ke Qaiser yang berbinti atau
berbinkan Tuan Haji Darsuki ni? Den kompius!!
“Lu nak kencing tak tengok cuaca dululah, minah.
Kan kena hidung sendiri. Ha ha ha..” Damien sambut kata-kata Danish dengan
gelak tawa besar. Aku mencebik. Gelaklah, gelak. Huh..
“Lepas ni,
kalau abah tahu kau race lagi, abah ubah Myvi yang tak macam Myvi tu jadi
Kancil.”
“Huuuu...
Sadis..” Danish mengejek lagi. siap buat mimik muka. Haih, rasa macam nak kasi
penumbuk ghaib aje.
“Suruh
kerja, tak mahu kerja. Suruh belajar tak mahu belajar. Cuba tengok Sara tu, nak
kahwin dah. Kau tu?” alamak.. ni yang aku nak angin satu badan ni. Cukup
pantang aku kalau orang beza-bezakan aku dengan orang lain. Lagi-lagi kalau aku
dibezakan dengan Qaisara adik si Qaiser tu. Tak kisah nak kutuk aku macam mana
pun, tapi tolong jangan merendahkan aku dengan memuji orang lain. Panas beb!!
“Nak harap
ada boyfriend pun susah. Kerja nak mengurat anak orang aje. Macam kau tu anak
jantan. Mana lelaki tak takut dengan kau? Tengok Sara, baru 23 dah nak kahwin.
Dapat pula orang kerja kerajaan. Kau apa ada?” Sara lagi? Grrr.. aku genggam
jemari. Sakit hati.
“Sekarang
ni, abah tak peduli. Abah nak kau pilih, kau tolong abah kat kedai atau abah kahwinkan
kau. Mana kau nak?” What?? Spontan aku pandang abah. Kahwin? Sum-pah tak
kelakar. Ya, aku tahu kali ni abah pun tak buat kelakar dengan ugutannya.
Tengok air muka pun aku tahu.
“Pilih,
nak yang pertama atau kedua.” Tekan abah lagi, dengan nada tegasnya. Muka tak
payah cakap, serius habis. Aku toleh mama, mama jungkit bahu. Tanda tak masuk
campur. Aku kalih pada Damien. Damien senyum, senyum simpati. Danish pula?
Sengih-sengih siap angkat ‘thumbs up’ kat aku. Tak boleh pakai punya abang.
“Del pilih
yang ketiga.” Aku balas dengan nada yakin. Lepas tu, mama, Damien dan Danish
serentak bulatkan biji mata. Mahu taknya, abah bagi dua pilihan aje. Aku pilih
pula yang tak ada dalam list. Abah pula aku tengok tenang saja. Siap senyum,
meleret lagi.
“Okay,
then. Kunci Myvi pass pada abah sekarang.” Abah dah hulur tangan. Eh? Apasal
tiba-tiba pula? Jangan cakap...
“Sayangnya..
Nak mainkan abah, rupanya abah mainkan dia. Tsskk.. Tsskk.. Tsskk..” Danish
geleng-geleng kepala.
“Kenapa
pula? Apa kena-mengena dengan kereta Del?”
“Abah lupa
nak sebut tadi, pilihan ketiga abah ambil Myvi kau. So, comfirm ya kau pilih
yang ketiga?”
Perasaan
aku? Arghh!! Aku rasa macam nak cari punching bag. Gerammmmm!!!
“Abah, Qai
balik bila?” soalku dengan nada tertahan-tahan. Sakit hati. semua pilihan macam
tak bagi aku hidup dengan aman.
“Assalamualaikum..”
Aku toleh
arah pintu masuk. Here you come. Mata dah bersinar-sinar. Nampak cahaya nak
membunuh disitu.
“Habislah..”
gumam Damien.
“Langkah
kirilah pula mangkuk ni.” sela Danish pula.
Aku
pandang abang-abangku. Damien berdeham terus kembali pada Candy Crash dia.
Danish pula buat pandang tempat lain.
“Syukur,
kalau tak kau orang yang jadi mangsa.” Mama pun join sekaki.
family yg sempoi..
ReplyDelete