16
ENJIN kereta aku matikan. Aku
bersandar, berteleku menatap banglo yang berdiri gah dihadapanku. Kalau ikutkan
rasa hati, memang malas sangat aku nak balik, tapi sebab nak tolong punya
pasal, nak taknak terpaksalah.
Bukan
aku bencikan rumah ni, tapi aku tak mahu bertembung dengan lelaki yang tak
pernah menerima kehadiran aku disini. Kerana itu sejak berdaftar dikolej dan
menjadi penghuni asrama aku jarang balik. Rasanya sejak dua bulan memegang
status pelajar Great Asian College, masuk ini baru dua kali aku balik ke rumah,
tu pun sebab nak melawat Harun. Tapi sekarang Harun pun dah tiada..
Biasa
balik dengan Isya, sekarang ni aku terpaksa berdiri dikaki sendiri. Haish, Isya
punya pasallah ni. Dah tahu pendrive
tu penting, pergi tinggal tu kenapa. Dah satu hal aku yang kena amik sebab dia
tengah sibuk bina dia punya model rumah.
Esok nak presentation, hari ni
baru nak kelam-kabut sampai aku pun jadi kelam-kelibut. Nasib baik dari kolej
nak ke Country Height Damansara takat sekangkang kera aje.
Memandang
Ferrari merah yang terparking aman digaraj buat aku rasa nak reverse ke asrama semula. Malasnya nak
bertembung dengan dia ni, buat sakit hati, bengkakkan jiwa raga aje. Time ni jugaklah dia nak ada kat rumah,
apasal tak stay aje kat hospital tu.
Aku
melepaskan nafas sebelum melangkah keluar dari kereta Suzuki Swift yang
disembur warna light pink. Kereta ni kata
papa, papa dah lama beli, sebelum aku datang sini lagi tapi tak bertuan.
Sebelum aku dapat lesen memandu, kereta ni masih warna biru tua tapi lepas aku
dapat lesen, terus Isya dan Syazlan hantar ke kedai spray kereta untuk ditukar warnanya. Tu yang jadi light pink dengan tema patung Barbie.
Melepasi
ruang tamu utama, tiada apa yang aku lihat selain perabot dan sofa. Sunyi sepi
aje. Entah mana agaknya mama Su. Rumah besar-besar bila ramai orang seronoklah,
riuh-rendah aje. Cuba penghuninya tinggal dua tiga orang aje, alamat rasa macam
tinggal sorang-sorang ajelah.
“Ala,
tak bolehlah sayang...” Eh.. aku menyorok pada dinding yang memisahkan dapur
dengan ruang tamu. “..I sibuk sangat kat
rumah. Nak masak, kemas rumah lagi. Orang gaji? I dah mintak dah, tapi masih
dalam proses. Hmm.. betullah, ingat senang ke nak cari orang gaji. Ya.. ya, I
pun rindukan you jugak. Hmm.. tahu.. tahu..”
Aku
kerut dahi. Mama Su bersayang-sayang dengan siapa? Papa ke? Aku angguk. Papalah
tu, siapa lagi. Ketika kaki hendak melangkah, aku bagai tertarik untuk terus
mendengar perbualan mama Su dengan papa ditelefon pastinya. Rasa macam ada yang
pelik aje.
“..nak
keluar curi-curi? Tak mahulah I, nanti kantoi dengan anak-anak tiri I tu, tak
haru? Nantilah, bila I free kita
jumpa ya? Betul, I janji. You tu bila I free you sibuklah teman bini you shoppinglah, makan anginlah. Tak sukalah
I macam tu.”
Arr..?
Aku geleng kepala. Takkan mama Su bersayang dengan lelaki lain? Ish, takkanlah
kot. Mama Su sikit punya baik layan papa. Aku angguk,mesti mama Su tengah
berbual dengan.. hmm.. dengan siapa yek? Aduh, nak sedapkan hati sendiri pun
tak tahu macam mana.
Aku
menjatuhkan tangan ke sisi, entah macam mana boleh terpaut pada jambangan bunga
yang terletak di meja sudut. Pantas aku menyambut sebelum ianya jatuh ke
lantai. Kalau jatuh, matilah aku kantoi curi dengar mama Su buat skandal. Hu hu
hu..
Prangg..!!!
Aku
membeliak biji mata. Lain yang aku takut jatuh, lain pulak yang jatuh. Mana
pulak datangnya gelas kaca ni? Macam mana ni? Ahh.. cabut ajelah.
Aku
membuka langkah, berlari meniti anak tangga tapi belum pun setengah tangga, aku
bertembung dengan orang yang entah sejak kurun ke berapa berdiri kat sini.
Impak dari perlanggaran tadi, aku hampir tergolek ke bawah semula mujur dia
sempat memaut pinggang aku lalu membantu aku mengimbangi badan.
Aku
beristighfar dalam hati. Kalau jatuh tadi, meskipun taklah tinggi mana tapi
masih ada potensi berlaku keretakkan tulang rusuk tau. Aku angkat muka, ingin
melihat siapa gerangan yang telah menyelamatkan aku tadi. Dan bila mata
bertentang mata, hidung bersua hidung. Aku tergamam. Sekejap. Lepas tu aku buka
mulut luas-luas ready nak menjerit.
Tapi
tak sempat aku menjerit, mulut aku ditekup kemas dan kuat. Bulat mata aku
membalas renungan tajamnya. “Lebih baik kau diam kalau kau tak nak mama tahu
kau curi dengar perbualan dia.” bisik Raff, malah amarannya kedengaran tajam.
Dalam
aku berkira-kira hendak membalas kata-katanya, aku terdiam bila terdengar suara
mama Su yang agak kuat menandakan kedudukannya tidak jauh dari kami. Hampir aku
terdorong ke belakang bila Raff dengan kasar melepaskan pinggangku lalu berlari
secara senyap naik keatas. Aku sendiri tak menunggu lama, terus mengikut
jejaknya. Gila nak diri kat tangga tu aje? Ada yang kantoi pasang telinga kang.
Tiba
ditingkat dua, aku menoleh kiri dan kanan, mencari kelibat Raff. Tapi tiada.
Hmm, dah masuk biliklah tu. Doktor tu
manalah sudi nak pandang muka aku ni. Orang kampunglah katakan. Huh! Aku terus
mendaki untuk naik ke tingkat tiga. Isya kata, pendrivenya itu tertinggal didalam bilik studi. Isya.. Isya, nasib
baiklah aku tak ada kelas petang ni. Kalau tak, kau baliklah sendiri amik pendrive kau tu.
Masuk didalam mini library
ditingkat tiga, diaras bilikku, aku menggeledah isi bilik. Ya Tuhan, dahlah
benda alah tu kecik, macam mana gaya yang aku nak cari ni? Aku meraba BB
didalam beg bukuku, bila telefon canggih itu sudah berada didalam tangan,
pantas aku mencari nama Isya dari dalam senarai nama. Beberapa ketika menanti,
talian bersambung. Terdengar suara Isya menyapa.
“Weh, tak payah nak berhellolah. Aku nak tanya ni, kat mana kau letak pendrive tu?” soalku sambil mengangkat buku-buku diatas meja studi.
Kot benda tu terselit kat celah mana-mana ke.
“Kat dalam mini librarylah,
nyonya.” Dia merengus sedikit.
Aku berdiri bercekak pinggang dengan sebelah tangan. “Dey
minachi, mini library ni walaupun
mini tapi besar tahu tak? Kat celah mana kau letak? Kau jangan nak hangin dengan aku ey, aku nak tolong
amikkan ni pun kira bersyukur sangat-sangat tahu tak? Flying kick kang...” haa, ni yang angin aku nak bertiup sepoi-sepoi
bahasa ibunda ni. Kita nak tolong, dia boleh bagi suara mantol dia tu kat kita.
“Kay.. kay.. I’m
sorry. Kau ni, ikhlas tak ikhlas tolong aku? Aku lupalah aku letak mana.
Cuba kau tengok kat CPU pc aku tu. Kot aku cucuk lupa nak tanggal ke.”
Giliran aku pula merengus. Suruh aku cari tapi dia
sendiri tak tahu kat mana dia letak benda tu. Umur baru 22, tapi dah nyanyuk.
Aku membongkok sedikit, menjengah CPU yang terletak dibawah meja studi Isya.
Aku menggaru kepala.
“Saodah oi, mana ada. Cuba kau ingat betul-betul, kau
letak kat mana.” Aku duduk dikerusi Isya. Jacket denim separas dada itu aku
tanggalkan, tinggal sleveless tee sendat berwarna kuning telur. Panas gila, nak
pasang air-cond malas nak cari remote controllernya.
“Alamak.. kejap.. kejap.. Nanti aku call kau balik.” Terus talian mati.
Aku jungkit bahu. Ikut kaulah Isya weh. Kerusi beroda itu
aku tarik menghampiri meja studi Isya, komputernya aku hidupkan. Sementara
tunggu Isya telefon balik, baik main game
dulu. Menanti komputer on, aku
terpandang bayang wajahku di skrin monitor. Lebihan rambut yang menutupi dahi
aku kemaskan sedikit kemudian aku mengikat longgar rambut kerintingku itu.
Barulah nampak sempoi sikit.
Alamak, Isya guna password
pulak nak masuk komputer dia ni. Hmm..
think Lis.. think.. Okay, rasanya macam ‘ISYA91’. Aku taip pada ruangan
yang ada tapi.. Tetttt!!! Salah pulak. Haa, ‘ISYAAKRAM’ kot. Sekali lagi aku
mencuba. Dan sekali lagi direject.
Gila apa Isya ni, sampai nak berkata kunci segala.
Tak apa Lis, jangan mengalah. Keep on try. Trial and error ajelah gamaknya. Hmm.. apa barang
kesayangan Isya? Kereta? Yes, kereta.
Tak kan dia guna password ‘MINICOOPER’ kot. Woo.. wait.. wait.. How about nombor pendaftran kereta dia? Yup, aku menaip ‘KA666’ dan.. akhirnya wallpaper diskrin mula terpampang. Gilalah,
aku berjaya hi-jack password komputer
orang.
Eei, ni gambar Isya zaman bila ni? Comotnya. Ni mesti
zaman belum baligh dia ni. Apalah, guna wallpaper
gambar tak matang lagi. aku tergelak sendiri. Sedang aku mencari ‘Game’ didalam folder komputer, telefon
bimbit aku berlagu. Dari nada dering, aku boleh mengagak siapa yang memanggil.
Dengan senyuman mekar dibibir, aku menjawab.
“Hi my little
princess. You buat apa tu?”
“Lis kat rumah papa ni. Lis..”
“Lis balik rumah tak cakap pun? Apasal tiba-tiba?” nyata
Syazlan terkejut hingga memintas kata-kataku.
Aku bersandar dikerusi. “Lis baru aje sampai, Lis balik
kejap aje ni. Amikkan barang Isya, dia nak guna esok. Abang kat mana ni?”
Aku terdengar Syazlan melepaskan nafasnya. “Abang kat court. Ada kes, baru habis ni. Lis dah
makan? Kita makan sama nak? Abang amik Lis kat rumah, lepas makan abang hantar Lis
balik rumah semula.”
Aku berfikir sejenak. Rasanya macam.. “Bang, tak
dapatlah. Isya nak pendrive tu urgent. Dia nak kena present esok. Next time ajelah, ya.” Lembut aku memujuknya. Bukan tak tahu
Syazlan tu, kalau tak dituruti kemahuannya, mahu mogok. Lepas tu mulalah tak
nak jawab call, tak reply message. Nama aje dah tiga puluh
lebih, tapi perangai macam budak-budak.
“Lis, Lis tahu tak gaya Lis busy ni mengalahkan abang yang berkerja. Abang pun masih ada masa
untuk kawan and family.” Tengok, dia
dah mula merungut.
Aku koyak senyuman nipis, manja betul. “Lis.. err..” aku
menoleh ke belakang bila terdengar deheman. Alamak.. Bala ni.
“I’ll call you
back, kay. Bye.” Aku memberi perhatian pada Raff yang sedang berpeluk
tubuh, berdiri ditengah-tengah pintu masuk bilik. Pun begitu aku masih duduk,
bersandar tenang membalas renungan dingin lelaki muda itu.
“I think you should
knock the door before you enter, don’t you?” aku bertanya tanpa sebarang
riak diwajah. Tanpa sebarang ekspresi pada muka, dia menjungkit bahu pun
matanya terus terpaku padaku.
“Apahal balik tiba-tiba?” dia bertanya, nadanya tanpa
lenggok. Straight aje macam pembaris.
Dia ni, tak ada perasaan agaknya. Aku angkat kening, sengaja menyakitkan hati
Raff. Raff, biarpun hanya berseluar track hitam dan singlet putih, dia tetap
nampak menarik. Apatah lagi singletnya itu menyerlahkan lengannya yang sasa.
Pada aku, Raff dan Syazlan biarpun tidak serupa, tetapi dua-dua punya tarikan
yang tersendiri.
“Saja. Why?”
Dia terus tenang. Sedikit pun tak terusik dengan soalanku
yang seakan mencabar dirinya. Malah tanpa sedikit pun melarikan pandangannya
dariku, dia berlajan perlahan. Dia semakin menghampiri aku yang masih duduk
diatas kerusi sejak tadi. Renungannya yang dingin membeku, membuatkan jantung
aku berdetak hebat. Dahlah dia berjalan kearah aku, aduhai rasa nak tercampak
keluar jantung ni ha.
Langkahnya terhenti ketika dia betul-betul dihadapan aku.
Malah tanpa rasa bersalah, dia membongkokkan badannya, merapati aku yang sudah
semakin ke belakang. Wajah kami terpisah dua inci sahaja, malah aku dapat
merasakan hangatnya hembusan nafas Raff menghembus wajahku. Mata kami
bertentangan. Renungannya masih dingin seperti tadi, sedangkan aku dah terasa
seram sejuk. Apa yang Raff cuba lakukan ni?
“Raff..?” aku menyeru namanya, kotlah dia nampak muka aku
macam muka awek dia ke, tak ke haru kalau tiba-tiba dia cium aku. Aku genggam
erat tangan, bersedia. Manalah tahu Raff nak buat apa-apa, senang aku nak bagi
penumbuk.
Tiba-tiba dia menjangkau tangan kirinya ke belakangku. Ya
Allah, dia nak peluk aku ke? Aku pejam mata sekuat mungkin, dengan sepenuh
tenaga, aku menghayun penumbuk pada wajahnya. Tapi sayangnya, sasaran tak
mengena. Bukan sebab tersasar, tapi sebab penumbuk aku tu ditangkap oleh tangan
kanan Raff. Aku pantas membuka mata, kami bertentangan.
Aku rasa peluh dah meleleh kat dahi aku ni ha. Dia pulak
boleh tiba-tiba tarik senyum, sinis pulak tu. perlahan-lahan, tangan kirinya
dibawa ke depan, dia menayang sesuatu dihadapan mataku.
Erkk? Macam mana.. Aku pantas mencapai telefon bimbit
yang berdering. “Lis, dah jumpa dah?” soal Isya agak buru-buru.
“Err.. arr..” aku hilang kata. Mana tak hilang bicara
kalau dah Raff punya muka betul-betul depan muka aku sekarang ni. Bilalah dia
nak blah ni?
“Aku dah suruh Raff bagi kat kau. Aku baru teringat, dia
yang pinjam pendrive aku hari tu. Dia
dah bagi belum?” suara Isya menerjah lagi.
Aku paling pada Raff, dia menjungkit kening padaku. Aku
telan liur. Dia amik pendrive aje
rupanya tadi, aku ingat dia nak peluk aku. Malunya. Aku rasa muka aku dah
membahang, dah kemerahan rasanya. Raff dah berdiri tegak, tapi kedudukannya
masih ditempat yang sama.
“Err.. dah.. dah.. kejap lagi aku balik.” Pantas aku
putuskan talian. Aku duduk tegak diatas kerusi. Kepala aku menunduk, merenung kaki
sendiri. Tak terangkat mata nak balas renungan dingin dia tu yang pastinya
sedang mentertawakan aku.
Tanpa mengangkat wajah, aku mengambil pendrive berwarna hitam itu dari tangan
Raff bila dia menghulurkan padaku. Sunyi seketika hinggalah aku terasa ada
tangan yang menyangkut jacket aku dibahu. Menutup bahuku yang terdedah. Aku
pantas angkat mata, membalas pandangan Raff. Dia melemparkan senyuman nipis,
nampak ikhlas. Bukan lagi senyum sinis seperti selalu. Comelnya.
“Aurat ni biarlah disimpan dan dijaga untuk suami.”
Tuturnya perlahan, cukup perlahan hingga gemersik suaranya kedengaran sangat
romantik. Aduhai.. cairlah aku kalau macam ni.
“Drive
elok-elok.” Pesannya. Sekali lagi aku terpempam. Biar betul? Raff mamai ke apa
ni? Dia tahu tak aku ni perempuan yang selalu dia hina dan kutuk selama ni? Dia
sedar tak aku ni musuh yang dia cipta sendiri?
Dan dengan pesanan itu, dia terus berlalu. Sedikit pun
tak menoleh padaku lagi. Perlahan-lahan aku menggenggam jacket yang tersangkut
dibahu. Raff..
Best2! Watak raff tu mmg mysterious but..I love it! Can't wait for next n3! Chia yo!!!
ReplyDeletei like Raff
ReplyDelete