11
INI PILIHAN aku. Biarpun aku
tahu aku sedang melakukan kesalahan tapi biarlah aku sendiri yang tanggung. Ada
banyak sebab kenapa aku memilih jalan ini.
Satunya
kerana aku mahu Raff tahu, biarpun aku orang kampung yang kolot, tapi aku masih
punya sesuatu dalam diri iaitu keyakinan. Kalaupun dia mahu menghina aku kerana
aku bukan lagi seorang gadis yang tak suci, tak mengapa kerana aku pasti dengan
keberanian aku ini, aku akan membuatkan dia terdiam.
Dan
keduanya kerana aku pasti ini adalah salah satu langkah supaya orang lain
menghormati aku. Kalau dengan gaya kekampungan, mereka boleh memperkecilkan
aku, tunggulah kejap lagi.
Dan
yang paling utama, aku tahu ini merupakan salah satu cara untuk aku mengesan
siapa orang yang merogol aku kerana aku pasti orang itu berada didalam banglo
ini. Mungkin dengan berpakaian kampung, lelaki yang merogol aku itu tidak rasa
tergugat.
“Lis,
cepatlah. Weh, tak kan kau nak join
ahli sihir dengan lanun tu, tak reti nak siap awal. Heeii, jangan bikin aku
panas Lis.” Terdengar Isya membebel diluar kamar aku diselangi dengan ketukan
dimuka pintu.
“Sya,
aku dah siaplah. Kejap lagi aku turun.” Sekarang ni, aku dah tetapkan, Isya
akan menjadi teman baikku.
Seketika,
suasana kembali senyap. Pasti Isya dah pun turun.
Aku
mengambil beg jinjit berwarna hitam tanpa jenama. Aku isikan dompet kulit hitam
ke dalamnya. Telefon bimbit Blackberry aku capai lalu aku simpan didalam beg
tadi. Beberapa dokumen yang sudah berada didalam fail jernih aku apit.
Aku
berdiri dihadapan cermin. Melihat penampilan baru aku. Semalam sewaktu pulang
dari membeli-belah, semua orang sudah pun masuk tidur. Makanya pagi ini akan
menjadi sesi suai kenal dengan Lis, bukan Mai.
Aku
menyentuh rambut baruku. Memang ada gaya rambut Taylor Swift. Mujur warnanya hitam saja. Gempak habis. Bila
dah buat rambut macam ni, rasa muka aku ni comel pulak. Aku sengih sendiri.
Isya pun cakap macam tu, mana aku tak perasan. Tambah lagi bila aku menempek
sedikit bedak dan eyeliner hitam,
memang penampilan aku nampak agak menyerlah.
Aku
pandang pada tubuh yang dibaluti dengan sleveless tee putih, dipadankan dengan
jacket denim berwarna putih serta seluar jeans labuh berwarna hitam. Kasut
pulak.. Hmm, aku capai kotak kasut ditepi meja solek. Kasut sneakers aje, lebih
selesa nak bergerak ke mana-mana.
Okay, Lis. Ready.
AKU berhenti seketika ditepi
dinding yang memisahkan ruang makan dengan ruang tamu. Curi dengar. Bukanlah
aku saja-saja nak buat kerja tak elok ni, tapi aku seakan terdengar nama aku
menjadi topik perbualan mereka. Hmm.. mungkin juga pertengkaran.
“Apa
nak dibisingkan ni? Kan dia pergi dengan Isya, bukan pergi merayap
sorang-sorang. Yang awak ni risau sangat kenapa? Diorang dah balik pun. Ni ha,
Isya dah ada depan mata awak pun.” Terdengar suara papa membidas dengan nada
bosan.
“Mama
bukan apa, mama tak nak papa berat sebelah aje. Duduk dengan mama aje. Lis tu
pun isteri papa jugak. Kenalah adil. Patutnya papa yang teman dia keluar
semalam, kalau jadi apa-apa semalam macam mana?” suara auntie Su pula.
“Ya
Rabbi.. Cukup-cukuplah tu jadi madu yang sangat prihatin. Saya dah cakap kat Mai,
saya anggap dia macam anak saya aje. Dia faham kenapa saya tak boleh layan dia
macam isteri saya. Dahlah tu, penatlah bertekak macam ni.” Papa merengus.
Bukkk!!
Aduh..
aku mengusap dada yang terasa sengal akibat berlaga dengan dinding. Siapa pulak
yang rempuh aku ni? Jalan sikit punya besar, badan aku jugak yang dia langgar.
“Sorry Maya. Tak sengaja.”
Aku
toleh ke belakang. Mata kami berlaga. Jelas dia ternganga. Atas bawah aku
dipandangnya.
“Mai..
err.. Eh, apa yang kau pakai ni?” sedikit terjerit Raff bila menyedari akulah
yang dirempuhnya.
Aku
tersenyum, sinis. Waktu pembalasan Raff. Aku menghimpit sedikit tubuhnya. Jari
telunjuk aku rapatkan dibibirnya. Jelas dia seakan terkejut. Aku merapatkan
wajah kami. Mata berpanahan mata.
“Saya
kan perempuan murahan. Kisah apa saya nak pakai apa pun. And you Raff, you better stay away from me kalau tak nak saya
jadikan awak mangsa macam apa yang saya buat kat papa awak. Be aware with your words.” Gertakku
sedikit berbisik. Sempat pipinya aku tepuk perlahan sebelum berlalu ke ruang
makan, meninggalkan dia yang masih terpinga-pinga.
Seperti
yang dijangkakan, saat mata mereka terpaku pada aku, masing-masing terdiam
terpaku kecuali Isya. Dia sempat menayangkan simbol ‘peace’ dijarinya.
“Mai?”
panggil papa seakan tak percaya. Habis dibeleknya aku dari atas ke bawah dengan
matanya.
Aku
senyum manis lalu mengambil tempat disebelah Isya seperti semalam. Aku nampak
Raff turut datang mengambil tempatnya dengan mata masih tajam merenungku.
“She’s not Mai lagilah pa. Now she’s Lis. Lisa.” Isya mencelah
dengan nada cerianya.
Mereka
tercengang sekali lagi. Biarlah apa pun yang mereka nak fikirkan tentang aku.
Seketika
papa merenung Isya. “Isya yang buat semua ni?” soal papa tegas. Aku
berpandangan dengan Isya seketika. Isya menjuih bibir. Aku kalih pada papa.
“Nope pa, Lis yang nak macam ni. Isya tak
ada kena-mengena pun.” Aku menjawab bagi pihak Isya. Memang tepat seperti yang
dijangka Isya semalam, papa pasti akan menuding jari pada dia.
Papa
merenung aku dengan rasa tidak percayanya.
“Serious
pa, Lis yang buat semua ni. Lis tak nak orang pandang hina kat Lis lagi, sebab
tu Lis ubah penampilan Lis. Papa jangan risau, Lis bertanggungjawab pada diri
Lis sendiri.”
“Ingat
ubah imej boleh ubah fakta ke yang kau tu orang kampung?” sinis Raff menyampuk.
Aku
menjeling Raff. Dia menjungkit kening. Sungguh, aku jadi meluat.
“Bertanggungjawab
pada diri sendiri? Awak tu bini orang tau. Boleh ke suka-suka hati buat macam
ni tanpa izin suami? Tengok, kan mama dah cakap, papa tak nak dengar. Bagi lagi
dia keluar dengan budak Isya ni, tengok apa dah jadi dengan bini muda papa ni.”
Auntie Su menyambut dengan lantang. Aku menoleh pada auntie Su, dia merenung
tajam kearahku. Sekilas aku terpandang Maya. Dia menayang wajah meluatnya.
“Auntie,
maaf. Lis bukan nak berkurang ajar. Papa dah cakap kat Lis, papa memang tak
boleh nak layan Lis macam isteri papa, sebab papa sayangkan auntie. Lagipun papa
tahu apa yang Lis nak. Papa kahwin dengan Lis pun sebab arwah atok dan auntie
Su yang paksa papa buat keputusan ni. Lis pun muda lagi, baru lapan belas. Dan
lagi, janganlah salahkan Isya. Dia tak salah apa pun.”
Aku
toleh pada Isya, dia jungkit kening dengan sengihnya. Aku rasa nak tergelak
pulak. Isya ni, orang tengah serius.
Auntie
Su meneguk minumannya. Rakus. Deheman papa menarik perhatian aku. Papa
bersandar pada kerusinya dengan mata menghala pada aku.
“Lis,
papa tak kata papa suka dengan apa yang Lis buat sekarang dan papa juga tak kan
halang Lis nak buat apa pun. Cukup sekadar papa tahu yang Lis sedar apa yang
Lis buat, papa tak kan risau.”
Aku
angguk. “Lis sedar apa yang Lis buat sekarang ni papa.” ujarku tenang.
Papa
angguk. Dia mengalih perhatian pada ahli keluaragnya yang lain. “Dengar ni,
papa tak nak lepas ni ada lagi dengar si polan sindir si polan, si polan
bertekak dengan si polan ke apa. Papa tak bina rumah ni untuk dijadikan
gelanggang bergusti.”
Papa
kalih pada auntie Su. “Awak pulak Su, sebagai mama awak kena tahu macam mana
cara yang terbaik nak tegur anak-anak. Lepas ni, Lis tak payah nak
berauntie-auntie lagi. Panggil mama Su macam yang lain jugak. Papa tak nak ada
apa-apa perbezaan sebab kamu berlima adalah anak papa. Are you copy that?”
Kami
mengangguk perlahan. Gaya papa yang tegas memang boleh membuatkan sesiapa saja
kecut perut. Sekarang ni aku musykil,
papa ni peguam ke Ketua Polis Negara?
“Bagus.
Dah, makan. Hmm, so nanti Lis nak
pergi kolej dengan Isya ke dengan Syaz?” tumpuan papa hanya pada aku.
“Naik
Syaz aje, senang sikit. Isya pun ada presentation
pagi ni.” Sambut Syazlan dengan senang hati. Aku kalih pada peguam muda tu.
Seperti biasa, dia melemparkan senyuman yang cukup mencairkan panas hati. Dengan
rautnya yang kacak tu, memanglah dia memikat hati aku. Tapi bukankah Syazlan
dah ada teman wanita? Tak silap aku, namanya Gina. Itu pun sebab aku terdengar
perbualan mereka anak-beranak ketika dikampung.
Aku
melekapkan tapak tangan diatas dada. Apasal laju sangat jantung aku berdegup
ni? Tak kan bertentang mata dengan Syazlan aku dapat heart attact tiba-tiba kot. Tak semena-mena, Syazlan mengenyit mata
padaku. Alamak, ni bukan kenyit-kenyit biasa, ni dah luar biasa. Tengah
menggoda ke Syazlan ni?
“Ehem..
ehem.. tahulah dia dah cantik, tak kan dah tak ingat Gina kot.” Sepantas kilat
aku menunduk, melepaskan diri dari renungan panjang Syazlan bila ditegur Isya.
Nasi lemak aku sudukan ke dalam mulut.
“Still tak boleh lawan I lagi.” meskipun
nadanya perlahan, tapi aku masih dapat menangkap apa yang Maya katakan.
“That one, I setuju. Layak ke orang
kampung jadi orang KL? Macam lawak aje.” tambah Raff disambut tawa Maya.
“Tahu
tak apa Raff. Kadang-kadang ni manusia memang cepat lupa daratan. Baru sampai
sini sehari dua, dah terbang tudung. Memalukan.”
“Biasalah,
ayam kampung kalau masuk bandar, lupa terus reban kat kampung tu. Tambah lagi
dapat kawan dengan ayam bandar, memang lupa diri terus. Nama pun ditukarnya,
tak nak guna nama kampung. Takut tak glamor.” Tambah Raff sambil menyuap
makanannya. Lelaki ni kalau menyakitkan hati orang lain, memang hebat.
Aku
toleh pada papa. Aku nampak papa menggeleng kepala, dia seakan mula bengang
dengan situasi sebegini.
“Hello, rasanya macam ada orang lain yang
lupa daratan kat sini. Siapa orang KL? Raff, hang pi tengok surat beranak hang
sat. Hang beranak kat mana? Melatah pun dok keluaq bahasa utara, ada hati ngaku
orang bandaq. Tak sedaq diri hang noo..” meleret aje nada Isya menempelak Raff.
Padan muka. Jangan tau, aku ada back-up.
“Ni
Maya, kome ni rabun ke? Ce kome nengok rupa kome kat cermin tu. Lawa mendenya?
Menyampah aku nak menengoknya. Eh, nape teman cakap rupa gini? Ohh, maaf ya
Maya. Bila cakap dengan orang Perak ni mulalah nak berloghat, takut kome tak
faham.” Celah Syazlan pula. Aah, dah sudah. Maya orang Perak rupanya, ingatkan
orang KL jati.
Apalagi,
berlambaklah tawa Syazlan dan Isya. Isya siap bertepuk-tepuk meja lagi. Memang
sakan mereka mengenakan Maya dan Raff. Aku tersengih, tambah lagi bila tengok
muka bengang Maya dan Raff.
Papp!!
Semua senyap. Mana taknya, tiba-tiba papa tepuk meja kuat dengan akhbarnya.
Tegang raut wajah papa. Nyata papa tengah marah.
“Kalau
macam ni gayanya, nasihat papa pun tak nak dengar, tak apa. Jangan menyesal
kalau papa buat plan yang korang sendiri takkan boleh duga.”
Papa
menghempas surat khabarnya sebelum berlalu. Mama menghadiahkan jelingan pada
kami sebelum bangun mengejar papa bersama briefcase papa.
Kami
berpandangan antara satu sama lain.
“Semua
salah kau perempuan kotor.” Tekan Raff. Sudu ditangan dihempas dalam pinggan,
berdenting bunyinya. Dia bangkit bersama kot putih diapit dilengan dan
menjinjing briefcasenya. Kemudian Maya pula berlalu bersama beg sandangnya.
Aku,
Isya dan Syazlan berpandangan. Serentak, kami menjungkit bahu. Kalau nak kira,
bukan salah kami tapi salah Raff dan Maya yang tak habis-habis hendak mencari
pasal. Kalau mereka tak mulakan, tak mungkin Isya dan Syazlan saja-saja nak
menyindir.
Hei,
memanglah kedatangan aku semakin memburukkan hubungan mereka adik-beradik yang
dah sedia buruk.
- ahaksss... so, mcm mne this part? ok x? dah boleh byg kn wtk Syazlan, Isya, Maya, Raff, papa dan mama Su x?
- psstt.. psstt.. agak2, mnjadi x wtk yg sy cipta semua tu?
- klau ada cdgn or komen, leave them in the box, tau... :p
Mmg best..tapi x sangka pulak watak Mai jadi begitu berani tapi x apalah asalkan Mai x lupa tujuan asal kenapa dia buat semua ni. Watak Raff & syaz betul2 buat saya curious...which one is actually the bad guy..apa2 pun teruskan ye Cik Writer..
ReplyDeleteida..
ReplyDeletesbnr nye bkn awk sorg yg pke mcm tu psl Mai..
kwn2 sy pn ckp bnde yg sme..
"dont chnge that wataklah. dari bdak baik jd strangers plak."
actly, ada isi yg nk sy smpai kan di spnjng crite ni..
trus kn mbaca ye...:)
sis x kn smpai mcm tu skli kna berubh kot..septutnya mai kna bernikan dri wlaupn bertudung..tp its ok just my comment..:)
ReplyDelete