*tk prnah2 update blog on weekend.. mgu ni luar alam skit prangai nya.. haha.. tkut awk2 semua t'tunggu2 next entry kot.. hehehe.. sory, part yg ni pndek jek.. slmt mbaca n slmt mjalani ibadah puasa disaat2 akhir Ramadan ni. :)*
20
“LIS, lambatnya?” belum pun
papa sampai dihadapan kami, papa sudah bertanya dengan wajah gusarnya.
Kelihatan mama Su dibelakang mengejar langkah papa.
“Lambat sikit aje, yang penting sampai.” Balas Isya. Papa
merenung Isya dari atas ke bawah. Raut wajahnya menunjukkan dia tak percaya
dengan apa yang dilihat dengan mata tuanya itu saat ini.
“Kenapa papa ni, tengok Isya macam tu sekali. Tak pernah
jumpa awek cun ke?” aku tergelak mendengar bicara Isya. Dengar memang selamba
habis, tapi bila tengok muka rasa nak pecah perut gelak. Muka merah bukan main
lagi. Malulah tu.
“Amboi.. cantiknya. Hampir-hampir papa tak kenal anak
sendiri tadi. Tengok Su, bukan main cantik lagi Isya. Ni mesti Lis yang make over ni.” Aku senyum nipis. Pandai
pun papa teka. Kalau tak aku yang buat, siapa lagi. Tak mungkin Maya.
Maya.. betul jugak. Mana minah tu ya? Tak nampak pun. Aku
menjengah-jengah diantara tetamu-tetamu papa yang jelas ramainya. Tentu
setengah dari tetamu ni pekerja papa dan selebihnya mungkin pelanggan dan
teman-teman papa. Firma guaman papa bukan kecil-kecilan, sebut sahaja Menara
Akram, pasti orang tahu betapa gahnya firma yang beroperasi didalam Menara
tersebut.
“Well.. well..
well.. look who are here.” Aku paling semula. Perbualan antara papa, Isya
dan mama Su terhenti mendengar teguran dari orang yang baru datang diantara
kami. Meliar mata aku melihat penampilan Maya malam ni. Seksi habis, dah macam gaya
Britney Spear nak pergi Grammy Award aje. Dia pakai dress hitam tanpa lengan, malah hanya tersangkut di dada dan
separas paha saja. Apalah, pakai baju macam berkemban.
Aku kerling pada Jimmy disebelah Maya. Sempat lagi aku
membalas senyumannya yang nyata sentiasa manis bergula. Bukan tak kenal pun
Jimmy tu, budak Degree sem akhir. Kalau nak ikutkan, Maya dengan Jimmy,
Maya tua setahun dari Jimmy. Jimmy tu atas
setahun dengan Isya.
“You all amik
tempat dulu, papa dengan mama nak jumpa tetamu. Majlis dah nak mula ni. Su,
mana Syaz? Bukan dia dah sampai awal ke tadi? Haa, mana Raff?” soal papa pada
mama sambil mereka berjalan meninggalkan kami. Namun aku masih dapat menangkap
jawapan dari mama Su. “Syaz pesan dia keluar kejap, ambil Gina rasanya. Raff
mungkin tak sampai lagi... bla.. bla..” dan mereka hilang disebalik
tetamu-tetamu yang membanjiri dewan.
Raff tak datang lagi? Aku tergelak sendiri, sinis. Cari
rantai ke Raff?
“Apahal macam pelik aje I tengok you pakai dress ni, Isya? Kelakar tau. You tak
rasa kelakar ke?” Maya bertanya sambil melihat Isya dari atas ke bawah. Jari
telunjuknya mengetuk-ngetuk dagu, seakan sedang berfikir.
Aku berpandangan dengan Isya kemudian serentak kami
mencebik. “Iya ke pelik Lis? Agaknya aku kena berkemban macam Mayalah kot baru
tak pelik.” Bidas Isya sambil senyum tepi. Sempat lagi mengenakan Maya.
Aku tergelak, tapi tak lama. Bila aku terpandang loket
emas putih yang bersinar didada Maya, membuatkan rasa tidak tenang tu kembali
hadir. Nyata benarlah apa yang dikatakan Isya tadi, bila ada majlis-majlis
tertentu baru mereka semua akan pakai rantai tersebut.
Dan
aku mula rasa berdebar menanti kemunculan Raff dan Syazlan dihadapanku. Siapa
diantara mereka yang tidak berantai malam ni, pasti itulah orang yang telah
meragut maruahku. Orang yang telah merubah warna hidupku menjadi gelap dan
kelam. Orang yang telah membawa aku ke sini. Dan orang yang telah membuatkan
arwah atok menderita akibat malu hingga membawa rasa malunya ke liang lahad.
Kami
mengambil tempat dimeja hadapan, pastilah meja VIP. Satu meja disediakan lima
buah kerusi dan meja kami dikhaskan untuk kami anak-anak papa sahaja. Tetapi
yang sudah mengambil tempat hanya aku, Isya, Maya dan Jimmy. Entah sejak bila dia
memegang gelaran anak papa. Agaknya terasa diri macam menantu papa kot.
Pengacara
majlis mula membuka majlis dengan bacaan surah al-Fatihah dan diikuti dengan
doa agar majlis berjalan dengan lancar. Suasana yang hingar tadi kini berubah
hening sedikit. Kemudian ucapan
alu-aluannya mengambil tempat. Beberapa ketika berlalu, pengacara majlis
menjemput papa untuk memberikan sepatah dua kata.
Elok
saja papa memberi salam membuka kata, pintu dewan terbuka. Kami serentak
berpaling. Kelihatan Syazlan berjalan masuk bersama seorang gadis jelita. Aku
terkaku, tak pasti apa yang aku rasakan. Cemburu ke? Tidak. Entah, mungkin rasa
tersentak sebab selama ni Syazlan cuba menafikan kehadiran Gina diantara kami.
Tiba-tiba malam ni dia datang dengan diapit oleh kekasihnya.
“There you are Syazlan, we are waiting for you, young
lawyer.” Ucap papa menggunakan pembesar suara. Syazlan sekadar mengangkat tangan
tanda maaf pada papa. Papa senyum.
Melihatkan
senyuman mekar mereka tatkala melangkah, aku rasa mereka benar-benar nampak sepadan.
Apatah lagi Gina nampak seksi dengan dress
biru lautnya, sedondon dengan warna kemeja Syazlan.
Syazlan
tidak mengambil tempat diantara kami sebaliknya dia duduk dimeja sebelah, yang
menempatkan pekerja papa. Aku tidak menghiraukan senyumannya padaku sebaliknya
aku terus fokus pada pintu masuk. Seorang lagi lelaki melangkah masuk.
Langkahnya nampak yakin, sekali pandang macam macho pun ada. Dia nampak segak
dengan kemeja merah hati dengan padanan sepasang suit putih.
Opss..
alamak. Macam mana boleh sama warna dengan gaun aku ni?
“Haa,
janji dengan Raff ey?” sergah Isya berbisik ditelingaku. Aku paling dan sebuah
jelingan tajam aku berikan. Isya macam biasa, tak makan saman. Terus sengih
memanjang.
“And you Raff, welcome.. welcome..” ujar papa. Aah,
papa ni dah macam menyindir orang yang datang lambat aje gayanya. Raff selamba
sahaja.
Sesak
nafas aku bila Raff mengambil tempat disebelah kiriku. Aku cuba mengawal
gerakan jantung yang rasanya macam nak tercampak keluar dah saat ini. Tapi dia datang seorang? Mana awek dia? Mana
doktor Qira? Ataupun mana teman-teman wanitanya yang lain? Bukankah ramai gadis yang beratur ingin
mendapatkan cintanya? Mata aku halakan ke pentas, melihat papa yang mesra
dengan senyumannya. Baik tengok papa, lagi bagus.
Good job Cik Writer! suka sgt2 bab 19 & 20. Makin curious nak tahu siapa the real culprit yg rape Mai. If nak suruh guess between syaz or raff...saya pilih syaz even though yg nampak mcm bad guy is raff. Just my instinct maybe. Kalau raff yg the real person, maybe dia ada his own very strong solid reason why dia buat mcm tu pd Mai. Ok tak pendapat ida ni? Kalau x ok, maknanya ida ni belum cukup syarat nak jadi spy... Hehehe....
ReplyDeleteAmboi...la ni nk jd spy plak la.. hihihi..
Deleteklau sy bthu skg, xd la sprise lg kn.. so, wait nye cik ida..
anywy, tnx alot sbb jd p'komen utama kt cni..
psstt.. lpas sy update bab aje, sy msti tggu ida pye komen..sound fnny, dont u? ahaks.. bt its 4 real..tnx sesgt yek..:)
bestnya cite ni..
ReplyDeletesy terpikir jugak sape yg raoe mai. mungkin syaz dan mungkin raff. mungkin syaz nampak je baik tp bkn. entah la pening kepala la pulak dok pikir pasai ni. well apepon well done akk. hehe