BAB 11
“CHEERS!!”
Ting!! Gelas
saling berlaga. Air kuning berbuih-buih itu bergelombang malah ada yang
terlompat keluar dari gelas. Ada yang meneguk sambil badan mengikut rentak
lagu, ada yang meneguk saling berangkulan. Malah ada yang meneguk bersulamkan
dengan ciuman ghairah. Masing-masing dengan gelagat tersendiri.
Di
lantai dansa pula, masing-masing dah sampai ke ‘bulan’ bahana pil khayal.
Pergaulan, seks bebas dan dadah menjadi agenda utama. Semuanya merosakkan.
Konon nak buat parti seks di apartment Erin, rupanya kat sini masing-masing dah
tunjuk perangai. Di satu sudut, Is menjadi pemerhati biarpun kepalanya sudah
terasa sedikit berpusing. Cukup. Dia akan berhenti minum sebelum akal warasnya
hanyut bersama tegukkan demi tegukkan.
“Still
sober?” soal Yoyo seraya duduk di sebelah Is.
“Yes,
I am.” Balas Is. Hanya dua teguk, dia dah pening-pening lalat. Agaknya macam
manalah kalau dia cuba ambil seteguk lagi? Tentu dah ke ‘bintang’ perginya. Dah
kalau semua pun high, siapa pula nak kutip budak-budak yang dah sampai ke ‘bulan’
tu pergi hotel? Harapkan bonzer? Hmm.. Ada yang tidur tepi laut tu karang.
“Aku
tengok kau dari tadi lepak sini. Jomlah, dance.”
Yoyo telan
liur melihat penampilan Is. Dari hujung rambut ke hujung kaki. Semua orang
tahu, Is bukan seperti gadis lain. Tiada siapa yang mampu menjinakkan gadis
itu. Setakat menari dan berpelukkan, Is memang tak kisah. Tapi bila diajak
hingga ke kamar, pantas saja gadis itu mengelak. Susah nak percaya, masuk kelab,
kaki parti tapi tak layan seks bebas.
“Kejap
lagi kot. Mood tak sampai lagi.” Mood dah sampai mana? Dah ikut doktor mata tu
kot.
“Dance
tak guna mood, babe. Guna kaki ni je.” Selamba jemari Yoyo bermain di atas peha
Is.
Is tergelak
lucu. Memang dia masih waras tapi dua teguk Heineken tadi sedikit sebanyak
berjaya mengaburi akal sedarnya. Benda tak kelakar pun dia boleh ketawa. Nasib
baik dia ambil Heineken je, kalau ambil pil?
“Jomlah.
Jomlah.” Is mengalah juga. Dia bangun, menarik tangan Yoyo. Diheretnya lelaki
itu ke lantai dansa. Menyertai yang lain.
“Bilalah
aku dapat rasa badan montok kau ni, Is.” gumam Yoyo, terliur melihat tubuh
tinggi dan berisi itu terliuk-lentok.
Buat
seketika, mereka menari sepuas-puasnya. Dari kedudukan berjarak, hingga sudah
saling berpelukan. Sentuhan tangan Yoyo yang semakin meliar, Is cuba tolak
dalam diam. Tak mahu Yoyo sedar penolakkan darinya. Namun semakin dia menolak,
semakin Yoyo cuba mencari peluang. Is give up. Bukan menyerah diri tapi
mengundurkan diri dari lantai dansa.
“Is..”
Yoyo tarik tangan kanan Is, membuatkan Is berpusing lalu menghadapnya.
“Aku
suka kat kau.” Ujar Yoyo, mata Is ditatapnya. Tapi Is tayang muka biasa-biasa
saja. Siap senyum comel pula tu. Yoyo tertanya sendiri, betul ke Is tu masih
sedar? Ke dah high?
“Okey.”
Is balas bersahaja.
Bila masuk
kelab, banyak rule kena tahu. Salah satunya, jangan percaya bila ada lelaki
cakap dia suka atau puji penampilan kau. Dah sah-sah tu hanya ayat nak
perangkap kau untuk jadi partner dia sampai ke bilik.
“Is..”
Yoyo terus rangkul belakang kepala Is. Sumpah, dia dah lama mengidam nakkan
bibir pink tu.
Is
cuba menolak sebelum mereka ditegur sekaligus menghentikan perlakuan Yoyo.
“Ijam
supply bukan main ramai lagi awek, yang ni juga kau kacau. Apasal?” Dalam
keadaan mabuk pun Amin cuba untuk jaga keselamatan adik angkatnya.
Is terus
berlalu, duduk kembali di tempatnya.
Malas nak ambil tahu. Pandailah Amin selaku abang angkatnya, selesaikan
si Yoyo tu.
“Aku..”
“Eh..
Aku tak pedulilah kau nak cakap apa pun.. Hmm.. Yang penting jangan kacau Is.
Tu adik aku. Kalau kau kacau juga, ni haa.. Gelas ni tembus kat otak kau.”
Terhuyung-hayang Amin unjuk gelas pada Yoyo.
“Overlah
kau.” Marah Yoyo.
“Over. Aku
memang over. Dah, ambilkan coke untuk Is.” Arah Amin seraya berlalu pergi dalam
keadaan terhuyung-hayang. Mencari perempuan yang boleh melayaninya.
Seperti yang
diarahkan, Yoyo pergi ke bar untuk mendapatkan segelas coke buat Is. Walaupun
dalam hati duk mengutuk Amin yang sangat protective pada Is, dia turutkan juga
arahan lelaki tu. Amin tu, jangan cuba-cuba nak cari pasal dengan dia. Memang
mati kataklah jawabnya kena belasah nanti.
Is kembali
bersandar pada kerusinya. Malam tu sungguh dia tak punya nafsu untuk
bersuka-ria. Semua salah Danish. Lelaki tu yang buat mood dia hilang. Erghh..!
“Air kau.”
Gelas diletakkan di depan Is sedikit kasar. Kemudian Yoyo terus berlalu, risau
mata-mata Amin sedang memerhati.
Setelah
pasti air di dalam gelas tu hanya air coca-cola dan bukan bir, Is terus meneguk
perlahan-lahan hingga tidak bersisa. Lega!
HAVOC macam mana pun keadaan di
dalam Avenue tika itu, tetap takkan mampu menarik minat Danish. Jangan kata
lagu, awek-awek yang melintas depan dia siap selisih bahu lagi, dia buat tak
reti aje. Dia syak mood dia dah terikut Is masuk ke 3AM. Tak pun, dah terbang
ikut angin Stulang Laut tu.
“Dany,
betulkan aku kalau aku salah teka.”
Apa lagilah
si Zakry tu. Kat tempat bising macam ni jugalah dia ajak main teka-teki bagai.
Danish jeling aje temannya sekilas sebelum meneguk lagi air coke. Setakat ni,
walaupun dia jejak kelab-kelab macam tu, tak pernah lagilah dia teguk air
syaitan tu. Entahlah, tengok Zakry teguk pun dia rasa macam tekak dia yang
menahan peritnya. Dengan baunya lagi. Rela Danish teguk antibiotic sepuluh
botol kot dari minum air tu.
“Sebenarnya
kau kenal, kan Is tu?” Santai Zakry bertanya sambil jemari kanannya bermain
dengan gelas yang berisi air kuning berbuih. Hasil analisanya, dia yakin Danish
dan Is saling mengenali. Tapi cara mereka berdua yang kelihatan awkward itu
yang buat Zakry hairan.
Danish
jungkit bahu, tak rasa nak ulas apa-apa. Mengiyakan, tidak. Menafikan pun
tidak. Baguslah kalau Zakry boleh teka dengan tepat, jadi tak perlulah dia nak
berselindung.
“Lama mana kau kenal dia?” Serius, Zakry nak
tahu. Dan tersangat nak tahu, apa hubungan mereka hinggakan lepas pertemuan
tadi, Danish terus hilang nafsu untuk berfoya-foya.
“Baru
je kenal semalam. Dia pekerja abah aku.” Balas Danish, tanpa rasa dan lenggok.
Kepala tunduk saja, tenung air coke yang sedikit berkocak bila muzik bass
berdentum.
“Nyaris-nyaris
aku syak kau salah seorang dari ex dia.” Zakry menanti reaksi dari Danish,
tetapi doktor muda tu hanya diam tanpa respond. Jangan kata menafikan, gelak
pun tidak. Paling tak pun Danish mesti akan sambut bicaranya dengan lawak
sinikal atau mungkin memakinya. Tapi..
“Kiranya
D’s Lay Park tu, ayah kau punyalah? Aku selalu lepak situ kot kalau pergi jumpa
Ciara. Salon Ciara pun kat dalam mall tu.”
Kenyataan
Zakry, Danish ambil dan hadam. Kiranya, Ciaralah kawan Is yang tolong warnakan
rambut Is tu. Rumah Ciaralah yang Is tumpang tidur semalam. Kecil betul dunia.
Pusing-pusing, semuanya saling berkait.
“Selama ni bila
aku tanya, ayah kau bisnes apa selain construction sampai banyak cawangan. Kau
asyik jawab, warung kecil-kecil aje. Hmm.. Warunglah sangat. Tertipu aku.”
Tambah Zakry lagi. Kalau tak sebab Is tadi, sampai ke sudah dia tak tahu D’s
Lay Park tu milik ayah temannya.
“Dia
tu.. Memang liar ke?” Soalan Danish melencong dari topik Zakry.
“Siapa?
Is?” Zakry tergelak lucu. Minuman keras diteguk lagi. Dah agak, Is masih
bermain di minda Danish.
“Kau..
Soalan tak pakai tapis-tapis. Main tiup aje. Weh, Is tu tak liarlah. Cuma
sporting aje.”
“Sporting?”
Danish tergelak sekerat. Berpeluk dengan macam-macam lelaki tu namanya sporting
ke? Pakai baju sendat singkat macam tu, sporting juga ke?
“Yalah,
sporting. Kau tahu tak, Is antara perempuan paling famous kat The Fun Zone ni.
Bukan kat sini aje, aku rasa dalam Johor ni, nama dia memang ramailah orang
kenal…”
“Sebab
dia liar, kan.” Potong Danish sedikit ngilu di dada. Makin dia cuba untuk
nyahkan Is dari kepalanya, semakin sakit pula hatinya. Tambah-tambah lagi saat
teringat momen manis mereka berdua. Bercampur-aduk pula dengan bayangan Is
dipeluk oleh teman-teman gadis itu. Argh!
“Tak.
Bukan sebab dia liar. Tapi sebab dia ni jenis yang boleh click dengan sesiapa
pun. Tak kisahlah lelaki ke perempuan. Dia berkawan tak pernah pilih bulu. Asal
semua okey dengan dia, dia pun okey. ”
Bibir
Danish terjungkit sinis.
“Okey.
Dia boleh click dengan sesiapa pun. Tapi memang semua lelaki boleh suka-suka
peluk dia ke? ” Sinis soalan Danish.
Dan
memang patut pun Danish pandang Is dengan satu pandangan menghina, waktu di
ofis tadi petang. Dia fikirkan Is sekadar bebas berkawan rupanya bebas dalam
pergaulan dan gaya hidup juga. Tengoklah fesyen dia. My God.. Serius tak macam
orang melayu. Reject terus nak buat jadi bakal isteri.
“Bu..”
“Okey,
dia sporting. Aku lupa.” Caras Danish.
Zakry
menggeleng dengan tingkah temannya. Sah, ada benda yang Danish tak puas hati
pada Is. Takkan Danish cemburu sebab lelaki peluk dia? Danish siapa pada Is?
Ataupun, Danish dah jatuh hati pada Is dalam diam?
“Sebenarnya
apa yang buat kau marah sangat pada Is tu? Kalau ikut logiklah, kan. Ikut logik
eh, bukan ikut hukum. Suka hati Islah nak peluk dengan siapa pun, kau bukan
suami dia pun sampai nak cop dia perempuan liar tu semua. DIa nak pakai apa,
biarlah. Badan dia.” Provok sikit, tengok Danish tercuit tak.
“Dia tu pekerja abah aku. Tak sepatutnya dia
keluar dengan imej macam tu.” Balas Danish, cuba menutup kebenaran. Berharap
Zakry tak terhidu sesuatu.
Tak semena,
Zakry tergelak besar. Seriously?
“Weh,
agaklah. Sekarang ni bukan waktu kerja kot, suka dialah nak bawa imej apa pun.
Lagipun kalau nak kira imej, kau tu anak pak haji dengan mak hajah tau. Kau
lagi tak patut ada kat tempat macam ni.”
Untuk ayat
berani nak mati Zakry tu, Danish hanya mampu bagi sedas jelingan maut saja.
Harap esok pharmacist tu mati terkujat.
Okey, ya.
Danish mengaku. Memang tempat dia tak sepatutnya di situ. Tapi mama dengan
abahnya tak pernah larang pun dia lepak di kelab selama ni. Lagipun, dia bukan
datang kelab nak buat benda tak senonoh. Cuma nak release tension. Stress kot
dari zaman studi kena hadap ‘benda’ yang dipanggil medik.
“Kau
suka kat Is, eh?” Tembak Zakry.
Danish
terbejat sekejap sebelum kembali dengan akal warasnya.
“Aku?
Aku suka kat Is? Zack, agaklah sikit. Perempuan macam Is tu kau ingat layak ke
untuk aku? Hell, no..! Buat jadi Touch n’ Go layaklah kot.” Cemuh Danish,
meninggi ego.
Pap!
Zakry tepuk belakang badan Danish dengan renungan tak puas hatinya.
“Cakap
tu bertapis sikit, Dany. Jangan duk meriah mengutuk orang. Karang berbalik pada
diri sendiri, baru kau tahu penangan Is tu sehebat mana.”
Danish tolak
tangan Zakry yang masih landing pada belakang badannya.
“Penangan
dia? Penangan perempuan murah, kau kata hebat? Huh..!” Selamba Danish capai
gelas milik Zakry dan diteguk biarpun dengan muka berkerut-kerut.
“Oii,
air aku tu. Kau mana minum vodka. Ka..” Zakry terdiam bila temannya sudah
meletakkan kembali gelas yang sudah kosong. Dia pandang Danish dengan riak tak
percaya bercampur takjub. Hebat penangan Is, ya.
“Aku,
Ahmad Danish Arman takkan suka perempuan murah dan liar macam Is tu. Ever..!”
Tekan Danish pada Zakry dan selebihnya dia berharap ayat itu mampu
‘menyekolahkan’ hati dan perasaannya sendiri supaya buang semua rasa tentang
Is. Dia takkan suka perempuan kotor macam tu.
“Bro,
give me more.” Pinta Danish pada pelayan seraya mengunjuk gelas yang sudah
kosong itu.
“Dany,
kau okey tak ni?” Zakry dah mula gusar. Buang tabiat sangat dah Danish tu.
“Dia
tak layak untuk aku.” Danish teguk lagi segelas yang baru dihantar. Dunianya
rasa seakan berpusing dengan meriah. Badan mula hangat dengan satu semangat
luar biasa. Malam tu, Danish nekad untuk lupakan Is. Sampai bila-bila. Dia
takkan jadi bodoh lagi untuk jatuh suka pada perempuan macam tu. Never!
No comments:
Post a Comment