19
GAUN kembang separas lutut
berwarna merah putih menjadi pilihan aku. Tak adalah over mana, bak kata pekerja butik tadi, sesuai dengan gadis remaja
macam aku ni. Isya pula aku pilihkan dress
berwarna hijau lembut yang seperas lutut.
Dengan
bantuan Lucy iaitu teman baruku yang mengambil kursus andaman, wajah kami
dirias bergilir. Masam-masam kelat jugaklah Isya sebab dia memang alergik
dengan benda-benda yang ala-ala keperempuanan ni.
Selepas
wajah aku siap dihias, giliran Isya pula. Aku menyarung gaun pada tubuh.
Kemudian aku menatap penampilan aku dicermin. Fuuyooh, ni dah kira macam Taylor
Swift nak buat video klip lagu Love Story ni. Ala-ala princess gitu. Dengan rambut kerinting aku yang disanggul, memang
sebiji macam artis luar negara tu. Amik kau, mesti terbeliak mata Maya malam
ni. Tu belum tengok Isya lagi. Selama ni dia kutuk kita orang kan tak ada
gayalah, tak glamor macam dialah. Haa, malam ni kami buktikan siapa kami.
Aku
mencari-cari telefon bimbit yang berdering. Dari nada dering itu, aku tahu
siapa yang membuat panggilan. Memang lagu tu hanya untuk dia sahaja.
“Ni
lah.” Isya menghulurkan telefon pada aku yang sedang mencari-cari dimana
letaknya. Aku ambik teragak-agak. Takut Isya dapat menghidu sesuatu yang tak
sepatutnya.
Bila
Isya beriak selamba, aku menjawab panggilan dibalkoni. Jauh dari pendengaran
Isya.
“Hai
sayang, Lis kat mana?” lembut suara Syazlan menyapa telingaku. Aku mengorak
senyuman, manis sekali.
“Lis
kat asrama lagi. Abang dah sampai ke?” sekilas aku terpandang jam dipergelangan
tangan. Jam baru menginjak ke angka lapan.
Dia
tertawa kecil. “Nak kena bambu kalau abang tak sampai lagi? Abang datang awal
ni pun papa bising jugak, takut abang sesat agaknya.” Tawa kami bergabung.
“So, I heard orang tu pergi shopping
petang tadi. Is that true?” dia
bertanya dengan nada mengusik. Mesti papa yang bagitau ni.
“Lis
pergi dengan Isya, cari baju. Takkan nak pakai baju kurungkan? Nanti adalah
mulut baldi, kata Lis budak kampunglah apa. Buat rosak mood aje.” sendaku walaupun sebenarnya itulah yang lahir dari hati.
Cukup-cukuplah aku dihina dan diperlekehkan, aku dah muak dengan semua tu.
“Really? That’s good, Abang suka Lis
sebab Lis pandai suaikan diri dengan keadaan. So... Lis pakai what color tonight? Honestly, abang tak
sabar nak jumpa Lis ni. Almost two month abang tak jumpa my little princess, rindu
sangat-sangat.”
Aku
senyum malu. “Pandailah abang tu nak ayat Lis. Lis pakai gaun, nanti you
tengoklah what color. Kalau Lis cakap
nanti tak surprise.”
Dia
tertawa lagi. menunjukkan rasa hatinya senang. “Sayang, rindunya abang kat Lis.
Lis.. tak rindu kat abang ke?”
Aku
tergelak. “Dahlah bang, Lis nak letak ni. Isya pun dah nak siap, kejap lagi kita
orang gerak. Kita jumpa kat sana aje ya.” Sebaik berpamitan, aku mematikan
talian. Aku berpaling dan sangat mengejutkan bila mataku menangkap Isya sedang
berdiri bercekak pinggang ditengah-tengah pintu yang memisahkan ruang tamu dan
balkoni. Dia tak pakai spect malam ni
sebab aku paksa dia pakai kanta lekap.
Aku
tengok dia atas bawah. Kalau biji mata ni boleh tertanggal dari soketnya, dah
sah-sah mata aku tersembul keluar tengok Isya berbaju dress begini. Tambah pulak dengan make-up sederhana hasil sentuhan tangan Lucy. Gila cantik Isya ni
rupanya.
“Fuuuuyoh..
bidadari turun dari kayangan.” Teruja benar rasa hati tengok penampilan Isya
malam ni. Kalau papa yang tengok, mesti papa tak kenal siapa.
“Kau
nak aku sepak kau naik ke kayangan ganti bidadari yang turun ni ke?” wah,
garangnya. Tak boleh usik sikit. Mentang-mentang dah cantik, terus lupa diri.
Hahaha.. aku tergelak sendiri. Macam tak tahu kenapa Isya bengang sesangat sekarang ni. Proteslah tu tak
nak pakai baju macam tu.
KUNCI automatik Isya tekan.
Setelah pasti kereta berkunci, aku dan Isya melangkah seiringan menuju ke lobi
hotel. Namun dipertengahan jalan, Isya menarik aku ke tempat yang agak tersorok
sedikit diruang legar lobi.
Aku
terpinga-pinga melihat Isya bagaikan mencari sesuatu dari dalam clutch warna sedondon dengan dress dan wagesnya. Nak suruh pakai tumit tinggi kejap lagi terpelecok, buat
malu muka aje. Itu yang aku pilihkan wages
aje, lebih stabil.
“Weh,
kau cari apa?” soalku pelik. Tengah-tengah dunia ni jugaklah baru dia sibuk nak
mencari barang dia tu.
Isya
menghulurkan seutas rantai padaku. Aku kerut kening membalas pandangannya.
“Tolong pakaikanlah. Cepat sikit.” Ujarnya lalu berpusing. Dia menyelak sedikit
rambut ditengkuknya. Aku menurut. Ketika rantai itu aku lilitkan pada batang
leher Isya, aku terperasan sesuatu. Aku cepat-cepat merapatkan gancu rantai
tersebut lalu aku memegang loketnya.
Isya
berpusing menghadapku semula biarpun kau maasih membelek loket pada rantai emas
putihnya itu.
“Mana
kau dapat rantai ni?” soalku penuh curiga. Macam mana rantai yang berada dalam
simpanan aku boleh berada dengan Isya?
Isya
menepis tanganku. “Ishh.. kau ni. Tanya macam aku dah rompak barang kau aje.”
selorohnya. Aku sedikit pun tak terasa hendak ketawa. Padaku ianya bukan lawak
bila barang yang sentiasa tersimpan kemas dalam jagaanku boleh diambil oleh
orang lain. Oleh orang yang aku percayai sepenuhnya.
“Kau
apahal buat muka macam tu? Kalau kau nak tahu, rantai ni semua anak-anak papa
ada. Tak kiralah anak tiri ke apa, memang papa akan bagi. Kau pun mesti dapat
tapi tak tahu bila sebab nak tempah loket ni amik masa sikit.” Terang Isya
tenang.
“Kau
tak pernah pakai pun sebelum ni? Aku pun tak pernah nampak Maya ke Syaz or Raff pakai.”
Isya
sengih. “Dia orang aku tak tahu, tapi kalau aku, aku memang jarang pakai sebab
takut hilang. Lagipun, time majlis
macam ni memang kami kena pakai sebab papa mesti tengok rantai kita orang ni.
Ada ke tak ada.”
Aku
terkaku dengan mata masih melekat pada rantai Isya. Semua anak-anak papa ada?
Maksudnya ini bukan rantai yang berada dalam simpananku. Ini memang rantai
Isya. “Semua pakai loket yang sama?” soalku perlahan, bagaikan tak mahu
terkeluar.
Isya
mengangguk, begitu yakin. Dia menarik tanganku supaya berlalu masuk ke dalam
dewan, tetapi aku mengeraskan badan.
“Apa
maksud KA?”
Isya
koyak senyum. “KA stand for Keluarga
Akramlah sayang oii. Dah.. dah.. jom naik.” Dia menarik lenganku sekali lagi,
pun aku tak mahu bergerak. Masih terus kaku ditempat aku berdiri dengan mata
merenung entah ke mana. Fokusku kosong.
“Weh,
kau kenapa? Tak nak naik ke? Nanti papa bisinglah kalau lambat.” Bebel Isya.
“Memang
semua anak-anak papa ada rantai dengan loket ni?” aku cuba mencari kepastian.
“Yesss..” meleret Isya menjawab.
Aku
tenung anak matanya. Nyata dia berkerut seribu melihat wajahku yang pastilah
sudah tegang.
“Raff
dengan Syaz pun ada?” aku menekan nama itu satu-persatu.
Isya
mengangguk. Kami berpaling serentak bila tersedar ada seseorang sedang berdiri
memerhatikan kami dengan jarak tiga kaki. Aku merenung tajam membalas senyuman
Syazlan. Biarpun dia nampak segak dengan kemeja biru laut, berkot hitam dan
berslack hitam, tapi ianya sikit pun tak mampu membuang rasa curiga dalam diri
aku saat ini.
“Hi, girls. Tak nak naik ke?” sapa Syazlan ramah.
Isya
sengih lalu menarik tangan aku. “Jom.. jom.. nak naiklah ni.” Balas Isya ceria.
Ketika berpapasan dengan Syazlan, kami berbalas renungan. Dia masih dengan
senyuman manisnya dan aku dengan renungan kosongku.
Ternyata
benar telahanku selama ni. Memang perogol itu datang dari keluarga ni. Tapi
siapa? Macam mana nak pastikan siapa antara Raff dengan Syazlan yang tak punya
rantai tersebut?
Aku
menoleh ke belakang setelah jauh meninggalkan Syazlan di tempat tadi. Aku
nampak dia menghala langkahnya kearah bertentangan dari arah menuju ke dewan
hotel. Syazlan nak ke mana? Bukan ke majlis sudah masanya untuk bermula?
Best2! Makin suspen...tapi suka sgt sbb dah ada clue ckit pasal siapa yg rape Mai. Tapi criter ni akan jadi more complicated. Betul ke tak?
ReplyDeletemmg sgt kmplikatet ida.. smpaikan nk ending tu bleh mgrain sy.. ahakss..
Deleteida rse sape progol nye? share skit.. kot btol.. hehehe
Best,saspenss sangat nk tahu perogol mai!
ReplyDeletekire mnjadi la jln crite sy ni yek.. hehehe.. tnx fllow..:)
Delete