Bab 4
“KAU memang tak tahu ke siapa
famili Zayn tu selama ni?” Soal Aira tatkala mereka berdua sedang berjalan dari
jalan besar untuk masuk ke perkarangan asrama.
Pondok
pengawal masih berbaki 100 meter untuk mereka tiba. Nanti melepasi pondok
pengawal, mereka akan ambil laluan sebelah kiri di mana terletaknya bangunan
Aspuri. Di sebelah kanan pula bangunan aspura. Terdapat sebuah bangunan
setingkat di tengah-tengah antara dua bangunan 4 tingkat itu. Di situ
terletaknya lobi, kantin asrama, bilik studi dan bilik pertemuan antara pelajar
aspura dan aspuri.
“Tidak.
Kenapa? Hebat sangatkah exco kerajaan tu?” Naif Dara bertanya.
Kedua
belah tangannya menjinjit beg plastik besar berisi stok makanan. Aira pula jadi
mangsa tolong angkut stok makanan kepunyaan Zayn. Dah lelaki tu pun main pergi
saja tadi, sampai terlupa Datin Zaiton nak beri bekalan tu pada anaknya.
“Kita
tolak tepi pasal exco tu sebab sekarang aku teringin nak tahu pasal kau dan
keluarga Zayn. Lama mana kau kenal dengan diorang?”
Buat
pertama kalinya, Aira buang tembok antara mereka berdua sebabnya dia terlalu
ingin tahu tentang siapa sebenarnya gadis bernama Nazneen Andara tu.
“Err..?”
“Bila
aku fikir-fikirkan balik, apa yang Zayn cakap hari tu semuanya betul. Kita
berlapan tak pernah ikhlas nak berkawan. Dalam diri kita ni, macam dah sebati
dengan dunia kita sendiri sampai tak rasa yang komunikasi dan interaksi tu satu
keperluan. Dalam otak asyik fikir belajar, belajar dan belajar.”
Dara
diam.
Tiba
di lobi, Dara mengikut langkah Aira menuju ke ruangan rehat lalu punggung
dilabuhkan pada sofa berangkai dua. Ruang lobi sepi, mungkin ramai pelajar
keluar bersama keluarga masing-masing.
“Kita
tunggu Zayn kat sinilah. Kau dah call dia, kan?”
“Sudah,
dia bilang sekejap lagi konok dia turun.” Kalau tak dibagi barang Zayn tu
sekarang, mahu jadi rezeki budak-budak dorm mereka pula.
Aira
mengangguk. Mata hitam pekat Dara dipandang mesra.
“Aku
ikhlas nak kenal kau, Dara. Mungkin bila kita dah kenal, kita jadi lebih selesa
untuk berkawan. Jadi, biar aku mulakan dulu.” Tambah Aira sebaik mereka
bersandar selesa pada sofa empuk.
“Nama
aku, macam yang kau dah sedia tahu. Nur Alifah Humaira. Aku anak tunggal dan
anak yatim. Masa umur aku lima tahun, ibu dan ayah aku meninggal sebab
kemalangan jalan raya. So dari kecil, makcik sebelah ayah aku yang besarkan
aku. Makcik aku ada 3 orang anak tapi aku kira paling tua antara sepupu-sepupu
aku. Nak dipendekkan cerita, aku taklah terlalu disayangi dalam keluarga tu dan
famili makcik aku selalu pulaukan aku. Disebabkan tu juga, aku hilang keyakinan
diri. Aku lebih suka diam dan tak ada orang yang suka berkawan dengan orang
pendiam macam aku.”
“Sebab
tu kau selesa bersendiri?”
Aira
mengangguk.
“Bila
dah terlalu biasa, aku jadi lupa macam mana nak berkawan walaupun dah pindah
sekolah baru.”
Bibir
Dara terlorek senyuman, ikhlas dan manis. Tangan Aira disentuh lembut.
“Ndakpapa, Aira. Kau boleh anggap seja aku kawan baikmu lepas ni. Since kita dua ni
pun memang ndanda kawan jugak, kan.”
Aira
tersenyum.
“Mestilah.
Tapi kau kena tahan sikitlah dengan aku sebab aku ni membosankan. Tak kepoh
macam Fatt tu.” Dara tergelak mendengar bicara Aira. Itu kira pertama kali
mereka tertawa tanpa ada tembok yang membatasi.
“Nasihatku,
jangan kau duduk sama Yus. Silap-silap tiada orang sedar kewujudan kamu orang.”
Meletus
lagi tawa Aira. Dara tersenyum. Macam ni rupanya rasa gembia bila dapat kawan
yang betul-betul ikhlas nak berkawan.
“Okey,
sekarang turn kau pula. Cepatlah. Tiba-tiba aku jadi excited nak tahu pasal
kau.” Gesa Aira dengan wajah terujanya.
Dara
menyandar dengan kepala menghadap ke depan. Secara tak sengaja, mata Dara
ternampak Yusri yang muncul dari pintu utama aspura menuju ke belakang, pasti
lelaki itu pergi ke kantin.
“Macam
yang kau sudah tahu, aku baru seja pindah ke semenanjung. Ayahku kerja sama
keluarga Zayn lama sudah, jadi driver. Seja aku belum lahir lagi. Aku sama
adik-adikku tinggal sama mama. Samapai seja mamaku meninggal, ayah bawa aku sama
adik-adik ikut ke sini. Tinggal di rumah khas pekerja punya ayah Zayn, di
belakang banglo Zayn jugak.”
“Tapi
kenapa kau sekolah lagi? Kalau ikutkan umur kau, kau dah habis SPM tau.”
Dara
senyum, ada keperitan di matanya.
“Aku
sekolah macam biasa jugak pada awalnya. Aku ambil PMR dua tahun lepas, memang
masa tu umur aku 16 tahun tapi lepas itu, aku berhenti sekolah sebab aku jaga
mama. Mama ada kanser perut. Keadaannya semakin kritikalTerpaksa tu aku
berhenti sekolah, menjaga adik-adik sama uruskan mama. Ada jugak ayahku tu
suruh ke sekolah, aku yang ndak mau tinggalkan mama di rumah. Sampai seja mama
meninggal, aku ikut ayah aku datang sini, ni kalila aku ke sekolah semula.”
“Ooh..
Jadi kau tertinggal 2 tahunlah, eh. Patutlah umur kau 18 tahun. Aku nak kena
panggil kau, akak ke? Kak Dara?”
Dara
tergelak kecil. Melihatkan raut Aira yang serius tu, buat Dara dijentik rasa
lucu. Kak Dara?
“Nampak
tuakah aku, bah?” aju Dara, sekadar mengusik.
“Eh,
tak. Tak. Kau nampak baya-baya kitorang je. Lagi satu, kau ni cantik. Aku suka
tengok mata hitam kau tu. Rambut perang-perang sikit. Kulit putih macam patung.
Kau keturunan apa, Dara?”
Betul,
waktu pertama kali Aira lihat Dara, Aira rasa macam jumpa Miss Universe
kelahiran filipina. Badannya tinggi, kurus ramping dan terbentuk cantik. Bila
pakai baju kurung sekolah, memang tak nampak bentuknya. Cuba bila pakai tee dan
seluar macam dalam dorm, dia yang perempuan pun terliur tengok. Mukanya bujur
sirih. Kulit putih melepak. Alis mata terbentuk cantik, mata pun bundar dengan
anak mata hitamnya itu. Hidung terletak cantik dengan ulas bibir merah jambu.
Bibirnya berisi penuh dan terbelah, seksi.
“Aku
dari suku kaum Suluk.”
“Wah,
patutlah kau cantik. Kau mesti ada mix Philips, kan? Sebab setahu aku, Tausug
atau orang Suluk ni salah satu suku Bangsamoro, datang dari kepulauan Sulu,
filipina selatan. Jadi kau mesti ada kacuk filipina. Tapi kenapa slang Sabah
kau tak berapa pekat dah? Kadang aku dengar macam ada campur sikit dengan slang
semenanjung.”
“Oh,
kau tahu juga pasal kaum Suluk. Aku cuba, bah guna loghat yang senang kamu
orang faham. Lagi, ayahku semenanjung memang asalnya. Selalu ayahku cakap, aku
dengar sama belajar.”
“Ooh..
Macam tu. Tapi aku tahulah sikit-sikit pasal suku kaum Suluk ni. Aku, kan suka
membaca. Lepas tu, kenapa kau dengan Zayn macam tak ngam?”
“Ndak
tahu jugak tu. Aku sebulan sudah di rumah ayahku sebelum masuk sekolah. Selalu jugak tu aku sama adik-adikku ke rumah keluarga Zayn. Rumah kami belakang rumah
dia seja. Tapi ndak selalu aku jumpa sama Zayn. Uncle sama auntie seja biasa
melayan kami.”
“Setiap kali kau jumpa Zayn, korang memang tak
ada borak apa-apa ke?”
Dara
menggeleng.
“Borak
panjang tu, tiadalah. Cuma tegur sikit-sikit seja, kalau ada keperluan jugak. Sama
adik-adikku dia tidak rajin melayan jugak. Mungkin dia tu biasa sudah hidup sorang-sorang
dalam rumah tu. Bila masuk sekolah ni pun sama jugak. Mau pandang aku seja
susah.” Cerita Dara, sedikit terkilan dengan sikap sombong Zayn tu.
“Habis
tu, kenapa kau tak mengaku yang kau kenal dia?”
“Uina!
Malu aku, bah. Nanti kalau aku bilang aku kenal dia sama kamu, dia pula cakap ndak.
Malulah aku.”
“Betul
juga, kan. Kalau aku jadi kau, aku pun akan buat benda yang sama. Tapi, kan
Dara. Zayn tu handsome, kan?” Aira tersenyum sedikit nakal membuatkan Dara
tertawa kecil.
“Ayahku
sepuluh kali kacak banding dia.” Balas Dara, mengusik. Aira terjerit kecil lalu
menepuk lengan Dara lembut.
“Ada
ke bandingkan dengan ayah kau.” Rungut Aira.
Dara
hanya tertawa sebelum matanya ternampak kemunculan Zayn yang sedang berjalan
melepasi pintu aspura menuju ke lobi. Tangan kanannya diseluk ke dalam saku
jeans hitam labuhnya, sebelah lagi tangan sedang merapikan rambut yang agak
panjang keperangan dan berombak tu. Pun terjatuh juga sedikit rambut depannya
di dahi.
Haa,
ya. Betul kata Aira. Zayn memang handsome. Setahu Dara, Datin Zaiton memang ada
darah rusia. Jadi tidak juga peliklah kalau wajah Zayn nampak kacukan
melayu-rusianya. Anak mata Zayn berwarna kebiruan, hidungnya mancung. Bibirnya
pink cerah. Senyumannya? Setakat ni Dara tidak pernah nampak lagi lelaki tu
senyum in real, kalau senyum sinis tu adalah. Tapi senyum sinis pun, Zayn dah nampak
semakin kacak. Cuba bayangkan kalau dia senyum manis? Mungkin hati Aira terus
jatuh.
“Hai,
korang.” Tegur satu suara sebelum si empunya suara terus duduk di depan Dara.
Mata
Dara yag sejak tadi ralit melihat Zayn, terus dikerdip lalu dikalihkan
pandangannya pada Fateh yang sudah melabuhkan duduk di depannya.
“Eh,
hai.” Balas Dara. Aira pula hanya mengangguk bersama senyuman, tanda menegur.
“Buat
apa kat sini? Tu, banyak barang. Nak meniaga ke?”
“Eh,
ndaklah. Ni..”
“Mana
barang aku?”
Tak
ada salam, tak ada sapaan, terus minta barang. Dara dan Aira sekadar
berpandangan dengan muka tak senang. Tak ada manners betul.
Fateh
pantas menoleh pada Zayn yang berdiri di sisinya. Dia nampak terkejut. Dahinya
berkerut pada Dara dan Aira. Cuba membaca situasi sebenar.
Tanpa
menghiraukan Fateh, Dara terus hulurkan dua plastik besar di sebelah Aira pada
Zayn. Dara pandang Zayn tapi pandangannya tak dibalas seperti selalu. Plastik
bertukar tangan. Belum sempat Zayn nak berpusing untuk berlalu, suara Aira
membuatkan dia berpaling kembali.
“Cakaplah
terima kasih ke apa. Takkan pergi macam tu aje.” Bebel Aira, sedikit tajam
bunyinya.
Dara
pandang Aira dengan mata membuntang. Kenapa cakap macam tu? Aduh..
Zayn
pandang Aira sesaat sebelum dengan berani dia menentang mata bundar hitam tu.
Comel si Sabahan ni. Mata bulat macam mata kucing. Zayn angkat sedikit beg
plastik tu di depan Dara. Nak tergelak dia bila Dara seakan mahu mengelak. Apa,
Dara ingat dia nak hempuk plastik tu ke apa?
“Terima
kasih.” Ujar Zayn tegak, lalu berpaling. Pun sekali lagi tindakannya terhenti
bila Fateh pula bersuara.
“Macam
mana barang kau boleh ada pada Dara? Eh, kejap. Entah-entah Dara ni..” Fateh
terus berdiri, berdepan dengan Zayn dengan muka penuh syak wasangka. Zayn pula
balas tanpa emosi.
Dara
dan Aira menanti dengan debaran.
“Entah-entah
Dara ni kakak kau. Barang ni mesti dari famili Dara, kalau bukan adik-beradik,
takkan Dara boleh bawakan ba..”
“Jangan
nak mengarutlah.” Potong Zayn seraya berlalu. Plastik yang berisi penuh tu,
dengan sengaja dilanggarkan pada badan Fateh. Terduduk semula Fateh.
Nak
tergelak juga dan Dan Aira mendengar tanggapan Fateh tadi. Kakak? Dara kakak
pada Zayn? Serius, mengarut.
“Berlagak
nak mati.” Bebel Fateh dengan hidung kembang kempisnya. Geram.
Tatkala
Zayn ingin melepasi ruang lobi, langkahnya termati di tengah ruang. Memberi
laluan pada sekumpulan pelajar lelaki yang datang dari pintu keluar kantin,
menuju ke pintu keluar lobi. Lima orang pelajar semuanya, tapi hanya dua orang
saja yang berjaya menarik perhatian Zayn. Yusri dan Rayhan. Entah kenapa, Zayn
rasa macam ada yang tak kena.
Siapa
tiga orang lelaki lagi yang bersama Yusri dan Rayhan tu? Lelaki yang paling depan
tu, Zayn macam pernah nampak. Macam senior mereka. Tapi yang lagi dua tu?
Dua-dua nampak mencurigakan. Lelaki berbaju biru berjalan rapat dengan Yusri
sambil merangkul bahu lelaki itu. Begitu juga dengan lelaki berbaju hitam yang
berjalan rapat di sebelah Rayhan. Rayhan dan Yusri pula hanya mengerling
sekilas padanya sebelum tertunduk. Takut-takut gayanya.
Lama
Zayn perhatikan sehinggalah bayang lima orang tu hilang dari pandangannya. Zayn
beku di tempat dia berdiri. Memori Zayn mengimbas kembali kejadian sebentar
tadi. Sebelah tangan lelaki-lelaki yang tak dikenali itu, kedua-duanya memeluk
Yusri dan Rayhan. Tapi tangan mereka sebelah lagi seakan mengacu sesuatu pada
sisi badan Yusri dan Rayhan. Mungkinkah..
“Eh,
Dara. Nak pergi mana?” Laungan Fateh mengejutkan Zayn yang masih tegak di
tempatnya sejak tadi.
Zayn
menoleh pada bunyi orang berlari di pintu keluar lobi. Dia nampak Dara sedang
berlari lalu berhenti sekejap, mengutip dompet yang terjatuh di atas lantai.
Sebaik dompet dikutip, Dara pantas berlari keluar sambil melaung nama Rayhan.
Zayn
toleh pada pada Aira dan Fateh yang sedang merapatinya.
“Dara
pergi mana?” Soal Zayn dengan dada yang mula berdebar.
“Kejar
Ray kot. Tadi kitorang nampak dompet tu jatuh dari Ray.” Jawab Fateh dan
diangguk oleh Aira.
Zap!
Jantung Zayn kena ragut.
“Kau
apa hal, Zayn? Tegak mengalahkan tiang bendera dari tadi.” Tegur Fateh.
“Aku
pergi dulu.” Ujar Zayn tanpa rasa. Kaki dibawa melangkah namun kepala dan
hatinya semakin hebat bertingkah. Patutkah dia pergi tengok Dara? Tapi betul ke
Yusri dan Rayhan dalam bahaya? Atau mungkin dia je yang terlebih fikir?
Argh!
Lantaklah. Tu bukan masalah dia. Dan Dara pun bukan tanggungjawab dia.
Pandai-pandailah dia jaga diri. Dia bukan tipikal lelaki yang suka pikul
tanggungjawab lebih-lebih. Tanggungjawab dia sebagai anak pada kedua orang tua
dan sebagai seorang pelajar tu pun dah cukup buat dia terbeban.
“Zayn
tolong tengok-tengokkan Dara, ya. Dia tu pandai bawa diri tapi pakcik tetap
risaukan dia.” Suara Saleh, ayah kepada Dara terngiang-ngiang di benak Zayn.
Mengganggu ketenteraman jiwa yang hanya tinggal seinci.
Patut
ke dia pergi tengokkan Dara atau jangan fikir apa-apa dan naik saja ke bilik?
Pergi
tengok Dara atau naik bilik?
Pergi
tengok Dara atau naik bilik?
Argh!!
Damn betullah!
Plastik
berisi stok makanannya dilepaskan jatuh ke lantai sebelum dia memutar tubuh
lalu berlari pantas menuju ke pintu keluar lobi.
No comments:
Post a Comment