17
“NI gaya rumah apa yang kau
buat ni Sya? Pelik benar mata aku tengok sampai otak aku rasa macam tak logik
pulak.” Laju saja tangan aku mencuit model rumah yang aku rasakan sangatlah
luar alam, rasanya tak pernah lagi aku nampak rumah macam ni selama aku hidup
lapan belas tahun ni.
Isya yang sedang menaip sesuatu dikomputer ribanya,
menoleh seketika sebelum menyambung kembali menaip. Tekun betul menghabiskan
kertas kerja bagi model rumah yang sudah siap direka. Rasanya kalau tak silap
aku ini merupakan projek bagi subjek Architecture Design. Biasalah budak-budak
arkitek, dah nak final year pulak.
Memang macam-macam projek kena buat.
“Kau ni nama aje budak A bertarabur masa SPM, tapi bila
tengok rumah macam tu kau dah ternganga.” Bebel Isya sambil terus menaip
kerjanya dimeja belajar. Tengok aje atas meja dia, orang mesti tahu dia tengah
pulun habis-habisan memberikan sentuhan yang terbaik dalam projeknya. Refference book jangan tanyalah berapa
banyak dan berapa ketebalan setiap satu buku tu, memang kembanglah tekak nak
menghabiskan baca.
Aku membawa model tersebut lalu aku letak diatas meja
belajarku. Aku sendiri mengambil tempat dikerusi plastik, dimeja belajar
bersebelahan dengan meja belajar Isya. Aku menongkat dagu dengan tangan kanan,
tangan kiri pula terus membelek model rumah yang tidaklah sebesar mana, tapi
cukuplah menampakkan ciri-ciri sebuah rumah. Nampak sangat real walaupun
saiznya kecil yang amat.
“Zaman kau amik SPM dulu ada ke belajar pasal nama-nama
rumah dalam subjek agama? Tak pun LK? Mana nak tahu aku terponteng sekolah time belajar bab tu.” soalku dengan muka
tak bersalah. Lurus bendul punya soalan.
Tanpa mengangkat wajah, Isya menepuk lenganku lalu terus
fokus dengan kerjanya. “Eei, awak. Ni general
knowledge tau. Kenalah amik tahu.”
Aku menjungkit bahu. Cukuplah aku tahu pengetahuan am
tentang kedatangan fesyen dalam dunia ni, itupun dah buat sesak dalam kepala
aku. Tak ada pasal aku nak sesakkan lagi kepala dengan pengetahuan am tentang
dunia arkitek pulak.
Tapi memang betul, model rumah Isya ni pelik yang
tersangat. Ada ke rumah macam ni dalam
dunia ni? Rumah yang dindingnya berdasarkan kaca semata-mata. Lepas tu ada
langsir panjang dan besar yang diletakkan diluar rumah, kiranya untuk menutup
rumah dari pandangan orang luarlah. Rumah apa macam ni? Tak ada privacy langsung.
“Itulah Curtain Wall House, minah. Keep it on your mind ya, tak adalah lepas ni kau tengok pelik lagi.
At least kau tahulah rumah macam tu
wujud.” Aik, menyindir pulak perempuan ni. Tak nak jawab tak payahlah jawab.
Aku buat muka meluat, Isya yang mengerling sekilas sekadar menjelir lidah.
“Ni rumah dalam imaginasi kau ke memang fakta yang rumah
ni wujud?” soalku setelah agak lama senyap.
Isya angkat bahu sedikit. “Combination of imagination and facts.” Dia jungkit-jungkit kening
padaku, pastilah bangga dengan pencapaiannya dan hasil usaha dia memerah otak.
Aku jatuhkan pandangan pada model tu semula. Imaginasi
dan fakta? Kat mana faktanya? Dan dimana pula imaginasinya?
Tiba-tiba Isya memaling wajah padaku dengan senyumannya.
“Kau kenal Shigeru Ban?”
Ek? “Kiteretsu aku kenal. Tak pun Nobita. Si Ban tu
mungkin aku kenal kalau dia berlakon dengan Sakura dalam Card Capture.” aku
tayang ‘peace’ bila Isya tunjuk penumbuknya.
“Kau ni kan.. Ish, mantol betullah. Kalau bab kartun,
sampai ke esok kau boleh senaraikan, kan? Ni aku nak kau berkenalan dengan
Shigeru Ban pulak. Rumah yang aku buat ni faktanya datang dari Ban nilah. Dia
yang reka rumah ni, masa tu tahun 1995. Kau agak-agak kat mana dia buat rumah
ni?”
“Atas tanah.” Kembang kuncup hidung aku dek kerana dapat
menjawab dengan pantas sekali. Isya senyum, lebar.
“Aku bagi kau D-
untuk jawapan tu.” hilang terus senyuman manis Isya tadi. Siap jeling lagi.
Marahlah tu.
Aku sengih. “Mestilah kat Jepun, tak kan kat Alaska
pulak.” Aku mendabik dada. Isya mengangguk, serius pulak muka dia aku tengok.
“Mana kau tahu?” soal Isya, ingin menguji tahap IQ aku
lagaknya.
“Dah nama pun Shigege.. err.. Shigetu.. ahh, tak
kisahlah. Yang penting nama dia memang nama orang Jepun, mestilah dia buat
rumah tu kat tanah pusaka tok nenek dia.”
“Tu baru jawapan budak ada akal.”
Pantas aku mencubit pipi mulus Isya. Bukan main lagi,
kutuk orang dalam terang. Tak ada tapis langsung.
“Okay.. okay.. meh aku cerita lagi. Rumah ni kalau kau
tengok aku dah combinekan dengan
imaginasi aku. Kau tengok ni, bentuk dia macam banglo biasa aje, macam banglo
papa. Tapi dinding dia ni aku amik konsep Curtain Wall House, dinding dia guna
cermin aje. Unik, kan? Kalau ikut konsep asal, rumah tu bentuk dia empat segi
aje, tapi lepas aku ubah ikut konsep banglo dalam Malaysia, jadilah macam ni.”
Aku angguk perlahan, terus memaku mata pada model
tersebut. “Buat apa letak langsir? Elok biar aje orang luar tengok show kat
dalam rumah tu.”
Isya berdecit. “Kau ni, agak-agaklah kan. Rumah asal,
langsir tu dia guna untuk halang cahaya matahari masuk, cermin tu pulak untuk keep warm orang dalam rumah lagi-lagi time winter.
Tapi kat Malaysia ni manalah ada winter,
so curtain tu gunanya untuk bagi privacy
sikit kat tuan rumah and cermin tu
pulak mestilah untuk halang air hujan masuk. Kenalah bezakan rumah dalam
Malaysia dengan international.
Diorang kena suaikan dengan empat musim.”
Sedikit terlopong aku mendengar penerangan Isya. Macam tu
rupanya. “Kau agak apa komen lecturer
kau lepas kau bentang projek kau ni?” aku menatap wajahnya yang bersih tanpa
sedikit pun tercalit dengan sebarang alat solek mahupun bedak. Kesederhanaan
Isya yang aku rasakan tersangat sederhana dan simple sampai bedak pun tak mahu pakai.
Isya jungkit bahu dengan bibir yang diherotkan sedikit. “Well done Nur Arisya, very impressive.”
Lepas tu dia tergelak sendiri. Mungkin sedar yang dia meletakkan harapan yang
tinggi dalam projeknya.
Aku menggeleng perlahan. “Aku rasa dia mesti cakap, ‘it doesn’t make a sense’ tau.” aku
hambur tawa lebih besar.
“Biadaplah tu.” gumam Isya kembali menatap komputer
ribanya. Muka dah masam-masam kelat. Tak ada manisnya.
Aku sengih tepi. Model Isya kembali menjadi tatapanku.
Aku menongkat dagu dengan kedua-dua belah tangan. “Kenapa kau tak buat Rumah
Panjang ke, Rumah Iglu ke. Kan make a
sense sikit.”
Isya jeling tepi. “Make
a sense bila Rumah Panjang tu kau yang duduk. Tak pun bila aku buat model
Rumah Iglu dengan replika kau yang tengah mencangkung dalam tu dengan kucing
kau si Harun tu. Yang tu baru betul make
a sense.”
Cehh.. teruk betul. Aku jugak yang kena balik. Malas mahu
menganggu Isya, aku bangun dari meja studi lalu berbaring diatas katil bujang
dipenjuru bilik. Telefon bimbit aku bawa bersama. Aku merenung skrin lebar pada
badan telefon bimbit tersebut. Inbox
message aku buka. Mesej dari dia petang tadi aku baca semula.
Salam.. Mai dah sampai
belum?
Aku senyum sendiri. Pertama kali menerima mesej dari Raff
yang masih menggelar aku Mai. Aku tak pasti kenapa, tapi hati aku rasa berbunga
mekar ketika mesej ini masuk ke dalam telefonku petang tadi. Bila aku membalas
yang aku sudah selamat sampai di asrama, dia membalas lagi.
K.. Take care..
Masa tu aku rasa nak menjerit kuat-kuat kat lubang
telinga Isya yang aku gembira sangat bila Raff memberikan perhatiannya padaku.
Aku menekan dada yang terasa berdebar. Tuhan, perasaan apa ni? Kenapa mesti
rasa berdebar macam ni? Beratus mesej aku terima dari Syazlan, tak pula jantung
aku berdetak-detuk macam ni.
Aduhai..
kalau betul pun aku dah tangkap cintan tapi janganlah dengan Raff. Dengan orang
yang aku syaki merogol aku.
BEG galas aku letak ditepi
bangku, badan bersandar selesa. Seronoknya sesekali dapat duduk kat taman ni,
dahlah cuaca pun redup. Angin pula bertiup lembut. Wahhh, rasa macam duduk kat
pangkin bawah pokok mempelam depan rumah arwah atok.
Rambut yang mengganggu wajah, aku selak ke tepi. Rindu
kat arwah atok. Rindu kat rumah papan tu. Rindu pada senyuman atok. Rindu pada
dakapan atok. Rindu nak dengar kutukan dan usikan atok. Rindu nak bermanja
dengan atok. Ya Allah, aku rindukan atok.
Aku
lihat jam. Hampir jam dua petang. Waktu begini, biasanya atok yang kekenyangan
akan berehat diberanda sambil berborak dengan Harun. Kadang-kadang sampai
tertidur bersandar pada tiang seri. Aku juga yang akan hulurkan bantal pada
atok supaya atok boleh tidur dengan selesa.
Atok
memang tak betah tidur didalam rumah waktu petang-petang begini. Panas katanya.
Dan beranda itulah yang menjadi tempat bertapa atok hinggalah selesai
menunaikan solat asar. Lepas tu atok akan beralih ke belakang rumah, berborak
dengan ayam-ayamnya dan atok akan ke depan semula bila aku panggil untuk minum
petang.
Ahhh,
atok. Meski hidup kita susah. Meski kita tak kaya, meski kita berpanas dirumah
usang tu, tapi hati kita bahagia. Tak perlu fikir apa-apa. A, meski sekarang
Mai dah punya kereta, duduk dirumah besar, pakaian pula mahal, tapi atok tahu
tak hati Mai tak tenang? Mai rasa terpinggir. Rasa sendiri. Rasa tak punya
sesiapa. Mai sedih. Mai seorang, tok. Mai sebatang kara.
Aku
tahan sebak didada. Dunia ni penuh dengan percaturan. Penuh dugaan. Penuh
dengan ujian. Ibarat melintas jalan, melangkah ke kiri, meski tiada kereta yang
melanggar tapi tak mustahil boleh cedera jatuh lubang. Langkah ke kanan, meski
tiada lubang, boleh jadi akan basah terpercik air lopak.
“Oiitt,
minah. Buat apa kat sini?” teguran Kiki dari belakang buatkan aku tersentak.
Pantas aku cover muka sedih tadi
dengan secebis senyuman manis. Beg aku alih sedikit, bagi ruang untuk Kiki si classmate aku duduk bersama.
“Tunggu
kelaslah. Aku tengok tadi ada budak guna hall,
tu yang aku lepak sini kejap. Dah keluar ke dia orang semua tu?” Kiki si rambut
blonde tu geleng saja. Dia memang
nakal sikit, tapi aku tak kisah berkawan dengan dia. Janji aku tak terikut cara
dia sudahlah. Lagipun dia aje yang paling rapat dengan aku dalam kelas. Tu pun
sebab dia dengan ramahnya menegur aku yang tak pandai nak bergaul dengan
budak-budak kelas masa mula-mula masuk. Tu yang kami jadi rapat.
“Kau
dah makan? Aku tak sempat makanlah tadi, jumpa Miss Nadiah. Bengang sehh aku,
ada dia ajak buat discussion time lunch?
Sungguh tak berprikemanusiaan langsung. Tak tahu agaknya aku lapar macam nak
mati dah ni.” Ni lagi satu manusia yang tak reti nak pilih kaunter aduan, sama
macam Isya. Suka buat aku ni macam kaunter Aduan Rakyat. Sabar ajelah kan.
“Aku
pun tak makan lagi, lepas kelas tadi aku terus lepak library. Siapkan assignment,
then Zohor sekejap terus lepak sini.
Kau kalau lapar sangat, belilah roti ke apa dulu. Aku tak nak jadi saksi kalau
kau mati kat dalam kelas nanti.” Aku senyum senget, ejek si Kiki yang dah
membulat biji mata. Aku mengelak bila Kiki dah angkat fail nak hempuk bahu aku.
Aku tergelak kecil. Tak boleh gelak besar-besar, aurat kan.
Eh,
Mai. Pandai pula kau cakap pasal aurat ya? Yang kepala kau lapang aje tak
bertudung tu bukan aurat ke?
Aku
telan liur sendiri. Wahai sang hati, ini hanyalah untuk sementara. Aku ada misi
aku sendiri. Dan tolong jangan asyik nak perli tuan kau ni ya, kalau tak aku
derma kau kat orang lain. Aku senyum lucu. Boleh ke hidup tanpa hati? hahaha...
“Siot
kau, Lis. Nak sangat tengok aku mati ke apa?”
“Laaa..
kau juga yang cakap tadi kau lapar macam nak mati kan. Sebelum kau jadi bangkai
dalam kelas, baiklah aku ingatkan dulu.” Aku gelak lagi bila Kiki menjegil biji
mata. Pun aku pantas berdiri, menjauhi Kiki yang dah buka high heels nak baling kat aku.
Bukk!!
“Alamak..
sorry.. sorry.. Tak perasan.” Laju
aje mulut menutur kata maaf. Yalah, dalam kelam-kabut nak lari, boleh aku
terlanggar orang yang tengah lalu kat kawasan taman ni. pantas aku pungut buku
yang jatuh kat atas rumput karpet.
“Eh,
tak payah sorry pun tak apa. Lis
punya pasal, kena langgar sampai mati pun saya sanggup.” Aik? Lain macam aje
bunyinya. Aku panggung kepala. Laaa... sabar ajelah dengan dia ni.
“Statement tak boleh blah. Ayat berbunga
macam haram.” Kutuk Kiki yang tadinya bantai ketawa tak ingat dunia.
“Apa
kata kau pergi langgar dia guna Swift kau tu, Lis. Nak juga tengok apa jadi.
Dia sanggup ke tak.” Aju Matt yang kini sudah duduk menggantikan aku. Aku pula
dengan rela hati duduk bersimpuh diatas rumput karpet bersama Edry yang aku
langgar tadi.
“Gila
tak sanggup? Untukmu Lis, rela aku serahkan jiwa dan raga.”
Pappp!!
Melayang
I/D card Matt kat dahi Edry. Serentak kami tergelak. Betul kata Kiki, ayat
berbunga macam haram. Naik cair tahi telinga. Tapi apa kata sang hati? Maaf,
tak tercuit langsung. Aku sengih dalam diam. Aku mengenali Edry bila Kiki sibuk
mengenenkan aku pada Edry yang dah terang-terang minat kat aku. Edry merupakan
teman serumah Matt sementara Matt pula berkawan baik dengan Kiki. Kerana itu
kami boleh jadi kawan.
“Weh,
dah pukul berapa ni budak-budak dalam hall
tu tak keluar lagi. Eh, kau ni lepak sini pula, pergi balik kandang kau sana.”
rungut Matt bila suasana kembali reda. Tu tak ada lain, mesti menghalau Edry
yang semestinya bukan budak fakulti kami. Diakan ambil jurusan Bussiness
Management.
“Lepak
ar, kelas aku cancel kot. Sajalah nak
teman kau sampai kau masuk dalam hall,
takut kau ponteng.” Edry tertawa lucu. Lepas tu dia orang bertiga bertingkah
itu dan ini, riuh macam ada sepuluh orang.
Aku
diam saja, menunduk bermain dengan BB ditangan. Update FB dulu. Kejap, jangan lupa tweet. He he he..
“Ed..
Ed.. arah pukul tiga aku, pukul tiga. Cepat tengok.” Gesa Matt pula hingga
menarik perhatian aku untuk melihat apa yang ada pada arah pukul tiga si Matt
tu. Hmmm... bunga ‘panas’ lalu. Patutlah excited
semacam. Aku tunduk balik, malas nak ambil kisah.
“Kau
orang ni, pantang tengok perempuan hot, pandang tak berkelip. Naik meluat aku
tengok.” Bebel Kiki atau nama dalam kad pengenalan dia Nur Nabilah Akila.
“Alaaaa...
cemburu cakap cemburu kak Jah oiii.. Tak payahlah nak buat muka senget-senget
macam tu. Elok saham ada tiga puluh percent,
kang terus tak ada. Apa orang kata Matt? Saham jatuh? Hahahah...” tawa Matt dan
Edry bergabung. Mereka bertiga ni kalau dah jumpa macam nak gegar dunia. Ada
aje benda nak dijadikan bahan perbalahan. Aku yang sedia maklum tak berapa nak
rajin bercakap ni, jadi pemerhati dan pendengar ajelah. Agak-agak aku bosan,
aku angkat kaki.
“Tak
ada maknanya aku nak cemburu ya. Malam sikit. Ingat aku kisah kau orang usha
budak tu? Sikit pun tak. Lagi satu, sebelum kau orang kecewa, meh aku bagitau.
Minah tu, atau nama manja dia Nida tu dah bersuami. Faham? She’s married.” Tekan Kiki satu persatu. Dalam menunduk, aku
tersenyum sendiri. Tak dapat bayangkan muka terkejut budak berdua tu. Aku?
Sentiasa berpegang pada motto ‘Ada aku kisah?’
“Seriously? Mana kau tahu? Kau kenal ke?”
naik satu level suara Matt, tak percayalah tu.
“Famili
aku ada kait-mengait dengan famili dia. Saudara, tapi jauh berbatu darahnya.
Aku pun tak tahu saudara macam mana. Tahu dia dah kahwin pun sebab ibu aku
sibuk ajak pergi resepsi dia bulan lepas. Dia budak Account, second year. Suami dia bukan calang-calang
orang weh, macho habis. Kaya pula tu. Habis iri hati dah aku dengan si Nida
tu.” cehhh..habis gaya Mak Jemah bergosip dah minah seorang ni.
“Gilalah,
muda lagi dah jadi isteri kan. Gempak habis. Tapi okay what, dapat suami pun kaya kan. Exam tak payah jawab pun, masa depan comfirm cerah punya.” Komen Matt.
“Untunglah
jadi perempuan.” Ulas Edry.
Aku
terus dengan duniaku. Tapi sedikit pun tak tertinggal apa yang diperkatakan
oleh mereka. Siapa kata untung jadi perempuan? Test dululah jadi kaum Hawa, lepas tu baru tahu untung ke tak? Dan
jangan terus mengulas untuk majoriti kaum kami sebab yang awak dengar cerita tu
hanya minoritinya sahaja. Kalau betul untung, mungkin Nida antara satu dalam
sepuluh. Tengok sendiri nasib aku?
Kiki
mengeluh perlahan. “Jangan ingat perempuan hanya bahagia bila dapat suami
berduit. Kami tak perlukan semua tu. Okay, tipu kalau kami tak perlukan duit.
Perlu, tapi itu bukan priority kami. Kami
kaum yang lemah ni hanya mahukan kasih sayang, perhatian, belaian. Faham?”
Aku
setuju sepenuhnya. Kemewahan itu sedikit pun tak memberi jaminan untuk
kebahagiaan. Lihat sahaja keluarga papa. Apa nak, semua dapat. Tapi, tak pernah
bersatu hati. Masing-masing ada angin sendiri. Betul, bila jadi orang yang tak
kaya-raya ni tak dapat beli apa yang kita mahukan. Tapi kalau kita dapat apa
yang kita nak dengan usaha kita sendiri, kita akan rasa puas malah tahu
menghargai apa yang kita dapat. Biasanya, apa yang senang diperolehi, senang
juga dilupai.
“Alaaa,
itu mungkin kau aje yang ada mind set
macam tu. Perempuan lain? Tengok Nida tu, kalau tak sebab laki dia kaya, ingat
dia nak kahwin muda? Aku rasa tak.” Ya, orang lain berhak menilai, begitu juga
dengan Matt. Dia punya pandangannya sendiri.
Kiki
berdecit. Tak sukalah tu bila ada yang membangkang. “Okay, kalau aku cerita kau
orang jangan nak heboh-heboh, kay. Actually, mereka kahwin ni bukan sebab ‘I love you’ ‘you love me’ macam tu. Tak. Ni sebab nak jaga aib famili Nida. Jaga air
mukalah macam...”
“Maksud
kau?” celah Edry, nampak sangat tak sabar.
“Ishh..
sabarlah mangkuk. Aku nak ceritalah ni.” marah Kiki.
“Nida
ni macam aku, tapi dia lagi nakal dari aku. Night
life dia, menakutkan. Kadang-kadang tak balik rumah but still famili dia percaya dia tak buat benda tak elok. Cuma dia
suka lepak dengan kawan-kawan sampai pagi buta, clubbing tapi tak minum. Tak pernah ada rekod balik jalan
terhuyung-hayang ke apa.”
“Serious? Tengok muka macam budak innocent aje. Tak sangka. Tapi agak
betullah dia macam kau. Blonde budget nak jadi minah saleh.” Sempat
pula si Matt kutuk Kiki.
“Kau
nak dengar ke tak ni? Ada yang dahi kau bercop Vincci lima inci ni kang.”
“Okay.. okay.. sorry. Eh, Lis ni senyap
aje. Tak best ke topik persidangan
kita hari ni?” aku senyum segaris pada Matt.
“I’m good in listening, so let me be a listener okay?”
“Haih..
dulu, kini dan selamanya.” Rungut Edry, tapi sekadar bergurau. Aku gelak kecil.
Ya, dulu, kini dan selamanya. Konon macam dah sepuluh tahun dia kenal aku.
Edry... Edry.. Isya aje yang boleh turn
on my mouth tau. Tak tahu kenapa, macam mana pun Isya is always make me comfort. The one and only.
“Tak
payahlah kacau dia. Diam-diam dia, dia dengar tu. Aku tahu.” Sela Kiki pula.
“Dah..
dah.. sambung balik.” Gesa Matt.
“Okay,
nak dijadikan cerita. One day, si
Nida ni kena aniaya dengan kawan dia sendiri and the worst is, she’s
raped. Masa tu aku dengar hidup dia memang tak tentu hala. Dia nak report,
tapi ayah dia tak bagi. Public figurekan,
imej kena jaga.”
Aku
terkaku. Mata menatap skrin BB, tapi fikiran kosong. She’s raped. Perkataan tu berulang dalam kepala aku.
Makin menarik! Raff...mmg boleh buat hati Mai cair...but is it for real? Do continue ya!
ReplyDeleteIda: nak thu... Tuuuuunngggguu~~ hehehe
DeleteBestttttt sangat tapi nak banyak lagi pasal raff ngan mai ,hehehhehe
ReplyDeleteAinaa Mastura: tnx.. ahakss... n glad u like it.. part raff n mai tu akn lbih byk lps ni.. sbr ye..:)
Delete