BUAT entah kali ke berapanya
aku menggeleng, menjawab pertanyaan atok. Malas sangat nak keluar. Malas nak
pergi. Atok pulak macam tak penat tanya soalan yang sama sejak selesai mandi
tadi. Aku pulak yang naik letih kena geleng kepala.
“Kalau
nak pergi, ikut atok pergi jemaah kat surau dulu. Lepas Isyak kita terus pergi
rumah pakcik Akram kamu tu.” tambah atok lagi sambil mengikat kain pelikatnya.
Bersiap nak ke surau untuk solat maghrib.
Aku
yang sedang melipat pakaian ditengah ruang tamu terhenti. Atok aku pandang.
“Tak mahulah tok, Mai tak suka. Nanti kena jumpa orang kampung. Lepas tu
mulalah dia orang nak kenan-kenankan Mai dengan anak-anak dia orang.” Setiap
kali pergi kenduri, memang itu jugalah modal makcik-makcik kat kampung ni.
Semua nak try market anak masing-masing. Mentang-mentanglah aku ni anak dara
pingitan. Tu yang buat aku seriau tu.
“Betul
ke ni? Nanti pakcik Akram kamu tanya, atok nak jawab apa?”
“Cakap
Mai tak sihat ke?” Jawab aku sepantas
mungkin. Atok tengok muka aku yang tengah sengih nakal siap angkat-angkat
kening. Atok angkat bahu. Malas nak komen apa-apa.
“Kamu
tak payahlah masak untuk atok, masak untuk kamu aje. Kang atok balik dah
kenyang dah.” Ujar atok. Aku angguk.
“Atok
pergi dululah, nak masuk maghrib dah ni. Jangan lupa kunci semua pintu.” Pesan
atok. Dia sedang berjalan ke pintu rumah. Tangan kanannya memegang kopiah
putih. Atok memang jarang solat maghrib dan isyak di rumah. Macam mana pun,
mesti nak ke surau.
Aku
hantar atok sampai ke muka pintu. “Baik tok, dengan pintu hati sekali Mai kunci
nanti.” Aku mengusik atok. Manakan tidak, asal hendak keluar sahaja, mesti atok
beri sepatah dua kata yang sama. Rasanya dah terakam elok dalam memori aku yang
tak besar mana ni.
Atok
sarung selipar. Lampu suluh dimasukkan dalam kocek baju melayu. “Kelakar
sangatlah lawak kamu tu Mai. Atok rasa nak gelak kuat-kuat aje.” Ujar atok
bersahaja. Heh.. atok ni memanglah. Kerja nak bagi aku malu sendiri aje.
Elok
sahaja aku tutup pintu dan tingkap-tingkap, terdengar laungan azan dari surau
hujung kampung. Kain baju yang masih belum siap dilipat, aku tinggalkan
sebentar untuk menjalankan kewajipan sebagai hamba Allah. Sembahyang lima waktu
jangan tinggal, itu pesan atok.
Aku
mengambil wuduk disingki dapur, takut pula nak keluar ke bilik air. Dahlah
belakang rumah atok ni kebun yang boleh disamakan tarafnya dengan hutan.
Lepas
ambil wuduk, aku naik atas semula, masuk dalam bilik yang aku huni sejak
tinggal disini. Telekung yang bersidai elok diatas kepala katil aku ambil lalu
aku sarung seelok mungkin. Ingat, jangan jumpa boyfriend aje kena
cantik-cantik. Nak jumpa Allah pun kena bersih dan kemas. Pesan atok juga.
Selesai
menunaikan solat maghrib, aku buka pula al-Quran. Kitab wajib yang perlu aku
baca lepas menunaikan solat. Tak kiralah lepas solat apa pun, mesti baca
walaupun hanya dua tiga muka surat. Nak buat ibadah ni memang banyak
halangannya lagi-lagi bab kena hasut dengan syaitan. Sebab tu elok lepas
sembahyang kita baca Quran terus.
Bacaanku
terhenti mengejut bila terdengar bunyi sesuatu dari luar. Berdebar juga dada
aku sekejap tapi lepas bunyi tu tak dengar lagi, aku sambung semula bacaan
tadi. Mungkin si Harun cuba nak panjat tingkap agaknya.
Aku
terus menunaikan solat isyak elok sahaja masuk waktu. Lepas solat isyak, aku
baca sedikit lagi sebelum kembali ke ruang tamu untuk siapkan baju yang belum
habis dilipat tadi. Aku ikat satu rambut aku yang panjang dan lurus itu. Kain
batik yang sedikit longgar, aku ketatkan ikatannya.
Aku
bersimpuh diatas tikar mengkuang. Sambil melipat, aku bernyanyi kecil. Cemburu
pulak dengar cicak-cicak kat dinding rumah ni asyik buat bising. Dari dengar
diorang bising, baik aku yang menyanyi. Sedap jugak dengar.
“...ohh
angin.. sampaikan laguku padanya.. yang sering pilu.. terimalah, laguku jadi
teman hidupmu.. untuk selamanya.. kau tahu betapa ku sayang padamu..” la la
la.. memang ini lagu kegemaran aku. Dari dulu hingga sekarang. Keluarlah lagu
baru macam mana pun, lagu ni jugak yang aku nyanyi tiap kali sunyi. Belaian
Jiwa nyanyian Innuendo, rasanya semua orang tahu lagu ni.
Aku
terjerit bila terasa ada tangan yang menutup mulut aku dari belakang. Aku cuba
menepis tetapi pegangannya sangat kukuh dan kuat. Tangan aku menggagau-gagau
memukul kepala lelaki yang menceroboh masuk dalam rumah ni. Aku pasti itu
lelaki sebab tangan yang tutup mulut aku tu memang sasa. Pastilah lelaki.
Aku
cuba berpusing, pun tak mampu. Aku cuba lari, pun tak mampu sebab lelaki tu dah
peluk pinggang aku sekuat mungkin. Puas aku menepis tangan dia, tapi tak lepas
juga. Mungkin kerana rimas tangan kecil aku asyik menepis-nepis, dia melepaskan
mulut aku lalu membawa kedua belah tangan aku ke belakang lalu diikatnya.
“Siapa
kau? Lepaskan aku.. tolong.. jangan buat apa-apa kat aku.. tolong..” rayu aku
dengan tangisan. Aku takut. terasa terimbau kembali kejadian dimana aku hampir
dirogol suatu ketika dulu. Tuhan, tolong selamatkan aku.
“Atok!!!!”
aku menjerit sekuat hati sebelum mulut aku tiba-tiba diikat dengan kain. Aku
masih tak nampak siapa orang yang menganiaya aku. aku bergelut dengan dia bila
dia cuba hendak menggomol leher aku dari belakang. Aku mengelak selagi mampu
dengan tangisan yang semakin menggila. Tersilap langkahku bila aku cuba bangun
untuk berlari tapi aku jatuh tersungkur diatas lantai. Lelaki tu tanpa belas
menindih badan aku lalu mengoyakkan baju kurung kedah yang aku pakai.
Aku
ingin menjerit tetapi yang keluar hanyalah airmata yang kian lebat. Atok,
tolong Mai. Dia menterbalikkan tubuh aku. Aku terlentang, dia duduk diatasku.
Lelaki tu memakai topeng, hanya kelihatan mata dua bijinya dan mulut. Aku tak
peduli siapa lelaki tu, apa yang pasti aku mahu lari dari sini sekarang juga.
Aku
cuba sedaya-upaya untuk merungkai ikatan pada tangan. Biarpun terasa perit dan sakitnya,
aku tahankan juga demi maruah aku yang cuba dinodai. Lelaki tu semakin menggila
menggomol tubuh aku yang sudah terdedah. Baju yang aku pakai sudah pun terkoyak
habis. Bila mendapat peluang, aku menendang perut dia dengan lutut kananku. Dia
mengaduh tetapi masih tak berganjak. Sejak tadi, tiada satu pun kata yang lahir
dari lelaki tu.
Cubaan
aku akhirnya berjaya bila tali ditangan terungkai sedikit demi sedikit. Kain
dimulut aku buka cepat-cepat. Dengan sekuat tenaga, aku menolak tubuh lelaki
itu. Dia tergolek ke kanan, dengan pantas aku bangun cuba untuk berlari.
“Tolong!!!
Tolong!!” aku menjerit sekuat hati sambil berlari. Namun belum sempat aku lari
keluar, aku tersungkur bila kaki aku ditarik. Aku jatuh semula. Aku terjerit
kesakitan. Aku tak pedulikan sakit yang mula menjalar, dengan sekuat tenaga aku
menendang tangan lelaki tu yang tengah pegang kaki aku. bila terlepas, sekali
lagi aku cuba berlari.
Sekali
lagi, cubaan aku gagal bila lelaki tu
dengan pantas mendapatkan aku, pinggang aku dipeluk kuat.
“Atok..
Tolong Mai!! Atok!!” dia memusingkan tubuh aku menghadap dia dan pang!!! Bukan
sekali, bukan juga dua kali. Pipi aku dilempang beberapa kali hingga aku lemah
dan tak mampu menjerit lagi. Tubuh aku mula longlai kepala sudah terasa kepeningan. Aku
terpandang sesuatu dileher lelaki tu, dalam keadaan lemah, aku merentap rantai
putih itu. Dan aku pengsan didada lelaki tu.
MENANGIS airmata darah
sekalipun, apa yang sudah diragut tak mungkin akan dapat semula. Semuanya dah
terjadi dan kini apa yang aku lakukan hanya termenung, merenung nasib diri yang
dah terang lagi nyata bukan lagi gadis suci. Mendengar tomahan dan umpat keji
orang kampung yang tak henti-henti sejak kejadian dua hari yang lalu.
Melihat wajah duka atok menambahkan lagi seksa hati. Aku
tahu atok malu, juga aku tahu atok kesal kerana tidak dapat melindungi aku dari
tangan kotor lelaki tak guna tu. puas orang kampung menyiasat siapa orang yang
menodai aku, tetapi hingga kini tak ada siapa yang tahu orangnya.
Aku mengesat airmata yang menuruni lekuk pipi sebelum
kembali membuang pandang keluar tingkap bilik. Mencari ketenangan dari alam
semulajadi. Ya Allah, kenapa ini dugaan yang aku harus tempuhi?
“Mai..
Allah..” aku terdengar suara lemah atok. Aku pantas lompat dari katil, berlari-lari
mendapatkan atok dibiliknya. Aku nampak atok sedang baring, atok nampak sukar
bernafas. Dadanya berombak, mulutnya tercungap-cungap.
“Atok..
kenapa ni?” aku jadi cemas serta-merta, malah airmata aku tak dapat dibendung
lagi. Kenapa atok nampak sukar benar bernafas. Atok tak ada penyakit lelah
seingat aku. aku mengusap dada atok. Mata atok terpejam tapi dia nampak sangat
terseksa.
“Mai..
Mai.. pang.. panggilkan.. Allah.. sakitnya.. panggilkan.. pakcik Ak.. Akram..
Mai..” dalam kepayahan aku dengar atok
menutur. Aku pantas mengangguk. Melihatkan keadaan atok yang nampak sangat
tenat itu, aku pantas berlari mencapai tudung didalam bilik sebelum membawa
langkah deras menuju ke rumah arwah tok Kassim. Tak aku hiraukan panasnya
cahaya mentari membakar kulit. Demi atok aku kuatkan langkah biarpun melangkah
dengan tangisan.
“ASSALAMUALAIKUM.. pakcik, Mai
ni!!” laung aku dari bawah rumah. Aku menjengah-jengah mencari kelibat penghuni
rumah. Tak lama menunggu, aku terdengar salam aku berjawab dari pintu belakang
rumah. Aku berlari ke belakang. Kelihatan lelaki bernama Syazlan yang pernah
datang ke rumah atok kelmarin mencari arah jalan bersama adik-adiknya.
“Eh,
awak. Ada apa? Cari siapa?” soal Syazlan. Dia nampak cemas dengan kekalutan
aku.
“Abang, pakcik Akram ada? Mai nak jumpa.” Mungkin kerana
melihatkan dia lebih tua dari aku, dengan mudah aku menggelarnya abang. Syazlan
membetulkan cermin matanya, pintu dibuka luas.
“Papa ada, masuklah dulu Mai.” Papa? maknanya mereka ni
anak-anak pakcik Akram lah? Budak-budak yang tak nak naik ke rumah atok masa
pakcik Akram dengan auntie Su datang. Huh, dasar orang bandar.
“Tak apa, Mai nak jumpa pakcik Akram aje.” Aku kesat
airnata yang masih tak mahu berhenti.
“Mai..
kenapa ni?” aku pantas menjengah. Muncul
pakcik Akram dari belakang Syazlan. Elok sahaja pakcik Akram berdiri didepanku,
merenung aku dengan wajah kebapaannya itu, aku menangis teresak-esak. Tak dapat
menahan rasa hati. macam-macam yang aku fikirkan. Semuanya tentang atok.
“Mai..
Mai okay tak?” soal pakcik Akram risau. Dia menarik aku dalam pelukannya.
“Pakcik,
atok sakit. Atok nak jumpa pakcik.” Tangisku.
“Syhh..
syhh.. sabar ya. Jom kita tengok atok Mai. Mari..” pakcik Akram membawa aku ke
depan semula selepas dia menyarung seliparnya. “Syaz, ambil kunci kereta.
Bagitau mama papa nak ke rumah tok Rahim.” Laung pakcik Akram pada anaknya.
TIADA kata yang dapat aku
ungkapkan demi mencerakinkan perasaan yang bertamu dalam hati ketika ini. Hanya
mata sahaja yang terkebil-kebil mendengar permintaan atok yang semakin tenat
keadaannya. Sedikit pun aku tak mengalih pandangan aku dari melihat atok yang
terbaring bersama pakcik Akram yang duduk ditepi katil.
“Ka.. kamu sorang a.. aje yang.. bo.. boleh to.. tolong
aku.. Ram..” tercungap-cungap aku tengok atok.
“Pakcik, Ram dah
anggap pakcik macam ayah Ram. Hussin pun kawan baik Ram, macam mana pun, Ram
akan jaga Mai. Pakcik jangan risau ya.”
“Kah.. kahwini di.. dia Ram.. to.. tolong..” sekali lagi
aku terkedu bila atok menyuarakan permintaan itu. Pakcik Akram mengangkat
wajahnya, menbalas pandangan mata aku. seketika kemudian dia melepaskan nafas
beratnya.
“Abang..?” panggil auntie Su yang sejak tadi berdiri
dimuka pintu bilik bersama anak-anaknya. Aku menjatuhkan semula mata pada atok.
Tangan kiri atok dalam genggamanku sementara tangan kanannya pakcik Akram yang
pegang.
“Mana boleh suka-suka hati suruh papa kahwin dengan
perempuan kotor tu. Dahlah tak suci.” Aku menadah telinga mendengar cemuhan
anak gadis pakcik Akram. Meski hati tersentuh, namun apalah yang dapat aku
lakukan.
Pakcik Akram mengeluh berat. Kembali melihat atok.
“Pakcik, saya kahwinkan Mai dengan Syazlan ya. Anak lelaki sulung saya.” Pujuk
pakcik Akram, cuba membuat tawaran. Mendengar nama abang Syazlan yang menjadi
calon, aku bertambah kaku. Layakkah aku bersuamikan lelaki itu sedang diri
sudah tercemar?
“Ter.. terpu.. pulang.. Allah.. sakitnya.. Mai..” aku usap
rambut putih atok.
“Ya tok..”
“Mai.. ja.. jaga diri.. solat.. Allah..” cukup setakat
itu, atok sudah nampak semakin payah bernafas. Dadanya berombak perlahan,
nampak lemah. Aku tak dapat menahan airmata tatkala pakcik Akram mengajar atok
mengucap. Aku meraung semahu hati. Jangan tinggalkan Mai atok. Aku peluk atok
sekuat hati bila mata atok sudah terpejam rapat, jantungnya berhenti berdegup.
“Atok.. jangan tinggalkan Mai..” aku mengongoi semahu
hati. Tuhan, kenapa ambil atok? Kenapa biarkan Mai sendiri?
No comments:
Post a Comment