6
“KAU apasal buat muka macam nampak
hypo pakai baju kau ni?” tegurku. Dahlah masuk office orang, tadi duk cakap nak cakap something. Muka serius jek. Dah aku bagi duduk, siap hidang air
lagi, dia boleh duk tenung muka aku yang cun ala-ala Taylor Swift ni ha. Malu
lah aku macam ni. Makin kuatlah perasan aku. ha ha ha
“Aku
nak cakap pasal sepasang kekasih yang berkasih dari jarak jauh hampir 3 tahun
dan sekarang perempuannya nak kahwin.. wow,
that happy. But so upset, she will marry with other guy. And yeah, I just know
it, from our front desk girl. Anything to explain?”
Tak
payah tunggu ayat dia habis, aku dah tahu yang rahsia aku.. kantoi..kontoi..
apalah kerja si front desk girl ni,
duk bergosip aje. Ishh.. tapi memang betul pun, Liya patut tahu pasal ni. Cuma
aku aje yang taknak heboh-hebohkan. Kalau boleh, masa kad jemputan sampai baru
nak bagitahu. Lagipun Liya bukan jenis baca majalah ke surat khabar, kalau tak mesti dia dah tahu berita ni dari media massa, kan.
“Apa
ni Trish, aku sepupu kau, kau sanggup rahsia-rahsia kat aku? Patutlah mama
dengan baba tersenyum-senyum depan aku macam ada rahsia, rupanya diorang pun
komplot dengan kau kan?”
Erk?
Betul ke Pak Ngah dengan Mak Ngah tahu pasal aku dah tunang dan nak kahwin?
Bila masa diorang tahu? Pa atau ma yang bagitau kot? Eh, taklah. Pa dengan ma
sendiri pesan jangan bagitau Pak Ngah dengan Mak Ngah, nak buat surprise katanya. Ishh..
“Sorry
Liya, aku bukan saja-saja nak berahsia dengan kau. Kalau aku bagitau kau,
mesti kau upset macam ni.”
“But how? Who?” aku faham maksud soalan Liya tu.
“Anak
kawan pa masa studi kat Swis dulu. Dia datang rumah, dia cakap dia berhajat nak
kahwinkan anak dia dengan salah seorang dari kami. Aku dengan Riya. Pa nak Riya
yang kahwin dengan anak uncle Wan tu. Tapi..” kata-kataku cukup sampai disitu
bila tengok biji mata Liya dah macam nak terkeluar dari landasan. Aku tahu,
Liya faham.
“Ohh,
sooo sweet dapat kakak yang sanggup
berkorban jiwa dan raga demi adik yang buta hati, buta kayu, buta mata macam
tu.” Sindir Liya. Aku diam. Aku tahu dia marah.
“Boleh
tak once in a while kau biar aje adik
kau tu merana sikit? Bagi dia belajar dari kesalahan, kesusahan, kepayahan?
Biar aje dia yang kahwin dengan lelaki tu.” Marah Liya.
“Tak
boleh, dia adik aku. Aku sayang dia. Aku taknak masa depan dia hancur sebab
kena kahwin dengan lelaki yang dia tak kenal.” Balasku tajam.
“Hell.. hidup kau hancur takpe? Macam
mana janji kau dengan dia? Blah macam tu aje?” tungkas Liya. Aku terdiam lagi.
Tiba-tiba
wajah menyinga tadi bertukar sayu. Aku sekadar membuang pandang melihat wajah
sayu Liya. Satu-satunya manusia yang boleh rapat dengan aku selain dari si dia
dan Miy, anak Mak Pah. Mak Pah, pembantu dirumah aku. Yalah, siapalah yang nak
kawan dengan orang macam aku ni, yang tak tahu nak berdunia. Time study dulu, buku aje lah jadi kawan
aku. Bila dah kerja, tak nampak dunia luar langsung. Bukan gaya aku duk melepak
dengan kawan-kawan tu semua. Aku lebih suka duduk dalam dunia aku sendiri.
Dunia dengan komputer + fail = kerja.
“Aku happy
Trish sebab kau dah nak kahwin waima sebab adik kau pun tapi dia macam mana?
Kau faham kan?” aku mengangguk. Ya, aku faham. Aku kini sedang melangkah pergi
meninggalkan janji-janji yang aku dan dia pernah lafazkan dulu. Dia yang kini
sedang mengejar kerjayanya di negara orang. Menguruskan bisnes keluarganya
disana.
“Dia mesti faham.” Ulasku cuba meyakinkan Liya walaupun
dalam hati langsung tak yakin dengan apa yang aku sendiri katakan. Liya
tergelak tak rela. Tengok muka pun tahu yang aku baru lepas buat lawak tak
kelakar.
“Ada ke pakwe yang faham bila tengok awek kahwin dengan
lelaki lain Trish?” tekannya. Aku tahu apa yang Liya rasa. Liya sendiri takut
nak bagitahu si dia yang aku sudah pun bertunang dan akan melangsungkan
perkahwinan beberapa hari sahaja lagi.
Aku tertunduk. Hilang kata-kata. Bukan niat aku untuk
meleburkan janji yang pernah aku dan dia lafazkan 3 tahun dulu. Tapi, keadaan
memaksa. Sayang pada adik lebih mendalam dari sayang kepada kekasih.
“Aku dah cuba nak bagitahu, masa dia call. Tapi aku tak mampu. Dengar suara dia yang chill tiap kali call aku, aku jadi kesian nak bagi dia sedih.” Luahku sekali
bersama nafas berat.
“Perlu ke kau berkorban sejauh ni untuk adik kau yang
buta hati tu?”
“Perlu Liya, aku nak dia jumpa apa yang dia cari dalam
hidup dia tu.”
Liya mendengus. “Trish, look. Dia tak pernah pun nampak pengorbanan kau tu. Lepas ni apa
pulak? Apa lagi yang kau sanggup korbankan untuk adik hati kering macam tu?”
nada Liya mula naik satu level. Aku
tahu dia marah dengan tindakan aku ni.
Mata kami bertentangan. Matanya tajam merenungku, pun aku
balas dengan pandangan sayu. “Nyawa. Benda tu mungkin the last thing aku boleh korbankan untuk dia bila aku dah tak tahu
nak korban kan apa lagi.” Ujarku perlahan dan aku akan pastikan ianya bukan
sekadar satu perkataan.
Liya mengeluh. Letih dengan niatku untuk menabur kasih
sayang pada si adik yang tak pernah nampak semua itu. “Kau terlalu sayangkan
adik kau Trish. Tapi dia? Apa yang pernah dia bagi sebagai balasan kat kau?”
provok Liya sekali lagi.
Aku tersenyum kecil, walaupun nampak sendunya. Aku
menggeleng. “Nothing, aku buat sebab
aku ikhlas. At least, aku puas tengok
apa yang dia nak, dia dapat.”
Sekali lagi Liya tergelak, sinis. “Apa yang kau tengah
buat ni sama macam kau tuang sejag air kat padang pasir Trish. Takde effect, nothing can be change.” Tekan Liya. Tak penat ke kau Liya nasihat
aku? Tak kisahlah kau nak kata aku tuang air kat padang pasir ke, tabur garam
kat laut ke. Aku tak amik kisah. Aku tetap dengan pendirian aku.
“Kau takkan faham apa yang aku rasa kalau kau ada adik
yang selalu menyisih sebab dia rasa dia tak sehebat kau, tak seelok kau.” Aku
melepaskan lagi nafas yang memberat didada. “Riya kurang kasih sayang sebab dia
rasa aku aje yang layak untuk itu , Liya. Dia jauh dari pa dan ma sebab aku.”
rintihku.
Seingat
aku, kali terakhir aku nampak Riya bermanja dengan ma dan pa ketika kami berada
disekolah menengah, mungkin dalam tingkatan 5. Elok aje dia dapat tawaran
sambung belajar ke UK, tak pandang apa lagi dah, terus nak terbang ke sana.
Tegahan ma dan pa langsung tak dihiraukan. Aku pula tercampak di UiTM Shah Alam
aje.
Lepas
sampai UK, tiga tahun buat Diploma kemudian dua tahun buat Degree dan setahun
lagi duduk saja-saja menghabiskan masa disana. Tu pun dia nak sambung Master,
tapi nasib baik tak dapat sebab tak berapa nak layak. Ha ha ha
Dalam
beberapa tahun tu, boleh dikira dengan jari berapa kali aje dia jejak kaki kat
negara tanah tumpah darah ni. Tipulah kalau ma dan pa takde duit nak sponsor
tiket flight Riya, tapi memang budak
tu tak nak balik. Dipujuk pun, tak nak. Selalunya, ma dan pa yang terbang ke sana.
Ma lagi suka, boleh makan angin. He he he
Dan
sampai ke hari ni, dia terus-terusan menjauhi kami. Entah dimanalah silap kami
bertiga sampai macam tu sekali dia menyisih. Dulu dia lah anak paling manja.
Tapi sekarang, tahu nak menyinga aje, tengking ikut dan. Kadang-kadang aku
kesian tengok ma dan pa. Bukan aku tak tahu yang diorang sedih dengan perangai
Riya tu. Kalau dulu dia rapat dengan aku, sekarang, nampak aku pun dia buat tak
nampak, siap boleh terlanggar bahu lagi tu, memang tak nampaklah kot. Hu hu hu
“Aku
dengar Miy nak balik dalam masa terdekat ni.” Miy? Kalau Miy balik,
maksudnya...? Aku terkaku. Ini dah dikira damn.
Memanglah aku tak boleh nak lari ke mana kan. Nak sorok pun tak boleh.
“Amboi,
seriusnya muka. Tengah plan nak
rompak bank ke?” ek?? Aku kalih muka ke pintu bilik. Pa..
Liya
tersengih, menyembunyikan raut wajah berkerutnya tadi. Aku pun tumpang sekaki.
Tersengih, tapi kenapa macam senget jek aku sengih ni?
“Hai,
pak su. Sorry, curi tulang sekejap.
Nak bergosip dengan bakal pengantin baru ni.”
“Eh,
dah kantoi ke? Tak apa lah, but jangan
kantoikan kat mama dengan baba Liya tau. Paksu nak buat surprise. Dulu dia selalu cakap, anak dia mesti kahwin dulu. Nanti
mesti dia terkejut punya.” Pa tergelak lucu.
Pa
dengan pak ngah memang rapat. Tapi kalau dengan Pak Long, dua-dua ketar lutut
kalau nak jumpa. Pa dengan Pak Ngah memang gerun sikit dengan Pak Long, muka Pak
Long pun nampak garang. Tegas orangnya. Pak Long dah pencen dari dunia
perniagaan, sekarang duk travel
dengan Mak Long. Pergi seluruh negara yang ada dalam peta dunia.
Kami
berdua tergelak kecil. Walhal dalam kepala dah keluar tanda soal.
“Okay, pa nak keluar jumpa uncle Wan. Lunch. Kamu berdua pun jangan lupa
lunch. Kerja tu kerja jugak, perut pun kena jaga. Okay, see ya.” pa melangkah pergi. Kami berpandangan. Muka dah
berkerut seribu.
“Mungkin
ma aku yang bagitau.” Komenku. Liya mengangguk sedikit, walaupun nampak
ragu-ragu. Seragu hati aku ketika ini. Miy nak balik. Syazmi nak balik. Dan
dia?
No comments:
Post a Comment