18
KIPAS disiling aku tenung tak
lepas. Nak siapkan kerja, aku malas. Biasalah mood pelajar ni bukannya sentiasa nak belajar aje, adakalanya
terasa nak enjoy jugak, nak lapangkan
kepala yang dah cukup semak dengan macam-macam teori dan fakta.
Tambah
pulak hari ni hujung minggu. Memanglah terasa meluatnya hujung minggu duduk
memerap dalam apartment asrama ni. Seketika, fikiran aku jauh berlayar
mengingati ‘persidangan’ tak rasmi aku, Kiki, Edry dan Matt.
“Ayah
dia ada juga cari kawan Nida yang rogol dia tu, tapi budak tu dah lesap dulu.
Sebab nak tutup malu famili, ayah Nida ni offer
satu projek perumahan yang agak besar pada salah satu syarikat kejuruteraan where’s Director syarikat tu kawan baik
ayah Nida. Sebagai balasan untuk projek bernilai jutaan ringgit tu, ayah Nida
minta anak kepada Director tu terima Nida as
his wife. So, that’s the truth of
Nida’s wedding. That’s the beginner
of the wedding.” Senang saja Kiki menutup ceritanya.
“But, how’s their life? Happy? Suami dia boleh terima dia ke?”
soalan Edry buat jantungku berdetak. Simpati tertumpah buat insan bernama Nida.
Pasti hidupnya penuh dengan liku. Aku dapat bayangkan. Siapa yang boleh tutup
mata terima kekurangan isterinya?
“Terrible, horrible, misserrable and worst. Suami yang
diharapkan, rupanya suami lagi teruk. Layan dia macam perempuan simpanan. Nak
pakai, pakai. Tak nak, bawa balik perempuan lain. Kesian. Tapi nak buat macam
mana, dah ayah dia pun tak sayang dia. Lagi sayang imej dan nama dari maruah
anak sendiri.”
“Kesiannya.
Tak sangkakan, cerita macam ni pun ada kat dunia realiti. Ingat dalam sinetron
aje.” Simpati Matt tertumpah buat insan
bernama Nida. Ya, kasihan dia. Kasihan juga diriku. Entahkan suatu hari nanti
nasibku bakal sama dengan nasib Nida ataupun mungkin lebih teruk. Siapa yang
boleh terima gadis yang bukan perawan sebagai isterinya?
Dan
sepanjang hari itu, aku terus menyepikan diri. Lebih sepi dari kebiasaannya.
“Hoii, berangan ke?” bergegar bahu aku disergah sebegitu.
Hilang terus bayangan semalam. Aku menjeling maut pada Isya yang
tersengih-sengih. Aku meletakkan tangan didahi, terus melepak diatas sofa ruang
tamu apartment asrama ni.
Tak adalah besar mana apartment untuk pelajar ni tapi
cukuplah untuk keselesaan. Ada dapur, ada bilik air, ada ruang tamu, balkoni
dan ada dua bilik tidur. Aku berkongsi dengan Isya sementara Maya sendirian
dibilik yang agak kecil. Itu pun salah satu sebab kami berbalah waktu mula-mula
masuk. Berebutkan bilik tidur.
“I don’t care. I nak master bedroom. No matter what.” Tekan
Maya. Bagasi ditarik nak masuk ke bilik utama, tapi Isya menghadang jalannya. Siap
peluk tubuh lagi.
“I don’t care with
your don’t care tu. And i don’t give
a damn with your no matter what
tu. Aku nak master ni and I’m going to share it with Lis. Tapi
kalau kau nak sangat bilik ni, kau boleh share
dengan aku or Lis. How?” balas Isya, siap bagi pilihan
pulak tu.
Maya ketap bibir, hentak kaki, nak tunjuk bengang dia tu.
Lepas tu terus masuk bilik sebelah yang agak kecil dan dummmm!! Kesian pintu tu
jadi mangsa.
“Kau apahal, perempuan? Muka loser gila.” Aku kembali ke alam nyata. Isya menghenyak punggungnya
dihujung kaki aku. Dia hanya bertuala, rambutnya masih basah. Baru lepas
mandilah tu. Isya, memang payahlah nak tengok dia mandi pagi kalau tak ada
apa-apa aktiviti. Kadang-kadang petang baru nak mandi untuk pagi.
Kalau
disuruh mandi mesti dia akan tanya soalan ni. “Nak pergi mana?” memanglah Isya
ni. Kalau tak ke mana-mana tak boleh mandi ke?
“Kau
tak keluar ke?” soalku. Maklumlah, sejak kebelakangan ni Isya memang kerap
keluar. Lagi pulak kalau hari minggu, pagi lagi dah lesap. Bila tanya ke mana,
jawapan yang sama. “Keluar jumpa kawan, jangan risaulah.” Tu ajelah ayat dia. Tapi
yang buat aku risau sangat bila dia tiba-tiba tak balik apartment selama dua
hari. Bila aku tanya, baru dia cakap dia sibuk buat assignment luar. Lepas tu, aku dah malas nak tanya lagi. Tahulah
Isya tu jaga diri dia sendiri.
“Taklah,
hari ni nak rehat puas-puas. Penat stayback
malam tadi.” Betul jugak. Kalau tak silap aku, Isya tidur pun lepas solat subuh
tadi. Aku yang konon-kononnya tak nak kalah dengan Isya, dah melayang dulu. Last aku tengok jam sebelum tidur, pukul
3.30 pagi.
“Aku
bosan gila ni. Jomlah keluar mana-mana.” Aku bangun lalu duduk disebelah Isya
yang sedang menatap skrin TV.
“Kau
nak ke mananya, weh? Kau tak mengantuk ke”
“Tak
kisahlah ke mana pun. Ala, kau ni macam tak biasa overnight, kan. Jomlah, keluar. Kau bawak aku tengok tiang lampu
jalan pun aku sanggup dari terperap dalam rumah ni.” Nama aje kereta sorang
sebiji, tapi bila nak keluar tak pun nak ke mana-mana mesti sama-sama. Bukan
apa, aku malas nak memandu keluar kalau bukan untuk kepentingan. Tak suka bila
tersekat kat jammed.
Isya
paling muka padaku. “Gila? Malam nanti papa datang nak ambik kita, kan?”
Aku
kerut dahi. “Eh, apahal pulak? Nak ke mana?”
“Eii,
kau ni. Muda-muda dah ada elzeimer. Malam ni annual dinner firma papa, remember?
Kau tak tahu ke kenapa Maya keluar pagi-pagi tadi?”
Aku
garu kepala. “Memang dia selalu keluar pun.” Betullah, selama ni memang Maya
selalu keluar hujung minggu. Pernah ke dia tak keluar walau sehari pun? Dan apa
bezanya hari ni dengan hari-hari yang lain?
Isya
menepuk kuat pahaku. Adoi, berpijar. Derhaka dengan ‘mak tiri’ ni. Ha ha ha
“Payahnya
cakap dengan mangkuk ni. Hari ni lain tahu tak? Dia keluar dengan Jimmy, nak
cari dress untuk dinner tu. Biasalah, orang hot.”
Mulutnya terjuih.
Aku
mula teruja tiba-tiba. “Ohhh..Boleh bawak orang luar tak?”
Isya
tepuk dahi sendiri. “Sebab tulah dia keluar dengan Jimmy, nak pilih baju
sepasanglah tu untuk malam ni. Harulah perempuan ni. Tak boleh agaknya kalau
pergi mana-mana majlis tak bawak teman. Haih..”
Waaa..
mata aku dah bersinar galak. Pantas aku mencapai telefon, nombor papa aku dial.
Isya hanya memandang walaupun aku tahu ada banyak soalan yang dia nak tanya.
“Assalamualaikum,
papa.”
“Waalaikumsalam.
Ada apa Lis?”
Aku
kenyit mata pada Isya yang sedang merenungku.
“Papa,
malam ni ada dinner firma papa ya?”
“A’ah,
dalam pukul lapan papa datang jemput Lis dengan Isya, ya? Tak payahlah drive. Maya pergi dengan boyfriend dia.”
“Papa,
boleh tak kami nak pergi sendiri? Sebab kami nak beli baju dulu. Tak ada baju
yang sesuailah papa.” aku sedikit merengek. Isya mencebik. Tak hairan pun.
“Ohh,
kalau macam tu okay aje. Nanti papa masukkan dalam akaun Lis, but ingat ya pukul sembilan dah ready kat sana.”
“Yess!!” aku menjerit suka sebaik talian
tamat.
“Mengada-ngadalah
kau ni. Pakai ajelah baju yang ada tu.”
“Sya,
sebagai student fesyen, aku kenalah
tunjukkan bakat aku dalam pemilihan pakaian untuk majlis. Takkan budak fesyen
pergi event pakai baju kurung
semata-mata. Ya tak?” hehehe...aku sengih bila Isya menjeling. Meluatlah tu.
“Ala,
rilekslah Sya. Lagipunkan, bila lagi nak bagi Maya bengang kan? Biasa dia aje
yang nak hot, nak glamor. Kita pun
boleh lawan dialah.” Aku berpeluk tubuh, bersandar disofa dengan senyuman
dengki. Biarlah, Maya kan selalu bangga dengan diri sendiri. Sekali sekala
kalau buku bertemu ruas pun okay apa?
“Kita?
Kau ajelah Lis. Aku rela pakai jeans dengan tee aku dari pakai baju menggelebeh
sana-sini tu.”
“Ada
aku bagi kau pilihan ke?” soalku dengan kening terangkat.
Isya
merengus. “Kau suka buat aku meluat kat kau kan.” bebelnya.
Aku
angkat bahu. Pipinya aku tepuk sikit. “Meluat untuk kebaikan tak apa kot.” Aku
gelak bila dia menjuihkan bibir.
Isya & Mai
“EH, kejap.. kejap.” Isya
menarik tanganku hingga langkahku terhenti. Aku berkerut dahi. Apahal pulak
Isya ni, dah petang ni. Karang nak bersiap tak sempat pulak.
“Apasal?”
“Lanun tu panggil.” Juih Isya.
Aku
menoleh pada arah yang dijuih Isya. Ketika itu juga, dada aku berdegup pantas.
Berdebar-debar. Dia dengan siapa tu?
“Hi girls. Buat apa kat sini?” dia menyapa sebaik berdiri dihadapan
kami.
“Ek
eleh, nama pun mall, shopping arr. Tak kan basuh baju kot.”
Balas Isya sedikit bengang.
Raff
jungkit bahu. Seketika kami berpandangan, menyedari anak mataku menghala pada
seorang wanita berselendang cantik disisinya, dia melemparkan senyuman.
Raff
“Okaylah,
chow dulu. Bye.” Raff menarik jemari
teman disebelahnya, sangat mesra. Dia tiba-tiba menghentikan langkah disisiku,
bibirnya dirapatkan pada cuping telingaku.
“And you, take care.” Bisiknya.
Aku
berkerut dahi, mengikut langkah Raff yang semakin menjauh dengan pandangan yang
sukar aku tafsirkan. Entah apa perasaanku saat ini. Terasa hati dihempas ke
lantai melihat dia merangkul bahu wanita lain namun ia bercantum semula selepas
mendengar pesanannya.
“Aku
ingatkan dah wassalam dah Raff dengan perempuan tu. Haihh, lama pulak dia orang
ni couple.” Aku kembali dialam nyata
bila mendengar bebelan sebal Isya.
“Cantiknya
girlfriend dia, Sya.” Aku memancing
Isya untuk menceritakan lebih lanjut siapa wanita berkaca mata tadi.
“Cantik
amendenya, sama aje macam perempuan
lain aku tengok. Lagi satu Lis, cantik aje tak guna jugak kalau cari boyfriend tak reti guna otak. Dah
terang-terang Raff tu hati kering, nak jugak dilayannya. Hampes. Nama aje doktor, sengaja tempah baldi untuk tadah airmata
sendiri.”
“Dia
pun doktor jugak?”
Isya
mencebik. “Hmmm.. Doktor Qira.”
Seketika
bagai berputar diingatanku akan nama tersebut. Doktor Qira, sah memang doktor
itulah yang menelefon Raff ketika kami di Pizza Hut beberapa bulan yang lalu,
ketika menemani aku dan Isya membeli-belah baranganku.
Yakah
awek Raff? Gaya bercakap dalam telefon hari tu biasa aje, straight aje. Tak ada sayang-sayang pun. Hmm.. kalau dah manusia
tanpa hati dan perasaan, begitulah agaknya. Cakap dengan awek pun macam cakap
dengan gangster. Lain benar dengan Syazlan, sangat romantik dari semua sudut.
Tapi sayang, milik Gina pula.
Best sgt2! Watak Raff ni mmg pandai bikin panas walau pun berhati kering...apa2 pun still curious with Raff & syaz's behaviour. Sambung cepat2 ye!!
ReplyDeleteBest sangattttt "!!erm curious sangat dengan watak raff :)
ReplyDelete