BAB 12
DARI satu sentuhan ke satu sentuhan,
dari satu kucupan ke satu kucupan. Semuanya dinikmati semahu mungkin. Seakan
nikmat itu takkan dapat dirasai lagi selepas ini. Ditambah pula dengan serang
balas dari pihak tawanan, sungguh dia tak mahu rasa itu berakhir. Dari hanya
sentuhan biasa, semuanya menjadi semakin liar dan hangat. Dan yang pasti,
takkan ada apa atau sesiapa pun yang mampu menghentikannya.
KESEJUKAN yang menikam hingga ke
tulang hitam, buat dia tersedar. Mulut berdesir bila terasa denyutan di kepala.
Perlahan tangan meramas rambut, cuba berlawan dengan kesakitan. Apa yang dah
berlaku sebelum dia tidur? Memori terakhir yang terakam di mindanya, saat dia
bersuka-ria di kelab bersama abang-abang angkat dan teman-temannya. Dia mabuk
ke? Tak mungkin, dia Cuma ambil segelas dua saja malam tadi. Atau, dia tak
sedar dia dah terteguk lebih dari dua gelas?
Kejap..!
Dia di mana sekarang?
Is
terkaku seketika bila akal waras mula berhubung. Tanpa membuka mata, tangan
meraba sekitar. Cadar? Katil? Ya, dia yakin dia sedang berbaring di atas katil.
Tapi katil siapa? Adakah dia berada di rumahnya? Tapi siapa yang bawa dia pulang? Shit.! Apesal dia
tak ingat apa-apa?
Dek
penasaran dan hati mula berdetak dengan rasa cuak, Is celikkan mata. Perkara
pertama yang dia sedar adalah, hari dah siang. Itupun dia nampak dari cahaya
yang masuk dari celah-celah langsir. Dan lagi, dia bukan berada di kamarnya, sebaliknya di kamar yang begitu asing pada penglihatannya.
Bertambah
terkejut bila tersedar dirinya tak berpakaian. Ya, tanpa seurat benang.
Kelam-kabut Is bangun, melihatkan keadaan dirinya. Damn.! Dia cuba menidakkan
tapi dia yakin sesuatu miliknya yang dijaga selama ni dah diragut tanpa dia
sedar. Dan semua tu terbukti bila matanya terpandang tompokan pada cadar ungu
gelap itu. Damn.! Apa kau dah buat, Is?
Dengusan
yang kedengaran dari balik comforter, buat Is sedar dia bukan sendirian. Is
kaku menanti si pendengus tu membalikkan dirinya. Seketika, Is terdiam. Seluruh
tubuh menggeletar. Kelopak mata yang panas sejak tadi, dah bergenang. Bibir
diketap kuat, cuba menahan diri dari melepaskan amarah dalam kekecewaan.
Kenapa
kau bodoh sangat, Is? Apa kau dah buat pada diri kau? Arghh!!
Bingkas,
Is bangun. Pakaian yang berselerakkan dicapai dan disarung pantas. Sepantas
yang mampu. Dia tak nak lelaki itu sedar sebelum dia keluar dari bilik
tersebut. Siap, beg tangan dicapai. Kaki dibawa laju menghala ke pintu. Elok
saja pintu diselak, Is tergamam. Malah lelaki yang berdiri di depannya tika itu
juga turut pegun dengan mata terbeliak luas.
“Is?
Eh..? Kau.. Kau..” Zakry hilang kosa kata. Matanya menatap Is berselang-seli
dengan figura teman baiknya yang sedang berselimut di atas katil. Apa dah jadi?
Bukankah malam tadi Danish yang tidur di kamar tu? Dari mana pula datangnya Is?
“Macam
mana kau..” Sekali lagi Zakry terdiam bila dilihatnya Is sudah mengalirkan air
mata dan berlalu pantas. Pintu kamar tertutup semula. Apa ni? Apa dah jadi
sebenarnya?
“Is,
kejap. Apa dah jadi ni? Macam mana kau boleh ada dalam rumah aku?” Lengan Is disambar, menghentikan langkah
pantas gadis kacukan itu.
“Zack..”
Is dah mengongoi.
“Weh,
kau kenapa? Kau.. dengan Dany.. Kau..” Zakry rasa nak maki diri sendiri. Kenapa
waktu-waktu macam ni, dia boleh hilang semua perkataan? Dan Zakry bersyukur,
walaupun ayat dia agak berterabur, Is masih mampu faham. Buktinya, tangisan Is
semakin kuat sebelum dia melorot, terduduk di atas lantai.
“God..”
Zakry bertinggung, kebuntuan.
Dalam satu
malam, macam-macam hal berlaku. Si Danish emo sampai teguk minuman keras
bergelas-gelas, lepas tu high. Yang si Is tu pula, tak ada angin tak ada ribut,
boleh ada dalam rumahnya. Lepas tu dua-dua end up atas katil. Dan yang blur
teruk sekarang ni, Zakry. Agaknya, Danish sedar tak apa yang berlaku semalam?
Sumpah Zakry tak faham macam mana Is boleh ada di dalam rumahnya.
“Macam mana
kau boleh ada kat sini? Kau balik dengan Ciara ke? Ciara mana? Aku bangun
tengok dia tak ada pun. Kenapa kau pula yang ada kat sini?”
Malam tadi
Zakry pun ikut high sama, tapi taklah teruk mana. Apa yang Zakry ingat, dia
balik bersama Danish dengan memandu kereta milik lelaki tu. Sementara Ciara,
awal-awal Zakry dah serahkan kunci keretanya pada teman wanitanya itu. Bila dia
sedar pagi tadi, tak pula dia nampak kelibat Ciara. Yang ada hanya kunci kereta
dan kunci rumahnya saja, tentu Ciara yang tinggalkan di situ.
“Aku.. Aku tak
tahu. Aku tak ingat. Ciara.. Ciara mana, Zack?” Tentu Ciara yang bawa dia ke
rumah lelaki itu.
“Aku
tak tahu. Dia Cuma tinggalkan kunci kereta aku aje, tapi dianya tak ada. Kau
pula, seriuslah kau tak ingat apa-apa. Kau high ke?” Macam pelik pula kalau Is
mabuk. Yalah, apa yang Zakry tahu Is sangat pandai kawal diri. Dia akan
berhenti minum sebelum mabuk. Tapi..
“Aku
tak tahu.” Is mula membentak sambil mengetuk kepalanya sendiri. Betul dia tak
ingat apa-apa. Dia tak tahu macam mana dia boleh mabuk teruk.
“Dany
pun mabuk malam tadi. Dan aku rasa dia tak sedar pun apa yang dia dah buat pada
kau. Kau nak..”
“Jangan.
Jangan sampai dia tahu. Please. Please, Zack. Tolong jangan cakap apa-apa pada
dia. Tolong. Tolong aku, Zack.”
“Tapi
kenapa? Paling tak, dia boleh bertanggungjawab atas apa yang dia dah buat pada
kau. Takkan kau nak biar macam tu aje?”
Zakry tak
faham, kalau dah terlanjur dan Is tak relakannya, kenapa tak berdepan saja
dengan pelakunya? Dah tentu Danish akan bertanggungjawab. Zakry tahu, macam
mana liar Is seperti yang Danish katakan semalam pun, Is tetap pandai menjaga
kehormatannya.
Is
menggeleng. Dia nekad. Dia tak nak Danish tahu apa yang dah mereka lakukan
malam tadi. Mengingatkan cara perpisahan mereka yang tak berapa indah, Is tahu
Danish takkan percaya kalau dia atau Zakry ceritakan hal sebenar. Paling tidak
pun, hanya kutukan dan hinaan yang bakal diterima. Cukuplah, dia tak mahu
dipandang hina lagi oleh lelaki tu.
“Arghh..!
Sakitnya..” Suara Danish kedengaran merengus dari dalam kamar. Seketika, Is dan
Zakry saling berpandangan sebelum Is pantas bangkit.
“Sekali
ni aje aku minta tolong dari kau. Tolong rahsiakan semua ni.” Is merenung
Zakry, mengharap. Dia tak punya banyak masa lagi. Dia nak keluar dari rumah tu
sebelum Danish sedar.
Lama
Zakry terdiam sebelum dia mengangguk bersama keluhan. Berat.
“Aku
pergi dulu.”
BERAT. Bukan kata kepala saja berat,
mata pun ikut sama berat nak buka. Saat akal separa sedar mula lenyap, dia
mengaduh sendiri bila terasa tusukan demi tusukan di kepala. Tangan pantas
meramas kasar rerambut, berharap kesakitan tu berlalu pergi.
“Arghh..!
Sakitnya..”
Cuba
digagahkan diri untuk duduk, namun akhirnya dia terbaring semula di atas tilam
dalam keadaan tubuh meringkuk. Berguling-guling melawan sakit. Masa tu jugalah
perutnya rasa memulas, terasa seakan ususnya dah tersimpul.
“Oii,
Dany.” Zakry menyergah saat kakinya sudah jejak ke dalam kamar.
“Zack..
Apasal dengan kepala aku ni? Aku kena barah otak dah ke?” Tanpa membuka mata,
laju saja mulutnya bertanya siap buat kesimpulan sendiri lagi. Danish terdengar
Zakry tergelak seketika sebelum terasa henyakkan pada tilam tempat dia
berbaring.
“Barah
otak tu kira boleh terima lagi untuk orang yang ada otak. Tapi untuk kau ni,
otak tak ada terus. Entah berapa gelas kau teguk, tahu-tahu dah high. Nasib
baik tak jadi jenazah pagi ni.” Bebel Zakry. Sedaya-upaya dia cuba menahan
dirinya dari bertanyakan pada Danish, dengan siapa lelaki tu tidur malam tadi.
Tapi kerana janjinya pada Is, dia cuba bertahan.
Mendengar
bebelan Zakry, barulah muncul imbasan demi imbasan waktu di kelab malam tadi.
Hingga munculnya imbasan Is yang ditemui di luar kelab, Danish terus memaki
diri sendiri.
“Arghh..
Bodohnya aku. Bodohnya aku..!” laju tangan menepuk kepala sendiri.
“Memang
bodoh pun. Disebabkan Is, kau sanggup minum. Sampai bergelas-gelas pula tu.
Teruk sangat ke Is dump kau sampai macam ni sekali jadinya?” Suratan apakah
ini? Macam mana mereka berdua boleh tidur bersama tanpa mereka sedari? Kalaulah
Danish tahu, terjun bangunan tak lelaki tu ya?
Mata
Danish terbuka luas dan terus duduk berdepan dengan Zakry. Sempatlah dia
pandang keliling bilik. Tak macam bilik hotel. Rumah Zakry kot. Danish kalih
mata pada Zakry yang hanya bersinglet dan berseluar track pendek. Rambut
basahnya tu tanda dia baru mandi.
“Bila
masa pula Is dump aku? Kau jangan nak cari pasal Zack, kepala aku tengah sakit
macam nak mati ni.”
“Sakit
kepala? Nasihat aku, padan muka.” Ujar Zakry namun matanya meliar pada cadar
plain berwarna ungu gelap tu. Dapat diihat dengan mata kasar, ada
tompokan-tompokan gelap di situ. Mungkinkah itu.. God, patutlah Is menangis
tadi.
“Bodoh,
tu bukan nasihat. Tu mengejeklah, bongok.” Haaa, kan dah kena. Reaksi Zakry,
dia ketawa saja. Lucu agaknya.
“Erghh..
Bodohlah. Macam mana aku boleh telan air kencing kuda tu, ha? Kau, apasal kau tak
halang aku? Kau saja nak kenakan aku, kan.” Jari telunjuk Danish naik separas
muka Zakry.
Zakry senyum
sinis dan bersahaja dia tolak jari Danish.
“Air
kencing kuda konon. Kau sendiri minum mengalahkan kuda jantan setahun tak dapat
air, nak salahkan aku. Dah, pergi mandi. Aku buatkan kopi.” Zakry bangkit
menuju ke pintu.
Mandi?
Bila Zakry sebut tentang mandi, barulah Danish terfikir nak belek tubuh sendiri
di sebalik comforter tebal. Eh?
“Oi,
Zack. Apasal aku tidur bogel? Kau rogol aku ke?” Tak pernah-pernah dia tidur
tanpa seurat benang selama ni.
Zakry
pantas menoleh. Sah, Danish tak ingat apa yang berlaku malam tadi. Ikut hati,
nak saja diluahkan apa yang dah Danish lakukan hingga lelaki tu tidur berbogel
tapi.. Haih..
“Ha’ah,
aku rogol kau. Sepuluh round juga aku bagi. Harap kau buasirlah lepas ni.”
Balas Zakry dengan muka macam nak bagi penampar pada Danish. Nak bagi penampar
sebab Danish dah ambil keperawanan Is tanpa sedar. Inilah padahnya bila tak
pernah minum, tiba-tiba minum terus bergelas-gelas.
“Bodoh.
Aku seriuslah, oii.” Danish terbayang mimpi ‘manis’nya, cuak juga kot benda tu
real dan pasangan dia tu adalah Zakry. Mahu balik nanti Danish terus gali kubur
sendiri. Jijik nak teruskan hidup.
“Kau
yang bogel, tanya aku. Manalah aku tahu. Aku sendiri pun mabuk.” Itu saja yang
mampu dia jawab.
“Habis
tu, siapa hantar kita kat sini? Ni rumah kau, kan?”
“Memang
rumah aku. Aku drive kereta kau, bawa kau yang dah mabuk teruk balik sini.”
“Ha,
entah-entah Ciara yang rogol aku. Mesti dia pun tidur sini, kan semalam? Tak
kira, aku nak buat report polis. Kalau tak, aku paksa dia nikah dengan aku. Aku
nak dia bertanggungjawab. Mama, Dany dah ternoda. Dany dah kotor. Dany dah tak
suci..”
Zakry
capai baju Danish di atas lantai lalu dibaling kuat, tepat mengena pada muka
Danish. Kau dah buat anak dara orang tak suci, kau pula kata kau yang ternoda.
Eei, macam manalah aku boleh ada kawan macam ni.
“Patutlah
kau tak nak minum selama ni. Rupanya kau ni lepas mabuk, terus jadi bodoh, ek.”
Dan Zakry terus berlalu dengan muka ketatnya. Gelak tawa Danish dibiarkan tanpa
dilayan. Dia stress. Dia geramkan Danish dan dia kasihankan Is.
No comments:
Post a Comment