*sbnr nyer, dlm mcipta watak Mai is not smthing easy.. to be frank, ianya bkn skadar hsil imaginasi sy shj sbg pnulis bt ianya lbih dr itu.. garapan dr kisah bnar.. pnambahan wtk srta jln crita adalah skadar utk mcantikkan lg crita ni.. byk yg sy plajari dr Mai (wlupun sy yg mcipta Mai)... slmt mbaca..*
10
SEJAK dari tadi, aku hanya
melihat tingkah Raff yang sedang menjamu Pizzanya. Sedikit pun tak mempelawa
aku yang duduk kat depan dia ni. Buruk perangai punya manusia.
Dalam begitu, ralit pula aku berkhayal. Tak... tak, bukan
berkhayal tapi berfikir. Cuba mencari kaitan antara Raff dengan lelaki yang
merogol aku tu. Kalau betul Raff, apa motif dia? Mana pernah kami bertemu
sebelum kejadian tu. Eh, kejap. Yakah tak pernah? Pernahlah, masa tu Raff,
Syazlan dan Maya sesat mencari jalan pulang.
Tapi dari gaya Raff masa tu, tak langsung menunjukkan
minatnya pada aku. Malah dia kekal dengan sikap bongkaknya itu. Jadi,
mungkinkah Raff yang merogol aku? Payahnya sebab aku tak ingat macam mana
bentuk tubuh lelaki tu, tinggi ke apa. Semua lost. Jadi payahlah nak bandingkan antara Raff dengan Syazlan.
Tinggi mereka lebih kurang sama. Tapi bentuk badan? Raff lebih sasa berbanding
syazlan yang sedikit kurus tapi tak melidi. Warna kulit? Dua-dua pun cerah, tak
gelap.
Tengok gaya Raff yang selamba tu, susah pulak nak tuding
jari kat dia. Tapi kalau Syazlan, lagilah aku tak sanggup nak tuduh. Muka innocent macam tu, tak kan sanggup
merogol pulak? Kenapa aku yakin sangat Raff yang rogol? Sebab Raff nampak muka
jahat sikit, muka kejam.
Mai, tak bolehlah main tuduh-tuduh macam tu. Kenalah
siasat dulu. Berdosa fitnah orang. YA Allah, sukarnya mencari kebenaran.
Aku menjeling dengan ekor mata ketika telefon bimbit Raff
berlagu seketika kemudian diangkatnya. Tangan kanannya terus membawa potongan
pizza ke dalam mulut sementara tangan kirinya memegang telefon.
“Hmm..
hai. Nope, half day aje hari ni.. Why?... ohh.. hmm.. that patient yang got tumor
tulang tu kan? Ya, why?” Raff dia
seketika, pasti sedang mendengar bait kata dari si pemanggil. Aku menjeling
sedikit raut wajahnya, peliknya lelaki bergelar doktor ni. Wajahnya tak
melambangkan apa-apa reaksi langsung. Kekal bersahaja.
“..no, wait. I think you should refers to Doctor Lee sebab I tak pernah
tahu pun pasal that patient before this... Yup, I
know that but you kena tanya Doktor Lee first
because dia yang manage that patient
dua bulan lepas. I tak boleh suka-suka hati ambil kes doktor lain. Buatnya
Doktor Lee yang salah bagi ubat or else,
tak kan kita yang kena tanggung...”
“...no, no, no.. Listen here Doktor Qira, I boleh tolong you settlekan pesakit tu but I nak Doktor Lee ada sama. Apa-apa
hal, dia boleh jawab sendiri. And one
more thing, I heard the reaction of
that tumor about more than 90 percent necrosis
after the arteriogram and there should be an operation and why Doktor Lee
tak arrange that operation?” tekannya
satu-persatu. Nampak identitinya sebagai
seorang doktor ortopedik.
“Qira, please. I’m having my lunch. Can we
stop here and futher it later? Yup.
Hmm.. okay. Bye. Hmm.. You too.” Talian
dimatikan serentak aku menjatuhkan pandangan semula. Tak berani bertentang mata
dengan doktor muda itu.
“Kau tak reti makan pizza ke? Nak aku orderkan gulai
tempoyak? Tapi maaflah, kat sini tak jual makanan kampung macam tu.”
Aku mengangkat wajah, Raff aku pandang. Dia tenang
menghabiskan mushroom soupnya.
Seolah-olah apa yang dia katakan tiada apa makna langsung. Ish, mana Isya ni?
Cepatlah tunaikan hajat tu. Sembelit ke apa?
Seketika kemudian, Raff angkat kepala. Mata kami
bertentangan. Aku jadi cuak walaupun dia hanya merenung aku dengan senyuman
sinisnya.
“Sebenarnya, apa yang kau nak dari keluarga aku? Apa yang
kau nak dari papa aku?” meski nadanya tenang, tapi aku dah tersentap mendengar
soalan itu dari Raff.
Aku menggeleng perlahan. “Maaflah kalau awak benci kat
sa..”
“Memang
aku benci kat kau pun. Kau sedar tak kau tu perempuan kotor? Perempuan kampung
yang dah rosak dan dikutip oleh papa? Kau tahu tak yang kau ni menyemak dalam
keluarga aku?” Raff masih menahan lantang suaranya. Walaupun seakan berbisik, tapi
Tuhan sahaja yang tahu betapa aku rasa terhina mendengar cemuhannya itu.
Aku
tertunduk, menahan sendu yang mula menghimpit diri. Sebegitu hinakah aku
dipandangan mata Raff? Patutlah dia benci kat aku sangat.
“Kalau
mama Su kahwin dengan papa sebab nak kan harta papa, kau pulak? Apa yang kau
niatkan masa suruh atok kau tinggalkan wasiat macam tu? Nak harta jugak?
Malangnya, papa aku ada ramai anak yang nak dibahagikan harta. Tak pun kau nak
tumpang hidup senang? Dah muak ke hidup susah kat kampung?”
Perlahan,
empangan airmata aku pecah. Sikit pun aku tak terniat hendak mengaut harta
papa. Malah sikit pun tak terdetik untuk menumpang senang keluarga mereka.
Kalaulah aku mampu mengubah amanat arwah atok, aku hanya mahu duduk dipondok
usang itu saja. Biarlah susah, biarlah sendiri, aku tak kisah. Asal saja aku
tak menumpang kasih keluarga orang lain.
Raff merapatkan lagi badannya pada meja,
menjadikan kedudukan kami agak dekat walaupun terpisah dengan meja makan.
“Entah-entah
kau ni memang perempuan murah kot. Bila rahsia kau dah kantoi, kau suruh pulak
atok kau amanahkan papa aku jadi pak sanggup. Betul tak Mai?”
Tersentak,
aku pantas mengangkat muka. Dengan mata bergenang dengan airmata, aku
memanahkan anak mata pada Raff dengan renungan tajam. Terlalu lancang mulut
Raff menghina hingga sangup memijak lumat maruah aku sebagai gadis timur. Raff
memang melampau.
“Jaga
sikit mulut awak Raff. Jangan rendahkan martabat awak dengan menghina saya
sampai macam tu sekali. Kalau pun awak memang tak suka sangat kat saya, tak
apa. Saya terima, tapi saya tak boleh terima bila awak tuduh saya perempuan
murah. Saya ada harga diri, ada air muka walaupun saya ni hanyalah perempuan
kampung yang dah tak ada kesucian diri.” Dengan linangan airmata, aku bangun.
Melangkah keluar dari restoran.
Tiba
di pintu masuk Pizza Hut, aku bertembung dengan Isya yang kebetulan hendak
masuk. Kami berpandangan seketika. Dia jadi cemas melihat aku mengalirkan
airmata. Aku nampak bibirnya terketar, seakan ingin mengaju pertanyaan tapi
teragak-agak.
Pantas
aku membawa langkah ke tandas. Mujur juga waktu itu tidak ramai orang
didalamnya. Aku menangis semahu hati hingga kaki lemah tak mampu untuk berdiri.
Aku bertinggung ditepi dinding dengan muka terlindung pada lutut.
Atok,
teruk sangat ke Mai ni tok sampai Raff hina Mai macam tu sekali? Salah Mai ke
tok bila atok wasiatkan papa supaya berkahwin dengan Mai? Mai yang mintak ke
tok diri Mai dirogol orang tok? Mai yang mintak ke semua musibah ni menimpa
diri Mai tok?
“Lis..”
aku terasa bahu aku disentuh lembut. Aku biarkan, terus tersedu-sedan merintih
nasib diri.
“Lis,
dahlah tu. Kau tahu tak, aku ni ada masalah sikit. Aku memang tak boleh tengok
orang menangis, nanti mulalah aku nak tunjuk bakat pelakon airmata aku ni.”
Sikit pun aku tak terasa nak tergelak dengan celotehnya.
“Si
lanun tu memang macam tu. Mulut bau longkang. Mengata orang, mengutuk orang
memang pandai. Diri sendiri tu? Heh.. kau tak payah amik hatilah apa yang
mangkuk tu cakap. Buat macam dia puji kau aje.”
Senangnya
Isya bercakap. Memanglah, bercakap hanya bermodalkan air liur. Ni, aku yang
rasa ni? Sakit tahu tak? Sakit. Tergamak benar Raff melemparkan kata sekesat
itu pada aku. Langsung tak mahu mengambil kira perasaan aku. memang aku
perempuan kampung, tapi aku bukan perempuan murah. Itu Raff kena tahu
membezakannya. Aku rela dihina orang kampung, tapi bukan perempuan kotor. Aku
benci kat Raff. Benci.
Isya
melepaskan nafas beratnya. Aku dapat rasa tubuhnya bersentuhan dengan tubuh
aku. “Sudahlah tu Lis. Aku faham perasaan kau. Kau jangan ingat aku cakap guna
air liur aje tau. Aku tahu apa yang kau rasa.”
Aku
masih tak terus menangis. Tak mahu
mempedulikan apa jua yang Isya katakan. Tak siapa pun akan faham apa yang aku
rasa. Tak siapa.
“Kau
tahu tak Lis, dalam hidup ni tak semua orang bernasib baik. Kau.. aku.. kita
sama aje, Lis. Yang membezakan kita cuma masa dan keadaan.”
Mendengar
nada suara lembut Isya tu buatkan aku terasa lain. Aku pandang Isya yang kini
sudah pun duduk ditepiku. Wajahnya nampak sayu.
“Kau
tahu Lis, sebelum aku jumpa sinar dalam hidup aku ni, apa yang aku tahu buat
cuma menangis. Walaupun aku tahu aku bukan sendirian, tapi apalah guna abang
kalau tak boleh melindungi adiknya. Masa tu aku fikir nak mati aje Lis, nak
ikut ibu aku.” Isya berjeda seketika, pandangannya jauh ke depan menembusi
dinding tandas.
“Sampailah
satu hari, entah dari mana datangnya semangat aku, aku bangun pagi dan aku
berazam aku tak nak jadi lemah lagi. Aku tak nak dengan kelemahan aku ni, orang
pandang rendah pada aku. Aku bangkit Lis, aku beranikan diri berdepan dengan
kenyataan. Katalah apa pun, aku tak nak ambik kisah sebab apa yang diorang kata
hanyalah untuk menjatuhkan aku.” dia mengalih anak mata pada aku. Kedua bahu
aku dipegangnya. Kami berhadapan.
“Bangunlah
Lis. Jangan biarkan orang keliling kau jatuhkan kau. Ingat Lis, kita tahu siapa
diri kita yang sebenar. Bukan mereka. Mereka cuma tahu berkata bila ada yang
tak kena. Hakikatnya, mereka tak rasa apa yang kita tanggung. Apa yang dah
jadi, tak boleh diubah. Teruslah melangkah Lis, aku akan sentiasa dengan kau.”
aku terdiam mendengar kata-kata semangat yang diucapkan Isya.
“Tak
kisahlah apa pun sebab yang membawa kau ke dalam rumah papa, aku terima kau
seadanya. Aku tak ada masa papa kena kahwin dengan kau, tapi aku tahu ini bukan
kehendak kau. Aku bukan sesiapa yang boleh mengadili orang lain, Lis.”
Aku
mengesat perlahan airmata dipeluput. Entah kenapa, semangat aku jadi
berkobar-kobar pula selepas dimotivasikan Isya.
“Sekarang
ni, kau buktikan pada semua orang yang pandang rendah pada kau. Buktikan pada
mereka yang kau bukan perempuan kampung yang bodoh, yang boleh sesuka hati
dipijak. Buktikan walaupun kau mangsa rogol tapi kau tak lemah. Buktikan pada
orang yang hina kau, yang kau tak kan berdiam macam tu aje, sebaliknya kau
pulak tutup mulut celopar dia tu. Bagi dia sedar yang kita orang perempuan ada
harga diri.” Isya menekan setiap pataha yang keluar dari mulutnya. Dia menepuk
lembut pipi aku.
“Dah,
cukuplah tu. Aku dah penat jadi kaunselor tak berbayar dalam toilet ni tahu tak? Kau tak penat ke
dengar aku bercakap gaya macam nak berkempen untuk pilihan raya ni?” dia
menjuihkan bibirnya, satu jelingan diberikan padaku.
Aku
tersenyum. Isya bangkit lalu menghulur tangan membantu aku untuk bangun.
Seketika kami berpandangan. “Jom makan dulu. Dah nak Asar ni. Lepas makan kita
solat dulu, lepas tu kita shopping balik.” Dia menarik pinggang seluar
jeansnya, longgar mungkin. dia berpusing, mencari wajahnya dicermin. Rambut dia
yang berikat satu, dibetulkan ala kadar.
Aku
pula membetulkan duduk tudung aku.
“Kalau
ada Raff..”
“Don’t worry, aku dah halau dia balik.
Datang sini buat semak aje.” pantas Isya mencelah, membuang rasa tidak selesa
dalam diri. Aku senyum senang. Bagus, memang Raff menyemak aje pun kat sini.
“LIS, are you serious?” sedikit berteriak nada suara
Isya tatkala tangan aku menarik dia masuk ke dalam sebuah salon. Aku tersenyum
saja tanpa menjawab soalannya. Jelas dia nampak terpinga-pinga bila aku membuka
majalah fesyen rambut setelah duduk diruang yang disediakan.
Aku
menunjukkan satu gambar pada Isya. Dia terbeliak, betul-betul tak boleh
percaya. Terkelip-kelip jugaklah dia membalas senyumanku.
“Kau
biar betul Lis. Kau kan pakai tudung, kalau buat rambut macam ni pun bukan
orang boleh nampak.”
Aku
angguk, kembali menarik majalah tadi untuk tatapan aku. Gambar fesyen rambut heavy curl dengan juntaian rambut lurus
yang menutupi dahi. Hmm, gaya Taylor Swift la senang kata.
“Kalau
tak pakai tudung okaylah, kan?” aku sengih luas. Makin besar biji mata Isya aku
tengok.
“Kau
nak free hair? Kau nak aku mampus ke
Lis oii.. Janganlah dengki aku sampai macam ni sekali. Kalau ya pun kau tak
suka kat aku at least kasihanilah
diriku ni Lis.” Dia dah merengek-rengek. Majalah tadi ditarik dari tangan aku.
Aku rampas semula.
“Mampus
kenapanya pulak?” berkerut dahi aku dengan kata-katanya tadi.
Dia
bercekak pinggang meski sedang duduk diatas sofa lembut. “Mampuslah kalau papa
marah. Nanti dia kata aku yang pengaruh kau. Wooo, jangan aniaya aku Lis. Abang
aku yang mulut jahat, takkan aku yang jadi mangsa.” Jelasnya.
Aku
tergelak. Gambar tadi aku serahkan pada stylist disalon tersebut. Sebelum
bangkit, aku mengenyit mata pada Isya. “Don’t
worry Sya, aku hanya nakkan sedikit perubahan supaya aku boleh tutup mulut
orang yang hina aku. Tak selamanya aku mampu bertahan menerima cemuhan orang.
Tunggu kejap, kay.” Aku berlalu mengikut stylist tadi ke belakang. Tapi aku
masih sempat mendengar bebelan Isya.
“Menyesal
aku jadi kaunselor dia tadi.”
Thank u Cik Writer 4 the new n3! Saya dah agak mmg watak Mai ni sgt2 mencabar....tapi saya suka sbb dah letih dgn watak heroin yg asyik2 nangis je...so this time kena strong & fight for yr own happiness! Watak raff tu pun saya suka sbb walaupun jahat /kejam tapi mcm very mysterious...kalau dia senyum ckit mesti hensem giler kan....hehe
ReplyDelete