Tuesday, September 24, 2019

#RoadToHatiAwak - Bab 3




Bab 3

NASIB jugalah hari ni hari Khamis. Kalau hujung minggu? Merana juga Danish nak mencari kotak parkir. Siap parkir, dia tak terus keluar dari kereta. iPhone dicapai dulu. Berderet mesej masuk, jangan kata reply, baca pun dia tak sempat. Skrol whatsapp, kebanyakkannya mesej dari teman-teman wanitanya.

            Haip, bukan teman wanita yang bermaksud kekasih, ya. Memang dari zaman belajar, dia tak pernah declare dengan mana-mana perempuan untuk dijadikan kekasih. Kebanyakkan mereka yang dia kenal dan dekati, sekadar untuk dijadikan kawan, dan mereka tahu tentang itu. Setakat ni, dia belum pernah ada rekod rosakkan anak dara orang apatah lagi mainkan perasaan mereka.

            Dah tu, ayat-ayat manis tu semua?

Well, pada dia itu adalah kelebihan lelaki bernama Ahmad Danish Arman. Manis senyumannya, manis lagi tutur bicaranya. Jadi, kalau ada yang terjatuh cinta dengan sweet talk dia tu, bukan salah dia, kan.

            Danish melangkah keluar dari kereta. Berdiri di tepi BMW CX hitam, sempat dipandang penampilannya dari pantulan cermin tingkap kereta. Dirasakan dirinya sangat kemas dengan gaya rambut pompadour, kulit pada wajah pun bersih dari segala jenis jerawat, jeragat, misai mahupun kumis. Tee polo berkolar hijau serta jeans hitam panjang menambahkanlah lagi keyakinan pada penampilannya.



Tak, sebenarnya pakailah apa pun, apa yang buat kita rasa kacak atau tak adalah keyakinan diri kita. Kalau kau yakin kau kacak, maka kacaklah. Macam aku. Hehehe.. Danish tersengih sendiri mendengar bicara hatinya.


SEJUJURNYA, dia tak pernah masuk ke dalam D’s Lay Park di negeri lain selain yang terdapat di Alamjaya Mall, di Bangi. Yalah, dah itu aje yang paling dekat dengan rumah. Tapi tak pula selalu dia ke sana. Yang rajin melepak di situ Dazrin sajalah. Nama pun budak skema, gigil lutut kalau tak dapat lepak library dalam sehari.

            Apa yang buat D’s Lay Park di sini nampak lebih menarik adalah pekerjanya. Serius, cantik-cantik belaka pekerja kat sini. Yang jaga pintu masuk pun cantik, yang jadi pelayan dalam D’s Café pun cantik. Alalala.. Mana satu jodoh dia ni?


            Tapi yang ni Danish serius. Jejak masuk D’s Café aje, dia dah rasa aura menenangkan dengan muzik berentak slow dan aroma makanan yang menyelerakan. Dinding sepenuhnya kaca bertinted sekaligus membolehkan pelanggan di situ memerhatikan gelagat kanak-kanak yang sedang bermain di D’s Amusement di sebelah sana. Bahagian D’s Book dapat dilihat dari dinding sebelah kiri. Sementara D’s Library pula agak tersorok memandangkan ruang tersebut memerlukan lebih privasi.

            Inilah impian abah. Nak wujudkan sebuah tempat yang sesuai untuk semua golongan. Bayangkan ada satu keluarga datang ke mall ni. Si ibu nak shopping, ayah pula nak mengopi aje, anak yang agak dewasa lebih suka berinternet sementara anak yang kecil perlukan taman permainan. Jadi, di sinilah tempatnya. Ibu pergi shopping, ayah duduk minum di D’s Café, anak yang dewasa berinternet di D’s Library dan anak yang kecil boleh bermain di D’s Amusement. Pada yang nak beli peralatan sekolah atau buku-buku, boleh masuk D’s Book. Haa, nampak tak strategi abah tu.

            “Selamat datang, encik.” Tegur salah seorang staf perempuan dengan rambut perm dan agak blonde. Kan Danish dah cakap  tadi, staf di situ semua cantik-cantik. Hot-hot.

            “Boleh saya carikan tempat duduk untuk, encik?” Senyum pun, manis bukan main. Bagus. Bagus. Macam inilah cara serve customer. Walaupun dia tak berapa tahu sangat selok-belok perniagaan abah itu, tapi apa yang dia tahu, abah sanagt mementingkan layanan pada pelanggan.

            “You duduk mana?” soal Danish bersahaja. Kedua belah tangan santai menyeluk saku jeans.

            “Err?” Pelayan tu terbata-bata sendiri.

            “I tanya you duduk mana? Kalau tempat tu tak selesa, I nak ofer you duduk kat hati I.” Wink. Dan pelayan tu tercenung dengan pipi memerah.

            Terus Danish mengatur langkah ke arah pintu kecil yang bertanda ‘STAFF ONLY’. Dengan muka tak bersalah, dia terjah masuk. Si blonde tadi pula mengejar sambil memanggilnya. Masuk saja, ia bertembung dengan dua orang pekerja lelaki yang sedang menyiapkan bahan-bahan untuk memasak. Dua krew dapur tu tercengang-cengang.

            “Encik, encik tak boleh masuk sini.” beritahu si blonde. Danish buat tak dengar.

            “Sorry, sir. Sini bahagian kitchen, orang luar tak dibenarkan masuk kecuali staff.” Tegahan dari salah seorang krew, pun Danish buat tak endah. Walkie talkie kedengaran riuh, masing-masing menyeru nama Is bersama aduan tentang pencerobohannya.

            “Mana Is? Aku tak tahu nak buat apa dah ni.” Si blonde nampak nampak cemas sambil walkie talkie tak lepas dari tangan. Dua krew lelaki tu tayang muka bengang.

            “Fiq, Is mana?” soal satu suara lain pula dari walkie talkie. Tak cukup dengan abahnya, staf di situ pun sama. Asyik Is, Is. Apa, hebat sangat agaknya lelaki bernama Is tu? Kalau hebat, cubalah halau Danish keluar dari dapur tu.

            “Aku tak tahu. Ira, cuba kau tanya. Dia pegawai kesihatan ke apa?” Ooh, si blonde tu namanya Ira.

            “Kejap.” Ira mendapatkan Danish yang sedang sibuk berpusar-pusar dalam kitchen. Bersih, betul-betul terjaga kebersihannya.

            “Encik ni..”

            “Tak, I bukan pegawai kesihatan. KPDNKK pun bukan. Majlis perbandaraan jauh sekali. I saja je nak tengok dapur ni sebelum order apa-apa. Tak boleh ke?” Danish tahan nak berdekah bila tengok muka si Ira yang dah merah-merah biru.

            You, I ni anak bos besar tau. Takkan you tak tahu? Danish berbisik nakal.

 Lepas ni, sesiapa yang datang minta kerja, Danish nak interview sendiri. Soalan wajib betul adalah tentang salasilah keluarga owner D’s Lay Park. Haa, jadi seblum datang interview, mohon studi elok-elok dulu. Mana nak cari maklumat tentang keluarga Haji Darsuki? Tanyalah Pak Google, Cik Facebook, Kak IG dan lain-lain lagi.

            Ala, Dany. Sembang kencang. Nak interview pekerjalah apa. Abah suruh datang check akaun sekali ni pun dah macam nak berperang satu keluarga. Ada hati nak tolong carikan staf. Danish mengutuk diri sendiri.

            “Encik, tolong ya bagi kerjasama. Kawasan ni bukan untuk pengunjung keluar masuk.” Salah seorang dari lelaki tadi menghalau dengan cara halus. Danish buat pekak. Terus berjalan ke sinki.

            “Eii, apa ni?” Terjengkit jari kelingking Danish menyentuh ketulan merah pink di atas papan pemotong. Ayam ke tu? Kenapa berkecai macam tu?

            Pap! Sebilah pisau ditetak kuat atas papan pemotong. Sipi-sipi nak tertetak tangan Danish yang tengah scan ketulan daging tadi. Pantas doctor muda tu terundur, terkejut.

            “Ni namanya daging kisar.” Tutur si tukang tetak tadi.


            Tanpa menunggu lagi sesaat, Danish terus berpaling mencari si empunya diri dan.. Zass! Dia terdiam, terkelu. Suasana yang agak hingar tadi bertukar sepi dan hening saat mata Danish menikam sepasang mata dark brown yang agak sepet tu. Waktu itulah Danish bagai terdengar mendiang Paul Anka menyanyikan lagu kegemarannya.


            You are my destiny,
            You are what you are to me,
            You are my happiness,
            That’s what you are.

            You are my sweet phrase,
            You share my loneliness,
            You are my dream come true,
            That’s what you are.

“Dah sampai mana tu?” si pemilik mata sepet tu menegur dan tegurannya buat Danish tertelan liur. Tangan meraba dada kiri, kena heart attack ke? Apahal jantung dia berdegup macam orang pukul beduk time nak azan tu?

            “Jauh dah, kalau awak tak tegur tadi dah sampai ke hati awak rasanya.” Balas Danish bersama senyum kacak. Senyum pencair hati.

            Gadis bermata sepet tu menjeling tapi bibirnya terherot senyum kelucuan. Mana taknya, belum apa-apa, Danish dah bagi ayat beli hati.

Danish ambil kesempatan meneliti penampilan gadis pencuri hatinya itu. Rambutnya panjang, lebat kehitaman. Di bahagian depan, dihighlight sedikit dengan warna merah dan diikat kemas seperti ekor kuda. Di bahagian hujung ikatan, rambutnya terlihat sedikit bergulung dan ianya nampak seksi. Lebih-lebih lagi bila dilepaskan. Okey, Danish dah boleh bayangkan. T-shirt berwarna biru kelabu yang dipakainya menandakan dia juga merupakan staf di sini. Tentu saja staf biasa, kalau pengurus uniformnya jenis kemeja.


            Hai.. Kalaulah Danish tahu abahnya ada pekerja secantik tu, tak payah disuruh, setiap bulan ia rela datang situ gantikan tempat abahnya. Ya, Danish mengaku. Ira cantik. Yang jaga pintu masuk tadi pun cantik, tapi yang depan dia sekarang berkali-kali ganda cantiknya. Muka ala-ala Chinese dengan mata sepet, suara pun lemak merdu. Ala, tak nak Bangilah macam ni.

            “Pick up line kat sini tak laku. Kami terima debit card dan cash saja.” Balas gadis tadi, rautnya bersahaja. Macam dah terbiasa diberi ayat-ayat manis. Dalam erti kata lain, setakat nak pikat bermodalkan air liur, dia dah lali.

            “Oh, saya bayar cashlah macam tu. Jadi berapa harga sekeping hati awak untuk saya miliki?”


            Teruja Danish jumpa perempuan yang berani balas balik bila dia mengayat. Biasa tu, perempuan mesti tersipu-sipu. Tapi yang ni lain. Dia nampak sempoi.

            “Hati dia tak ada harga. Bukan sebab murah tapi sebab terlalu bernilai jadi saya tak rasa awak layak untuk jadi pemiliknya.” Celah krew dapur lelaki yang sejak tadi menjadi penonton. Danish bagi pandangan berasap berapi pada lelaki tadi sebelum kembali tersenyum menatap wajah manis si gadis tanpa nama tu.

            “Tapi kalau awak nak cuba, saya boleh bagi caranya.” Tambah gadis tadi. Danish angkat kening. Wow.. Menarik.

            “Name it.” Cabar Danish.

            Gadis tu tersenyum tapi bukan di wajah, sebaliknya di mata. Pelik, kan? Tapi ianya benar. Dan itulah yang buat dia nampak sangat menarik dan.. seksi. Goshh.. Betul ke Danish jatuh hati?


            “Salah satu caranya, dengan menghormati permintaan saya. Setakat minta awak keluar dari dapur ni, saya rasa tak jadi masalah, kan?” Alah, manisnya cara dia menghalau.

            “Untuk sekeping hati awak, tentulah tak jadi masalah.”

            Sekarang ni, Danish sendiri tak pasti siapa yang cair dengan siapa. Sepatutnya perempuan yang cair bila si playboy dah bagi ayat berbunga, tapi kali ni macam Danish pula yang cair tak beku-beku.

            Gadis tadi tersenyum, mewah senyuman dia kali ni. Baru Danish nak melangkah, ia berpaling semula. Gadis tadi terpegun seketika, seakan terkejut.

            “Ya, ada apa-apa yang tak kena ke?” soalnya pantas.

            “Nak kena dah. Sikit aje lagi. Kalau awak teman saya duduk dan minum kat depan tu, confirm mengena.”

            Seketika, dapur yang sepi tadi dah riuh dengan deheman dan batuk-batuk kasar. Danish buat tak dengar. Cemburulah tu, dia mampu mengayat perempuan dengan yakin sekali. Dany, kan. Setakat nak pikat perempuan, hujung jari ajelah. Kena reject ke tak, tu belakang kira., Yang penting confirdent.
            “Ooh.. Err..” gadis tu meliarkan mata. Mencari krew yang lain. Nak minta pendapat. Ira dan krew lain mengangguk pantas, memang berharap lelaki asing tu keluar dari dapur mereka.

            “I’m Ahmad Danish Arman. And you?”

Tak sempat tunggu sesaat pun berlalu, Danish dah mulakan sesi perkenalan sebaik saja meeka dudu di sudut café. Mata-mata staf yang memerhati, Danish buat tak pandang. Si gadis diam, tapi matanya tersenyum lagi. Aduhai, mati berdirilah dia macam ni. Asyik bergendang aje jantung dari tadi.

            “Apa yang saya dapat kalau saya bagi nama saya?”

            “Dah tentulah awak dapat hati saya.” Lancar saja Danish membalas. Sekaligus menerbitkan senyum lucu di wajah manis gadis tu.

            “Tapi saya tak perlukan hati awak, Encik Ahmad Danish Arman Bin Haji Darsuki. Or should I call you, Doctor Dany?”

            Sepi. Berkerut dahi Danish saat terlihat senyuman diraut manis tu. Senyumannya nampak agak sinis dan seakan mengusik.

            “Awak pernah jadi patient saya ke?” soal Danish, kelam.

            “Setakat ni, belum pernah lagi.” Balas si gadis, tenang. Tapi senyuman dia tu, sesuatu sangat.

            “Is, masuk. Is, masuk.” Suara dari walkie talkie mengencatkan perbualan mereka. Namun panahan mata masing-masing sedikit pun tak beralih. Danish masih setia menatap senyuman penuh misteri itu.

            “Is busy. Ada apa?” Rasanya tu macam suara Ira yang sedang mengelap meja di bahagian bar.

            “Ala, apa lagi yang disibukkan tu?” Rungut suara lelaki tadi.

            Perlahan, gadis di depan Danish menarik walkie talkienya yang tersangkut di tepi pinggang lalu dibawa dekat pada mulutnya.

            “Apahal?” Gadis itu menyoal tenang. Gayanya sangat santai.

            “Ha, ada pun. Wey, Is. Mentol meletup lagilah. Mentol cap ayam ke apa kau bagi aku semalam?”

            Erk? Danish terkelip-kelip sekejap. Pekerja depan dia tu.. Tanpa melarikan pandangan mata, Danish terteguk liur sendiri. Tambah lagi bila gadis tu dah tersenyum kelucuan. Bingo! Abah, kenapa tak cakap yang Is tu perempuan dan.. dia cantik? Suara Danish berbisik sendiri.

            “Yang cap ayam tu, kau. Entah betul ke tak pasangnya. Kejap lagi aku pergi amuse. Aku minum kejap dengan anak bos.”

            Makin berkerut dahi Danish. Mana Is tahu yang dia anak bos? Is pula tetap dengan senyumannya. Kali ni nampak agak nakal dan aksi tu buat jantung Danish nak tercampak keluar. Apa dah jadi dengan dirinya?

            “Ha? Is, yang masuk dapur kita tadi tu anak bos ke?” Suara Ira dah terpekik dari ruang bar. Rasanya dia tak payah cakap guna awalkie talkie pun, Danish dan Is di situ boleh dengar.

            “Lah, anak bos ke yang dikecoh-kecchkan tadi tu?” Suara lain pula kedengaran.

            “Ya dan tolong jangan bising. Kita orang ada urusan jual beli hati sekarang ni.” Pesan Is, dan dia tergelak di hujung bicaranya. Walkie talkie dimatikan kuasanya lalu diletakkan di atas meja. Tangan kanan dihulur pada doctor muda dan kacak di hadapannya.

            “Maaf lambat kenalkan diri. Saya, Is. Manager D’s Lay Park untuk tiga branch dalam Johor ni.” Is tersenyum, nampak ikhlas dan manis.

            “Sejak bila awak tahu saya ni anak bos?” Tanpa menyambut huluran salam Is, Danish menyoal. Saja nak tahu. Nak tengok juga reaksi dia.

            “Sejak awak keluar dari BMW CX hitam yang awak parkir kat tingkat dua dan makin meyakinkan bila saya tenung awak masa kita dalam lift tadi.” Is tergelak keicl bila Danish melopong tak percaya.

Apa aku buat dalam lift tadi sampai tak perasankan dia? Sempat Danish mengutuk kecuaiannya tadi.

            “Macam mana awak boleh tahu saya nak datang?”

            “Tuan Haji inform saya malam tadi, yang awak nak datang hari ni. And trust me, it was just my instinct. So, are we good?” Is hulur pula senyuman, tanda menyambut kedatangan anak majikannya dengan rasa senang.

Kerana keramahannya, buat Danish betul-betul jatuh suka. Esok lusa mana nak tahu jatuh cinta pula.

            Bersama senyum kacaknya, Danish sambut huluran tangan Is.

            “Of course.”



No comments:

Post a Comment

Featured Post

Friendship Goals - Bab 5

Popular Post