Sunday, November 10, 2013

Dia Punching Bagku (p-3)





3

SEMAK kepala otak akulah. Ingatkan ikut dia orang lepak, boleh kurangkan serabut kepala aku ni. Rupanya makin tersumbat. Patut pun masa nak keluar tadi, dia orang pakat pakai jersi rupanya ada game. Futsal. Aku nak main, tak bagi pula. Kata dah cukup orang. Mahunya tak cukup orang kalau dah sepupu-sepapat, teman handai dan jiran tetangga yang jadi pemain. Itupun Edry (sepupu aku), Aniq dan Ken kena duduk tepi. Terlebih orang. Ciss... Spoiled. Huhuhu.. Wahai masa, cepatlah dikau berlalu. Tak tahan, buntut dah kematu.
            Haila, melangut ajelah kerja aku kat sini. Tapi dalam melangut, sibuk pula mata mencari ‘pencuci’. Eh, wajib. Tempat macam nilah banyak ‘pencuci mata’ yang segar-bugar. Hahahaha..
            Haa, dapat dah. Aim, Del. Jangan tak aim. Alamak.. Cutenya. Handsome? Maaf ya, aku tak tahu nak classified lelaki handsome tu macam mana. Pada aku, asal dia dapat menarik perhatianku, maka dia tergolong dalam golongan cute. No.. no.. bukan cute yang jambu tu ya, tapi cute yang buat aku rasa tak nak lepas pandang.
            Woww.. aura dia, membunuh. Senyuman dia, jangan cakap. Killer. Kejap! Apa beza membunuh dengan killer? Datang dah sengal aku bila nampak lelaki cute. He he he..
            Walaupun dia hanya menjadi penyokong dan aku sendiri tak tahu team mana yang dia sokong, tapi dia mampu menarik perhatian aku, walhal si Dazrin yang jaga gol pula yang beria-ia melambai padaku. Aku layankan aje. Lambailah nak tak nak.
            Tak boleh jadi ni. Kalau dok tengok aje, macam mana nak dapat nombor telefon. Kena datang dekat. Tak nampak macam dia datang berteman, maksud aku teman wanita. Tak rela aku nak buat scene tarik rambut kat sini.
            Sorry, ada orang tak?” senyum manis aku lemparkan sambil mata mengunjuk pada bangku kosong disebelahnya. Dia toleh sekejap, angguk lepas tu terus fokus balik kat game. Cehh.. Jual mahal. Aku suka..!!
            “Awak team mana?” soalku sebaik punggung dah melakat kat bangku. Elok dia nak menjawab, salah seorang pemain berjaya menyumbatkan gol. Hmm.. Tak tahu yang ke berapa.
            “Golll!!!” si cute kat sebelah menjerit kuat sambil bersorak riang. Comelnya!! Rasa macam nak cubit-cubit aje pipi dia. Grrrr... Tapi, kenapa aku rasa macam kenal ya? Pernah jadi koleksi aku ke sebelum ni? Ish, takkanlah kot... Tak kisahlah tu semua. Janji dapat cuci mata.
            Aku angguk dalam diam. Dia bukan penyokong team abang-abang, sepupu-sepapat, jiran tetangga dan sahabat handai akulah pula. Ahhh, tak kisahlah.
            “Go black!! Go black!!” aku pula beria-ia menjerit, memberi sokongan pada team yang aku pun tak tahu apa nama dia. Sebab dia orang pakai jersi hitam, aku pun belasahlah ‘Black’. Hahaha
            “Awak pun support Luncai ke?” Uh huh.. berjaya juga aku tarik perhatian dia. aku toleh, membalas renungannya. Wow, mata dia.. Kaku kejap aku.
            “Err.. ya, kawan saya gol keeper.” Sauk ajelah. Dia tiba-tiba buat muka tak percaya. Kenapa, aku salah cakap ke?
            “That player... Your friend?” aku ikut arah jari dia yang menuding ke gawang gol Luncai. Err.. Trouble..
            “Betullah tu, kawan saya. Memanglah dia agak tua sikit, tapi faktor umur bukan alasan untuk menjalinkan persahabatan, kan?” Kau ni Del, kalau bab temberang, bagilah kat kau. Fasih bebenor.
            Dia angguk walaupun muka masih nampak kelam. Ya Allah, indahnya ciptaanMu. Abah, Del pilih permintaan abah yang kedua. Dengan syarat, si cute ni jadi pengantin lelaki Del. Warghh, gatalnya kau Del. Ha ha ha
            Prittt!!
            Alamak, masa dah habislah pula. Ish.. gangguan betullah. Tak sempat minta nombor telefon lagi kot. Ishh..!!
            “Aarr..” mulut yang terbuka, aku katup balik. Mana mamat tu pergi? Kejapnya hilang? Orang dah mula bersurai, aku pula tetap tak berganjak. Mata meliar sana sini. Goshhh!! Dia betul-betul dah hilang. Mana dia pergi? Eeii.. bukan rezeki akulah malam ni.
            “Woi, kau nak bertapa kat situ sampai bila?” suara Qaiser mematahkan semangat aku yang dah sedia patah. Ooh, abang cuteku. Kita tak ada jodoh nampaknya.
            “Sumbat ar kau ni. Cepat ar blah, serabut kepala otak aku.” Beg sandang aku capai, badan Qaiser yang menghalang laluanku, aku rempuh tanpa perasaan walaupun sebenarnya rasa nak cekik-cekik Qaiser ni. Dah tahu berpeluh, diri dekat-dekat aku apahal? Dah peluh dia melekat kat baju aku. Erghh!!
            “Weh, Del. Tunggulah.” Teriak Edry tak aku hiraukan. Menonong nak keluar. Mengharapkan ada peluang kedua untuk aku dan si cute. Hu hu hu
            “Apahal minah tu?” terdengar juga suara Damien bertanya. Pasti mereka sudah berada dibelakangku.
            “Pancing tak mengenalah tu.” suara DN, abang sepupuku kedengaran. Edry tu adik bongsu dia.
            “Patut muka ketat semacam.” Tambah Dazrin, mengejek akulah tu.
            “Seramnya!!” sampuk pula mereka serentak, berjemaah mengenakan aku. Aku pantas pusing. Tenung dia orang dengan muka garang. Tapi sayangnya, semua buat-buat pandang tempat lain. Paling kejiss bila Danish boleh buat-buat sambut panggilan telefon. Padahal telefon dia tak berbunyi pun. Huh.. Qaiser angkat kening kat aku, senyum tepi dia kelihatan.

            “Kalau tak kutuk aku tak boleh ke?” marah aku pada Qaiser. Sebab dia aje yang masih setia membalas pandanganku. Padahal dia tak ada bunyi apa pun. Err.. sebenarnya, memang Qaiser ni tempat aku melepaskan angin tornado aku pun. Ha ha ha..
            “Aku juga? Mangkuklah kau orang ni. Tak pasal-pasal aku yang kena.” sempat Qaiser menyenggol tulang rusuk Aniq. Aniq pun ada? Kan aku dah cakap tadi, team dia orang ni special sikit. Habis sepupu sepapat, jiran tetangga, sahabat handai, abang-abang dan adik aku masuk list.
            “Dah-dah, tak payah nak memekak. Jom mamak. Aku dah haus macam nak mati dah ni.” Damien macam biasa, sentiasa jadi pelerai.
            “Kau orang gerak dulu. Aku tunggu member aku kejap. Dia kat dalam lagi kot.” DN mencapai Iphonenya. Kami buat tak kisah, terus berjalan menuju ke gerai mamak berdekatan. Tak adalah dekat mana, keluar jugalah peluh ni ha.
            “Oii, Del. Esok pagi Daz pinjam Passo boleh?” dia dah menyelit kat sebelah kiri aku. Damien, Edry dan Ken sibuk menyambung meja. Qaiser, Danish dan Aniq duk pakat susun kerusi. Maklumlah, jemaah ramai. Aku berdecit bersama jelingan. Neo ada nak buat apa entah.
            “Kereta kau mana? Tak ada pasal Del nak bagi pinjam, malam sikit.” aku ikat rambut yang dah mula terjuntai sana-sini.
            “Ala, Del. Tolonglah. Daz ada hal ni nak guna Passo. Please...” dia dah mula mengurut-urut lengan aku. Aku tepis, rimas sehh.. dahlah badan berpeluh.
            Aku toleh pada Qaiser yang baru ambil tempat disebelah kananku. Dia jungkit kening. Pelik.
            “Apahal pula? Aku tak involved okay, tak tahu apa-apa pun. Madah nak mantol kat aku aje.” Dia sekeh kepala aku. Aku merengus. Macam tahu-tahu pula aku nak bingit kat telinga dia.
            “Not even once, okay. Del pun nak pakai kereta esok.” Aku tolak badan dia jauh sikit. Hangit.
            “Order.. order..” sela Ken. Nasib baik Ken bagitau, kalau tak, memang aku tak perasan zaman bila mamak tu datang ambil order.
            “Teh O ais limau. Tak mau ais.” Aku membuat pesanan selepas mereka yang lain. Mamak tu berhenti menulis, angkat muka tengok aku.
            “Teh O limau suam, ka?” soal dia dengan muka kelam. Qaiser dah menunduk, konon-konon betulkan jam kat tangan dia. macam aku tak tahu dia cover gelak.
            Aku geleng. Yakin. “Tak mau teh, tak mau limau.” Mamak tu dah jatuh rahang.
            “Habis, you mau apa?”
            “Saya mau O saja.” Ha ha ha.. aku gelak besar-besaran. Lawak tengok muka mamak tu. Kalau tak ada bodyguard aku ni semua, mesti dia dah tabuh aku cukup-cukup. Ha ha ha
            Tukk!!
            Aku angkat kepala. Siotlah, siapa sehh yang ketuk kepala aku. Berpinar kepala otak den. Ciss.. DN rupanya. Dia selamba ambil tempat kat hujung meja bersama teman-temannya. Sikit pun aku tak toleh kat kawan-kawan dia. Aim aku si DN aje sekarang ni. Berani dia ketuk kepala aku?
            “Apahal? Tak puas hati? Gelak bukan main lagi. Ane, you tengok you punya tiang kedai haa, sudah retak tau.” DN tuju pada mamak yang masih setia berdiri disisi meja.
            Mamak tu dah buat muka terkejut. “Haa? Betulkah? Kenapa?” cemas. Aku tengok bahu Qaiser dah bergegar-gegar. Dazrin dah tergelak-gelak. Yang lain semua cuba bekukan muka.
            “Itu sebab dia ketawa kuat sangatlah. You punya kedai dah nak runtuh tau. Lain kali you jangan bagi ini orang masuk ini kedai tau. Bahaya.” Wahhh.. siap bagi amaran. Melampau tak hengat. Aku jeling aje, malas nak bising-bising sebab suara dia orang semua gelak pun dah cukup buat gerai mamak ni nak terangkat. Dah banyak mata yang tertoleh-toleh kat meja kami. Dahlah aku seorang perempuan, haruslah aku malu. Tapi aku tetap bangga sebab jadi tarikan orang ramai. Ha ha ha
            “Dah, cepat.. cepat. Kesian dia tunggu tu. Del, cepat order. Main-main pula.” Damien si pendamai.
            “Teh O aaa...”
            “Ane, horlicks ais satu.” Arrr.. aku toleh selaju mungkin, tak jadi order. Suara tu.. Oh My.. My.. This is soooo miracle. Oh God, thanks a lot for making my dream come true. Jodoh.. Jodoh!!
            “Teh O ais limau satu, ya.” Suara Qaiser kedengaran. Membuat pesanan bagi pihakku.
            “Tutup sikit mulut tu. Hawau betul kakak aku nilah.” Bebel Dazrin selamba memecahkan tawa mereka.
            Aku toleh pada DN. Dia bertanya dengan isyarat mata, ‘Kenapa?’ Aku arah mata pada si jejaka-jejaka yang tak pernah aku lihat sebelum ni, ‘Siapa tu?’ Dia juling mata keatas. Meluatlah tu.
            “Haila.. Haila.. Nikan Raff, abang ipar DN. Takkan tak kenal kot?” Aik, dia pakai pembesar suara pula. Saja nak bagi aku malulah tu. Aku tersengih pada jejaka-jejaka tampan yang sedang membalas renunganku. Mereka senyum sahaja. Alololo.. cute sangat.
            “Arr..? Raff? Err.. Kejap.. Loading..” aku fikir, Raff abang ipar DN? Kira Raff ni.. “Haaa, abangnya Isya ke?” teruja sekejap sebab dengan jayanya aku mampu meraih ingatan.
            “Yalah, abangnya Isya.” Danish menyampuk dengan muka dengkinya. Sukalah tu aku tak dapat tackle Raff. Ciss...
            “Alaa.. baru nak usyar, laki orang pula.” Aku mengeluh namun disambut tawa yang lain. Damien berdeham, cover malu dapat adik tak reti nak cover diri sendiri. Ha ha ha
            “Yang tu dah kahwin juga ke?” aku alih pada seorang lagi teman DN. Gaya ala-ala K-pop, muka pun jambu.
            Tukk!! Adoi.. Tak agak-agaklah adik aku seorang ni. Main lekuk-lekuk kepala aje. Aku jeling geram. Dia jeling menyampah.
            “Dah kahwin juga. Tak payah nak gatal-gatal, tak malu betul.” Ejek Edry. Eleh, kerek pula. Tahulah dia tengah asyik bercinta dengan awek yang ada butik sendiri kat One Utama tu. Haih...
            Danish dengan Dazrin buat muka. Menyampahlah tu.
            “Ehh, laaa.. ni adik Dany ke? Patut macam familiar. Tapi tadi bukan kita ada jumpa kat dalam ke? Yang sokong Luncai dengan saya, kan?” Raff bertanya dengan muka agak teruja. Ciss... dia baru teringat kat aku. Hampeh. Sikit punya cute, natural face tanpa make up lagi, dia boleh tak kenal aku?
            “What??” serentak mereka terjerit. Terkejut. Satu-persatu wajah mereka aku perhatikan. Mati aku.
            “Kau sokong Luncai, Del? Kau ni memang lalanglah.” Aniq dah buka intro. Aku singgul lengan Qaiser, minta bantuan. Tapi Qaiser tolak lengan aku balik.
            “Kau ni, pembelot.” Wah, Qaiser pun tumpang sekaki marahkan aku. Huuu... aku sokong Luncai sebab Raff sokong Luncai. Tu aje. Dalam hati, aku tetap sokong kau oranglah.
            “Okaylah tu, gol keeper Luncai tukan kawan dia. Biarlah dia.” warghh!! Raff, kau tak membantu okay!!
            “Whattt!!??” sekali lagi. Aku dah rasa macam nak menyorok bawah meja. Cuak. Dahlah aku seorang perempuan.
            “Sejak bila kau berkawan dengan orang tua yang jadi guard kat Galaxy tu?” Ekk? Aku kelam.
            “Keeper tu guard kat situ tahu tak? Dia orang tak cukup pemain, Raff are suppose to be the keeper, tapi dia tak sihat, tu yang sauk guard kat situ.” Terang Ken padaku. lepas tu, sumpah aku rasa macam nak ketuk kepala kat tiang. Kau memang sengallah, Del.
            “Balik jalan kaki.” Hukum Danish tanpa teragak-agak. Uwargh!!! Kejamnya mereka. Kalau aku tahu nak jadi macam ni, baik drive sendiri aje.


**mcm knl aje si cute yg Del usya tu.. hehehe.. kan.. kan.. msti knl pye.. Klau xknl, p jengah HMG ek.. hehehe..
**acane? hope, enjoy k.. :)

4 comments:

  1. cair..cair..haha..lamanya tak jumpa dengan my dear darling raff....haha
    sambung2 lagi..lawak betul si Del ni semua orang dia nak usya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rndu kat Raff yek.. hehe..
      eh, p add fb ni klau blom.. https://www.facebook.com/miss.amaryllis.1990.. ada teaser HMG skit2.. wt lpas rndu.hehe
      nti sy up n3 lg eh..

      Delete
  2. hihih...dah kenal dengan miss amaryllis ni rasa tak best kalau tak jengah blog...rasa tak best kalau takmintak entry lagi....sukanya citer ni..rindu juga raff...sukanya dengan semua citer2 awak2..just ada yg tak boleh buka tu yang tak boleh nak suka sebab tak baca maka tak cinta kan...;)

    ReplyDelete
  3. trime kasih sis ida sbb sudi jenguk blog ni.. :)
    tp sttement 'Rse xbest klau x mtk n3 lg' mmg xbleh blah.. comey aje yek.. hahaha
    tnx jgk sbb suke sume crite sy.. :)

    ReplyDelete

Featured Post

Friendship Goals - Bab 5

Popular Post