15
AKU bergolek ke kanan bila
terasa lenguh, tapi telefon bimbit setia ditelinga.
“Dari
masuk kolej, sampai sekarang tak pernah balik rumah. Hari tu pun Maya aje yang
balik. Rindu tau.” gemersik suara itu menerjah halwa telingaku.
Sejak
dari aku mendaftar masuk ke kolej ni lagi papa sudah menetapkan supaya aku
tinggal di asrama. Bukan aku sahaja, Maya dan Isya juga. Hmm.. papa punya
planlah. Alasannya nak kami berbaik. Berbaik sangatlah kalau dah setiap hari
asyik nak bertekak aje dengan Maya. Semuanya tak kena dimata dia. Ada aje benda
yang nak dijadikan isu hingga menimbulkan perbalahan.
“Malaslah
nak balik, nanti kena tengok muka Raff. Dahlah mulut macam apa. Abang aje
datang sini.”
Aku
sedar apa yang aku lakukan. Ya, aku bermain api dengan lelaki bernama Syazlan.
Kerana apa? Kerana dia terlalu baik melayani aku, sentiasa melindungi aku dari
apa jua keadaan. Aku rasa tiada salahnya dari pihak aku membuat hubungan dengan
Syazlan meski dia bekas anak tiriku, tapi Syazlan yang sepatutnya rasa bersalah
kerana dia sendiri tahu status aku adalah mak tirinya memandangkan mereka belum
tahu yang aku dah lama bercerai dengan papa.
“Ala,
abang malas nak ke sana. Nanti si Maya dengan Isya syak bukan-bukan pulak.
Kalau papa tahu abang ada affair
dengan bini dia, lagi haru.”
Kalau
dulu syazlan seakan payah hendak membahasakan dirinya abang, kini laju saja
lidah itu berabang denganku.
Aku
mencebik. “Takut Isya dengan Maya ke takut Gina tahu? Yalah, Gina kan model
terkenal. Takut jadi kontroversilah tu.” rajukku. Aku dah tahu serba sedikit
tentang Gina yang merupakan model tanah air yang semakin mencipta nama dalam
bidang peragaan dan iklan komersial. Memang cantik gila awek Syazlan tu.
Gina
“Kan
abang dah cakap, jangan sebut nama Gina bila kita berdua aje. Abang tak selesalah
sayang. Kita dah janjikan?” lembut dia memujuk aku. Manalah hati tak mudah cair
macam ni. Bukan aku tak mengelak dari terpikat dengan Syazlan, tapi kalau
hari-hari digoda tak ke iman bergoyang? Tambah lagi lelaki kacak tampan yang
goda, mahu tak gila bayang.
Aku
melepaskan nafas. “Sorry.”
Terdengar
dia gelak perlahan. Lembut sahaja. “It’s
okay sayang, but next time kalau Lis buat lagi abang cubit-cubit bibir
sayang tu.”
Tawa
kami bersatu.
“Eh,
Lis dah tahu belum pasal Harun?” tiba-tiba nada suara Syazlan berubah. Buat aku
tak sedap hati.
“Kenapa
dengan Harun? Lis tak tahu apa-apa pun?”
Terdengar
Syazlan tarik nafas panjang. “I’m so
sorry, Harun dah hilang.. Ab..”
“Hilang?
Bila? Macam mana boleh hilang? Bukan ke mama Su letak dalam sangkar?” Harun hilang.
Satu-satunya binatang kesayangan aku dan arwah atok hilang? Ya Allah, banyaknya
kenangan arwah atok bersama Harun.
“Memang
dia duduk dalam sangkar, tapi pagi tadi mama nak bagi makan tengok dah tak ada.
Sangkar dia kosong. I’m sorry, Lis.”
Sedihnya,
tak mampu nak kata apa. Kalau aku yang menjaganya, pasti tak jadi sebegini.
Pasti Harun masih ceria bersamaku. Tapi..
“Tak
apalah bang, bukan salah abang. Lis harap dia sihat, dan minta-minta dia balik
semula.”
“Weh,
gayut lagi. Tahulah baru bagi nombor kat Edry tadi, takkan malam terus gayut.”
Isya yang baru masuk bilik menyergah aku. Entah bila dia balik aku pun tak
tahu. Tahu-tahu dah muncul. Aku menekap jari telunjuk dibibirku, mengisyaratkan
supaya Isya senyap. Harap-harap Abang Syazlan tak dengar apa yang Isya cakap
tadi.
Isya
buat bentuk mulut, “Sorry.” Aku
angguk.
“Siapa
Edry?” beku terus atonasi Syazlan. Aku gigit bibir. Kantoi dah. Hilang dah mood sedih pasal Harun yang hilang.
“Hmm.. A friends?” tuturku dalam nada ragu-ragu
sebab aku sendiri tak tak tahu apa kaitan aku dengan Edry yang selama ni sibuk
menggesel tepiku.
“Kenapa
you bagi nombor kat dia?” keras pula nadanya. Alamak. Mengenali Syazlan, sifat
mengongkong dan kuat cemburunya itu membuatkan aku rimas. Berapa banyak kali
kami bertengkar hanya kerana aku berkawan dengan pelajar lelaki dikelasku.
Sebenarnya, aku pun pelik. Kami tak pernah declared apa-apa tentang status
kami, tapi gaya Syazlan macam aku ni tunang dia pula.
“Lis, answer me.” Tekannya.
“Err.. I’m sorry okay. Next time Lis tak bagi lagi nombor Lis
kat sesiapa.” Janjiku. Janji sekadar nak menyedapkan hati Syazlan aje. Pada
aku, apa hak Syazlan nak menentukan siapa yang patut dan tak patut menjadi
temanku. Aku bukan tunangannya, hanya sekadar.. sekadar.. Apa hubungan aku dengan
Syazlan sebenarnya? Boyfriend-girlfriend?
Tak pernah declared pun. Habis tu?
Ahh, kusut. Lagipun, bukan aku yang beri nombor aku pada Edry, tapi kerja Kiki.
Konon nak bagi aku rasa berdunia sikit. Asyik menyendiri aje kata Kiki.
“Memang
selalu pun you cakap macam tu. Tapi macam tu jugak, bertimbun jugak kawan
lelaki you kat Facebook, Twitter, BBM la apa tu semua. Dahlah, ikut suka youlah
nak buat apa.” terus talian mati. Aku tenung BB digenggaman. Overnya.
Aku
kalih pada Isya yang sedang duduk di meja studi. Tee lusuh dengan seluar
pendek, uniform tidur Isya.
“Sya,
kau ke mana tadi? Asyik hilang je. Habis kelas je, lesap. Mana kau lepak?”
bukan ni hari je, sejak aku bertembung dengan Isya ditangga petang dua minggu
lepas, Isya dah semakin kerap keluar lepas waktu kelasnya habis. Dan pulangnya
taklah lewat mana, sebelum pukul sepuluh memang dia dah balik sebab nak cover balik assigment, tuto and preview chapter yang biasa dia buat
petang-petang.
Isya
membelek buku setebal 800 muka surat. Buat muka kosong.
“Aku
tak lepak mana, keluar minum dengan kawan je. Kau tak payahlah risau, aku tak
buat benda tak eloklah, Lis. Menggelabahlah dia ni.” Isya sengih sumbing.
Tiba-tiba matanya terbeliak. Muka dah suspen. Ada lah tu.
“Weh,
kau gayut dengan siapa tadi? Aku salah sebut nama ke? Kantoi main kayu tiga, eh?”
sergah Isya. Dia duduk diatas kerusi beroda.
Isya
ni kan. Pandai ubah topik. Haih.. Isya.. Isya... kau ni sentiasa nampak cool dan gaya selambakan. Tambah lagi
dengan mulut yang tak pernah penat menceceh tu. Boleh jadi jugak macam radio
buruk aku. Tapi bila aku tengah tension
studi, dia membebel tak berhenti memang aku suruh dia duduk dengan Maya lah
jawabnya. Paling tidak pun, Maya boleh jadi teman berdebat Isya.
Aku
bersandar dikepala katil. Rambut aku kemaskan dengan penyepit buaya.
Kadang-kadang rimas jugak dengan gaya rambut kerinting ni. Apa tidaknya, nak
sikat pun tak boleh, kalau sikat jugak alamat memang jadi macam mop lantai tu
lah.
“Kayu
tiga? Apa sadis sangat hukuman yang kau jatuhkan kat aku ni? Sentap tahu.”
“Sentap
konon. Blah ar. Weh.. weh.. kau ada boy
dah ke? Story-storylah kat aku. Kalau
tak aku kantoikan kat papa, bini muda dia main kayu tiga.” Eh, amboi. Main ugut
pulak minah ni. Eei, awak saya tak takutlah dengan ugutan awak tu.
Aku
jeling dia, tapi dia selamba angkat ‘peace’
sebelum buku tebal tu di buka. Itulah Isya yang aku kenal. Pantang ada waktu
senggang waima sedikit pun, pasti matanya berlari diatas buku-buku ilmiahnya.
Nampak aje macam budak-budak nakal lain, tapi nakal Isya berisi dalam kepala.
Dan
topik yang dihangatkan oleh Isya tadi berhenti disitu sahaja bila Isya sudah
menyelak buku Architecture Techniques setebal 800 muka. Aku sendiri malas
hendak memanjangkan isu tadi, karang tak pasal-pasal kantoi ‘bercinta’ dengan
‘anak tiri’ sendiri. Ha ha ha.
part ni ok jugak tapi mcm x berapa suka dgn syaz...mcm ada split personality je dia ni..apa2 pun cepat2 continue ok!
ReplyDelete