2013
JEMARINYA
ligat menyentuh skrin iPhone. Mesej dari tetingkap hijau dah menderu-deru
masuk. Kejap, ting. Kejap lagi, ting. Sampai tak terlarat jari nak membalas.
Dari meniarap di atas katil sampai dah terlentang, masih juga tak sudah Danish berbalas
mesej dengan teman-temannya.
Naylia:
Tak payah nak puji I sangat, ya.
Naylia:
Bukan I tak tahu u tu memang mulut manis.
Dany:
Tapi tak semanis senyuman u.
Naylia:
Auch.. Meltinglah I macam ni.
Mesej dengan nama berlaiana pula
disentuhnya.
Doc
Vivi : Well, doc. I okey je nak lunch esok dgn u. Tp u free ke?
Dany:
Utk u, I tak free pun I sanggup freekan. So, deal?
Doc
Vivi: Set.
Satu lagi tetingkap dia sentuh.
Leeya
: Tipulah u tak ada someone special, doctor Dany.
Dany
: I tipu u dapat apa, Leeya?
Leeya:
Who knows?
Dany:
Kawan tu ramai, tp special one belum jumpa lagi.
Jennice
: Senyuman u tu yg special, dear.
Dany:
Really? Nothing else?
Jennice
: U minta dipuji ke ni?
Dany:
Kalau u tak kisah.
Jennice
: Well, selain senyuman u, dah tentulah ur sweet talk tu.
Dany:
Do I look like a player?
Jennice:
Mestilah tak. But the way u treat girls ni, boleh buat dorg salah faham tau.
Dany:
J
Belum sempat nak sentuh tingkap
seterusnya, konsentrasi Danish terganggu dengan bunyi bising dari tingkap bilik
sebelah.
“Kau tu yang tak berapa nak bijak.
Kan aku dah cakap, pasang sunroof toyota. Saiz 36. TI.GA.PU.LUH.E.NAM. Sepuluh
kali aku ulang, tahu tak? Tup-tup, kau pasang sunroof merc. Apahal? Kau ingat
bumbung Neo kau tu lebar sangat ke?” Sah, suara Delisha. Satu-satunya adik
perempuan yang Danish ada.
Pantas Danish bangun dan berdiri di
tepi tingkap biliknya. Dari langsir yang dia selak sedikit, ternampak Qaiser
sedang bertongkat siku di jenang tingkap biliknya. Apa lagilah yang mereka
sidangkan tu?
“Mana aku nak tahu. Ingatkan boleh
aje masuk. Kaulah salah, kenapa tak boldkan pesanan kau tu? Kan aku dah ambil
sambil lewa.”
“Oii, jangan kata bold, aku dah siap
caps lock lagi. Kau tu yang ketegaq.” Aduhai, patutlah nak bergegar rumah.
Bertekak rupanya.
“Aku ketegaq pasal kau selalu
'pedajal' aku. Kau punya perangai tu, siapa aje tak tahu? Kurang setengah inci
je dari perangai syaitonirajimmm.."
“Mangai punya member. Kau cakap
perangai aku macam setan. Kau tunggu, eh. Kau tunggu.”
Qaiser di sana tergelak saja.
Sukalah tu dapat sakat si Delisha tu. Alah, dalam diam Qaiser tu, Danish tahu
yang lelaki berlesung pipit tu sebenarnya ada hati pada adik dia. Cuma mungkin
kerana friendship ethic yang mereka pegang, buat Qaiser ragu-ragu untuk
memulakan langkah. Pada Danish, tak mengapalah. Mungkin mereka perlukan masa.
Tak lama, Danish nampak sebiji cawan
plastic melayang dari arah bilik Delisha menuju ke arah Qaiser. Tapi sayangnya,
tak kesampaian bila cawan tu jatuh ke bawah, ke laman rumah Qaiser. Danish
tergelak besar bersama Qaiser sekaligus membuatkan mereka sedar akan kehadiran
dia di situ.
“Kau baling benda ringan, cuba kau
baling dengan kamus kau yang dah berhabuk tak berusik setebal 6 inci tu. Baru ngam.
Sharp kena kat kepala Qai, confirm biul tiga abad.” Ringan saja mulut Danish
memberi cadangan.
“Ha, kejap. Kejap. Del cari kejap.”
“Wey, Del. Mana boleh baling buku.
Ilmu tu.” Cuak Qaiser, sempat dia jeling Danish sekilas. Tak guna punya Danish,
batu api.
“Tak membantulah kau.” getus Qaiser,
sementelah Danish tergelak besar.
“Dah tu, alang-alang nak berperang.
Eloklah salah seorang terbunuh terus.”
“Dari manalah kau dapat statement
bodoh macam tu, doc.”
Danish gelak lagi. Bahagia bila dapat
tengok dua sahabat yang membesar bersama tu bercakaran.
“Apa riuh-riuh kat atas tu? Satu
taman dengar, tahu tak?”
Serentak
Danish dan Qaiser jengah kepala ke bawah. Kelihatan Haji Darsuki iaitu abah
kepada Danish dan Delisha yang masih berbaju melayu dan berkain pelikat sedang bercekak pinggang di bawah sana dengan
kepala terdongak ke atas.
“Entahlah budak berdua tu. Dany
tumpang tengok aje.” Padahal Danish jadi tukang hasut. Kalau abahnya tak menegur
tadi, rasanya sahih Qaiser biul kena hempuk dengan kamus.
“Qai tu, abah. Cari pasal.” Adu Delisha tiba-tiba
menjengah kepala kembali. Lega bila tiada serangan kamus terbang. Itu bermakna
Delisha tak berjaya menemukan kamus yang dah berkurun terselit kat celah bed
side table dia.
“Mana pula. Qai tak buat apa pun,
abah.”
Kalau ikut pengalaman, bila Delisha
mengadu tentang Qaiser, jarang sangatlah Haji Darsuki tu nak percaya. Selalu
tu, Qaiser saja yang betul di mata abahnya. Kadang Danish tengok Delisha bengang sendiri sebab dah macam
dia pula anak jiran sebelah, sementara Qaiser pula anak abah mereka.
“Dahlah tu, Del. Entah apa kau buat
pada Qai, lepas tu tuduh Qai pula yang cari pasal. Dah, pergi masuk.” Tepat apa
yang Danish katakan. Abah mereka lebih percayakan Qaiser berbanding anak sendiri.
Kelat saja muka Delisha bila abang dan teman akrabnya galak mentertawakan
dirinya.
“Ha, Qai. Dah settle tesis kau
tu?"
“Dah, abah. Lega hati bila semua dah
settle."
“Alhamdulillah. Selesai dah Master
kau tu. Esok-esok dah boleh tolong ayah kau kat ofis. Ada masa, ada peluang,
ada rezeki, boleh futher phD pula."
“InsyaAllah, abah. Abah masuklah,
dah malam ni. Kena embun karang, demam pula.” Bangganyalah Danish ada jiran
macam Qaiser. Sopan. Hormat orang tua. Ciri-ciri menantu idaman Malaya tu.
“Ya, abah nak masuklah ni. Ha, Dany.
Turun bawah. Abah ada hal nak cakap dengan kau.” Serta-merta Haji Darsuki kalih
pada anak lelaki keduanya.
Tersentak, Danish terus mengangguk.
Apa jugalah yang nak dicakapkan tu? Pantanglah nampak dia bersenang-lenang tanpa
on call waima sehari pun, suka dengki tau.
DANISH berdecit dengan muka tak puas hati. Abahnya ni memanglah, memang tak boleh tengok dia bersenang-lenang.
“Takkan Dany yang kena? Bukan main
ramai lagi makhluk dalam rumah ni, Dany juga yang kena turun settlekan akaun
tu. Habis tu, orang lain dalam rumah ni, tak ada fungsi ke macam mana?” Kan dah
keluar rungutan dari seorang doktor muda. Sempat dia lemparkan jelingan pada Damien, si abang sulung yang tengah tayang muka minta penampar di sofa hujung sana.
“Apa yang ramainya? Dalam rumah ni,
tinggal kau seorang aje yang boleh diguna pakai. Damy? Dia kerja. Del?
Tanggungjawab pun tak tahu makna, nak abah suruh dia settlekan akaun? Memang
taklah. Daz? Takkan kau nak suruh dia ponteng sekolah?” Haji Darsuki dah keluar
dengan aura kegelapan.
Danish diam sambil cover perut yang dah semakin mengecut. Jemari
duk ligat lagi mengatur candy crush padahal dah terketar-ketar.
“Mama, kan ada.” Balas Danish sedikit bergumam. Berharap abahnya tak dengar, tapi silap ramalan dia bila tiba-tiba bahu kirinya dicubit
dari belakang.
“Awww..!” Cepat-cepat Danish menggosok
bekas cubitan. Kelibat mamanya, Hajah Mawarni yang sudah berlalu mendapatkan tempat di sisi abahnya, dipandang geram. Mama herot bibir, sengaja. Mengejek.
“Mama banyak lagi kerja kat rumah
ni, tahu tak? Nak masak, nak basuh baju, kemas rumah. Kalau kau sanggup ambil
kerja mama, mama dengan senang hati pergi ke JB tu esok.”
“Mana boleh macam tu.” Bantah Danish pantas.
“Kalau tak boleh macam tu, habis nak
macam mana?” celah Damien.
“Kau kalau buka mulut tapi tak
membantu apa-apa, baik diam.” Kan dah kena sedas.
Damien angkat tangan, menyerah. Danish dengan Damien tu, bukan kata tak ngam. Cuma kadang-kadang
tu mereka bercanggah pendapat. Kadang apa
yang keluar dari mulut si editor bank tu, macam tak boleh nak dihadam oleh si doktor mata. Antara mereka empat
beradik, Danish lebih
rapat dengan Delisha. Dazrin si bongsu pula lebih suka buat hal sendiri.
Memerhati dalam diam. Menyampuk bila perlu.
“Eh, Del mana?” soal mamanya, tiba-tiba mengalih tajuk.
“Dah habis berperang dengan Qai,
memeraplah tu dalam bilik.” Jawab Damien.
“Daz pun?”
“Ha’ah. Daz studi kut.” Damien jawab
lagi. Hajah Mawarni angguk, mengerti.
“Masalahnya kenapa mesti Dany? Bah, come onlah. I’m a doctor, not an accountant neither a sales assistant.” Stresslah Danish macam ni. Mentang-mentang dia apply cuti tahunan selama seminggu, sesedap rasa aje abahnya nak bazirkan cuti dia tu. Dan kalaulah dia tahu nak jadi macam ni, tak adanya dia nak bagitau pasal cutinya tu. Baik dia angkut Qaiser pergi travel senyap-senyap.
“I’m engineer. So what?” Nampaknya Haji Darsuki dah
berjangkit dengan penyakit kerek isterinya.
“Jadi abah fokus ajelah dengan
syarikat pembinaan abah tu, kenapa nak pesong ke bisnes macam tu?”
“Dany..” Damien menyeru, tanda
amaran. Danish diam,
masih menanti jawapan dari abah.
“Sebab D’s Lay Park tu impian abah.
D’s Construction tu pula impian arwah atok dengan arwah nenek kau orang.”
Jawapan pendek abah buat Danish terdiam
menikus.
Tambah lagi bila nada lelaki berusia itu sudah berubah
tegang.
Danish kalih
pada mama. Mama terjegil biji mata. Dan
reaksi abang sulung tak kurang beza dengan reaksi mamanya.
Okey, Danish mengaku, dia salah. Mulut terlebih lancang sampai abah
terasa hati. Fine. Dia tahu abah sayang sangat pada D’s Lay Park yang dah diusahakan
sejak hampir lima tahun yang lalu. Setakat ni, D’s Lay Park yang mempunyai
empat cabang perniagaan yang terdiri dari D’s Book, D’s Amusement, D’s Café dan
D’s Library sudah mempunyai tujuh cawangan di dalam beberapa buah pusat
membeli-belah di Penang, Melaka, Selangor dan Johor. Menurut abah, kadang keuntungan D’s Lay Park lebih kasar dari keuntungan
D’s Construction. Sebab tu abah sayang lebih pada D’s Lay Park tu.
Nak dipendekkan cerita pula, antara
mereka empat beradik, tak ada seorang pun
yang menampakkan ciri-cri seorang arkitek mahupun usahawan. Damien, dah kukuh dengan kedudukannya sebagai pegawai
bank. Danish sendiri, dah
selamat bergelar opthamology atau pakar bedah
mata.
Delisha? Anak dara seorang tu nampaknya lebih cenderung untuk jadi seorang
pelumba kereta haram atau mungkin juga penganggur berjaya. Mana taknya, kerja
asyik melepak aje. Suruh sambung Master pun tak
nak. Nasib baiklah si Qaiser tak terikut dengan kepala adik dia tu. Dazrin pula? Hmm.. Jangan ditanya tentang budak skema
tu.
“Ish, yalah. Yalah. Dengan syarat,
abah janji akan jadi funder untuk klinik yang Dany nak
buka tu lepas Dany settle semua hal kat
hospital, okey?" Haa, nampak tak? Betapa
di dalam dunia ni tiada apa yang percuma walaupun dengan anak-beranak.
Cita-cita danish taklah besar mana, cuma kalau boleh dia tak naklah
selamanya bekerja di hospital kerajaan. Untuk apa dia kuasai bidang pakar bedah
mata kalau tak digunakan sebaiknya. Betul tak?
“Minta tolong sikit, upahnya bukan
main besar lagi.” Bebel mama. Danish buat tak
reti. Sambung balik main Candy Crush di telefon pintar.
“Ya. Ya. So, confirm ya? Kejap lagi
abah inform pada Is.” Cerah terus muka abah.
Diam-diam, Danish jatuh kasihan pada abah. Yalah,
anak dah besar-besar, tapi seorang pun tak ada yang nak bantu lelaki berusia itu untuk jaga bisnesnya tu.
Hmm.. Tak
apa. Agak lagi setahun kalau aku tengok si Delisha tu masih menganggur, aku
hasut abah suruh Delisha aje kerja kat situ. Bisik
Danish, penuh matlamat.
“Is mana pula ni?” Abah pun, sebut nama macamlah Danish kenal staf di sana. Dahlah tu, bagi staf lelaki pada Danish. Cuba bagi staf perempuan, barulah semangat sikit nak buat
kira-kira.
“Manager untuk branch dalam Johor.”
“Ha, dah ada dia, buat apa nak suruh
Dany check akaun tu semua?”
“Kau ni, ada aje point nak kasi
pusing, eh. Memanglah dia yang buat semua tu, tapi dia ada tujuh akaun nak kena
siapkan. Abah minta kau tolong double check kerja dia sebab dia tak ada
pembantu lagi. Semua masih training.” Terang Haji Darsuki dan Danish hanya balas, ooohh..
“Jadi selama ni, siapa yang double
check kerja dia?”
“Abahlah, dah tu siapa lagi. Sebab
tu abah suruh kau ganti tempat abah. Nama aje doktor, dia punya slow, kronik.”
Celah Damien, mengejek.
“Kau diam.”
Rosak lunch date dia dengan Jennice. Eh, salah. Dengan Vivi. Eh, Vivi ke? Bukan
dengan Marlia ke? Ah, lantaklah siapa pun. Yang penting, esok tak ada date.
Okey, positif Dany. Mungkin esok kau
tak dapat date dengan dia orang tu semua, tapi mana nak tahu kau dapat date
baru? Made in selatan tanah air ke.. Hati Danish
berbisik nakal.
No comments:
Post a Comment