Bab 2
“KAU nak pergi mana, Zayn?” Suara
Fateh kedengaran melaung. Kedudukannya yang paling belakang di dalam kelompok
mereka bertujuh, membuatkan dia terpaksa melaung. Tak peduli pada Marissa dan
Aira yang bertindak menutup telinga, juga pada jelingan Rayhana yang setajam
pisau tu.
Zayn
yang dah semakin ke depan dengan langkah yang agak laju tu, sikit pun tak mahu
menoleh. Dara yang melihat, mencebik dalam diam. Ikut kepala dia aje.
“Weh,
kau pekak ke? Woii, Zayn!” Rayhana yang terkenal dengan gaya brutalnya, melaung
kuat. Lebih kuat dari suara Fateh tadi. Lengan baju kurung putihnya disinsing,
gaya macam nak pergi serang Zayn tu.
“Ray,
Mar. Panggillah malaun tu. Korang, kan pengawas. Kotlah dia nak dengar cakap
korang.” Aju Fateh pada Marissa dan Rayhan yang kini dah memegang jawatan
sebagai pengawas.
“Macamlah
dia pernah dengar cakap orang selama ni.” Gumam Rayhana, membebel sebal dengan
sikap Zayn tu.
Tak
sempat Rayhan dan Marissa nak panggil budak rambut perang tu, dia dah hilang di
sebalik corner bangunan pengurusan. Lepas tu, maisng-masing merungut. Dara
tergeleng, tak faham dengan sikap Zayn.
Zayn
tu okey. Betul dia okey. Dia tak kacau orang, dia tak menyusahkan orang dan dia
tak bergantung pada orang. Tapi dalam Zayn tak sedar, sikap itulah yang buat
ahli kumpulan mereka tertekan. Paling tak, mereka bertujuh nak juga belajar
berkawan tapi Zayn? Dia tak pernah bercerita tentang diri dia pada sesiapa, dia
belajar juga sendiri, ke mana pun dia nak pergi dia akan pergi sendiri. Pendek
kata, apa dia nak buat, dia ikut kepala dia aje. Sedangkan mereka berlapan
sepatutnya sentiasa bersatu, bersama.
Dah
dua bulan kumpulan mereka dibentuk dan dah hampir lima kali kumpulan mereka
dipanggil menghadap Madam Salmah dan pengetua. Ya, pengetua. Semua gara-gara
mereka tak ikut arahan Madam Salmah untuk bergerak bersama-sama. Bila Madam
Salmah tegur, masih juga tak menunjukkan perubahan, terus mereka dibawa
menghadap pengetua.
Kalau
nak diikutkan, masalah interaksi antara pelajar sekelas ni bukanlah besar mana
isunya tapi disebabkan sekolah tersebut merupakan sekolah elit, pengetua tak
nak disebabkan masalah komunikasi, peratus kecemerlangan sekolah menurun. Dan
sekarang, kumpulan mereka dah jadi terkenal. Ya, terima kasih pada Zayn untuk
populariti murahan itu sebab dia yang paling tak beri apa-apa kerjasama dalam
kumpulan. Dia yang selalu hilang tiba-tiba, meninggalkan kumpulan. Waktu prep
pun kadang tak muncul.
Mereka
bertujuh masih meneruskan langkah, menuju ke kelas yang terletak di bangunan
paling belakang. Loceng tanda tamatnya waktu rehat, baru saja berdering sewaktu
mereka selesai menikmati makanan di kantin. Dara beriringan dengan Aira.
Marissa dan Rayhana pula di belakang mereka berdua. Rayhan, Fateh dan Yusri
beriringan bertiga dibarisan paling belakang.
“Zayn
tu, apa masalah dia sebenarnya?” Marissa menyoal, nada jelas tak puas hati.
Marissa,
kalau dilihat dari gayanya yang suka berpeluk tubuh dan wajah yang selalu ketat
itu, siapa pun boleh agak karakternya. Ya, dia tegas. Dia tak garang, cuma
tegas. Contoh seorang pemimpin yang berkaliber dan nampak sangat yakin pada
diri sendiri. Tak pernah lagi mereka nampak Marissa senyum atau ketawa. Itu
juga antara sebab kenapa mereka takut nak cakap banyak.
“Spoiled
brat.” Cemuh Rayhana.
Rayhana
bukan saja brutal dengan gayanya, tapi mulut pun boleh tahan lantang. Dia akan
cakap apa saja yang dia mahu tanpa berfikir tentang perasaan orang. Bahasanya
kadang agak kasar. Kalau dia tak suka, dia cakap terus. Macam waktu makan di
kantin awal persekolahan hari tu, selamba aje dia marah mak cik kantin sebab
letak tauge dalam mee goreng dia. Tapi dia akan senyap bila tak ada benda yang
nak dimaki atau dicarutkan. Sangat kontra dengan abang kembarnya.
“Dara,
kau dah lama kenal Zayn, kan?” Fateh mencelah dan tiba-tiba semua macam
tercengang. Dara menoleh pada teman-temannya dengan muka serba tak kena.
Antara
mereka berlapan, Fateh paling ringan mulut. Ada saja benda yang nak diceritakan
pada teman sekumpulan walaupun ceritanya langsung tak dilayan. Nasib juga Dara
dan Aira rajin mendengar walaupun tak ada respond, itupun dah buat Fateh makin
bersemangat untuk bercerita. Dia juga antara yang paling happy go lucky, apa
pun boleh jadi bahan lawak pada dia.
“Aku?
Ndaklah. Baru seja aku kenal dia di sini.”
Dara
pula bukan pendiam orangnya cuma dia agak kekok dengan slang Sabah dan
bahasanya yang agak baku tu. Selalu dia perasan, setiap kali dia bercakap, dahi
kawan-kawannya pasti akan berkerut. Try hard kot nak faham apa yang dia cuba
sampaikan. Boleh kalau Dara nak berslang semenanjung sebenarnya sebab ayahnya
yang memang asal dari Kuala Selangor. Ayah pun guna slang semenanjung dengan
dia dan adik-adik cumanya, dia belum biasa lagi.
Fateh
dari belakang tiba-tiba berlari ke depan Dara. Wajah Dara dipandang
dekat-dekat. Terhenti sekejap langkah Dara bila laluannya dihadang.
“Err..
Kenapa?” Cuak Dara bertanya. Sempat dia menoleh pada Aira di sebelah, tapi Aira
hanya fokus pada Fateh dengan muka peliknya.
Aira,
si lembut dan paling berat mulut. Hanya akan bercakap bila ada keperluan dan
cakap-cakapnya tentulah bukan cakap kosong semata. Sejenis yang suka memerhati,
mungkin itu cara dia mengenali orang-orang di sekelilingnya. Tapi dia tak
sombong, murah dengan senyuman, seperti Dara. Aira antara orang yang paling
Fateh suka usik selain Dara.
“Ye
ke baru kenal? Sebab masa mula-mula masuk sekolah hari tu, aku selalu perasan
kau pandang dia.” Tekan Fateh. Betul, dia selalu nampak Dara pandang Zayn dan
mengharap Zayn juga turut memandangnya.
“Lah,
pandang pun jadi isu ke?” Rayhana mencelah.
“Tak,
bukan pandang macam aku pandang kau. Aku selalu perasan Dara bagi isyarat mata
kat Zayn, tapi Zayn tak pernah balas. Takkan baru jumpa dah boleh main mata
kot.” Sela Fateh, menguatkan lagi bukti.
“Mungkin
Dara dah bertemu dengan Udanya.” Celah Yusri.
Yusri
pula karekternya macam yang selalu dilihat dalam filem-filem antarabangsa. Tak,
bukan watak hero tapi watak budak skema yang ke hulu ke hilirnya bersama buku
dan setiap kali bercakap, hanyalah fakta yang dipetik dari buku rujukan saja
yang keluar dari mulutnya. Dia paling minat dengan subjek sastera dan setiap
kali dia berfalsafah, satu kumpulan terus angkat kaki. Watak skema sebegini
memang akan menjadi mangsa buli, dan itulah yang mereka lihat setiap hari. Ada
saja makhluk yang datang nak membuli Yusri tu.
Masing-masing
toleh pada Yusri dengan pandangan geli. Tak payah nak uda dan dara sangatlah,
SPM pun belum lepas.
“Tidak.
Se.. Sebe.”
“Sorry
menambah, tapi aku pun ada bukti lain. Semalam lepas prefect meeting kat ofis,
aku nampak Dara tengah cakap kat telefon. Lepas tu tak lama, aku nampak Dara
pass telefon tu pada Zayn. Bukankah tu bermakna yang korang bercakap dengan
orang yang sama?” Rayhan yang sejak tadi mendengar, turut mencelah dengan
buktinya pula.
Rayhan,
tak ubah macam klon pada Marissa. Cuma jantina saja yang membezakan mereka
berdua. Tegas, serius dan tak banyak cakap. Tak peliklah kalau dia dilantik
jadi pengawas. Tapi tegas-tegas dia pun, tetap juga tak mampu nak ‘mendidik’
Zayn.
Tap!
Fateh petik jari depan muka Dara. Muka bersinar terang.
“Korang
dah lama couple, eh?” Tebak Fateh.
“Teori
tu macam agak mustahil sebab Dara baru pindah dari Sabah. Zayn pula asal
semenanjung. Tahu tak berapa jarak Sabah dengan semenanjung Malaysia? Kalau
dikira mengi.. kut.. err..” Jari-jemari yang baru nak dikembangkan untuk
mengira jarak Sabah dan Semenanjung kembali kuncup bila Yusri baru sedar
teman-temannya semua dah bertebaran berlari meninggalkannya. Kenapa? Dia salah
cakap lagi ke?
FIGURA lapan orang pelajar di
hadapannya dipandang satu-persatu. Hairan Madam Salmah, gaya mereka berlapan
ni, macam tak terkesan langsung. Macam tak takut kena menghadap guru kelas.
Muka tenang aje. Cuma ada sesekali dia terperasan pelajar-pelajarnya tu
menjeling pada Zayn yang terus santai menyeluk saku.
Hari
ini sekali lagi dia terpaksa memanggil kelapan-lapan pelajar tersebut bila dia
lihat tiada perubahan dari segi komunikasi mereka sekumpulan. Pelik, satu lagi
kumpulan dah dilihat semakin akrab dan semakin aktif di dalam kelas. Tapi
kumpulan yang satu ni.. Apa sebenarnya masalah mereka?
“Cuba
awak semua bagitau saya, awak ada apa-apa masalah untuk berkawan atau
berkomunikasi ke?” Dia sendiri tak pasti, soalan tu dah diaju berapa kali
hingga ke hari ini.
Sepi.
“Rayhan,
ada apa-apa yang awak nak beritahu pada saya?” Madam Salmah kalih pada Rayhan
yang berdiri di sebelah Zayn.
Rayhan
pandang gurunya sesaat sebelum dia menoleh pada Zayn dengan renungan tajamnya.
Zayn sebaliknya hanya merenung kaki sendiri yang sedang menguis bulu karpet.
“Zayn?”
Madam Salmah menyeru pula pada Zayn, nalurinya kuat mengatakan masalah tersebut
berpunca dari pelajar kacukan melayu-rusia itu.
Zayn
angkat muka, pandang gurunya.
“Apa
masalah awak?”
“Cikgu
nampak saya macam ada masalah ke?” balas Zayn, tak mengerti. Kenapa nama dia
yang diseru pula? Sebab teman-teman yang lain menjeling pada dia, jadi Madam
Salmah anggap dia yang menjadi punca masalah. Macam tu?
Madam
Salmah bangkit dari duduknya. Kaki melangkah ke tengah ruang pejabat sebelum
dia bersandar pada hujung meja kerjanya, merenung wajah kacuk melayu-rusia itu
dengan lebih dekat. Anak mata kebiruan itu memukau.
“Awak
ada bagi masalah pada kawan-kawan kumpulan awak?” Madam Salmah balas dengan
soalan.
Zayn
picing mata. Tak puas hati gayanya.
“Seingat
saya, saya tak pernah bagi masalah pada diorang ataupun pada sesiapa. Saya
belajar guna akal saya, berjalan guna kaki saya, makan guna mulut saya, studi
sampai lewat malam guna mata saya, tak pergi prep tu atas kehendak saya. Jadi
kat mana cikgu rasa yang saya ada bagi masalah pada diorang?” Buat pertama
kalinya Zayn mampu berkata lebih dari sekadar tiga perkatan selain dari waktu
pembelajaran. Mendalam bunyinya.
Sentak,
teman-teman yang lain pantas menoleh pada Zayn di hujung barisan. Begitu juga
dengan Madam Salmah. Impressive. Selama ni mereka fikir, Zayn tak fasih
berbahasa melayu. Yalah, muka level antarabangsa. Sekali cakap panjang lebar,
ha.. Masing-masing ternganga.
“Eh,
kau tak payah bagi masalahlah, Zayn. Kau duduk dalam kumpulan ni je pun
kitorang dah cukup bermasalah.” Bentak Rayhana. Lama sangat dah dia simpan rasa
tak puas hati pada Zayn tu. Harap muka kacak, tapi spoiled.
Buat
pertama kalinya Zayn menentang tajam renungan Rayhana. Wajah lelaki itu beku
tak beremosi, tapi entah kenapa Dara yang melihat seakan dapat mengagak lelaki
itu sedang marah.
“Aku
yang nak sangat masuk dalam grup ni ke?” balas Zayn. Nadanya perlahan tapi
rahangnya nampak saling bergeseran.
“Kita
semua tak nak masuk dalam grup ni, tapi kita semua tahu madam buat macam ni
bersebab. Aku, kau dan kita semua patutnya bersama-sama, break the ice. Bukan
buat benda ikut kepala kau je.” Marisa pula mencelah dengan nada tegasnya.
Seketika,
Zayn tersenyum herot. Sinis dan mengejek.
“Break
the ice? Like.. seriously? Okey, aku nak tanya korang. Dua bulan korang duduk
dalam grup ni, berapa banyak yang kau kenal pasal member dalam grup ni?”
Sepi.
Masing-masing saling bertingkah mata. Tak pasti siapa yang mampu jawab soalan
Zayn tadi.
“Tak
payah banyaklah, aku nak tanya satu soalan aje. Fatt.” Nama Fateh diseru Zayn.
Sentak,
Fateh terus menoleh pada Zayn. Terpinga-pinga. Kenapa mesti nama dia yang kena
petik?
“Kau
paling banyak bercakap dan bertanya dalam grup ni. Aku nak tanya satu je
soalan, boleh?”
“Selain
dari soalan sejarah, rasanya aku boleh jawab.” Dalam gubra, sempat juga dia
melawak. Tapi sayang, tak ada yang sudi nak gelak pun.
“Berapa
umur Dara?” Wajah dan nada Zayn sama-sama serius.
Buat
seketika, Rayhan, Fateh, Yusri, Marissa dan Rayhana saling berpandangan sebelum
seketika mereka tergelak. Soalan apa ni? Umur Dara? Dah tentu mereka dalam satu
tingkatan yang sama, dah tentulah sebaya. Aira pula menoleh pada Dara yang
hanya diam menunduk. Betul ke mereka sebaya?
“Aku
tak tahu pula budak umur 7 tahun boleh masuk tingkatan empat.” Balas Fateh
bersama sisa-sisa tawanya.
“Aku
anggap jawapan kau dan yang lain-lain, 16.”
“Dah
tentu. Kenapa, kau ada jawapan lain ke?” Rayhan menjawab sinis.
Bersama
smirk face, Zayn pandang gurunya. Sempatlah dia mengerling si Dara yang sedang
menatapnya.
“Maaf
madam, saya tak rasa diorang betul-betul ikhlas nak berkawan. Kalau betul
diorang ikhlas, mesti diorang akan cari tahu tentang latarbelakang kawan-kawan
diorang. Tapi tak ada. Saya tak nampak pun benda tu dalam diri diorang. Diorang
Cuma berkawan sebab arahan madam dan saya tak sukakan benda yang terpaksa.
Sebab tu saya tak boleh masuk dengan diorang.”
Madam
Salmah terkelu. Tak sangka begitu dalam penilaian Zayn dalam sebuah
persahabatan. Ikhlas. Ya, Madam Salmah terlupa tentang satu perkara tu. Setiap
apa yang kita harapkan untuk berjaya, tentulah kena ada keikhlasan.
“Apa
pasal pula? Selain dari kau, kitorang tahulah semua pasal diri masing-masing.
Ray dengan Hana kembar. Hana ni gengster tapi dia suka baca novel cinta. Yusri
pula kat sekolah lama selalu kena pulau sebab skema sangat. Aira suka subjek
kira-kira sebab tu masa PMR dia skor math. Fateh paling ramai kawan kat sekolah
lama sebab peramah, tak macam kau. Dara pula asal Sabah.”
Zayn
tergelak. Tak, bukan sebab lucu. Tapi sebab Marissa dengan yakin menunjukkan
kebodohan sendiri. Tambahan pula, teman-teman yang disebut namanya tadi menoleh
pada Marissa dengan muka tak puas hati.
“Kau
nampak mana aku baca novel cinta?” Serang Rayhana.
“Kat
sekolah nilah pertama kali aku kena pulau dan kena buli. Kat sekolah lama,
semua orang sayang aku.” Beritahu Yusri, sedih nadanya.
“Kat
sekolah lama dulu, aku yang selalu kena pulau sebab suka buat lawak bodoh.”
Ayat Fateh buat Marissa nampak semakin bodoh.
“Sorry,
Mar. Math aku masa PMR kantoi sebab aku suka subjek membaca.”
“See?
Kau tak pernah tahu pun pasal diorang dan yang kau sebut tadi tu, dari
kesimpulan kau sendiri je, bukan fakta. Break the ice konon.” Ejek Zayn.
“Alah,
kau dengan kitorang pun tak ada bezalah, Zayn. Macamlah kau tahu sangat pasal
kitorang. Semabng dengan kitorang pun tak pernah. At least kitorang ada juga
cuba nak bertegur-sapa. Kau?” Sela Rayhana berani.
“Try
me.” Cabar Zayn santai. Tubuh dipusingkan menghadap Rayhana.
“Kitorang
asal dari mana?” Rayhan mencelah tak puas hati.
Zayn
tersenyum, nipis.
“Ray
dan Hana, Taiping Perak. Marissa, Bukit Beruang Melaka. Yusri, Pedas Negeri
Sembilan. Aira, Puchong Selangor. Fateh, Damansara KL. Dara, Semporna Sabah.”
Buat
seketika, mereka sedikit ternganga. Macam mana Zayn boleh tahu semua tu? Dara
pula mengemam bibir sendiri. Nampaknya, Zayn dah maju bertapak-tapak dari
mereka yang lain.
“Satu
lagi.” Yusri yang sejak tadi sepi, mula bersuara. Ada sesuatu yang buat dia curious.
Zayn
jungkit kening sebelah pada Yusri.
“Berapa
umur Dara?”
Sekali
lagi bibir Zayn terherot. Lucu bercampur sinis. Dia kalih pada Dara yang tak
lelah menatap wajahnya sejak tadi. Sejak pertama kali anak mata mereka bertemu,
hati Zayn pasti jadi libang-libu. Sebab tu setiap kali Dara merenungnya, dia
terus kalih mata ke arah lain. Mata tu memukau.
“Do
you mind, Dara?” Benda tu dikira peribadi jadi eloklah kalau Zayn minta izin
tuan badan sebelum menjawab. Dara dilihat tersenyum segaris sebelum menggeleng,
terus Zayn pandang teman-teman yang lain.
“Umur
dia 18 tahun.” Ujar Zayn.
“Whaaaattt..?”
Terus
semua jatuh rahang, terkelip-kelip pandang Dara yang sedang tersenyum pada
mereka.
No comments:
Post a Comment