Tuesday, October 29, 2013

Dia Punching Bagku (p-1)



 ***Sooo sooorryy.. Ni bab 1 yg sbetulnye.. the 1st updte ari tu was a PROLOG. Ampun sesgt..
 ***so, hppy rding..:)


1

“KAU kat mana?” Suara garau lembut menyapa sebaik talian bersambung. Bertahun aku dengar suara dia, dari zaman tak kenal ABC sampai dah pegang Degree, dah nak naik jemu aku dengar.
            “Sinilah... Dah set kat tempat biasa kan? Tanya lagi apahal? Saja nak bagitau yang kau dah lambat?” Ken yang tergelak aku jeling dengan tajam. Aku tengah marah, dia boleh gelak lagi.
            “Ish, dah nak sampailah ni.” elok talian mati, terdengar deruman enjin kereta. Dari bunyi tayar berdecit pun aku boleh agak siapa gerangannya. Kereta aje gempak, sampai lambat jugak. Tadi ajak gerak sekali tak nak, jual mahal kononnya. Suruh aku gerak dulu padahal rumah berpisah dengan dinding batu aje.
            Sreettt!!!!
            Aku besarkan biji mata. Sempat lagi aku naikkan kaki, takut tersepit. Mangkuk tingkat punya member, sikit lagi Neo dia nak cium muncung Passo aku. Dari dalam kereta, Qaiser sengih. Cehh.. Dahlah lambat, buat muka tak bersalah pula tu.


            “Weh, Dura mana?” Aniq tanya Qaiser, tapi sikit pun muka Qaiser tak dipandang. Sibuk dengan DSLR dia tu. Entah apa yang dia snap agaknya. Nak kata first time datang sini tak juga, rasanya setiap kali weekend kita orang lepak sini. Entahlah, kalau dah nama pun photographer, nak buat macam mana.
            Qaiser ambil tempat kat sebelah aku, duduk bertenggek kat bonet kereta. Sangat santai dengan jeans lusuh, berselipar Adidas, tee hitam tanpa kolar dan berjaket denim hijau terang. Bertopi tanpa logo. Qaiser dengan cap, memang tak boleg dipisahkan. Ken yang bertee merah tanpa kolar dan berjeans paras betis pula setia bersidai kat penghadang jalan, berpeluk tubuh menghadap kami. Sama aje fesyen si Ken dengan Aniq. Fesyen malas nak berfesyen namanya.
            “Weh, mana Dura? Bukan kau nak ambil dia ke?” si Ken pula tanya, tak sabar dengan perangai Qaiser yang suka melengah-lengah menjawab soalan.

            “Kau orang nilaah.. tanyalah aku sihat ke tak, jalan jammed ke tak, bini aku sihat ke tak. Ni sikit-sikit Dura. Ingat aku driver dia ke?” meleret aje cara Qaiser menjawab. Laju aku menyiku tulang rusuk dia, tapi si Qaiser memang dah boleh baca gerakkan aku, lagi laju dia mengelak. Jadi dapatlah aku menyiku angin. Huh.. Ayat tak boleh blah. Bini konon. Siapa lagi bini dia kalau bukan Neo dia tu.
            “Ni satu lagi, kerja nak membalun orang aje. Sedarlah sikit awak tu perempuan. Entah bila nak berubah jadi normal.” Eh, aku pula dibebelnya. Elok kita tanya pasal Dura, dah corner kat aku.
            “Eh, sedara. Maaf ya, saya cukup sedar yang saya ni seorang perempuan. Dan.. dan.. saya juga seorang yang normal...” Bukk!! Sempat aku layangkan penumbuk kat pipi dia, dia tak sempat mengelak. Ken dan Aniq dah berkerut muka. Boleh agak macam mana rasa penangan aku.
            “Kasar ni bukan sebab aku nak jadi jantan, tapi kau orang yang ajar aku. Paksa aku masuk silatlah, Tae kwan do lah. Haaa, kau orang juga yang bagi perangsang serta sokongan dan dorongan, sekarang nak memekak pula bila kena tibai.” Nasib baik Dura tak terjebak ikut aku join seni mempertahankan diri tu semua, kalau tak harus Hadi makan penumbuk hari-hari.
            Aku sengih bangga bila Qaiser mengusap-usap pipi dia sambil berdesis. Dia jeling aku tajam.
            “Kan dah pesan, muka jangan main. Aset tahu tak? Aset.” Dia sauk kepala aku, lalu diselitkan kat celah ketiak dia. Aku cubit perut dia kuat-kuat. Rasakan.
            “Hailaaa.. Tu ajelah kerja kau orang berdua. Tak cukup ke kecil-kecil dulu main wrestling, ha? Tak reti akulah.” Sungut Ken. Tangan dia merampas DSLR dari tangan Aniq. Gambar hasil kerja Aniq diperhati satu-persatu dari LED kamera.
            “Mana kau tahu dia orang dulu main wrestling? Entah-entah duk sibuk main pondok-pondok. Kahwin-kahwin. Hahaha..” Aniq gelak besar-besar. 

            “Ha’ah, kan? Entah-entah dia orang dulu main kahwin-kahwin tak? Del, kau mesti jadi pengantin perempuan, kan? Alololo.. Cute sangat.” sambut Ken tak teragak-agak nak membahan aku.
            “Dia jadi pengantin perempuan? Jadi wali bolehlah kot.” Ejek Qaiser.
            “Cissss betullah kau orang ni. Ni yang malas nak lepak dengan kau orang ni. baik aku lepak dengan pakwe-pakwe aku, aman dunia.” Betullah, dari mula rapat dengan Ken dan Aniq, kerja dia orang ni memang nak membahan aku aje. Sama macam abang-abang aku kat rumah. Nasib baik Qaiser ni kira budiman sikit, macam adik aku Dazrin, kalau tak... Semak dunia aku. DSLR aku rampas dari tangan Ken pula. Tengok LCD kamera. Laaa.. semua pun gambar kandid. Si Aniq nilah. Penuh muka kita orang aje dalam ni.
            “Dura mana, weh?” tak tahu kali ke berapa dah, dari tadi tanya Qaiser tak jawab-jawab. Ikutkan kami berlima memang akan lepak bersama, ikutlah kalau ada kelapangan. Aku ni memang sentiasa lapang. Penganggur terhormat ni. Daulat besar. Hahaha.. Tapi Qaiser, Aniq, Ken dengan Dura dah ada kerjaya masing-masing lepas tamat degree.
            Qaiser dah pegang gelaran General Manager kat syarikat ayah dia. Syarikat hartanah dan kejuruteraan kat Ampang. Boleh tahanlah busynya bestie cum jiran aku tu. Asyiklah outstation tak sudah.
            Aniq pula, join venture dengan butik pengantin kakak saudara dia. Jadi photographer cum tukang setting pelamin. Tapi selalu juga hilang dari KL sebab selalu dia buat photoshoot kat luar.
            Ken pula menyibuk kan diri jadi tukang hantar mama dia kalau mama dia nak kena seminar mana-mana. Mama diakan penceramah bebas berpangkat Doktor falsafah. Macam papa dia. Cuma yang bezanya papa dia masih gigih nak mengajar anak-anak muda yang tengah buat Masters. Pensyarah tu.
            Sementara Dura pula, dengan Ijazah Pentadbiran dia tu, dia sekarang jadi Pengurus HR kat KWSP. Kerja yang sangat normal, tu pun Dura selalu melalak kat aku sebab asyik kena hantar kursus sana sini.

            Dan kalau nak tahu, Ken, Aniq dan Dura dah pun bertunang akhir tahun lepas. Mula-mula Dura dengan Hadi. Selang sebulan lepas tu Ken dengan Yaya. Sebulan kemudiannya Aniq menyusul dengan pasangan dia Alia. Best tak best? Tinggallah aku dengan Qaiser. Qaiser dengan tak ada teman wanita lagi, aku pula masih tak jumpa Mister Right yang aku idamkan. Tak apa, baru 25. Muda lagi.
            “Dura tak jadi join. Prepare nak pergi kursus kat Taiping esok. Dua ke tiga hari kot.” Malas aje Qaiser nak menjawab. Dia sibuk juga menjengah DSLR kat tangan aku. Duk belek muka aku dan Ken yang sah-sah tak ready nak bergambar. Nama pun kandid. Entah apa-apa muka aje. Tak photogenic langsung.
            “Eleh, entah-entah Hadi tak bagi dia lepak dengan kita.” Serkap Aniq. Kaki dia duk gigih menyepak batu-batu kecil atas tar. Sikit pun kami tak peduli dengan penunggu-penunggu yang melepak kat puncak Bukit Ampang ni. Buat hal masing-masing.
            “Macam tak biasa.” Aku sambut dengan nada jelek. Dah biasa sangat kalau Dura tak ada bila kami ajak melepak. Sejak-sejak dia bertunang, dah jarang dia ada dengan kami. Hadi tu memang skema betullah.
            “Kau orang nilah. Dah dia kata nak kursus esok, kursuslah tu. Tak payah nak fikir ekstrem sangat.” aku cebik bibir bila Qaiser, macam biasa sebelahkan Dura dengan Hadi. Huhh..
            “Hailaaa.. aku baru ingat nak announce satu benda. Dura pula tak ada. Cancellah.” Ken bersuara. Aku angkat kepala. Tengok Ken. Ken sengih sambil peluk tubuh.
            “Tak payah nak buat muka teruja nak korek rahsia kau tu, aku tetap akan cakap bila kita dah berkumpul berlima.” Tekan Ken. Aku buat muka. Mengada!! Aku belek lagi gambar kat DSLR dengan Qaiser sambil dengar Aniq dan Ken merapu, duk mengumpat Honda Civic kat seberang sana. Dia orang pula yang risau tengok kereta tu tergoyang-goyang.
            “Ala, orang kat dalam tu tengah dengar lagu sambil goyang Inullah tu.”      Ujar Aniq. Cehhh.. Tak payah nak berlagak innocent sangatlah Ken dan Aniq oooii.. Macam kau orang tak tahu apa dia orang buat kat dalam kereta tu. Dahlah tinted gelap, parking pula kat tempat gelap. Faham-faham sudah!!
            “Weh, apahal muka kau macam tapir nak beranak ni, Ken?” Qaiser dah tergelak besar sambil aju soalan. Ken laju menjengah. Lepas tu dia berdecit.
            Mongok kau Niq. Kau snap aku tengah kentut apasal?” Ken dah meluku kepala Aniq. Aku dengan Qaiser gelak lagi. Muka tengah kentut. Lahabau betul mangkuk ni. Ehh??
            “Woi, kau kentut kat sebelah aku? Mongok 12 kali!! Nah, ambil ni.” giliran aku pula meluku Ken. Baru aku perasan gambar Ken tu sebelahnya aku. Tengah berFB kat Mega sementara tunggu Qaiser tadi. Qaiser gelak besar, siap tekan-tekan perut.
            Sengal punya member. Ada ke dia kentutkan aku. Kena mandi bungalah aku nampaknya. Nak buang bala. Hahaha
            “Weh, Qai. Nak ke mana?” Ken tanya bila keadaan dah tenang semula. Cuma dengar bebelan tak puas hati Aniq saja lagi. Dia cakap DSLR dia pun kena mandi bunga. Takut suwey sebab snap gambar Ken kentut.
            Qaiser tak menjawab sebaliknya terus ke Neo. Buka bonet, bawa keluar gitar dia. Aktiviti wajib bila melepak kat sini. Mesti memekak. Qaiser memang tipikal lelaki terhangat sebab mampu mencairkan perempuan dengan mainan lagu unplugged dia. Suara walaupun tak sesedap Jason Mraz, tetap sedap didengar tau.
             “Weh aku dengar kau dah bercerai dengan Keyrol taukeh workshop tu? Apahal?” Bercerai? Apa punya ayatlah Aniq ni. Tak agak-agak. Bila entah abah goncang tangan Keyrol.
            “Aku ceraikan sekali dengan Ayad. Semak, sehhh. Aku nak rapat dengan Apai pun bising.” Aku tengok Aniq simpan DSLR dalam kereta dia.
            “Huh.. Tak pernah nak berubah. Peliklah. Kau kalau lelaki nak usya kau, bukan main garang lagi. Apahal? Kau malu, eh?” errk?? Haaa, ni yang aku malas kalau dah keluar soalan macam ni. Dah tahu lagi mahu tanya. Aku tak suka betul kalau orang nak tackle aku. Malu with capital of M tau tak?
            “Kalau dah tak jawab tu, faham-faham sendirilah.” Sambut Qaiser. Aku buat muka bila Aniq dan Ken gelakkan aku. Lantak kau oranglah.
            Aku tengok Qaiser duduk bertenggek kat divider besi, menghadap view of Kuala Lumpur diwaktu malam. Aku ambil tempat kat sebelah kanan Qaiser, Ken kat sebelah kiri Qaiser dan Aniq kat sebelah kanan aku.
            “Request.. Request..!!” ujar Ken. Nak lagu apa ya? Tak sempat fikir, Qaiser dah petik E not. Terus petik dan petik. Aku berpandangan dengan Aniq, jengah kat Ken kejap. Lagu apa ni? Qaiser senyum bila sedar kami tak dapat tangkap not-not yang dia petik tu. dia ulang lagi sekali siap humming lagu tu. Oohh..

“Trouble he will find you no matter where you go, oh oh
No matter if you're fast, no matter if you're slow, oh oh
The eye of the storm or the cry in the mourn, oh oh
You're fine for a while but you start to lose control”

            Tak sempat aku nak masuk, Ken dah lontar vocal dulu.  Ciss.. Qaiser tergelak perlahan sambil terus petik lagu Lenka, Trouble Is A Friends versi akustik.     

“He's there in the dark, he's there in my heart
He waits in the wings, he's gotta play a part
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!”

            Ouucchh!! Suara Qaiser, sungguh tak lena anak dara kalau dengar. Sangat romantik dan mendayu-dayu. Tambah dengan senyuman macho dia tu.

“Trouble is a friend but trouble is a foe, oh oh
And no matter what I feed him he always seems to grow, oh oh
He sees what I see and he knows what I know, oh oh
So don't forget as you ease on down the road”

            Aniq pula tunjuk bakat. Siap dengan gaya gedik yang sengaja diada-adakan. Dua-dua tangan kat bahu, mata keatas. Kami tergelak. Poyo habis. 

“He's there in the dark, he's there in my heart
He waits in the wings, he's gotta play a part
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh”

“So don't be alarmed if he takes you by the arm
I won't let him win, but I'm a sucker for his charm
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!”

            Serentak kami menyumbangkan lagu. Kesian Lenka. Harus menangis dengar akustik kita orang ni. Tutup periuk nasilah nampaknya.
            “Weh, bila nak masuk solo? Cepat-cepat!!” Ken sempat capai bahu aku, lalu ditolak kasar. Ciss...
            “Del.. Take it.” Ujar Qaiser. Okay.. Okay.. take a breath. Cehh.. budget tengah buat konsertlah konon.

“Oh how I hate the way he makes me feel
And how I try to make him leave, I try
Oh oh, I try!”
            Qaiser kenyit mata kat aku. Oucchhh!! What was that? No, not that kenyit-kenyitlah. But what was that feeling when he wink on me? Ohh.. I need an oxygen.  It almost killing me. Oh how I hate the way he makes me feel. Apasal macam terkena sangat-sangat dengan lirik tu, ek? Oohhh.. Del, stop right there. You’re thinking over your limit. Macam tak biasa kena kenyit dengan Qaiser.
“He's there in the dark, he's there in my heart
He waits in the wings, he's gotta play a part
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh”

“So don't be alarmed if he takes you by the arm
I won't let him win, but I'm a sucker for his charm
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!”

            Yesss... Trouble is a friends. Pergi mana pun, masalah tu memang takkan tak pernah ada. Masalah tu macam bayang-bayang kita. Ikut aje ke mana kita pergi. Fortunately if you know how to get through of it. Kalau orang macam aku ni, harus mati gantung diri. Mahu taknya, kerja cari masalah aje. Hahaha

1 comment:

Featured Post

Friendship Goals - Bab 5

Popular Post