Wednesday, February 27, 2013

Mr. Gardenia (p-6)


“MAMA, papa dah sampai..!!” laung Syazlan ketika menyambut kami dimuka pintu. Dia seperti biasa, nampak kacak dan tampan walaupun hanya berseluar Bermuda dan tee biasa. Rambutnya walaupun nampak serabai tanpa disikat dan sedikit basah, tetap nampak cool.
            “Malam papa sampai? Dari Melaka pukul berapa?” soal Syazlan ketika mempelawa kami masuk.
            “Gerak pukul 5 tadi.” Nyata apa yang dikatakan pakcik Akram bukan kenyataan. Kami bergerak dari Melaka tadi seawal pagi lagi tetapi sampai saja Kuala Lumpur, pakcik Akram terus ke mahkamah Syariah untuk menguruskan penceraian kami seperti yang telah pakcik Akram janjikan semalam.
Aku mengikut langkah pakcik Akram masuk ke dalam rumah agam mereka setelah dipelawa. Meski langkah yang aku atur terang-terangan nampak was-was dan teragak-agak, tetapi aku gagahkan juga hinggalah aku mengambil tempat duduk disebuah sofa lembut berwarna hijau lumut. Aku tersenyum sedikit kalut bila berpandangan dengan pakcik Akram dan Syazlan yang berkongsi sofa berangkai tiga dihadapanku.
             “Mana Raff dengan Maya?” soal pakcik Akram.
            Syazlan herot bibir, jungkit bahu. “Entahlah pa. Ada ke tak ada, sama aje. But kalau tak silap, Raff on call tonight. Entah, malas nak ambil tau.” Nampak benar mereka adik-beradik tidak rapat seperti keluarga lain.
            “Isya?” meski aku tertanya-tanya siapa gerangan empunya nama yang disebut pakcik Akram itu, tapi tak pula aku sibuk-sibuk hendak bertanya.
            “Biasa, study...” Syazlan menoleh kearah tangga. “Isya!! Sini, papa panggil.”
            Tak lama menanti, aku terdengar bunyi tapak kaki menuruni anak tangga. Rasanya bukan seorang dua. Apatah lagi telinga aku dapat menangkap bunyi perbualan dari arah yang sama.
            “Tak ada masalah, pergi kerja lagi baik dari hadap muka budak kampung tu.” rasanya itu suara Raff, anak lelaki kedua pakcik Akram yang ketara sungguh sifat angkuhnya. Harap aje muka kacak dengan mata kuyu tu, tapi perangai tak seiring dengan wajah. Sombong.
            Beberapa ketika, kelihatan beberapa orang turun dari tangga yang terakhir. Ada auntie Su, Raff, Maya dan seorang lagi gadis yang mungkin seusia dengan aku. Mungkin inilah dia Isya. Auntie Su dan gadis berkaca mata dan berambut panjang berikat satu itu menuju kearah kami. Sementara Maya dan Raff terus menghala langkah kaki ke muka pintu. Melihatkan penampilan mereka, aku tahu pasti saja mereka nak keluar. Nampak benar kedatangan aku tak dialu-alukan.
            Tak mahu perasaan hiba menggigit tangkai hati, aku menarik nafas dalam-dalam. Cuba menerima keadaan dimana aku hanyalah gadis kampung kotor yang datang menumpang dicelah-celah keluarga mereka.
            Aku menyalami tangan auntie Su, juga perempuan seusiaku itu. Manis senyumannya. Lain benar dengan perangai Maya yang nampak keterlaluan sikapnya, sama seperti abangnya Raff.
            “Isya..” perkenal dia. Aku angguk dengan senyuman kecil. Tak mungkin pula aku hendak meraung merintih tiba-tiba.
            “Nak pergi mana tu, Raff? Maya? Papa baru sampai ni kan.” kedengaran tegas nada suara pakcik Akram. Raff dan Maya berhenti seketika dimuka pintu dengan muka tak bersalah mereka.
            “Raff nak pergi kerja.” Raff jawab soalan pakcik Akram, tapi mata tajam merenung aku. Sungguh menakutkan.
            “Maya nak keluarlah pa, nak ke mana lagi? Why? Sejak bila Maya tak boleh keluar ni? Takkan sejak papa dapat bini baru kot.” Maya menjawab. Aku menunduk, telan dalam diam walaupun pahit. Aku tak mahu meremukkan hati sendiri melihat cara penerimaan mereka terhadapku.
             “Lambat lagikan masuk kerja, duduk dulu. Maya, please. No night life tonight. Come.” Arah papa, walaupun lembut tapi kedengaran tegas. Raff dan Maya menurut, walhal aku tengok kepala Maya macam nak keluar api. Bengang.
            “Keluar.. keluar.. Keluar.. Entah apa yang dicari kat luar malam-malam agaknya. Hormatlah sikit papa ni, mangai betul.” Bebel Syazlan, bengang.
            Dalam pada membentak dan merungut, mengutuk dan menghina aku, mereka terpaksa juga mengambil tempat diantara kami. Sofa berangkai dua yang aku duduki sudah lama dipenuhi oleh Isya. Sementara auntie Su duduk disebelah pakcik Akram. Maya dan Raff pula berkongsi sofa berangkai satu. Jika penghuni yang lain melemparkan senyuman seakan mengalu-alukan kedatangan aku, lain pula Maya dan Raff. Hanya renungan tajam yang diberikan.
            Aku mengalih pandangan pada pakcik Akram bila dia berdeham, meraih perhatian. Ketika itulah mata aku terpandang Syazlan yang turut memandang kearahku. Dia tersenyum, senyumannya membuatkan aku terasa bagaikan dia begitu memberi perhatian kepadaku. Senyumannya manis, nampak begitu ikhlas.
            “Mai, inilah keluarga papa.” aku kalih perhatian pada pakcik Akram. Dia sudah mengarahkan aku supaya memanggilnya papa, sama seperti anak-anaknya yang lain. Kalau terus dengan panggilan pakcik, rasanya pasti ahli keluarga ini hairan kenapa seorang isteri memanggil suaminya pakcik.
            Suami? Sekadar mengaburi pandangan orang sahaja, hakikatnya aku bukan lagi isteri pakcik Akram. Kes penceraian kami sudah pun difailkan. Mujur papa ada kenalan yang boleh membantu mempercepatkan proses penceraian kami dengan mudah. Mungkin dalam masa seminggu lagi aku bakal menyandang gelaran Miss J. Janda.
            “Mai mesti dah kenalkan dengan mereka, tapi tak apa. Papa kenalkan lagi.  Ini auntie Su, Suraya. Ini pulak Khairul Syazlan, panggil Syaz, anak sulung papa. Itu anak kedua papa.. Raff,  Muhamad Raffael Akma. That one Nur Maryana.. Maya, anak ketiga papa. And the last one, Isya.. Nur Arisya Akma. Dia tak ikut kami balik kampung kelmarin.” Aku menghadiahkan senyuman manis tanda perkenalan pada mereka.
            “Guys, this is Nur Maisarah Alisa. She is.. hmm.. my wife. And she will stay with us, here starting from now. So, papa harap kamu semua boleh terima Mai and treat her like your own family. Papa tak nak dengar ada yang sindir-menyindir ke apa, gaduh pun papa tak nak dengar. Especially you two Raff, Maya. Behave.” Tajam pandangan mata pakcik Akram pada anaknya yang dua itu.
Mungkin pakcik Akram sendiri nampak yang mereka tak mampu menerima aku dalam keluarga ini. atau mungkin pakcik Akram sendiri sedia maklum dua beradik itu nakal dari yang lain. Lain, lain dari Syazlan dan Isya yang jelas nampak tatatertibnya.
“Why Raff and me? Macamlah kami ni jahat sangat.” Sela Maya dengan nada angkuhnya. Seperti biasa, matanya tak lepas dari jelingan tajam padaku. Aku telan dalam diam. Sabarlah Mai, kau tak kan lama disini. Lepas kau bina hidup kau, lepas jumpa siapa orang yang rogol kau, kau pasti akan cari hidup kau sendiri. Tak kan selamanya kau menumpang di sini.
Auntie Su meramas jemari pakcik Akram, atau mungkin aku patut menggelarnya papa mulai saat ini. Ya, auntie Su meramas lembut jemari papa.
“Sebab papa tahu you all tu macam mana perangainya. Okay, lusa after semua benda settle, papa akan daftar Mai kat kolej Maya dengan Isya. So, be nice with her. Copy that? Maya? Isya?” pasti papa seorang yang tegas. Setiap kata-katanya meski dibantah oleh yang lain, tapi semua bantahan ditepis dengan nada yang cukup tegas. Papa bukan jenis yang garang, hanya tegas dengan pendiriannya. Maklum saja, papakan peguam.
“Isya no problem papa.” sambut Isya perlahan, nampak bersahaja. Sekali pandang, gaya Isya sebiji macam Syazlan. Nampak mendengar kata, tambah pula dengan wajah tenang mereka tu. Kadang-kadang nampak selamba. Tak macam Raff dan Maya, sentiasa beriak kurang senang. Sombong.
Lain pula reaksi Maya, matanya terjegil, terkejut dan pastinya tidak dapat menerima keputusan papa. “No way.. budak kampung ni nak masuk kolej Maya? Pa, are you crazy? Kalau kawan-kawan Maya tahu dia ni mama tiri Maya, mana nak letak muka? No.. just put her at other place. Banyak lagi U and kolej kat dalam Malaysia ni. Oohh my God..” dia merungut.
“Betul tu papa. Papa ni agak-agaklah kalau sayang bini pun. Tak kan sampai further study pun kena anak-anak tiri yang guard?” Raff mencelah dengan nada yang sama seperti Maya.
Syazlan berdeham sedikit, satu jelingan tajam diberikan pada Maya dan Raff. Isya disebelah berdecit, pasti meluat dengan Maya dan Raff.
“What’s the problem here Maya? Kau amik course MESCOM kan, and I believe Mai won’t take that course too, kan Mai?” aku mengangguk kecil bila Isya mengaju soalan itu padaku, cuak juga. “See? Kalau kau takut malu, now you can throw that feeling away okay? Fakulti kau tak kan sama dengan dengan fakulti dia. Kau pun tak kan jumpa dia unless kalau kau yang menggedik nak ke fakulti Mai.” selamba Isya menempelak Maya. Aku tak pasti antara Isya dan Maya, siapa lebih tua. Nampak seakan sama sahaja dengan usia aku. Tapi rasanya macam Maya lebih tua dari kami.
“Eh, you diamlah Isya. You tahu apa? You tu lainlah, terperap dalam library, tak ada dunia luar, mana nak ambil kisah. Everything is ‘no problem’ for you. You tu tak seglamor Maya okay, you tak ada reputasi yang nak dijaga. Huh..” naik satu level suara Maya, jarinya menuding-nuding kearah Isya. Isya masih kekal dengan posisinya. Tenang dan bersahaja. Seakan sedikit pun tak terasa dengan kata-kata tajam Maya.
“At least Isya stay dalam Dean List every sem, tu pun dah buat dia glamor. You aje yang tak tahu Maya. Glamor pada you just untuk mereka yang hot, yang bawak kereta besar, yang pakai baju branded. Glamor pada Isya lebih pada fungsi otak dan akal. And yang paling penting, kebijaksanaan.” Isya mengangkat kening dengan senyuman pada Syazlan yang membantu mengenakan Maya.
Maya merengek pada Raff, pastilah minta dibela. “So, kalau dah macam tu, kalau dah dua-dua ada reputasi nak dijaga, nama nak dijaga, why not kita hantar Mai ni kat kolej lain aje papa? Tak pun biar dia duduk rumah, teman mama.” Raff mengambil langkah selamat dengan tidak mahu menyebelahi sesiapa. Payahnya keluarga ni, nampak benar ketidakserasian mereka. Macam ada dua geng pulak.
Semua mata menghala pada papa, menanti kata putus dari hakim. “Keputusan papa, Mai akan masuk Great Asian College. Kalau ada yang tak suka, terpulang.” Putus papa, tetap dengan pendiriannya. Kalau ikutkan, aku pun tak mahu sekolej dengan Maya, dengan Isya okay saja. Tapi dah papa yang tetapkan di mana tempat aku belajar, hendak aku apakan lagi.
“Dah.. dah.. Apa gaduh-gaduh  ni? Maya.. Raff.. papa dah decided macam tu kan? Plus, papa know the best thing for her.” Gesa auntie Su meleraikan ketegangan. Aku perasan renungan tajam auntie Su pada Raff dan Maya.
Maya mencebir bibir dan berpeluk tubuh. Tanda sebal yang amat. Aku kalih pada Isya, dia tersenyum puas dapat mengenakan Maya dan Raff. Kemudian matanya jatuh pada  Syazlan. Syazlan mengangkat ibu jari pada Isya, Isya kenyit mata. Nampaknya, memang betullah ada dua puak dalam rumah ni.


Hi, Mr.Gardenia (p-5)



WALAUPUN tak mahu, tetapi inilah kewajipan aku. Meski beribu kali aku cuba menidakkan kehadirannya, namun kebenaran yang satu itu membuatkan aku pasrah. Dia suami aku.
            Aku menghulurkan secawan kopi pada pakcik Akram. Pakcik.. terlalu payah hendak aku ubah panggilan itu menjadi abang. Berkali-kali aku tersasul memanggilnya.
            “Mai, sini.. duduk dengan pakcik.” Dia sendiri menggelar dirinya pakcik.
Aku menuruti arahannya, mengambil tempat disisi pakcik Akram yang sedang duduk dimuka pintu rumah. Aku toleh sekilas pada pakcik Akram. Biarpun sudah berusia, tetapi masih nampak tegap dan tampan. Apa yang aku tahu, pakcik Akram juga seorang peguam, sama seperti abang Syazlan. Dia mempunyai firmanya sendiri.
“Mai, tahu tak. Dulu pakcik dengan abah Mai baik sangat. Kami kawan dari kacil lagi. sampailah pakcik sambung belajar, pakcik mula renggang dengan dia. tahu-tahu dia dah kahwin dah. Masa abah Mai kahwin, pakcik tak dapat datang sebab masa tu pakcik tengah exam. Setahun lepas tu, pakcik balik sini, nak jumpa dia. Tapi atok Mai cakap abah Mai dah meninggal sebab accident.” Pakcik Akram menarik nafas dalam-dalam.
“Pakcik sedih sangat masa tu. tak sempat pakcik nak cerita kat dia yang pakcik dah jadi peguam. Sebab dulu dia yang bagi semangat kat pakcik supaya capai cita-cita pakcik tu. walau apa pun halangannya, dia nak pakcik jadi peguam. Kerana kata-kata tulah pakcik berjaya Mai sekarang ni.” Pakcik Akram toleh kiri, mencari anak mataku. Aku diam, tak berkutik.
“Apa cita-cita Mai?” soal pakcik Akram, lembut.
Serta-merta aku menunduk. Cita-cita. Ada lagi ke cita-cita dalam diri aku sedangkan aku rasa hidup aku sudah punah semuanya lepas kejadian malam aku dirogol itu.
“Mai tak tahu.” Aku geleng lemah.
“Mai, tengok sini.” Pakcik Akram mengangkat dagu aku, mengarahkan aku melihatnya. Dia mempamerkan senyumannya.
“Setiap orang ada cita-cita Mai, tak mungkin Mai yang dapat straight A’s SPM tak ada cita-cita.” Aku beliak biji mata, dari mana pakcik Akram tahu?
“Arwah tok Mai yang cerita. Dengar Mai dapat banyak tawaran tapi atok tak bagi Mai sambung belajar ya?”
Aku angguk perlahan. Tapi semua tu tak penting. Apa yang aku mahu dulu hanyalah duduk disamping atok. Menjaga keperluan atok. Tapi.. aku tarik nafas dalam, cuba menenangkan diri.
“Ceritalah kat pakcik, apa cita-cita Mai.” pujuk pakcik Akram. Aku menala pandangan keluar pintu. Suasana malam gelap seperti biasa.
“Kalau dulu Mai cuma nak bahagiakan atok aje, tapi sekarang Mai dah ada cita-cita lain. Satu, Mai nak jadi pereka fesyen. Dua, Mai nak cipta nama sendiri dalam dunia fesyen. Tiga, Mai nak cari siapa yang rogol Mai.” dalam tak sedar, aku menyuarakan keinginan aku dengan nada yang berkobar-kobar.
Pakcik Akram tepuk perlahan bahu aku. Aku kalih mata pada dia. Dia senyum, nampak bangga dengan apa yang aku katakan tadi.
“Pakcik akan bantu Mai realisasikan impian tu. Apa pun halangannya, pakcik nak Mai capai cita-cita tu. Ingat, pakcik dulu pun mula tanpa apa-apa. Apa yang pakcik ada, hanya semangat yang arwah abah Mai bagi. Itu yang pakcik pegang hingga sekarang.” Ujarnya, sekaligus memberikan aku semangat untuk bangkit meneruskan hidup. Pasti dia nampak aku hilang arah tuju setelah kehilangan maruah diri dan atok yang membela aku sejak kecil.
Aku senyum. Pakcik Akram menggosok kepalaku. “Mai, demi Allah pakcik tak boleh terima Mai jadi isteri pakcik. Pakcik anggap Mai macam anak pakcik sendiri Mai. Ya Allah..” keluhnya berat.
Dia bersandar tapi matanya masih melekat kat muka aku. “Terus terang aje Mai, apa yang Mai rasa sekarang?” jelas pakcik Akram mahu mendengar rasa hati aku ketika ini.
“Pakcik, Mai.. Mai.. Mai minta maaf. Sebab Mai pakcik dapat susah. Mai dah buat keluarga pakcik kelam-kabut. Mai tak tahu pakcik.. Mai tak tahu nak buat apa.” tiba-tiba tangisan hiba aku berlagu. Sejak pelbagai perkara menimpa, inilah pertama kali aku ditanya tentang isi hati aku. Perasaan aku.
Pakcik Akram menarik aku dalam pelukannya. Pelukan seorang bapa yang aku rindukan selama ini. bahu aku diusapnya.memujuk aku dalam diam.
            “Pakcik faham Mai, Mai buntu. Mai keliru. Semuanya berlaku dalam masa yang sama. Tentu Mai terkejut. Pakcik faham kenapa arwah atok Mai nak Mai kahwin, dia nak ada orang yang jaga Mai. Tapi sayangnya, Raff dengan Syaz langsung tak nak volunteer. Pakcik jadi buntu. Jodoh kamu bukan dengan orang tua macam pakcik ni Mai. Auntie kamu pun senang-senang aje terima kamu jadi madu dia. Entahlah Mai..”
            Kalau pakcik sendiri tak mampu menerima aku sebagai isterinya, aku apatah lagi. sedikit pun aku tak terasa hendak mengaku pakcik adalah suami aku.
            “Macam nilah Mai, kalau Mai setuju, kita balik KL ni kita uruskan penceraian. Pakcik betul-betul minta maaf sebab pakcik memang tak boleh terima Mai. Pakcik taknak rosakkan masa depan kau nak.”
            Aku duduk menegak. Nyata apa yang dikatakan oleh pakcik Akram tadi membuatkan aku terkejut. Meski hati terasa senang, tapi terbit juga rasa gusar sekiranya orang kampung dapat tahu. Pasti berbagai kata hinaan dan fitnah ditabur.
“Mai jangan risau. Lepas kita cerai, Mai duduk dengan keluarga pakcik. Cumanya, pakcik nak kita rahsiakan hal ni dari sesiapa pun termasuk keluarga pakcik. Kita buat macam biasa aje. Esok atau lusa pakcik daftarkan Mai dekat kolej, Mai amiklah course yang Mai nak. Setuju?”
Aku tersenyum mendengar rancangan pakcik Akram untuk masa depanku.

BEBERAPA helai pakaian aku masukkan dalam beg. Cukuplah bawa apa yang perlu. Barang aku pun bukanlah banyak mana. Hanya beberapa helai baju kurung dan keperluan lain sahaja.
            Aku menjengah bawah almari solek bila terasa ada sesuatu yang menyilau pandangan. Benda apa pulak yang terperosok bawah tu? plastik gula-gula agaknya. Aku panjangkan tangan, menggapai barang halus yang mengeluarkan cahaya putih.
            Aku mengangkat tangan, menayang benda tu depan mata. Rantai? Tengok dari warna rantai tu, macam emas putih. Seingat aku, aku tak pernah lagi mempunyai rantai semahal ini. Aku memerah ingatan bersama mata masih terpaku pada rantai tersebut. Loket yang digunakan berbentuk ukiran huruf. Hanya ada dua huruf iaitu KA. KA? Tak pasti apa maksudnya tapi yang penting bukan milik aku.
            Kejap.. kejap.. macam pernah nampak huruf ni. Kat mana ya? Mai, fikir Mai. Fikir.. Dan ingatan aku terseret pada kejadian hitam kelmarin. Dada aku berdebar hebat. Inilah rantai yang perogol tu pakai. Ya, aku pasti sangat sebab aku memang nampak dengan jelas loket ni sebelum aku pengsan.
            Tapi masalahnya, siapa dalam kampung ni yang pakai rantai emas putih yang dah tentu beribu harganya? Aku pejam mata rapat-rapat. Cuba memaksa diri mencari klu. Tapi sumpah tak nampak apa.
            Nanti.. aku pernah nampak huruf ni kat tempat lain. Kejap, kat mana ya? Aku bangkit dari duduk. Berjalan ke tepi tingkap yang terbuka sedikit. Aku berdiri disitu bersama rantai ditangan. Entah bagaimana, aku terpandang celahan tingkap yang terkuak. Dalam samar-samar cahaya, aku ternampak kereta pakcik Akram yang terparking ditepi rumah arwah atok ni.
            Sesaat kemudian, aku kembali menjatuhkan pandangan pada loket kat rantai tu. Eh..!! aku tersentak. Aku angkat mata semula, menala pandangan pada kereta CRV hitam milik pakcik Akram tu. Aku picingkan mata, cuba memastikan huruf pada nombor plat kereta tu. KA 555. KA?
            Aku angkat rantai tadi, loketnya aku pandang silih ganti dengan plat kereta tu. Kebetulan ke? Tak mungkin. Pakcik orang KL, tak kan tanpa ada sebab dia beli nombor plat huruf K. Kan plat KL huruf W.
            Aku cuba mengaitkan rantai ni dengan plat kereta tu. Tapi tak jumpa dimana kesinambungannya. Apa yang pasti, lelaki yang merogol aku bukan orang kampung ni. Ya, aku pasti tentang tu. Aku genggam rantai tu sekuat hati dengan rasa dendam yang mendalam. Apa pun yang berlaku, rantai ni akan membawa aku bertemu dengan lelaki yang telah menghancurkan hidup aku.

Hi, Mr.Gaedenia (p-4)



“PA, Syaz bukan tak nak. Tapi papa kenalah faham, Syaz ada Gina. Papa tak takut malu ke kalau masuk paper Syaz tinggalkan Gina?” aku melekapkan telinga pada pintu bilik. Aku tahu mereka anak-beranak masih belum pulang sejak kenduri tahlil atok selesai sebentar tadi. Pastilah hendak membincangkan tentang amanat yang atok tinggalkan sebelum meninggal.
“Sekarang kita ketepikan hal Gina tu, fikir pasal mama pulak. Tak kan Syaz nak papa kahwin dengan Mai, habis tu mama macam mana?” terdengar suara pakcik Akram pula.
“Maaf pa, Syaz sayangkan Gina.” Itu sahaja jawapan Syazlan.
“Pa, mama tak kisah. Mama izinkan papa kahwin dengan Mai. Mama ikhlas.” Aku terkedu mendengar suara auntie Su. Mulianya hati seorang isteri hingga sanggup membenarkan suaminya menikah lain.
“Su, awak tak faham. Mai tu saya dah anggap macam anak saya sendiri. Saya pun dah lima puluh empat Su, tak layak jadi suami dia. Saya tak nak rosakkan masa depan dia.” aku lepaskan nafas berat. Kerana aku, mereka berbalah. Kerana aku mereka runsing.
“Kalau macam tu, suruh aje Raff yang kahwin dengan perempuan tu. Alang-alang masa depan budak tu dah rosak, biar rosak terus.” Suara nyaring itu pastilah milik anak gadis pakcik Akram. Kalau tak silap aku, aku dengar pakcik Akram panggil gadis tu Maya. Dan Raff pula anak kedua pakcik Akram, lelaki yang nampak sombong itu.
“Elok bahasa. Teruk-teruk I ni tak adalah sampai nak simpan perempuan dah rosak tu.” melengking suara Raff. Aku tahan airmata yang mengalir. Sejak kelmarin, Maya dan Raff tak pernah cuba menjaga air muka aku. Asal ada peluang, pasti aku dihina. Kenapa mereka tak seperti Syazlan, pakcik Akram atau mungkin auntie Su.
“Memanglah, dah kerja kau rosakkan perempuan.” Sambut Syazlan. Pantas sahaja aku dapat mentafsir ayat itu. Pastilah Raff terdiri dari golongan buaya darat yang hanya tahu membaham mangsa. Tengok gaya pun aku boleh agak. Tidak seperti Syazlan, peguam muda itu nampak lebih matang dan pendiam.
“Languange Syaz.” Sampuk pakcik Akram. Kemudian suasana senyap.
 “Sudahlah tu pa, ikut aje amanat arwah tu. Kesian arwah tak tenang kat sana.” Pujuk auntie Su.
“Su, cubalah faham. Saya tak sanggup nak duakan Su. Kita pun baru aje nikah tahun lepas, takkan saya nak bagi awak madu pulak.”
“Mama ni kenapa baik sangat? Siap nak bagi suami sendiri kat perempuan kampung tu. Tolonglah ma, be realistic okay.” Celah Maya. Antara mereka, Maya yang terang-terangan menunjukkan rasa tidak senangnya menerima kehadiran aku. Maklumlah, aku hanya anak kampung, tak punya harga diri pula. Allah..
“Maya, jangan nak menyibuk boleh tak? Ni hal mama dengan papa.” marah auntie Su dengan nada yang sudah naik satu level. Aku terdengar Maya merengus, pasti bengang diherdik mamanya.
“Syaz, Raff.. you all betul tak nak kahwin dengan Mai?” soal auntie Su.
“Tunggu Raff gila baru Raff terima.”
“Syaz sayangkan Gina.”
“Baik, kalau macam tu esok sebelum kita balik KL papa akan kahwin dengan Mai. Jangan sesiapa pun pertikaikan, sebab kamu yang tak nak tolong papa kamu. Pa, maafkan mama.”
“Saya yang patut minta maaf kat awak Su sebab bagi masalah pada awak.”
Aku tahan sebak yang mendatang. Kerana aku, keluarga mereka kucar-kacir. Mai, hidup kau hanya menyusahkan orang aje. Ya Allah, jodoh aku dengan lelaki yang sama usia dengan arwah abah aku? Ya Allah, tabahkanlah hati aku.

MENDENGAR pakcik Akram melafazkan akad nikah dan disahkan oleh para saksi, aku kaku. Hilang semangat untuk meneruskan hidup. Begini ke takdir aku sebenarnya? Menjadi isteri kedua kepada seorang lelaki yang aku anggap seperti ayah sendiri? Ya Allah, ikhlaskan aku menerima lelaki itu sebagai suamiku.
Auntie Su menarik aku dalam pelukannya. Tetamu yang hadir disurau tatkala itu hanyalah beberapa orang sahaja. Semuanya orang yang terdekat dengan aku dan arwah atok. “Sabarlah Mai.” ucap auntie Su memberikan semangat yang semakin menghilang.
Dalam tangisku, aku terpandang Syazlan yang ketika itu sedang memandang aku. Wajahnya nampak muram dan sayu. Mungkin sedih melihat nasib aku yang ibarat sudah jatuh dihempap tangga pula. Mata aku kalih pada Raff pula, dia menghantar satu jelingan tajam padaku. Seakan memberi amaran dalam diam. Nampak benar dia tak menyukai kehadiran aku.
Dalam usia lapan belas tahun, aku telah dinodai oleh orang yang aku tak tahu siapa hingga sekarang. Dalam usia ini juga, aku kehilangan atok yang begitu menyayangi aku. Dan dalam usia ini juga, aku menjadi isteri kepada seorang lelaki yang sudah hampir berusia. Semuanya berubah dalam sekelip mata saja. Dan semuanya menguji ketabahan dan iman aku sebagai hamba Allah yang sering diduga.

“SO, WHAT should I call her papa?” soal Maya sinis. Ketika itu kami sudah berkumpul diluar surau. Tetamu sudah pun pulang. Aku yang berdiri disisi pakcik Akram hanya mampu menunduk.
            Pakcik Akram berdehem sedikit. “Mai nak mereka panggil Mai apa?”  soal pakcik Akram pada aku. aku angkat kepala, dalam keterpaksaan aku senyum meski tahu senyuman aku tak berbalas. Aku kalih pada auntie Su di sebelah kanan pakcik Akram. Dia mengangguk, memberi aku isyarat untuk berkata.
            “Mai tak tahu, pakcik.” Semua itu tiada dalam kepala aku ketika ini. lantaklah apa pun yang mereka mahu gelar, aku terima sahaja.
            “Pakcik? Mai, janganlah panggil suami Mai pakcik. Panggil abang ke papa ke.” Sela auntie Su pula. Aku senyum, pahit. Bagaimana seorang lelaki yang aku anggap seperti ayah sendiri hendak aku panggil abang? Sungguh, aku tak rela.
            “Dahlah tu, jom kemas barang. Kita balik KL terus.” Pakcik Akram memberi arahannya. Namun auntie Su menegah.
            “Biar kami berempat balik KL dulu. Papa rehatlah dulu kat sini dengan Mai. Mai pun mesti tak habis kemas barang lagi kan?” cadang auntie Su, cuba memberi peluang aku berdua-duaan dengan suamiku. Suami? Ya Allah.
            Pakcik Akram pandang auntie Su dengan wajah terkejutnya. Malah anak-anak mereka turut pamer muka yang sama. Bagaimana seorang isteri dengan senang hati memberikan peluang kepada suaminya menghabiskan masa dengan isteri mudanya.
            “Baiknya dapat madu macam mama ni.” Puji Raff, tetapi pujiannya lebih kepada perlian.
            “Mai isteri papa Raff, memang patut papa habiskan masa dengan Mai kan?” sambut auntie Su, menegakkan kebenarannya.

Featured Post

Friendship Goals - Bab 5

Popular Post