Tuesday, September 24, 2019

#RoadToHatiAwak - Bab 3




Bab 3

NASIB jugalah hari ni hari Khamis. Kalau hujung minggu? Merana juga Danish nak mencari kotak parkir. Siap parkir, dia tak terus keluar dari kereta. iPhone dicapai dulu. Berderet mesej masuk, jangan kata reply, baca pun dia tak sempat. Skrol whatsapp, kebanyakkannya mesej dari teman-teman wanitanya.

            Haip, bukan teman wanita yang bermaksud kekasih, ya. Memang dari zaman belajar, dia tak pernah declare dengan mana-mana perempuan untuk dijadikan kekasih. Kebanyakkan mereka yang dia kenal dan dekati, sekadar untuk dijadikan kawan, dan mereka tahu tentang itu. Setakat ni, dia belum pernah ada rekod rosakkan anak dara orang apatah lagi mainkan perasaan mereka.

            Dah tu, ayat-ayat manis tu semua?

Well, pada dia itu adalah kelebihan lelaki bernama Ahmad Danish Arman. Manis senyumannya, manis lagi tutur bicaranya. Jadi, kalau ada yang terjatuh cinta dengan sweet talk dia tu, bukan salah dia, kan.

            Danish melangkah keluar dari kereta. Berdiri di tepi BMW CX hitam, sempat dipandang penampilannya dari pantulan cermin tingkap kereta. Dirasakan dirinya sangat kemas dengan gaya rambut pompadour, kulit pada wajah pun bersih dari segala jenis jerawat, jeragat, misai mahupun kumis. Tee polo berkolar hijau serta jeans hitam panjang menambahkanlah lagi keyakinan pada penampilannya.



Tak, sebenarnya pakailah apa pun, apa yang buat kita rasa kacak atau tak adalah keyakinan diri kita. Kalau kau yakin kau kacak, maka kacaklah. Macam aku. Hehehe.. Danish tersengih sendiri mendengar bicara hatinya.


SEJUJURNYA, dia tak pernah masuk ke dalam D’s Lay Park di negeri lain selain yang terdapat di Alamjaya Mall, di Bangi. Yalah, dah itu aje yang paling dekat dengan rumah. Tapi tak pula selalu dia ke sana. Yang rajin melepak di situ Dazrin sajalah. Nama pun budak skema, gigil lutut kalau tak dapat lepak library dalam sehari.

            Apa yang buat D’s Lay Park di sini nampak lebih menarik adalah pekerjanya. Serius, cantik-cantik belaka pekerja kat sini. Yang jaga pintu masuk pun cantik, yang jadi pelayan dalam D’s Café pun cantik. Alalala.. Mana satu jodoh dia ni?


            Tapi yang ni Danish serius. Jejak masuk D’s Café aje, dia dah rasa aura menenangkan dengan muzik berentak slow dan aroma makanan yang menyelerakan. Dinding sepenuhnya kaca bertinted sekaligus membolehkan pelanggan di situ memerhatikan gelagat kanak-kanak yang sedang bermain di D’s Amusement di sebelah sana. Bahagian D’s Book dapat dilihat dari dinding sebelah kiri. Sementara D’s Library pula agak tersorok memandangkan ruang tersebut memerlukan lebih privasi.

            Inilah impian abah. Nak wujudkan sebuah tempat yang sesuai untuk semua golongan. Bayangkan ada satu keluarga datang ke mall ni. Si ibu nak shopping, ayah pula nak mengopi aje, anak yang agak dewasa lebih suka berinternet sementara anak yang kecil perlukan taman permainan. Jadi, di sinilah tempatnya. Ibu pergi shopping, ayah duduk minum di D’s Café, anak yang dewasa berinternet di D’s Library dan anak yang kecil boleh bermain di D’s Amusement. Pada yang nak beli peralatan sekolah atau buku-buku, boleh masuk D’s Book. Haa, nampak tak strategi abah tu.

            “Selamat datang, encik.” Tegur salah seorang staf perempuan dengan rambut perm dan agak blonde. Kan Danish dah cakap  tadi, staf di situ semua cantik-cantik. Hot-hot.

            “Boleh saya carikan tempat duduk untuk, encik?” Senyum pun, manis bukan main. Bagus. Bagus. Macam inilah cara serve customer. Walaupun dia tak berapa tahu sangat selok-belok perniagaan abah itu, tapi apa yang dia tahu, abah sanagt mementingkan layanan pada pelanggan.

            “You duduk mana?” soal Danish bersahaja. Kedua belah tangan santai menyeluk saku jeans.

            “Err?” Pelayan tu terbata-bata sendiri.

            “I tanya you duduk mana? Kalau tempat tu tak selesa, I nak ofer you duduk kat hati I.” Wink. Dan pelayan tu tercenung dengan pipi memerah.

            Terus Danish mengatur langkah ke arah pintu kecil yang bertanda ‘STAFF ONLY’. Dengan muka tak bersalah, dia terjah masuk. Si blonde tadi pula mengejar sambil memanggilnya. Masuk saja, ia bertembung dengan dua orang pekerja lelaki yang sedang menyiapkan bahan-bahan untuk memasak. Dua krew dapur tu tercengang-cengang.

            “Encik, encik tak boleh masuk sini.” beritahu si blonde. Danish buat tak dengar.

            “Sorry, sir. Sini bahagian kitchen, orang luar tak dibenarkan masuk kecuali staff.” Tegahan dari salah seorang krew, pun Danish buat tak endah. Walkie talkie kedengaran riuh, masing-masing menyeru nama Is bersama aduan tentang pencerobohannya.

            “Mana Is? Aku tak tahu nak buat apa dah ni.” Si blonde nampak nampak cemas sambil walkie talkie tak lepas dari tangan. Dua krew lelaki tu tayang muka bengang.

            “Fiq, Is mana?” soal satu suara lain pula dari walkie talkie. Tak cukup dengan abahnya, staf di situ pun sama. Asyik Is, Is. Apa, hebat sangat agaknya lelaki bernama Is tu? Kalau hebat, cubalah halau Danish keluar dari dapur tu.

            “Aku tak tahu. Ira, cuba kau tanya. Dia pegawai kesihatan ke apa?” Ooh, si blonde tu namanya Ira.

            “Kejap.” Ira mendapatkan Danish yang sedang sibuk berpusar-pusar dalam kitchen. Bersih, betul-betul terjaga kebersihannya.

            “Encik ni..”

            “Tak, I bukan pegawai kesihatan. KPDNKK pun bukan. Majlis perbandaraan jauh sekali. I saja je nak tengok dapur ni sebelum order apa-apa. Tak boleh ke?” Danish tahan nak berdekah bila tengok muka si Ira yang dah merah-merah biru.

            You, I ni anak bos besar tau. Takkan you tak tahu? Danish berbisik nakal.

 Lepas ni, sesiapa yang datang minta kerja, Danish nak interview sendiri. Soalan wajib betul adalah tentang salasilah keluarga owner D’s Lay Park. Haa, jadi seblum datang interview, mohon studi elok-elok dulu. Mana nak cari maklumat tentang keluarga Haji Darsuki? Tanyalah Pak Google, Cik Facebook, Kak IG dan lain-lain lagi.

            Ala, Dany. Sembang kencang. Nak interview pekerjalah apa. Abah suruh datang check akaun sekali ni pun dah macam nak berperang satu keluarga. Ada hati nak tolong carikan staf. Danish mengutuk diri sendiri.

            “Encik, tolong ya bagi kerjasama. Kawasan ni bukan untuk pengunjung keluar masuk.” Salah seorang dari lelaki tadi menghalau dengan cara halus. Danish buat pekak. Terus berjalan ke sinki.

            “Eii, apa ni?” Terjengkit jari kelingking Danish menyentuh ketulan merah pink di atas papan pemotong. Ayam ke tu? Kenapa berkecai macam tu?

            Pap! Sebilah pisau ditetak kuat atas papan pemotong. Sipi-sipi nak tertetak tangan Danish yang tengah scan ketulan daging tadi. Pantas doctor muda tu terundur, terkejut.

            “Ni namanya daging kisar.” Tutur si tukang tetak tadi.


            Tanpa menunggu lagi sesaat, Danish terus berpaling mencari si empunya diri dan.. Zass! Dia terdiam, terkelu. Suasana yang agak hingar tadi bertukar sepi dan hening saat mata Danish menikam sepasang mata dark brown yang agak sepet tu. Waktu itulah Danish bagai terdengar mendiang Paul Anka menyanyikan lagu kegemarannya.


            You are my destiny,
            You are what you are to me,
            You are my happiness,
            That’s what you are.

            You are my sweet phrase,
            You share my loneliness,
            You are my dream come true,
            That’s what you are.

“Dah sampai mana tu?” si pemilik mata sepet tu menegur dan tegurannya buat Danish tertelan liur. Tangan meraba dada kiri, kena heart attack ke? Apahal jantung dia berdegup macam orang pukul beduk time nak azan tu?

            “Jauh dah, kalau awak tak tegur tadi dah sampai ke hati awak rasanya.” Balas Danish bersama senyum kacak. Senyum pencair hati.

            Gadis bermata sepet tu menjeling tapi bibirnya terherot senyum kelucuan. Mana taknya, belum apa-apa, Danish dah bagi ayat beli hati.

Danish ambil kesempatan meneliti penampilan gadis pencuri hatinya itu. Rambutnya panjang, lebat kehitaman. Di bahagian depan, dihighlight sedikit dengan warna merah dan diikat kemas seperti ekor kuda. Di bahagian hujung ikatan, rambutnya terlihat sedikit bergulung dan ianya nampak seksi. Lebih-lebih lagi bila dilepaskan. Okey, Danish dah boleh bayangkan. T-shirt berwarna biru kelabu yang dipakainya menandakan dia juga merupakan staf di sini. Tentu saja staf biasa, kalau pengurus uniformnya jenis kemeja.


            Hai.. Kalaulah Danish tahu abahnya ada pekerja secantik tu, tak payah disuruh, setiap bulan ia rela datang situ gantikan tempat abahnya. Ya, Danish mengaku. Ira cantik. Yang jaga pintu masuk tadi pun cantik, tapi yang depan dia sekarang berkali-kali ganda cantiknya. Muka ala-ala Chinese dengan mata sepet, suara pun lemak merdu. Ala, tak nak Bangilah macam ni.

            “Pick up line kat sini tak laku. Kami terima debit card dan cash saja.” Balas gadis tadi, rautnya bersahaja. Macam dah terbiasa diberi ayat-ayat manis. Dalam erti kata lain, setakat nak pikat bermodalkan air liur, dia dah lali.

            “Oh, saya bayar cashlah macam tu. Jadi berapa harga sekeping hati awak untuk saya miliki?”


            Teruja Danish jumpa perempuan yang berani balas balik bila dia mengayat. Biasa tu, perempuan mesti tersipu-sipu. Tapi yang ni lain. Dia nampak sempoi.

            “Hati dia tak ada harga. Bukan sebab murah tapi sebab terlalu bernilai jadi saya tak rasa awak layak untuk jadi pemiliknya.” Celah krew dapur lelaki yang sejak tadi menjadi penonton. Danish bagi pandangan berasap berapi pada lelaki tadi sebelum kembali tersenyum menatap wajah manis si gadis tanpa nama tu.

            “Tapi kalau awak nak cuba, saya boleh bagi caranya.” Tambah gadis tadi. Danish angkat kening. Wow.. Menarik.

            “Name it.” Cabar Danish.

            Gadis tu tersenyum tapi bukan di wajah, sebaliknya di mata. Pelik, kan? Tapi ianya benar. Dan itulah yang buat dia nampak sangat menarik dan.. seksi. Goshh.. Betul ke Danish jatuh hati?


            “Salah satu caranya, dengan menghormati permintaan saya. Setakat minta awak keluar dari dapur ni, saya rasa tak jadi masalah, kan?” Alah, manisnya cara dia menghalau.

            “Untuk sekeping hati awak, tentulah tak jadi masalah.”

            Sekarang ni, Danish sendiri tak pasti siapa yang cair dengan siapa. Sepatutnya perempuan yang cair bila si playboy dah bagi ayat berbunga, tapi kali ni macam Danish pula yang cair tak beku-beku.

            Gadis tadi tersenyum, mewah senyuman dia kali ni. Baru Danish nak melangkah, ia berpaling semula. Gadis tadi terpegun seketika, seakan terkejut.

            “Ya, ada apa-apa yang tak kena ke?” soalnya pantas.

            “Nak kena dah. Sikit aje lagi. Kalau awak teman saya duduk dan minum kat depan tu, confirm mengena.”

            Seketika, dapur yang sepi tadi dah riuh dengan deheman dan batuk-batuk kasar. Danish buat tak dengar. Cemburulah tu, dia mampu mengayat perempuan dengan yakin sekali. Dany, kan. Setakat nak pikat perempuan, hujung jari ajelah. Kena reject ke tak, tu belakang kira., Yang penting confirdent.
            “Ooh.. Err..” gadis tu meliarkan mata. Mencari krew yang lain. Nak minta pendapat. Ira dan krew lain mengangguk pantas, memang berharap lelaki asing tu keluar dari dapur mereka.

            “I’m Ahmad Danish Arman. And you?”

Tak sempat tunggu sesaat pun berlalu, Danish dah mulakan sesi perkenalan sebaik saja meeka dudu di sudut café. Mata-mata staf yang memerhati, Danish buat tak pandang. Si gadis diam, tapi matanya tersenyum lagi. Aduhai, mati berdirilah dia macam ni. Asyik bergendang aje jantung dari tadi.

            “Apa yang saya dapat kalau saya bagi nama saya?”

            “Dah tentulah awak dapat hati saya.” Lancar saja Danish membalas. Sekaligus menerbitkan senyum lucu di wajah manis gadis tu.

            “Tapi saya tak perlukan hati awak, Encik Ahmad Danish Arman Bin Haji Darsuki. Or should I call you, Doctor Dany?”

            Sepi. Berkerut dahi Danish saat terlihat senyuman diraut manis tu. Senyumannya nampak agak sinis dan seakan mengusik.

            “Awak pernah jadi patient saya ke?” soal Danish, kelam.

            “Setakat ni, belum pernah lagi.” Balas si gadis, tenang. Tapi senyuman dia tu, sesuatu sangat.

            “Is, masuk. Is, masuk.” Suara dari walkie talkie mengencatkan perbualan mereka. Namun panahan mata masing-masing sedikit pun tak beralih. Danish masih setia menatap senyuman penuh misteri itu.

            “Is busy. Ada apa?” Rasanya tu macam suara Ira yang sedang mengelap meja di bahagian bar.

            “Ala, apa lagi yang disibukkan tu?” Rungut suara lelaki tadi.

            Perlahan, gadis di depan Danish menarik walkie talkienya yang tersangkut di tepi pinggang lalu dibawa dekat pada mulutnya.

            “Apahal?” Gadis itu menyoal tenang. Gayanya sangat santai.

            “Ha, ada pun. Wey, Is. Mentol meletup lagilah. Mentol cap ayam ke apa kau bagi aku semalam?”

            Erk? Danish terkelip-kelip sekejap. Pekerja depan dia tu.. Tanpa melarikan pandangan mata, Danish terteguk liur sendiri. Tambah lagi bila gadis tu dah tersenyum kelucuan. Bingo! Abah, kenapa tak cakap yang Is tu perempuan dan.. dia cantik? Suara Danish berbisik sendiri.

            “Yang cap ayam tu, kau. Entah betul ke tak pasangnya. Kejap lagi aku pergi amuse. Aku minum kejap dengan anak bos.”

            Makin berkerut dahi Danish. Mana Is tahu yang dia anak bos? Is pula tetap dengan senyumannya. Kali ni nampak agak nakal dan aksi tu buat jantung Danish nak tercampak keluar. Apa dah jadi dengan dirinya?

            “Ha? Is, yang masuk dapur kita tadi tu anak bos ke?” Suara Ira dah terpekik dari ruang bar. Rasanya dia tak payah cakap guna awalkie talkie pun, Danish dan Is di situ boleh dengar.

            “Lah, anak bos ke yang dikecoh-kecchkan tadi tu?” Suara lain pula kedengaran.

            “Ya dan tolong jangan bising. Kita orang ada urusan jual beli hati sekarang ni.” Pesan Is, dan dia tergelak di hujung bicaranya. Walkie talkie dimatikan kuasanya lalu diletakkan di atas meja. Tangan kanan dihulur pada doctor muda dan kacak di hadapannya.

            “Maaf lambat kenalkan diri. Saya, Is. Manager D’s Lay Park untuk tiga branch dalam Johor ni.” Is tersenyum, nampak ikhlas dan manis.

            “Sejak bila awak tahu saya ni anak bos?” Tanpa menyambut huluran salam Is, Danish menyoal. Saja nak tahu. Nak tengok juga reaksi dia.

            “Sejak awak keluar dari BMW CX hitam yang awak parkir kat tingkat dua dan makin meyakinkan bila saya tenung awak masa kita dalam lift tadi.” Is tergelak keicl bila Danish melopong tak percaya.

Apa aku buat dalam lift tadi sampai tak perasankan dia? Sempat Danish mengutuk kecuaiannya tadi.

            “Macam mana awak boleh tahu saya nak datang?”

            “Tuan Haji inform saya malam tadi, yang awak nak datang hari ni. And trust me, it was just my instinct. So, are we good?” Is hulur pula senyuman, tanda menyambut kedatangan anak majikannya dengan rasa senang.

Kerana keramahannya, buat Danish betul-betul jatuh suka. Esok lusa mana nak tahu jatuh cinta pula.

            Bersama senyum kacaknya, Danish sambut huluran tangan Is.

            “Of course.”



Tuesday, September 17, 2019

#RoadToHatiAwak - Bab 2



BAB 2

SATU demi satu Honda Civic EK yang tersusun di kotak parkir, dipandangnya. Kereta Ajib, Awe, Pa’e, Kecik, Milo, Dol, Vijay, Fendi, Aqi dan keretanya. Hmm.. Sah, dia lambat lagi.

            “Kau tak payah nak serius sangat. Macamlah tak biasa bila si ratu EK tu lambat.”  Milo melaung dari tempat dia berlonggok bersama teman yang lain.

Gambar : mcclubz

            Poji merengus seraya melangkah mendapatkan teman-teman keretanya. Honda Civic EK Family (HCEKF), antara grup kereta yang dikenali di Malaysia, malah penglibatan mereka dalam pelbagai aktiviti NGO dan kovoi hampir setiap tahun, menjadikan nama mereka semakin dikenali. Honda Civic EK mungkin kereta lama, tapi dengan pengubahsuaian dari sekecil-kecil benda hingga ke enjin, menjadikan kereta tersebut sangat gah tika berada di atas jalan raya.


            Mereka pula antara team mewakili Batu Pahat. Bukan kata di bandar tersebut hanya ada mereka saja yang menggunakan Civic EK, cuma mereka bersebelas lebih rapat dari yang lain. Kalau jumpa dengan puak lain, mereka okey saja.

            “Assamble seminggu sekali pun lambat juga. Bukan tiap hari pun.” Bebel Poji. Stress pula dengan si Ratu EK seorang tu. Kalau ya pun orang gelar dia ratu, tak payahlah nak in character sangat.

            “Adeh.. Membebel mengalahkan mak aku.” Komen Awe. Bersahaja bersandar pada batang pokok ketapang sambil menghabiskan rokoknya.

            “Entahlah, Poji. Rindu agaknya kat Is tu.” Tambah Fendi yang kurus tinggi tu pula. Mereka mungkin berlainan profession, tapi pada mereka itu semua bukan alasan untuk mereka berkawan.

Fendi sendiri merupakan pengusaha bengkel kereta. Begitu juga dengan Awe dan Dol. Sementara Aqi merupakan kerani bank. Milo pegawai di jabatan pendaftaran. Pa’e pegawai jabatan pengangkutan jalan. Vijay pula pegawai polis trafik. Ajib dan Kecik pegawai polis bahagian siasatan jenayah. Mereka ditemukan dalam grup HCEKF dan boleh rapat hingga kini. Ukhwah tu dah macam keluarga.

            “Dia tu dah macam adik aku dah. Seminggu tak jumpa, mahunya tak rindu.” Poji bersila di sebelah Vijay.

            “Coverlah tu, takut bini tahu.” Vijay menyampuk bersama kepulan asap rokok yang dihembus ke muka Poji.

“Bukan takut bini, bodoh. Cuak aje.” Poji bagi tempeleng sebiji pada lelaki berbangsa india tu. Vijay dan yang lain tergelak saja. Dah biasa dengan suasana seperti itu. Gurauan tu yang buat mereka semakin akrab. Perbezaan agama dan bangsa bukan satu penghalang buat mereka. Lagipun, Vijay ni tak adalah nampak macam india sangat. Mak dia Cina, ayah dia india. Lahir dia, jadilah muka Hindustan.

“Kau ada dengar cerita tak..”

“Dia dah start. Dia dah start.” Pa’e selamba cantas ayat mukadimah Aqi.

Aqi kalau bab bergosip, bagi kat dia. Siapa pun tak boleh lawan kehebatan dia dalam mencari dan menyampaikan berita tergempar. Kadang cerita dia memang boom, kalah melodi. Tapi yang buat spoiled tu bila dia bagi cerita taraf ‘sampah’, angkat kakilah jawabnya.

“Weh, cerita panas ni. Budak-budak FB dah heboh tau. Takkan korang tak tahu?” Aqi dah buat gaya gempak. FB tu bukan singkatan untuk Facebook ya, tapi FB tu salah satu kereta jenis sedan keluaran Honda dan dibawah Civic juga. Yalah, Civickan ada macam-macam jenis. Civic FD, FB, FC. EK, Dolphin, Mugen dan banyak lagilah. Macam mana nak bezakan? Budak-budak kereta aje yang tahu.
Gambar : mcclubz


“Okey, kalau hebat sangat cerita tu, meh bagi hint dulu. Cerita pasal apa? Entah-entah kitorang dah tahu dulu sebelum kau.” Milo mencelah. Asyik Aqi aje duduk rank pertama dalam bab gosip, bila lagi turn dia? Selalu bila Milo baru nak start cerita aje, Aqi dah cantas dulu dan diikuti dengan berita susulan yang padat dan lengkap. Mana budak Aqi tu dapat info pun dia tak tahu.

“Pasal Is dengan Qurt.” Aqi bagi klu. Dia pandang muka teman-temannya, tapi masing-masing tayang muka bersahaja. Aik, tak cukup gempak ke klu tadi tu?



Kim Chiu sbg Is

Intad Leow sbg Qurt

Lame..” komen Ajib dan Kecik. Yang lain pula cebik muka. Tak gempak pun. Cerita dah basi.

“Cerita Is dengan Qurt, dah usanglah, Aqi oii.. Kau dah berapa tahun duduk dalam gua? Takkan baru tahu kot pasal perang saudara tu?”

Kalau buka topik tentang Is dan Qurt dikalangan budak-budak kereta, tak kiralah gurp kereta apa pun, semua dah lali dengan perang antara dua beradik tiri tu. Is tu ratu HCEKF dalam Johor. Siapa saja yang tak kenal dengan Is yang sporting tu, kereta pun gempak nak mati. Dia baru blow minyak sekali, orang sekeliling dah tahu dah siapa pemilik kereta EK warna red candy tu.

Video pinjam kat youtube : Galeri Kereta (EK Ferio Is)

Qurt pula antara lelaki terhangat dalam grup Honda Civic FB. Dia jadi hangat dan hot sebab kereta FB dia yang gempak dan gaya rich boy dia tu. Mereka jadi adik-beradik tiri pun sebab ayah kandung Is berkahwin dengan mak Qurt. Kira Qurt tu anak tiri kepada ayah Is. Anak tunggal pula tu. Kenapa Qurt rich boy tapi Is biasa-biasa aje? Kalau nak diikutkan, Is pun anak orang berada juga. Tapi Is tu tak suka menunjuk macam abang tiri dia. Tambah pula, sejak dari kecil dia dah tinggal dengan mak cik dia iaitu adik kepada ibu dia, jadi Is memang buat hal dia sendiri.

gambar : google (FB Qurt)


Dan yang buatkan budak-budak kereta dapat hidu peperangan mereka berdua tu bila berlaku perang mulut waktu event auto show di Penang hampir tiga tahun yang lalu. Kalau tak sebab Qurt yang start, sampai kiamat pun diorang tak tahu yang budak Qurt tu abang tiri Is. Dan sejak dari hari tu, budak Civic EK dengan Civic FB area Johor mula renggang. Is ni jenis tak ambil port sangat tapi Qurt tu kaki ‘cucuk’. Sampaikan ada budak-budak EK lari pergi ke grup FB. Begitulah ceritanya..

gambar : mcclubz (Event Honda)


“Entahlah, Aqi. Kalau setakat perang-perang mulut, kes sampai-menyampaikan, kes cucuk-menyucuk, kes api-mengapi tu semua, dah tak hairan dah aku. Is pun dah tak hadap dah nak dengar.” Sambut Awe.

“Yalah. Kadang hairan aku. Qurt tu lelaki ke perempuan? Dia punya mulut, boleh buat Malaysia berperang dengan Negara luar, kau tahu? Nasib baik dia bukan abang tiri aku, kalau tak, dah lama aku ceraikan mak dia.” Kecik menambah sebal.

“Oii, bongok. Kalau betul pun Qurt tu abang tiri kau, kau ingat kau boleh ke ceraikan mak dia? Bangang tu buat-buatlah simpan sikit untuk anak cucu.” Pa’e yang dah sememangnya jenis kaki pangkah, dia pangkah aje terus ayat Kecik tu walaupun dia tahu Kecik hanya bergurau.

“Hahaha.. Gurau pun barai. Tapi seingat aku, kes paling win masa tahun lepas. Korang ingat?” Kecik pandang teman-temannya.

“Gila tak ingat? Nasib baik ada Shah, kalau tak.. Dah jadi banduanlah si Is tu.” Pada Milo, kejadian tu memang paling ‘hitam’ yang pernah dia lalui. Tak sangka Qurt boleh guna jalan paling keji dengan meletakkan dadah jenis heroin dalam kereta Is. Nasib juga abang kandung Is, si Shahrul tu polis bahagian Narkotik, kalau tak.. Dah lama Is duduk ‘dalam’.

“Tak, masalahnya tu kira cerita dah basi. Yang aku nak bagitau tadi, cerita baru. Aku dengar Qurt nak turun BP, nak bakar jalan dengan Is. Kau rasa?” Haa, masing-masing terdiam. Puas hati Aqi.

“Mana kau dengar?” Milo dah panas punggung.

Aqi tayang muka bangga. Maknanya dia berjaya sebarkan gosip tergempar.

“Mana aku dengar tu, tak penting. Yang penting sekarang..” Bicara Aqi diganggu dengan panggilan telefon milik Vijay. Kalau ikutkan, dia nak teruskan saja dengan ceritanya, tapi Vijay beri isyarat tangan supaya Aqi diam seketika.

“Positif?” soal Vijay seketika selepas dia diam mendengar bicara dari pemanggil. Mata Vijay meratah satu-persatu wajah temannya. Melihatkan raut tegang Vijay, masing-masing boleh mengagak ada benda serius yang sedang disampaikan.

“Area?” sepatah-sepatah soalan Vijay.

“Aku tahu jalan BP-Kluang. Kilometer. Aku nak tahu kilometer berapa!” Vijay menjerkah garang. Sah, Vijay dah jadi Ins.Vijay walaupun tanpa seragam putih hitamnya.

“Inform unit, cover jalan. Kalau perlu escort, escort. Kalau perlu tahan, tahan. Now!” arah Vijay. Tamat saja talian, terus dia kalih pada Ajib yang tercengang sejak tadi.

 “Jib, roger budak kau. Jalan BP-Kluang, ada roadblock ke tak sekarang? Kalau ada, off kan. Budak aku cover.” arah Vijay sebelum kalih pada Pa’e.

“Pa’e, make sure budak kau tak ada buat operasi malam ni kat area tu.” Pesan Vijay walaupun dia tahu jarang sekali JPJ buat rondaan pada waktu malam.

“Apahal ni, Jay? VIP mana nak datang?” Milo dah tak sedap hati. Vijay yang sedang sibuk dengan telefon di tangan, kalih pada Milo. Kleuhan berat dihambur. Wajah Aqi dicari.

“Berita kau tak cukup gempak, Qi. Berita aku lagi gempak. Qurt tengah ‘bakar jalan’ dengan Is sekarang. Budak-budak FB follow sekali.” Tutur Vijay, ada nada sebal.

“Maknanya..” Fendi diam seketika.

“Maknanya, ratu kita kena kejar dengan budak FB..! Dah tu, kita tunggu apa lagi? Gerak ar..!” Laung Poji dan sepantas itu dia bangun mendapatkan keretanya. Yang lain tak ketinggalan untuk dapatkan Is.


KAKI lincah bermain dengan minyak dan clutch. Mujur saja jalan lurus, jadi dia tak perlu bersusah payah untuk buat lap atau sharp corner. Cuma yang buat peluh dia melimpah keluar tu bila terpaksa elak kenderaan lain. Dalam hati mengutuk keras abang tirinya. KAlau ya pun nak ajak race, inform. Jangan datang cucuk-cucuk belakang kereta lepas tu blow macam apa. Murahan sangat gaya tu. Gengster jalanan aje yang buat macam tu, tahu tak? Dahlah jalan sesak.



            Vroomm..! Vroom..!

            “Argh..! Setan betullah.” Brake dipijak pantas bila Qurt di sebelah menghimpitnya ke kanan. Hampir saja badan kereta kanannya terseret divider.

Ya, kalau ikutkan Is memang tak nak layan kepala gila Qurt tu, dia cuma nak cepat sampai di BP untuk bertemu dengan geng keretanya. Bukan dia tak perasan kereta Qurt dan gengnya yang mengekori sejak dia keluar dari mall tadi. Sengaja dia buat tak perasan. Berkali-kali Qurt dan gengnya menyucuk keretanya dari belakang, pun Is buat tak reti. Steady saja drive 60km/jam di lane kiri dengan harapan mereka yang menganggunya akan give up. Ohh, rupanya tu harapan Is semata-mata. Qurt tetap dengan kegilaannya. Kemuncak yang buat Is marah bila Qurt ‘cium’ buntut Civic EK kesayangannya. Masa tu memang dah tak ada ampun. Terus Is blow minyak, dan berlakulah perlumbaan haram tersebut.

Pinn..! Pinn..!

“Bodoh.!” Is memaki lagi bila Qurt himpit dia lagi dan kali ni hampir dia terhimpit kereta lain. Masuk kali ketiga Qurt cuba menghimpitnya, Is terus capai telefon. Nama Qurt didial.


“Kau bodoh ke apa, ha?” jerkah Is kuat. Sempat dikerling kereta Qurt. Dia tahu Qurt sedang mentertawakannya disebalik kaca bertinted gelap tu.

“Apasal? Takut? Takut mati ke?” Sinis Qurt bertanya.

“Aku tak peduli kalau aku yang matilah, bangang. Aku cuma tak nak jadi penyebab orang lain mati.!” Geram, sumpah Is geram. Apa yang Qurt tak puas hati sangat dengan dia? Is tak kacau life Qurt, jauh sekali life keluarga tirinya. Tapi Qurt tak sudah-sudah cari pasal dengan dia.

“Kalau kau hebat sangat, benda tu takkan jadi.” Ringkas saja jawapan lelaki tu. Betul-betul buat Is naik hantu.

Talian terus dimatikan dan Is focus pada pemanduan. Kiri kanan, kiri kanan dia mencilok. Trafik light habis dilanggar. Masa tu dia memang dah tak fikir apa. Dia Cuma fikir, Qurt perlu diajar. Kalau Qurt kalah depan gengnya, bukan salah Is. Dia yang minta dimalukan. Cermin pandang belakang dikerling bila Qurt tertinggal di belakang.

Tapi tak lama bila Is terpaksa menekan brek kecemasan. Lane kiri ada lori, di depannya sekarang ada kereta compact yang sedang berusaha untuk memintas lori tersebut. Baru tergerak dia nak pintas ikut kiri lori, Qurt dah pintas dulu. Stering dihentak kuat. Damn! Is ikut belakang Qurt, pantas sebelum geng Qurt pintasnya dahulu.

Jalan clear buat seketika. Is cuba memintas tapi nampaknya Qurt cuba menggula-gulakannya. Bila Is ke kiri, dia ke kiri. Is ke kanan, dia ikut ke kanan. Habis disumpah seranahnya Qurt. Bila Is cuba nak give up, geng Qurt di belakang terus-terusan menyucuk. Argh!! Telefon yang berdering, Is sambung dengan pantas. Tambah lagi bila yang call tu, Vijay.

“Kau okey?” suara cemas Vijay menandakan lelaki tu dah tahu apa yang berlaku tika ini.

“Tak. Qurt dah gila. Dia tak bagi aku give up dan dia tak bagi aku menang. Serius, aku tak okey.” Mata ditajamkan focus. Dia risau andai kecuaiannya akan menyebabkan sebarang kemalangan.

“Rileks. Kau jangan menggelabah. Roadblock semua dah off. Team aku dah bagi clear jalan sampai BP. Aku dengan Ajib tunggu kau kat tempat lapang area BP Heights. Kalau boleh, kau slow down kat situ then terus stop.”

“Stop? Kau nak aku mati? Budak Qurt ramai follow aku ni, Jay. Aku nak keluar dari jalan raya ni pun, dorang block. Geng kita mana?” Cuak. Dia diserang waktu dia sendirian. Mahunya dia tak cuak.

“Tak, aku tak nak kau mati. Sebab tu aku minta kau stop kat situ. Poji, Pa’e, Milo, Awe, Fendi, Aqi, Dol dengan Kecik tengah kejar kau. Aku tak tahu dorang selinap ikut mana. But in a minute, aku rasa dorang dah ada kat belakang kau. Tapi aku dah pesan, tak bagi dorang take over kau dengan Qurt. Aku suruh dorang follow belakang budak-budak Qurt aje.”

Vroom..! Vroom..! Vroom..!

Is pandang rear mirror. Di belakang geng Qurt, muncul beberapa buah Civic EK. Giliran Budak Civic FB tu pula dicucuk dari belakang.

“Dorang dah sampai. Aku chow dulu.”

“Hati-hati.” Pesan Vijay.

            Stering dicengkam kuat. Laluan di hadapan nampaknya dah lengang. Beberapa polis trafik berjaya menghentikan kenderaan lain di bahu jalan. Thanks, guys. Belakang kereta Qurt, Is pandang benci. Kau yang minta, Qurt. Bukan aku. Apa-apa jadi, bukan salah aku. Salah kau.

            Minyak di blow kuat. Vroom..! Vroom.! Kereta Qurt dipintas, namun tak sempat lepas. Qurt menghimpitnya. Main kotor. Is tukar gear, minyak dipijak habis. Zupp!! Qurt mengekor. Buat seketika, berlaku kejar-mengejar, himpit-menghimpit. Beberapa kali juga kereta Is dan kereta Qurt bergesel. Dalam hati, Is berharap BP Heights dah semakin dekat walaupun dia tahu jaraknya mungkin dalam 3 kilometer lagi.

            Telefon Is berdering lagi. Nama Qurt tertera. Is sambung talian dari earphone.

            “Pandai kau ‘suap’ polis, bagi jalan clear, ek?” tu statement cari gaduh.

            “Sebab aku tak bodoh macam kau. Lumba haram bahayakan nyawa orang awam, tahu tak?” Bidas Is, sebal.

            “Orang macam kau pun tahu fikir pasal nyawa orang, eh? Bukan ke orang macam kau tu, Cuma tahu fikir diri sendiri aje?”

            “Kalau diri sendiri yang bermasalah, tak payah kaitkan dengan aku. Sampai bila kau nak kacau hidup aku, ha? Apa lagi yang aku buat kat kau sampai kau tak puas hati kat aku?”

            “Kau ada otak, kan? Kau fikir sendiri.”

            Bodoh! Is maki Qurt dalam hati. Tika itu juga dia terpandang papan tanda BP Heights lagi 500meter di hadapan. Kereta Qurt yang menyekat laluannya, dipandang dengan matlamat. Matlamat untuk beri pengajaran buat abang tirinya.

“Sebab aku ada otak, aku nak ajar kau sikit.” Talian dibiarkan tanpa ditamatkan.

Is free gear seketika. Kemudian kaki kirinya menekan clutch, kaki kanan pula blow minyak kuat. Bila yakin dia boleh pergi, dia masukkan gear 3 lalu minyak ditekan kuat. Kereta Qurt dipintas pantas dan terus dia masuk ke simpang BP Heights. Seperti yang dijangka, Qurt dan gengnya ikut sama. Dan seperti yang Is jangka juga, Vijay dan Ajib dah sedia dengan ‘hadiah’ buat rombongan Qurt. Polis dan polis trafik dah elok menanti ketibaan mereka.

Sreettt!! Masing-masing berhenti mengejut. Kereta qurt di sebelah kereta Is.

“Tak guna kau, Is.!” Suara Qurt menjerkah kuat. Is pandang Qurt disebalik cermin bertinted tu.

“Pelajaran untuk malam ni. Aku bukan ‘gula-gula’.” Ujar Is lalu talian dimatikan.


“LAIN kali call. Nasib baik budak Vijy cepat update.” Bebel Dol yang berbadan sedikit berisi tu.

            “Sorry. Kelam-kabut sangat, apa pun tak boleh fikir.” Penat. Bukan penat sebab berlumba tapi penat melawan gemuruh di dada. Bukan dia tak biasa berlumba, tapi biasanya dia berlumba dalam track. Kalau ada buat lumba haram pun, tak pernah pula mengejut macam ni sekali.

            “Qurt tu dah melampaulah. Apa masalah dia sebenarnya?” Awe pandang Is yang sedang bersila di tepi keretanya. Elok saja rombongan Qurt diangkut ke balai, mereka terus melepak di situ. Tak rasa nak berganjak lagi. Masing-maisng macam baru lepas kena heart attack. Terduduk atas jalan tar.

            “Masalah mental agaknya.” Balas Pa’e, geram. Dahlah main kotor, serang Is time Is sendirian lepas tu dia pula datang bawa geng. Apa kes? Bacul.

            “Aku rasa ada benda dia tak puas hati dengan kaulah, Is.” Milo keluar dengan tanggapan sendiri.


            “Mak dia rampas bapak Is kot, apahal dia pula yang tak puas hati dengan Is? Patutnya Is yang tak puas hati dengan dia.” Poji datang back up.

            “Betul. Aku pula yang tak puas hati dengan statement kau, Milo.” Sambut Fendi. Diiyakan oleh Aqi dan yang lain.

            “Tapi Qurt tu pun. Bawa-bawalah matang sikit perangai tu. Ikut suka dia aje nak buat hal atas jalan macam tu. Kalau accident tadi? Dah jadi kes lain.” Dol membebel gaya Qurt ada di depan dia sekarang.

            “Lepas ni aku nasihatkan kau hati-hati, Is. Qurt jenis berdendam sampai mati. Selagi tak balas, selagi tu dia takkan puas hati.” Pesan Awe.

            “Pantun..” komen Aqi. Tapi tak ada siapa pun nak gelak, kepala dia kena ketuk dengan Kecik ada, lah.

            “Aku setuju. Tak dapat guna cara kasar macam ni, dia guna cara halus. SIapa tahu?” Fendi mencelah.


            “Jangan risau, guys. Aku okey. Apa pun, thanks sangat kat korang malam ni. Banyak hutang aku kat korang tau. Hutang nyawa, hutang budi..”

            “Belanja roti telur kat mamak je, kira settle hutang.” Laju saja Aqi mencelah. Yalah, lapar dari tadi kot.

            “Makan aje kau, kan. Is, cool aje. Tak payah nak belanja bagai. Kitorang tolong ikhlas.” Ujar Poji, bahu Is ditepuk-tepuk. Panggil balik semangat yang dah terbang tadi.

            “Yalah, Is. Kitorang sayang kot kat kau. Kaulah ratu hati.. Eh, silap. Ratu EK kitorang.” Sempat pula Dol betulkan statementnya. Takut ada yang melaporkan pada isteri di rumah. Dalam team mereka, hanya Vijay, Aqi, Is dan Milo saja yang belum berkahwin.

            Is senyum segaris.

            “Jay.. Jib.. Thanks. Aku dah susahkan korang.” Is bukan apa, dia risau Vijay dan Ajib dimarahi oleh ketua unit masing-masing esok.

            Vijay menghampiri Is lalu dia duduk bertinggung di hadapan Is. Raut Is yang nampak lelah dan hilang semangat tu, buat Vijay jatuh kasihan. Dia tahu, disebalik keceriaan Is, Is banyak pendam masalah. Tentu saja masalah keluarga tapi Is tak pernah nak berkongsi dengan sesiapa. Kalau tak sebab kes pergaduhan di Penang dulu, tak siapa pun tahu Is sebenarnya ada 2 orang mak tiri.

            Kekura tangan Is ditepuk bersama satu senyuman lembut buat tatapan Is.

            “Kitorang okey, kau tak payah risau. Pandailah kitorang kasi pusing bos kitorang esok. Kan, Jib?”

            “Hmm.. Pusing. Salah pusing, dengan aku sekali bos aku kasi pusing.”  Sambut Ajib.

            “Okeylah tu, paling tak bos kau bagi kau ‘rehat’ panjang aje. Bolehlah kau main pusing-pusing dengan Jay.” Celah Milo dan disambut tawa teman-teman yang lain. Is turut tergelak biarpun hatinya sedikit merusuh, membayangkan nasib Vijay dan Ajib esok pagi. Semoga semuanya baik-baik saja.   

            

*Macam mana, seronok tak drift? :p

Featured Post

Friendship Goals - Bab 5

Popular Post