Friday, February 2, 2018

QAISER (Bab 10)



Bab 10


“AYAH dah balik ke, abah?” soalku pada abah yang sedang menonton di ruang tamu. Tadi rasanya ayah ada kat sini, minum kopi bersama abah, mama, DR dan lain-lainnya.

“Dah, dia cakap dah mengantuk. Duduklah dulu Qai, kita minum kopi.” Pelawa abah. Tempat duduk disebelahnya ditepuk-tepuk. Menyuruhku duduk.

Hubungan aku dengan mama dan abah Delisha masih baik seperti dulu. Malah, sejak arwah ibu meninggal, mama yang banyak membuat kebajikan pada kami sekeluarga. Ada masa, mama datang tolong ceriakan rumah dengan dekorasi baru. Ada masa dia datang masak didapur tambah lagi kalau dia tahu Qaisara tak ada kat rumah. Lagilah sibuk mama membantu kami. risau sangat kalau kami tak makan.

“Eh, tak apalah abah. Qai nak siapkan kerja sikit.” nak stay lagi lepas kantoi dengan Damien dan Delisha kat dapur tadi? Memang taklah. Karang tak tahu jadi apa pula. Dah penat otak aku nak adapt apa yang Damien kata.

“Laa... tak nak duduk dulu? Boleh borak-borak.” Celah mama pula. Aku menggeleng bersama senyuman.

“Taklah kot, ma. Lain kali, ya. Terima kasih mama, abah pelawa makan kat sini. Sedap mama masak.” Aku menyalami tangan mereka.

“Perlilah tu. Macam tak tahu pula siapa yang masak.” Macam merajuk aje bunyinya. Kami tergelak besar.

Yalah, kalau dah lauk istimewa macam tu, memanglah bukan air tangan mama. Sebab mama jenis simple aje. Masak yang leceh-leceh ni mama memang surrender. Peliknya, Delisha pula yang dapat bakat memasak ala chef. Tak tahu menurun dari mana. Tapi ada kemungkinan sebab Delisha suka beli buku masakan dari dulu dan dia suka mencuba resepi baru.

Cuma satu ajelah kurang kat Delisha. Dia suka menyepah tapi tak suka mengemas. Dari dulu lagi. sekarang bila dah kahwin, ikut cerita Danish masih sama lagi. kalau bab mengemas, DR yang jadi mangsa. Alahai, kesian DR. Kat ofis jawatan bukan main gempak, staf semua hormat dengan imej dia tu, kat rumah kena cuci bilik air. Hahaha...

Aku bukan gelak dengan niat nak menghina ya. Tapi gelak bangga kot. Mana nak cari suami yang rajin macam tu? Balik kerja dah penat, tengok rumah bersepah. Kalau suami orang lain, agak dah terbang semua benda dalam rumah tu. Kan? Tipulah kalau tak. Hahaha..

“Perasan pula mama kau ni.” ejek abah. Aku tergelak lagi. Aku bersalaman dengan DR.

“Sorry sebab spoiled mood adik kau.” Ujar DR dengan muka bersalah.

“Naaaa... its okay. Dia memang macam tu. Susah nak pujuk.” Sebenarnya aku nak cakap yang aku dah biasa. Dah terlalu biasa dengan sikap Qaisara yang sentiasa berubah bila sebut tentang kisah hitam tu.

“Damy tu tak tahulah apa masalah dia. Prejudis tak bertempat. Sorry on his behalf, ya.” Celah Bella pula.

“Tak apa. Aku okey aje.” Okey kau kata? Huh..

“Sabar banyak-banyak, Qai. Nak dilawan balik pun tak guna. Buang masa melayan.” Pesan abah. Aku angguk juga.

“Qai balik dululah ya. Assalamualaikum.” Pamitku bersama langkah menuju ke pintu. Namun sayup-sayup aku dengar Naqib menceceh.

“Ceritalah, apa dah jadi tadi?”

“Shut. Up.” Marah DR pada Naqib. Dasar penyibuk. Nasib baik dia tak ada waktu benda tu berlaku. Kalau tak, sah esok jadi viral!

Elok tengah berjalan nak keluar dari laman, tiba-tiba sebiji bola keranjang melantun depan aku. Ni momok mana ajak aku main bola malam-malam ni? Tatkala menoleh, aku nampak Damien sedang melangkah kearahku. Ekspresi yang menakutkan. Patut aku balik saja, atau pun tunggu dia nak kata apa?

Qai, kau nak tunggu dia kata apa? Macamlah dia tu nak kata yang baik-baik pada kau. Paling baik dia pernah kata dalam 3 tahun ni pun, tetap menyakitkan hati kau. Jadi baik kau balik aje. Aku berpaling, meneruskan langkah. Jangan dilayan momok ni.

“Apasal? Takut?” cabar Damien. Aku berhenti melangkah. Nafas berat aku hambur keluar. Kenapa mesti nak cabar kesabaran aku?

“Tak ada sebab kenapa aku kena takut dengan kau.” Balasku tanpa berpaling.

“Sebab paling kukuh, aku lebih tahu apa yang ada dalam hati kau berbanding orang lain termasuk Daz dan Dany.”

“Kau nak blackmail aku?” soalku terus mencari wajah Damien. Dia tersenyum, sinis sekali. Entah kenapa, aku tak suka dengan senyuman tu.

“Kalau perlu, why not?” offhanded aje dia jawab. Buat aku rasa meluat aje. Aku ambil bola yang terdampar dihujung kakiku.

“Sebenarnya, apa yang kau tak puas hati dengan aku?” Bola aku lempar dari jarak 10 kaki. Tupp! Masuk dalam jaring. Lama tak praktis bola keranjang ni, tak sangka masih power lagi. Bola yang melantun diambil Damien.

“Bila masa aku tak puas hati dengan kau?”
Allah. Boleh tak kalau aku nak hentak kepala aku kat atas tar ni? Apasal dia buat gaya macam budak-budak sekolah bergaduh sebab berebut awek? Malaslah nak layan, tak empuk lagi kot Damien ni.

“Suka hati kaulah.” Terus saja aku menyusun langkah pulang ke rumah. Panggilan dan ejekan Damien langsung tak aku hiraukan. Sah, tak empuk.

Melewati kamar Qaisara, aku terdengar esak tangis dia. Sara, bila Sara akan faham yang derita abang lebih hebat dari apa yang Sara hadapi?

Masuk saja ke dalam kamar, aku terus tutup pintu rapat. Aku duduk dibirai katil. Mata meliar ke sana sini. Entah, tak tahulah apa yang aku cari. Cuma yang pasti, aku mahukan hidup yang tenang. Yang aman dan bahagia tanpa ada rasa sedikit pun kekurangan.

Keluhan berat aku hamburkan. Kenapa aku pelu berdepan dengan semua ni? Aku reda dengan ketentuan ni, tapi kenapa kesakitan tu tak pernah hilang dari dalam hati?

Aku tenung gitar kapok yang sudah berhabuk disudut almari baju. Rasanya, sejak Delisha berkahwin dengan DR lagi aku dah berhenti main gitar. Terlalu banyak momen kami dengan gitar tu. Dari awal aku beli gitar tu masa tingkatan tiga lagi, Delishalah yang banyak menemani aku belajar petik gitar tu. Walaupun dia tak minat nak main gitar, tapi dia rela aje sumbangkan suara tak seberapa dia tu masa aku main. Tapi seingat aku, last checked sebelum tragedi hitam tu, Delisha dah pandai petik gitar sikit-sikit. Itupun berkat kesabaran akulah yang jadi tenaga pengajar dia.

Dulu, pernah sekali datang angin gila Delisha. Dia suruh aku main gitar dari bilik aku, dia pula duk melalak-lalak nyanyi dari bilik dia. Tengah malam pula tu. Stress studi katanya. Gaya macam dia seorang aje nak exam esok pagi. Dia pula boleh request lagu Bring Me To The Life. Tengah-tengah malam orang dah tidur kau nyanyi lagu tu, memanglah minta orang bangun. Lepas tu, dua-dua kena piat telinga. Abah piat telinga Delisha, ibu pula piat telinga aku. Esoknya jawab exam sambil gosok telinga. Berbirat, oii.

Allahu.. Kenangan aku dengan Delisha bukan sikit. Banyak. Apa taknya, kami kenal dari mula lihat dunia lagi. Dari zaman baby-baby lagi kot. Kami membesar bersama, kenal ABC bersama, kenal cinta juga bersama, tak mungkin dalam sekelip mata aku boleh lupakan dia. Nak aku lupakan dia?
Boleh. Bagi aku hilang ingatan dulu.

Delisha Armani tu bukan sekadar teman. Dia lebih dari itu. Dari kecil pun, ke mana Delisha pergi, aku mesti ada. Apa Delisha buat, aku mesti buat sama. Apa yang aku beli, mesti kena share dengan dia. Apa yang dia ada, akan jadi kepunyaan aku juga. Pendek kata, kami berkongsi segalanya. Sampaikan abah dia, jadi abah aku. Ayah aku, jadi ayah dia.

Jatuh cinta pada teman baik sendiri? Itu bukan kehendak aku. Siapa sangka dalam kami bersahabat, wujud pula kasih yang luar biasa. Aku sangat menjaga Delisha, ambil berat tentang dia. Malah lebih caring dari abang-abang dia sendiri. Kenapa? Sebab pada awalnya aku anggap tu semua tugas aku sebagai kawan baik dia. Tambah pula, Delisha lebih suka dengar apa yang aku cakap berbanding orang lain. Apa-apa masalah pun, Delisha lebih suka mengadu pada aku. Jadi aku anggap semua tu tugas aku sebagai kawan baik dia.

Sampai satu tahap, hidup aku jadi tak lengkap bila Delisha tiada. Dan sampai satu ketika, aku jadi cemburu dengan hobi Delisha yang suka bertukar-tukar teman lelaki tu. Waktu arwah ibu dan ayah menyuarakan hasrat untuk menjadikan Delisha sebagai menantu, aku rasa masa tu beban dalam hati ni terangkat sedikit.

Memang itulah yang ingin aku sampaikan pada Delisha tapi ibu dengan ayah awal-awal dah masuk gear 4. Tak ada pun nak bincang dengan aku dulu. Dah jadi satu kerja aku nak pujuk Delisha siap buat sesi luahan perasaan kat atas bukit malam tu. Mujur juga Delisha setuju nak terima aku walaupun dia tolak mentah-mentah cadangan aku untuk terus menikah.

“Del, between laughing for no reason, stupid arguments, long talks and making fun of each others, I know I’ve falling in love with you. Kita kahwin?”

Sungguh aku takkan lupa ayat propose aku tu. Dan aku takkan lupa macam mana terbeliaknya mata Delisha masa aku cakap macam tu. Cute overloaded. Tambah dengan mulut ternganga dia tu. Lawak pun ada.

Tapi, siapa mampu menduga. Bila dah mula mengait sulam cinta, ada saja dugaan yang Delisha terima. Kereta kena pecahlah. Dapat hadiah bangkai tikuslah. Nak kena langgarlah. Bila dah bertunang, makin hebat dugaannya. Siap tuduh DR yang jadi mastermind semua ni.

“If you love something, then let it go.. if it comes back to you, it’s yours. But if it doesn’t, it means it never was.”

Sebulan sebelum tarikh perkahwinan aku tu, dugaannya makin bertimpa-timpa. Apa yang orang tahu, hanya Delisha saja mangsa Hunter. Sebenarnya, tak. Aku juga menjadi mangsa kegilaan arwah Zuria. Kalau tak, tak mungkin aku senekad itu untuk mengubah semuanya termasuk nama pengantin lelaki dalam kad undangan tu.

Aku menggeleng lemah. Aku tak nak ingat lagi part tu. Kerana mengingati kenangan pahit tu sama seperti aku mentertawakan kebodohan aku sendiri.

Bak kata Dazrin, orang yang tahu kisah cinta Qaiser-Delisha saja yang akan faham apa yang aku sedang rasakan sekarang. Kesakitan yang dalam ditambah pula melihat kebahagiaan si dia didepan mata. Luka mana yang tak berdarah kembali?

QAISER (Bab 9)


Bab 9

“ABANG okey ke?” soal Dazrin. Aku yang sedang menyuci pinggan mangkuk menoleh pada dia yang sedang menyusun pinggan yang sudah siap dikeringkan oleh Danish. Rajin tak kita orang? Ada ciri-ciri jadi suami mithali tak?

“Okey tak okey, kena okey jugalah Daz. Kenapa tanya?” Dazrin ni dari dulu pun decent aje budaknya. Kepoh tak kepoh. Degil tak degil. Pendek kata, antara Damien, Danish, Del dan Dazrin, Dazrinlah yang paling elok perangainya. Tak pening kepala abah dengan mama nak jaga pun. Sejak-sejak sambung degree kat UUM tu, jarang dah aku jumpa dia.

“Entahlah. Sakit hati dengan Damy tu. Perangai makin tua, makin annoyed.” Omel Dazrin, meluat. Tengok muka dia yang tengah cakap tu pun dah tahu tahap meluat dia paras mana.
Danish tergelak besar. Kain lap yang dia guna buat lap pinggan, dilibas kat bahu Dazrin. Dazrin merengus marah.

“Sejak bila kau pandai complaint perangai orang ni? Biasa senyap aje.”

“Tak boleh nak pendam dah. Rasa meluap-luap kat dalam ni. Dia tak rasa ke hidup dia dah cukup sempurna? Kenapa nak sibuk hidup orang lain pula? I just.. I don’t get him. Apa lagi yang dia tak puas hati?”

“Kan? Dany pun tak faham dia tu. Tak habis-habis nak cari pasal dengan Qai. Del dah kahwin pun
dengan BFF dia tu, dah bahagia, dah ada anak nak masuk dua pun, nak apa lagi? Tak cukup ke tu semua membuktikan yang BFF dia dah happy dengan Del?” Tambah Danish.

“Lagi satu, dia kena faham juga situasi abang Qai ni macam mana. Abang dengan Del dah berkawan baik dari kecil, lepas tu bertunang, love each other to the moon and back, tiba-tiba putus, ingat boleh move on macam tu aje ke? Akal tak ada ke nak fikir?” rungut Dazrin.

“Wah, ayat kau. Susah Dany nak move on ni.” teruja Danish dengar ayat skema Dazrin. Gaya macam mengejek adik dia tu pun ada. Dazrin jungkit bahu saja.

“Siapa yang follow kisah cinta Qaiser-Delisha aje yang faham apa yang Daz cakap.” Yakin saja bunyinya.

Danish terangguk-angguk.

“I know.. I know.. Their love be like.. Demiiii cintaaa... Dalam hatimuuu, ku yakin engkau untukkuuu... meskiiii jejak pisahkan kita.. cintakan bawa kembali... Woohhoooo..!!” Sempat pula dia menyanyi lagu Muara Hati. Pengaruh drama Adam Dan Hawa tak habis lagi dia ni. sebenarnya, aku tak sangka ada juga orang yang faham isi hatiku. Terima kasih Dany, Daz.

“Sumbang. Tapi tak apa. janji maksud sampai.” Ejek Dazrin. Aku tergelak bila Danish sekeh kepala adik dia. lantak dia oranglah. Aku teruskan mencuci pinggan tapi dari ekor mata aku nampak Dazrin pergi ke kabinet tepi ambil telefon bimbit. Entah apa dia tekan-tekan, tahu-tahu dengar opening satu lagu. Tak pasti lagu apa. Intro macam techno pun ada.

“And at the end...” Dazrin biar ayat dia tergantung dan memberi laluan untuk kami dengar lagu tu sebagai jawapan.



Tak sengaja genggamanku terbuka
Lantasku gapai bintang yang berjuta
Bintang yang ku impikan menerangi
Takkan ku biarkan berlalu pergi

“Weh, I know this song. Band Bliz, kan? Mimpi Yang Mati.” Teruja Danish. Terus dia ikut band tu menyanyi sambil lap pinggan. Dan aku terus menghayati liriknya.

Andai benar kau menjadi milikku
Mencintaimu menjadi sumpahku
Namun jika hadirmu satu mimpi
Aku rela tidur sepanjang hari

Rela tidur sepanjang hari? Tak cukup corny lirik tu. Sepatutnya aku rela tidur sepanjang hayat agar mimpi tu tak terhenti. Cheesy, huh? Nope, that is what I wish all this while. Kalaulah boleh..

Ku tunggu mentari di hujung siang
Tak kusangka awan hitam menjelang
Sumpahku jadi tak pasti
Nyatalah mimpi, mimpi yang mati

Aku tersenyum. Pahit, perit, pedih. Aku harapkan penamat yang menggembirakan, tapi siapa sangka takdir Tuhan tak seperti apa yang aku rancang. Dan segalanya berubah dalam sekelip mata.

Genggaman tanganku terbuka sepi
Mendamba dirimu satu ilusi
Bintang yang ku gapai tak berpanjangan
Hadirmu didunia hanya pinjaman
Kutunggu mentari dihujung siang
Tak kusangka awan hitam menjelang
Sumpahku jadi tak pasti
Nyatalah mimpi, mimpi yang mati

Hanya pinjaman untuk aku merasa bahagia. Hanya seketika sebelum akhirnya awan derita menjelma. Mimpi yang mati. Mimpi yang mati. Mimpi yang mati. Aku tergelak, hati jadi sebu. Kalaulah semua yang berlaku tu hanya mimpi. Berkawan dengan Delisha hanya mimpi, mencintai Delisha hanya mimpi. Bertunang dengan Delisha hanya mimpi. Putusnya kasih kami hanya mimpi. Ibu meninggal juga mimpi. Tentu aku tak sesakit ini.

Walaupun aku tahu ayat ni sangat cliche untuk orang yang tengah putus harapan dan kecewa, tapi aku nak cakap juga. Kalaulah aku boleh undurkan masa, aku harap sangat semua ni tak berlaku termasuklah mengenali Delisha Del. Kalaulah aku tahu dengan mencintai Delisha aku akan sederita ini, aku rela tak ditemukan dengan dia. tapi siapalah aku nak melawan takdir, nak melawan aturan DIA?

Salahkah andai di sudut kecil hati aku ni berharap suatu hari nanti Delisha boleh aku miliki? Biar siapa pun dia, aku tetap sudi menjadikan dia permaisuri hatiku. Qai.. Wake up. Move on, lah. Sampai bila nak mengharap pada cinta yang dah jadi terlarang ni? Dosa. Dosa.
Allahu..

Aku terkaku. Apasal sepi aje ruang dapur ni pun? Lagu dah habis. Aku toleh sisi kiri. Ohh, ada aje dia orang. Tapi apahal yang dia orang tenung aku macam nak terjojol biji mata tu?

“Kenapa?” soalku. Danish buat muka serba salah. Dazrin pulak dah buat muka sedih.

“Kau sental pinggan yang sama hampir lima belas minit yang lepas.” Ujar Danish buat aku kalih pandangan pada pinggan di tangan. Penuh dengan buih.

“Oh? Ya? Tak perasan.” Terus aku bilas dan aku pass pinggan tu pada Danish untuk dilap. Aku capai pinggan lain pula. Dari ekor mata aku sedar dia orang masih pandang aku. Apa lagi, eh?

“Qai..” panggil Danish.

“Yup?” tanpa menoleh, aku menyahut.

“There’s a tears.” Ujar Danish. Aku toleh dengan dahi berkerut.

“Sorry?” Macam dengar tak dengar aje apa dia sebut.

“You’re.. err.. crying.” Tambah Danish. Eh? Aku pandang Dazrin minta kepastian. Dia mengangguk, mata dah memerah.
Laju-laju aku tunduk sambil lap peluput mata dengan lengan. Macam mana aku boleh tak sedar?

“Kalau aku cakap kena sabun, cliche tak?” soalku cuba membawa mood ceria kembali.

“Sangat.” sambut Dazrin. Danish menyiku rusukku.

“Well yes, I’m crying. I’m not going to be punished kan kalau mengaku? And please, don’t mention it again.” Sempat pula aku memberi amaran.

“I can feel you, brother.” Ujar Dazrin. Aku senyum, nipis. Tawar.

“Semua orang akan ada kesakitannya sendiri. Ini bahagian abang, tapi abang harap janganlah ada orang yang lalui apa yang aabang dah go through selama ni. it hurt you so damn much. Sampai satu tahap, you’ll ask for a die.”

“Hurt you even more bila tengok dia bahagia depan mata, kan? kalau jauh, at least boleh struggle untuk lupakan dia.” Dazrin memang begitu memahami. Patutlah dia suka diam dan memerhati, sebab dia cuba memahami dengan mendalam.

“Memang. Tapi abang tak salahkan Del, dia berhak untuk bahagia. DR suami dia. abang cuma bekas tunang cum bekas BFF aje. Salah abang sebab tak boleh nak move on. Salah abang sebab tak boleh sayangkan orang lain. Salah abang sebab melankolikkan sangat hidup ni.”

“Bekas BFF? Dah tak kawan baik lagi dah ke?” soal Danish.

“Kau suka Is ada BFF yang opposite gender?” dugaku pada Danish. Soal tak fikir dulu jawapannya. Padahal jawapan tu ada aja kat semua orang yang bergelar lelaki dan suami.

“NO. With capital of N and O. Tak ada ampun punya.” Tegas dia jawab. Kain lap ditenyeh kuat kat pinggan. Macam tenyeh muka mana-mana lelaki yang cuba nak jadi kawan baik Is. Betul-betul tak ada ampun tu.

“Daz rasa, dah sampai masa abang cari teman baru.” Cadang Dazrin.
Aku tarik senyum, tanpa gula. Paip aku matikan. Siap pun. Aku paling ke kiri, perhati Danish dan Dazrin.

“Tulah, sebelum kau suruh, Dany dah suruh dulu. Tapi dia ni tak nak. Tak nak paksa jodohlah, belum ada hatilah, apalah. At least kalau dia ada awek baru, tak adalah mulut longkang tu nak cari pasal aje.”

“Dany ni, cuba faham situasi abang Qai. Dia tu tak ada hati nak cari pengganti, tahu kenapa?”

“Apasal?”

“Sebab hati dia dah bagi kat Del, Del tak pulangkan lagi.” jawab Dazrin dengan muka bangga sebab dia dah tunjukkan yang dia lebih memahami dari Danish.

“Gitu, eh? Nak suruh Del pulangkan macam mana, eh? Sound like Qai pernah derma hati pula kat Del, kan?” Danish tergelak sendiri. Aku dan Dazrin tergelak-gelak.

“Dahlah kau orang ni. basuh pinggan tak banyak mana, lamanya macam tengah basuh pinggan orang kenduri kahwin aje. Nak kain lap.” Nak lap tangan basah ni, ha. Danish dah tinggal sebiji lagi pinggan terakhir untuk dilap. Dazrin tengah tunggu Danish siap lap yang tu, dia susun dan settle.

“Ambil kat drawer sebelah peti ais tu, bang.” Dazrin tunjuk tanpa berpaling. Oooo..key.

“Mohon hashtag, bila teruna pingitan cuci pinggan, ya. Ingat senang nak tengok aku buat kerja kat dapur ni?” Nak berhashtag pulalah si doktor mata ni. Mengada. Tapi aku dan Dazrin tergelak juga. Ingat bila dia hashtag macam tu boleh jadi viral?

Aku berpaling nak pergi kat peti ais tu. Ehhh? Ahaaa... guys, we have two silence guests kot. Anyone noticed? Syok sangat berborak siap dengar lagu bagai, sampai tak perasan ada orang kat belakang.

“Tapi, kan Qai.. Arrr..” dan baru Danish perasan apa yang aku perasan. Sebab sebaik selesai lap pinggan terakhir, dia terus berpaling ke belakang. Hilang bicara terus. Aku nampak Danish siku Dazrin. Dazrin berpaling. Dia tengok tetamu tu, lepas tu dia buat tak tahu. Terus susun pinggan. Okey, aku rasa Dazrin dah tahu dari tadi ada orang lain kat dapur ni selain kami bertiga.

“Seronok mengumpat orang?” soal Damien. Nada tegas, tengah marah. Bila masing-masing diam, dia terus berlalu. Namun tatkala dia berpaling, dia terkaku seketika. Kat pintu masuk ada lagi tetamu yang Damien sendiri tak sedar kehadirannya. Damien merengus dan terus berlalu. Aku boleh nampak ada api membara-bara kat atas kepala dia.

Aku terus melangkah ke peti ais, berhampiran dengan pintu masuk dapur. Drawer aku buka, ambil kain lap. Aku perhatikan dia yang masih kaku disitu, tanpa memandangku. Bila dah dekat, baru perasan ada air mengalir kat pipi dia. apa yang perlu aku lakukan? Pujuk? Jangan, nanti jadi lagi fitnah.

Siap lap, aku menyusun langkah untuk keluar dari dapur. Ketika melepasi dia, aku dengar dia memanggilku. Aku terhenti. Kami berpandangan. Jangan nangis Del. Aku tak sanggup tengok kau menangis.

“As what I know, crying is not a crime.”

“Yup, but you’ll be charged as a criminal if you cry for isteri orang.” Bersama duka, aku membawa langkah pergi. Maaf Del darling, aku tak boleh lupakan kau walaupun sekarang kau dah jadi bunga larangan.

QAISER (Bab 8)


Bab 8




MASUK dalam kereta saja, telefon ayah berbunyi. Ada mesej masuk. Sambil hidupkan enjin dan reverse kereta nak keluar dari perkarangan masjid, aku nampak ayah baca mesej sambil tersenyum. Nampak ceria habis.

“Senyum lebar nampak, yah. Mesej dari siapa tu?” aku toleh kiri kanan sebab nak melintas. Ramai pula orang berjemaah kat masjid malam ni.

“Abah. Dia ajak makan malam kat rumah dia. Syukurlah. Tak payah makan tauhu jepun malam ni.” patutlah muka bahagia habis.

“Ada apa-apa occasion ke?”

“Entah, ayah tanya juga. Tapi abah cakap saja-saja je.”
Aku jungkit bahu saja. Tak apalah kalau macam tu. Dapat juga ayah lari dari makan malam kat rumah tu. lepas hantar ayah kat rumah abah tu, aku boleh nak drive terus ke kedai mamak ke apa. Karang kalau balik rumah, sah-sah kena tahan dengan minah tauhu jepun tu. Tak sanggup.. tak sanggup.

“Yang Qai tergeleng-geleng tu dah kenapa?” soal ayah buat aku terngadah. Lepas tu aku sengih.

“Qai tengah bayangkan tauhu jepun kat rumah tu. Errr.. Kembang tekak.” Geli-geleman tu sampai tahap nak ingat rupa tauhu tu pun aku dah meremang bulu roma. Siapalah yang cipta benda tu? Hmm.. kalau tak silap aku, tauhu jepun atau tauhu telur tu asalnya dari Indonesia. Jadi, aku tak faham kenapa ada sesetengah orang panggil ia dengan nama tauhu jepun sedangkan ia tak datang pun dari Jepun.

Ayah tergelak kecil.

“Petang tadi ayah tengok dia google resepi masak lemak cili api.”

Oh my..

“Tauhu jepun masak lemak cili api? God!” Sungguh sukar untuk aku percaya. And what’s next, Sara? Jangan cakap tauhu jepun rendang, pleaseeee!! Kalau betul wujud menu tu, aku rela potong.. potong.. potong line internet kat rumah. Haa, line internet! So dia tak boleh google resepi pelik-pelik dah.

“Tu tiba-tiba buat evil smile kenapa pula?” ayah ni, nampak aje.

“Qai rasa, kita perlu lakukan sesuatu sebelum terlambat.” Aku tergelak-gelak dengan kata-kataku sendiri. Ayat gempak habis ikut skema esei SPM kot.

“Ada plan ke?” soal ayah sedikit berbisik. Gaya macam nak buat pakatan apa aje.

“I’ll figure it out later. Until that, ayah makan puas-puas dulu kat rumah abah tu, kalau perlu bungkus pun tak apa. Bungkus aje.”

Lepas tu kita orang tergelak besar. Dalam hati, aku bersyukur. Lepas apa yang berlaku, lepas kehilangan arwah ibu, ayah tetap jua kuat untuk meneruskan usia tuanya. Ayah tak macam Qaisara, yang terus-terusan mengungkit semua yang pernah berlaku. Ya, dia tak salahkan aku atas apa yang terjadi tapi.. hakikatnya, admit it or not, kalau aku tak bercinta dengan Delisha, tak bertunang dengan Delisha, tentu semua ni tak berlaku pada keluarga aku. Dan setiap kali Qaisara mngungkit, akulah yang paling sakit.

“Haa.. Qai ada benda nak tanya kat ayah. It’s about the GM’s position. Qai dah sign untuk buat renovation tu. Ikut jangkaan bilik tu memang akan siap lebih awal. Jadi Qai nak tanya, bila dia nak start kerja?” Ikut hati nak tanya terus aje, anak share partner mana yang besar sangat mandat tu sampai nak kena tunggu bertahun baru ready pegang jawatan tu? Tapi.. tak apa. Slowly.

Ayah berdeham sedikit. Matanya terus memandang ke hadapan.

“Hold dulu.” Pendek aje ayah jawab.

“Lagi? Sampai bila? Qai sampai tak cukup tangan nak buat kerja Qai, tambah pula dengan kerja GM tu.”

“Kerja GM tu dengan kerja Qai sekarang bukan jauh beza pun. Kerja yang Qai buat as Director tu pun dah masuk skop kerja GM, kn? Lagipun, ayah kan dah pesan. Anything about GM, refer aje kat ayah. Biar ayah tolong.”

“Yes, kerja Qai memang dah masuk kerja GM. Siikiiitt. Yes juga sebab boleh refer kat ayah. Tapi bila time nak present project kat client, ayah boleh ke datang? Kalau ada arguments pasal projek masa meeting, takkan Qai pegang dua-dua jawatan masa tu? Yessss.. Memang boleh. Tapi berat, yah. At least kalau ada GM tu sendiri, Qai boleh fokus dengan satu kerja aje.”

Serius cakap ni. Setiap kali nak meeting dengan engineer, dengan accountant, dengan client, waima dengan PA aku pun, aku kena semak fail GM dulu, lepas tu baru semak point untuk Director. Kau rasa? Weh, nak muntah hijau kot. Wayar kat otak aku ni dah berselirat kalah wayar kat enjin kereta tu ha. Kadang tu pernah aje aku blank tiba-tiba tengah meeting, terpaksalah keluar kejap. Ambil angin dulu. Ni silap-silap kalau ada wiring yang short, wasalam terus aku.

Ayah diam saja. Aku kerling ayah. Dia nampak macam sedang berfikir dalam.

“Actually, siapa sebenarnya orang yang bakal jadi GM tu? Anak VIP mana? Kalau dia tak nak, kita cari aje pekerja lain. Ramai lagi yang menganggur kat luar tu. Dahlah mengada-ngada nak suruh renovate lah apa. Ingat bagus sangat ke?”

“Qai, its about time. Bagi dia masa dulu. Nanti ayah cakap dengan dia. But last time ayah bercakap dengan dia, dia kata mungkin dalam bulan ni atau bulan depan. Qai sabar sikit boleh?”
Aku tekan brake kat lampu merah. Wajah ayah aku cari. Aku picingkan mata, merenung ayah. Apahal ni? Kenapa tak nak cakap siapa orang tu? Nak buat kejutan apa pula ni?

“Okey. Macam nilah. Kalau dalam masa sebulan dari sekarang dia tak ready juga, ayah benarkan Qai cari pekerja lain. You’re the Director, by the way.” Bunyi macam merajuk pun ada ayah ni.

“I’m sorry, yah. I think we should drop the subject.” Putusku.

“You start it first.”

“Ya.. Ya.. My bad.” Dan tawa kami terhambur.



“EH, kenapa tak masuk sekali?” tanya abah sebaik aku turunkan ayah di hadapan pagar rumah dia.

“Err.. ayah tak cakap pun abah jemput Qai sekali.” Aku pandang abah dan ayah bersilih ganti. Ayah tergelak sendiri.

“Kan ayah dah cakap tadi, abah jemput makan. Sekali dengan Qai dengan Sara, lah. Budak ni pun.” Ayah dan abah tergelak-gelak.

“Dah, pergi parking kereta dulu. Ajak Sara dengan Saiful sekali. Haa, Ayien tu pun sama. Karang tak sebut nama Ayien, ditinggal pula budak tu kat rumah.” Sempat aje abah memerli aku. Dia orang sambung gelak lagi sambil melangkah masuk ke dalam rumah. Sabar ajelah pun.

Sempat aku pandang laman rumah abah yang penuh dengan kereta-kereta mewah. Hmm.. semua ada nampaknya. Yang lain tu aku tak kisah pun, tapi Damien tu. Okey ke aku pergi ni?

Qai, kau nak hadap Damien atau makan tauhu jepun masak lemak cili api? Right. Aku pilih yang pertama.




MENYESAL? Tak langsung. Kau buatlah muka macam mana pun Damien, aku seronok aje menikmati keenakkan masakan Delisha. Lama kot tak rasa air tangan dia. Kerabu mangga dia paling win. Tomyam dia pun best. Sayur goreng pun sedap. Nak aku describe macam mana rasa sedapnya? Kali ni, dah tiga kali aku tambah nasi. Haaaa, fikirlah sendiri macam mana rasanya tu.

Eh, kejap. Aku pandang pinggan DR. Aik? Makan lauk aje? Sikit pula tu. Tak sedap ke bini dia masak?

Aku rapatkan badan pada Danish disebelah kananku. Mereka yang lain sedang berborak tak aku hiraukan.

“Apasal DR tu makan macam orang diet?” bisikku.

“Dia tak biasa makan malam. Especially nasi.”

“Nasi tak makan?”

“Malam aje. Siang-siang padi pun dia bedal kot.” Eh, dia ni. Sempat pula melawak. Aku sambung lagi makan.

“Aurora, stop dulu kerja tu. Eat first, sayang.”
Arrr.. aku terngadah kejap. Figura Delisha dan DR di sudut hujung meja menjadi tatapan mataku. Aku nampak DR sedang menyendukkan lauk ke dalam pinggan Delisha. Delisha ralit dengan

“Itulah dia. Kerja sambilan tapi busynya mengalahkan orang kerja ofis.” Bebel mama.

“Kejap. Kejap. Sementara Laila tidur ni, baik siapkan ambil order ni. Esok boleh pos sekali.” Dia sentuh-sentuh lagi badan telefon. Tak angkat pun kepala dia.

“Abang rasa, Aurora kena juga ambil sesiapa jadi partnerlah. Senang sikit kerja tu.” cadang DR dan tiba-tiba DR angkat kening kat aku. Err? Aku terus toleh Qaisara kat sebelah kiri aku. Dia selamba aje makan sambil dengar abah dengan ayah berborak. Saiful tak ada. Macam biasa, tak balik pun lagi.

“Partner?” Delisha angkat kepala. Dia pandang DR kemudian dia pandang aku. Dan baru aku perasan mama, Bella, Damien, dan Dazrin turut merenung ke arahku. Mujur juga budak Naqib tu tak makan sama, dia kena jaga Laila dengan Ayien yang tidur kat ruang tamu.

“Err.. Bukan Qai, mama.” Ujarku pada mama. Terus aku tuding jari kat Qaisara. Ngam-ngam masa tu Qaisara baru toleh kat aku. Jadi dia perasan aku tuding jari kat dia.

“Apasal?” soal Qaisara bila perasan banyak mata sedang memandang kearah dia.

“Kau nak jadi partner aku ke?” soal Delisha terus.
Masa tu juga aku rasa nak tepuk dahi sendiri. Nak cakap slowly konon, sekali kena soal terus dengan Delisha. Terpinga-pingalah budak Qaisara tu.

“Partner apa?” kelam aje muka Qaisara.

“Kenapa ni? Apasal semua muka kerut aje?” soal abah tiba-tiba. Agak dia pun perasan suasana yang tadi riuh dengan dentingan sudu dan garfu, jadi hening.

“Entah. Tanya kat kak Del.” Offhanded aje jawapan.

“Del, kenapa?” soal abah lagi.
Delisha jungkit bahu. Sempat dia betulkan lipatan tudung bawal kat pipi dia.

“DR suruh Del cari bussiness partner. Then dia pandang Qai. I thought it was him yang nak jadi partner tu. Then Qai tunjuk Sara. Tu yang Del tanya kat Sara. Tak ada apa pun.” Ya, tak ada apa pun.

Kau tak tahu ‘tak ada apa pun’ kau tulah kejap lagi ada asap kepul-kepul keluar kat telinga adik aku ni.

“Haa? Bila masa Sara cakap Sara nak jadi partner?” soal Qaisara terkejut. Nasib baik Ayien tengah tidur kat depan tu, kalau tak budak tu pun terkejut sama.

“Not me. Qai dan DR.” Balas Delisha siap-siap.

“Abang.. Told you..” Dia punya geram tu sampai tak mampu nak habiskan ayat.

“Taklah. Abang baru bincang-bincang dengan DR aje.”

“Bussiness apa tu Del?” berminat ayah nak tahu. Terima kasih ayah. Sekurang-kurangnya ayah dah alihkan sikit kemarahan si Qaisara ni dengan buka soalan baru. Harap Qaisara dengarlah apa yang Delisha nak cakap tu.

Delisha letak telefon kat tepi. Dia mula mengangkat sudu untuk makan. Aku dah tiga kali tambah dia baru nak makan.

“Bisnes kecil aje, yah. Baju, kasut, barang-barang rumah, aksesori gadjet. Macam-macamlah. Cakap aje ayah nak apa, semua ada.” Delisha tersengih. Aku senyum dalam diam. Senang melihat raut cerianya.

“Ohh? Bila buka kedai? Kat mana kedainya?”

Delisha tergelak. DR senyum saja. Yang lain dah mula sambung makan kecuali... Damien. Yes, Damien. Dia tu dah macam harimau tengah hendap mangsa. Mangsanya akulah, siapa lagi? Anytime aje, salah sikit aku buat, shoot. Memang kena. Damien ni bukan kira depan siapa pun, janji dia puas dapat kantoikan aku. Bukan aku tak pernah kena.

“Meniaga online aje ayah. Tak rasa nak buka kedai lagi. Sambil-sambil jaga anak. Karang kalau buka kedai, takut orang nak datang. Bodyguard keliling kedai.” Dia mengerling DR. Macam perli pun ada. DR senyum tanpa lelah.

“Haa.. Okey sangatlah tu. Sara tak nak join? Dapatlah Del ni berkawan sikit. Del ni sejak dah kahwin, dah ada anak, dah ada bisnes, memerap aje.” Ayah alih pada Qaisara. Qaisara pandang ayah dengan muka kelat.

“No.” Sepatah Qaisara jawab. Bulat-bulat menolak tanpa berfikir.

“Tapi, kan Sara juga yang cakap nak kerja, nak kerja. Tak nak try?”

“Sara cakap taknak. Karang bala apa pula yang kita dapat.”
Dan sepi. Masing-masing tersentap. Tiba-tiba lauk yang sedap jadi tawar pula. Mungkin sebab aku dah kenyang.

“Sara.” Seru ayah.

“Grow uplah, Sara. Benda dah lepas kot.” Celah Damien rileks. Tambah berapi Qaisara jadinya.

“Abang, apa cakap macam tu?” tegur Bella yang sedang sarat mengandung.

“Apa, Damy? Ulang balik. Aku tak dengar kau cakap apa.” sinis Qaisara membalas serangan Damien. Dulu-dulu ada lagi lah panggilan abang Damy, sekarang kau-aku aje.
Aku terus bangkit.

“Jom Sara, kita balik. Dah kenyang, kan?” Sebelum berlaku pertengakaran yang tak diingini, baiklah aku bawa adik aku balik. Dahlah Qaisara ni dah lama simpan dendam kat Damien. Elak karang, terbang pinggan mangkuk kat muka Damien.

“Lepas apa yang dia cakap, abang suruh Sara balik?”

“Dahlah tu Damy, Sara. Depan rezeki nak bertengkar apa? Makan habiskan.” Tegur mama.

“Sara dah kenyang.” Dia bangun dari kerusi. Seketika, wajah Damien menjadi renungannya.

“Bila satu hari nanti, dengan izin Allah ada orang bunuh isteri dengan anak kau, diragut sekali kebahagiaan dan masa depan kau. Masa tu, nak ke kau maafkan orang tu? Nak ke lupakan semua tu? Ask yourself, brother.” Dan dia terus berlalu bersama airmatanya. Aku dan abah berpandangan. Nak kejar ke? Abah menggeleng saja. Aku akur.

Sepi. Masing-masing dah hilang selera makan. Masing-masing berwajah mendung.

“Apa dah jadi? Did I miss something?” Datang pula si kepoh Naqib ni.

“Don’t bother. Nak makan, makan. Kalau nak datang menyibuk aje, pergi duduk depan.” Arah DR dengan nada serius. Tapi macamlah adik dia tu makan saman pun. Selamba aje sengih-sengih sambil duduk di tempat Qaisara tadi. Tengok gaya macam tak nak makan pun. Biarlah, malas nak layan. Semua orang dah hilang mood nak makan kecuali Damien. Dasar tak ada hati dan perasaan.

QAISER (Bab 7)



=

Bab 7




“BALIK tak tengahari ?” soal Qaisara tatkala aku sedang menyarung kasut dimuka pintu. Dia sedang membelek bunga kaktus bersama Ayien didalam dukungannya.

“Tak pasti. Rasa macam tak sebab nak pergi site. Ada menu istimewa ke?” Aku tersengih sendiri. Qaisara mencebik bibir tanpa memandangku.

“Eh, Sara. Sara betul ke nak kerja?” soalku bila teringat pasal bisnes dalam talian tu.

Laju saja Qaisara menoleh ke arahku. Muka bersinar mengharap.

“Ada kerja kosong ke?”
Aku bangkit, beg aku jinjit bersama. Alarm kereta aku tekan.

“Kat ofis tu tak adalah kerja kosong. Tapi kalau Sara minat, apa kata Sara buat bisnes online? Sambil jaga Ayien, boleh meniaga.” Muka dia kelam sekejap.

“Meniaga online? Nak jual apa?”

“Hmm..” aku tak tahu nak mula ayat dari mana sebab Qaisara punya alergik kat Delisha sampaikan dengar nama aje dia dah berasap telinga.

“Hmm apa? Abang ada idea ke nak suruh Sara jual apa? Ke baru nak brainstorm?” dia dah berdiri depan aku yang sedang bersandar dipintu kereta.

“Arrr..” entah macam mana, aku boleh terpandang rumah sebelah. Qaisara pun taklah lembam mana sampai tak boleh nak faham bahasa mata aku.

“Ada kaitan dengan Del?” tajam dia menyoalku. Aku tersengih sambil garu pelipis.

“No way!” belum cerita bisnes apa, terus pangkah.

“Tapi Sara..”

“No, abang! Just drop the subjects.” Putus Qaisara dan terus berlalu ke dalam rumah dengan air muka keruhnya.

Aku buka pintu kereta, masuk dan terus tersandar dikerusi. Mata terus ke pintu rumah. Maaf Sara, abang tahu banyak benda pahit yang Sara dah lalui kerana abang. Abang tahu sampai sekarang pun Sara masih juga sakit dengan apa yang kita lalui dulu. Tapi Sara, sakit Sara takkan sesakit abang. Abang harapkan Sara mampu lupakan semua tu dan kuat untuk masa depan, macam yang abang sedang lakukan. Tapi tak. Setiap kali Sara mengungkit, sakit abang lebih dalam dan semakin dalam.
Kenapa Sara tak pernah nak mengerti?


AKU baca mesej yang baru sampai dari Bawang. Nasib baik tak pergi bilik mesyuarat lagi. Sampai tadi aku tengok jam dah nak pukul 10. Aku tak terus ke dewan sebab nak ambil iPad kat bilik aku dulu.
Venue, Hall (Bilik meeting overloaded)

Bangunan dah jadi sepi sebab semua staf dah berkumpul kat dewan sekarang ni. Pintu lif terbuka, aku melangkah masuk. Butang 10 aku tekan. Sampai di tingkat 3, lif berhenti. Ada orang nak masuk. Aku anjak ke belakang sedikit. Staf mana yang nak naik ni? Bukan semua patut ada di dewan di tingkat 1 ke?

Ting!!

Bila pintu terbuka, aku dan dia terkaku. Aku pandang dia dan jambangan bunga di tangannya. Caught redhanded, Cik Yasmin.

“Nak masuk tak?” soalku. Aku dah lambat ni. Dia pula nampak teragak-agak.
Bila pintu lift nak tertutup, dia tahan dan terus melangkah masuk. Aku tengok dia nak tekan butang, tapi jarinya terketar-ketar. Dia tekan nombor 8. Aku sengih dalam hati. bukan awak nak ke tingkat 10 ke, Cik Yasmin? Cover, eh?

Dia berdiri tegak membelakangkanku. Sikit pun tak tegur mahupun senyum. Memang awkward sikit hubungan aku dengan staf seorang ni.

Aku perhati wajah Cik Yasmin yang terpantul di pintu lif. Manis orangnya. Sopan. Selalu aku tengok dia datang ofis pun pakai baju kurung. Cuma bila dia nak turun site aje dia pakai kemeja dan slack.
Yalah, diakan dari unit R&D. Ada masa dia kena juga turun site untuk buat research.

Kenapa ya, orang cantik macam ni nak juga mengharap kasih yang tak pasti dari aku? Lama. Bukan sebulan dua dia jadi pengirim bunga misteri kat aku. Dua tahun lebih rasanya. Dah beribu duit dia habis beli bunga untuk aku kot. Kenapa dia tak try nak letak kad pada bunga tu? At least letak nama ke, kan. Ni dia bagi dan sepi, aku pun sepikan diri ajelah.

“Cantik.” Ujarku perlahan. Dalam hati, aku dah tersengih lucu bila tengok pipi dia dah merah.

“Cantik bunga tu. Untuk siapa?” tambah aku lagi dan kali ni aku tengok pipi dia merah macam udang kena salai. Kepala pun makin tunduk. Agak dia ingat aku puji dia cantik kot tadi. Yasmin..Yasmin..

“Nak bagi boyfriend ke?” kalau nak diikutkan, inilah buat julung kalinya aku bertegur dengan Cik Yasmin. Tapi.. Bukan tegur nak mengayat ya, saja ajak sembang pasal bunga, nak tahu sejauh mana dia cuba main sembunyi-sembunyi dengan aku.

“Err.. Taklah. Kawan kirim.” Dia jawab, tapi sikit pun dia tak angkat muka. Nak pandang mata aku apatah lagi. Jaga mata. Bagusnya. Pandai mak ayah dia didik.

Aku seluk tangan kanan dalam poket. Bersandar santai kat dinding lif. Pantulan Cik Yasmin pada pintu lift aku perhati tanpa henti.

“I see. Tingkat 8 department account and credit kan? Siapalah agaknya orang yang kirim tu ya, Cik Yasmin? Ooh by the way, kenapa dia kirim dengan awak?”

“Arr.. Sebenarnya.. Hmm.. mak saya.” Gagap pula cik assistant R&D ni.

“Your mother?” tekanku. Nak tahu juga, apa kaitan dengan mak dia dalam cerita bunga ni.

“Dia ada kedai bunga.” Senafas dia jawab dan.. Ting!!! Sampai dah tingkat 8. Pintu terbuka. Ooh, mak dia ada kedai bunga. Patut pun hari-hari tanpa gagal dia bagi aku bunga. Lili kot, bukan bunga murah ya.

“Pergi dulu, Encik Qaiser.” Pamitnya dan terus melangkah laju namun masih kekal sopan.
Sebaik pintu tertutup, aku melepaskan nafas. Perlukah aku beri ruang dihati untuk dia menghuni? Ya Allah, fikirkan itu saja aku dah rasa bersalah sangat pada Delisha. Seakan aku cuba mengkhianati janji aku pada Delisha. Sedangkan janji tu semua dah lupus lama dulu. Aku belum mampu lagi.



“BOS, kali ni pergi seminggulah.” Kata Razali dari bahagian kejuruteraan.

“Mana cukup, kasi sebulanlah.” Tambah Lilian pembantu kewangan.

“Tak kisahlah berapa lama, yang penting kita pergi luar negara. Okey bos?” aju Raymond dari unit kredit.

“Lucky draw tahun ni nak grand prizes. At least Hyundai Santa FE sebiji, special edition ya.” Celah kak Nora dari HR. Aik, tu macam perli aje.

Aku rasa sekarang ni, dah tak macam meeting. Macam tengah lepak kat pasar awam. Dia orang punya excited, sampai ada yang bagi cadangan siap berdiri atas kerusi. Tergelak-gelak aku dengar cadangan masing-masing. Belum kira lagi yang sibuk berborak sesama sendiri tu. Riuh betul. Tak apalah. Bukan selalu pun. Bila dah macam ni, nampaklah yang kami satu bangunan ni walau tak sama floor tapi hubungan sentiasa elok.

“Okey, guys. Rileks.. rileks. Bagi saya cakap dulu, ya.” Nasib baiklah technician dah sediakan microphone. Kalau tak, jerit sampai tercampak anak tekak pun belum tentu dia orang dengar.

Senyap semula. Bagus. Dengar kata anak-anak buah aku ni. Aku berdiri diatas pentas. Senang sikit nak tengok staf-staf kat bawah sana.

“Saya suka cadangan Lilian tu, pergi sebulan. Boleh aje...” Dia orang dah bersorak sakan.

“Tapi suruh Lilian tanggung kos. Company mampu tanggung kos untuk 3 hari 2 malam aje.” Terus saja masing-masing boooo kat Lilian. Aku tergelak lagi.

“Pergi luar negara tu pun okey juga tapi tak dapat sebab Director kita nak buat annual dinner sekali masa malam last family day tu. Jadi ramai tetamu akan hadir malam tu. Karang kalau buat kat luar
negara, siapa aje yang nak datang majlis kita, kan?” Aku tergelak lagi bila turn aku pula kena booo. Bertuah punya anak buah.

“Jadinya saya bagi 3 pilihan, pandai-pandailah kau orang pilih, nak cabut undi ke apa. Janji jangan sampai bertumbuk, bergaduh atau update kat FB dengan status berbaur provokasi.” Mereka tergelak besar menyambut pesananku itu.

“Satu, A’Famosa. Dua, Lost World of Tambun. Tiga, Gold Coast...”

“Gold Coast!! Gold Coast!!” Aku tak habis cakap lagi dia orang dah terjerit sakan. Terkejut aku.

“Kejap. Kejap. Bukan Gold Coast Australia, ya. Ni Gold Coast kat Morib.” Terangku. Dan dia orang sakan boo rakan masing-masing. Aku tergelak sambil garu kepala. Pening.

“Jadi untuk memudahkan kerja saya, saya serahkan pada Bawang untuk tetapkan tarikhnya. Dan saya nak dalam setiap department, tolong wakilkan seorang untuk jadi ketua. Kerja-kerja susun atur majlis, saya nak Bawang dan ketua-ketua ni settlekan. Apa-apa yang perlukan kelulusan dan kebenaran saya, jumpa saya terus ya. Boleh?” Aku perhati pekerjaku satu persatu.

“Bolehhhh..!!” Bersemangat sekali jeritan mereka. Bagus.. Bagus..

“Saya tinggalkan awak semua dengan Bawang ya. Saya nak kena turun site lepas ni. Okey, kan?”

“Nak ikut..!!” Jerit mereka sambil tergelak-gelak. Aku tersengih aje sebelum berlalu turun dari pentas. Aku terus dapatkan Bawang. Dia sedang berbincang apa entah dengan Uncle Ravi.

“Hi, uncle.” Sapaku pada Uncle Ravi. Bawang pula terus naik ke atas pentas, menggantikan tempatku.

“Hello, kid.” Balas Uncle Ravi mesra.

“Uncle, don’t kid me aroundlah, please. Malu saya.” Cebikku. Uncle Ravi tergelak saja.

“You still a kid to me lah, Qai. Tak boleh ubah sudah. Ohh, ya. Tentang my retirement, I ada discuss with your father. He said, tempat I akan digantikan by my assistance. Position for assistance will be replace by other junior. Then your father suruh iklankan jawatan for junior accountant saja.”
Aku angguk dengan dahi sudah mula berkerut.

“Peninglah saya, uncle. Uncle tak payah pencenlah.” Gurauku.

“Eh, mana boleh. I sudah jadi emas sekarang, you tau? Kena duduk rumah, takut orang rompak.” Ujarnya dan kami tergelak kecil. Fahamlah maksud emas tu. Tapi tak adalah warga emas mana pun, nampak muda aje uncle ni. Macam ayah juga. Aktif lagi.

“You jangan risau. My assistance very commited and responsible person tau. Apa nak pening?”

“About Miss Lilian tu saya okey aje. Sebab ayah pun cakap dia bagus, jujur dan kuat kerja. It’s about position for GM. You tahu tak siapa yang bakal pegang jawatan tu? Saya tak puas hati sangat dengan dia sebab dia punya taste.. High class!! Over sangatlah.”

Uncle Ravi senyum sikit. Nak bagi aku lapang hati dan bersabar kot.

“I tak pasti sangat pasal tu. But I heard your father dah lama ada calon for that position. Cuma orangnya tak ready lagi.”

“Saya dah agak dah. Uncle, you tahu tak siapa? Kenapa ayah tak cakap dengan saya, eh?” Selalu aku tanya pun jawapan ayah mesti sama sejak jawatan GM tu kosong. Katanya, biarkan dulu. Apa-apa yang perlukan pemerhatian GM, ayah suruh rujuk pada dia saja.

“I don’t know. Dia ada mention orang tu anak one of our partnership. But I’m not sure which one.”

“Bukan ke mereka semua sleeping partner saja?” Bunyi riuh dewan dah tak aku hiraukan. Memang tengah fokus habis pada uncle Ravi aje sekarang ni.

“Betul. Tapi sebab semua partner pun sudah tua, kasi tidur baik-baik sajalah.” Uncle Ravi tergelak besar.

“And for the sake of time, their children pun makin membesar. This is the time for the next generation lah to take over the company, then. Kan?”

Aku terdiam sejenak. Cuba menggali fakta dari dalam kepala. “Uncle, saya tak faham satu ni. As what I know, bukankah partnership main peranan dalam membantu sistem kewangan, technical knowledge and business connections saja?”

“Ya, betul. Betul. Tapi you terlupa, they help us in talents as well. Membantu kita untuk cari pekerja yang mahir dan bertanggungjawab.”

Ohh, betul juga. Macam mana aku boleh terlupa part tu? Tapi siapakah dia? Anak partner ayah yang mana satu? Setahu aku, partner ayah ada lima orang kalau tak silap. Curious sungguh ni.

“Tapi kenapa ambil masa setahun lebih nak masuk kerja?”
Uncle Ravi angkat bahu.

“I pun tak pasti, yang I tahu bakal GM kita tu baru habis studi. Dan I ada dengar juga, tak lama lagi dia akan mula kerja dah. Soon. Cuba you tanya dengan your father. Mungkin dia lupa nak inform you.” I see.. patutlah sibuk nak ubahsuai pejabat tu. Penghuninya dah nak masuk. Banyak juga perjalanan syarikat yang ayah buat tanpa pengetahuan aku.

QAISER (Bab 6)


Bab 6



TENANGNYA suasana pagi-pagi macam ni. Rasa macam dah lama sangat aku tak berjoging. Nak joging macam mana Qai, lepas solat subuh aje terus lelap balik. Sejak-sejak pegang jawatan CEO ni, rasa macam penat sangat. Penatnya kat otak tapi lemah sampai satu badan.

Hari ni pun sajalah aku merajinkan diri, berjoging sambil ambil angin pagi. Segar sangat. Hmm... aku plan nak pergi kerja lambat sikit. Meeting pukul 10, jadi setengah jam sebelum tu aku baru gerak. Alah, bukan selalu pun aku datang lambat.

Aku mendepakan kedua belah tangan. Mata aku pejamkan. Membiarkan tubuh disapa angin pagi.

Terkejut aku bila ada orang peluk pinggang aku dari belakang. Pantas saja aku menoleh, siap nak melibas orang yang peluk aku tu. Tapi tak jadi bila aku dah tahu siapa empunya diri yang sengaja nak kenakan aku tu. Aku merenung dia, tajam. Melihatkan dia mengekek ketawa, buat aku rasa macam nak...

“Bongok eh, kau? Aku terajang karang, sia-sia aje koma setahun.” makiku. Geram aje aku tengok si Danish yang masih ketawa tak henti-henti tu.

“Weh.. Hahaha.. Weh, muka kau.. Hahaha..” Dia cakap sepatah, ketawa satu perenggan. Sampai berair mata dia ketawakan aku. Hawau betul.

“Lawaknya.. Hahaha.. Lawaknya.. Hahaha..” Dan dia terus ketawa dan ketawa.
Geram punya pasal, aku luku kepala dia. Ambik. Padan muka. Perangai macam apa. Nasib aku tak terjun tasik depan tu.

“Apahal tu, Qai?” teguran dari sebelah kanan membuatkan aku menoleh. Berdiri DR dan Damien disitu. Kelat muka Damien tak aku hiraukan. Aku melangkah mendapatkan mereka.

“Entahlah Dany tu. Mental koyak teruk. Kau bila balik?” Saja aku tanya, beramah mesra. Tak ada sebab untuk aku tarik muka dengan DR. Dengan Damien pun aku senyum juga, tapi dibalas dengan jelingan. Okey, malas nak layan.

“Baru sampai sebelum subuh. Malas nak tidur, tu yang ajak Damy dengan Dany joging. Eh, thanks tau sebab ambilkan adik aku semalam. I owe you.”

“Benda kecil aje. Cuma itulah, lambat sangat aku sampai. Ada meeting dengan client.”
Dia senyum. Aku tengok DR tak ada apa pun, Damy aje yang lebih-lebih marahkan aku. Sebenarnya, aku difitnah dengan Delisha ke atau isteri dia, Bella?

Danish pula merapatkan dirinya padaku. Dia masih dengan sisa tawanya. Aku siku perut dia. Dia terus tutup mulut dia dengan tangan, tapi ketawa lagi. Bengong.

“Aku tak kisah pun lambat tu, umi dengan ayah aku yang bising. Si Naqib tu lari dari bodyguard dia. Tu yang risau jadi apa-apa kat dia. Tak tahulah budak tu, lain pattern sikit. Dia ada susahkan kau ke?”

Aaahh... Susahkan? Susahkan tu tak ada. Sakitkan aku adalah. Sakit hati. Dah ditolong, aku pulak difitnahnya. Memang lain pattern budak tu. Biasa anak hartawan ni behave aje, yang dia pulak?
Haiii... Lemah sendi-sendi nak cakap.

“Tak ada apalah. Dia okey aje.” Macam rela tak rela aje aku cakap macam tu. Ikut hati, nak aje aku hamburkan semua perangai si Naqib tu. Dahlah mulut tak ada insurans, buat pulak fitnah pasal aku dengan Delisha. Tak sampai sehari pun dia kat sini, dia dah buat hidup aku kacau-bilau.

“Betul ke dia okey? Susahnya aku nak percaya.” Bila DR cakap macam tu, maksudnya DR pun tahulah perangai sebenar dia.

“Alah, kau tak payah nak kisahlah pasal semalam tu. Qai ni memang suka tolong kau, lagi-lagi kalau kau tak ada.” Celah Damien. Satu ayat tu saja dah buat tiga bibir yang tadinya tersenyum, hilang serta merta. Spoiled.

“Jom breakfast sama, pagi-pagi ni kalau pekena teh tarik pun best.” DR cuba tarik kembali suasana. Dia nampak malas nak ambil kisah apa yang Damien katakan. Bagus DR, aku suka cara kau mengendalikan emosi dan keadaan.

“Hmm.. Tak..”

“Haa.. Jom.. Jom.. Aku pun dah lapar ni.” Terus aja Danish tarik tangan aku. Kami berjalan mendahului Damien dan DR.

“Kau tak nampak ke muka Damy tu macam mana? Kau nak tengok ke kita orang buat scence tarik-tarik telinga kat kedai makan?”

“Kau ingat aku dengan DR nak biarkan kau orang main tarik-tarik telinga? Memang taklah. Cumanya aku nak kau nampak steady depan Damy. Biar dia lagi sakit hati. Kau rileks aje. Tak payah layan mamat emo tu.” Ni dia tuan penasihat aku. Memandai aje. Dia tak kena, bolehlah cakap rileks. Cuba kalau dia yang kena kutuk macam tu, baru dia tahu macam mana sakitnya hati aku.

“Tapi tadi.. Hahaha.. aku tengok muka kau pucat habis. Hahaha.. Kau ingat siapa yang peluk kau, ha?” Dia sambung lagi gelak, tapi tak sekronik tadi.

“Bongok, kan kau. Aku mati-mati ingat perempuan yang peluk aku. Kalau aku tahu kau, lama dah aku tendang tuttt kau.”

“Weh, ayat keji.” Dan tawa aku bergabung bersama tawanya.
Tiba-tiba aku jatuh kasihan dengan diri aku sendiri. Agaknya, sampai ke tua ke hidup aku hanya akan ditemani dan dihiburkan oleh Danish dan Bawang? Alamak aii, tragisnya hidup aku dimasa tua nanti.



MAKAN dah makan, kenyang pun dah kenyang. Tapi masing-masing tak bergerak lagi dari tempat duduk. Aku jengah jam diskrin iPhone, kurang dua puluh minit nak pukul lapan setengah. Tak apa, ada masa lagi nak bermalas-malasan. Agak-agak pukul sembilan aku balik, mandi, siap-siap, dalam pukul sembilan empat puluh bolehlah gerak ke ofis. Bukan jauh mana pun ofisnya.

Aku pandang mahluk-mahluk dihadapanku. Semua tengah tunduk, tekun main smart phone. Inilah hakikat yang aku, kau dan kita semua kena hadap bila duduk makan dengan member-member. Tak kisahlah member mana pun, sama saja. Bila dia orang pelawa nak ajak lepak dan berborak tu, janganlah percaya. Term lepak tu bunyinya fake sama sekali. Sebabnya, dari awal kau sampai, sampailah makanan dah siap dihadam, tak sampai dua topik pun bahan yang kau orang borakkan.

Selebihnya, kau orang akan ‘berborak’ kat dalam phone. Contohnya, salah seorang dari member kau tu akan selfie dengan kau orang, lepas tu update kat IG, mention nama kau orang, share terus ke FB dan disitulah kau orang akan ‘berborak’. Berborak tapi sepi. Betul tak?

Dan insan-insan seperti aku, yang terlebih sel-sel malas nak menghadap handphone inilah yang akan merasa betapa seksanya duduk melangut sambil mata duk perhati orang yang keluar masuk kedai mamak ni.

Dulu-dulu, waktu zaman kegemilangan geng lima bersaudara aku tu, memang taklah nak melepak lepas tu masing-masing main phone. Kalau ada pun sebab hal-hal penting aje. Lagi pun, beranilah kau nak meralitkan diri dengan dunia lain bila tengah hang out dengan dia orang, sah-sah kena luku dengan Delisha tak pun kena bebel dengan Ken.

“Kau kalau setakat nak duduk sini tayang muka tapi borak dalam phone, baik balik. Kita borak dalam whatsapp group aje.” Tu memang ayat win dari Ken.

Agak kalau sekarang aku guna ayat tu, apa yang akan jadi ya? Mungkin ke aku akan dihalau balik atau paling tak pun aku kena sound balik dengan si Damien tu? Tapi tak apalah, aku tak rasa nak bagi ayat tu kat dia orang pun. Dahlah DR tu bukan calang-calang orang.

Tiba-tiba DR yang duduk di hadapanku, letak telefon atas meja. Sekali dengan ipad Mini dia tu. Dia senyum pandang aku. Aku angkat kening aje. Tak faham kenapa tiba-tiba dia senyum.

“Checking my schedule just now. Tak sempat pun nak Tweet.”
Aik? Rasa aku, aku cakap dalam hati aje tadi. Apasal dia boleh tahu pulak?

“Kau punya muka bosan, jelas sangat Qai.” Macam biasa, Danish kalau tak gelakkan aku memang tak sah. Mujur jugalah lepas apa yang berlaku antara aku dan Delisha, hubungan aku dan Danish tak terjejas. Masih akrab, malahan semakin akrab.

“Dah memang aku bosan.” Jawab aku bersahaja. Aku kerling Damien yang masih dengan telefonnya. Biarlah dia melekat dengan benda tu, karang kalau dia bercakap, meletup-letup pulak hati ni.

“Kau ni pun, cuba jangan narrow minded sangat.” Aku pulak Danish kata otak sempit. Tak pasal-pasal aje.

“Aku pulak narrow minded?” Aku tuding jari kat muka sendiri. Danish selamba angguk. Tak ada rasa bersalah langsung lepas cakap aku macam tu.

“Kau dengar sini. Tak semestinya orang yang asyik belek phone ni dia sibuk dengan social media aje sampai jadi anti social. Betul tak DR? Look, DR sendiri sibuk cek schedule dia guna phone. Sekarang ni, apa-apa pun mesti phone. Kalau tak ada phone, orang boleh gila tau.”

Bahagian yang tu aku setuju, sebab aku pun bergantung sepenuhnya pada telefon dan iPad dalam menguruskan jadual harian aku dan menyimpan macam-macam data. Kalau benda tu hilang atau rosak, rasanya bukan setakat gila, meroyan pun boleh jadi. Mungkin lepas ni aku patut ada satu lagi gadjet untuk back up file tu semua. Sebelum jadi, baik aku ambil langkah berjaga-jaga.

“Dalam sepuluh orang, aku rasa lima orang aje yang gunakan smart phone untuk manage kerja apa tu semua. Lain-lain? Kau sendiri?” Betul apa? Bukan semua orang pun gunakan telefon pintar untuk urusan kerja.

“Mungkin ya. Mungkin juga tidak. Tapi Qai, nak taknak memang kena admit yang media sosial ni sekarang dah jadi kepentingan semua. Not just for funs, for friends, ada aje orang guna media sosial ni untuk berniaga. Kan?”

Haa... yang ni aku setuju. Ya tak ya jugakan. Sekarang ni, nak beli apa pun semua kat hujung jari aje. Tekan-tekan, terus sampai depan pintu rumah.

“Kau tengok Bella sekarang. Customer dia lagi ramai beli thru online. Jaranglah yang walk in. Yalah, guna online pun lebih jimat masa. Tak payahlah bersesak-sesak, berkejar-kejar nak ke butik. Pilih, bayar, esok dah sampai kat rumah.” Tambah DR lagi sambil mata mengerling Damien yang masih sibuk dengan telefon bimbit dia.

“Yalah, Qai. Del sekarang pun dah start bisnes online tau. Macam-macam juga dia jual, tapi semua pun dia borong kat Thailand dan China. Kan DR?” celah Danish pula.

Ooh.. Aku baru tau pasal Delisha dah mula berniaga sekarang ni. Bosan agaknya duduk kat rumah tak buat apa. At least, ada juga benda yang boleh dia buat sambil-sambil tu, kerja sebagai surirumah tu tak terabai. Eh..?

“Macam mana nak start meniaga macam tu? I mean, nak cari barang ke apa. Aku ingat nak bagi Sara try meniaga online jugaklah. Dia tu sibuk asyik nak kerja aje. Aku kesian kat Ayien dengan ayah nanti sunyi kat rumah.” Dari Qaisara kerja di luar, baiklah dia kerja di rumah. Boleh jaga Ayien, boleh teman ayah. Untung tak banyak mana pun tak apa, buat duit poket dia. Buat isi masa kebosanan dia tu.

DR merapatkan badan pada meja. Ni yang malas ni. Bila cerita bab bisnes aje, muka DR mesti serius dua tiga macam. Naik cuak aku.

“Del dulu start dia ambil barang dari middle man. So dapat barang dah agak mahal, jual pun dia mark up sikit aje, dah jadi mahal pada customer. Then dia decided nak ambil sendiri barang tu dari kilang. Tu yang dia ikut bussiness trip to China and Thailand. Sekarang ni dia memang direct dari kilang, dapat murah gila. Jual pun untung satu barang dia ambil tak sampai 50%. Okeylah, dia minat. Aku tolong mana yang patut aje.” Wah, macam menarik.

“Dari mana dia dapat trip tu?” Rasa bersemangat sikit bila cerita ni berkisar pada Del. Tak.. Niat aku nak tahu pasal bisnes dia aje, bukan ada niat lain pun. Tapi disebabkan bisnes ni berkait dengan Delisha, semangatnya tu jadi luar biasa sikit.

“Entah dia tu. Main tekan aje kat instagram, jumpa pula. After all, memang okeylah. Servis pun okey. Aku ikut juga pergi masa tu, memang barang kat sana banyak sangat. Macam-macam ada, murah pula tu. Bila dapat barang harga murah, nak jual murah pun tak risau rugi. Tapi kena check betul-betullah. Sebab nak cari barang yang high quality with lowest price ni bukan senang. Kau nak try ke?”

“Aku?” Aku tuding pada diri sendiri. Kerja kat ofis aje tak pernah habis. Mana nak cari projek, mana nak siapkan projek, mana nak supervise pekerja, mana nak menapak ke site. Hai, memang taklah kot.

“Kalau boleh klonkan aku jadi tiga, bolehlah rasanya.” Kami tergelak. DR tentu saja faham. Aku yang bisnes cikai ni pun dah tak cukup kaki tangan, dia yang bisnes gempak tahap tak ingat tu apatah lagi.

“Hahaha.. Boboiboy kuasaaaa tigaaa..!!” Danish mencelah siap buat gaya Boboiboy nak bertukar. Pengaruh kartun terlebihlah dia ni pun.

“Aku nak tolong Sara carikan kerja yang boleh dia buat kat rumah sambil jaga Ayien tu. Dia sibuk sangat nak kerja kat ofis. Aku bukan tak bagi, tapi risau Ayien tu. Memanglah nursery banyak, tapi rasanya elok ibu dialah yang jaga sendiri, kan.”
DR angguk.

“Betullah. Sekarang ni kes dera melampau-lampau. Aku pun naik seram bila baca kat paper, tengok kat news. Scroll FB pun selalu aje nampak kes-kes macam ni. Memanglah bukan semua penjaga macam tu. Kira yang dapat penjaga yang boleh jaga anak kita macam anak sendiri tu, memang untung sangat.” celah Danish.

“Tu sebab aku tak nak Del kerja. Nasib baik bisnes abah tu ada Is boleh handle, ringan sikit beban abah.” Tambah DR.

“Pasal tu juga aku tak boleh selalu jumpa Is. Sibuk memanjang. Sekejap kat Kluang, esok dengar dah kat Segamat, lusanya bila tanya dah sampai kat Melaka, tulat pula tahu-tahu dah ada kat Taiping. Sampaikan berpuluh kali call, sekali pun susah nak jawab.”
Danish buat muka herot. DR tersengih.

“Ala. Nanti dah kahwin jumpalah tiap hari puas-puas. Tak ada orang kisah pun.” Usikku.

“Ha’ah, yalah tu. Silap-silap aku sanding pun kat kedai abah sambil Is siapkan report account kat atas pelamin.”

Aku dan DR tergelak besar dengar dia merungut macam tu. Sebenarnya, sampai sekarang aku tak faham macam mana Is boleh terima pinangan si Danish yang pernah dan rasanya masih pegang tittle buaya jadian tu. Nak kata pernah bercinta, tak ada pula. Elok tak sampai setahun lepas kejadian yang Delisha koma tu, Danish datang rumah aku lepas tu tanpa ditanya, dia cakap pada aku:

“Aku macam nak masuk minang si Is tu lah. Mesti dia takkan tolak, kan? Lusa okey kot, sebab lusa birthday aku.”

Aku ingat masa dia cakap macam tu, dia baru lepas minum air ketum. So, aku anggap lusa takkan ada apa-apa yang akan berlaku. Sekali tu, lusanya dia whatsapp aku gambar mama sarung cincin kat Is yang masih beruniform kerja. Background memang sah-sahlah kat kedai. Tapi aku nampaklah ada famili Is kat situ.

Kadang-kadang, confident level orang yang bergelar buaya jadian ni memang tak mampu nak diramal. Kan? Nasib baik tak kena reject!

“By the way, Qai. In case kau berminat nak Sara join Del as partner ke apa, kau discusslah dengan Del macam mana. Del tu pun aku tengok kesian juga, asyik memerap aje kat rumah. Nak pos barang customer pun dia suruh Hans tak pun Mok. Bila ada aku ajelah dia nak keluar berjalan. Kalau tak, memang taklah dia nak keluar. Dia rimas bila kena escort dengan bodyguard. At least kalau ada bisnes partner, taklah dia bosan sangat.” Yalah, nak buat macam mana. Kahwin pun dengan jutawan, langkah keselamatan kenalah ambil.

“Tapi Sara dengan Del kan..” Bicara Danish mati disitu. Baguslah kalau Danish pun faham.

“Slowly, lah.” Ujar DR.

“Nanti aku bincang dengan Sara dulu. Tapi kan, kenapa Del tak nak buka kedai aje? At least senang sikit kot customer yang nak walk in.” soalku, berminat nak tahu. Tapi rasanya soalan aku tu dah lari channel kot sebab tiba-tiba aje Damien angkat kepala, tengok aku macam aku baru lepas mengaku tengah bercinta dengan bini dia. DR muka steady aje. Tak terkejut pun macam dia.

“Malas, dia kata. Nak tunggu Laila besar sikit. Tapi tak sempat Laila besar, nak dapat adik pula. So terpaksa tangguh lagi. Buat masa ni, dia selesa meniaga macam tu. Tak terikat dengan masa.”

‘Laila nak dapat adik.’ ‘Laila nak dapat adik.’

Aku senyum, mengangguk. Mengiakan kata-kata DR. Tapi entah kenapa, aku melarikan anak mataku ke arah lain. Dan senyuman yang tergaris seakan herot. Ya Allah, bertahun aku berjaya, kenapa hari ni, di hadapan mereka aku harus kantoikan perasaan aku? Janganlah ada yang perasan. Lagi-lagi si Damien tu.

“Apasal kau nampak vibrance bila cakap pasal Del, eh?” Dushh..!! Terkena juga aku. Walaupun soalannya bukan tentang senyuman aku yang senget tadi tapi aku tahu ke mana hala tuju soalan ini nanti.

Aku angkat kening, double. Dengan isyarat aku bertanya, seakan tak faham dengan soalan tadi. Sebenarnya, aku tengah cari jawapan untuk soalan tu.

“You know what I mean.” Tekan Damien dengan muka ketat dia.

“Damy..” panggil DR supaya mood ‘hangat’ ni dihentikan.

“Nope. Aku tak puas hati selagi apa yang ada dalam kepala aku ni tak terjawab.”
Aduhai.. Dia dah start dah. Aku toleh Danish. Dia pun tergeleng dengan sikap abangnya. Kesal ada, menyampah pun ada.

“Yang kau terlebih emo ni apahal? DR cool aje pun.” Keluh Danish.

“Because I know there’s something wrong about him, about Del, about them.”

“Weh, if there’s something wrong pun, kenapa kau yang rasa pula? Bukan DR ke yang patut lebih tahu?” jawab Danish lagi. Aku pun tak tahu nak selit kat mana, biar ajelah ‘tuan penasihat’ aku yang tolong jawabkan.

“DR wasn’t around. Mana dia nak tahu apa dah jadi antara Del dengan Qai. So, as a broth..”

“You weren’t act like a brother lah, brother. Lebih pada batu api kot ada. Apa kata, selagi DR tak kata apa-apa, kau tak payah nak jadi busuk hati menghasut mengapi dia. As long as Del’s husband not feel that ‘something wrong’, I think everything is okay. Kan DR?” Selamba aje si Danish ni sekolahkan abang dia depan kita orang. Tak pasal-pasal muka Damien naik merah. Malu kot. Betullah, usia adakalanya tak mampu mematangkan kita.

DR angguk saja dengan wajah yang meyakinkan aku bahawa semuanya okey pada dia. Jadi, yang menjadi masalah bukanlah DR, tapi si Damien tu. Sampai bilalah aku akan jadi pesalah dimata dia?

“Eh, Qai. Aku nak tanya sikit, lah. Tu pun kalau kau tak kisah.” Tiba-tiba nada DR berubah dan aku yakin dia nak ubah topik.

“Tanya apa?” pelik juga sebab DR nampak macam tak sabar nak soal aku.

“Syarikat kau ada dapat projek besar ke?” Aik?

“Projek besar? Besar yang macam mana?” pelik pula bunyi soalan dia ni.

“Macam projek bina istana ke?” Haa? Aku rasa tulang rahang aku nak terjatuh sebab ternganga besar sangat. Projek bina istana? Besar betul tu. Aku ingatkan aku aje yang ternganga, rupanya Danish pun sama.

“Belum pernah dapat lagi rasanya. Kalau istana pasir tu mungkinlah kot. Kenapa kau tanya macam tu?” jawapan bersahajaku membuatkan Danish tergelak-gelak.

DR silang kaki. “Bukan, aku dengar dari staf aku semalam yang syarikat kau nak order barang kristal dari Venus Furniture. Betul ke?”

Haaa, ni kira isu paling hangat dalam syarikat aku sejak semalam. Tak sangka boleh tersebar sampai ke syarikat orang lain. Dan isu ni tak pernah habis untuk dibahaskan. Selepas perbualan aku dah ayah petang semalam tu, aku dah malas nak bertanya lagi dengan ayah. Sebab ayah seakan sudah menutup perbincangan kami dengan arahannya supaya aku turunkan saja tandatangan.

“Mana ada projek besar pun. Ayah aku suruh renovate ofis General Manager aku tu. Habis semua benda nak ditukar dengan barang kristal. Makan ratus ribu kot untuk satu bilik tu aje.” Ceritaku dengan nada tak puas hati.

“Haa? Serius ke? Siapa GM kau tu? Dia ke yang minta renovate?” DR sendiri nampak tak percaya. Weh, bilik DR yang berpangkat Director tu pun tak segempak ni tau.

“Wow!! Dasyat!” sambut Danish. Aku mencebik.

“Mana ada orang lagi untuk position tu. Sejak aku naik pangkat, jawatan tu memang ayah aku suruh kosongkan, tapi aku tahu ayah aku memang dah ada calonnya cumanya dia taknak bagitau aku ataupun sesiapa. Entah anak raja mana agaknya yang pegang jawatan tu sampai semua benda nak kena kristal.” Bebelku.

“Aku rasa perempuanlah GM baru kau tu. Dia Cinderella kot.” DR tergelak-gelak. Aku mencebik. Cinderella datang dari mana? Menyusahkan aku aje. Dulu aku ingat, orangnya lelaki. Yalah, aku pakai agak-agak aje. Tapi macam bukan. Haih, pening betul nak fikir.

“Aku rasa kalau betul dia perempuan, mesti dia ni terlebih tengok cerita Cinderella. Dah kalau sampai pen pun nak kristal, kau tak pelik?” DR dan Danish tergelak lagi. Lucu sangatkan bunyinya.

“Aku tak pelik kalau dia perempuan dan dia feeling nak jadi Cinderella. Yang aku pelik kalau dianya lelaki. Cuba kau bayangkan.” sela Danish.

Melambak lagi tawa DR. Dan aku terbayangkan seorang lelaki yang berjalan terkepit kaki dengan muka bertepek dengan bedak setebal 14 inci. Matilah, nak!!

QAISER (Bab 5)

Bab 5

AKU keluar dari kereta bersama bungkusan makanan yang ayah pesan tadi. Perut ayah mesti tengah mogok tu sebab kena telan lagi tauhu jepun Qaisara tu. Aku tergelak kecil. Tatkala kaki sedang melangkah menuju ke pintu utama, mata tertoleh pada tingkap bilik Delisha yang sudah tertutup, tapi cahaya lampu masih menyala. Tu tandanya Delisha tak tidur lagi. Kebiasaannya, bila DR kerja luar dan tak balik, Delisha akan ditinggalkan di rumah keluarganya. Delisha..

Tak semena, kenangan itu terulang kembali.

Aku ambil sebiji lagi batu kecil, tingkap bilik Delisha aku aim. Lalu, batu aku baling.

Tuk..!! Masih tiada respond. Aku baling lagi.

Tuk..!!

“Woiii...!! Sakitlah..!!” teriakan dari dalam bilik buat aku terkejut. Jatuh batu yang aku nak lempar untuk kali keempat tu. Aku tersengih membalas renungan membara Delisha.

“Kau sengih apa? Benjol dahi aku ni weh..” bukan main kuat lagi Delisha menjerit.

“Sorry weh, aku tak sengaja.” Betul-betul aku tak sangka boleh terkena batu tu kat dahi Delisha. Itulah kau Qai, buang tabiat pergi main baling-baling batu pulak.

“Banyak kau punya tak sengaja. Apahal kau main baling-baling ni? Nak cari gaduh?” marah Delisha.

“Apa pulak pakai cari, kan dah memang tiap hari kita gaduh.” Aku tersengih lagi, tayang gigi putih aku ni. Kot Delisha boleh mimpikan aku malam ni, bertuahlah aku.

“Kau kalau aku terpijak muka kau berkali-kali, baru kau tahu apa tu penyesalan.” Amboi, kerasnya amaran. Kasar. Tapi yang kasar inilah yang buat hati aku tak tenteram. Haila, bila nak habis sekolah ni? Boleh aku ajak Delisha kahwin. Dari dia buang masa kumpul boyfriend, baik kahwin terus dengan aku. Hahaha..

Qai, kalaulah Delisha tahu apa yang kau tengah fikir sekarang ni, bukan takat muka aje kena pijak, satu badan kau lunyai kena smackdown.

“Garangnya kau ni. Aku saja aje try baling batu, nak test telinga kau dengar ke tak.” Bodoh tak alasan aku?

“Ohh, kalau aku saja-saja baling batu ni kat dahi kau, nak test kau sakit ke tak, boleh ke?” Oii, perli. Tajam.

“Kau ni, gurau pun tak boleh.”

“Gurau tak kena tempat, memanglah mintak maki aku. Dahlah, aku nak sambung main PS. Kau pergi studi, esok ada test. Studi elok-elok, jawapan macam biasa pass kat aku.” dia gelak kuat, sebiji macam pontianak menang loteri. Seram. Kejam.

Tersentak, aku mengalih pandangan dari tingkap bilik Delisha ke arah kereta Saiful yang baru masuk parking dilaman. Aku masih berdiri disitu, memerhatikan setiap langkah Saiful yang masih lengkap dengan kemeja kerjanya. Takkan baru balik kerja kot? Kerja sektor awam pun balik sampai jauh malam.

“Qai, kau buat apa berdiri kat tengah-tengah laman ni?” tegur Saiful, nampak pelik.

“Tak ada apa, saja ambil angin. Aku baru balik dari mamak tadi. Kau dari mana?” Status keakraban kita orang, kita orang okey. Sekadar okey. Maknanya, bila jumpa boleh bertegur, tapi jarang berbual panjang. Bila tak jumpa, aku tak pernah cari dia, dia pun tak akan cari aku. Tak tahu kenapa, susah benar aku nak ‘in’ dengan kepala dia ni.

“Makan dengan kawan-kawan. Aku masuk dululah, eh.”

Aku angguk saja. Kan.. Kita orang bertegur tapi memang tak boleh berbual panjang. Aku pelik macam mana ada sesetengah ipar ni, dia orang boleh saja duduk-duduk sambil mengopi, bercerita dari satu topik ke satu topik yang lain, sedangkan aku dengan Saiful tak boleh. Masalah aku atau masalah dia?

Kalaulah dulu-dulu tu aku jadi dengan Delisha, mesti setiap malam aku melepak mamak dengan Danish, dengan Dazrin. Dengan Damien tak pasti lagi. Tapi dengan Danish dan Dazrin, kita orang memang ‘in’ habis. Kalau tak mamak, boleh futsal. Tapi sayangnya, tak jadi. Hmm..

Seketika, aku toleh pada tingkap Delisha. Dah gelap. Dah tidurlah tu. Selamat malam, Delisha. Semoga kau sentiasa dirahmati dan disayangi. Semoga kau terus bahagia, pedulikan aku yang masih begini. Aku bahagia bila kau bahagia.

Qai, so cliche. Peduli apa aku. Memang itu perasaan aku. Huh..

Masuk rumah saja, aku terus ke dapur. Masih terang lampunya. Mesti ada orang. Saiful ke? Ooh, ayah rupanya. Tengah makan biskut cicah air kopi panas. Alahai, kesiannya ayah.

“Qai, lambatnya balik? Dah berbunyi perut ayah.” Omel ayah. Bungkusan yang aku bawa, aku hulur pada ayah. Garfu aku serah pada ayah. Ayah memang tak tunggu apa, habis baca doa, terus suap mee masuk mulut.

“Ayah tak makan ke tadi? Teruk sangat ke rasa tauhu telur masak kari tu?”

“Makan. Rasanya tu, macam makan belut masak kari. Errrrghh.. ingat balik pun bulu roma ayah dah meremang.” Terangkat-angkat bahu ayah dek kerana rasa gelinya tu.

Aku tarik nafas lega.

“Nasib baik Qai sempat elak.” Beribu kesyukuran aku panjatkan.

“Nasib Qai hampir jadi tak baik tadi sebab dia dah asingkan lauk tu untuk Qai sikit.” Cerita ayah sambil mengunyah.

“Lepas tu? Apa jadi?”

“Ayah buat-buat terlanggar mangkuk lauk tu. Tumpah terus. Selamatlah Qai. Kalau tak, mahu makan sambil meraung. Ayah ni pun tahan aje. Dah siap makan tu, terus termuntah. Tu yang lapar balik.”
Uhh.. Mujur ayah buat macam tu, kalau tak memang aku pun termuntah samalah dengan ayah.

“Sorry, yah. Tadi lepak dengan Dany sekali. Tu yang lambat balik. Kesian ayah lapar.” Aku berharap sangat supaya Qaisara celik mata, nampak yang kami tak boleh terima dengan ketaksuban dia pada tauhu jepun tu. Kesianlah kat ayah yang selalu jadi mangsa dia tu. Kalaulah arwah ibu ada lagi, tentu perut ayah terjaga. Hmm..

“Tak apalah. Bukan tak ada makanan lain dalam peti tu. Ada pizza tu, tapi ayah malas pulak nak panaskan. Makan biskut ajelah yang senang. Nak masak lauk lain, ayah takut Sara tanya macam-macam. Karang kecik hati dia kalau tahu ayah muntahkan lauk dia tadi.”
Allahu.. Sampai begitu sekali ayah nak jaga hati anak-anaknya. Aku jadi terharu, sebak.

“Ayah makanlah dulu. Qai temankan.”
Iphone aku bawa keluar. Dari tadi asyik vibrate aje. Group mesej manalah yang tengah aktif ni. Oh, group ‘Alumni SMST (‘00-‘05)

“Ayah, ada surat tak untuk Qai?” soalku pada ayah. Sebab aku tak tahu menahu pun pasal reunion ni.
Ayah terdiam sejenak, berfikir.

“Ada.. Ada.. Mana entah Sara simpan. Tapi kat envelop tu ada cop Alumni SMST kalau tak silap ayah.” terang ayah.

“Okey. Tak apa, yah. Nanti Qai minta pada Sara.” Mataku kembali pada skrin telefon.

Qai mana weh? Aku tengok dia online ni. -Taufiq

Entahlah Qai. Dia tu mesti jd silent reader. -Atikah

Apa bising2 pnggil Qai ni? Qai dah tidur la oiitt. -Bawang

Oh Qai.. Kau dah ada awek belum? Kalau belum, aku carikan. -Faizal

Kali ni harap2 Qai dtg bwk awek. -Halim

Sejak2 geng 5 bersaudara tu kelam, Qai dtg reunion msti solo. -Hafiza

Ah, Jal. Bini kau pun akak kau yg carikan. Lebihlah kau. -Alia

Kali ni aku akn pastikan Qai dtg reunion dgn aku. jd pada awek2 yg single tu, jaga2. Qai nak cari jodoh malam tu. -Bawang

Mana kau tahu Qai dah tido? -Syam

Bawangkan PA dia, mestilah dia tahu. -Tengku


Aku tersengih. Lawak ajelah dia orang ni. melayan group mesej ni memang takkan pernah habis. Paling cepat habis pun bateri telefon. Aku hantar gambar bawang goreng dengan caption :

Laparlah pulak. -Qai

Lari oii Bawang, Qai nak kunyah kau. -Taufiq

Aku tergelak kecil. Terus aku matikan internet. Siap, esok mesti berderet mesej bila aku on kan internet semula.

“Gelak kenapa?” tanya ayah. Nampak mee goreng dah licin dalam polistrin. Ayah tengah teguk air kopi.

“Tak ada apa. Kawan sekolah mesej.”

“Ohh, mesti pasal reunion ni. Rajin betul orang yang manage reunion tu. Setiap tahun tak pernah miss.” Puji ayah.

“Yalah, yah. Nak jumpa semua kawan-kawan selalu tu tak dapatlah. Masing-masing dah ada komitmen. Bila buat majlis macam ni, dapat jumpa ramai. Walaupun tak semua hadir, tapi okeylah kan.”

“Silaturahim yang ada jangan diputuskan. Jangan dalam grup whatsapp aje sembang kuat, dalam FB pun berkomen bukan main, bila jumpa masing-masing pandang tempat lain. Silaturahimnya tu setakat di media sosial aje.” Ujar ayah. Aku angguk juga.

Aku ni media sosial kurang sikit. FB, IG, Twitter, entah apa-apa lagi tu, memang aku ada akaun. Tapi dalam sebulan, belum tentu aku bukak. Belum tentu aku update.

“Qai pergi ke reunion tu? Bila?

“Tak sure lagi, sebab Qai tak tengok lagi tarikhnya bila. Takut cross dengan family day company kita.”

“Yalah, ayah lupa pulak pasal family day tu. Dah booking hotel ke? Lagi 2 minggu kan?”

“Ha’ah, yah. 2 minggu lagi. Itulah masalahnya, Qai belum sempat buat meeting untuk program tu. Sibuk sangat dengan kerja luar. Si Bawang pun tak ada ingatkan pasal meeting tu, sampai hari ni tak pilih pun destinasi kita tahun ni.”

“Tak boleh macam tu. Make sure esok dah settle part destinasi dan booking hotel. Kalau boleh, esok pagi buat meeting. Arrange sekali aktiviti kita. Lantik seorang untuk manage program ni. Jadi Qai tak payah risau, biar dia aje yang settle kan semua benda. Oh ya, tahun ni ayah nak selit untuk majlis anniversary company, ya. Tak payah buat 2 kali majlis. Senang.”
Aku angguk, faham. Lagi mudah macam tu.

“Nanti Qai cuba susun jadualnya. Rasanya anniversary tu boleh sekalikan dengan majlis penutup malam last tu.” cadangku. Ayah nampak puas hati. Aku taip mesej untuk dihantar pada Bawang. Malas nak Whatsapp. Habis bateri aku karang.

Bawang, esok pagi2 inform staf ada meeting utk family day. 10 a.m should be okay. -Qai

Orite, boss. -Bawang 

“Kalau Qai pergi reunion tu, hati-hati. Jangan sampai jadi fitnah macam petang tadi. Kita memang tak buat, tapi mulut orang yang menyampai tu kita tak tahu.” Pesan ayah. Perlahan dan cukup lembut nasihatnya. Tentu saja ayah tak mahu aku terasa hati.

“Ayah tahu jugak?”

Ayah angguk.

“Abah mesej ayah tadi. Kami tak salahkan sesiapa, cuma kami harap lepas ni tak adalah kes macam ni lagi. Ayah harap Qai untuk jaga nama baik keluarga ni.”
Pesanan terakhir itu buat aku sebak. Aku tahu, harapan yang ayah letakkan padaku tinggi sekali. Dan aku juga berharap yang aku takkan kecewakan ayah.

“Ayah naik dulu, ya. Dah kenyang ni, mengantuk pulak.” Ujar ayah. Sempat dia menepuk bahuku sebelum beredar dari ruangan dapur. Aku turut bangkit. Mengemas apa yang perlu sebelum naik keatas. Namun tatkala tiba ditingkat atas, aku memakukan langkah. Bukan aku saja. Ayah juga ada didepan sana. Mendengar perbalahan antara Qaisara dan Saiful. Bukan niat nak mencuri dengar, tapi dia orang gaduh kuat sangat.

“Kalau awak tak mampu nak sara saya dengan Ayien, tak apa. Tapi saya nak kerja. Tu aje yang saya nak awak faham sekarang ni.” terdengar suara Qaisara seakan sedang tersedu.

“Kerja untuk apa? Ayah awak ada, abang awak ada. Dia orang boleh sara awak, kan.”

“Awak tak malu ke? Duduk dahlah menumpang keluarga. Makan minum saya, ayah dengan abang saya yang tanggung. Makan pakai anak awak pun dia orang yang tanggung. Habis, apa fungsi awak sebagai suami saya? Kerja keluar pagi, balik malam. Melepak tak sudah dengan kawan-kawan awak. Bila saya minta duit sikit untuk barang anak awak, langsung taknak bagi. Ayah jenis apa awak ni?”

Patutlah.. Patutlah Qaisara berkeras nak kerja. Kenapalah wujud lelaki jenis tak tahu nak pikul tanggungjawab macam ni? Selama ni aku dengan ayah tak kisah pun nak berbelanja untuk Qaisara dan Qazrin, tapi tak pula aku sangka masalahnya seteruk ini.

Lama sepi, tiba-tiba pintu bilik Qaisara terkuak dari dalam. Saiful dah siap nak keluar. Dia nampak terkejut dengan kehadiran ayah dan aku dilaluan tingkat tu. Pun dia tak lama disitu, terus melepasi kami dan turun ke bawah. Mungkin keluar.

Ayah menoleh padaku. Wajahnya mendung. Dia melepaskan sedikit keluhan sebelum berlalu ke biliknya.

Sementara aku, hanya mampu berdoa agar masalah ini tak berpanjangan. Dan semoga Saiful akan sedar tentang tanggungjawabnya.

QAISER (Bab 4)



Bab 4




AKHIRNYA, aku terlepas juga makan malam di rumah. Kesian ayah kena lagi jadi mangsa tauhu telur Qaisara tu. Niat aku memanglah nak solat di masjid, tambah-tambah lagi petang tadi aku terdengar Qaisara nak test tauhu Jepun masak kari, lagilah aku nekad. Mesti kena lari. Cukuplah tengahari tadi aku menelan lauk dia macam nak menitis air mata. Ayah tadi, aku ajak Isyak di masjid, dia menolak. Bukan sebab apa, ayah kesiankan Qaisara yang dah susah-susah memasak.

Weh, kau kat mana? Lamanya duk masjid? - Dany

Mesej Whatsapp dari Danish. Mamat ni mesti pergi rumah aku tadi. Mesti ayah atau Qaisara yang cakap aku pergi masjid.

Tolong imam lipat sejadah. Apahal? - Qai

Imam tu ada anak dara ke? Lepak jom. - Dany

Cheesylah Danish ni. Tak habis-habis dengan perempuan. Dah bertunang dengan Is pun, perangai macam tu jugak. Eh, tak. Ada ubah jugak. Tapi kalau bab perempuan, kasi kat dia dulu. Is pulak jenis ‘lantak kaulah’, lagilah naik tocang Danish tu. Tapi macam mana pun, Danish tu setia kat Is aje.

Aku kat mamak ni. Jom. - Qai

Kau ibarat kacang lupakan kulit.- Dany

Aku tergelak. Aku dah agak dah, mesti kena ‘sebiji’. Manalah aku tahu dia balik kerja awal hari ni. Biasa tu, waktu-waktu macam ni dia masih sibuk di klinik. Lagipun, sejak ramai kawan-kawan aku dah berkeluarga ni, aku memang malas nak cari dia orang ajak lepak ke apa. Kalau dia orang nak jumpa aku, cari aku dulu. Sebab aku sentiasa free. Aku belum ada keluarga sendiri. Tak macam dia orang. Aku pun tak tahu bila masa yang dia orang boleh keluar melepak.

Kebelakangan ni, Danish sajalah yang rajin buang masa dengan aku. Kadang-kadang sampaikan shopping pun aku bawa dia. Sementara dia masih single but not available ni, aku gunakan dia cukup-cukup. Lepas ni dah kahwin, silap-silap jadi macam kawan-kawan aku. Masing-masing sibuk.
Ken, dah kembali ke Malaysia. Dah bekerjaya. Dah pun kahwin tahun lepas. Aniq, baru dapat baby boy bulan lepas selepas dua tahun berkahwin. Dura, masih belum dikurniakan cahaya mata biarpun dia kahwin dulu sebelum Ken dan Aniq. Dura tu masa tunang pun dah kurang nak hang out dengan kita orang, bila dah kahwin janganlah harap apa-apa. Delisha? Hmm..

Rasa aku sejak tiga tahun yang lalu, kami berlima tak ada lagi duduk kat mamak macam ni. Kalau ada pun, pasti bilangan ahlinya kurang. Tapi yang paling tak pernah melepak sekarang Delisha. Yalah, diakan isteri hartawan, jutawan. Kau ingat senang-senang laki dia nak bagi lepas kalau tak ada guard? Mimpi ajelah.

“Sampai mana dah tu?” Tersentak, hilang semua benda yang aku sedang lamunkan. Wajah Danish aku pandang. Dia tersengih-sengih sambil tarik kerusi, duduk di hadapanku.

“Eh, bila masa order aku sampai?” Mee goreng mamak dan teh tarik aku perhati.

“Jauh sangat kau melamun weh, sampaikan mamak tu hantar order pun kau tak sedar.”

“Rasa aku taklah jauh mana. Agaknya aku tertidur kot tadi.” Aku tergelak bila Danish besarkan biji mata.

“Kau pandai pulak tidur mata terbuka.” ejek Danish. Dan kami tergelak.

“Kau lari dari Sara ke?” teka Danish buatkan teh tarik yaang aku minum nak tersembur keluar.

“Macam mana kau tahu?” soalku kembali.

“Tadi aku panggil kau, dia yang keluar. Dia cakap kau ke masjid. Lepas tu dia pelawa aku makan malam kat rumah kau. Baru aku nak setuju, aku nampak ayah kat belakang dia bagi hint jangan masuk. Jadi, aku agak ada somethinglah yang buat kau beria nak ke masjid.”

“Weh, aku memang selalu jemaah kat masjid apa?”

“Memanglah, tapi biasanya kau dari maghrib bawa terus ke Isyak kat masjid tu. Ni tiba-tiba Isyak aje kau jemaah kat masjid. Jadi aku agak peliklah kat situ. Kan?”

Aku tersengih. Payah juga kalau jiran sebelah ni dah hafal rutin kita ni. Nak buat apa-apa semua dia dah tahu. Tapi memang betul pun. Jarang sangatlah aku jemaah Isyak aje kat masjid. Biasa tu dari Maghrib bawa ke Isyak. Sambil nak tunggu Isyak tu, adalah juga benda berfaedah aku boleh buat. Contohnya, dengar tazkirah ke, mengaji ke. Nak buat sendiri kat rumah, susahnya tu Nauzubillah.

“Tapi peliklah, apahal ayah tak bagi aku makan malam dengan dia orang sekali? Beria-ia aku tengok muka ayah suruh aku pergi dari situ.”cerita Danish lagi.

“Sebab ayah tak nak kau tahu apa itu azab dunia.” Kahkahkah.. Ayat aku bukan main kejam lagi. Macam teruk benar masakan adik aku sampai aku namakan sebagai azab dunia. Kau orang takkan tahu perasaannya bila kau makan rasa macam ada pistol kena acu kat kepala. Kalau kau tak makan, tembus peluru kat kepala kau. Jadi kau kena telan makanan sampai rasa nak menitis airmata.

“Azab apanya?”

“Sampai masa kau akan tahu jugak. Eh, bila kau order?” Terkejut aku bila mee goreng mamak dan nescafe ais terhidang atas meja.

“Aku whatsapp mamak tu tadi sebelum sampai.” Danish tarik sengih sikit, terus suap mee goreng ke dalam mulut.

“Mana kau dapat nombor mamak ni?” Canggih benar zaman sekarang sampaikan order makanan pun guna whatsapp. Tak payah tunggu dia orang datang ambil order dah. Boleh buatlah lepas ni.

“Kau, bila aku cakap kau berangan dah sampai ke bulan kau tak terima. Aku dah order masa makanan kau sampai tadi lagi.” Sesuap lagi masuk dalam mulut.

Ohh.. yeke? Aku pula hampir-hampir nak percaya dia punya temberang tadi. Nasib baik dia tak tahu aku dah nak termakan lawak bodoh dia tu. Kalau tak, sampai raya tahun depan aku kena ‘bahan’ dengan dia.

“Awal pula kau balik hari ni?”

“Patient tak ramai. Tu aku tutup awal. Yang kau ni tiba-tiba rajin melepak sorang-sorang apahal? Tak ajak si Ken ke Aniq tu? Bawang mana?”

“Aku bukan nak melepaklah. Aku nak makan aje.”
Danish nampak kelam kejap.

“Peliklah. Adik kau dah masak kat rumah, kau pulak sanggup makan kat luar. Apa yang tak kena dengan masakan Sara tu?”

Hahaha.. aku hanya mampu tergelak saja sebelum aku membuka cerita. Dan seperti yang aku sangkakan, Danish tentu berada di pihakku. Dia pun tak makan tauhu, apatah lagi tauhu jepun.

“Kau okey ke? Ketawa tapi muka macam serabut aje.” soalku. Itulah aku perasan, dia ketawa tapi macam orang tengah banyak fikir.

“Taklah, aku okey.”

“Okey, ke? Tak macam pun. Kau ada masalah dengan tunang kesayangan kau ke?” Yalah, mana nak tahu. Bertunang ni banyak ragamnya. Aku yang dulu bertunang tak sampai setengah tahun pun kucar-kacir sampai frust menonggeng tengok tunang kahwin dengan orang lain, apatah lagi si Danish yang dah nak masuk dua tahun bertunang ni. Lagi banyak dugaannya.

“Tak pernah tak bermasalah kot.” Dia mencebik. Macam dah tak lalu nak fikir masalah dia dengan Is tu.

“Kronik sangat muka kau tu. Apa masalahnya? Aku nak tolong tak dapatlah, tapi nak bagi pinjam telinga aku ni, okey aje.”

Hampir dua tahun bertunang, duckface inilah yang dia selalu tunjuk kat aku. Ceritanya sama saja. Is tak nak jumpa. Is sibuk. Is tak nak kahwin lagi. Is itu.. Is ini.. Aku nak tolong pujuk Is, memang tak dapatlah sebab macam tak proper kot aku nak jumpa Is then pujuk dia bagi pihak Danish. Kan pelik tu. Jadinya, aku bagi ajelah pinjam telinga aku ni kat Danish.

“Masalah aku dengan Is memang tak ada siapa dapat tolong, jadi aku pun malas nak fikir. Sekarang ni aku tengah fikir masalah kau.”

Erk? Aku? Aku tuding jari kat muka sendiri.

“Aku ke?” Rasa aku, aku tak ada masalah. Kalau ada pun, Danish tak perlu tahu kot sebab masalah aku lebih kritikal dari masalah dia. Masalah tak boleh nak lupakan kekasih hati cinta mati aku tu.
Bila Danish mengangguk menjawab soalanku, aku dah jadi pelik. Apa dia?

“Qai, aku nak tanyalah. Kau.. tak nak cari pengganti Del lagi ke?”
Aku pandang semacam kat Dany.

“Pardon?” serius tak sangka tiba-tiba aku diaju soalan macam tu. Where’s the fire?

“Come on Qai, you heard that.”

“I got you, but out of the blue kot. Why? Tiba-tiba keluar soalan ni. Point kau sebenarnya apa?”
Bila dia dah nampak serba salah, aku boleh rasa ke mana hala tuju topik kami ni. Apakah? Oh wait. Mungkinkah ianya berkait dengan kejadian petang tadi?

“Aku tahu kau macam mana, Qai. Tapi bukan semua orang macam aku. Aku tak suka bila orang tuduh kau macam-macam kat belakang, kau pulak tak tahu apa-apa dan kau tak dapat nak defend diri kau sendiri.” Selera makan aku dah hilang tak tahu pergi mana. Tadi bukan main lapar lagi, sekarang ni tiba-tiba aku tengok mee goreng tu macam tauhu jepun Qaisara. Tasteless.

“Get to the point, Dany. Kau banyak sangat lap kat corner, aku tak faham.”
Danish keluh seketika. Garfu dilepaskan. Kami berpandangan. Serius.

“Ada orang nam..”

“Who?” potongku.

“Naqib nampak kau berbual lama kat depan rumah tadi petang, siap bertepuk tampar, ketawa melekek-lekek. Damy terus bising-bising, mengamuk marahkan Del.”

“Kejap. Ceritanya kat sini, Naqib nampak aku berbual dengan Del, then mulut kepoh dia tu terus sampaikan pada Damy, then Damy tanpa usul periksa terus tuduh aku dengan Del macam-macam. Macam tu?”

Bila Danish mengangguk, aku melepaskan nafas berat. Ya Allah, kenapa mesti Del pun terbabit sama? Dan kenapa wujud orang bermulutkan tempayan dalam dunia ni?

“Then, semua orang pun percaya?” Susah aku nak percaya budak sekecil itu dah dah pandai membawa cerita, siap bertokok tambah lagi.

Danish geleng.

“Aku tak percaya. Mama dengan abah pun tak percaya. Daz macam biasa, malas nak ambil part dalam Damy punya cerita. DR aku tak sure, tapi kalau Damy tak cerita, tak mungkin dia tahu. Sebenarnya, apa yang berlaku?” Danish hirup teh tariknya. Aku melepaskan keluhan.

“Kau dengar cerita versi aku ni. Versi insan teraniaya. Tadi pagi DR mintak tolong aku ambilkan adik dia kat airport. Aku hantar dia sampai depan pagar rumah kau. Masa tu Del memang tengah tunggu budak kurang pendidikan moral tu. Elok aku berhentikan kereta, dia terus menonong masuk dalam rumah. Kau rasa beg dia siapa yang nak ambilkan kalau bukan Del, kan?”

Danish mengangguk. Aku hirup teh tarik.

“Dari apa yang ibu ayah aku ajar, kita kena beradab dengan semua orang tak pedulilah orang tu ex kita ke ataupun musuh kita. Ikut logiklah, takkan aku nak jerit dari dalam kereta, ‘Beg dia kat belakang. Ambillah’. Mestilah aku turun, bukakkan pintu belakang then pass beg pada Del. Dan Del yang tahu apa itu budi bahasa, dia pun cakap terima kasih dan kita orang berbual sekejap. Sekejap tu means SEKEJAP.

“Memang kita orang ada ketawa, tapi tak adalah sampai melekek, tak adalah sampai bertepuk tampar. Weh, kalau tak ketawa, takkan kita orang nak kena menangis kot. Buang tabiat namanya. Sekarang ni, ada dua benda buat aku menyesal. Satu, aku menyesal tolong DR ambil adik dia. Dua, aku menyesal tak tinggalkan budak tu kat tengah highway tadi.” Satu lagi nafas aku lepaskan.

Geram. Aku rasa macam nak picit-picit budak tu. Tak padan budak lagi, mulut macam makcik-makcik. Pandai-pandai menambah cerita. Betullah kata ayah, dunia akhir zaman ni, fitnah tu dah jadi macam makanan kita. Kalau bukan kita tabur fitnah, kita yang kena fitnah.

“Aku tahu dah mulut budak Naqib tu macam mana, sebab Del selalu cerita kat aku. Tapi aku tak sangkalah si Damy yang tua bangka tu pun boleh termakan cerita dia. Tambah pulak tak ada orang lain kat situ masa tu, jadi Del nak bela diri pun Damy tak nak dengar.” Danish nampak kesal. Kesal dengan sikap Damien.

“Aku tak faham dengan Damy tu. Apa yang dia tak puas hati sangat dengan aku? Aku tak kacau Del, aku tak ada niat pun nak rampas Del dari kawan baik dia tu. Tapi kenapa dia mesti pandang serong pada aku?” rasakannya dulu, bila orang yang aku sayang menuduh aku meninggalkannya sedangkan apa yang aku lakukan adalah untuk kebaikan dia. Dia ingat aku tak sakit bila terpaksa tengok tunang sendiri bersanding dengan orang lain? Sakit..!!

Apa yang Damien buat sekarang ni sikit saja, tapi kesannya dalam. Sudahlah aku kena hadap kebahagiaan bekas tunang aku tu dengan suami dia, aku pula masih tak boleh lupakan bekas tunang aku tu, aku dah tak ada kawan rapat, aku dah jadi lone ranger, si Damien pulak boleh pandang aku macam pemusnah rumahtangga orang. Apa salah aku?

“Sebab tu aku rasa, lebih elok kalau kau dah ada awek sendiri, tunang ke, tak pun isteri. Masa tu barulah Damy puas hati. Selagi kau solo se..”

“Sebab nak puaskan hati dia seorang, aku kena korbankan hati aku untuk perempuan lain? Kau ingat ni cerita apa? Cerita ‘Girlfriend Contract’? ‘Isteri Pakai Buang? ‘Aku Korban Kasih Kerana Dia’? Weh, tak kan semudah tu.” cepat saja aku memangkas bicaranya. Siapa Damien dalam hidup aku hinggakan aku perlu korbankan hati dan perasaan aku untuk kepuasan dia? Kalau semudah tu untuk aku cari pengganti, aku takkan tunggu selama tiga tahun untuk itu.

Danish angkat kedua-dua tangan. Menyerah.

“Then you should find your true love. The one who deserved and belong to your heart. Simple.” Tekan Danish. Masih cuba memujuk aku untuk mencari pengganti sebenar pada sekeping hati yang dah penuh bertampal dengan plaster ni.

“Word simple just suits in you. Pada aku, biarlah masa yang tentukan semuanya. Aku takkan paksa jodoh tu datang pada aku. Sebab aku tak nak yang datang secara paksa tu tak kekal.”

“But Damy..”

“Kenapa aku perlu kisah apa yang Damy nak kata sedangkan dia yang cadang dulu untuk tukar pengantin lelaki kepada kawan baik dia. Kau tak ingat apa yang jadi pada aku? Aku merana, siapa yang tahu? Kau tahu? Ikutkan plan awal aku, aku nak teruskan saja. Biar apa pun berlaku, aku akan cuba selamatkan semuanya. Tapi sebab Damylah aku jadi bodoh, biarkan tunang aku kahwin dengan orang lain.” Aku tak tahu kenapa, tapi marah aku tiba-tiba meluap-luap tambah lagi aku teringat apa yang berlaku dahulu.

“What..?” bila aku tengok Danish terpinga-pinga, aku tahu aku dah terlepas cakap. Selama ni, rahsia tu hanya aku seorang saja yang tahu. Walaupun dah berkali-kali aku didesak untuk menceritakan kisah yang sebenarnya, aku tetap memilih untuk mendiamkan diri. Aku rela menampakkan diri aku yang bodoh kerana membuat keputusan tu dulu. Biarlah semuanya menjadi rahsia dalam hidup aku.

“Anggap aje macam kau tak dengar apa-apa.” Ujarku, offhanded. Aku suap mee ke dalam mulut. Muka tercengang Danish, tak aku hiraukan.

“Kau nak tahu Qai? Walaupun kau tak cerita, aku sendiri boleh agak. Aku tahu macam mana sayangnya kau pada Del. Aku tahu kau akan buat apa saja demi Del. Dan aku agak memang ada campur tangan Damy masa kau buat keputusan dulu. Lagipun Damy tu nampak sangat agung-agungkan si DR tu. Dari dulu lagi. Dan sekarang ni, dia yang lebih-lebih unsecure. DR rileks aje, layan kau pun okey. Damy si mental koyak.” Cemuh Danish. Muka memang meluat habis.

Aku jungkit bahu saja. Malas nak komen. Benda pun dah lepas. Sayang macam mana pun, Delisha dah jadi hak orang lain. Nak aku apakan lagi? Aku terima dia dah bahagia, cuma aku yang masih tak boleh nak move forward, masih setia dengan cinta lama, masih bahagia hidup bersama memori lama, tambah pulak dia memang ada saja kat depan mata aku, tapi tak adalah pula sampai nak memecah-belahkan rumahtangga dia

Featured Post

Friendship Goals - Bab 5

Popular Post