Sunday, April 5, 2020

#RoadToHatiAwak - Bab 5



BAB 5


SETELAH hampir enam jam bertarung dengan excel, akhirnya Is angkat bendera putih. Jam di skrin, dijeling sekilas. Dah nak pukul lapan malam. Anak majikannya itu tak diberi rehat sejak petang tadi. Tiba-tiba Is rasa bersalah. Dia dah terdera anak orang tanpa sengaja ke?

“Awak okey?” Soal Is, sempat dia buat senaman simple untuk pinggangnya yang dah terasa kejang.

Danish tersandar, otaknya terasa sangat lelah. Memang dari tadi dia tunggu Is beri dia rehat, tapi nampaknya Is memang bersemangat waja. Ada juga terdetik di fikiran Danish yang Is nak terus tidur di dalam ofisnya tu. Yalah, buat kerja macam dah tak ingat dunia.

“Satu hari yang menyeksakan.” Keluh Danish.

Dan ianya satu kebenaran. Penat on call pun tak penat macam ni. Dahlah penat drive dari Bangi tak hilang lagi. Kena hadap excel pula tu. Kejap lagi, Danish nak makan lepas tu terus balik dan tidur. Esok kena sambung lagi berperang dengan excel. Tadi pun dia hanya dapat periksa report bulanan dan akaun untuk empat outlet saja. Tinggal tiga lagi. Dan dia akan pastikan semuanya siap sebelum menjelang malam sebab dia dah janji dengan kawan baik dari zaman matriksnya untuk bertemu di kelab. Biasa Zakry saja yang rajin datang KL dan ajak dia keluar. Kali ni Zakry nak tunjukkan dia kelab yang ada di JB.

“Dan memenatkan.” Tambah Is. Serius penat, tapi sebab fikirkan nak semua kerja siap sebelum dateline, terpaksalah berkorban sedikit.

Danish lihat Is mengeliat sedikit sebelum bertindak merungkai ikatan rambutnya dan zass.. Danish ternganga sedikit. Terserlah keseksian Is dengan rambut terurai. Highlight merahnya tu buat dia kelihatan vogue. Tambah lagi hujung rambutnya yang sedikit bergulung. Gosh.. Betul-betul seperti apa yang Danish bayangkan petang tadi waktu di dapur. Cantik, dia memang cantik.



“Sorry, saya betul-betul lupa nak bagi awak break. Awak jangan cakap kat tuan haji yang saya dera awak pula.” Dalam senda, Is sebenarnya maksudkan apa yang dikatakannya. Risau juga karang tak pasal dia kena marah dengan majikannya. Dahlah tak bagi rehat, makan pun dia lupa nak order untuk Danish.

Danish tergelak lucu sambil membantu Is mengemas meja.

“Takkanlah saya nak mengadu kat abah saya. Tak macholah macam tu. Awak tu, saya tengok macam selalu skip your meals bila sibuk. Kan? Tak eloklah. Kena gastric nanti, baru tahu.” Part pesanan tu bukan Danish nak mengayat. Tapi dia memang nak bagi pesanan tu pasa Is. Tengok dar gaya Is, kalau sibuk tentu dah tak ingat apa. Lapar pun tak rasa.

Is senyum saja membalas pesanan Danish. Tersentuh? Sudah tentu. Rata-rata teman yang mengenalinya termasuk stafnya sendiri, takkan beri pesanan penaja macam tu kerana mereka menganggap Is sangat pandai bawa diri. Yalah dah biasa duduk sendirian, dah biasa berdikari. Jadi orang disekelilingnya tak rasa Is perlu diberi nasihat tentang penjagaan diri. Hmm.. Disebabkan itu juga, Is dah tak harap orang beri pesanan padanya.

            Siap berkemas, Is bawa keluar telefonnya. Telefon yang dimatikan sejak tadi dihidupkan semula. Danish pun tak lepas peluang. Hidupkan juga telefon yang dimatikan atas arahan Is tadi. Sementara menanti telefon bernyawa, mereka seperti sepakat meletakkan gadget tersbut di atas meja. Lepas tu menyandar sambil mengurut tengkuk yang lenguh.

            “Lapar tak?” tanya Is, prihatin bunyinya.

            “Lapar dan mengantuk.” Danish balas pantas.

            “Dah pukul 8. Jomlah, kita makan dulu. Lepas tu saya tunjukkan jalan nak balik rumah.”

            “Jalan balik rumah awak ke?” Laju Danish menyoal dan sekaligus buat Is tergelak.

            “Mestilah bukan. Saya tunjukkan awak jalan pergi rumah Tuan Haji. Abah awak, kan ada beli rumah kat sini. Awak tahu, kan?”Melihatkan Danish menggeleng, dahi Is berlipat. Takkan tak tahu?

            “Awak cakap ni, baru saya tahu. Dah lama ke abah saya beli rumah tu?” Sumpah, memang dia tak tahu abah ada beli rumah di bandar tersebut.

            “Sejak saya jaga outlet kat sini lagi rumah tu dah ada. Hmm.. Rumah kat Segamat dan Jb pun rumah abah awak juga tau. Biasanya saya memang stay kat rumah tu kalau outstation.”

            Ooh.. Tak sangkanya. Diam-diam saja abah kumpul asset.

            “Jadi awaklah yang jaga rumah-rumah tu?” Danish jadi kagum dengan Is. Nampak biasa-biasa saja orangnya, tapi bertanggungjawab.

             “Ha’ah, sebab saya tinggal kat situ, kan. Kira sayalah yang kena jaga.” Is senyum saja.

            “Dahsyat. Awak seorang, boleh jaga tiga outlet D’s Lay Park dan tiga buah rumah. Seriously, I’m impress. Jadi saya rasa kalau setakat nak jaga saya seorang sampai ke tua, mesti awak lebih dari mampu, kan?” Ha, Danish bagi lagi. Dan reaksi Is sama seperti tadi. Tertawa bila sedar ke mana arah tuju ayat Danish tu. Danish pun, asal boleh saja.

            “Dany.” Panggil Is sambil menongkat dagu, membalas tatapan Danish.

Danish pun tak ketinggalan, turut melakukan aksi yang sama. Bertongkatdagu dan menjadikan kedudukan wajah kami sedikit dekat. Danish tayang senyum kacak. Berharap Is cair seperti cairnya dia pada Is.



            “Yes?”

            “Mesti dari kecil awak tak pernah minum susu, kan?” Sajalah Is nak try.

            “Kenapa? Awak nampak saya ni macam kekurangan kalsium ke?” Yalah, kutlah dia nampak gigi Danish rongak ke apa sampaikan dia aju soalan macam tu.

            “Tak, sebab saya rasa awak macam terlebih minum air gula. Apa yang keluar dari mulut awak, semua manis-manis. Awak tak takut kena hurung dengan semut betina ke?” Is tayang muka innocent. Menanti jawapan dari Danish.

            Danish tersenyum lucu. Pandai eh, dia serang balas. Deep tau.

            “Kalau yang menghurung tu semut jantan, takutlah juga. Tapi setakat semut betina, saya okey je. Kenapa, awak dah terfikir nak hurung saya juga ke?” Kening Danish angkat berulang kali. Saja mengusik Is dengan muka nakalnya itu. Is herot bibir. Buat muka meluat dan Danish tergelak.

            Ting! Ting! Ting! Ting! Ting!

            Elok saja telefon mereka bernyawa, terus berpusu-pusu mesej masuk. Danish pandang Is dengan kening terangkat. Boleh tahan juga Is tu, baru off telefon enam jam, dah macam tu banyak mesej yang masuk.

            “Jom, makan?” Pelawa Is tapi mata ralit pada skrin.

Belum sempat jawab, perhatian Danish berkalih pada telefonnya yang berdering. Nama Vivian tertera di skrin.

“Kejap, I jawab call.” Ujar Danish. Bersama senyuman meleret, dia sambung talian. Namun matanya tak lepas dari melihat Is yang terus ralit dengan mesej-mesejnya.

“Hello, sweetheart. Miss me?” Saja Danish nak menggiat orang di hujung talian. Sekaligus nak tengok reaksi Is. Manalah Is tayang muka cemburu. Kiranya dia taklah bertepuk sebelah tangan. Tapi sayangnya, Is hanya angkat kepala. Balas pandangannya dengan senyuman dan kembali pada telefon di tangan. Hmm..

“Jangan nak sweet sangat, eh. I tengah stress ni.”

“Babe, you stress sebab I tak ada ke? Tu bukan stress, tu maknanya you rindu kat I.” Tak lelah Danish menggiat. APa sajalah yang distresskan sangat oleh doctor Vivian tu.

“Yes, I stress sebab you tak ada tapi bukan sebab I rindu. I stress sebab you annual leave lama sangat.” Melayan Danish yang kaki sweet talk tu, memang perlukan kesabaran.

Danish tergelak kelucuan.

“Rindu, tak mengaku. I A/L seminggu ajelah. Lama apanya? Kalau rindu sangat, esok I cari you kat hospital. Okay, doktor?” Mengenali doctor berbangsa cina tu, Danish tak rasa Vivian rindukan dirinya. Tentu ada masalah di hospital.

Danish ketuk perlahan jarinya pada permukaan meja. Menarik perhatian Is. Is pantas angkat kepala tapi jemari masih laju menaip. Dahsyat.

            “Saya tunggu kat kafe.” Ujar Danish berbisik, telefon pula sempat dijauhkan sedikit. Tak nak bebelan Vivian terganggu. Is angguk lalu menunduk kembali. Tiada tanda Is nak ikut keluar sekali. Danish terus bangkit, kaki melangkah ke pintu yang berada di belakangnya. Tak jauh pun dengan tempat dia duduk tadi. Dalam empat lima langkah saja.

            “I stress sebab ramai doctor dan nurse yang cantik-cantik dalam hospital ni tanya pasal you. Yang buat I pelik, doctor Tiha tu. Hari-hari tanya bila you masuk padahal I dah cakap you masuk next week. You tolonglah, call dia sendiri then bagitau dia bila you nak naik kerja semula. I bla.. bla.. bla..”

            Danish diam sambil tersengih mendengar bebelan Vivian. Saat kedua belah kaki dah berada di luar pejabat Is, baru Danish teringat walletnya tadi diletakkan di sudut meja Is. Pantas Danish berpaling lalu menolak pintu berkaca gelap tu. Dan pap..!!

            “Auwwww..!!” Jeritan Is buat Danish terkejut. Sumpah dia tak perasan Is berdiri di balik pintu, mungkin dia baru nak keluar. Pantas dia mendapatkan Is yang dah bertinggung sambil menggosok dahinya.

            “Is.. Alamak.. Sorry. Sorry. Saya tak perasan awak kat belakang pintu. Kenapa awak tak elak? Tak pun tolak balik pintunya.” Menggelabah punya pasal, Danish campak saja telefonnya di atas lantai. Tangan Is yang menggosok dahinya sendiri, dia tolak cemas. Terus saja tangannya menyentuh dahi Is, risau berdarah. Tekun dia meneliti dahi putih tu.

            “Sini ke?” Soal Danish, risau.

            “Ha’ah. Lebam tak? Ke benjol dah?” Dalam hati, Is duk maki diri sendiri. Main lagi telefon, jalan tak pandang depan. Kan dah kena. Sakitnya, nauzubillah. Nasib tak pecah kepalanya, dan nasib juga tak jatuh terlentang. Kalau tak, harus Is buat-buat pengsan nak cover malu.

            “Merah sikit. Kejap lagi awak tuam dengan ais. Takut lebam. Karang tak pasal-pasal bertanda dahi awak ni.”

            “Fuh, nasib baik.” Sambut Is, lega sangat. Manalah tahu terkoyak ke, karang kena jahit. Dah bercorak pula dahinya.

            “Eh, kejap. Ni apa?”

Is yang baru nak bangun, Danish tahan. Belakang kepala Is disauk lalu ditarik perlahan ke arahnya. Nak lihat dengan lebih dekat.  Hilang sakit, datang pula debaran di dada Is. Reaksi sponatan Danish tu buat jantung dia bergedup macam orang baru lepas marathon. Silap-silap, Danish pun boleh dengar sama. Tapi dek kerana curious, Is bertahan juga.

            “Ap.. Apa? Darah ke?” Is pandang Danish yang ralit memerhatikan dahinya. Selang seketika, mata hitam pekat tu terus beralih pada matanya. Dan Is terkelu di situ.

            “Cantik.” Ujar Danish sepatah dan dia memang maksudkan apa yang dikatakannya. Is sangat cantik bila dilihat dari jarak dekat.

            “Erk?” Apa yang cantik? Luka di dahinya? Is kelam sekejap.

            “Saya cakap awak cantik.” Tangan Danish melurut rambut Is. Lembut seperti yang dibayangkan. Tak sangka dapat peluang.

            “Eh? Awak ni kenapa? Lapar sangat ke sampai melalut macam ni? Jomlah, saya belanja awak makan.” Dengan muka sedikit berbahang, Is terus berdiri. Danish ikut sama tapi sempat dia capai telefonnya di atas lantai.

            “Awak sejak lahir memang macam ni ke, Is?” Umum sangat soalan Danish tu, buat dahi Is berlipat-lipat.

            “‘Macam ni' tu macam mana?”

            “Awak sejak lahir memang cantik dan sempurna macam ni ke? Saya suka semua yang ada pada awak but I like your hair, the most.” Ujar Danish. Dia capai dompet di atas meja dan terus berlalu keluar dari ofis kecil tu bersama senyum senang. Mama, Dany dah jatuh hati. I’ve found the right one.

            Sementara Is yang kaku di situ, meraba dada kirinya. Teruk sangat ke kepala dia kena hentam dengan pintu tadi sampai dada dia yang berdegup macam nak meletup?

Saturday, April 4, 2020

#RoadToHatiAwak - Bab 4



Bab 4

BEBERAPA buah fail dan buku log dibawa keluar oleh Is lalu diletakkan di atas meja kerjanya. Is jungkit kening pada Danish yang dah jatuh rahang tatkala melihat susunan fail dan buku log yang agak tinggi di hadapannya.

            “Kejap, ada lagi.” Ujar Is kemudiannya dia membongkok di bawah meja. Segunung lagi fail dan buku di angkat dan diletakkan di sebelah susunan yang pertama tadi. Pnggang dilentur sedikit bila terasa sedikit kejang.

            “Err.. Done?” ragu-ragu Danish tanya. Risau juga kalau Is bawa keluar sebemban lagi.

            “Eh? Ada. Kejap.” Is bongkok lagi badan tapi seketika saja dia bangkit kembali dengan sengih mengusik. Nak tergelak pun ada bila tengok Danish dah tayang muka cuak macam tu.

            “Tak adalah. Tu aje.” Is sengih.

Danish hambur nafas lega. Tangan dah gerak nak capai fail yang paling atas sekali. Tapi terkaku bila Is menegur.

            “Awak nak start dah ke? Kalau nak start, minta tolong awak off phone dulu boleh? Sebab saya tak suka bila buat paper work ni semua, ada gangguan.”

            “Off phone?” Dahi dah berlipat. Jarang sangat dia matikan telefon kecuali bateri habis aje.

            Is angguk.

“Saya tak risau awak lari focus, saya risau saya yang tak boleh focus. Bunyi ting ting tu pun dah buat saya hilang focus. Kepala saya automatk akan berfikir, siapa yang text awak tak henti-henti tu, risau awak hilang ke, rindu awak ke. Tak pasal-pasal saya yang stress.” Terang Is dan bunyi ting ting tu meruujuk pada bunyi telefon Danish yang tak henti sejak tadi. Walaupun Danish dah perlahankan nadanya, tap Is tetap dengar. Yalah, ofis dia pun kecil saja, dalam library pula tu. Tentulah sunyi sepi.



            Seketika, Danish tergelak macho. Dia kembali menyandar seraya membawa keluar iphonenya. Memang sejak tadi lagi telefonnya tak berhenti mengeluarkan bunyi. Bukan takat ting ting saja. Sekali dengan bunyi messenger FB, twitter, wechat dan segala macam social medialah.

            “Give me five minutes, let me settle my things first.” Ujar Danish.

Tanpa menanti jawapan Is, tangannya terus lincah bermain di atas skrin telefon. Nak kena reply semua mesej dulu dan nak kena inform yang dia akan masuk ke zon busy.

            Sambil menanti Danish selesai dengan kerjanya, Is leka menyusun atur computer ribanya dan satu lagi untuk kegunaan Danish. Telefonnya yang berdering, menganggu konsentrasinya. Pantas talian disambung bila tertera nama Milo.

            “Okey?” terus Is soal tanpa bertegur sapa.

            “Huii.. Pantas. Siapa? Aku? Aku okey.” Saja Milo nak mengusik emosi Is. Nampak sangat Is nak tahu tentang keadaan Vijay dan Ajib.

            “Kau, nak buat apa? Kau okey ke tak, aku bukan kisah pun. Ajib dengan Vijay macam mana? Settle tak?” Tak senang hati Is menanti khabar dari dua anggota polis tu.

            “Pergh.. Macam ni perangai kau, eh.”

Is tergelak saja dengar ayat sentap Milo tu. Kenapa orang gelar dia Milo? Sebab warna kulit dia sama dengan warna air milo yang dibancuh kaw-kaw. Vijay lagi cerah kot dari dia.

            Danish kerling raut Is yang sedan tertawa. Biarpun tawanya tak terlalu menonjol, tapi raunya nampak ceria dan manis. Rambut ekor kudanya beralun mengikut rentak. Dia memang cantik.

            “Cepatlah, Milo. Aku nak buat kerja ni. Selagi aku tak tahu kes tu dah settle ke belum, selagi itulah hidup aku tak aman.”

            “Dah settlelah. Kau ni. Rileks aje. Si Vijay dengan Ajib tu bukan buat masalah pun malam tadi. Kira dia buat kerja juga tu. Menjaga keamanan dan keselamatan rakyat kot.”

Is lepas nafas lega. Mujurlah. Is risau teman-temannya itu dikenakan tindakan disiplin saja.

            “God. Leganya aku. Qurt?” Yang tu pun Is kena ambil tahu juga walaupun sebenarnya Is cuba untuk abaikan.

            “Qurt dan rombonganya check in lokap malam tadi. Ajib cakap tadi, tak ada orang atang nak ikat jamin dorang lagi. Itulah, buat lagi provokasi macam tu, dorang dah dikira membahayakan nyawa orang awam tau. Is, bapak kau tak ada call ke?”

            “Hmm.. Cari pasal lagi. Okeylah, aku nak siapkan kerja ni. Blah dulu.” Talian terus dimatikan. Dia tak nak dengar Milo tanya tentang ayahnya lagi.

            ‘Bapak kau tak ada call ke?’

            Tak tahulah Is nak gelak atau ketawa dengar soalan Milo tu. Sebab ayah tak prnah pun telefon dia. Kalau ada pun, ayah hanya telefon Shahrul, abang kandungnya atau Shahmi kakak sulungnya untuk bertanya tentang dirinya. Bagi pihak Is sendiri, dia dah lama tak mengharapkan perhatian dari ayah. Malah nombor telefon ayah pun dia dah sekat.

            Dah alang-alang mereka renggang, lebih baik terus tak berhubung. Ibu? Dia jarang pulang ke rumah ibu padahal selalu saja dia pergi ke Batu Pahat sana untuk melepak. Sebab apa? Sebab dia dah lama menyepikan diri dari keluarganya. Keluarga dia tak seperti keluarga orang lain. Semua gara-gara ayah berkahwin lain. Bukan satu, tapi dua. Ya, dia ada dua orang ibu tiri. Ibu Qurt, isteri kedua ayahnya. Qurt anak tunggal. Sementara isteri ketiga ayahnya pula janda tak punya anak.

Kerana sikap ayah itulah buat keluarga mereka yang renggang sejak dulu jadi semakin jauh. Is marah, marah pada ibu kerana terlalu lemah. Biarkan saja ayah buat sesuka hati. Is juga marah pada ayah kerana tak pernah cukup dengan apa yang dia ada. Mereka mungkin keluarga berduit, tapi mereka tak bahagia. Is sendiri dah lama bawa diri, ikut maksu iaitu adik kepada ibu. Kalau ada pun, dia hanya bersua dengan Shahrul saja untuk bertanya khabar tentang ibu. Selebihnya, dia bahagia dengan dunianya.

“Ehem..!”

Teguran dari deheman itu buat Is kembali tersedar. Macam dah lama sangat dia termenung. Wajah Danish dicari.

“Kenapa?” soal Danish, nadanya kedengaran risau.

Is tayang senyum, meski dia rasakan senyumannya agak hambar. Baru bertemu tak sampai sehari pun lagi, tapi Is dah mula rasa senang dengan sikap Danish biarpun Is nampak ciri-ciri lelaki kaki flirt dalam diri Danish.

“Sorry, termengelamun. Dah boleh start?” Is pantas menarik susunan fail dan terkaku saat jemarinya dicapai oleh Danish. Mata Danish, Is cari. Minta penjelasan.

“Saya nak minta lagi lima minit.” Ujar Danish, pun tak dilepaskan jemari Is.

            “Oh? Tak settle lagi ke?” Perlahan Is tarik jemarinya dari terus disentuh. Dia biasa bersentuhan seperti itu tapi entah kenapa sentuhan Danish buat dia rasa lain. Macam terkena renjatan elektrik.

            “Bukan untuk saya, tapi untuk awak. I think you need space to release your tense.”

Dan ayat Danish tu serta-merta buat Is terdiam dengan satu rasa terdetik di hati. Dia sangat memahami dan prihatin. Memang sikap Danish macam tu ke?

            “Saya..”

            “Just go. Saya tunggu.”

Danish tak tahu apa masalah Is. Apa yang dia tahu, dia nak Is kembali focus dan tenang seperti awal pertemuan mereka tadi. Bukan seperti sekarang. Is nampak sedikit bercelaru dengan wajah yang sedikit merusuh. Dan Danish tak suka dengan keadaan itu. Buat dia jatuh simpati dan risau. Ya, risau. Jarang Danish nak risau tentang perempuan yang tiada kena-mengena dengannya. Tapi dengan Is, rasanya lain.

            “Thanks, doc. I really need it.” Ucap Is seraya bangkit dari duduk dan terus melangkah keluar dari ruang ofis kecilnya. Dia sesak. Bukan saja sesak dengan masalah Qurt, tapi dengan cara Danish melayaninya. Doanya, dia takkan terpedaya.


OPENING stock tambah in stock, tolak out stock, tolak closing stock, dapat total untuk sold item. Total opening mesti sama dengan total closing dari laporan bulan lepas. Total in stock pula mesti seimbang dengan barang yang masuk bulan semasa. Hmm..

            “Jadi kalau nak tahu in stock balance ke tak, nak tengok kat mana?” Mata Danish dah naik juling tengok excel depan mata.

            Is yang duduk di depan Danish, dipandang dengan dahi sedikit berkerut. Macam mana Is boleh settlekan report dan akaun untuk tujuh outlet sendirian? Dia yang datang nak tolong double check pun dah pening-pening lalat. Tapi Is macam rileks aje padahal baru aje tadi dia tengok Is agak serabut sedikit.

            “Lah, tadikan saya dah cakap. Awak totalkan semua invoice ni dulu lepas tu total tu awak bandingkan dengan in stock. Sebab semua barang yang masuk, ada list dalam invoice.” Jawab Is tanpa sedikit berkalih dari posisinya. Jemarinya laju menekan papan kekunci sejak tadi.

            “Okey. Faham.” Danish kembali menekuni skrin laptop.

            Berpinar juga mata Danish tengok Excel ni dari tadi. Tiba-tiba dia terfikir, macam mana abah boleh suruh dia yang gantikan tempat abah sedangkan abah tahu yang Danish tu merupakan bakal bergelar ahli oftalmologi. Dalam bahasa lainnya, doktor pakar bedah mata. Kerja dia merawat  dan membedah mata orang. Abah pula suruh dia periksa akaun?

            “Okey, semua balance. Cuma satu ni aje. Closing ni nak tengok kat mana pula nak tentukan dia seimbang ke tak?”

            “Oh, closing stock tu barang yang tinggal untuk bulan semasa. Biasanya kita nak tahu ngam ke tak, setiap hujung bulan kita akan kira semua stock. So yang tinggal, itulah yang direkodkan. Jadi closing tu kita akan bawa untuk opening bulan seterusnya pula. Simple, kan?” Is tersenyum senang, mata masih meleat di monitor.

Hai, tenang pula Danish tengok senyuman Is tu.

            “Awak tahu apa tu glukoma?” soal Danish tiba-tiba. Seperti yang dijangka, Is terus berpaling padanya.

            “Hmm.. Something about eyes..?”

Danish tahu, Is tak yakin dengan jawapannya.  Tapi bila dia boleh mengagak, kira pandai jugalah Is tu.

            “Retinopati diabetes? Lakrimal? Retinopati bayi pra-matang?” Bertubi-tubi lagi Danish bagi.

            “Err.. Nak terangkan secara detail tu saya memang tak mampu. Tapi saya tahu benda-benda yang awak sebut tu semua berkait dengan penyakit mata. Betul ke?” Jawapan agak-agaknya itu, Danish balas dengan anggukan kecil.

            “Glukoma tu salah satu penyakit yang menyerang saraf optic. Biasanya berlaku disebabkan oleh an abnormal high pressure in your eye...”

            “Bukan saraf mata?” celah Is.

            “Nope. It is optic nerves. Apa yang kita tengok dan pandang, saraf ni yang akan jadi laluan untuk imej tu dihantar ke otak. Macam yang berlaku sekarang, saraf optic saya bagi laluan yang sangat istimewa supaya imej awak dihantar dalam keadaan baik kepada otak saya. Otak saya pula akan bekerjasama dengan hati, dia akan hantar imej awak ke hati saya untuk saya simpan elok-elok kat situ.” Sempat aje mengayat.

            Is tergelak tanpa bunyi. Memerah jugalah muka dia menahan tawa dari terhambur keluar. Yalah, ofis dia ni terletak di dalam Library. Perpustakaankan, mana boleh bising.

            “Jadi, apa yang boleh buatkan mata kita tertekan sampaikan saraf tu boleh rosak? Yalah, tadi awak cakap, glukoma tu berlaku disebabkan tekanan luar biasa pada mata, kan. Haa, jangan cakap awak tertekan sebab tengok Microsoft excel, eh. Tu namanya minta saya report pada Tuan Haji.” Bicara dihujungnya membuahkan tawa lucu.

            Sumpah, Danish selesa angat dengan Is. Walaupun baru jumpa tak sampai setengah hari, tapi gaya mereka berbual tu macam dah bertahun kenal. Is sempoi, borak apa pun boleh masuk. Tengok, borak pasal penyakit mata pun dia on.

            “Kalau tengok excel aje tanpa henti, memang dari tadi dah saya dapat glukoma. Mujurlah saya bijak bahagikan masa. Lima minit saya pandang excel, sepuluh minit saya pandang awak. Tengok, dah nak tiga jam saya hadap report bulanan ni, sikit pun saya tak rasa mata saya tertekan.”

            Is tergelak lagi. Ceria sangat wajah dia. Kalau perempuan lain, mesti dah tersipu-sipu malu. Tapi yang di depan Danish tu, rare.

Gosh..! Apa dah jadi pada kau, Dany? Abah, Dany suka kat Is. Dany tak nak balik Bangilah macam ni. Batinnya berteriak nakal.

            “Tekanan mata maksudnya tekanan dalam bola mata bagi mengekalkan bentuk bola mata. Okey, mata kita ni ada tahap tekanan normal tau. Which is in 10-20 mmHg..”

            “Apa mmHg tu?” Dia bukan tahu sangat pasal medik tu semua. Nak kata dia minat sangat nak dengar health speech Danish tu, tak juga. Cuma dia suka tengok Danish bercerita. Melihatkan kesungguhan Danish dan sesekali diselang-selikan dengan gurauan itu, buat hari Is jadi ceria.

            “Milimeter merkuri in hydrargyrum. Awak biasa tengok kot kalau pergi check tekanan darah ke apa.”

Is terangguk-angguk.

            “Jadi macam mana awak ukur tekanan bola mata? Guna apa?” Is bertanya lanjut. Dah alang-alang dengar, baiklah belajar terus. Setidak-tidaknya, dia menambah sesuatu dalam kamus ilmu pengetahuannya.

            “Yang pasti bukan pembaris.” Ujar Danish bersahaja dan Is terherot bibir.

            “Tak lawak, okey.” Tuturnya dan Danish tergelak kecil.

            “Ada dua alat untuk ukur tekana bola mata ni. Tonometer dengan air puff tonometer. Tapi biasanya kami gunakan yang kedua tu sebab alat tu tak menyentuh bola mata dan bacaannya lebih tepat.”

            “Macam tu. Tapi kalau glukoma tak dirawat, apa jadi?” Is sangkut dagu pada jemari kiri kanan yang dikaitnya bersama. Kesempatan untuk menatap wajah dan mata Danish saat doktor muda itu memberi penjelasan, Is gunakan sebaiknya. Terdetik di hati Is, untung Tuan Haji Darsuki, anak berkerjaya hebat. Kacak pun kacak. Peramah pun iya. Pakej sempurna.

            “4.5 juta pesakit disahkan buta disebabkan glukoma yang tak dirawat.”

            Is nampak sedikit terkejut. Takkan sampai buta?

            “Buta? Oh my.. Dany, biasanya siapa aje yang berisiko untuk dapat glukoma ni?”

            Alalala.. kenapa bila dia sebut nama panggilan Danish tu bunyinya kedengaran lebih indah, ya? Rasa macam dah lama kenal dan mesra saja.

            “Sesiapa aje boleh kena tapi paling berisiko ialah warga emas, ataupun keluarga ada sejarah glukoma, orang yang rabun jauh, orang yang ada darah tinggi. Penghidap diabetes pun berisiko juga. Ha, orang yang ada migraine atau pengguna ubat yang mengandungi steroid secara berterusan pun berisiko tau. Oh ya, satu lagi. Faktor keturunan. Orang Africa dan cina pun tersenarai dalam golongan berisiko.” Danish nampak Is ternganga.

            “Yeke? Ayah saya mualaf tau, kira saya ada darah cina. Jadi saya berisiko jugalah ya?”

Comel pula bila dia cemas macam tu. Dan baru Danish tahu ayah Is mualaf. Patutlah mata sepet.

            “Jangan risau. Saya boleh kurangkan tahap tekanan pada bola mata awak tu, tapi dengan syarat awak kenalah pandang muka saya ni sepanjang hidup awak.” Wink.


Is terus tergelak. Tak tahulah, dia rasa Danish tu sweet. Apa yang keluar dari mulut dia, semuanya manis-manis sampai hatinya tercuit. Elak-elak boleh jatuh hati terus. Tapi yang buat Is gelak sejak tadi sebab Danish mengayat memang tak bagi hint. Terus bagi aje. Yang Is gelak tu bukan sebab suka tapi lebih pada nak cover malu. Seganlah asyik kena pick up line aje.

Danish yang melihat reaksi Is, tersenyum senang. Dalam hati duk tertanya, kenapa Is macam tak terkesan dengan pick up line dia, eh? Asyik ketawa aje. Tapi Danish mengaku, hatinya rasa senang mendengar dan melihat gadis tu tertawa. Dan Danish dah terfikir nak letak Is dalam dewan bedah setiap kali dia berdepan dengan pembedahan. Tentu kerja Danish jadi lebih smooth dan santai. Tahu-tahu aje dah siap operate patient.

            “Okey, jadi apa motif awak sampaikan health speech ni pada saya, ya?”

            “Sebab saya nak bagitau awak, yang saya ni bukan akauntan. Saya ni doktor mata. Jadi akaun yang awak kata simple tu, sangat susah pada saya. Mohon pengertian, please.” Danish tayang senyum comel. Dan Is tergelak lagi.

Mama, Dany dah jatuh cinta. Apa nak buat ni..?

Featured Post

Friendship Goals - Bab 5

Popular Post