Sunday, August 25, 2013

Preview Bab 30 (Advance sikit) :p

Preview Bab 30 (jauh lagi kan?) hehehe

“Walaweeeh.. papa bagi kau tiket percutian ke Bali ke apa ni? Tak pun ke Pulau Sentosa? Ke kau dah plan nak pergi tak nak balik-balik dah?” Isya tergelak besar. Mentertawakan aku. Aku menjuih bibir. Gelak pula, orang tengah pening ni.

Bersama sisa tawanya, dia mengasingkan barang-barangku. Aku mengira dalam hati. T-shirt, kain batik, seluar track, telekung, sabun Dettol, pencuci muka, tuala kecil, pakaian dalam dan plastik kosong. Semua itu dimasukkan ke dalam beg galasku. Aku tercengang. 

“Weh.. weh.. Laptop aku? Ni baju tak kan semua bawak sehelai aje? Kang nak mandi tak kan pakai baju yang sama? Minyak wangi ni.” aku memprotes, tak puas hati. Dah alang-alang papa bagi chance bawak apa-apa aje barang, amiklah kesempatan.

Isya menepuk tanganku. “Kau ingat papa nak hantar kita bercuti kat mana? Taiwan? China? Papa tak kan hantar kita ke sana punya. Aku tahu papa, dia mesti ada muslihat dia sendiri. Jadi kau tak payahlah beria-ria nak bawak semua ni bagai, buat penat bahu mengangkut aje.” balas Isya terus memasukkan barang-barang keperluanku yang dah dia asingkan tadi.

“Muslihat apa pulak? Cuba kau cerita sikit, bagi aku faham.”

Isya angkat muka. “Lis, cubalah kau pandang jauh sikit. Sebagai orang yang bijak pandai macam aku ni, aku selalu fikir jauh tau. Contohnya, masa papa denda kita orang then hantar kita orang kat Fraser Hills dulu, papa tak bagi kita orang bawa apa-apa, sebab apa? Sebab papa letak we all kat dalam banglo besar. Cuba kau fikir ey, sekarang ni papa bagi kita bawak macam-macam barang, tak mustahil papa nak letak kita kat tengah pulau yang tak ada orang. Kau faham tak apa yang aku cakap ni?” 

Aku berkerut muka. Kelam seketika. “Kalau dah macam tu, patutnya kita kena tambah lagi barang. Bukan kurangkan.”

Isya ketap bibir. “Hey, mangkuk. Kalau dah letak kat tengah-tengah pulau, masuk hutan keluar hutan, siapa nak angkut laptop segala ni? Bawak yang betul-betul penting sudahlah. Sengal jugak kau ek walaupun pandai.” Sempat lagi mengenakan aku. Aku menjuih bibir. Menyampah.

Turun ke tangga, aku dan Isya perpandangan seketika.
“Huuyoo.. siap bawak luggage lagi. Gila kentang.” Sambut Isya lantas kami tertawa besar. Maya punya gaya macam nak ke California aje.

Saturday, August 24, 2013

Hi, Mr.Gardenia! (p-27)



27

AKU melepaskan beban tubuh diatas tilam empuk. Letih, terlalu letih. Malah dah cukup lelah dengan bermacam benda yang berserabut dikepala. Dah terasa berpintal semua urat saraf dalam otak aku ni sampai dah tak boleh berfikir macam orang bijak pandai lagi dah. Huuuu... Sadisnya bunyi.
            Boleh tak kalau aku nak buat tak tahu dengan apa yang tengah berlaku sekarang ni? Nak buat macam aku masih tak tahu siapa si perogol tu. Dan nak buat macam tak pernah berlaku apa-apa malam tadi. Nak buat jugak macam aku tak ada apa-apa hubungan dengan Syazlan. Boleh tak?
            Aku sengih tepi sambil garu kepala. Boleh sangat, Lis. Pi hantuk kepala tu kat bucu almari kuat-kuat. Dah hilang ingatan kau tu, menjadilah apa yang kau nak tadi. Adehlah.. Tak satu, satu hal jadi. Si Maya ni pun satu, mulut macam langsuir. Mengilai tak kena masa. Ikut rasa hati, memang nak ganyang-ganyang bibir yang sentiasa merah tu. Huh..
Bersama rengusan, aku duduk dibirai katil. Sungguhlah tak tenang hati ni. Isya. Betul jugak, Isya mana? Senyap aje lepas breakfast tadi. Rasanya dia tak keluar ke mana-mana. Aku membawa langkah ke bilik Isya. Sebelum mengetuk, sempat aku menjengah ruangan mini library dihadapan bilik gadis sempoi tu. Yalah, Isyakan lagi suka bertapa dalam perpustakaan dari duduk dalam bilik dia. Pintu bilik perpustakaan yang terbuka memberitahuku Isya tiada disitu.
Aku pantas mengetuk pintu kamar Isya. Lama menanti, tapi tak ada pun suara Isya melaung mengarahkan aku masuk. Senyap sunyi aje. Dengan rasa ragu-ragu, aku memulas tombol pintu. Mata meliar disegenap ruang kamar yang tenang berlatarkan warna tanah.
Ternampak Isya sedang meniarap diatas katil sambil menatap sesuatu ditangannya. Tak pasti apa. Aku merapati Isya, jelas dia masih tak menyedari kehadiranku.
“Sya..” panggilku perlahan, tak mahu dia terkejut. Tapi nampaknya Isya terkejut jugak, malah terburu-buru menyimpan benda yang dipegangnya tadi dibawah bantal. Sempat aku menangkap Isya mengelap airmatanya sebelum duduk dibirai katil.
Aku berkerut dahi. Kenapa dengan Isya? Apa yang disorokkan tu? Dan, benarkah apa yang aku lihat ni? Isya menangis? Gadis yang aku kenali cukup tabah dan kental semangatnya hari ni kantoi menangis depan aku? Susahnya nak percaya.
“Boleh aku duduk?” takut-takut pula aku melabuhkan punggung disisinya.
“Kau ni dah kenapa? Nak mintak izin segala. Macam tak biasa. Kaki nak?” aku senyum sikit, tak terasa nak gelak seperti biasa sebab Isya pun luar biasa sangat pada mata kasar aku sekarang ni. Nampak sangat dia nak sorok yang dia menangis tadi, tapi dengan aku jangan nak kelentong. Suara dah sengau macam tu, hidung pun merah, mata sembab. Cehh.. ingat kita ni budak kecil ke?
“Kau okay ke ni? Lain macam aje?”
Isya tersengih besar. Jemarinya diangkat tanda ‘peace’. “Gila kalau aku okay time-time macam ni. Berselirat kepala otak aku dengan masalah si Maya tu. Sekarang ni kan, aku tak tahulah nak fikir guna apa dah. Kepala otak aku ni, dah tepu tau. Tinggal ni haa.. kepala lutut aje yang ada. Tu pun aku tak tahu boleh berfungsi ke tak.” Isya mendengus lalu menumbangkan badannya diatas tilam. Memantul sedikit dek kerana beban tubuhnya.
Aku melepaskan keluhan. Perlahan-lahan, aku turut berbaring tetapi dengan selamba aku meletakkan kepala aku kat perut Isya. Saja nak bermanja.
“Weh, kau ingat kepala kau seringan dan selembut kapas? Berat tahu?” bebel Isya tapi sedikit pun dia tak menolak.
“Ala, sekali-sekala. Kau ni janganlah kedekut sangat. Akukan adik kau.” aku terkekeh kecil, terus selesa dengan keadaan sebegini.
Isya berdecit. Kemudian kami senyap, tak tahu apa yang ada difikiran Isya tapi aku amat pasti apa yang ada dalam kepala aku. Rasanya, inilah kali pertama aku merasa dimanjakan. Harapkan abah, hangat kasihnya pun aku tak pernah rasa sebab abah pergi waktu aku mencecah dua tahun lagi. Emak pula? Pedihnya, emak sendiri pun aku tak kenal apatah lagi hendak merasa dibelai manja begini. Arwah nenek dan arwah atok sajalah yang sudi membelaiku, tapi tetap tak sama dengan hangat kasih ibubapa sendiri.
“Sya..” panggilku.
“Hmm..”
“Kau.. kau pernah tak baring kat perut mama kau?”
“Kau gila aku nak baring macam ni kat mama? Mati hidup semula pun aku tak ingin bermanja dengan perempuan tu.” marah Isya tanpa dapat ditahan-tahan.
Aku tepuk dahi. “Sya, maksud aku mama betul kau, bukan mama Su. Kalau mama Su aku tak tanya pun aku tahu. Cettt..” aku menepuk perlahan pahanya.
“Ooh.. Lain kali cakap bagi terang. Dah kau kata mama, mama mana lagi? Kalau kau kata ibu tu, aku tahulah kau tanya pasal ibu aku. Apa daa..” jarinya menekan kuat batang hidungku. Aku pantas menepuk tangan Isya. Dia tersengih.
“Mana aku nak tahu kau panggil mak kau ibu. Dah kau panggil papa tu papa, mesti mak pulak mama.” Balasku masih mahu membela diri. Selama ni pernah ke Isya sebut perkataan ibu? Mana pernah. Jadi manalah aku nak tahu dia menggelar wanita yang melahirkannya itu ibu.
“Aku tak panggil ibu kandung aku mama, aku panggil ibu. Rasanya panggilan tu lebih manis, lembut. Menggambarkan sifat seorang wanita yang melahirkan dan membesarkan anak-anak mereka dengan penuh kasih sayang. Betul tak? Itu pada akulah.”
Aku mengangguk saja, menghormati pendapat tersendiri Isya tentang makna panggilan seorang anak kepada ibu mereka. Entahlah, pada aku pulak? Semuanya sama, tak memberi apa-apa kesan pun. Aku ada emak, tapi tak pernah aku menggunakan panggilan itu pada emak sebab sejak aku pandai bercakap, emak tiada disisiku.
“Habis tu kalau mama tu apa maksud dia pada kau? Hmm.. emak, umi, mummy. Lagi apa ya? Haa.. bonda.”
“Mama tu nampak rock sikit. Emak pulak, cool sentiasa. Umi ni rasanya agak Islamik. Mummy pulak.. hmm.. lebih trendy and stail. Bonda ya? Rasanya lebih klasik dan ayu.”
Kami berpandangan seketika, kemudian terletus tawa besar.
“Ikut suka kau aje kan. Okay, kalau kau ada anak nanti kau nak dia panggil kau apa?” aku tersengih nakal. Isya mengetuk dagunya, seakan berfikir.
“Mestilah ibu. Nanti tiap-tiap tahun dapat hadiah tau, anak-anak aku bagi.” Dengan muka berlagaknya tu, dia menjawab. Aku pula berkerut, tak faham.
“Hadiah apa pulaknya?”
“Hadiah Hari Ibu lah, tiap-tiap tahun sambut seluruh dunia tau. Kau pernah dengar orang sambut hari emak? Tak pun hari mama? Tak ada, kan?” dia menjungkit-jungkit keningnya. Banggalah tu dapat kenakan aku. Cettt, hidup-hidup Isya pekena aku. Mangkuk punya kawan.
“Yalah.. yalah.. Tak kisahlah tu semua. Aku tanya tadi, kau pernah tak baring kat perut ibu kau?”
Dia diam seketika. Matanya menatap siling diatas. Seakan mengimbau kenangan bersama arwah ibunya iaitu isteri kepada papa.
“Mestilah pernah Lis, semua orang pun mesti pernah. Lagi-lagi aku anak bongsu, ibu memang sayang sangat kat aku. Setiap kali tengok TV, mesti aku baring kat paha ibu, kadang-kadang ibu tengah menjahit baju pun aku mengada-ngada baring kat paha dia. Kalau ibu baring nak tidur, aku mesti tidur kat bawah ketiak dia. Entahlah, bila ingat balik rasa rindu sangat. Aku rasa akulah orang yang paling malang sebab ibu meninggal sebelum sempat tengok aku berjaya.” Dia melepaskan keluhan beratnya.
Aku tersenyum pahit. “At least kau pernah jumpa ibu kau, Sya. Bersyukurlah.” Tegurku perlahan. Terasa sebak menghimpit dada.
Isya mengangkat sedikit kepalanya, mencari wajahku. “Maksud kau?”
Aku menjungkit bahu. “Aku tak pernah jumpa mak aku. Lepas aku lahir, dua tahun lepas tu abah aku meninggal. Mak pulak pergi dari rumah, tinggalkan aku pada arwah atok dan arwah nenek aku belah abah aku. Sampai sekarang, aku tak tahu apa jadi pada mak aku. Setidak-tidaknya Sya, kau pernah panggil ibu kau ibu. Tapi aku? Dari kecil, orang yang aku kenal atok dengan nenek aje. Kau patutnya bersyukur, kau pernah jugak tatap muka ibu kau.”
Isya bangkit dari pembaringan sekaligus memaksa aku turut bangun. Kami berpandangan seketika. Tiba-tiba saja airmata yang bergenang menitis dipipiku.
“Lis.. a.. aku tak tahu pasal tu. Papa tak ada cerita pun kat kami. Tapi aku puji kau Lis, kau kuat. Kau tabah. Sampai ke sini kau melangkah Lis. Arwah atok, nenek dan abah kau mesti bangga dengan kau.” jemariku digenggamnya kuat. Memberikan aku semangat agar terus bangkit. Memang sejak aku tinggal disini, Isyalah yang sentiasa mengalirkan semangat padaku.
Aku tersenyum. Airmata yang menitis, aku sapu perlahan.
Sorry, tiba-tiba teremosi pulak.” Ucapku lantas tertawa kecil. Isya tersenyum, seraya menggosok-gosok kepalaku. Dia memang suka buat macam tu, kata Isya nampak cute. Aku pun biarkan aje.
“Kau agak, apa jadi lepas ni pada kita? Maksud aku, apa papa akan buat kat kita? Agak-agak dia lepaskan kita tak?” aku bertanya, mengubah topik perbualan.
Isya kembali baring, kali ni aku berbaring disebelah dia pulak. Kepala bertemu kepala.
“Gila kau papa nak lepaskan kita? Mimpi ajelah. Kau tahu tak, rasanya awal tahun ni, kita orang berempat gaduh teruk. Siap calar-calarkan kereta lagi. Papa bengang sangat, dia hantar kita orang bercuti, seminggu kau tahu.” Besar biji mata Isya bersama tujuh jari tangannya yang dikembangkan.
“Wah, best gila. Cuti kat mana? Mesti oversea kan? Kalau macam tu, tiap-tiap hari gaduh pun aku rela, boleh pergi oversea.” Teruja benar dah rasa hati ni. Dah terbayang-bayang Eiffel Tower yang berdiri gah.
“Oversea? Kau aku hantar kat under sea kang. Papa hantar kita orang bercuti kat Fraser Hills, duduk situ seminggu. Tak ada kereta, tak ada apa-apa. Papa cuma bekalkan kita orang makanan cukup-cukup untuk seminggu. Tapi makanan tu, sangatlah mampu mengeratkan silaturahim, kau tahu.” Hilang terus bayangan percutian aku ke Paris.
“Ha? Makanan apa pulak tu?”
Isya sengih tak rela. Macam tak sampai hati nak ingat pengalamannya yang lepas. “Papa bagi Syaz sebatang sudu dengan sepaket gula pasir. Raff dapat hitter air dengan jem blueberry. Maya dapat empat belas uncang teh Lipton dengan jug. Aku pulak papa bagi sebiji cawan dengan tiga bungkus roti Gardenia. Cuba kau bayangkan macam mana kita orang yang tak pernah sebulu ni kena bertoleransi berkongsi barang-barang tu untuk survive perut selama seminggu. Hooo.. ingat balik pun aku dah meremang bulu roma.”
“Gilalah.” Aku berteriak terkejut. Kejamnya.
“Memang gila. Kalau ikutkan, aku baik dengan Syaz aje. Tapi tak boleh jugak hidup berdua aje dengan dia dalam banglo yang tak ada apa-apa tu. Aku ada roti dengan cawan, Syaz ada sudu dengan gula. Takkan kitorang nak makan roti aje, mestilah nak air. Raff pun tak boleh nak buat air walaupun Maya ada teh uncang sebab diorang tak ada gula. Lainlah kalau jem blueberry dia orang tu boleh tukar jadi madu, kan.”
Aku angguk. “Lepas tu apa jadi?” pantas aku bertanya waktu Isya sedang menarik nafas.
“Dua hari jugak tahan ego masing-masing. Raff dengan Maya sanggup goncang air teh dalam jug sebab nak kacau tak ada sudu. Sanggup minum teh tak ada gula. Aku dengan Syaz pulak, dok melantak roti sampai habis sebuku, lepas tu mata terbeliak. Tercekik. Dua hari macam tu, last-last kita orang angkat bendera putih sama-sama, rela dalam terpaksa berkongsi makanan. Dari situ kita nampaklah yang papa memang nak kita orang hidup sama-sama. Saling memberi dan menerima. Tapi itulah, dah balik rumah semula, bercekau balik. Haru betul.”
Aku terdiam mendengar cerita Isya. Papa memang mementingkan keakraban dalam keluarga, kalau tak, tak kan papa suka-suka biarkan anak-anaknya berlapar dalam rumah kat Bukit Fraser tu.
“Kau orang gaduh pasal apa sebenarnya?”
Isya mencebir bibir. “Ala, sebab aku terblok kereta Maya kat kolej. Bukan apa pun.” bersahaja Isya membalas
Aku dah berkerut semula. Tak kan sebab tu aje sampai gaduh teruk? Musykil ni.
“Takkan sebab tu aje?” soalku tak puas hati.
Isya merengus. “Betullah, aku terblok kereta Maya, yalah nak cepat masuk library. Bila aku keluar tengok-tengok, kereta aku calar teruk. Memang aku syak betina tu ajelah yang buat, siapa lagikan. Balik rumah, aku calar pulak kereta dia, entah macam mana aku tergarit sekali kereta Ferrari lanun tu. Over sangat nak balas dendam kot, tu yang tak perasan. Hehehe.. Lepas tu Raff bengang, dia ingat Syaz yang buat sebab malam sebelum tu dia orang gaduh berebut parking. Raff pun calarkan kereta Syaz. Settle. Memang complete, semua kereta jadi mangsa. Kantoi kat papa, memang papa mendidihlah.”
Aku beristighfar dalam hati. Sebab benda kecil macam tu pun boleh jadi gaduh besar. Raff dan Syazlan pulak, masing-masing dah kategori dewasa pun bergaduh hanya disebabkan parking? Betullah, dia orang ni memang tak pernah sebulu, sekepala jauh sekali.
Tapi.. Angkat kepala, renung muka Isya.
“Kalau sebab benda tu aje papa hantar korang ke rumah kat bukit tu, kita yang dah malukan papa depan kawan-kawan papa malam tadi macam mana pulak? Kau tak rasa ke lagi teruk apa yang bakal kita dapat?” aku bertanya berdasarkan rasional dalam diriku. Logiklah kan, lagi teruk kesalahan tu, lagi teruklah hukumannya.
Isya tiba-tiba mengucap panjang, dahinya ditepuk. “Mampuslah kita Lis, teruklah kita kena. Jangan papa bagi roti dengan cawan lagi kat aku dahlah, memang aku cawan-cawankan mulut si Maya tu.”
Dan dalam kepala aku dah boleh bayangkan sesuatu yang tak baik bakal berlaku. Bagus, pandai buat perangai, terimalah balasan. Hu hu hu..




Taaaaraaa!!! Isya & Mai pict 2gther.. knp Isya lg cntik dr Mai? sbb sy dah terlalu biasa dgn heroin yg perfect serba-serbi..cantik.. sexy..menggiurkan..putih..kulit bersih..comel.. klau pndg tu smpai bleh terlanggar tiang lampu n etc lah.. kalau semua heroin mcm tu, hbis yg muka biasa2 ni x boleh jd heroin ke? see.. thts the point.. in creating imagination, u shld knw whre's the facts.. peacee!!!

Friday, August 23, 2013

Hi, Mr. Gardenia!! (p-26)



26

“MAYA, Isya.. your turn.” Papa beralih pada anak-anak gadisnya pula. Aku toleh Isya, dia selamba saja.
“Jangan tanya Isya, Isya tak tahu apa-apa. Tahu-tahu dah kena serang dengan si nenek sihir jadian tu, dahlah make-up macam nyonya tua nak buat Opera Cina. Huh..” Isya nilah, tak nampak ke papa tengah bengang gila tu? Boleh dia selamba badak kutuk si Maya tu. Ish, tak prihatin keadaan sekeliling langsung.
“Isya, I do expected you’ll speak but I do not expected ‘that thing’ will split out from your mouth.” Tekan papa.
Isya terdiam, benganglah tu. Bukan aku tak tahu Isya kalau bengang macam mana rupanya. Buruk macam sekarang nilah.
“Maya, tell me apa yang dah jadi malam tadi.”
We all gaduh papa. Maya yang mulakan dulu tapi kalau Isya tak flirt my date, semua tu takkan jadi papa. Isya try nak rampas boyfriends Maya, takkan Maya nak tengok aje. Sampaikan Jimmy tak selesa dengan Isya, terus dia balik, papa.” adu Maya sedikit merengek. Isya membentuk-bentuk mulutnya, mengejek Maya dalam senyap. Aku pantas menyiku lengan Isya, kami berpandangan. ‘Behavelah, ngek.’ Aku cuba sampaikan dari pandangan mataku. Isya mencebik.
“Isya, betul ke Isya flirt boyfriend Maya?” soal papa lagi pada Isya pula.
“Ek eleh.. papa tanya macam papa tak tahu Isya ni macam mana. Ingat Isya nak pandang mamat muka tempe berkulat tu? Malam sikit. Si Jimmy dia tu yang dok terkenyit-kenyit mata macam ni haaa.. kat Isya, Isya jugak yang kena. Dahlah pulak tu, dah orang tak layan, dia pi datang kat cik pulak. Kalau datang ja, takpa lagi. Ini, siap gesel-gesel dok buat lagu kucing jantan desperate, mana nak tahan. Cik nak tampaq muka dia, sat gi ahli sihiaq pulak datang teruih ‘perembat’ cik dengan mulut longkang dia tu. Salah cik ka, pa weeeh..” meleret Isya bertanya pada papa dengan loghat Utaranya.
Aku menutup mulut. Kau nilah Isya, tak reti nak serius langsung. Dia boleh buat main-main dengan papa yang tengah bengang tu. Aku tengok papa pun dah ketap bibir, tahan nak ketawalah tu. Isya ni betullah, orang marah pun boleh jadi senyum kalau dia bukak mulut.
“Eh, tak payah nak loghatlah Isya. Macamlah Maya tak tahu you memang admire kat dia dari dulu lagi. Yalah, diakan pernah satu sekolah you. Eh hello, kalau dah orang tak nak tu janganlah buat muka tak malu dok sorong-sorong pipi tu. Meluat tahu tak.” Cantas Maya. Aik, gaya suara macam nak cari gaduh aje. Tak cukup-cukup lagi ke bergusti semalam, ni depan papa jugak kau nak sambung.
“Eh perempuan, mulut tu kalau tak cabul boleh tak? Jangan sampai sebab mulut kau tu, kepala kau yang bengkak tau. Kalau kau kata aku admire Sir Faiz lecturer aku tu, tak apa. Aku terima dengan besar hati sebab dia tu memang cute gila maut punya. Ini dengan Jimmy muka kemek tu, tolonglah ey. Tak rela.” Balas Isya tak mahu mengalah.
“Tengok tu papa, Isya ni melampau tau. Dahlah pengkid, ada hati admire kat lecturer sendiri. Teruk perangai dia ni pa. Tak cukup kat asrama bergaduh dengan Maya, kat hotel semalam pun dia saja cari pasal dengan Maya. Ni pasal bini papa nilah, dua-dua buruk perangai.”
Eh, over sangat dah ni. Karang papa tahu yang kita orang ni masih tak berbaik sejak tinggal dalam asrama tu pulak. Tanpa berfikir panjang, aku menyepak kaki Maya yang duduk dihadapan Isya. Tiba-tiba Raff yang sedang leka dengan gamenya, mengangkat wajah. Kedudukannya yang berhadapan dengan Syazlan membuatkan dia merenung Syazlan terlebih dahulu, kemudian jatuh pada Isya yang masih terus merenung Maya. Lalu berakhir padaku.
Maya pula aku lihat, tak bereaksi apa. Aku tersepak kaki Raff ke? Alamak, macam mana kaki Raff boleh dekat dengan aku? Aku jengah bawah meja. Patutlah, Maya duduk bersimpuh atas kerusi, kaki Raff pula terbuka luas.
“Ni apahal yang kau nak babitkan Lis pulak ni? Bila masa pulak Lis rampas pakwe kau?” aku kalih mata pada Isya, tak mampu melawan renungan mata Raff. Boleh lemas.
Girls, janganlah buat perangai dungu you tu. Memanglah Lis tak rampas pakwe I, tapi dia goda Syaz. Buat hubungan sulit dengan anak tiri sendiri. And kalau papa nak tahu, sebab tulah Gina serang Lis. Dah terang-terang pakwe dia kena kebas. Opps, terlebih pulak. Sorry.” Maya berpura-pura terlepas cakap. Gedik aje dia gelak konon apa yang dia cakap tu kelakar sangat. Sedangkan aku ni, dah tergamam. Syazlan aku tak tahulah bagaimana.
“Maya!!” terdengar Syazlan menyeru nama Maya dengan nada amarannya. Tapi Mayakan, mana nak makan saman. Makin galak ketawa adalah.
Kami berlima agak terkejut bila papa bangun lalu meninggalkan ruang makan tanpa sebarang bicara. Wajahnya nampak sangat tegang. Aku melepaskan keluhan. Sekali lagi aku dah kecewakan papa biarpun sebenarnya bukan aku yang lakukan.
“Kau ni kan Maya, mulut bau longkang.” Cemuh Isya geram. Dia bangkit dan berlalu. Sempat lagi dilemparkan tisu yang sudah digunakan pada muka Maya.
“Kau memang tak senang tengok orang lain senang kan? Huh.. tengok muka kau pun aku dah meluat.” Giliran Syazlan pula melepaskan geramnya sebelum berlalu.
Maya membebel entah apa-apa, dia sendiri saja yang faham. Dia berlalu sambil menghentak kaki tanda protes sewaktu meninggalkan ruang makan.
Seketika, ruang makan yang kini hanya dihuni oleh aku dan Raff, senyap. Hanya terdengar perlahan bunyi muzik dari permainan Ipad Raff. Aku menghirup minuman hingga habis, bersedia untuk naik keatas. Tak tenteram jiwa aku duduk berduaan dengan Raff saja.
“Puaslah hati kau tengok keluarga ni kacau-bilau? Ke tak cukup lagi? Lepas ni nak goda siapa pulak? Aku ke?” soal Raff tanpa sedikit pun wajahnya diangkat. Huh, aku pun  tak kempunan nak tengok rupa orang yang dah rampas kesucian aku.
“Mai.. Mai.. Kalau ya pun nak cari kekasih gelap baru, tak kan anak tiri sendiri pun jadi? Tak pun, kau ni.. dah desperate sangat.” Dihujung bicaranya, dia berbisik tajam. Malah matanya terus menatap anak mataku.
“Raff, boleh tak jaga sikit lidah awak tu? Jangan nak lancang sangat menghina maruah orang. Saya ni dah cukup jelak dengar benda yang sama keluar dari mulut awak.” Aku membalas perlahan. Cukup sekadar apa yang aku katakan, sampai dengan selamat kat gegendang telinga dia tu.
Aku fikirkan lepas kejadian masa aku ambilkan pendrive Isya beberapa minggu lepas, Raff sudah boleh menerima aku dalam keluarganya. Tapi nyata itu semua tu takkan terjadi. Kepala terhantuk kat batang paip agaknya masa tu, tu yang perangai elok aje. Sepatutnya aku sedar diri, manalah aku layak bergandingan dengan lelaki sehabat Raff tu. Dahlah doktor pakar tulang, bawak Ferrari pulak tu. Muka pun kacak. Hmm..
Tak kisahlah apa pun, kalau muka aje lawa tapi perogol, tak guna jugak. Huh, kau tunggulah Raff. Mungkin aku tak boleh jatuhkan hukuman depan papa sebab tak nak papa terkilan, tapi belakang papa siapa tahu kan? Eloknya, lelaki hidung tinggi dan bertopengkan manusia macam kau ni aku ajar cukup-cukup.
“Eh, kau yang jelak, and why should I care? Mulut aku, ikut suka aku nak cakap apa pun. Kau, perempuan kotor.. kalau tak nak dengar.. argh, aku tak peduli. Kau nak dengar ke tak nak, kau kena dengar jugak. Biar kau ingat sampai mati yang kau tu perempuan kampung yang dah tak suci dan perempuan yang tak bermaruah. Anak tiri pun kau layan. Sadisnya bunyi.” Raff tergelak sendiri.
Aku bangun dari duduk. Menentang tajam wajah kacak lelaki tu. “Awak nak kata apa kat saya, katalah. Hakikatnya, awak pun bukan baik mana. Jangan sesedap rasa menghina orang kalau diri pun taklah sebaik Malaikat. Jangan ingat saya tak tahu awak siapa. Dan jangan cabar kesabaran saya.”
Dia turut bangun, merapatkan wajah kami walaupun badan kami terpisah diantara meja makan.
“Siapa pulak kata aku sebaik Malaikat? At least aku taklah sejahat kau, curang dengan suami. Dah tu, ada pulak rekod jadi perempuan murahan kat kampung. Konon kena rogol. Padahal sendiri rela. Ya tak, Mai?”
Aku menepis jemarinya yang mengusap pipiku.
“Kau.. Kau pe..”
“Raff, apahal ni?” aku tak pedulikan kehadiran Syazlan diantara kami. Malah kami terus berbalas renungan. Masing-masing tak mahu mengalah.
“Lis, kenapa ni? You okay tak?” aku terasa bahuku dirangkul dan diusap lembut. Pandangan Raff jatuh pada rangkulan Syazlan padaku, kemudian dia tersenyum. Penuh dengan makna yang sangat menyakitkan hati aku.
“Raff, enough okay.” Syazlan bertindak sebagai pelerai. Raff menjungkit bahu dan terus berlalu bersama Ipadnya.
Melihat Raff berlalu, barulah aku mampu melepaskan nafas yang menyesakkan dada. Terasa badan yang tegang tadi, mula mengendur.
“Sayang, kenapa ni? Raff cakap apa?” prihatin benar Syazlan padaku. Dia membelai rambutku lembut. Aku menoleh padanya lalu aku berikan senyuman walaupun terasa hambar.
“Tak ada, borak-borak kosong aje. Kenapa abang datang semula ni? Tadikan abang dah naik?” soalku cuba mengubah tajuk perbualan. Aku menjauh sedikit, memberi jarak antara kami.
Sepatutnya Syazlan tak perlu bertanya kenapa, dia seharusnya tahu antara aku dengan Raff memang tak pernah sebulu. Jadi jika kami kelihatan tegang, itukan sudah kewajipan antara aku dan Raff.
“Mama tak sihat. Abang teringat meja makan tak kemas lagi. Kesian pulak Lis kena kemas sendiri. So, abang volenteerlah nak membantu kekasih hati abang ni.” dia tersenyum manis. Ikhlas sekali. Hmm.. kalaulah Raff sebaik ni dengan aku, rasanya bila aku tahu Raff yang rogol aku dah lama aku maafkan.
“Tak payahlah bang, biar Lis buat sendiri. Lis dah biasa.” Tolakku lembut. Memang kebiasaannya aku yang membantu mama Su mengemas meja makan sebaik selesai menjamu selera bersama Isya juga. Tapi mama pulak tak sihat, Isya sendiri nampaknya tak ada mood, aku rela buat sendiri dari ditemani Syazlan. Cukuplah aku dikatakan menggoda anak tiri sendiri walaupun hakikatnya sekadar bekas anak tiri tapi tetap haram hukumnya kami berkasihan.
Aku menolak tangan Syazlan yang setia erat dibahuku. Dia melepaskan keluhan. “Kan bagus kalau abang yang kahwin dengan Lis dulu.” biarpun hanya gumaman, tapi tetap jelas menghimpit deria pendengaranku.
Aku melangkah ke dapur bersama piring-piring kotor. Membiarkan kata-kata Syazlan pergi dibawa angin. Untuk apa menyesali, sedangkan waktu papa menyuruh Syazlan menerimaku dulu, dia bermati-matian mahu menjaga hati Gina.
Dan kini, layakkah Syazlan merungut sebegitu?

Featured Post

Friendship Goals - Bab 5

Popular Post