Bismillahirahmanirahim.. Phew..!! Berpeluh nak mula update manuskrip baru ni tau.. :)Jom, kita berkenalan dgn Lili..Apa2 komen, kritikan & cadangan, sila tinggalkan di ruangan komen yee.. Cewahh.. :p
PROLOG
BIBIRNYA mengukir senyuman bila melihat telatah Dyra yang
sejak tadi tak henti-henti tertawa bersama Tetsuya dan Casandra. Entah apa yang
lucu sangat, dia sendiri tak pasti. Sejujurnya, dia tahu suatu hari nanti saat
kebenaran terungkap, dia pasti akan merindui Dyra yang ceria ini.
"Dia
tak sepatutnya dibebankan dengan sesuatu yang sangat berat, Eid." Tutur
Rei, teman sepermainan Eidlan sejak pertama kali dia jejak kaki di bumi Jepun
ini bersama Dyra tujuh belas tahun yang lalu.
"Tapi
ini yang tertulis untuk dia. Bukan aku yang minta." balas Eidlan, pun
matanya masih merenung telatah tiga orang gadis yang baru meningkat remaja itu.
Tika itu, dia lihat Casandra dengan sengaja membaling gumpalan salji ke arah
Dyra dan Tetsuya. Dyra yang sedikit terkejut, sempat merapikan hoodienya
sebelum membalas serangan Casandra. Terdengar jeritan berselang-seli dengan
hilai tawa. Dyra sangat gembira bila dapat bermain salji.
Sementara
menunggu tiga anak dara tu penat bermain dengan salji, tiga jejaka tampan
sekadar duduk di kerusi yang terdapat di beranda dalam resort. Hari ni mereka
menghaabiskan masa dengan menjadi penonton keletah tiga anak dara yang sudah
lama tak bersua itu. Mujurlah Tetsuya dan Casandra yang sedang menuntut di
universiti Tokyo itu pulang ke sini waktu cuti semestar. Dapatlah Dyra
menikmati musim sejuk kali ni berteman.
"Walaupun
aku kenal Dyra tu tak lama mana, tapi aku jadi kesian dengan dia. Dia bebas
tapi sebenarnya dia macam orang tahanan. She's totally lost her life as
teenagers." Komen Noah. Noah, teman rapat sejak dia menyambung
pelajarannya di universiti di Hokkaido. Pesan Mr. Fernandez iaitu daddy pada
Rei, jangan mudah-mudah bergaul dan berkawan rapat dengan sesiapa. Maka kerana
itu, Eidlan hanya ada Rei dan Noah saja sebagai teman baiknya, itupun selepas
Mr. Fernandez sendiri upah penyiasat untuk siasat latar belakang Noah.
"Aku
buat semua tu untuk jaga keselamatan dia. Macam daddy cakap, kita tak tahu
siapa musuh Dyra. Dan tak tahu di mana dia sekarang. Ada kemungkinan mereka dah
tahu di mana kita sembunyikan Dyra. Mungkin juga dia sedang perhatikan Dyra sekarang
ni, atau mungkin dia ada di antara kita. Siapa tahu, kan? Apa yang aku dapat
buat setakat ni, lindungi Dyra sehabis daya aku."
"Aku
faham kalau kau nak protect dia tapi aku rasa cukuplah Rei dengan angkatan
tentera dia aje yang buat. Ni dengan aku sekali terheret sama." Luah Noah
sedikit bersungut. Serentak, Rei dan Eidlan tergelak besar. Tambah lagi bila
Noah tarik muka kelat.
"Merungut
kau, eh. Dengan kekasih kau pun nak berkira." Rei serang balas. Eidlan
tergelak bila Noah panjangkan tangan dan menarik skaf yang berbelit pada leher
Rei. Rei menepuk lengan Noah dan menjauh sedikit.
"Noah,
untuk Dyra, kau berkorbanlah sikit. Kita buat semua ni bukan suka-suka. Aku
dapat rasa musuh dia ni bukan biasa-biasa, mereka bermain dengan nyawa. Jadi,
kita buatlah apa yang mampu untuk pastikan Dyra selamat." Terang Rei
dengan nada memujuk.
Bukan
Rei tak mahu tempatkan pengawalnya di dalam rumah Eidlan, tapi Eidlan tak mahu
Dyra rasa kurang selesa dengan kehadiran orang yang tak dikenali. Lagipun, tak
ke nampak obvious sangat kalau letak pengawal sampai dalam rumah? Nanti Dyra
mesti pelik. Sedangkan dia letak orang bawahannya untuk berjaga di luar pagar
rumah Eidlan pun, Dyra dah soal dia macam-macam.
"Lagipun,
dengan gaya kau yang heartless dan suka buat cold treatment ni, aku pasti
sangat Dyra takkan syak kau. Kau, kan less expression. Muka tak ada jiwa."
Noah jungkit bahu saja dengan kutukkan Eidlan padanya.
"Instead
of fight, tak ada jalan lain ke? Berbincang ke?" Giliran Noah pula
mencelah. Eidlan tersenyum perit. Berbincang?
"Kalau
benda ni boleh dibawa berbincang, tidaklah Dyra tu jadi si yatim piatu.
Lagipun, kau tak ingat empat tahun lepas waktu aku bawa Dyra bercuti kat
Taiwan, apa jadi?" Eidlan toleh pada Rei dan Noah. Noah angkat kening. Tak
faham. Apa dah jadi empat tahun lepas? Rasanya, waktu tu dia belum tahu lagi
konflik yang melanda keluarga Eidlan.
"Dyra
hampir-hampir nak kena serang. Nasib baik.."
"Nasib
baik aku perasan kelibat dia orang nak naik ke bilik hotel aku, kalau tak.. Tak
tahulah apa jadi kat Dyra masa tu." Eidlan potong bicara Rei dengan nada
sedikit sebal. Manakan tidak, sepatutnya waktu tu orang-orang Rei yang perlu
berjaga. Tapi entah kenapa, semua pengawal boleh tak sedar dengan kehadiran
musuh.
Rei
tayang sengih, bersalah.
"Kau
dah plan bila nak bagitau dia hal yang sebenar?" Soal Noah buat Eidlan
terdiam berfikir. Eidlan
jungkit bahu.
"Mungkin lepas dia dapat result. Lepas tu aku nak dia futher
study sambil-sambil belajar selok-belok perniagaan yang aku dah usaha beberapa
tahun ni."
"Plan
kau untuk cari tapak kat Malaysia macam mana? Dah bincang dengan daddy?"
Rei pula menyoal.
"Dah.
Daddy tak ada masalah nak tolong aku untuk publish bisnes kat sana. Daddy tu,
kau tahulah. Cable bercabang-cabang. Tapi buat sementara ni, aku minta daddy
yang uruskan, bila sampai masanya, aku akan serahkan pada Dyra." Siapa
yang tak kenal usahawan ternama yang lahir dari bumi Jepun ni. Biarpun
sebenarnya Mr. Fernandez dilahirkan di Malaysia.
"Kau
nak Dyra uruskan bisnes di Malaysia?" soal Noah, tak percaya. Bukankah
musuh yang mencari Dyra tu orang Malaysia?
"Ya,
tapi bila dia betul-betul dah bersedia." Bila Dyra akan bersedia? Eidlan
sendiri pun tak pasti. Dengan karakter Dyra yang tak pernah tahu nak serius,
suka main-main dan polos tu, mampukah Dyra berdepan dengan masa depannya?
"Kau
rasa dia akan cari orang yang bertanggungjawab buat dia jadi anak yatim?"
Celah Rei pula.
"Aku
dah cuba letakkan diri aku dalam diri dia, dan aku yakin dia takkan diamkan
diri. Lagipun, sampai bila aku boleh sembunyikan Dyra? Dan sampai bila aku
boleh jadi pelindung dia? Nak atau tak, dia sendiri perlu kuat untuk berdepan
dengan musuh parents dia."
"Eid,
aku tak fahamlah. Sebenarnya, apa yang dia orang nakkan dari Dyra tu? Dia budak
lagi kot. Bukan tahu apa-apa. Nampak innocent aje." Tambah Noah lagi. Kali
ni, kami bertiga menala pandangan ke arah tiga anak dara tadi. Mereka sudah
berguling-guling di atas timbunan salji yang tebal. Budak-budak ni.. Ingat
tengah shooting filem hindustan ke apa.
"Something
yang aku sendiri tak pasti sama ada ianya tu wujud atau pun tak."
"Something
tu apa?"
Eidlan
diam, mulut di kunci bila mereka bertiga dihampiri oleh tiga anak dara yang
masih tak henti dengan pelbagai cerita. Sesekali mereka tertawa dan
berlari-lari anak. Entah apa yang mereka guraukan agaknya. Bibir mereka seakan
tak penat melorek senyum dan tertawa sejak bertemu seminggu yang lalu.
"Dah
nak balik ke?" Soal Rei pada mereka bertiga. Mereka mengangguk saja
sebelum melepasi tempat bersidang Rei, Eidlan dan Noah.
"Dyra
tunggu usu kat kereta tau. Cepat sikit. Kita orang lapar dah ni." ujar Dyra
pada Eidlan.
"Tahu
pula lapar. Ingatkan kenyang dapat telan salji tu." cetus Noah, sajalah tu
menambah tahap meluat Dyra pada dirinya. Dyra menjeling sekilas.
"Shut
up you, Mr. Gay." balas Dyra dengan muka yang sangat jengkel.
Eidlan
dan Rei menahan diri dari tertawa. Namun semua tu hilang bila mereka bertiga
dapat menangkap perbualan ceria tiga anak dara itu. Walaupun hanya sayup-sayup.
"He's
annoying, okay. Dahlah gay. Nasib baik my Taodo tak macam tu. My god, can't
wait to meet him." Cerita Dyra.
"Noah
is hot, okay!" sanggah Casandra.
"Hot
tapi gay. What kind of hot, then? Buta agaknya dia ni." ejek Tetsuya pada
kakak kembarnya.
"Hot
in his own way. Oh my God, I tak boleh stop melting bila dia pandang I
tau." Casandra dah mula buat aksi tergoda dan digoda dan menggoda. Tetsuya
buat-buat nak termuntah. Dyra mencebik. Mamat kutub utara tu buat Casandra
cair? Pada Dyra, lelaki tu buat dia sejuk dan terus membeku, adalah!
"Ha,
you nak jumpa Taodo di mana? I nak ikut! Taodo ada kawan tak? Kawan yang cute
macam..." Casandra menambah lagi sambil membayangkan seseorang yang comel
di matanya..
"Nagase
Takamura..!" Sambut Tetsuya, teruja.
Rei,
Noah dan Eidlan berpandangan. Eidlan tayang muka stress. Dapat teman lelaki
baru lagi ke si Dyra ni?
"Rei,
settlekan si Taodo tu." Arah Eidlan. Baru minggu lepas dia putuskan
hubungan Dyraa dan Mouri, minggu ni dah ada Taodo pula?
"Again?"
Soal Rei. Eidlan angguk, yakin sekali. Rei pandang Noah. Noah tayang simbol
thumbs down.
"Budak-budak
ni memang tak tahu serik dengan cinta agaknya." Keluh Rei.
Eidlan
pandang susuk tubuh anak saudaranya yang semkain menjauh.
Dia, Lili Eldyra binti
Ahmad Rafizi. Seorang gadis ceria yang di besarkan oleh Eidlan yang merupakan
pakcik tirinya. Kehidupannya nampak sangat normal, tapi siapa sangka, di
sebalik kehidupan yang normal itu, banyak rahsia yang tersimpan kemas dari
pengetahuannya. Hanya Eidlan, Mr. Fernandez dan oji-san iaitu atok pada Rei
saja yang tahu semua kebenaran tentang kehidupan sebenar gadis polos dan manja
itu.
Sampai
masanya, rahsia itu mungkin akan membuatkan Lili Eldyra jatuh untuk seketika
dan mereka akan pastikan gadis itu bangkit dan berubah untuk menuntut sebuah
keadilan dan demi mempertahankan nyawanya sendiri.
No comments:
Post a Comment