Sunday, July 5, 2020

Friendship Goals - Bab 5





Bab 5


“MASUK!” Tekan lelaki berbaju hijau. Nadanya cuba dikawal, tak mahu ada orang sekeliling sedar akan situasi yang sedang berlaku.
       
     Badan Rayhan ditolak masuk ke dalam van hitam. Rayhan cuba melawan, pun hanya seketika bila dia terasa kulit pada bahagian pinggangnya ditembusi hujung mata pisau. Perit! Pantas dia masuk dan duduk di bahagian belakang van. Lelaki baju hijau turut masuk dan duduk di sebelah Rayhan, mata pisau terus-terusan diacu pada tubuh remaja lelaki itu.

            “Aku suruh kau hantar barang pada Tam je, yang kau angkut budak-budak ni, apehal?!” Jerkah seorang lelaki bertopi di bahagian pemandu. Lelaki itu menoleh ke belakang dengan muka bengang.

            “Remy tulah, bodoh. Bagi barang sampai kantoi kat budak-budak ni. Kalau budak-budak ni report polis, mati kita!”

            “Kau tu yang bahlul. Aku suruh tunggu Tam kat luar, kau degil. Nak juga masuk dalam. Dasar bangang! Dah, yang kau ni diri apa lagi? Masuklah!” Lelaki berbaju hitam pula menolak tubuh Yusri. Hampir saja budak kurus tu tersungkur di atas lantai van.

Tam pula sekadar memerhati tapi bibirnya tak lekang dari senyuman keji pada Rayhan di dalam van yang sedang memandangnya. Malang nasib juniornya itu. Boleh pula Rayhan dan Yusri nampak waktu Mail dan Remy beri ‘barang’ berupa dadah jenis syabu. Biasa budak-budak gelar dadah berbentuk kaca pecah tu sebagai ‘ais’ atau ‘batu’. Ya, dialah orang yang bertanggungjawab menjual barang terlarang itu di dalam sekolahnya atau digelar sebagai tokan.

Apa boleh buat, permintaan dari kalangan pelajar sekolah sangat luar biasa. Dan dia hanya membantu mereka untuk mendapatkan bekalan disamping tu, dia juga ‘kaki stone’ tegar. Dadah tu sangat membantu dalam dia mengulangkaji pelajaran, malah pengambil mampu berjaga tanpa tidur hampir tiga hari. Sejak tahun lepas lagi dia giat dengan aktiviti haram tu tanpa dapat dikesan oleh pihak sekolah walaupun ada antara pelajar sekolah yang dah terkantoi sendiri. Tapi tahun ni, boleh pula aktivitinya kantoi pada juniornya itu.

            “Hei! Semua tak boleh diharap. Menyusahkan!” bentak pemandu itu lagi. Dia menoleh ke depan dan tika itu matanya terpandang kelibat seorang gadis berambut panjang sedang berlari ke arah vannya.

            “Duh, masalah lagi. Siapa pula budak perempuan tu?!” Tengking si pemandu pada semua yang ada di situ.

            Yusri tak jadi masuk, dia menoleh ke belakang walaupun dia dah terasa kulit pada bahagian belakang pinggangnya tertusuk hujung pisau. Hampir tersembul biji matanya bila ternampak Dara yang sudah menghampirinya. Sempat Yusri bagi isyarat mata supaya jangan datang dekat tapi Dara seakan tak mengerti. Dahinya berkerut, lalu terus mendapatkan Yusri.

            “Korang nak pergi mana? Ni, aku nak pulangkan dompet Ray. Mana dia?”

Dara pandang satu-persatu wajah yang berada di sebelah Yusri, kemudian pada Tam yang berdiri tak jauh darinya. Lalu kepalanya terjengah-jengah ke dalam van. Seorang pemandu dengan muka ketat dan Rayhan berada di tempat duduk paling hujung dan paling belakang van bersama seorang lelaki berbaju hijau yang dia nampak ketika di lobi tadi.

“Ray! Kau..” Dara terdiam bila ternampak Rayhan seakan sedang membari isyarat dengan matanya. Mengarahkan dia supaya beredar dari situ.

“Kenapa..”

“Aku cakap lari! Lari Dara!” Jerit Rayhan tiba-tiba sekaligus menyentak Dara.

Dan tika itulah dia ternampak sebilah pisau dihunus pada tubuh Rayhan. Dara kalih pada Yusri dan dia juga nampak benda yang sama. Panik, Dara mengundur. Sayangnya, semua tu dah terlambat bila Tam bertindak memeluk tubuhnya dari belakang. Dompet Rayhan yang dipegang, jatuh di atas jalan.

“Angkut sekali budak tu. Boleh juga buat ‘lauk’ Black malam ni.” Arah si pemandu.

“Aku tak nak. Lepaskan aku!” Rontaan Dara sebaliknya hanya mengundang padah bila Tam bertindak mengeluarkan pisau yang tersisip pada tubuhnya lalu dihunus pada perut Dara.

“Kalau kau nak pisau ni tembus kat perut kau, melawanlah lagi.” Bisik Tam, tajam.

Bibir Dara terketar-ketar, malah tubuhnya ikut sama menggigil. Dia ketakutan. Kenapa tiba-tiba dia terjebak dengan sesuatu yang bahaya seperti ini? Apa yang sedang berlaku sebenarnya? Ayah.. Dara takut.

Tubuhnya didorong masuk ke dalam van. Dalam keterpaksaan dan ketakutan, dia duduk jua di sebelah Yusri. Sempat Yusri berbisik meminta maaf padanya. Pasti Yusri menyalahkan dirinya sendiri atas apa yang berlaku. Dara ketap bibir, menahan tangis. Tak mampu dia nak membalas bisikan Yusri. Sumpah, dia takut.

“Jalanlah! Kau tunggu apa lagi?” Jerkah lelaki berbaju hitam yang duduk di sebelah Dara. Ternaik bahu Dara, terkejut dan ketakutan.

Tatkala van mula bergerak, Dara pandang pondok pengawal dengan mata yang sudah kabur. Dan di situ, dia ternampak kelibat Zayn sedang berlari keluar melepasi pondok pengawal dalam keadaan cemas. Matanya melingas ke kiri dan kanan, seakan mencari sesuatu atau seseorang. Zayn cari dia ke?

“Zayn!! Aku kat sini! Zayn!” Teriak Dara dan pang!! Dara jatuh pada tubuh Yusri. Pantas Yusri menyambut kepala Dara yang sudah terkulai. Pengsan!

“Dara!!” Jerit Rayhan dan Yusri, terkejut dengan aksi ganas lelaki berbaju hitam itu.

“Kalau kau nak dia selamat, jangan buat benda bodoh!” Tengking lelaki itu. Sekaligus mengunci mulut Rayhan dan Yusri.



LARIAN Zayn terhenti di tengah-tengah jalan laluan masuk asrama, tak jauh dari pondok pengawal. Telinganya bagai terdengar suara Dara menjerit memanggil namanya. Tapi mana dia? Mana Dara?

            Matanya mengitari keadaan sekeliling sebelum pandangannya terkunci pada sebuah van hitam yang sedang bergerak laju. Mata dipicingkan, cuba melihat ke dalam van dengan menembusi kaca bertinted gelap itu, tapi pandangannya terhad. Entah kenapa, nalurinya kuat mengatakan Dara, Yusri dan Rayhan ada di dalam van tersebut.

            Zayn cuba mengejar van itu tapi van tu dah bergerak jauh. Sekali lagi kaki Zayn terhenti. Kepala dipaling ke belakang, melihat di mana kemungkinan van itu diparkir sebentar tadi. Dan di hujung sana, di tepi jalan besar dia ternampak benda hitam terdampar. Pantas Zayn berlari ke arah tersebut dan tika itu jugalah Fateh dan Aira muncul.

            “Kau kenapa Zayn? Asal kau cemas tiba-tiba? Dara mana?” Aju Fateh bertubi-tubi sambil menyaingi larian Zayn.

            Zayn diam, tak menjawab. Tak, sebenarnya dia tak berani nak jawab apa-apa, dia takut dia tersilap perkiraan. Dia takut semua tu hanya prank semata-mata. Dan selebihnya, hati dia sedang bertingkah. Menidakkan kejadian itu sebagai satu prank, teman-temannya dalam bahaya.

            “Weh, kau dengar tak? Dara mana? Ray dengan Yus mana? Dia ikut kawan-kawan dia, kan tadi?” Tekan Fateh lagi dan tika itu, Zayn dah berhenti berlari.

Mata Fateh memerhatikan Zayn yang membongkok seketika, memungut sesuatu di atas jalan tar sebelum kembali menegak. Pantas, Fateh merampas dompet hitam dari tangan Zayn. Dompet dibuka, terpampang sekeping i/c biru dengan nama pemiliknya. Mohd Rayhan Anuar. Fateh pandang Zayn dengan mata melototnya.

“Zayn! Jawablah soalan aku! Diorang mana? Ada benda buruk jadi pada diorang ke? Jawablah!” Jerkah Fateh, garang. Bibirnya terketar. Cemas, gusar dan takut, semuanya bersatu.

Aira yang menjadi pemerhati sejak tadi, perlahan menarik dompet dari tangan Fateh. Tangannya sedikit menggeletar. Dia tahu ada benda buruk sedang berlaku bila melihatkan tingkah Zayn sejak berlari keluar dari lobi tadi. Tak, bukan sejak lelaki tu berlari tapi sejak lelaki itu berdiri kaku selepas Yusri dan Rayhan melepasi tubuhnya di lobi. Dia nampak perubahan pada bahasa tubuh lelaki itu. Dan yang menguatkan lagi naluri Aira bila lelaki tu berlari laju mengejar langkah Dara.

“Zayn, beritahulah kitorang apa yang dah jadi sebenarnya. Saya risaukan Dara.” Pinta Aira dengan nada lembutnya. Dompet Rayhan ni sepatutnya ada pada Dara, tapi kenapa sekarang ianya terdampar di atas jalan raya?

Zayn melepaskan rengusan. Marah pada diri sendiri sebab terlalu lambat untuk bertindak. Juga gusar memikirkan keadaan teman-temannya.

“Aku rasa diorang kena culik.”

“What?!” Terjerit Fateh dek kerana terkejut. Aira pula tersentak, matanya merenung dalam wajah Zayn. Tak nampak Zayn sedang bergurau. Ya, Zayn tak bergurau, dia serius.

“Macam mana pula tiba-tiba boleh kena culik? Siapa yang..” Soalan Fateh termati bila mindanya terimbas kejadian di lobi tadi. Yusri dan Rayhan berjalan bersama Tam dan dua orang lelaki yang tak dikenali. Kemudian Dara mengekor jejak kumpulan lelaki tersebut dan..

“Tam? Tam, kan yang jadi punca?” Soal Fateh, meminta kepastian.

“Aku tak pasti tapi kemungkinan besar, ya.” Jawab Zayn. Dia cuba berfikir, mencari jalan untuk mendapatkan teman-temannya tapi bagaimana?

“Argh! Patutnya masa kat lobi tadi lagi kita tegur Ray, tegur Yus. Kalau tak, tak jadi macam ni.” Sumpah, Fateh rasa menyesal. Kalaulah dia tak terlalu fikirkan tentang gap yang wujud antara mereka, tentu di lobi tadi lagi dia dah berjaya tarik Rayhan dan Yusri untuk lari dari Tam dan kawan-kawannya.

Zayn bertinggung sejenak. Apa nak buat? Apa nak buat? Mommy? Yes, mommy!

 “Aku pergi report pada warden, ya.” Beritahu Aira.

“Kejap.” Zayn berdiri semula. Anak mata birunya menatap wajah Aira.

“Korang pergi balik dorm dulu. Aku pergi cari jejak diorang.”

“Apesal pula? Aku nak ikut!” Sanggah Fateh, tak puas hati.

“Bahayalah, Zayn. Aku rasa kita patut bagitau warden je, biar warden settlekan.” Aira memujuk dan dia rasa itu jalan paling rasional yang dia dapat fikirkan.

Zayn menggeleng.

“Aku tak rasa cara tu sesuai. Kau ingat warden senang-senang nak percaya ke diorang kena culik? Kat tempat awam, terang-benderang lagi. Possible ke? Kau tengok, mana ada cctv pun untuk jadi bahan bukti. Dan kalau warden percaya pun, diorang kena tunggu 24 jam untuk buat laporan pada polis sebab kita tak ada bukti yang diorang kena culik. Aku sendiri tak pasti dia kena culik ke tak, so please. Bagi aku pastikan dulu.”

“Aku setuju. Aira, kau naik dorm dulu, tunggu sampai 24 jam. Kalau tak ada apa-apa yang serius dan kitorang dapat cari diorang, kitorang call kau. Tapi kalau lepas 24 jam pun tak ada berita dari kitorang, kau bagitau warden.” Tambah Fateh.

Zayn paling pada Fateh dengan kerutan di dahi. Lebih pula dia ni, bila masa entah Zayn ajak Fateh sekali. Fateh yang sedar ditenung, membalas pandangan Zayn dengan lagaknya.

“Apa? Aku dah cakapkan tadi, aku nak ikut.” Ujar Fateh tanpa rasa bersalah.

“Tapi Hana? Patut tak aku bagitau dia?” Yalah, Rayhana tu kembar Rayhan, kan.

“Jangan. Aku tak nak benda ni kecoh. Dah, kau naik dulu.” Arah Zayn seraya membawa keluar telefon lipatnya.

Tanpa banyak bicara, Aira terus berlari masuk ke perkarangan asrama. Fateh memerhati sehingga tubuh gadis itu hilang ke dalam bangunan aspuri.

“Helo, abang Cak. Aku ni, Zayn. Aku nak minta tolong tapi make sure mommy tak tahu hal ni.” Pesan Zayn siap-siap pada personal assistant merangkap penyiasat peribadi mommy.

Dia tahu mommy dalam diam menyuruh abang Cak menyiasat pergerakan daddy. Mungkin mommy risau daddy ada simpan perempuan kot. Sebelum ni, dia ada minta abang Cak carikan latarbelakang tujuh teman sekumpulannya itu, sebab tu dia mampu jawab soalan Rayhan dengan tepat, waktu di pejabat Madam Salmah.

“Ha, okey. Okey. Nak minta tolong apa?”

“Tolong check nombor plat van BJK 1010. Dan kalau boleh, tolong dapatkan lokasi van tu. Sekarang ya, abang Cak.”

Fateh yang mendengar, dah mula sangsi. Zayn call penyiasat ke? Siapa Zayn sebenarnya ni? Siap ada penyiasat peribadi lagi.

Tamat talian, Zayn menoleh pada Fateh bila tersedar dirinya ditenung.

“Kau memang suka tenung muka aku ke? Apesal? Jatuh cinta dah?” Perli Zayn dan terus berlalu sambil berlari mendapatkan teksi yang kebetulan berhenti tak jauh dari tempat mereka berdiri. Menyedari Fateh masih kaku di tempat dia berdiri, Zayn menoleh.

“Kau nak ikut ke tak?” Laung Zayn.

Fateh buat muka sebelum berlari ke arah teksi tersebut.



SEMENTARA di dalam dorm Anggerik, Marissa terus menatap tajam tingkah Rayhana yang tak tahu menghormati privasi orang lain. Bukan main kuat dia buka lagu di radio. Habis terkekak sebentar tadi, Rayhana terus keluar. Entah ke mana perginya. Bila dia masuk balik ke dalam dorm, terus dia buka radio sekuat-kuatnya. Dasar dengki, tak boleh tengok orang lain aman. Tahulah weekend, hari bebas menggunakan radio dan telefon bimbit, tapi berpada-padalah sikit.
        
    Marissa capai bantalnya lalu diangkat tinggi sebelum dibaling kuat ke arah Rayhana yang sedang bersandar di kepala katil sambil membaca komik. Terkejut dengan balingan tu, Rayhana merengus lalu menjeling pada Marissa.

            “Telinga kau pekak ke? Buka radio pelan-pelan, memang tak boleh dengar, eh?” Ujar Marissa sedikit menjerit. Macam nak tercampak anak tekaknya.

            “Suka hati akulah!” balas Rayhana dan kembali pada komiknya.
           
“Ishh! Menyakitkan hatilah dia ni.” Bebel Marissa sebal lalu bangkit dari katilnya. Kaki di hala pada katil Rayhana lalu butang off pada badan radio kecil itu ditekan kuat, kalau boleh dia nak radio tu berkecai terus. Baru puas hati Marissa.

            “Woii!” Jerit Rayhana sebaik lagu pada radionya mati. Komik dihempas di atas tilam. Muka Marissa dipandang marah.

            “Apa woi, woi? Nama tak ada? Huh!” Bantal miliknya yang dibaling tadi, dicapai semula dan terus berlalu dengan gaya kekwatnya. Kalau Rayhana buka lagi radio tu, Marissa bersumpah akan campak radio tu keluar dari tingkap hostel. Siap!

            Terhenti sejenak langkah Marissa bila matanya terpandang kelibat Aira yang baru masuk ke dalam dorm mereka sebelum dia membuang pandang lalu kembali melangkah menuju ke arah katilnya.

            Aira masuk ke dalam dorm dalam keadaan yang agak longlai bersama plastik-plastik makanan milik Dara dan Zayn. Aira letak plastik-plastik dia atas lantai, di sebelah katil Dara sebelum dia berlalu ke katilnya. Perlahan dia menjatuhkan punggung di atas tilam empuk bersama wajah resah dan sedihnya. Dia mengeluarkan isi dari poket seluar sukannya lalu barang tersebut diletakkan di atas tilam lalu ditenung lama.

Dalam diam, setiap tingkahnya diperhatikan oleh Rayhana dan Marissa dari tempat masing-masing dengan penuh tanda tanya. Kenapa Aira pulang sendiran sedangkan tadi dia keluar bersama Dara? Di mana Dara? Dan kenapa wajah Aira mendung saja? Tu, dompet siapa yang Aira tenung tu?

Pun tanda tanya itu hanya berlegar seketika cuma bila kedua-dua remaja itu terus kembali pada komik dan buku masing-masing tanpa ada rasa mahu bertanya pada empunya diri.

Road To Hati Awak - Bab 13





BAB 13          


FAIL kes yang baru diterimanya awal pagi tadi, diselak perlahan sambil mata menjelajah isi maklumat yang tertulis. Penangkapan seorang nelayan lelaki berumur 54 tahun di kawasan perairan berhampiran dan hasil pemeriksaan, anggotanya berjaya menemukan 15kg dadah jenis syabu. Keluhan dihambur keluar. Kes seludup lagi. Sampai bilalah kes-kes penyeludupan dadah ni akan terus berleluasa? Kalau tak masuk ikut darat, masuk ikut udara. Tak dapat udara, ikut perairan.
           
“Aku rasa suspek pun tak tahu kot yang dalam bot dia ada dadah.” Halim keluar dengan spekulasinya sendiri. Shahrul geleng kepala. Dari dada fail, mata Shahrul kalih pada Halim yang berpangkat Sarjan.
         
   “Bawa barang 15 kilo dan tak sedar? Lim, 15kilo kot. Bukan 100gram. Logiklah sikit.” Bantah Shahrul. Yalah, ikut logiklah. 15 kilo tu berat tau. Pernah dengar, orang dukung budak dengan berat yang sama tapi tak sedar dia dukung budak tu? Okey, mungkin suspek boleh pertikaikan sebab dadah tu diletakkan dalam tong ikannya. Macam mana pun, tong ikan tu masih di dalam botnya. Takkan dia tak tahu apa isi dalam tong dia sendiri?
        
    Bukan seperti kes adiknya. Dadah yang berjaya ditemukan oleh anggotanya di dalam kereta Is dulu kalau tak silap dalam 75gram. Dadah jenis heroin. Konklusi pertama, dia rasa dadah itu bukan untuk dijual tapi untuk kegunaan adiknya sediri. Namun sebaik melihat sendiri hasil ujian air kencing, Shahrul tarik nafas lega bila Is negative dadah. Dan dia berusaha menyiasat kerana dia yakin Is takkan ambil barang-barang larangan tu.
         
   “Tapi dia tak nampak macam tokan pun.” Halim masih ragu-ragu. Yalah, dia yang berada di tempat kejadian. Dia lihat sendiri bagaimana pak cik tua itu menangis dan merayu-rayu minta dilepaskan. Bersungguh-sungguh pak cik tu menafikan yang dadah itu miliknya. Bukanlah kata sebelum selama ni suspek-suspek yang ditahannya tak merayu macam tu, tapi pak cik yang tu lain.
      
      “Lim..! Kau sarung uniform tu baru semalam ke? Kau kalau nak merompak, ada kau tunjuk muka penjenayah kau tu? Tak ada, kan? Mestilah kau tunjuk muka acah-acah ustaz Halim. Betul?” Pelik Shahrul dengan perubahan sikap Halim tu. Selalu tak pun macam tu. Asal suspek aje, terus dia cakap pesalah. Belum sempat siasat, Halim dah jatuhkan hukuman dulu.

            Halim garu-garu pipi.

            “Nasib baik aku aje yang dengar tau kau cakap macam tu, kalau Tuan Ganesh yang dengar? Sah dia suruh kau tanggalkan ‘paku’ kau tu.” Disebabkan Shahrul tua dua tahun saja dari Halim, mereka sama-sama setuju untuk tidak menggunakan formaliti ketika berdua.

            “Maaf, tuan.”

Serentak Shahrul dan Halim kalih pada pintu masuk pejabat siasatan khas di jabatan siasatan jenayah narkotik IPD Batu Pahat. Kelihatan Konstabel Dian berdiri tegak di muka pintu.
            
“Ada orang nak jumpa, tuan.” Dian meminggir sedikit, memberi ruang pada tetamu itu.

            Halim terjatuh rahang melihat susuk tubuh seorang gadis putih melepak berdiri di ambang pintu dengan pakaian yang sangat seksi dan kalau ikutkan tatatertib pemakaian, pakaian seperti itu dah sah-sah melanggar peraturan.

            “Atul?” Shahrul yang baru tersedar dari pegun, terus bangun mendapatkan adiknya. Sememangnya, dia ada janji dengan orang untuk bertemu petang ni, tapi bukan Is yang dia tunggu.


            “Ya Allah, Atul. Apa dah jadi?” Soal Shahrul bila dia sudah berdri di hadapan adiknya. Kenapa tak terurus sangat adiknya itu? Muka sememeh, mata sembab, baju pun terdedah sana sini.

            “Shah..” Is pandang Shahrul. Air mata yang sudah kering tadi, mula bergenang semula. Melihatkan raut risau Shahrul buat Is bertambah pilu. Dia dah kecewakan abangnya.

            “Kenapa ni, Atul? Cakap. Jangan buat angah risau. Kenapa kau nangis ni? Ha? Hei, angah tanya ni. Kenapa kau nangis? Qurt kacau kau lagi ke? Qurt buat apa?” Tuhan saja tahu betapa berdebarnya dia menanti Is menjawab semua soalannya. Perlahan, tubuh kecil itu ditarik ke dalam pelukan.

            Dari hanya tangisan tanpa suara, Is mula mengongoi pilu. Semakin tak senang hati Shahrul dibuatnya. Memikirkan kemungkinan Is malu kerana kewujudan Halim di situ, Shahrul lantas menoleh pada rakan kerjanya.

            “Halim, bagi aku space kejap. Aku settlekan adik aku dulu. ”  Halim dihalau dengan riak serius.

Halim yang mendengar arahan, terpinga-pinga seketika. Adik? Eh, itukah adik Shahrul yang disiasat atas kes memiliki dadah jenis heroin tahun lalu? Kenapa makin cantik?

            “Sarjan Halim..!” Shahrul menekan suaranya bila Halim masih terpaku di situ.

            “Ya, bang.! Eh.. Ya, tuan!” Selepas menabik hormat, Halim bingkas keluar. Sempatlah dia pandang Is yang berada dalam pelukan Shahrul tu. Cantik-cantik, menangis pula.



“ABAH cakap kerja kau dah settle petang semalam. Kenapa tak balik lagi? Mama call malam tadi entah berapa ratus kali agaknya, satu pun tak berangkat. Kau ke mana?”

Sambil melangkah ke dapur, Danish dengar saja bebelan mamanya di hujung talian. Zakry yang berdiri menghadap sinki, pantas menoleh bila terdengar dia menarik kerusi di meja makan bulat.
            
“Da..” Zakry terdiam bila Danish memberi isyarat supaya senyap.

Permaisuri tengah bertitah kat telefon ni. Moodnya pun macam tengah tak berapa baik aje. Dahlah Danish baru lepas buat dosa dengan meneguk minuman keras malam tadi, kalau mamanya tahu.. Matilah. Kalau tak kena tikam bertubi-tubi, potensi untuk dipijak berkali-kali tu tentu ada.

            “Dah kenapa diam pula tu? Ada buat salah ke?”

Serkap jarang mama hampir mengena. Sikit lagi Danish nak tergigit lidah sendiri. Cepat saja mamanya dapat hidu bau dosa yang dia baru buat malam tadi.

           “Diam tu tanda setuju, ma. Bukan tanda mengaku salah.” Sayup-sayup Danish terdengar suara Delisha menyampuk di talian.

            “Eh, budak ni. Menyibuk aje.”

Buat seketika, kedengaran dua beranak itu saling bertingkah. Bila dapat mama super brutal, jaranglah rumah mereka sepi.

            “Helo, Dany. Haa, sambung balik. Kenapa diam? Satu soalan mama pun kau tak jawab tau dari tadi.”

            “Maaa.. Satu-satulah. Mama punya soalan, dah macam machinegun. Bertubi-tubi mama bagi. Macam mana Dany nak jawab. Lepas tu, tuduh Dany buat salah pula.”

            “Hai, biasanya mama soal bertubi-tubi, boleh aje kau jawab bertalu-talu. Betulkan, kau ada buat hal. Mesti kau keluar dengan kawan Matriks kau tu, kan. Dia, kan orang Johor. Siapa nama dia? Zack? Kari?”

            “Kari apanya, mama ni. Zakry, ma. Zakry. Zack.”

Dengar saja Danish menyebut namanya, terus Zakry berkerut dahi memandang temannya itu. Danish tayang muka bermasalah.


            “Haa, dah betullah tu. Kau buat hal apa malam tadi? Pergi kelab dengan dia, kan?”

Eei, mama ni.. Pandai aje pasang jerangkap samar. Tahu-tahu dah masuk perangkap.

            “Ala, ma. Memang biasa Dany pergi kelab dengan Zack pun, kan. Lagipun, bukan selalu. Kita orangkan jarang jumpa. Dah masuk kelab, mana nak dengar bunyi telefon. Sorrylah, ma.”

            “Habis tu, bila nak balik Bangi ni? Nak menetap terus kat sana ke macam mana?”

            “Uii, maaa. Deepnya soalan. Kejap lagi Dany geraklah. Dany nak breakfast dulu.” Lepas tu Danish terdiam bila Zakry jegilkan biji matanya. Kenapa? Dia salah cakap ke?

            “Breakfast? Breakfast apa dah nak pukul tiga petang ni?”

Pap! Danish tepuk dahi sendiri. Zakry dah tergeleng-geleng dengan kecuaian temannya.

“Eh, Dany. Kau baru bangun tidur ke?”

“Helo.. Helo, ma. Ma.. Helo.. Kenapa tak dengar ni? Ma.. Helo… Helo.. Lo..” Tut! Terus Danish matikan talian. Fuh..! Harap mama tak telefon lagi.

“Aku dah kata dah. Kau memang tak boleh mabuk. Otak terus dungu mengalahkan lembu.” Cemuh Zakry. Secawan kopi panas ditolak ke arah Danish sebelum dia sendiri ambil duduk, berhadapan dengan lelak itu.

“Datang dari mana pula lembu tu?” Kopi Danish hirup perlahan. Uuh.. Segarnya.. Rasa macam dah bersambung semula sel-sel otaknya.

“Yalah, lembukan lembap. Bengap sikit macam kau.”

“Bengap-bengap lembu, kau minum juga susu dia. Dasar anak lembu.” Balas Danish dengan muka jaki. Laju saja mulut Zakry melemparkan kata-kata makian padanya. Danish gelak, kemenangan.

“Ciara mana?” Danish memanjangkan leher. Kot nampak kelihat Ciara di dalam rumah tu. Macamlah dia tak tahu social life Zakry tu macam mana. Setakat tidur sekatil dengan Ciara, dah tak jadi isulah.

 “Pagi lagi dia dah balik. Dia nak masuk kerja.” Dalih Zakry walhal dia sendiri pun tak pasti sama ada Ciara tidur di rumahnya atau tak malam tadi. Sebab balik pun berasingan. Tapi kalau Is boleh ada di rumahnya, tentu Ciara pun ada sama, kan? Zakry nak tanya sendiri pada Ciara, nak tahu kisah sebenar. Tapi berpuluh kali Zakry telefon, satu panggilannya pun gadis cina tu tak sambut. Sibuk sangat ke?

“Oii, Zack. Dah pukul tiga macam ni, takkan kau bagi aku minum kopi aje? Mana nasi beriani gam? Paling cikai pun, jamulah aku dengan laksa johor ke.”

“Elok sangatlah soalan kau tu. Ni aku nak tanya, kau nak jamu ke nak laksa?”

            “HIDANGkan aku laksa.” Perkataan hidang Danish tekan sikit. Sajalah tu Zakry buat-buat tak faham.

Bersama sengihan keji, Zakry bangkit menuju ke cabinet, dia capai satu tin biskut lalu kembali duduk.

            “Nah..” Tu saja yang ada di dalam dapurnya.

            Danish pandang tin biskut tu berselang-seli dengan muka Zakry. Agak orang Johor hidang laksa dalam tin ke macam mana?

            “Kat rumah aku, paling cikai biskut kering aje. Laksa-laksa, pergi order kat kedai. Sini rumah bujang.” Banyak cantik, dahlah bangun hari dah petang. Minta pula macam-macam.

            “Kedekut. Nama aje pharmacist, bagi tetamu makan benda tak sihat.” Gumam Danish dan Zakry balas dengan jungkitan bahu saja.

            Dalam membebel, Danish seluk jugalah tin kuning berlogokan Jacob tu. Punyalah dalam dia seluk baru jarinya tersentuh dengan biskut. Bila dia bawa keluar, tengok biskut pun dah barai. Bila dia gigit…

            “Perghh.! Biskut pun lemau.” Teruknya ahli farmasi.

Zakry tergelak sebabnya lemau-lemau pun Danish telan juga. Lapar sangatlah tu.

            “Dany..”

            “Hmm..” Danish hirup lagi kopi. Rasa ringan sikit kepala yang berat tadi. Bahana vodkalah ni. Dosa dapat satu hal, badan binasa pun satu hal.

            “Kau sedar tak, aku bawa kau balik malam tadi?” Soal Zakry, mengumpan. dDia nak pastikan, betul ke Danish tak ingat apa yang telah dia lakukan bersama Is.

            “Benda last yang aku ingat, aku minum, minum dan minum. Sedar-sedar dah siang.” Danish kunyah biskut lemau dengan muka tak rela.

            Zakry rasa kes Is dan Danish ni sangat kronik. Danish tak sedar dia dah ragut mahkota Is dan Is pula tak nak Danish tahu. Tapi kenapa? Atau sebenarnya mereka berdua pernah ada hubungan perasaan kemudian putus dan saling membenci? Kalau tak, takkan Danish sanggup teguk alkohol yang tak pernah disentuhnya selama ni hanya kerana Is.

            “Kali ni aku serius nak tahu. Sebenarnya apa kaitan kau dengan Is?”

            Danish melepaskan sedikit keluhan dari dalam. Tampang Zakry di tatap.

            “Serius, aku nak bagitau kau yang aku memang  tak ada apa-apa kaitan dengan Is. Aku kenal dia pun sebab dia staf abah aku. Seperti yang kau dah sedia maklum, aku datang kedai abah aku pun sebab abah aku suruh tolong Is. Itu aje.”

            “Tapi..”

            “Aku minum semalam bukan sebab dia. Done. Jangan tanya aku apa-apa lagi dan jangan kaitkan perempuan Touch n’ Go tu dengan aku. Perkenalan kami dah tamat lepas aku settlekan kerja aku petang semalam.”

            “Okey. Okey. Aku nampak tahap keseriusan kau di situ.” Dan Zakry angkat tangan, mengalah dengan segala penafian Danish.

Entah kenapa, semakin Danish menafikan, semakin kuat nalurinya mengatakan Danish ada hati pada Is dan Danish upset setelah melihat penampilan is dan cara pergaulan Is. Kalau tak, takkan Danish sewenang-wenangnya melabelkan Is sebagai perempuan liar dan Touch n Go? Selama ni, perempuan kelab yang menari kat tiang tu pun Danish tak pernah hina macam tu.

Patut juga Is ambil keputusan untuk merahsiakan hal sebenar dari Danish. Is bagaikan sudah boleh mengagak reaksi lelaki itu seandainya dia diberitahu tentang hal semalam. Tentu teruk Is dimaki dan dihinanya. Mungkin juga Danish akan mengatakan Is memang sudah lama rosak dan sengaja menuduhnya melakukan perkara sumbang itu supaya dia menjadi kambing hitam pada Is.
          
  Biskut lemau dikunyah bersahaja. Danish tahu, Zakry tak percaya pun dengan apa yang dia katakan. Dia dan Zakry berkawan bukan baru sekejap, dah bertahun. Pendek kata, Zakry dah boleh baca apa yang ada dalam hati Danish dengan hanya melihat pada tingkah lakunya. Tapi peduli apa dia? Dari dia mengaku dan jadi bahan lawak untuk Zakry mengenakannya semula, baik dia nafikan. Lagipun, Danish dah nekad nak lupakan Is. Jadi, yang lepas tu biarlah lepas. 

Jom move on..!



Featured Post

Friendship Goals - Bab 5

Popular Post