Thursday, September 26, 2013

Awas! Kalau Dah Suka (p-7)

7

‘A’ Squre Root       :        ape citer org m’sia?

Aku tersenyum menatap skrin laptop. Jemariku pula menari diatas papan kekunci. Mata yang menatap skrin komputer riba masih mampu membayangkan bagaimana rupa dia ketika ini. Pasti masih seperti dulu. Rambut yang tidak terlalu pendek dan tidak terlalu panjang, yang sentiasa di sikat rapi dan digelkan bagi menampakkan gaya cool. Mata yang seakan kuyu, ditambah pula dengan hidung yang tak terlalu mancung, seulas bibir yang kemerahan, berkulit sawo matang. Dengan tubuh yang tinggi kurus tetapi tidaklah seperti Popeye. Hmm.. boleh aku lihat dia dari rupa dan bentuk seakan-akan Farid Kamil.

Trish Do Wish         :        evrythng fine. & ‘ow bout u? 

Aku menanti jawapan dari si dia dengan sabar. Lambatnya taip. Cari huruf tak jumpa ke? Ngek, takkanlah engineer tak familiar dengan computer. Tipu..tipu..

‘A’ Squre Root       :        I’d fever.

Ekk?? Punya lama aku tunggu, itu aje jawapan dia? Kotak kasut punya pakwe. Er? Masih ke pakwe kalau dalam masa seminggu ni aku dah nak kahwin dengan lelaki lain? Lupakan pasal tu kejap Trish, kau sekarang tengah berhubungan dengan si kekasih hati walaupun hanya di alam maya. 

Trish Do Wish         :        no joke,k. 

‘A’ Squre Root       :        yes syg, no joke. I’d fever. Trish fever.

Aku membeliakkan biji mata. Kalau dia kat depan mata, dah lama aku cubit-cubit perut dia tu.

Trish Do Wish         :        u ni.. isshh.. so, ‘ow’s life there? Better?

‘A’ Squre Root       :        bitter. Huhuhu..:( miss m’sia. Miss mom, dad n my little evil.
Trish Do Wish         :        err??

Aku mengharapkan dia menambah lagi ayat. Mengatakan yang dia rindu kan aku. 

‘A’ Square Root     :        hell..of course including u syg. U tak miss I ke?

Aku tersenyum. Sejak-sejak si dia pergi dari Tanah Melayu ni, memang aku dah pandai main rindu-rinduan segala. Pakej dengan ayat-ayat jiwang lagi. Dulu, keras kaku semedang. Semuanya kerana dia. 

Trish Do Wish         :        huruf ‘i’ mana yg I kena miss?

‘A’ Square Root     :        huhuhu.. playing with me huh? Still noty like dolu-dolu. 

Aku tergelak. Tiga tahun dia pergi, tiga tahunlah kami tak pernah bersua muka. tak pernah langsung dia balik, kalau ada pun dia jumpa famili dia, cukup famili dia aje yang mencemar duli terbang ke sana. Bukan dia taknak balik, tapi janjinya pada aku selagi dia tak capai apa yang dia mahu, dia akan terus berusaha tanpa pulang. Pastinya apa yang dia mahu itu adalah kejayaannya sebagai pewaris Wealth Consultant Sdn. Bhd.

Trish Do Wish         :        da lama kita tak challenge bowl kan? Miss that time sesangat.

‘A’ Square Root     :        still... u & ur hide & seek game. Never change. God, miss u so damn much Trish. Feel like wanna fly now, seeing u my lovely hunny bunny intan payung pengarang jantung.(habis jiwang la tu)huhuhu..

Aku tergelak bahagia, sangat-sangat bahagia. Rindu. Rindu. Nak dia sekarang. Hmm, masih dengan perasaan yang sama. Mahunya tak sama, dah dekat tiga tahun berkasih walaupun hanya dieratkan melalui alam maya. You, baliklah. Trish miss you sangat-sangat.
Hati meronta-ronta tak nak kahwin dengan Tengku entah pape tu, tapi dek kerana desakan, keadaan, dan masa hadapan, semua perasaan pada dia terpaksa aku telan. You, kalaulah you tahu.. Tuhan, sukarnya untuk membahagiakan semua orang dalam satu masa. Aku mengeluh.

Trish Do Wish         :        goin’ to sleep, u. Getting late. Need to work tomorrow morning. Chow...

Tanpa menunggu balasan, aku terus sahaja mematikan sambungan dengan Yahoo Messenger. Rasa bersalah tepu dalam dada. Sorry, you. Bukan Trish mintak jadi macam ni.
Selimut aku tarik hingga ke dada. Lampu utama aku matikan digantikan dengan lampu sisi katil. Suram, ya sesuram hati aku ni. Getaran pada handphone membuatkan aku menjengah melihat nama diskrin. Aku mengeluh. Dalam kepayahan, aku tekan juga butang ‘Answer’.
Trish, what’s up? Hilang macam tu aje?” suaran lembut dia menjengah halwa telingaku. Jelas bersama nada risaunya.
“You, I’m sleepy.” Ujarku bersama keluhan. Seolah-olah panggilan dia membuatkan aku benar-benar rasa terganggu. Dia tergelak, tanpa perisa.
“Ha ha ha.. memanglah kita baru kenal semalam kan.” Sindirnya. Dia masih sensitif dengan persekitaran macam dulu.
Aku kembali duduk, kedua-dua lutut aku rapatkan ke dada.
You, nak tanya.”
Go on, sayang.” Balasnya turut lembut. Sungguh, suara dia memang lembut, bila masuk bab jiwang plus ayat-ayat lentok, suara tu mampu menggetarkan jiwa. Romantik giler tahap membunuh.
How much your love for me?” dia terdiam. Aku tahu dia terkejut. Rasanya, mana pernah aku bertanya soalan sebegini. Memang sah luar dari kebiasaan. Kalau ada pun yang bertanya, pastilah datang dari dia, bukan aku.
Trish, I don’t know why you ask me that question but still, I can answer it..” dia berjeda seketika. “There’s nothing can count my love for you, but I’m willing to sacrifice anything, everything, just for you. Is it enough, sayang?” suaranya kini seakan berbisik betul-betul dicuping telingaku.
Aku memejamkan mata. Oh Tuhan, dialah lelaki yang paling baik pernah aku kenal. Okay, admit that aku memang tak pernah ada kawan lelaki lain pun selain dia, tapi kalau ada pun, mesti takde yang sebaik dia.
Dia seorang pelindung. Sesiapa sahaja yang berada disisinya, pasti akan dilindunginya. Lihat aje macam mana dia menjaga satu-satu adiknya. Dia juga penuh dengan kasih sayang. Suka memanjakan adiknya. Aku dilayan dengan baik, tak pernah berkasar. Kalau berkasar pun tak pernah, apatah lagi meninggi diri, bongkak dengan kedudukan dan kekayaaan. A humble person? Yes, totally true. Tak pernah aku lihat dia meninggikan suara dengan parents dia. Sangat penuh dengan tatatertib. Anak sapa lah tu. Ha ha ha..
Siapa tak jatuh sayang oii.. kenapalah dia tak bagitau yang dia fall kat aku sebelum dia pergi ke US tiga tahun lepas? Ini tak, lagi 10 minit nak naik flight, baru menggatal nak buat confession. Kalau tak, dah lama aku masuk minang dia, lepas tu suruh dia angkut aku sekali pergi US. Then, we live happy ever after. Fuhh, memang Mengarut Tale.
“Kenapa ni Trish? Anything happend? Someone tried to ngurat you ke?” dia tergelak kecil dengan kata-katanya sendiri.
Pastinya dia tak mampu membayangkan ada lelaki yang berani mengacau anak sulung Dato’ Mansor ni. Berjalan nak pandang kiri kanan pun payah, aku tengok depan dengan bawah pun dah kira untung. Huh, buat lawaklah tu kalau jalan taknak tengok depan dengan bawah. Nak sedekah senyuman pun lokek habis. Memang kalau tak kenal rapat, orang akan cakap aku ni sombong, tak friendly. Tapi kalau dah kenal, jadilah macam si dia ni, angau kemain. Tulah penangan aku.
“You, nak tanya lagi.”  Aku terdengar dia tergelak, lembut. I love you Kid!!
Go on Trish.”
What if.. hmm.. what if.. if Trish suddenly marry with other guy? Err.. I mean no harm, no offence, just a question.” Sempat aku celah sedikit sebelum dia bertanya dengan nada terkejut dan berfikir dengan lebih jauh.
“Nak gugur jantung I, Trish tau tak. Ishh.. nasib baik Trish sempat tambah ayat belakang tu. Kalau tak, esok pagi jugak I timbul depan pintu rumah Trish.” Dia tergelak lagi. You, kalaulah you tahu yang Trish bukan saja-saja tanya soalan ni, mesti you tak gelak macam tu.
If Trish kahwin dengan lelaki lain, ey? Hmm.. entahlah Trish, tapi Trish sanggup ke tinggalkan I?” aik, dia pulang balik soalan tu kat aku? Double tray betul.
If I have to do that with a strong reasons, I will.” Ujarku perlahan. cukup perlahan. Antara dengar dan tidak.
Dia terdiam beberapa ketika. “I thought our love are strong enough to fight with anything, but.. seriously Trish, I upset with your answer.” Dan aku tahu ketika ini, aku sudah pun mencalarkan sekeping hati milik dia.
It just a questio, you. Meaningless.
It just a question but secara tak sengaja it show me your strength, your belief, your sacrifice in our relationship Trish. Nampak tak tu?” aku tahu dia terasa, dia marah, tapi sedikit pun dia tak meninggikan suara, hanya kata-katanya aje yang ditekan.
Aku mengeluh. “I’m sorry, I don’t mean to hurt you.”

Awas! Kalau Dah Suka(p-6)



6

“KAU apasal buat muka macam nampak hypo pakai baju kau ni?” tegurku. Dahlah masuk office orang, tadi duk cakap nak cakap something. Muka serius jek. Dah aku bagi duduk, siap hidang air lagi, dia boleh duk tenung muka aku yang cun ala-ala Taylor Swift ni ha. Malu lah aku macam ni. Makin kuatlah perasan aku. ha ha ha
“Aku nak cakap pasal sepasang kekasih yang berkasih dari jarak jauh hampir 3 tahun dan sekarang perempuannya nak kahwin.. wow, that happy. But so upset, she will marry with other guy. And yeah, I just know it, from our front desk girl. Anything to explain?
Tak payah tunggu ayat dia habis, aku dah tahu yang rahsia aku.. kantoi..kontoi.. apalah kerja si front desk girl ni, duk bergosip aje. Ishh.. tapi memang betul pun, Liya patut tahu pasal ni. Cuma aku aje yang taknak heboh-hebohkan. Kalau boleh, masa kad jemputan sampai baru nak bagitahu. Lagipun Liya bukan jenis baca majalah ke surat khabar, kalau tak mesti dia dah tahu berita ni dari media massa, kan.
“Apa ni Trish, aku sepupu kau, kau sanggup rahsia-rahsia kat aku? Patutlah mama dengan baba tersenyum-senyum depan aku macam ada rahsia, rupanya diorang pun komplot dengan kau kan?”
Erk? Betul ke Pak Ngah dengan Mak Ngah tahu pasal aku dah tunang dan nak kahwin? Bila masa diorang tahu? Pa atau ma yang bagitau kot? Eh, taklah. Pa dengan ma sendiri pesan jangan bagitau Pak Ngah dengan Mak Ngah, nak buat surprise katanya. Ishh..
“Sorry Liya, aku bukan saja-saja nak berahsia dengan kau. Kalau aku bagitau kau, mesti kau upset macam ni.”
“But how? Who?” aku faham maksud soalan Liya tu.
“Anak kawan pa masa studi kat Swis dulu. Dia datang rumah, dia cakap dia berhajat nak kahwinkan anak dia dengan salah seorang dari kami. Aku dengan Riya. Pa nak Riya yang kahwin dengan anak uncle Wan tu. Tapi..” kata-kataku cukup sampai disitu bila tengok biji mata Liya dah macam nak terkeluar dari landasan. Aku tahu, Liya faham.
“Ohh, sooo sweet dapat kakak yang sanggup berkorban jiwa dan raga demi adik yang buta hati, buta kayu, buta mata macam tu.” Sindir Liya. Aku diam. Aku tahu dia marah.
“Boleh tak once in a while kau biar aje adik kau tu merana sikit? Bagi dia belajar dari kesalahan, kesusahan, kepayahan? Biar aje dia yang kahwin dengan lelaki tu.” Marah Liya.
“Tak boleh, dia adik aku. Aku sayang dia. Aku taknak masa depan dia hancur sebab kena kahwin dengan lelaki yang dia tak kenal.” Balasku tajam.
Hell.. hidup kau hancur takpe? Macam mana janji kau dengan dia? Blah macam tu aje?” tungkas Liya. Aku terdiam lagi.
Tiba-tiba wajah menyinga tadi bertukar sayu. Aku sekadar membuang pandang melihat wajah sayu Liya. Satu-satunya manusia yang boleh rapat dengan aku selain dari si dia dan Miy, anak Mak Pah. Mak Pah, pembantu dirumah aku. Yalah, siapalah yang nak kawan dengan orang macam aku ni, yang tak tahu nak berdunia. Time study dulu, buku aje lah jadi kawan aku. Bila dah kerja, tak nampak dunia luar langsung. Bukan gaya aku duk melepak dengan kawan-kawan tu semua. Aku lebih suka duduk dalam dunia aku sendiri. Dunia dengan komputer + fail = kerja.
            “Aku happy Trish sebab kau dah nak kahwin waima sebab adik kau pun tapi dia macam mana? Kau faham kan?” aku mengangguk. Ya, aku faham. Aku kini sedang melangkah pergi meninggalkan janji-janji yang aku dan dia pernah lafazkan dulu. Dia yang kini sedang mengejar kerjayanya di negara orang. Menguruskan bisnes keluarganya disana.
            “Dia mesti faham.” Ulasku cuba meyakinkan Liya walaupun dalam hati langsung tak yakin dengan apa yang aku sendiri katakan. Liya tergelak tak rela. Tengok muka pun tahu yang aku baru lepas buat lawak tak kelakar.
            “Ada ke pakwe yang faham bila tengok awek kahwin dengan lelaki lain Trish?” tekannya. Aku tahu apa yang Liya rasa. Liya sendiri takut nak bagitahu si dia yang aku sudah pun bertunang dan akan melangsungkan perkahwinan beberapa hari sahaja lagi.
            Aku tertunduk. Hilang kata-kata. Bukan niat aku untuk meleburkan janji yang pernah aku dan dia lafazkan 3 tahun dulu. Tapi, keadaan memaksa. Sayang pada adik lebih mendalam dari sayang kepada kekasih.
            “Aku dah cuba nak bagitahu, masa dia call. Tapi aku tak mampu. Dengar suara dia yang chill tiap kali call aku, aku jadi kesian nak bagi dia sedih.” Luahku sekali bersama nafas berat.
            “Perlu ke kau berkorban sejauh ni untuk adik kau yang buta hati tu?”
            “Perlu Liya, aku nak dia jumpa apa yang dia cari dalam hidup dia tu.”
            Liya mendengus. “Trish, look. Dia tak pernah pun nampak pengorbanan kau tu. Lepas ni apa pulak? Apa lagi yang kau sanggup korbankan untuk adik hati kering macam tu?” nada Liya mula naik satu level. Aku tahu dia marah dengan tindakan aku ni.
            Mata kami bertentangan. Matanya tajam merenungku, pun aku balas dengan pandangan sayu. “Nyawa. Benda tu mungkin the last thing aku boleh korbankan untuk dia bila aku dah tak tahu nak korban kan apa lagi.” Ujarku perlahan dan aku akan pastikan ianya bukan sekadar satu perkataan.
            Liya mengeluh. Letih dengan niatku untuk menabur kasih sayang pada si adik yang tak pernah nampak semua itu. “Kau terlalu sayangkan adik kau Trish. Tapi dia? Apa yang pernah dia bagi sebagai balasan kat kau?” provok Liya sekali lagi.
            Aku tersenyum kecil, walaupun nampak sendunya. Aku menggeleng. “Nothing, aku buat sebab aku ikhlas. At least, aku puas tengok apa yang dia nak, dia dapat.”
            Sekali lagi Liya tergelak, sinis. “Apa yang kau tengah buat ni sama macam kau tuang sejag air kat padang pasir Trish. Takde effect, nothing can be change.” Tekan Liya. Tak penat ke kau Liya nasihat aku? Tak kisahlah kau nak kata aku tuang air kat padang pasir ke, tabur garam kat laut ke. Aku tak amik kisah. Aku tetap dengan pendirian aku.
            “Kau takkan faham apa yang aku rasa kalau kau ada adik yang selalu menyisih sebab dia rasa dia tak sehebat kau, tak seelok kau.” Aku melepaskan lagi nafas yang memberat didada. “Riya kurang kasih sayang sebab dia rasa aku aje yang layak untuk itu , Liya. Dia jauh dari pa dan ma sebab aku.” rintihku.
Seingat aku, kali terakhir aku nampak Riya bermanja dengan ma dan pa ketika kami berada disekolah menengah, mungkin dalam tingkatan 5. Elok aje dia dapat tawaran sambung belajar ke UK, tak pandang apa lagi dah, terus nak terbang ke sana. Tegahan ma dan pa langsung tak dihiraukan. Aku pula tercampak di UiTM Shah Alam aje.
Lepas sampai UK, tiga tahun buat Diploma kemudian dua tahun buat Degree dan setahun lagi duduk saja-saja menghabiskan masa disana. Tu pun dia nak sambung Master, tapi nasib baik tak dapat sebab tak berapa nak layak. Ha ha ha
Dalam beberapa tahun tu, boleh dikira dengan jari berapa kali aje dia jejak kaki kat negara tanah tumpah darah ni. Tipulah kalau ma dan pa takde duit nak sponsor tiket flight Riya, tapi memang budak tu tak nak balik. Dipujuk pun, tak nak. Selalunya, ma dan pa yang terbang ke sana. Ma lagi suka, boleh makan angin. He he he
Dan sampai ke hari ni, dia terus-terusan menjauhi kami. Entah dimanalah silap kami bertiga sampai macam tu sekali dia menyisih. Dulu dia lah anak paling manja. Tapi sekarang, tahu nak menyinga aje, tengking ikut dan. Kadang-kadang aku kesian tengok ma dan pa. Bukan aku tak tahu yang diorang sedih dengan perangai Riya tu. Kalau dulu dia rapat dengan aku, sekarang, nampak aku pun dia buat tak nampak, siap boleh terlanggar bahu lagi tu, memang tak nampaklah kot. Hu hu hu
“Aku dengar Miy nak balik dalam masa terdekat ni.” Miy? Kalau Miy balik, maksudnya...? Aku terkaku. Ini dah dikira damn. Memanglah aku tak boleh nak lari ke mana kan. Nak sorok pun tak boleh.
“Amboi, seriusnya muka. Tengah plan nak rompak bank ke?” ek?? Aku kalih muka ke pintu bilik. Pa..
Liya tersengih, menyembunyikan raut wajah berkerutnya tadi. Aku pun tumpang sekaki. Tersengih, tapi kenapa macam senget jek aku sengih ni?
“Hai, pak su. Sorry, curi tulang sekejap. Nak bergosip dengan bakal pengantin baru ni.”
“Eh, dah kantoi ke? Tak apa lah, but jangan kantoikan kat mama dengan baba Liya tau. Paksu nak buat surprise. Dulu dia selalu cakap, anak dia mesti kahwin dulu. Nanti mesti dia terkejut punya.” Pa tergelak lucu.
Pa dengan pak ngah memang rapat. Tapi kalau dengan Pak Long, dua-dua ketar lutut kalau nak jumpa. Pa dengan Pak Ngah memang gerun sikit dengan Pak Long, muka Pak Long pun nampak garang. Tegas orangnya. Pak Long dah pencen dari dunia perniagaan, sekarang duk travel dengan Mak Long. Pergi seluruh negara yang ada dalam peta dunia.
Kami berdua tergelak kecil. Walhal dalam kepala dah keluar tanda soal.
Okay, pa nak keluar jumpa uncle Wan. Lunch. Kamu berdua pun jangan lupa lunch. Kerja tu kerja jugak, perut pun kena jaga. Okay, see ya.” pa melangkah pergi. Kami berpandangan. Muka dah berkerut seribu.
“Mungkin ma aku yang bagitau.” Komenku. Liya mengangguk sedikit, walaupun nampak ragu-ragu. Seragu hati aku ketika ini. Miy nak balik. Syazmi nak balik. Dan dia?

Awas! Kalau Dah Suka(p-5)



5

AKU mengeraskan muka. Entah apa-apa ajelah budak ni agaknya. Nak aku kahwin, aku dah tunang dah pun. Sekarang, nak jadi wedding planner aku pulak? Apahal? Eh, aku mampulah upah wedding planner aku sendiri. Kalau betul-betul pun aku takde duit, aku jual aje kereta aku tu. Eh, sanggup ke?
           “Tak payah nak ber‘planner-planner’ lah. Buat simple-simple aje.” Bantahku. Mengada-ngada bagi cadangan nak guna wedding planner. Konon nak buat Wedding of The Year lah tu. Aku nak kahwin dengan lelaki sinis tu pun dah cukup baik. Huh!
            “Trish, biarlah Riya nak bagi cadangan tu. Dah awak dengan tunang kesayangan awak si Tengku Afif Akmani tak nak amik kisah, biar kami aje buat.” Sela ma pula. Aku picit-picit nasi dalam pinggan, meluahkan perasaan sebal. Tak dapat picit kau, aku picit nasi pun okay lah.
            Okay, Riya rasakan black and white suit for your wedding theme.” Cadang Riya beria-ia. Aku tersedak. Nak tercekik leher aku ni ha.
            “Dah-dah, cadangan ditutup. Orang nak kahwin, bukan nak berkabung.” Marahku. Namun dalam hati, aku terasa bahagia. Rasanya dah lama kami tak berkumpul makan malam bersama sambil bertingkah tentang sesuatu. Selalunya, Riya jarang makan bersama kami. Kalau ada pun, hanya bunyi gigi berlaga aje yang dengar. Senyap sunyi. Lain benar dengan malam ni. Biarlah aku merana terpaksa berkahwin, asal aje kami dapat lihat Riya yang lama kembali.
            Ma dan pa tergelak. Riya tarik muka. “Kau tak tengok lagi, mana nak tahu. Cantik tau color tu. Kan ma?” ma mengangguk.
            “Ma dah pergi tengok tadi. Sekali tempah baju kahwin Trish.” Tambah ma. Hmm..aku angguk aje lah.
            “Banyak ke ma tempah baju tu?”
            “Tak banyak, dalam 6 ke 7 pasang. Untuk Afi pun ma tempah sekali. Tapi tak tahu dia muat ke tak. Nanti dah siap, kita bagi dia try.”
            Huk huk!! Terbatuk-batuk aku dek kerana tersedak. Pa mengelus belakangku. Tangannya menghulur segelas air. Laju aku meneguk. Sekilas aku mengerling Riya, dia merenungku tajam sebelum membuang pandang pada nasi dipinggannya. Sorry Riya, aku tak mintak dilayan sebegini.
6 ke 7 pasang... Tak banyak? 6 ke 7 pasang tu tak banyak? Biar betul ma ni?
            “Apa yang banyak sangat ma? Tak payahlah tempah bagai, dalam almari Trish pun banyak baju.”
Tuk!! Adoi, ma ni, pakai ketuk-ketuk kepala pulak.
“Dalam almari Trish tu ada baju gown ke? Yang kembang-kembang macam cinderella pakai tu? Tak pun ada ke baju kebaya moden yang meleret sampai 3 meter ke belakang? Kalau ada, kita cancel aje baju yang kita book tadi Riya.” Sindir ma, Riya pula tergelak. Pa join sekaki. Hisshh.. payahlah macam ni.
Okay..okay.. I leave it to you ma and you Riya. Jangan sampai Trish tak berbaju masa sanding dahlah.” Pesanku dengan sedikit jelingan. Saja mengugut. Ha ha ha
Riya mencebik. Aku menjungkit bahu. Lepas tu, diorang sambung balik cerita pasal tema, gift, hantaran, kasut, baju.. bla..bla..bla.. memang aku tak berminatlah kan. Nak masuk campur pun, selit sikit-sikit aje. Nak selit banyak-banyak, kang semua benda aku bantah.
Aku melihat Riya dari ekor mataku. Dia petah berbicara, mencanangkan cadangannnya untuk perkahwinanku. Sesekali dia tergelak, bersatu dengan tawa ma dan pa. Ma dan pa juga nampak bahagia. Hati aku terdetik sesuatu.
Mungkin aku yang tak sepatutnya berada diantara mereka. Aku yang menjarakkan hubungan Riya dengan pa dan ma. Kerana aku, Riya menjauhkan diri dari pa dan ma. Sebenarnya, akulah penghalang mereka bersama.
Mungkin benar keputusan yang aku buat untuk berkahwin. Sekurang-kurangnya, aku akan jauh dari ma dan pa. Dan mesti mereka akan bahagia. Pa dan ma akan dapat Riya semula. Biarlah, asal sahaja Riya happy, aku turut rasa tempiasnya.
“Trish ada cadangan!” laungku. Tiga pasang mata menala kearahku.
“Trish cadangkan nikah dekat pejabat kadi aje. Tak payah pelamin segala.” Dengan rasa teruja aku melaungkan cadangan yang aku rasakan cukup meringankan semua bahu. Tapi lepas tu semua mata merenungku dengan pandangan tajam dan..
Tukk!! Auww,sakitlah ma ni.
“Cadangan... rejected.” Ujar mereka serentak. Aku menjulingkan mata. Bagi idea yang boleh senangkan semua orang pun tak mahu. Hisshh..
Seketika kemudian mereka menyambung kembali mesyuarat. Bla..bla..bla.. hmmm.. bilalah nak habis. Aku mengambil keputusan untuk menonton televisyen diruang tamu sahaja. Sebaik tanganku cuci, aku melangkah itupun setelah memberi isyarat mata pada pa yang aku nak tengok TV.
Program syarahan berunsurkan Islam aku pandang sekilas. Bosan.. “..bumi pun boleh bercakap Tuan-tu..” tapp!! Aku tekan channel lain. Tapi.. hold on.. hold on.. Bumi can speak..? aku tekan semula channel tadi.
“..an-puan. Bunyinya macam kelakar, tapi itulah kuasa Tuhan. Kita tak nampak sekarang, nanti masa hari kiamat, bumilah yang menjadi saksi atas segala amalan yang kita lakukan di atas bumi ini. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w membaca satu ayat yang bermaksud, pada hari itu bumi akan menceritakan beritanya. Kemudian baginda bertanya, adakah kamu tahu apakah yang akan diberitahu oleh bumi itu nanti? Dan para sahabat menjawab, hanya Allah s.w.t dan Rasul Nya yang lebih mengetahui.” Bumi sampaikan berita masa hari kiamat?
“Baginda s.a.w juga bersabda, sesungguhnya berita yang disampaikan oleh bumi ialah bumi menjadi saksi terhadap semua perbuatan manusia, sama ada lelaki ataupun perempuan terhadap apa yang mereka lakukan diatasnya. Pada masa itu ya Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian, bumi akan berkata, manusia ini telah melakukan ini, melakukan itu pada hari ini dan hari itu. Itulah berita yang akan diberitahu oleh bumi. Hadis itu diriwayatkan oleh Imam Tirmizi.” Subhanallah, besarnya kuasa Tuhan. Aku terdiam sendiri.
“Hadirin sekalian, apa yang ada dalam fikiran anda semua selepas mendengar hadis ini?” rasa menyesal buang sampah merata-rata, mencemarkan bumi Allah ini. Rasa takut nak buat benda yang haram dan dilaknat Allah.
“Adanya hadis ini adalah untuk menjadi dorongan kepada hamba Allah yang ada dimuka bumi ini supaya melakukan amalan soleh dan menjauhi diri dari melakukan maksiat. Pendek kata, Amar Makruf, Nahi Munkar. Nak dapat keredhaanNya kenalah ikut perintah Tuhan. Sembahyang, puasa..semua yang wajib kena buat, yang sunat pun jangan lupa. Yang dah diharamkan janganlah dibuat.”
Aku mengetuk jari pada dagu. Berfikir. Sembahyang lima waktu pun selalu jugak lubang-lubang. Puasa okay aje selagi bendera Jepun tak naik, tapi bab bayar hutang puasa tu yang payah sikit. Perkara sunat? Hmm.. dulu selalu jugak buat sembahyang hajat lagi-lagi time nak exam. Sekarang ni, macam susah sikit. Yang haram pulak..setakat ni mungkin dari segi pakaian ajelah. Tak pakai tudung, baju nampak bentuk badan, terdedah pun ya jugak. Membunuh aku tak pernah buat lagi. Teguk air kencing syaitan pun tak pernah lagi, kalau boleh mintak dijauhkanlah.
Astaghfirullahalazim.. sebegitu mudah aku pandang hukum Allah selama ni. Part yang menutup aurat tu, tak tahu kenapa, rasa macam tak terbuka lagi pintu keinsafan ni. Memang banyaklah dosa aku kat situ. Tuhan..
“Sebab keduanya pulak, Allah s.w.t nak tunjukkan pada hamba-hambaNya yang Dia Maha Kuasa. KuasaNya tiada tandingan. Lihat kemampuanNya menjadikan benda-benda keras dapat bercakap di mana bumi akan menjadi saksi terhadap setiap perkara yang berlaku.” Subhanallah.. Allah Maha Besar. Aku menginsafi diri, betapa kerdil aku disisiNya.
“Sebab ketiga pula, supaya kita takut untuk melakukan maksiat dimuka bumi ini. Boleh dikatakan sebagai larangan keras terhadap hamba-hambaNya. Kita kena ingat, walaupun kita buat jahat, orang tak nampak, tapi bumi tetap akan menjadi saksi di hadapan Allah s.w.t, yang menjadi hakim di hari kiamat kelak. Jadi, bertaqwalah kita pada Pencipta kita hadirin sekalian.” Aku tertunduk. Ya Allah..sungguh besar kuasaMu. Meliputi seluas alam semesta. Tiada satu pun yang terlepas dari pandanganMu Ya Allah.
Sedang aku bertafakur, aku nampak Riya tergesa-gesa keluar dari bilik makan lalu berlari-lari mendaki anak tangga. Tak sampai 5 minit, aku nampak dia berlari turun bersama tas tangannya. Pakaian basan tadi dah diganti dengan jeans skirt pendek dengan T-shirt sendat. Sebelah lagi tangannya mengepit jacket denim dan jemarinya memegang sepasang kasut wages. Melihat pada pakaiannya, aku beristighfar. Jauh sungguh adik aku melencong. Setakat ni, aku tak pernah lagi terniat nak menyarung pakaian sebegitu untuk keluar.
Sampai dipertengahan ruang tamu, telefon bimbitnya berbunyi. Kelam-kabut tangannya menyelongkar tas tangan.
Babe, babe. Wait ya. Sekejap aje.” Dalam dia berserabut dengan segala barang dikiri kanan tangan, tak semena-mena butang loudspeaker di telefon bimbitnya tertekan. Apa lagi, leher aku panjangkan, telinga aku kembangkan luas-luas.
“Macam mana you boleh lupa, Bie? I tunggu you almost half an hour, kay.” Suara seorang lelaki bersama keluhan terdengar. Pakwe Riya ke? Heee, susah nak jangka. Kalau dah kawan lelaki berderet-deret. Nak kata pakwe, hmmm..memang tak boleh nak agak.
Aku lihat Riya sedaya-upaya cuba mencapai jemarinya pada butang telefon untuk mematikan loudspeaker yang dia terrrr..aktifkan.
“Bie?” seru suara lelaki tu lagi.
I’m on my way, Bie. Kejap aje.” Tiba-tiba Riya mengalih pandangannya padaku. Dia menjeling tajam lalu melangkah laju keluar dari pintu utama. Marahlah tu aku curi-curi dengar. Ha ha ha.. siapa suruh loudspeaker?
Hai... laa.. baru tadi rasa macam dah ada dalam satu keluarga yang aman bahagia. Tup-tup, dia blah pulak. Entah apalah yang kau cari dik oii kat luar tu. Setiap malam. Ya, aku tekankan disini, setiap malam. Kalau sekali-sekala mungkin aku juga ma dan pa tak kisah, tapi tak. Setiap malam keluar, 3-4 pagi baru nampak jalan balik ke rumah. Kadang-kadang pagi esoknya baru balik. Kadang-kadang esok lusanya baru balik, tidur di penthouse yang disewanya..
Tipulah jika aku katakan yang aku tak tau langsung apa yang dia lakukan diluar sana. Pasti ke kelab-kelab malam. Ya, bukan aku tak ambil kisah malah pernah aku menyerang Riya ketika dia sedang meneguk air di situ, tetapi esok-esok dia buat lagi. Dan sampai ke hari ini, aku dah letih hendak memarahinya. Ma dan pa juga begitu. Masing-masing dah penat, akhirnya kami biarkan sahaja. Tengoklah sampai mana Riya mampu pergi dengan kehidupan yang penuh dengan palitan hitam di hati tu.
Aku teringat kembali ceramah tadi. Kan ke bagus kalau Riya dengar ceramah tadi. Kalau tak terbuka luas pun pintu hati tu, at least dia tahulah yang Tuhan tu melihat apa yang dia lakukan diluar sana. Apa yang dia buat pada ma da pa. Apa yang dia buat pada aku, kakaknya. Biar dia tahu yang bumi akan menjadi penyampai utusan ketika hari kiamat nanti.

Featured Post

Friendship Goals - Bab 5

Popular Post