“SO, ni bilik Mai. You want me to call you mama Mai or what?” Isya menguak
daun pintu kayu bilik yang menjadi bilikku mulai malam ini.
“Mai.. Mai aje.” Balasku
tenang. Aku masih waras lagi nak suruh orang panggil aku mama dalam usia semuda
ini. Dan tak terfikir pulak aku nak beranak tirikan orang yang seusia dengan
aku. Mujurlah papa dah ceraikan aku awal-awal, kalau tak dah sah-sah aku ni
memang ada anak tiri.
Aku mengheret beg
pakaianku masuk lepas Isya menyalakan lampu bilik. Bilik aku diletakkan ditingkat
tiga. Rumah banglo papa ada tiga tingkat. Memang besar dan langsung tak
setanding dengan rumah papan yang pernah tinggal bersama arwah atok.
Isya menarik kerusi dimeja
komputer lalu dia duduk disitu menghadap aku yang masih berdiri ditengah-tengah
bilik. Dia bersila diatas kerusinya. “Alah, tak payahlah segan-segan. Meh..
meh, duduk. Kita borak-borak.” Gesanya, sangat ramah dengan senyuman yang sejak
dari tadi menghiasi bibir.
Aku mengambil tempat di
birai katil, berhadapan dengan gadis muda yang bertubuh genit itu. Wajahnya ada
iras dengan Raff. Memanglah, nama pun satu acuan.
“Okay.. Lis, ni bilik Lis.
What? Ohh, sorry. Aku panggil kau Lis lah ek, since nama kau Maisarah Alisa
kan? Lis.. hmm.. macam cute sikit. Okay, aku sambung balik. Kat floor ni ada
empat bilik aje. Bilik kau, bilik aku kat sebelah ni and bilik ahli sihir tu
kat sebelah bilik aku. The last room tu, bilik studi for us. And jangan pelik
kalau kau cari aku dalam bilik tak ada, sebab aku suka bertapa dalam studi
room, just like what the witch said. A fussy witch.” Isya buat muka meluatnya.
Pasti saja ahli sihir yang dikatakan Isya itu mewakili Maya.
Nampaknya mereka memang
tak pernah sebulu. Tapi aku suka dengan Isya, gayanya yang nampak brutal dan
santai membuatkan aku selesa. Rasa macam dah lama kenal pun ada. Rambut panjang
separas bahu yang dimiliki Isya itu tak sedikit pun dapat menyembunyikan
karakternya yang kasar.
“Kat tingkat bawah kita ni
pulak, ada lima bilik. Depan tangga tadi tu, bilik papa dengan mama. Sebelah
bilik papa, bilik Raff. Sebelah bilik Raff, bilik Syaz. Depan bilik diorang pulak, bilik kerja Raff dengan Syaz. Hujung sekali
bilik tetamu. Lepas tu, kat ground floor, ada satu bilik lagi, papa buat ofis
papa. Kat dapur bilik orang gaji tapi kosong sebab kitorang tak ada orang gaji.
Haaa, bilik-bilik stor ke bilik apa, esok-esok aku terangkan. Penat aku cerita
pasal rumah ni.” dia tersengih sendiri. Aku senyum.
Dia membetulkan kaca mata
old school yang berbingkai hitam itu. Lengan baju tee yang sudah sedia pendek,
disinsing lagi. “Kau amik course apa nanti? Aku amik course Architectural
Technology. Dulu kau tahu tak, aku try buat Matrikulasi. Ingat nak jadi doktor
macam lanun tu, kejap lagi sangkut pulak. Tak terlarat nak pikul subjek tu.
Lastly, tercampak kat GAC tu.” cerita Isya tanpa ditanya. Aku sengih sendiri.
Banyak cakap jugak Isya ni. Walaupun aku sebenarnya tak tahu pun siapa lanun
yang dimaksudkan tadi, tapi lucu juga cara dia bercerita.
“Kau ni sengih pulak,
simpatilah sikit dengan nasib aku ni. Ish.. Ha, kau nak amik kursus apa?”
“Entah, saya ingat nak
buat design.” Aku menjawab perlahan. Memang begitu ajaran arwah atok, harus
sentiasa bersederhana dalam setiap perkara termasuklah dalam perbualan.
Isya kerut dahi sebelum
garu kepala. “Design? Fashion Designer? Interior Designer? Or else?”
Aku senyum kecil.
“Fesyen.” Sepatah aku menjawab pertanyaan yang meragui dirinya.
Dia angguk-angguk.
Kemudian wajahnya bertukar serius. “Lis.. psstt.. psst.. nak tanya sikit. Umur
kau berapa, ha?” soalnya kali ini sedikit berbisik walaupun kami masih ditempat
masing-masing.
Dengan dahi berkerut, aku
menjawab. “Lapan belas. Kenapa?” pelik aku melihat gaya Isya. Sekadar bertanya
umur, tetapi gaya macamlah dia sedang bertanya bank mana yang nak dirompak.
Isya menumbuk telapak
tangan kirinya. “Alaaa, aku lagi tua dari kaulah ni? Ishh, macam mana papa
boleh dapat bini lagi muda dari aku? Aduhh.. tapi tak apalah, dari ada mama
tiri yang macam perempuan kat bawah tu, baik dapat mama tiri macam kau. Nampak
beriman sikit. Tak macam mama Su, heh.. meluat aku. Hari tu pun aku tak dapat
ikut balik kampung papa sebab perempuan tulah. Ada dia suruh aku jaga rumah,
papa pun angguk aje. Heh..”
“Err.. kenapa dengan auntie Su? Dia tak
okay ke?” dalam ragu-ragu aku bertanya. Kenapa Isya nampak meluat benar dengan
auntie Su sedangkan aku rasa auntie Su terlalu baik orangnya. Nampak sangat
memahami papa. Tadi pun aku nampak bagaiman auntie Su mengurutkan bahu papa
yang keletihan memandu sepanjang hari.
“Haaa, ni aku nak bagitau. Perempuan tu
kau jangan percaya sangat. Kalau kau nak tahu siapa ketua geng si putar alam
ke, geng talam dua muka ke, geng lidah bercabang tu semua, haa.. perempuan
tulah leadernya. Jangankan lidah bercabang, gunting dalam lipatan, duri dalam
daging, semua tu memang sifat-sifat agung dalam diri perempuan tu. Tak percaya?
Tak apa, memang semua dalam rumah ni tak percaya cakap aku. Kalau kau pun tak
percaya tak apa, aku tak amik hati.” bersahaja dia melontarkan kata-katanya,
sedikit pun tak bertapis. Malah dia bersungguh-sungguh memaksudkan apa yang dia
baru sampaikan tadi. Betul ke auntie Su macam tu? Tapi kenapa aku tengok dia
elok aje?
“Jangan paksa diri kau untuk percaya apa
yang aku cakap ni, sebab dah berbuih mulut aku cakap kat papa, kat Syaz, kat
Raff, semua buat gaya ala-ala monumen negara, tak heran langsung. So, kalau kau
pun tak percaya, aku tak kisah. But, be aware sikit dengan dia. And, be careful
dengan Raff, si lanun tu. Nama aje doktor, tapi suka buat gaya macam lanun kat
lautan Carribean tu. Mantol sungguh aku dengan lanun tu.” memang sesi
melepaskan geram gaya si Isya ni aku tengok. Seorang di gelar ahli sihir,
seorang lagi ‘perempuan tu’, lepas tu muncul pulak lanun.
Tapi.. kira hebat jugak. Raff yang nampak
sombong tu seorang doktor? Cool.. tapi perangai langsung tak mencerminkan
personaliti seorang yang berprofession tinggi. Gaya macam playboy jalanan aje.
Tentang auntie Su pula? Tak mengapalah, untuk mengambil langkah yang selamat,
baik aku berhati-hati sahaja dengan auntie Su tu.
“Dahlah, cakap dengan kau ni, buat penat
mulut aku aje. Balik-balik angguk, senyum lepas tu sengih. Aku aje yang over
bercakap. Okaylah, kau pergilah rehat-rehat. Aku pun nak sambung studi ni. Blah
dulu.”
Aku menggeleng dengan telatah Isya. Macam
manalah aku nak bercakap kalau dia sendiri bercakap tak berhenti. Nampak aje
brutal, tapi suka bercakap. Bergosip pun kalah makcik-makcik kat kampung aku
tu.
Bila sebut pasal kampung, rasa pilu pulak.
Sayu pun ada. Entah macam manalah dengan ayam-ayam belaan arwah atok tu. Nasib
baik juga papa benarkan aku bawak Harun ke mari, kalau tak, mesti nasib Harun
pun jadi macam ayam-ayam atok tu, kena sedekah kat orang.
Aku menoleh kearah pintu yang masih
terbuka sejak Isya keluar tadi bila terasa ada satu susuk tubuh berdiri dimuka
pintu tersebut. Aku mengangkat punggung, menghampiri Syazlan. Dia melemparkan
senyuman manisnya buat tatapanku. Aku membalas seikhlas hati.
“Mai, okay tak bilik ni?” tanyanya ramah.
Dia bersandar santai dijenang pintu. Aku pula berdiri agak jauh darinya.
“Okay aje. Terima kasih..”
“Terima kasih untuk apa pulak Mai ni? Bila
pulak Syaz tabur jasa kat Mai?” dia tergelak dengan gurauannya sendiri.
“Hmm.. terima kasih sebab terima Mai dalam
rumah ni. Dalam keluarga ni. Mai minta maaf kalau menyusahkan abang sekeluarga.”
Aku menunduk. Terasa sedih bila menyedari diri sekadar menumpang kasih atas
simpati orang.
Syazlan tergelak lagi, perlahan saja.
Cukup sekadar aku dan dia yang mendengar. “Mai ni, tadi buat sesi ucapan terima
kasih pada penaja. Ni nak buat ucapan ala-ala Selamat Hari Raya pulak. Dah lah,
tak ada apa nak diterima kasihkan, and nothing to be sorry okay? Mai kan isteri
baru papa, so automatically, Mai tanggungjawab papa and kami satu family. And
welcome to keluarga Akram.” Ceria suaranya bersama senyum lebar dan gelak tawa.
Memang Syazlan peramah. Macam Isya jugak.
Aku tergelak kecil. Ada jugak orang yang
sudi menerima aku secara terbuka disini walaupun sebagai ‘isteri’ pakcik Akram.
Mungkin kalau seisi rumah ini tahu aku bukan lagi isteri pakcik Akram sejak
petang tadi, pasti mereka terkejut besar. Dan pasti mereka mempertikaikan
kenapa papa membawa aku ke sini jika aku bukan lagi isterinya. Agaknya, sebab
itulah papa mahu status aku dirahsiakan.
“Pasal Maya dengan Raff tu, you no need to
worry okay. Dalam rumah ni, kita memang ada dua geng. Satu geng sempoi, satu
lagi geng sengal. And kalau Mai nak join geng sempoi, you can give your name
pada Isya. Once you register as our team, we will always protect you from team
sengal tu. But if sebaliknya, terpaksalah jadi musuh kitorang.” Dia tergelak
lagi sekali, lebih besar dari tadi. Terasa lucu dengan gelagat mereka
adik-beradik, aku tergelak juga. Kan betul aku agak tadi, memang diorang ada
dua puak.
“Jadi musuh kitorang satu hal. Satu hal
lagi, you terpaksalah belajar pakai baju seksi-seksi, buat gaya gedik-gedik
manja and kena selalu keluar malam. Sangat disaster tau.” kami serentak menoleh
kearah hujung kanan tingkat tiga ini, dibilik paling hujung kelihatan Isya
berdiri bersandar ditepi pintu bilik sambil berpeluk tubuh. Dia nampak selamba
sambil mengunyah gula-gula getah.
“Yup, that’s right.” Syazlan
mengangguk-angguk. Aku tergelak kecil. Pandai aje mereka berdua ni nak
menakutkan aku. Tak tahu ke aku ni ‘mak’ korang tau. Hahaha.. Mai gelak dalam
hati.
“Papa dengan auntie Su masuk team mana?”
dalam tawa aku bertanya.
“Good question. Isya, tolong jawab.”
Isya tergelak besar sebelum menjawab.
“Team ni untuk mereka yang muda remaja aje. Papa and perempuan tu jadi
pendengar dan pelerai pergaduhan. Unless kau nak join diorang, we all no hal.
But Lis, please lah. Kalau ya pun kau tu bini papa, janganlah sampai lupa kau
tu muda remaja lagi okay. Life tu penting.” Sebiji macam ketua Persatuan Wanita
Kampunglah Isya ni aku tengok.
Aku terpandang Syazlan, dia mengangguk-angguk.
“Cheer it up okay? It’s your life. But.. Lis? Why Lis?” Syalan nampak keliru
dengan panggilan yang Isya gunakan.
“I call her Lis. Maisarah Alisa kan? Sound
good, don’t you?” Isya menjawab, dia sudah berdiri dihadapan kami berdua.
Syazlan jungkit bahu. “Not bad. Okay Lis,
cheer up your life okay? Jangan sebab you jadi isteri papa, you nak buat gaya
orang-orang tua pulak.” aku senyum, apalah diorang ni, buat gaya macamlah aku
ni nak jadi bini mithali pada papa diorang. Baik aku belajar betul-betul, nanti
boleh cari suami sendiri.
Melihatkan kesungguhan mereka, aku
tergelak. Serius gila muka diorang ni. Mereka tersengih lucu.
“I’ll join your team, for sure.” Putusku
dalam tawa yang masih bersisa.
“Great. I mean, not your choices. But, tak
sangka you can speak English. Ni mesti result SPM berterabur A, kan?” sambut
Syazlan. Aku senyum aje membalas soalannya.