7
‘A’ Squre Root : ape citer org
m’sia?
Aku
tersenyum menatap skrin laptop. Jemariku pula menari diatas papan kekunci. Mata
yang menatap skrin komputer riba masih mampu membayangkan bagaimana rupa dia
ketika ini. Pasti masih seperti dulu. Rambut yang tidak terlalu pendek dan
tidak terlalu panjang, yang sentiasa di sikat rapi dan digelkan bagi
menampakkan gaya cool. Mata yang
seakan kuyu, ditambah pula dengan hidung yang tak terlalu mancung, seulas bibir
yang kemerahan, berkulit sawo matang. Dengan tubuh yang tinggi kurus tetapi
tidaklah seperti Popeye. Hmm.. boleh aku lihat dia dari rupa dan bentuk
seakan-akan Farid Kamil.
Trish Do Wish : evrythng fine.
& ‘ow bout u?
Aku
menanti jawapan dari si dia dengan sabar. Lambatnya taip. Cari huruf tak jumpa
ke? Ngek, takkanlah engineer tak familiar dengan computer.
Tipu..tipu..
‘A’ Squre Root : I’d fever.
Ekk??
Punya lama aku tunggu, itu aje jawapan dia? Kotak kasut punya pakwe. Er? Masih
ke pakwe kalau dalam masa seminggu ni aku dah nak kahwin dengan lelaki lain?
Lupakan pasal tu kejap Trish, kau sekarang tengah berhubungan dengan si kekasih
hati walaupun hanya di alam maya.
Trish Do Wish : no joke,k.
‘A’ Squre Root : yes syg, no
joke. I’d fever. Trish fever. ☺
Aku
membeliakkan biji mata. Kalau dia kat depan mata, dah lama aku cubit-cubit
perut dia tu.
Trish Do Wish : u ni.. isshh..
so, ‘ow’s life there? Better?
‘A’ Squre Root : bitter.
Huhuhu..:( miss m’sia. Miss mom, dad n my little evil.
Trish Do Wish : err??
Aku
mengharapkan dia menambah lagi ayat. Mengatakan yang dia rindu kan aku.
‘A’ Square Root : hell..of course
including u syg. U tak miss I ke?
Aku
tersenyum. Sejak-sejak si dia pergi dari Tanah Melayu ni, memang aku dah pandai
main rindu-rinduan segala. Pakej dengan ayat-ayat jiwang lagi. Dulu, keras kaku
semedang. Semuanya kerana dia.
Trish Do Wish : huruf ‘i’ mana
yg I kena miss?
‘A’ Square Root : huhuhu.. playing
with me huh? Still noty like dolu-dolu.
Aku
tergelak. Tiga tahun dia pergi, tiga tahunlah kami tak pernah bersua muka. tak
pernah langsung dia balik, kalau ada pun dia jumpa famili dia, cukup famili dia
aje yang mencemar duli terbang ke sana. Bukan dia taknak balik, tapi janjinya
pada aku selagi dia tak capai apa yang dia mahu, dia akan terus berusaha tanpa
pulang. Pastinya apa yang dia mahu itu adalah kejayaannya sebagai pewaris
Wealth Consultant Sdn. Bhd.
Trish Do Wish : da lama kita
tak challenge bowl kan? Miss that time sesangat.
‘A’ Square Root : still... u &
ur hide & seek game. Never change. God, miss u so damn much Trish. Feel
like wanna fly now, seeing u my lovely hunny bunny intan payung pengarang
jantung.(habis jiwang la tu)huhuhu..
Aku
tergelak bahagia, sangat-sangat bahagia. Rindu. Rindu. Nak dia sekarang. Hmm,
masih dengan perasaan yang sama. Mahunya tak sama, dah dekat tiga tahun
berkasih walaupun hanya dieratkan melalui alam maya. You, baliklah. Trish miss
you sangat-sangat.
Hati
meronta-ronta tak nak kahwin dengan Tengku entah pape tu, tapi dek kerana desakan, keadaan, dan masa hadapan, semua
perasaan pada dia terpaksa aku telan. You, kalaulah you tahu.. Tuhan, sukarnya
untuk membahagiakan semua orang dalam satu masa. Aku mengeluh.
Trish Do Wish : goin’ to
sleep, u. Getting late. Need to work tomorrow morning. Chow...
Tanpa
menunggu balasan, aku terus sahaja mematikan sambungan dengan Yahoo Messenger.
Rasa bersalah tepu dalam dada. Sorry,
you. Bukan Trish mintak jadi macam
ni.
Selimut
aku tarik hingga ke dada. Lampu utama aku matikan digantikan dengan lampu sisi
katil. Suram, ya sesuram hati aku ni. Getaran pada handphone membuatkan aku menjengah melihat nama diskrin. Aku
mengeluh. Dalam kepayahan, aku tekan juga butang ‘Answer’.
“Trish, what’s up? Hilang macam tu aje?”
suaran lembut dia menjengah halwa telingaku. Jelas bersama nada risaunya.
“You, I’m sleepy.” Ujarku bersama keluhan.
Seolah-olah panggilan dia membuatkan aku benar-benar rasa terganggu. Dia
tergelak, tanpa perisa.
“Ha
ha ha.. memanglah kita baru kenal semalam kan.” Sindirnya. Dia masih sensitif
dengan persekitaran macam dulu.
Aku
kembali duduk, kedua-dua lutut aku rapatkan ke dada.
“You, nak tanya.”
“Go on, sayang.” Balasnya turut lembut.
Sungguh, suara dia memang lembut, bila masuk bab jiwang plus ayat-ayat lentok, suara tu mampu menggetarkan jiwa. Romantik giler tahap membunuh.
“How much your love for me?” dia terdiam.
Aku tahu dia terkejut. Rasanya, mana pernah aku bertanya soalan sebegini.
Memang sah luar dari kebiasaan. Kalau ada pun yang bertanya, pastilah datang
dari dia, bukan aku.
“Trish, I don’t know why you ask me that
question but still, I can answer it..” dia berjeda seketika. “There’s nothing can count my love for you,
but I’m willing to sacrifice anything, everything, just for you. Is it enough, sayang?”
suaranya kini seakan berbisik betul-betul dicuping telingaku.
Aku
memejamkan mata. Oh Tuhan, dialah lelaki yang paling baik pernah aku kenal. Okay, admit that aku memang tak
pernah ada kawan lelaki lain pun selain dia, tapi kalau ada pun, mesti takde
yang sebaik dia.
Dia
seorang pelindung. Sesiapa sahaja yang berada disisinya, pasti akan dilindunginya.
Lihat aje macam mana dia menjaga satu-satu adiknya. Dia juga penuh dengan kasih
sayang. Suka memanjakan adiknya. Aku dilayan dengan baik, tak pernah berkasar.
Kalau berkasar pun tak pernah, apatah lagi meninggi diri, bongkak dengan
kedudukan dan kekayaaan. A humble person?
Yes, totally true. Tak pernah aku lihat dia meninggikan suara dengan parents dia. Sangat penuh dengan
tatatertib. Anak sapa lah tu. Ha ha ha..
Siapa
tak jatuh sayang oii.. kenapalah dia tak bagitau yang dia fall kat aku sebelum dia pergi ke US tiga tahun lepas? Ini tak,
lagi 10 minit nak naik flight, baru
menggatal nak buat confession. Kalau
tak, dah lama aku masuk minang dia, lepas tu suruh dia angkut aku sekali pergi
US. Then, we live happy ever after.
Fuhh, memang Mengarut Tale.
“Kenapa
ni Trish? Anything happend? Someone tried
to ngurat you ke?” dia tergelak
kecil dengan kata-katanya sendiri.
Pastinya
dia tak mampu membayangkan ada lelaki yang berani mengacau anak sulung Dato’
Mansor ni. Berjalan nak pandang kiri kanan pun payah, aku tengok depan dengan
bawah pun dah kira untung. Huh, buat lawaklah tu kalau jalan taknak tengok
depan dengan bawah. Nak sedekah senyuman pun lokek habis. Memang kalau tak
kenal rapat, orang akan cakap aku ni sombong, tak friendly. Tapi kalau dah kenal, jadilah macam si dia ni, angau kemain. Tulah penangan aku.
“You,
nak tanya lagi.” Aku terdengar dia
tergelak, lembut. I love you Kid!!
“Go on Trish.”
“What if.. hmm.. what if.. if Trish suddenly
marry with other guy? Err.. I mean no harm, no offence, just a question.” Sempat aku celah sedikit
sebelum dia bertanya dengan nada terkejut dan berfikir dengan lebih jauh.
“Nak
gugur jantung I, Trish tau tak. Ishh.. nasib baik Trish sempat tambah ayat
belakang tu. Kalau tak, esok pagi jugak I timbul depan pintu rumah Trish.” Dia
tergelak lagi. You, kalaulah you tahu yang Trish bukan saja-saja
tanya soalan ni, mesti you tak gelak
macam tu.
“If Trish kahwin dengan lelaki lain, ey?
Hmm.. entahlah Trish, tapi Trish sanggup ke tinggalkan I?” aik, dia pulang
balik soalan tu kat aku? Double tray
betul.
“If I have to do that with a strong reasons,
I will.” Ujarku perlahan. cukup perlahan. Antara dengar dan tidak.
Dia
terdiam beberapa ketika. “I thought our
love are strong enough to fight with anything, but.. seriously Trish, I upset
with your answer.” Dan aku tahu ketika ini, aku sudah pun mencalarkan
sekeping hati milik dia.
“It just a questio, you. Meaningless.”
“It just a question but secara tak
sengaja it show me your strength, your
belief, your sacrifice in our relationship Trish. Nampak tak tu?” aku tahu
dia terasa, dia marah, tapi sedikit pun dia tak meninggikan suara, hanya
kata-katanya aje yang ditekan.
Aku
mengeluh. “I’m sorry, I don’t mean to
hurt you.”